Thursday, December 31, 2009

azam tahun baru

tak penah rasanya aku buat azam sempena tahun baru.

tapi sebab rasa mcm banyak benda nak kena capai tahun 2010 ni, aku buat jugak lah..

  1. pakai jubah yg ada 2 line naik pentas dewan besar utk kali ketiga. (grad masters lah ni.)
  2. cari keje yg sesuai dgn jiwa. (belum tau lagi apa yg dicari.)
  3. pindah dari bangi (ini yg paling susah sekali.)
  4. gi holiday obersi (ni dah penah mention dlm entry sebelum ni. korok2 pun spore la.. paling best kalo dpt gi paris lagi hehe. jepun pun ok gak.. oh angan2.. mmg tak leh blah..)
  5. buy my own car(vios can ah? ni hanya boleh dicapai bila dah keja..)
  6. tukar henpon canggih yg ade gps (oh ketinggalan nye aku..)
  7. beli wii(ni lepas habis masters la.. kalo beli skarang alamatnye projek aku mmg tatata la..)
  8. phd? (yikess ni tunggu la 2-3 tahun lagi kalu nak.. tak kuasa aku nak sambung terus. )
ok dah itu je....

malam ni kami celebrate new year dengan? menonton avatar.. ok bole tahan gak citer dia. tapi aku tak boleh blah dgn minah dok blakang aku, over gile. tgk hutan cantik tu, "woww cantiknyee....." tgk scene ngeri "hussssss..... " tgk org kene cucuk amik darah pun dah buat mcm2 bunyi.. cuba bersalin skali tengok.. mesti dah tak buat bunyi2 ala2 ngeri tu dah... hish... tensenkan gue sajo.. bile movie dah nak abis dia kuar dulu sbb tak tahan nak gi toilet agaknye, aku tgk, mmg muda belia.. over betul. tengok diam2 sudah la. bukannye rumah ko nak feeling lebih2..

secara jujurnya aku ni bukanla suka sgt tgk wayang. bau popcorn mmg mengujakan tapi slalu nya aku akan tak sabar tunggu movie habis sbb tak tahan dok lama sangat..
tapi hujung tahun ni aku dah gi tgk wayang 2 kali. sherlock holmes dgn avatar. dua-dua.. emm.. biasa2 saja.. aku pegi sbb nak spend time dgn hubby je. padahal aku yg ajak.. hehehe... id rather stroll around the malls la to be honest..

ok habis sudah kisah hujung tahun dan azam tahun baru.. hopefully semuanya akan tercapai insyaAllah....

Wednesday, December 30, 2009

gambar kenduri

kenduri iza n tazry di sg kantan


kenduri kazen, hedhir di kl :

dzharif tgh tido dlm kantung. bambam nye tangan.



ini budak mmg big hit at the partay

Tuesday, December 29, 2009

TAK SUKA!

2 hari berturut2 aku terima good news n bad news serentak.

semalam, masa di kenduri abg sepupu di kl, jumpe dgn sanak saudara.

auntie yg dok dgn tok bawa khabar gembire, tudung yg tertinggal tu dah berjaya dijumpai so woohooo!

auntie yg dok atas bukit nun bawa khabar tak best, maid aku dah bercerita dgn maid dia how great it is working for my family, mama yg bagi duit byk kat dia, 3 bulan pertama dia still dpt gaji, dia boleh kuar gi kedai, ada kawan lelaki yg nak kawen dgn dia. bla bla bla bla.

argghhhhhhhhhhh sakit kepala aku dengar.

bila aku sampaikan pada mama, she brushed me off. that was the reason why my mother's sister told me instead of my mother. she knew my mom would brush her off. but now that i have heard not so nice story about the maid, i really do not want to extend her contract (which will end in a month or so) HANTAR DIA BALIK!

but, sapa nak jaga umar time aku gi kelas malam? ada ke taska @ pengasuh yg nak jaga budak malam2? hubby balik keje lewat. mama pulak balik keje nak kene setel hal rumah lagi? mana dia larat?

aku ni tanak dah maid tu sbb mmg dari dulu lagi tak suka kat dia. tapi my mom kinda like having her around. sbb dia buat byk keje rumah, dia jaga umar.

tapi aku nyampah dgn dia. dah setahun dia dok dlm rumah ni. i tried to like her. tapi tak boleh. entah apa pasal.

mungkin sbb dia suka susahkan aku suh hantar duit kat keluarga dia.
pastu suka tanya soklan2 bodoh mcm teenagers. pasal sms yg suh join peraduan menang bmw la.. sms yg dpt free caller ringtone la.. ughhh...
atau jugak mungkin sbb dia suka tanak ngaku apa2 masalah yg dia buat, samada salah aku, or salah mak aku.. umar terantuk sikit kat dinding pun dia salahkan aku gak.
mungkin sbb dia slalu buat keja lembab nak mampos.
mungkin sbb dia slalu buat keje tak selesai. lauk yg dipanaskan dlm microwave tak dibawak kuar. yg dlm peti ais tak bawak kuar langsung. malam2 tak penuh kan peti ais dgn air.

pastu lately suka kuar
hari biasa pun nak kuar gi kedai dgn kawan
pastu dgr pulak makcik aku citer dia ada kawan laki. nak kawen la. yg utk suka2 pun ada la.
fuck you woman!
feels like im taking care of a teenager.
fuck you!

but after bgtau mama pun dia mcm tanak dgr. siap nak extend! n takut2kan aku, sape nak jaga umar time awak gi kelas?

tapi serius aku taknak dah. kalo nak extend, aku yg kene buat semua urusan tu. jgn harap. nak balik pun kene buat gak urusan dgn imigresen. yg ni aku boleh konsider.

biarla masters terbengkalai pun takpe. daripada bagi anak aku dijaga oleh orang mcm tu.

ada sapa2 bole tlg aku carikan pengasuh waktu malam?

hari ni pulak,
berjaya gi buat passport umar. yeahh boleh gi singapore.
or mane2 lah!

ibu n umar are ready for the world!

tapi masa tgh jalan nak gi jbtn imigresen dapat sms dr kawan ibu yg kehilangan anak dlm kandungan?!!! terberenti sekejap langkah, mengucap mengucap mengucap.. call hubby, pastu baru dpt reply. tak tau nak kata apa, melainkan, innalillahiwainnailahirajiun..

harap2 kawan ibu itu dapat menghadapi dugaan ini dgn tabah....
terkilan betul hati ini kerana dah terpk nak beli apa utk kelahiran tsbt tahun depan.. tapi tak sempat nak beli lagi.. ......

tak sabar rasanye mau melawat beliau di hospital atau di rumah.

dlm pada itu, masih pening dgn hal maid. yg 40tahun tapi berperangai mcm org yg berumur separuh dari tu.

HANTAR DIA BALIK!!!

Friday, December 25, 2009

perangai pelik ku

i have lots n lots of perangai pelik.

takde la aku nak citer sume kat cni kan. nanti org ingat aku freak ke ape pulak.

salah satu perangai pelik ku adalah .. lately i cant stop thinking about shopping.

shopping shopping shopping. asyik2 keluar. gi warta pun jadik. gi pasar malam pun jadik.

asalkan dapat membeli.

tapi yang lagi pelik nye, nobody even tried to stop me. not even my MOM!

u guys should know by now that my mom je yg boleh halang aku dr buat apa2 yg aku nak buat.

kenapa bukan hubby? sbb slalu nya hubby dah bagi green light. skali mak pulak bagi red light.

sampaikan my mom penah kata pada hubby, "larang2 sket mas ni.."

gagagagaga.

tapi pelik, apesal beliau tak komplen bila aku asyik kluar rumah, bawak umar, kdg2 tinggal umar, utk pegi jalan?

ahaa... becoz she knows... my final semester is starting soon.. i need to release all steam before i start this semester... final project, 3 subjects.. all of which i have to obtain at least a- to ensure that i graduate with 1st class honours???!! wujud lagi ke 1st klas 2nd klas utk masters heh? tak kisahla yg penting nye kene dapat at least a- utk ketiga2 subjek DAN projek.

tensen ni tensen.. sbb tu la mama tak halang aku gi jalan HARI-HARI minggu ni.

isnin gi lunch dgn hubby, selasa gi shopping groceries kat warta n pasar malam, rabu gi jusco cheras selatan nye jcard day tapi tak beli apa2(saje cuti mate, make sure i didnt miss anything.. heh.), khamis, ehem ehem...... gi beli ni :

plis eskius all the pinkness.. entah kenapa aku rasa sangat girlish (gelish yuckish) pada hari ni, aku decide utk beli sumee nye warna pink.. kecuali yg takde pilihan warna seperti liquid paper.

ni konon2nya nak menyuntik semangat nak mulakan sem akhir ni.. tgk la mampu ke tidak menaikkan semangat ku ini...

apa lagi, beli mainan umar, n pegi buat traditional thai massage... pergh best gile krukk krakk tulang belakang aku dibuatnye.. hilang segala sengal2 di kaki, sakit belakang yg mengganggu sejak sekian lama.. gone, all gone! alhamdulillah.. kalau tidak tiap2 malam kena mengurut kaki dulu sebelum tido..

kemudian hari ni pula aku telah berjaya meracun kakak ku utk turut sama membeli tudung di.. ariani heh heh memula beliau tanak beli lagi, tapi aku kata la ada diskaun byk la skarang!! mmg byk pun siap ada buy 1 free 1 lagi. kalo yg berminat tudung labuh standard tu pegi la rm99 dapat 2 woo! tapi malangnye tudung yg menepati piawaian aku (labuh panjang & kain cotton) takde buy 1 free 1 tapi stilll ada 30% off... kalo time raya pun sale dia hanya 10% saje. if u guys like tudung ariani i suggest u go there today! (free advert). dan wpon kualiti tudung cotton nya kureng sket dari munawwarah, aku rasa tetap berbaloi sbb dgn harga yg sama anda bole dpt 3 helai tudung ariani berbanding dgn hanya 2 helai tudung munawwarah. plus munawwarah tu jauh, bayangkan kedai dia ada 4 bijik sume dok kat jalan yg sama kat ttdi nun! gilo apo. jauh tau nak pegi. tak berbaloi. (whats up with ppl skarang yg asyik sebut berbaloi2? i thought berbaloi tu cume ada satu baloi bukan dua? tapi aku bukan pakar bahasa so pelis correct me if im wrong.)

tapi komplen2 pun smalam baru cakap kat mama, ma i suggest u go to munawwarah if u wanna buy pants suit or dress suit. mmg best gile kain dia tapi mahal la. but mmg best!! tapi kat ttdi la. (jgn harap la mama nak gi all the way there just to go shopping! i am sooo not like my mother..)

kesimpulannya dari pemerhatianku tudung munawwarah is of better quality than tudung ariani. especially tudung cotton dia la. oh n yg labuh la yer. yg pendek2 tu, yg kain lycra tu no komen.

anyways, konon2nya nak pegi dlm stengah jam je tapi dah la ramai orang. pastu try berpuluh2 tudung utk cari warna, saiz, jenis yg sesuai, last2 kat sejam stengah dok ctu! sampai hubby call pon tak perasan. ni la gayanye bile org pompuan dah stat shopping.

err ok la itu je utk kali ni. pelik sgt perangai aku. hopefully bile stat kelas 3 hari lagi isk isk keinginan ku utk membazir ni dapat dikurangkan dan berubah menjadi keinginan utk menghabiskan masters dgn jayanya!!

doakan aku berjaya.

Tuesday, December 22, 2009

lambakan update

asyik menulis tanpa gambar.. kali ni aku lambakkan gambar2 dari 2 minggu lepas punya aktiviti..

cerita cameron highlands :

penumpang2 yg sedang tido..


the driver n co-driver(baju merah)


baju sejuk jenama jbaby rm25 baju+sluar. i must say that its worth it! nak pakai sekali je.. next time dtg mungkin dah tak muat.. :P
(scenery kat tingkap tu menarik, no?)


umar dgn ayah cu nye..


view from the verandah. gayatt....


nak makan malam di brinchang


ni sape ajar ni?

umar n chik wa gemok
(yg merah kat bibir umar tu strawberi cheesecake bukan darah tau..)


ibu gayat tapi umar sibuk nak tgk bawah..


ni la namanya tido berbantalkan lengan..

i think ur getting too big for that sink la baby.. ni kes ibu malas nak mandikan umar dlm bath tub.. sink pon sink lah..

umar mmg tak suka langsung dok dlm high chair
umar dan opahnye
(gambar dr nintendo dsi)

last picture b4 leaving cameron..

cerita shopping sakan :

hasil shopping jcard day + tudung munawwarah (ganti yg dah tertinggal di rumah tok) + ergo baby carrier.. pakcik kayap jadiknye selepas hari ni...

cerita majlis pertunangan aqeelah, jumaat malam :

serius cantik qiey malam ni..


these two gals punya baju mmg sgt menarik perhatianku. mana korang beli ha?

cerita balik serdang :

gi potong rambut kat kedai india kat flet ikan.. memula umar diam, panik, last2 menjerit2.. orang tu pun kasar.. lenkali ibu bawak gi potong kat saloon pompuan lah.. tobat dah tanak dtg cni.. trauma umar.. ibu pun sama trauma..
(gambar dr nintendo dsi)

yeah mari bukak laci mama mira, amik baju ahmadefarhan, masuk dlm beg ibu.. best nye keje ni..

cerita di melaka :

hari ahad kami ke melaka untuk gi majlis perkahwinan kawan ayoh .. malangnye kat wedding tsbt ibu tertinggal kamera dlm keta,, jauh pulak tu parking.. so tak dapat tangkap gambar kat majlis tersebut...

lepas wedding kami gi jalan2 kat a'famosa sbb ayoh kate dia dah lama tak pegi tengok itu fort..


somewhere around bandar hilir


istana? i forgot la nama istana ni. dlu masa skolah rendah ada masuk cni..

umbai..

cerita lunch di taman tasik perdana :

smalam, ayoh ajak datang lunch dgn dia.. ibu masak kuah carbonara + macaroni + cili padi = NYUM!!

umar mcm budak besar

muka geram tgk ibu tangkap gambar

suke main buai


mainan ni org panggil ape ha? jongkang jongkit?

last but not least.. pi tangkap gambar passport umar.. tapi slek pegi lepas umar dah mandi petang, pakai baju tido je.. yg ada gambar zirafah.. huhuhuh...

kenapa tangkap gambar passport? sbb mungkin nak pegi singapore? ha sape2 yg ada kat spore tu siap sedia nnti aku tepon.. hehehe.. tak konfem lagi tapi buat je la.. kot tetiba ibu terasa nak ikut ayoh outstation gi jakarta, mane2 ke, boleh terus angkut beg, angkut umar n pegi. umar takde passport sama la mcm ibu pun takde passport, kerana ibu dan umar tidak boleh dipisahkan.. heheheheee...


ok thats all folks! thanks for viewing!

Thursday, December 17, 2009

que sera sera

pada dasarnye my life is ok, happy, n wat not.

tapi ada bbrp masalah yg buat aku agak runsing, tapi tak la sampai menjejaskan mood.

masalah2 tersebut adalah :

  • satu minggu lagi sebelum mula nya sem akhir masters aku. sem akhir maknanya waktu utk siapkan n present projek masters. aku mmg tinggal habis semua keja sejak cuti 9 nov haritu. folder buku jugak mmg dok tepi tangga bawah sejak 9 nov tak diusik sampai hari ini. ini bermakna.. aku akan mulakan sem dgn tiada apa2 progress. mmg keadaan akan jadi kelam kabut sampai rasa "im a dead meat", or "im in deep shit" macam haritu. terngiang2 lagi di fikiran my sv kata lepas presentation haritu, make sure tools2 tu bole jalan. tak penah ku cuba pon nak run tools2 tu sejak hari bersejarah tersebut. im gonna be in deep shit soon!
  • bendahari upm telepon tanye pasal yuran. aku dapat sponsor kpt untuk tampung yuran 2 sem. sem lepas kpt stat bayar. tapi bile bendahari tepon, staff tu kata, "sem lepas awak bayar guna duit sendiri ye?" awat la bengong sangat. camane bole dia taktau duit sem lepas tu dtg dr kpt padahal aku tak de kene mengena pun dlm urusan pembayaran. sume kpt berurusan terus dgn upm. bila aku kata kpt bayar dia kata takleh ada 2 sponsor. mara tu pinjaman la bengong. aku kene bayar balik. kpt pulak hanya sponsor yuran sahaje. mara tu pulak haritu masa aku call kata, dia akan byr yuran hanya jika aku bagi invoice atau resit yg mengatakan aku dah bayar, baru diorg refund duit yuran kat aku. tetiba bendahari kata mara dah bayarkan yuran. what the hell? now they said they will return the money to me, aku kene uruskan sendiri dgn mara, suh aku kensel pinjaman mara tu, dtg bendahari tunjuk bukti, baru diorg boleh accept yuran kpt. weh bengang tol. dah la duit mara sume aku dah dapat dah. nak kensel pemende nye? diorg suh aku bayar balik lump sum kang mana aku ada duit gedebuk macam tu. sudahnye aku buat keputusan utk? buat taktau je buat masa ni. kalo depa tanak accept duit kpt yg aku LAYAK dpt tu, aku bayar je la balik dgn duit mara yg diorg pulang kat aku tu. malas nak pegi gaduh2. atau kalo nak gi bendahari nak argue, bawak umar. kalo bawak baby org segan sket nak marah2... hahaha... this is the sad truth people. budak2 ni mmg senang dijadikan umpan mintak simpati. kalo nampak aku kendong umar yg comel tu mungkin diorg bole terima argument aku kot yg mengatakan, kpt hy bagi duit yuran saje. aku masih perlukan duit buku n duit poket dr mara... tapi apa pun aku tunggu sem bukak dlu baru nak gi gadoh dgn bendahari ... - masalah ni takde la membebankan sangat. aku lupa2 gak pasal ni tapi bile teringat balik rasa berapi jerrr...
  • hubby ku eksiden di jb semalam. drive dalam hujan keta terlanggar guard rail. abis kereta masuk workshop. alhamdulillah hubby takde ape2. tapi beliau terpaksa pulang dr jb dengan menaiki kereta workshop. dia tamau naik basa atas alasan - isnin nak kene gi keje takde keta. adoiyaiii.... sanggup tu... lagi satu, apasal la dia asyik eksiden kat tempat2 jauh. jepun la, jb la... susah hati aku dibuatnye. kalo dekat bole gak tolong ke teman ke etc. ni jauh sume dia kene handle sorang. kejap lagi insyaAllah dia sampai la tu dirumah. ni yang buat aku sangat tak suka dia keje yg asyik kene outstation ni. i hate his job. he, apparently, loves it. cant wait to finish my masters so that i can find a job n he can? finish HIS study or find another job. or just stay home and take care of umar. home skool him or something.. heheheee..

itu je? ok so tu je la. 3 ketul masalah yg menghantui fikiran.

nak citer benda best jugak sket..

semalam n kemarin aku telah pergi ke jcard day kat midvalley.. haha! begi dedua hari tu.. tamak betul. duit mara aku kepoh nak utk wat wat shopping je sebenarnye... eh tapi bukan shopping utk aku.. utk anak mostly.. lets see what i bought on tuesday.. tuesday ni gi sorang. ikut hubby gi keja pagi tu, i dropped him off at his office n then i went to mv. which is only 5mins away. aku beli utk umar : toiletries yg dah habis, baju 4 lai, socks 6psg, towel selai. utk rumah : modem+router sbb yg kat rumah ni jadik haywire lepas kene petir kelmarin (2 modems in 2 months! gile...), extension wayar utk ganti kat bilik aku yg rosak - kene sambar ngan petir gak rasanye. utk aku : a pair of goggles n swimming cap yg cover leher (2 barang ni je utk aku..).. oh dgn mami poko jumbo pack 3 ketul.. hahahaa.... puas hati...

semalam pulak pegi gak lagi sbb my mom nak beli handbag. n my sis pun ikut sbb nak beli barang utk anak dia yg dah dihantar ke taska hari ni (ciannye dzharif baru 2 bulan dah kene gi taska!). mama memula plan beli handbag je. tapi entah kenapa lepas dapat cari bandbag tu dia letih. sampai kene duduk jap.. pening kepala katanye ramai orang n jusco tu rasa cam stuffy - kitorg sampai 9.30am.. diorg baru bukak air conditioning kot.. tak cukup sejuk lagi.. pas mama rehat 20minit dok sofa kat restroom jusco tu, baru dia ajak pi shopping household stuff.. sampai terbeli pinggan mangkuk, teko air apa sume... my mom mmg dah tak larat sgt gi shopping2 ni so sekali pegi dia belanja lebih la sket... my sis on the other hand managed to grab an allerhand baby bag and a coach handbag for herself. jeless!!!! aku pun nak allerhand jugak.. tapi sebab baru shopping byk smalam, terpaksa dilupakan... coach.. ermmm i cant afford one now.. tapi bole tak dah target, bile dah stat keje my 1st gaji nak guna sume utk beli 1 expensive handbag????? n my 2nd gaji akan pegi ke dp of my own car.. tapi bile nye aku nak stat keje taktau lagi.. kahkahkahkahkah.. biarlah aku dgn angan2 ku....

speaking of targets.. ni target aku utk masa sekarang... ni patutnye pk dlm hati je, sbb takut tak jadi atau berubah.. tapi kita kan hanya mampu merancang.. Allah punya kuasa utk tentukan segala nya...

april 2010 : habis masters, pindah rumah, stat keje.
mei - dec 2010 : keje2 kumpul duit..
end of 2010 : gi holiday obersi sbb tahun ni tak kuar mesia pun!
january 2011 : if im ready.. IF ok.. i wanna try to have another baby.. jan 2011 umar dah 2 tahun, dah boleh berenti breastfeed. kalo boleh the next baby kuar hujung tahun 2011, beza dgn umar 2 tahun je hokhokhok!!!
sbb tu la hujung 2010 nak kene gi holiday, time ni umar dah pandai jalan.. dah paham byk benda.. berbaloi la bawak gi tempat2 best.. kalo tak tunggu 2-3 tahun lagi le jawabnye...

ni rancangan je.. jgn la korang pelekeh kan...

aku pun tak pasti aku nak ikut plan ni ke tak.. sbb tak nampak pun lagi camane aku nak habis masters (dgn projek yg terbengkalai), camane nak pindah dari BANGI (this is gonna be hard for sure), camane nak stat keje (taktau apa jenis keje yg aku nak..)... ..........

eh apasal aku melalut jauh sangat ni...

tukar topik.

wiken ni, patutnye penuh dgn aktiviti.. tapi hubby yg baru balik dr outstation, eksiden pulak tu, taktau la samada he's up for the plan or not...

  1. jumaat malam ada majlis tunang cik qiey kat rumah atas bukit nun.
  2. sabtu ada wedding di putrajaya taktau wedding sape ni tapi relative hubby kot..
  3. ahad ada wedding univ mate hubby di melaka.. taktau bole pegi ke tak.. hadiah dah ada.. hahaha (pancing... kawan dia tapi aku pulak yg sebok nak pegi.. sbb ptg tu bole gi makan umbai! hehe.)
ok dah habis. bye2.

Sunday, December 13, 2009

se-tengahari di taman tasik perdana

hari rabu minggu lepas, ibu terasa nak keluar jalan2 dgn umar.

nak pegi lunch dgn ayoh.

ayoh rehat 1 jam je. jadi kami kene sampai sana tepat kul 12.3o tghari.

dekat opis ayoh susah nak parking.

dan takde tempat makan yg best.

so ibu cooked mee goreng n chicken porridge for umar.

at 11.50 or so we headed to bangsar.

parking cam newbie sementara tunggu ayoh turun.

nak mintak ayoh parking leklok.

tetengok ayoh kuar dr kawasan bangunan opis n kept driving.

ayoh nak bawak kitorg gi mana ni?

rupenye nak bawak gi taman tasik perdana. dlm 10min drive from his office.

cari parking, n then cari park bench utk duduk makan.

ayoh bawak umar pegi dok atas rumput. umar jakun la.

tapi dia suka.

next time bila ibu boring2 lagi, ibu nak bawak umar dtg lunch dgn ayoh lagi lah..

tapi kene masak best2 lah!


penat!

rasa macam tak pernah berhenti kemas beg.

gi sana gi sini.

beg pun tak penah simpan.

ada je kat luar ni, supaya senang nak capai bile nak packing lagi.

kami baru balik dr cameron highlands. letih.

jalan2 biasa la. sronok la.

tapi ramai sangat orang. jam gile kat atas sana especially time sumorg kuar dinner.

tapi dapat la gak buat/beli apa2 yg terhajat di hati...

bunga ros, tshirt,.. err tu je.

pegi minum teh n makan strawberry cheesecake..

menikmati kesejukan di tanah tinggi.. pemandangan cantik...

ah itu je.

same old same old.

tahun lepas pegi pun buat benda yg sama gak...

tapi bezanya kali ni ada budak kecik nama umar ikut.

totally forgot that we are travelling with a baby. bawak keta selambe je la adik aku jalan pusing pusing pusing sampai atas tu..

masa dah nak sampai ke hotel tu, umar mcm ala2 ngantuk sikit.. padahal dah tido lama gak masa kat highway.

nampak je hotel mak aku terus kata, haa tu dia hotel kita..

bbrp saat lepas tu umar pun,

bluwekkk.. bluwekkk bluwekk...

yg best nya dia tgh duk atas ibu nye ni..

padan la nampak muka cam ngantuk. rupanya tahan loya.

pergh habis baju umar + ibu kene muntah.

3 kali dia bluwek. terasa perutnye menolak susu2 + baby cereal keluar.

kesian anak ibu..

mujur sangat la dah nak sampai. kami check in cepat2 n terus ibu n umar berkubang dlm bathtub hilangkan sisa2 muntah dari baju n badan kami..

camni la gayanye bila travel dgn baby ni...

selama ni travel sampai perlis takda apa2 pun.. tapi kali ni jalan pusing2 umar tak tahan agaknya..

so bila kami jalan2 kat jalan yg banyak pusing2, bila nampak umar mcm dah pucat n dok diam semacam je, kami cepat2 berenti utk amik angin, bagi dia relax balik.

gambar... letak satu je malam ni. ngantuk tak larat nak resize yg lain2..

Tuesday, December 08, 2009

a short trip to PD

our initial plan for the weekend was only to go shopping.
but we ended up going to PD.

hooray!

hubby's sister had to attend her company's staff day in PD, so she dragged her baby, along with my PIL. My FIL managed to get an apartment at Kondominium TNB, so kami pun apa lagi, pack barang n pecut ke PD.

Tapi sempat la shopping serata kl pagi tu.. grabbed a pair of clarks shoes, baju umar 2 helai, t-shirt hubby 2 helai. ok la tu ada utk semua orang.

lepas asar baru bertolak ke PD..

cepat ibu, umar dah tak sabar nak terjun swimming pool ni..

sampai2 je, letak beg, salin baju, terus turun pegi pool.

ramai orang.. dah cuti skolah kan..
mula2 ayoh letak umar kat kids pool. ramai bebudak. peminat umar pun ramai. especially girls aka kakak2. datang cuit2 la, jirus air atas kepala umar la.. ibu tgk dr jauh kerut muka je. apa la ayoh ni biar org buat camtu kat umar. yg kelako nye ada this one girl yg siap keluar dr pool utk main dgn umar.. cuit2, cubit2...

umar pulak dok blur je.. dah mmg tabiat dia letak je dlm pool terus blur.. senyum tak, nangis tak, dok diam je sambil buat muke mcm org ngantuk.. pelik tol ibu tgk..

lepas ibu kerut muka kat ayoh, baru la ayoh bawak umar masuk pool org dewasa..

wpon umar dok dlm float, tapi rambut umar basah sbb ada kakak2 yg jirus air atas kepala dia.. sian anak ibu..

Sempat la mandi 40minit gitu..

Malam tu kami kuar pi makan tomyam kat gerai yg aku penah pi dulu2 masa dtg cni. sedap makan..

Balik je dr makan terus pengsan keletihan..

The next morning, kul7 pagi tok umar ketuk pintu bilik nak pinjam tudung. tok kata air laut tgh pasang, tok nak pi mandi. kami pon cepat2 siap ikut tok mandi laut. tak penah kami turun mandi kul 7.30 pagi...

tgk tu ayoh nye gaya mcm perenang olimpik.. kihkihkih..


bestnye mandi laut.. lama dah tak mandi laut.

baru nampak senyum..

umar kate kat ahmadefarhan, ok lets be blur together!

muke budak ngantuk kene paksa masuk laut pagi2

umar terdampar di tepi pantai.. hihihi.. dah sampai hujung pun umar masih angkat kaki dia.. tak jejak pasir..

pas mandi laut kami ber3 terjun pool pulak.. best gile. ni lagi la lama ibu tak rasa. ayoh cube ajar ibu utk berenang but i failed miserably.

kul 9 kami naik, bersihkan badan, turun bfast, n then kami pun cabut balik bangi sbb nak kene attend wedding kat klang...

tokki umar kate next time nak dtg lagi.. agaknya dia tgk cucu2 nya hepi dapat mandi laut..

best betul trip singkat ke PD ni.. dapat lepas gian mandi laut n pool!


edited :


beco baby carrier

aku mahu yg ini!!
duit duit dimana kau duit..


kalo beli design ni jgn harap la hubby nak guna utk carry si umar.. tapi aku bosan dgn plain color punya carrier.. juga downside dia takda zippered pocket. jadi masih perlu bawa beg sendiri utk letak brgn penting.


pilihan awal.. ergo baby carrier


Saturday, December 05, 2009

i love shopping. pls dont hate me.

hajat di hati hari ni mau pegi shopping. sbb baru dpt upah. hehe.

tapi pikir2, nak kene beli diapers umar, nak beli inner shirt for hubby, nak beli kasut.. byk barang.. tak dapek nak beli semua kalau bawak umar.. gi sorang boring, besok sabtu, baik ajak hubby.. so tak jadi ler pegi shopping hari ni.

but i ended up dragging umar to bangsar to have lunch with the hubby.

kami lunch di nando's bangsar village. nando's ni mmg sedap no kidding but mahai nye also no kidding. ada ke 2org makan dah almost rm50? ayam cinonet je pun. makan tu mmg cukup2 la. tak kurang tak lebih. tapi tak berbaloi la kalau terlalu mahal.

apa pun tetap enjoy makan tadi sbb dok bertiga enjoy the food nyum nyum.

tujuan aku ke bangsar tadi bukan saje kerana sbb dah pakaikan umar baju cantik tapi kensel pegi shopping, aku juge nak pegi tgk booth t!nyt@p!r dan juge b3b3h@us (terer tak aku nak ngelak dari dijejaki oleh manusia2 yg nak gugel kedai2 tu?? hehe..), kerana aku dapat tau mereka menjual sejenis baby carrier yg paling best la kate orang. org kate la...

baby carrier yg aku berminat ni nama die 3rg0 b@by. mahal nak mampos stengah ribu. but i believe that a carrier is as important as a stroller. if i can spend ahem so n so ringgit on my stroller (korg boleh gugel sendiri harga stroller aku kalo korg takde keje.), takkan tak boleh belanja sebhgn dr jumlah tu utk carrier.

aku terbayang2 ketidak selesaan memakai ring sling itu.
ring sling tu bukan aku yg beli. hubby yg beli. di jepun. sbb beliau ingat aku mau yg jenis tu. tapi sebenarnya aku mau yg combi ninna nanna baby carrier. tapi dah hubby terbeli yg tu, guna je la..

aku pk, aku nak satu sling, satu carrier. jadi aku pun beli la chicco go baby carrier. nak beli baby bjorn mahal sgt.. tapi umar tak suke langsung dok dlm carrier chicco tu. aku tak selesa, dia pun tak selesa. mcm tergantung kat crotch. ada la pakai 5 kali pastu aku juai. rugi la gak tapi as i said to puan sarah yg pastinye tgh sibuk membuat persiapan menyambut kelahiran her little precious, baby carrier/sling ni kene try n error. baby kecik, pada aku sesuai guna pouch. ring sling mcm yg aku ada skarang patutnya lama gak boleh digunakan. baby nampak mcm comfy, tapi tukang carry yg tak comfy. so tak boleh jugak. mcm2 lagi la baby carrier yg ada mcm meitai la, baby hawk la, hanamugari la, moby wrap la,bla bla bla bla. aku mmg nak cari yg paling kurang menyakitkan tulang blakang aku yg sudah mmg sedia sakit ni.

tapi kalo dah kene carry 8kg 2-3jam mmg la sakit blakang dak?

ingat lagi dulu aku slalu kene carry laptop dell mak aku dlm 3 kg lebih gak campur charger. sakit badan n sakit jiwa aku dibuatnya. mmg laptop tu best tapi aku tak tahan usung menatang berat tu kehulu ke hilir.

berbalik pada citer asal. masa hubby pegi solat jumaat, aku pun pi la jalan masuk kedai2 baby kat sana. fyi bangsar village ni mmg byk kedai baby.

aku penah dtg cni 3 kali je. 1st time dtg masa tu dating dgn hubby. mmg tak menarik langsung la tpt ni pada aku sbb time tu single lagi kan. jadi kedai2 baby@budak2 mmg takde kene mengena dgn aku. 2nd time dtg time aku dah 7 bln ngandung kan si umar. jalan pun dah ala2 tak larat. time ni dah mula berminat kat kedai baby, tapi sbb baby nye tak kluar lagi, susah nak dpt the real idea apa yg aku cari.
kali ni kali ke3 dtg, ci umar pun dah 10 bln, i went there searching for the exact thing that i want. malangnye tak ader stock pulak. hampeh ke daun!!

the reason i went is, aku nak tengok2 pegang2 belek2 dlu carrier tu sbb benda nya mahal. i for one mmg tak caya langsung beli brg kat tenet kecuali aku dah penah tgk brg tu in real life n bole dpt harga lg murah kalo beli online (tp memandangkan ni msia BUKAN jepun, bukannye slalu brg yg jual online lg murah.. ke aku yg tak reti nak cari?)

no lah. mmg aku jenis yg suka jalan2 window shopping. jadi online shopping ni sgt tak menarik pada aku unless terpaksa.

pastu aku pk, sampai bila aku larat nak mendukung si umar ni? tak lama lagi beliau dah nak boleh jalan dah. lepas tu nak ke dia didukung lagi?

tapi aku bace review, ada mak yg guna carrier 3rg0 ni utk dukung anak yg dah 3 tahun. aku tau review ni bukannya sume bole caya tapi 3 tahun???

aku mmg penah nampak budak2 dah besar gajah pun masih mak ayah dukung. so kalo ada carrier ni kan senang? kalo pun umar dah pandai jalan, langkah dia kecik, mesti lama2 jalan dia cepat letih, n then nak di dukung jugak?

mujur sgt la umar ni not a fussy baby. certain parents, dah kuar jln2 pakai stroller, kene bawak gak carrier sbb kdg2 baby diorg tanak dok dlm stroller. tp umar tak macam tu. beliau bole dok dlm stroller berjam2. kalo dia mengaruk tu maknanya dia lapar je la. time tu kene la angkat dia n bagi nenen. pastu boleh dok dlm stroller balik.

mmg sgt comfy stroller umar tu i tell u. sampai ada member hubby penah tegur, "ni stroller ke rumah ni?" kitorg pun tak pasti apa maksud member tu. sbb besar ke, sbb nampak comfy like a home ke..

anyways, ape mende aku citer tadi? oh pasal baby carrier tu. dah mahal kan, takkan nak main beli je. nak jual balik mesti akan rugi nye la. tak banyak sikit.

the t!nyt@p!r shop ada kat ampang park tapi tgh reno pulak.

aku rasa sgt ralat sbb tak terpk nak beli masa parenthood expo last august.. kot? time pose ke time tu ha? lupe la aku. mmg kat parenthood expo tu ada jual bykk brg2 yg slalunye hy bole dpt online je. tapi time tu aku tak beli apa pun. beli benda2 bodo je.

mesti dpt diskaun klo beli time tu.. huhuh.. nak tunggu august thn depan.. tak payah ler jawabnye.

jadi sudahnya, aku amik keputusan, to sleep on it. besok kalo aku bangun still feeling like buying the baby carrier, il go for it la.

hopefully bila dah beli brg mahal camtu, akan dpt voucher ke apa ke. bole beli beli dan beli lagi.

sori aku mmg mood YES(year end sale) skarang. salah kan puan adeeb! ade ke tayang kotak kasut clarks?? tak ke ko tau adeeb bahawa aku ni senang terpengaruh???

esok aku nak cekau satu clarks jugak hopefully. aku dah BOSAN pakai crocs yg leper ini... im going back to clarks bebeh!

Friday, December 04, 2009

issit too late?

issit too late to buy a baby carrier?

umar is already 10months old.

and he weighs around 8kgs.

the reasons y i wanna buy a new baby carrier are,,

  1. susah nak bawak umar gi warta @ pasar malam. warta terlalu sempit utk guna stroller umar yg besar gedabak itu, pasar pulak, nampak cam poyo lak..
  2. ring sling yg ada skarang sgt tak selesa kerana umar dah berat. dlu masa dia 6kg lebih penah jalan2 kat sg wang. besoknye sakit satu badan macam baru lepas bersukan.
  3. kalo nak beli stroller yg lagi compact n ringan, nnt stroller lama tu mesti takkan guna dah - umar really likes being in his stroller tapi tu la, ada tpt2 yg tak sesuai bawa stroller.
kena cari carrier yg sesuai utk toddler. ada ke?
i like holding my baby.
sbb tu masih nak hold beliau walaupun beliau dah nak masuk alam toddler-hood. hehe..

ada bbrp model yg berkenan dihati. nanti la kalo jadi beli akan ku tayangkan disini..

bye2.

Thursday, December 03, 2009

Who's that cute baby????


memperkenalkan... jeng jeng jeng... my nephew, dzharif shafwan bin shuharezuan..

perghh comel gile.. tembam gile.. belum 2 bulan pon lagi.. berat dah 5.7kg! hohoho...

tgk tu dah ada yg berminat nak dtg cekau dzharif...

hensem tau dzharif ni..

bila belek2 muka 2 org anak buah aku, dedua ikut muka ayah masing2. umar je yg tak brape nak ikut muka ayah dia.. apasal ek?? mungkin in umar's case ayoh lg syg ibu kot.. kahkahkahkah!

kidding!

Tuesday, December 01, 2009

umar sikat rambut

hai ibu tgk saya pandai sikat rambut sendiri..