Tuesday, March 31, 2009

ihhihihihihii..

like father like son..

hihihi.. ada resemblance tak? rasa mcm ada.. bile sedare mare or kawan2 tgk umar, kdg2 kata muka ibu dia, kdg2 kata muka ayah dia, tok nek (my tok) umar pulak kata "muka belah sana kot.. takdak muka keluarga kita.." hohoho..

ekceli dlm gamba ni lengan ayah umar tu dah hempap tgn kanan umar yg kedudukan dia serupa cam tgn kiri tu. jadi lepas je tangkap gambar terus ibu angkut umar masuk dlm cot. time ni dah kul 2 lebih, maknanya dia mmg dah tido betul la. bukan tido2 ayam mcm kul 11-12 mlm.. >_<; ayah ni.. mmg takleh bg umar tido seblah dia. bole dia hempap tanpa sedar.. cian anak ibu...
senget..

dah 2 hari berturut2, umar dah berjaya bergerak dr kedudukan asal dimana kepala nye di atas bantal, sampai jadik senget camni. ohoh bahaye.. takleh letak dia kat tempat2 tinggi dah, mcm atas sofa, atas changing table tanpa pengawasan. rasa cam tak lama lagi dia dah bole pusing dah ni. malam tadi ayah umar buat satu mcm slide guna bantal2 n comforter atas katil utk golekkan umar. suka dia.. sampai tergelak2 (lepas tu merengek balik sbb dah boring main golek2)

umar, u can really count on ayah to come up with lotsa new games. kdg2 ayah buat gua utk umar guna bantal, buat slide. ibu tak reti wat benda2 camtu.. so kene tunggu ayah balik lah klo umar nak main2 yek... muah muah xoxo.

Sunday, March 29, 2009

Happy Anniversary

i cant believe that we've been married for a year.
this is hands down the best year of my life.
baby is 2 months old today.
ibu pulak dah 25thn 5bln.
wow tuanya.

takde wat ape2 spesel harini.
just pegi melawat dolah n wife ina n baby 'aimran hakimi.

ohohoho dolah pun bagi nyet satu kat anak dia.
sama cam 'umar n 'adil.
me said, kalo 'umar n 'aimran satu kelas nanti 'aimran dok depan 'umar la time exam.
hehehehe.

pastu kami ke alamanda jln2.

itu je.

n no, i didnt get any present.

coz i didnt ask for any.

malu. byk sungguh dah he spent for me n umar (utk umar pun rasa mcm utk aku gak sbb aku yg mintak brg2 umar tu.. umar mane reti mintak lagi..)

tapi sebenarnya byk benda yg teringin nak dimiliki.

lately entah kenapa wishlist mcm panjang gile.

  1. jam swatch - jam lama dah hilang entah kemana. sejak tak kuar rumah sebulan lebih masa pantang, jam pun lama tak pakai, so tak ingat dah mana letak. cari2 balik dah tak jumpa. smalam gi midvalley survey kat swatch outlet. oho sudah terjumpa yg berkenan dihati...
  2. nokia yg ade qwerty keyboard n wifi tu. apa ek model dia?
  3. a brand new pc (cpu je. monitor takyah) OR a brand new laptop. - kedua2 harta ni yg aku ada dah berumur lebih 3 thn. rasa cam dah brg purba.
  4. a loius vuitton (gile membazir tahap kawan setan)
  5. kasut - im looking for sumthing comfy, flat, girly, just like my current crocs. aku takde beli kasut sejak stat pregnant. kat midvalley smalam i went to skechers, hush puppies, crocs but nothing caught my eyes.
  6. rumah - nak rumah but we cant afford this one just yet. tak mampu banglo pun takpe. teres pun ok. tapi nak ada laman (corner lot la tu maknanye) so my kids bole pusing2 naik beskal just like i did when i was small. rasa macam not fair kalau tak mampu berikan diorg pengalaman round rumah sendiri dengan beskal. so selagi belum mampu utk memiliki rumah begitu, i guess we're gonna stay in bangi sampai mampu.

eh 6 je? oh silap.. list bukannye panjang sgt. cume brg2 yg diingini sumenye mahal sangat. itu je lah.. tata....

Friday, March 27, 2009

update baby

  1. umar skang malam2 tido kukl 3, siang2 bangun kul 10 ke atas. mandi pun selalu tghari. hadoii.. mabuk aku dibuatnye nak layan dia tgh2 mlm tu. n slalu nye dia akan meragam sebelum di tidokan.
  2. ptg smalam pegi check up umar sbb dah masuk 2 bulan, kene injection polio etc, doktor suh bagi ubat demam terus lepas balik sbb baby mmg akan demam lepas dapat injection ni. tapi si umar ni tak suke la ubat tu. siap buat muka n luahkan hampir kesemua nya balik.
  3. sbb dia kene jab n makan ubat demam, malam tadi umar tido je dari 8-11pm meninggalkan ibu sorang2 layan diri sendiri kerana ayah umar pon bantai tido gak lepas maghrib sampai tgh malam....
  4. lepas tgh malam tu ha siapp layan la si umar sampai kul 3 pagi... last2 bagi dia tido dlm rocker sampai ke pagi! kesian anak ibu. tapi dah dia nak dibuai2 sampai tido.. camno? berat dah 5.1 kilo. tak larat dah ibu n ayah nak dodoi lama2. bangun subuh baru angkat dia letak dlm cot. itu pun dia tido lagi sampai 11.30.. tsk tsk..
  5. umar dah pandai senyum sejak seminggu yg lalu. kene agah sket lah. tapi kiut sgtt...
  6. skang aku tgh survey pasal cloth diaper. teringin nak cuba, tapi mcm2 pros n cons yg perlu dipertimbangkan sebelum buat keputusan.
  7. pros cloth diaper : environmental friendly, tiada chemical berbahaya mcm disposable diapers, boleh ulang pakai, jimat for the long run.
  8. cons cloth diaper : kene disiplin utk basuh n kene basuh ikut arahan. takleh bantai je basuh ikut suka hati. kene try n error dlu mana yg sesuai utk anak. tapi leceh nak try n error ni sbb satu ketul cloth diaper ni harga dia range from rm 70 - rm130. stakat nak try n error kene kuar duit byk camtu.. haiyoh..
  9. masalah besar utk aku adalah tang disiplin nak handle cloth diaper tu sendiri. semangat kene kuat klo nak buat benda ni. takleh malas2.
  10. sudah tanya pendapat hubby, dia kata up to you. i said, mana ada up to me je, up to u jugak sbb nak start guna cloth diaper ni memerlukan modal yg agak besar. dia pulak kata, terpulang kat awak la sanggup ke tak nak membasuh. aku cakap lagi, im up for it(handle the cloth diaper) if ur up for it(bagi duit utk beli). sudahnye takde keputusan..
  11. cloth diaper ni pulak byk jual online je. klo boleh aku nak pegi tengok2 belek2 rase2 pegang2 dlu mendalah tu b4 decide nak beli ke tidak. ada satu je kedai yg aku jumpe ada jual iaitu thebabyloft kat are atas ou sana. bapak jauh semata2 nak survey. skali tanak beli.. kan ke rugi?
  12. klo beli pastu aku ni hangat2 taik ayam je sbb malas nak leceh2 kene basuh mendalah tu, last2 simpan dlm laci je. tak guna pon. pun membazir gak.
  13. tu la aku kata semangat kene kuat klo nak guna cloth diaper ni.
  14. nak kata aku pedulik sgt pasal isu2 environmental ni pun tak la sangat. cuma kalo boleh jimat utk jangka masa panjang, apa salahnya?
  15. klo nak cuba, kene start cuba skarang. sementara aku belum stat blajar @ keje ni. byk masa kat umah nak blajar handle benda tu n educate orang lain yg perlu handle benda tu gak (like my mom, my mil n the helper).
  16. wish me luck.

Wednesday, March 25, 2009

my wiken stori

hello hello~

we had a great time traveling up north last weekend.

ptg jumaat gerak dari rumah pukul 4.30ptg. around 8 sampai ke rumah tok ku di changkat jering.

yg ada cuma pakcik dan makcik aku dgn anak2 diorg. tok aku ada kat kl sebenarnye. aku tau klo dia tau aku bawak baby jalan jauh2 cam ni mesti kene bebel nye lah. hehehehe.

pagi sabtu bangun lewat sbb baby takmau tido sampai 3 pagi. kul 10 baru kami bangun, bfast n siap2 nak gi kenduri edot di kuala kangsar.

lepas baby dan aku dah siap2, aku call ler fida, nak tanye kat mana dah. time ni dah 11.30pg. tetengok depa masih kat bukir beruntung. mak oi jauh nye lagi. jem kat kl katenye. aku bajet 2 jam lebih algi baru mereka sampai ke kuala kangsar. so aku pun rilek2 la dlu..

lepas salin nappy baby lagi skali, baru la kami gerak ke kuala kangsar. time ni dah kat kul 1. kami gerak pun sbb dah lapar.. fida, lan n the geng lambat takpe lah. jumpe kat sana je la nanti.

tetengok masa sampai je kuala kangsar hubby tetiba kata, "persona merah tu sapa? org2 dlm tu usha kita semacam.."

tengok2 mmg depa lah. siap ada lambang pas tu kat tingkap.. tak bole blahh... lenkali klo nak letak lambang pas beli la persona hijau (ada ke kaler ni?) ni beli kaler merah. bercanggah sungguh.

anyhoo lepas sesi melambai2 kami pun ikut la keta persona merah tu menuju ke perak riverside resort tpt berlangsung nye kenduri edot.

sampai2 pengantin belum tiba lagi. kami pun pegi la ke khemah tetamu dimana shafiq n pian n sara n palie kecik berada. depa dah kenyang makan dah masa kami sampai tu.

umar tido jer sbb baru lepas menyusu dlm perjalanan so kami letak dia dlm stroller. dpt la ibu n ayah umar makan dgn puas sehingga kenyang kat kenduri ni.. pas habis makan dah rilek2, pengantin dah sampai etc, baru la umar jage.

auntie fida tertunggu2 umar jaga sbb nak dukung umar. so bile umar dah bangun tu apa lagi pucuk dicita ulam mendatang la.. terus aku angkat umar bagi kat fida.. pastu dia merengek apa lagi sumbat la susu. aku dah pam siap2 sebelum keluar dr rumah tok tadi..

tercapai juga hasrat auntie fida untuk mendukung umar. siap dpt bagi cucu lagi tuu... luckyy..

lepas sesi tangkap gambar dgn pengantin kami pun beransur pulang..

acah je bukan pulang.. ranjau2 dlu la.. pusing kuale kangsar seround kemudian kami pun pulang ke tepeng.. kali ni ikut jalan lama, tak ikut tol. dekat gak tak sampai 30km pun.. sampai tepeng, lalu depan rumah tok, tak balik pon, kami terus jalan menuju ke matang & kuala sepetang. matang ni tpt terletaknye umah tok nek aku. kira tok kepada mak aku la.. lebih kurang sebulan yg lalu rumah arwah toknek aku ni terbakar... kesian pada tokteh dan keluarga yg menetap di rumah pusaka tu. habis tinggal sehelai sepinggang. mak aku dah balik 2 minggu lepas melawat depa, bagi baju2 lama, duit sket utk bantu tokteh n anak nya bina balik rumah baru.

masa gi ctu aku lalu je, tak singgah pon.. satu sbb aku tatau kat mana tokteh dok menumpang sementara waktu, dua sbb aku tak kenal sgt dgn diorg hehe alasan je ni.. takpe la mak aku dah pi lawat dah. just nak tunjuk kat hubby rumah tu je. dah tak nampak dah mcm rumah terbakar sbb dah dibersihkan utk dibina baru.. pastu kami pun terus ke kuala sepetang (lalu jalan yg same).. korg tau tak sejarah kuala sepetang ni? kat sini la railway tanah melayu pertama dibina. utk transport.. bijih timah kot? hehe aku pun tak brapa ingat dah. cari la kat wikipedia klo rajin. nama lama kuala sepetang ni adalah port weld.

baru2 ni klo korang perasan kat majalah 3 ada kuar pasal mee udang yg femes kat cni. masa kami lalu kat kedai yg kuar majalah 3 tu, mak aih punye la ramai orang. bukan kedai tu je. kedai lain yg ada tulih mee udang mesti penuh dgn pelanggan. cuti skolah la katakan. dah dekat pilihan raya bukit gantang pulak tu.. (changkat jering, matang, kuala sepetang sume termasuk dlm kawasan bukit gantang klo korang tatau..) mmg meriah la..

tapi kami tak singgah pun. sbb aku ni dah terbayang2 makanan lain yg menjadi tempat wajib utk dilawati setiap kali balik umah tok aku nih.

lepas berhenti solat asar dan basuh berak umar kat masjid kuala sepetang, kami pun bergerak ke bandar taiping utk.. makan pasembor sama cendol.. nyam nyam nyam. eh aku takleh ingat lah kesedapannya rasa nak balik tang ni jugak pi makan lagi.. mmg takleh dpt la kat kl nih yg sedap camtu..

lepas kenyang makan pasembor barula kami balik ..

balik2 hubby dah pengsan keletihan. aku pun bagi mandi si umar yg kemudian pancut n berak sekali kat atas towel lepas mandi tu.. ish ish ish.. aku bygkan klo baby girl mesti takde kes pancut2 ni kan?

klo korang nak tau, masa pegi check up umar masa umar dia 1 bulan haritu, lepas kene injection, nak tukar nappy dia, dia boleh pancut sampai kena muka dia sendiri.. tsk tsk tsk.. mmg kelam kabut la waktu tu sbb itu la 1st time bawak dia kuar umah. dgn baby wipes tak bawak nye, dgn baju kene salin.. ish ish... la ni bila ingat balik mmg kelaka sungguh laa..

malam tu kami sume tido awal sbb letih berjalan satu hari..

hari ahad pulak, bangun awal sket sbb kenduri hari ni di ipoh lak. lepas bfast, mandi, siap2, kul 11 kami pun gerak la dari rumah tok. b4 gi ipoh, aku ajak hubby pegi makan pasembor lagi skali heheheheheeeee... smalam tak cukup, hari ni pegi lagi. lagi skali heaven.. nyam nyam.. dah la sedap, murah lak tu. pasembor hanya 2 inggit, cendol singgit. makan 2 orang cumelah 6 inggit... murah dan sedap, what more can u ask for?

lepas kenyang makan pasembor, kami pun gerak la masuk highway menuju ke ipoh.. dalam 1 lebih sampai ke tasek, tpt umah kawan hubby yg kawen nih.

hari panas sungguh. n hubby decided tamau letak umar dlm stroller sbb kenduri tu sesak. so kami pun makan bergilir la. memula hubby pgg umar, aku makan, pastu tukar. tapi hubby tak habis makan lagi umar dah bangun sbb panas sgt. aku pulak tak sediakan susu utk dia minum sbb tak sempat nak sterilize lepas guna smalam. aku sediakan air putih je dlm botol susu.. tapi kami tetap bergegas jugak beredar dr kenduri sbb bukan umar je kepanasan, kitorg ni pun kepanasan. tapi sempat la jumpe pengantin n ucap tahniah etc.

satu fakta menarik. sampai2 je kat rumah pengantin, kami dapati yg umah dia betul2 depan surau. aku pun terus cakap, "wow rumah dia depan surau.." (sbb umah dia sebuah je yg betul2 mengadap surau tersebut.) aku sambung lagi, "kalau malas solat mmg saje la..." pastu hubby pula menyambut, "padan la ***** ni baik, rumah dia depan surau rupanya.."

aku pun tatau sejauh mana kebenaran ayat tersebut tapi dapat rasakan hubby punya rasa suka n hormat pada kawannya ni makin bertambah la lepas tau fakta ni.

tapi aku pk2 balik, ramai je kawan2 aku yg rumah depa keliling surau (read : surau al-madani) tapi perangai tak best pun..

apa motif aku cakap pasal ni?

ntah la. rasa mcm dari kenduri seseorang tu kita boleh tau camana keluarga dia, sedara mara dia, n boleh bentuk satu tanggapan baru, "ooo this is how he/she was brought up. no wonder he/she turned out to be like this.."

banyak lak bebel.

lepas tu kami pun terusmasuk highway utk pulang ke serdang.

sampai serdang, aku mintak hubby singgah nak beli goreng pisang. pegi la kat gerai kat depan pintu pagar upm yg kat masjid tu.. aku pun pi la turun beli.

sekali masa patah balik ke keta aku nampak 2 kelibat dok lambai kat aku dari jauh.. woo sapa kah tu? hehe rupenye ina dan shafiz yg ternampak aku kuar dr keta melintas jalan utk pegi beli goreng pisang tu. sanggup diorg patah balik, park keta n turun jumpa aku n baby.. hohohoh.. terharu sungguh niii.... dapat la depa lihat encik umar yg terpisat2 baru bgn dari tido..
pastu kami pun pulang ke rumah family hubby di serdang..

ok itu je citer weekend aku. best betul dpt spend the whole weekend bertiga, gi jalan2, jumpe kawan2, makan sedap2.. nak apa lagi? im truly grateful for everything that comes my way..

till later, salam...

umar @ home.. ngap cikit pipi die.. bulat ngat..

Thursday, March 19, 2009

Getting ready for a long journey

Tomorrow evening insyaAllah we'l be going back to my mother's hometown in taiping.
we r going to edots wedding in kuala kangsar on saturday, n on sunday we r going to hubbys frens wedding in ipoh.

byk nak kene pk kan bila berjalan jauh ni. stakat pindah randah tu kira kami ni dah biasa dah sbb dah 5 kali ulang alik dok serdang - bangi. ni bukan balik skejap2. tahap bawak pindah baby cot ape sume skali.

tapi travel sampai 3 jam tu yg agak risau sket.

aku nak wat list benda2 yg nak kene buat b4 pegi... supaya aku tak lupa. maklumla aku ni mmg cepat betul lupa skarang ni. jgn sok dah dlm perjalnn baru teringat.

hubby pulak jenis yg berus gigi dia pun harap kita yg pack kan jugak. baby lagi, bapak baby lagi.. banyak wooo..

sbb tu lah aku dah setelkan semua hal pasal loan mara tu hari ni. last day submit adalah hari isnin. aku pk, klo gi hari isnin tgk2 ada benda tak lengkap, tak ke haru. esok aku dah sibuk nak kemas utk balik tepeng. smalam pulak sibuk pegi matikan setem lah, jumpa pesuruh jaya sumpah lah.. so hari ni je la tinggal nak submit mendalah tu.

2 hari ni juga aku terpaksa tinggalkan umar dgn maid kat rumah. dah siap pam susu 2 botol setiap kali keluar rumah. masa tgh run errands tu mmg ada rasa sedih n teringat2 kat umar.. rasa tak sabar nak balik. tapi sempat gak shopping kat sogo tadi. hohoho. brg2 baby kat sogo mmg best lah. dapat la jugak aku beli brg2 yg b4 bersalin ingatkan tak perlu. lepas bersalin baru tau perlu. n hari ni baru 1st time keluar jauh.. jadi dpt la aku beli brg2 tersebut.

ok la aku takde byk masa nih. byk keje nak wat.

nah ni spesel utk ida yg rindu kat umar.

insyaAllah lusa umar jumpe auntie ida kat kenduri auntie edot okeyyy...

see he knows me already. im his favourite person in the whole world. klo ibu ada dekat mmg umar pandang ibu je la tak pandang org lain dah.. hehehe..

Monday, March 16, 2009

nightmares begone

ever since the birth of umar, iv been having nightmares every single night.

setiap kali tidur, tak kisah la tidur petang ke tidur malam, mesti akan terbangun dgn blakang, tengkuk dan hujung rambut yg basah sbb berpeluh2 akibat nightmare tersebut.

nightmare ni mcm2. kdg2 mimpi ada gangster cari suami aku sbb pegi calarkan keta diorg, yg mimpi takleh grad sbb asyik ponteng kelas (mcm aku cerita haritu), mimpi kene berpisah dgn suami n kene kawin dgn orang lain n suami pn kene kawin dgn org lain (mcm dipaksa bertukar pasangan.. ish nauzubillah camna la tak berpeluh2 klo mimpi macam ni..).. dan mcm2 lagi la mimpi yg tak best dan menakutkan..

selepas aku dpt let go keperitan bersalin, dapat terima hakikat yg aku ni dibedah, terima hakikat kena tunggu lama lagi utk mengandung lagi, sakit luka bedah dah hilang, tenaga dah kembali pulih spt sedia kala, baru lah nightmare tu berkurangan. dan takde lagi bangun dlm keadaan berpeluh2.

skarang ni klo mimpi pun lebih pada mimpi merapu2 rather than mimpi yg tak elok.

i guess bila kita lalui satu pengalaman yg traumatic itu lah kesan2 dia kot..

alhamdulillah segala perit sakit tu dah pun hilang dan dah pun dilupakan.

klo tak lupa mmg la taknak bersalin lagi..

tapi ada isteri pada member lama yg sudah hampir due date nya. malam tadi my hubby called his friend n asked, dah bersalin kah belum?

n he said, "tgh contraction ni.."

uh oh ok terus letak telepon. pastu tetiba mcm ada flashback masa kat dlm labor room haritu.. aaaaaa sakitt.. sakitt....

dah ler lupakan.

semuga dolah n isterinya ina selamat menyambut kelahiran anak mereka.. kami disini mendoakan..

ok hubby gue dah balik lunch. bye2..

Wednesday, March 11, 2009

pandangan slek

umar tgh tido so im gonna do a quick entry here..


umar selalu pandang ibu dgn pandangan begitu. its like he's trying to say, 'itu ibu ada, apasal ibu tanak bagi susu?'

hehehehe...

i guess thats y babies love their mommies so much. ibu ada susu,, ayah takde susu.. so mmg lah setiap kali ibu bagi umar kat ayah utk di burpkan keluar la jeritan2 tak brape ikhlas dr umar yg memprotes kerana dah dibawa lari dr sumber makanan beliau.. ahahakss...

sayang umar!

Tuesday, March 10, 2009

umar is 40 days old

hai.. lama dah tak menulis di sini..

nak kata bizi, tak lah sgt.. last wednesday hubby pegi jakarta for 3 days. sibuk la ibu ni layan umar. weekends pulak biasa la akan spend time dgn hubby n baby, so mmg takda masa nak ngadap pc lama2..

masa hubby takda tu, takut gak mlm2 klo umar byk ragam ke, takmau tido ke.. klo sorang2 tu bukan takleh, cuma lagi happy dan bersemangat kalau ada teman wpon teman tu tido jer. :D

but alhamdulillah kami(ibu n umar) dpt melalui 3 hari itu dgn jayanya.. umar ni dah pandai layan diri sendiri n tido sendiri. kdg2 letak dia dlm cot dia tak tido lagi. bedung dia tak brape ketat n bole dengar dia berbunyi sorang2. tak lama pastu dia pun senyap, tgk balik dah tido, pastu baru bedung balik kemas2 n he'l sleep til morning.

byk benda dia dah boleh buat. such as sengih n gelak (wpon taktau dia gelak n senyum kat ape @ sape), mata dia dah fokus, dah boleh recognize moving objects @ ppl around him.

n after moving back n forth on whether to buy him a swing, a bouncer, a rocker or not to buy anything at all, yesterday hubby finally bought him a newborn to toddler rocker. umar sgt suke dok dlm tu. mmg sampai boleh tertido lah. sekurang2 nya takda la nak kene dukung2, dodoi2 lama sgt utk tidor kan dia. but utk tido malam tak boleh la. dia still nak ayah dia dodoi2 ayun2 lambung2 baru boleh tido.

at first my sister kata nak belikan mendalah bouncer tu but since dia bizi sgt, n i cant wait much longer sbb dah sakit pinggang lambung umar yg makin berat, pastu pulak baru dpt voucher metrojaya, n that rocker was on promotion, mintak je la hubby pegi belikan. he went to midvalley at 9.20am n got home at around 11.. tak penah dibuat org gi midvalley awal n sekejap camtu.. he was supposed to go to sunway to repair his handphone charger but dia tak pegi, when i asked him, 'apasal tak pegi?' he said, 'rindu sgt kat umar.. ' hohh boleh camtu... he said it was supposed to be his day off so he wants to spend as much time as he could with umar.

thats why its hard for us to go anywhere nowadays. keluar sekejap je rasa rinduu sgt nak balik rumah jumpa umar. last saturday n sunday we went out for a bit n took umar with us, tapi sgt la tak sesuai bawak baby kecik camtu keluar..

dlu2 aku slalu membisikkan kat hubby bila nampak parents bawak baby kecik sgt kuar pi shopping. aku kata, 'ish baby kecik camtu mana leh bawak kuar gi tempat2 camni, byk kuman!' but now i understand why those parents take their babies along with them.. mungkin takde sape nak jaga kat rumah.. atau mungkin tak sampai hati nak tinggal baby kat rumah dgn orang lain.. weekdays dah keja, weekends kalau keluar nak kene tinggal gak , bila masa nak spend time dgn baby?

dah la byk lak bebel. jom tgk gambar..


ni real tau.. bukan posing2..

bila ayah ngaji umar akan dok diam atau terlena terus camni..

sedap sangat dok dlm rocker ni sampai tertido...

Monday, March 02, 2009

closure

selepas sebulan kisah bersalin berlalu, hari sabtu lepas aku jumpa balik dgn doktor utk follow-up.
luka okey, rahim dah kembali pd keadaan asal. as always, eveything looks good.

pastu doktor pun bagi la sedikit penerangan ttg apa yg berlaku haritu.

malas nak citer panjang kat sini tapi akhirnya aku dpt satu mcm closure la.. takde dah nak pandang belakang balik n pk macam2..

check up baby pun ok. dia dah 4.5kg dah skang.. naik lebih sekilo tu... badan makin panjang, makin berat. tak larat nak dodoi lama2.. hehehe...

pipi pun makin tembam. tapi takde gambar la pulak sbb tah kemana dah aku letak kamera.

petang sabtu lepas gi check up tu, kami pun balik bangi... byk brg2 masih berterabur sbb sebelum ni dok bawah kan.. yg dr seradng bawak balik bangi, yg dr bilik bawah bawak naik atas. mmg letih naik turun sbb ada je brg2 yg terlupa nak bawak bersama..

cot pun dah pindah naik atas.. siang2 baby tido atas tilam jer ler.. depan tivi.. hehehehe... n nope, no buaian.. kat serdang ada buaian sbb tok umar ni belikan despite ayahs objection. kat bangi takde ler buaian.. ibu lah yg jadi buai nye.. dodoi dodoi sampai umar terlelap.. tp ibu dah mintak maklong sheera belikan baby bouncer utk umar.. takde buai, bouncer pon jadiklah.. jenama fisher price ye maklong.. hehehe.. takpa maklong sheera tu loaded plus dia pun dah pregnant dah so nnt bile umar besar sket n tak muat dah dlm bouncer tu bole la pass down ke kazen dia pulak insyaAllah... :D

tp apa pun alhamdulillah umar tak byk meragam bila pindah2 tempat cam ni. mlm2 letak je dlm cot dia akan tido nyenyak.. mcm malam td dr kul 11 sampai subuh dia tidur. sedap la ayah n ibu tido gak.. tapi terpk gak, takpe ke biarkan dia dlm pampersnye sampai 7 jam?

ntah la. masih byk benda nak kene blajar...

hari ni jugak aku telah drive balik.. hohoho bukan suka2. tp terpaksa sbb nak gi pos laju amik perjanjian mara. alhamdulillah permohonan loan mara utk masters ni dah pun diluluskan. n kene setelkan cepat2. org lain sume keje jadi aku terpaksa la pegi amik sendiri.

sebenarnya bole je mintak org lain amikkan lepas habis keje ptg kang sbb kaunter bukak sampai kul 7pm tp dah mmg aku ni jenis tak sabar. pagi tadi kul 10, umar dah siap mandi, minum susu 3-4 kali, n dah tido balik.. aku cepat2 siap utk pegi pos opis.

apa perasaan lepas lebih sebulan tak bawak keta? ada la gayat sket. bawak slo mo jer.. tapi takpe asalkan tujuan tercapai.

even tho skang ni aku tak ready nak pk pasal blajar.. tp selalu mimpi pasal stadi. kdg2 mimpi fail satu subjek sbb asyik ponteng kelas, atau register kelas tapi tak pegi, last2 dpt surat kata takleh grad n mcm2 lagi lah.. maknanya subconsciously aku amik berat gak pasal pelajaran walaupun dalam jaga kdg2 aku rasa nak quit je sbb malas nak susah2 pk pasal exam, presentation, projek, assignment dan yg sewaktu dgnnya....

takpe la lambat lagi bulan july nnt nak sambung balik.. byk masa nak mengready kan diri utk ngadap balik semua itu..

n smalam mama aku citer, dia jumpa dekan aku kat function mende tah, dekan tanye, mas ape kabar? mama kata ler aku tgh dlm pantang.. hmm aku tatau ler dia tau ke tidak aku mengandung. n klo diikutkan mmg malu dah dgn dia sbb aku mmg lok lak habih masa dlm kelas dia dulu.. org ngandung la kata kan.. gi kelas mlm2 pulak tu.. alamatnye mmg lg byk tgk meja (read:tido) dr tgk depan.. kuikuikuikui....

hm itu je buat kali ni. dah balik bangi ni as always aku mmg byk benda nak buat lah. kemas sana sini. rearrange brg2 dlm bilik supaya tak crowded sgt. kemas baju2 yg dah 5 minggu terbiar.. dan mcm2 lagi..

ok bai.