Monday, March 02, 2009

closure

selepas sebulan kisah bersalin berlalu, hari sabtu lepas aku jumpa balik dgn doktor utk follow-up.
luka okey, rahim dah kembali pd keadaan asal. as always, eveything looks good.

pastu doktor pun bagi la sedikit penerangan ttg apa yg berlaku haritu.

malas nak citer panjang kat sini tapi akhirnya aku dpt satu mcm closure la.. takde dah nak pandang belakang balik n pk macam2..

check up baby pun ok. dia dah 4.5kg dah skang.. naik lebih sekilo tu... badan makin panjang, makin berat. tak larat nak dodoi lama2.. hehehe...

pipi pun makin tembam. tapi takde gambar la pulak sbb tah kemana dah aku letak kamera.

petang sabtu lepas gi check up tu, kami pun balik bangi... byk brg2 masih berterabur sbb sebelum ni dok bawah kan.. yg dr seradng bawak balik bangi, yg dr bilik bawah bawak naik atas. mmg letih naik turun sbb ada je brg2 yg terlupa nak bawak bersama..

cot pun dah pindah naik atas.. siang2 baby tido atas tilam jer ler.. depan tivi.. hehehehe... n nope, no buaian.. kat serdang ada buaian sbb tok umar ni belikan despite ayahs objection. kat bangi takde ler buaian.. ibu lah yg jadi buai nye.. dodoi dodoi sampai umar terlelap.. tp ibu dah mintak maklong sheera belikan baby bouncer utk umar.. takde buai, bouncer pon jadiklah.. jenama fisher price ye maklong.. hehehe.. takpa maklong sheera tu loaded plus dia pun dah pregnant dah so nnt bile umar besar sket n tak muat dah dlm bouncer tu bole la pass down ke kazen dia pulak insyaAllah... :D

tp apa pun alhamdulillah umar tak byk meragam bila pindah2 tempat cam ni. mlm2 letak je dlm cot dia akan tido nyenyak.. mcm malam td dr kul 11 sampai subuh dia tidur. sedap la ayah n ibu tido gak.. tapi terpk gak, takpe ke biarkan dia dlm pampersnye sampai 7 jam?

ntah la. masih byk benda nak kene blajar...

hari ni jugak aku telah drive balik.. hohoho bukan suka2. tp terpaksa sbb nak gi pos laju amik perjanjian mara. alhamdulillah permohonan loan mara utk masters ni dah pun diluluskan. n kene setelkan cepat2. org lain sume keje jadi aku terpaksa la pegi amik sendiri.

sebenarnya bole je mintak org lain amikkan lepas habis keje ptg kang sbb kaunter bukak sampai kul 7pm tp dah mmg aku ni jenis tak sabar. pagi tadi kul 10, umar dah siap mandi, minum susu 3-4 kali, n dah tido balik.. aku cepat2 siap utk pegi pos opis.

apa perasaan lepas lebih sebulan tak bawak keta? ada la gayat sket. bawak slo mo jer.. tapi takpe asalkan tujuan tercapai.

even tho skang ni aku tak ready nak pk pasal blajar.. tp selalu mimpi pasal stadi. kdg2 mimpi fail satu subjek sbb asyik ponteng kelas, atau register kelas tapi tak pegi, last2 dpt surat kata takleh grad n mcm2 lagi lah.. maknanya subconsciously aku amik berat gak pasal pelajaran walaupun dalam jaga kdg2 aku rasa nak quit je sbb malas nak susah2 pk pasal exam, presentation, projek, assignment dan yg sewaktu dgnnya....

takpe la lambat lagi bulan july nnt nak sambung balik.. byk masa nak mengready kan diri utk ngadap balik semua itu..

n smalam mama aku citer, dia jumpa dekan aku kat function mende tah, dekan tanye, mas ape kabar? mama kata ler aku tgh dlm pantang.. hmm aku tatau ler dia tau ke tidak aku mengandung. n klo diikutkan mmg malu dah dgn dia sbb aku mmg lok lak habih masa dlm kelas dia dulu.. org ngandung la kata kan.. gi kelas mlm2 pulak tu.. alamatnye mmg lg byk tgk meja (read:tido) dr tgk depan.. kuikuikuikui....

hm itu je buat kali ni. dah balik bangi ni as always aku mmg byk benda nak buat lah. kemas sana sini. rearrange brg2 dlm bilik supaya tak crowded sgt. kemas baju2 yg dah 5 minggu terbiar.. dan mcm2 lagi..

ok bai.

2 comments:

noris said...

ahh! sheera dah peknen ke? hok aloh, x bgtau pon kiter... sorry yeh cross posting kat sini, tp nnt mintak tolong mas tolong bgtau kak sheera yg akak kim salam yeh. rindu plak kat dia n abg iwan. dah braper bulan k sheera peknen tuh? suh dia jg diri baik2 n suruh dia add akak kat facebook (search pakai nama penuh yg sbenar, gerenti jumpa, unlike nama dia - ramai woooo, x larat nak search) ahhh... excitednya! alamatnya x jd la diaorg bersua tuh nak dtg UK ni soon, dah nak bertiga la katakan :P

Maslina Zolkepli said...

teehehehe... baru 7-8 minggu.. awal lagi sbb tu dia tak war2kan lagi kot..

yes mmg tak pegi kot uk lagi. thn lepas dah pegi, pastu our mom pesan kat kitorg 'dah, simpan duit pi mekah pulak'. hehehe. plus dah pregnant. plus harga tiket not as cheap as last year.. tu yg kurang teruja nak pegi lagi kot.

il send ur regards when i see her. tp mgkn next weekend br jumpa kot. this wiken shes going back to johor. next wiken im going back to my mil's house pulak. susah dah jumpe dia skang..