Friday, March 27, 2009

update baby

  1. umar skang malam2 tido kukl 3, siang2 bangun kul 10 ke atas. mandi pun selalu tghari. hadoii.. mabuk aku dibuatnye nak layan dia tgh2 mlm tu. n slalu nye dia akan meragam sebelum di tidokan.
  2. ptg smalam pegi check up umar sbb dah masuk 2 bulan, kene injection polio etc, doktor suh bagi ubat demam terus lepas balik sbb baby mmg akan demam lepas dapat injection ni. tapi si umar ni tak suke la ubat tu. siap buat muka n luahkan hampir kesemua nya balik.
  3. sbb dia kene jab n makan ubat demam, malam tadi umar tido je dari 8-11pm meninggalkan ibu sorang2 layan diri sendiri kerana ayah umar pon bantai tido gak lepas maghrib sampai tgh malam....
  4. lepas tgh malam tu ha siapp layan la si umar sampai kul 3 pagi... last2 bagi dia tido dlm rocker sampai ke pagi! kesian anak ibu. tapi dah dia nak dibuai2 sampai tido.. camno? berat dah 5.1 kilo. tak larat dah ibu n ayah nak dodoi lama2. bangun subuh baru angkat dia letak dlm cot. itu pun dia tido lagi sampai 11.30.. tsk tsk..
  5. umar dah pandai senyum sejak seminggu yg lalu. kene agah sket lah. tapi kiut sgtt...
  6. skang aku tgh survey pasal cloth diaper. teringin nak cuba, tapi mcm2 pros n cons yg perlu dipertimbangkan sebelum buat keputusan.
  7. pros cloth diaper : environmental friendly, tiada chemical berbahaya mcm disposable diapers, boleh ulang pakai, jimat for the long run.
  8. cons cloth diaper : kene disiplin utk basuh n kene basuh ikut arahan. takleh bantai je basuh ikut suka hati. kene try n error dlu mana yg sesuai utk anak. tapi leceh nak try n error ni sbb satu ketul cloth diaper ni harga dia range from rm 70 - rm130. stakat nak try n error kene kuar duit byk camtu.. haiyoh..
  9. masalah besar utk aku adalah tang disiplin nak handle cloth diaper tu sendiri. semangat kene kuat klo nak buat benda ni. takleh malas2.
  10. sudah tanya pendapat hubby, dia kata up to you. i said, mana ada up to me je, up to u jugak sbb nak start guna cloth diaper ni memerlukan modal yg agak besar. dia pulak kata, terpulang kat awak la sanggup ke tak nak membasuh. aku cakap lagi, im up for it(handle the cloth diaper) if ur up for it(bagi duit utk beli). sudahnye takde keputusan..
  11. cloth diaper ni pulak byk jual online je. klo boleh aku nak pegi tengok2 belek2 rase2 pegang2 dlu mendalah tu b4 decide nak beli ke tidak. ada satu je kedai yg aku jumpe ada jual iaitu thebabyloft kat are atas ou sana. bapak jauh semata2 nak survey. skali tanak beli.. kan ke rugi?
  12. klo beli pastu aku ni hangat2 taik ayam je sbb malas nak leceh2 kene basuh mendalah tu, last2 simpan dlm laci je. tak guna pon. pun membazir gak.
  13. tu la aku kata semangat kene kuat klo nak guna cloth diaper ni.
  14. nak kata aku pedulik sgt pasal isu2 environmental ni pun tak la sangat. cuma kalo boleh jimat utk jangka masa panjang, apa salahnya?
  15. klo nak cuba, kene start cuba skarang. sementara aku belum stat blajar @ keje ni. byk masa kat umah nak blajar handle benda tu n educate orang lain yg perlu handle benda tu gak (like my mom, my mil n the helper).
  16. wish me luck.

2 comments:

wardah said...

Mas, ikut pengalaman akak dan belajar dr pengalaman org yang berpengalaman baby yang bf (breastfeeding) susah nak demam kalau kena cucuk imunisasi tu. Asyraf alhamdulillah tak demam masa cucuk 2 bulan, dgn syarat lepas cucuk terus bf baby. Sedihnya masa 3 bulan baru ni, akak tak sempat nak direct bf sebab lepas cucuk asyraf terus tdo. Natijahnya dia demam sikitla...

Pasal CD lak...akak pun rasa nak pakai gak, tp bila memikirkan tahap kerajinan yang tidak terlalu tinggi memaksa akak berkata 'NO' pada CD buat masa skrg...hehehe

tak lama lagi..'umar boleh la borak2..hehehe

Maslina Zolkepli said...

iye ker kene terus bagi susu.. taktau ler pulak. tp masa 1st month nye check up lepas cucuk je doktor terus suh bagi susu. tp dia tak bgtau pun sbb tu. saya pon pelik. apasal doktor suh bagi susu terus? dia tgk baby tu mcm lapar ke? hehehe... jadinye paham la saye kenape....

umar haritu tak ler demam pon, nak kate meragam pon, mmg nak tido tetiap malam dia meragam.. so tak dpt nak bezakan meragam sbb kene cucuk ke atau mmg peel biasa dia.. hehehehe..

psl cloth diaper tu pun saya kiv dulu lah. masa skang ni masih malassss... pastu klo ada bau2 sket pun mesti tak puas hati nak cuci lagi. jadi lg sng guna pampers yg mmg bersih suci wangi...