Wednesday, April 29, 2009

umar's latest gadget

sempena balik jerangau yg panas n byk serangga besok, saya telah belikan utk anak bujang saya :

mini clip on fan

utk letak pada cot ke, rocker ke, stroller ke, atau apa2 je la yg patut.

saya juge perlu ke guardian sebentar lagi utk beli some sort of mosquito repellant or something.

hari ni saya bizi. harap maklum.

cya on sunday.

Tuesday, April 28, 2009

u taste like ciken, u smell like heaven

another post dedicated to my lovely baby.

umar tido gaya berpikir.. haih makin besar anak ibu nih..

gambar ni diambil semasa kami join muiz n fahima jual kuih muih semasa pertandingan nasyid antara sekolah2 kafa seluruh kl. bertempat di sebuah padang awam somewhere near dsara uptown or kelana jaya or something.

Monday, April 27, 2009

Jemputan ke Majlis Aqiqah anakanda 'Umar bin 'Adil

Bismillahirrahmanirrahim.

Dengan rahmat dan keredhaan Allah SWT

'ADIL BIN WAHID & MASLINA BINTI ZOLKEPLI

Dengan segala hormatnya mempersilakan


……………………………………………………………………………………………………………….

serta keluarga ke Majlis Aqiqah dan Doa Selamat sempena kelahiran anak kami

‘UMAR BIN ‘ADIL

Pada hari SABTU, 2 MEI 2009 bersamaan 7 JAMADILAWWAL 1430H

Bertempat di : Km 61, Jln Jabor – Jerangau, Kg. Jerangau Sungai, Dungun, Terengganu Darul Iman.

Semoga dengan kehadiran tuan-tuan sekeluarga dapat menambahkan keberkatan majlis ini seterusnya mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara kita. InsyaAllah. Terima kasih & Wassalam.


ATURCARA MAJLIS

1.00 ptg - Majlis bermula.
Solat, tahlil, jamuan makan, bersurai.


TURUT MENGUNDANG

Seisi keluarga


PETA LOKASI MAJLIS

Friday, April 24, 2009

weekends & jcard day

cerita 1 :

seperti cik sarah, saya juga akan jadi extremely happy everytime the weekend arrives. bukan, saya bukan hepi sbb dpt jumpa boifren, tapi hepi sbb dpt actually spend time with the 'boifren'.
spt gambar pd entry di blog puan adeeb yg bercakap ttg always give 100% at work, mmg hari jumaat adalah hari yg the least productive. tp memandangkan sayatak bekerja, takde kaitan la dgn saya. tp yg pastinya saya mesti akan rasa begini pada hari2 yg berikut :

  • isnin : arghh weekend dah habis.. mujur mlm ni ada house. something to look forward to on monday nights.
  • selasa : masih awal minggu, mujur ptg ni ada psr malam. boleh gi jln2.
  • rabu : dah tgh minggu. takda apa2 yg menarik. cumanya dr zaman persekolahan lagi mmg saya suka hari rabu. hari ni selalunya ada latihan rumah sukan, game bola baling, dll.
  • kamis : okey sket lagi nak weekend. sabar2.. sehari je lagi hubby kene gi keje.
  • jumaat : bgn dah kat2 tghari (baby juge followed suit :P), uh dah waktu solat jemaat, bbrp jam lagi hubby balik and weeehooooo the weekend starts.
  • sabtu : hah nak ke mana hari ni? mesti kluar jln2 klo tak boring dok rumah n the weekend will be wasted. (slalunya mlm tadi atau hari isnin lagi dah plan harini ni nak gi mane). ptg mesti gi psr mlm beli ice blended mango n cappuccino.
  • ahad : last day of the weekend. pun mesti keluar gak. tak kisah la balik serdang ke, keluar minum ptg ke, lawat kawan2 @ sedara mara ke. yg penting mesti keluar! balik2 dlm keadaan letih tp puas hati sbb weekend yg penuh terisi dgn aktiviti.
  • isnin : arghhh weekend dah habis.. weekend yg baru berlalu sgt best sbb dpt spend time n jln2 dgn family. tunggu this coming weekend pulak, plan nak wat ape.

hehehehehe... dan pusing dan pusing...

dan kdg2 hari jumaat lagi dah stat cuti dah, mcm 2 wekends ago. jumaat mlm ada majlis akad nikah seorang ibu saudara, ptg tu lepas solat jumaat hubby terus angkut kami berdua ke kl sebelum pegi majlis tsbt.. hepi sgt sbb rasa mcm dpt weekend 3 hari.

minggu depan juga, hubby akan amik cuti hari kamis. kami akan pulang ke terengganu utk majlis aqiqah umar. uish tak sabarnye daku.. nak pegi pantai, makan kepok lekor tapi pantai, pegi pasar payang (nak beli aper hehh..) even round2 kt pun dah buat aku cukup gembira.. pastu kenduri.. hopefully everything turns out well... n pam air dah berfungsi supaya takyah turun pi mandi kat telaga dah.. uhuk uhuk....

cerita 2 :

smalam daku berjaya pegi ke jcard day jusco cheras selatan.

semangat ni. sanggup tak tido balik lepas subuh. turun bfast, tata hubby pegi keja, borak2 sket dgn mama n abah, terus naik atas kejut baby. wpon mama kata biar maid yg mandikan dia, but no thanks. seumur hidup mungkin dua atau tiga kali je kot dpt besarkan anak (that means we'l be having 3 or 4 kids je la at most). im not gonna let somebody else do it for me. selagi boleh biar aku yg buat.

lepas siap mandikan n bagi susu sampai kenyang, aku pun vroom pegi jusco nun. sampai2 je dah 9.05. perghh byk gile keta beratur nak masuk. tp parking masih byk. so sabar menunggu giliran, akhirnya daku berjaya masuk ke jusco. shopping shopping shopping, tak sedar dah kat kul 1 sampai abah tepon "apasal lambat sangat..", me said "ramai sgt org.. nak beratur byr pon tunggu kat stengah jam.", abah, "bukan apa, baby kat rumah tu..." ye la ye la... aku pun bergegas la balik. makan teppanyaki pun tak lalu dah sbb dah kene tegur. heheheh.

tau tak kenapa kena tegur? weekend yg lalu me n hubby keluar mlm utk pegi gathering hubby punye universiti mates. (yes takde kaitan dgn aku tapi nak gak ikut jumpe org2 yg spend time bertahun2 dgn encik hubby.) kami balik kul 12 lebih! time tu si umar dah meraung kat stengah jam. risau gile tp kami tumpang org lain (bujang), senior plak tu, so segan nak ajak blah awal.

umar nangis sbb susu dah habis (aku dah tinggalkan 2 botol yg half full), n kul 10 lebih dia dah tido. sekali dekat2 kul 12 dia terjaga menangis (biasa je benda ni berlaku, tp aku slalu cepat2 angkat n bagi nenen sampai dia tido balik.). tapi time tu aku pun takda, semua org dlm rumah tatau nak buat apa (mungkin sbb aku gak yg insist nak buat semua utk umar smpi dia tak biasa dgn org lain). bagi air kosong melalak2 dia. takmau nak susu gak. bukan susu. nak nenen. nak ibu. perghhhh.... sampai je rumah mlm tu, dengar dia menjerit sampai nak keluar anak tekak. terus aku lari naik atas. masuk je bilik, terus dia berenti menjerit, bagi je nenen terus senyap. ish ish ish... pastu mama kata baik2 "sementara baby kecik lagi ni takyah la keluar mlm.. " hmm mmg kecoh sket mlm tu. tp alhamdulillah takde ape2 yg buruk terjadi. n yg aku dgr umar menjerit nak kuar anak tekak tu bukannya apa, cuma sbb mama try letak dia dlm rocker. mmg la dia menjerit. malam2 mana main rocker2 nih. nak rocker original. tsk tsk tsk. tengok lah atuk n opah nye yg risau. mak bapak umar rilek jer.. hehehehe.. young parents mmg mcm tu kot?

eh tadi citer pasal shopping kat jusco kan? ok lepas mkn tepanyaki tak habis terus pecut balik. tengok umar ok je. siang2 dia mmg ok. bole dok dlm rocker sambil tgk tv (playhouse disney la mcm yg en. nabil ajar :P).

review pasal shopping : mmg ramai gile orang. tapi best shopping sbb sale byk. aku pun dgn bangganya mengisytiharkan bahawa aku dah pandai pilih jenis2 baju n kualiti2 baju yg elok n jenama2 yg elok n design2 yg elok. smalam beli 13 psg baju baru, saiz 6-12 months. hehehe. dlm masa sebulan or so ni nak habiskan semua baju2 0-3months old, sbb byk dah senteng sampai nampak betis umar. kemudian baru stat pakai baju2 yg beli smlm tu. sarung tgn dah 2 minggu dah tak pakai (meaning umar pakai sarung tgn cuma utk 2 bulan stengah saja.), newborn socks pun byk dah tak muat nak sarung kat kaki umar. smlm beli gak 6 psg socks yg besar sket. n oso beli 2 pek pampers. i called hubby utk tanye, "nak beli brapa beg ni?", hubby balas, "mana pegi 'go green' awak??" ces. cloth diaper 2 ketul dah nak stop beli disposable ke? sket2 la kurangkan.
anyways, jcard day jusco kat cheras ni diadakan 6 bln sekali. last time i went masa bulan 10 thn lepas. jadi sudah rancang, aku akan pegi borong baju baby setiap kali jcard day lah. maknanya 6 bln sekali tambah stok baju baby. ok la tu kan? 13 psg baju tu pun tak sampai rm200. sgt best!

ok dah. nak cakap pasal buntut yg sakit akibat sembelit. tapi lain kali lah. tp ada org sanggup nak bace ke? heheheh.. ada. aku jamin ada. sapa2 yg penah beranak atau nak beranak mesti minat nak baca. n cerita nya not gross okeh..

ok gua nak turun bawah tanda exam papers. yeah my dad mintak jadi assistant dia.with a fee of course! he knows i aint got no money kot. ok bye.

Tuesday, April 21, 2009

baby's growing up fast!

ibu, look at me! i can stand up!

im serious ibu! i really can stand up!!

chait bila ayah tak pegang, jatuh terus... pecah tembelang gue..

alahai anak ibu ni.. mcm2 ayah suh dia buat. berdiri lah, telangkup lah, upside down lah. moga2 umar jadi anak yang cargas dan sihat, aminn...

bumgenius organic cotton, one size, all-in-one cloth diaper.

aha.. my first attempt to use cloth diapers on umar. this thing costs 100bucks a pop~! lets hope theryre worth it.

organic cotton : taktau la aku apa maksudnya.
one size : boleh pakai dr berat baby 8 - 35 pounds.
all-in-one : tak perlu masukkan apa2 insert@penyerap. penyerap sudah dijahit siap.

maknanya dia berfungsi sebijik seperti disposable diaper, tinggal lagi, its washable!!

kalau benar2 bagus, akan ku tambah sebijik setiap bulan. thank you in advance to encik hubby. teeheee...

Monday, April 20, 2009

short stories

story 1:

yesterday was hubbys birthday. we went to jusco cheras selatan yesterday to celebrate it with his siblings.
he is now 26 years old.
arent we getting old?
his hair has started receding. i suggested that he goes to yun nam hair care specialist ke ape ke. but he said, im already a dad, im ok with my receding hair.

fine..


story 2:

we've received soo many wedding invitations next month. 5, at least. including 2 of sarah n syahmey's.

cant wait!

saya sudah tempah LIMA pasang baju utk dipakai pada hari2 tersebut. kehkehkehkeh. (sbb desperate sgt baju2 kurung b4 pregnant takleh pakai lagi... sheeeshh~~)


story 3:

baby 'umar's aqiqah will be held in jerangau on 2nd of may. if any of u HAPPEN to pass thru that stretch of road on that day, feel free to come. 2 ekor kambing tumbang tuu utk anak ibu. heh heh. pls call me for directions. tepi jalan besar je tanah kebun my fil tu. (tpt berlangsungnya aqiqah tsbt).

--

heres a video clip of hubby trying to make umar go too sleep, but the effort was wasted la kan.. umar mana bole tido kalau tidak didodoikan oleh ibu die..

video
dari bahasa jepun ke bahasa ganu ke bahasa english cara jepun. pening umar nak blajar cakap nanti.. mana satu nii...

splurge!!

suddenly tidak jadi ke pesta buku.

kenapa? sbb bajet dah lari.

apsal bajet lari?

bcoz iv sold this :


and bought this :


yeayyyy... *clap* *clap* *clap*

oso recently bought this :


and this :weeehoooo *clap* *clap* *clap*

p/s: semuanya PERLU ya. bukan ngade2 nak beli. heeeee....

Wednesday, April 15, 2009

pesta buku antarabangsa

memula aku ingat stat hari ni.

rupenye stat jumaat.

ish nyanyuk nye makcik ni.

aku nak pegi borong buku.

wpon buku yg beli tahun lepas tak abis bace lagi..

kehkehkehkeh.

Monday, April 13, 2009

takde tajuk lain selain dari.. umar!

Rabu :
ibu, umar kan.. blablablablabla.. (i can imagine he'l be one talkative boy)

Khamis :

uik, siap2 nak gi mane ni? oo nak gi jumpe doktor.. umar tido nafas berbunyi.. byk kahak..

Jumaat :
Umar on the way nak gi kenduri ni.. tapi singgah midvalley dulu ibu nak beli kasut.. kihkih..

boring tunggu ayah solat, jerit2 dlm stroller. time ibu lak gi solat, dgr suara dia bergema dr luar surau.. isk isk anak sapa la tu.. nyaring gile suara..

balik dr kenduri.. umar terlentok dibahu ayah~

Sabtu :

sedang menonton lappie. eh same lah rambut korang.

Ahad :
bawak umar bersiar2 nikmati udara pagi di taman permainan.. sian muka bertempek kapur sirih.. nyamuk nye pasal..

aloh ayah ngan ibu ni.. orang nak tido dia nak bawak gi jenjalan pulak..

tensen gue.. gue nak balik tido lahh..

Saturday, April 11, 2009

umar anak ibu



umar sudah masuk 10 minggu.
folder gambar beliau dah menjangkau size 1gb.
camna nak keep tangkap gambar hari2 ni? hehehehe.

bukan tu topik utama aku.

aku nak kata,

aku mmg selalu bukak folder tu tgk gambar2 wpon kdg2 umar ada kat sebelah aku ni tgh main sorang2 @ dgn ayah dia.

setiap kali tgk gambar newborn dia hati aku jadi cair.

waktu umar baru lahir aku tgh sakit, hilang tenaga, hilang semangat, stress, tekejut dll mcm yg aku selalu cakap tu.

bila stress tu dah hilang, umar dah bukan newborn lagi. wajah newborn dia pun dah hilang.

jadi nye, aku tak dpt nak betul2 enjoy being with him masa tu.

padahal waktu tu lah dia paling comel skali.

waktu tu lah kulit dia paling lembut skali.

sekarang kulit dia dah habis menggelupas n dah jadi tebal sket berbanding dgn kulit dia masa baru keluar dr perut dulu.

kdg2 aku fikir, apalah nasib umar dapat mak yg mcm ni? dia dtg pun rasa tak hepi.

tapi aku rasa dia seorang yg sgt bertuah.

6 bulan pertama mmg aku tak keja, cuma dok jaga n besarkan dia je.

8 bulan seterusnya aku cuma kelas malam, most of the time masih ada dgn dia.

lepas bulan mac thn depan insyaAllah barulah masters aku habis. waktu tu umar dah pun 1 tahun lebih. waktu tu mungkin dia dah tak perlukan perhatian sangat kot?

umar jugak cucu pertama keluarga aku dan keluarga hubby. jadi perhatian kat dia tu semestinya lebih lah. sampai aku kene berebut2 pulak nak jaga dia. aih anak sapa ni?

dan aku rasa mmg byk kelebihan umar ni.

wpun dilahirkan secara cesarean, yg menjadi masalah yg lead to the cesarean berpunca dari aku, bukannya dia.

umar ni dari dalam kandungan sampai lah keluar mmg dia sgt kuat dan tabah.

tak pernah beri byk masalah pd ibu dia masa dlm kandungan.

masa dia tersekat takleh nak lepas aku nye pelvic bone tu, heartbeat dia masih strong n steady.

now dah keluar pun, dia membesar dgn sihat, very tough, very healthy.

mama selalu puji umar. dia kata umar baik. senang nak jaga. bukan mcm adik2 aku masa kecik.

sbb tu la kami ni tak kisah sgt nak bawak dia kuar jenjalan. sbb dia tak byk kerenah.

bukan la takde kerenah langsung. tp mampu dikawal lah.

aik kenapa aku melalut panjang sgt ni?

takdelah,, yg aku nak cakap cumalah, setiap kali aku tengok gambar umar kat spital dulu mesti rasa sebak nak nangis.

tapi umar ada depan mata aku.

wpon muka dia dah byk berubah suara dia tetap sama mcm dulu.

kdg2 bila dia nangis ternampak glimpse newborn dia tu.

so umar, please dont grow up too fast.

ibu just cant get enough of you...

Thursday, April 09, 2009

baru ku tau..

skarang ni barulah aku tau..

  1. kenape org yg meninggal waktu bersalin tu dia mati syahid kecik - sbb mmg sakit betul.. aku dan suami bayang kan, sbb komplikasi waktu melahirkan si umar haritu, kalau lah kami ni hidup dlm zaman dolu2 yg takde teknologi bedah, atau duk di tpt di mana hospital tak wujud di kawasan tu, mesti aku ni dah babai dah...
  2. kenape cincin kahwin ni kene pakai kat tgn kiri - sbbnye dah ade baby sok nak pegang baby, mandikan dia bedakkan dia, basically nak handle baby ni sume gune tangan kanan. jadi kalau cincin tu duk belah kanan woo habis ler luka badan anak..
tapi ada bbrp benda yg aku tak tau lagi iaitu ..
  1. kenapa talcum powder tu jadi bedak baby - sbb ada byk kajian yg kate talc tu benda yg berbahaya, bole sebabkan kanser la itu la ini la. pastu suh substitue guna tepung jagung ke mende tah. i mean, whadda? letak tepung jagung kat bontot baby?? plus, kalau bahaya kenapa masih berleluasa? pastu sstgh org cakap tak suka pakaikan bedak kat anak sgt sbb takut bahaya tu. tapi kalau baby nye bonbon lepas basuh berak nak keringkan mesti la kene letak bedak kan? kalau tak abis la melecet kulit dia basah2 dah terus pakaikan pampers. ahh pada aku itu sume alasan mak2 pemalas nak bedak kan baby diorg..
  2. kenapa byk brg baby yg diinvent sebenarnya tak berapa perlu pun - seperti... stroller yg bole cabut seat dia n then masukkan infant car seat. (mcm yg aku beli tu la.. hehehe tapi aku tak beli pun car seat jenama yg sama. aku beli yg lain jadi takleh masuk gak kat rangka stroller tu). aku tgk byk gak org yg beli. (hasil pemerhatian setiap kali keluar gi shopping mall) i mean. dahtu apa gunanya seat asal tu? nak tunggu setahun lagi baru bole guna? iaitu masa baby dah outgrown the car seat? what a waste...
  3. kenapa adanye baby monitor - demit aku beli mahal gile. padahal kalau umar menangis kat dalam bilik yg pintu tetutup, aku yg kat bawah ni pun boleh dengar tau.. (salu jadi waktu mlm. ibu dia nak turun amik air pun berlari naik atas.. pdhl baru tinggal seminit.. haihh..) again.. what a waste.. ada sesapa nak beli dari aku? rm300 okthanks.

dah lah.. pendek je celoteh aku kali ni. cume terasa nak menulis je... tata...

Tuesday, April 07, 2009

umar lagi

mm cedap la ibu.. ape yg ibu bg umar rase ni? tastes like ciken!!

im a lion, hear me roarr!!

ibu boring la dok cenggini.. umar nak angkat kepale pon tak reti lagi ni...


ala ibu ni.. orang cakap dia wat dek jer.. cibuk tgkp gamba je..


bulatkan mate wat muke kesian. ibu tolongla balik kan umar ni...


video

ini lah kojo den ngan anak den potang2.. main2 sampai lotih..

Monday, April 06, 2009

aktiviti umar hujung minggu yg lalu..

hari sabtu :

pagi - gi klcc.. semangat2.. excited dok dlm stroller.. bulat je mata tgk ayah die..


ptg - balik umah serdang jap.. semangat lagi.. main2 dgn ibu n mama mira..


lewat ptg - balik bangi.. pengsannn..


ahad :
gi majlis aqiqah 'aimran hakimi.. anak pakcik abdullah n makcik ina..

hari sabtu n ahad umar tido awal sbb keletihan berjalan2 sepanjang hari....

Friday, April 03, 2009

gambar umar

uish dah bleh duduk mcm orang besar

ini seriuss..

Wednesday, April 01, 2009

happy anniversary lagi

kalau 29 mac merupakan ulang tahun perkahwinan kami,

hari ini, 1 april pula merupakan ulang tahun kami bercouple.

kawin baru setahun jagung. tapi couple dah 11 tahun.

gile lama.

yup. we became boifren-gelfren on the 1st of april 1998.

so, happy anniversary lagi skali sayang!!!

ish bicing lak si umar ni.. ehekk ehekkk ekkkkk aaaaaaaaaaaaaa aaaaaaaaaaaaaaaa... nak tido la tu..

babai...