Friday, May 29, 2009

4th month

hari ini genaplah umar hidup 4 bulan di atas muka bumi ini..

perasaan umar?

i bet hes having the time of his life.

i bet hes already forgotten hows it like being in my tummy.

umar sudah besar. sudah boleh berdiri(dgn sokongan).

sudah pandai menendang2 dlm bath tub.

tido pun tangan dah duk tepi. bukan ke atas, gaye mcm dlm kandungan lg dah.

patutnye harini ibu bwk umar gi 4th month check up kat klinik kesihatan.
tp tok umar sudah terbawak balik surat beranak umar ke jerangau pulak dah. haritu nurse dh ingatkan ibu supaya bwk mykid next time dtg check up. now mykid tadak, surat beranak pn tadak. nampaknye kena tggu tok balik dlu la baru leh gi check up...

ibu tadak benda sgt nak cakap hari ni. ibu dah paneh buntut nak kuar. byk errands to run. lama dah tinggalkan rumah.

jom tengok gambar cek mat poi yg dah masuk 4 bulan ni

huh? whats that thing ur always pointing at me, ibu?


umar tak reti nak posing lah ibu.. dok gini je lah..

kawan2, kenalkan, ini la favourite toy umar. nama die mr ulat.. klo umar nangis, ibu sua je mr ulat kat umar mesti umar terus diam.. umar syg sgt kat mr ulat ni tau kengkawan..

afternoon nap with ibu.. sebelum kene kejut sbb ibu n ayah nak gi lepak kat maulana..

p/s: ibu just received an interview call for peg. teknologi maklumat. dulu ibu penah pelekeh keja ni. tapi sejak umar lahir ibu tak habih2 pk nak beli kan brg2 utk umar. ayah slalu kata,'tak perlu' but ibu rasa byk lagi yg umar perlu. jadi mungkin ibu perlu keja supaya ibu bole belikan brg2 lagi byk utk umar(ayah ikut je la ye..).. tapi nak ke mereka terima ibu yg dah ber-laki, ber-anak, dan sedang ber-lajar masters ni?? and most importantly, mampukah ibu bangkit AWAL utk pegi interview seterusnya bangkit awal hari2 utk gi keja? dan yg paling menyedihkan. sanggup ke ibu tinggalkan umar dari subuh hari sampai malam kalo ibu keja nanti? huhuuuuhuuuuhuuuuuu pk camni saja sudah boleh buat air mata ibu jatuh... tapi ayah n opah kata, pegi je la klo nak cuba.. nanti lah ibu pk2 kan... hmm i lebiu umar....

Tuesday, May 26, 2009

owh sedihnya ugly betty

just finished watching ugly betty season 3 finale. oh sgt sedih sampai berair mata ku ini.

wpon agak poyo kerana menangis sbb citer tipu, tp sbb real la gak lakonannye, aku terbawa2 pulak dgn emosi. heh heh..

maaf kerana dah seminggu lebih tinggalkan blog. spt yg anda semua sedia maklum, last wednesday my hubby came home after being away for 17 days.

gue pon apa lagi.. tak heran benda lain dah lah.

hubby cuti dr hari khamis sampai ahad. hoo sakan la kitorg berjalan..

hari2 keluar sampai pening2 kepala. itu baru aku. si kecil tu apetah lagi. sampai mengaruk2 mlm2..

kasihan terpaksa ikut kerenah ibunya yg sibuk nak jln2.

apa pun ilebiu bibi...

okeh jom tgk gambar umar.

ni masa tunggu ayoh eh balik. sampai tertido haa.. ayoh sampai je rumah, terus dia terjaga. mcm dpt rasa kehadiran org yg dah lama tidak ditemui..


next day, ibu says, "jom pegi shopping hadiah org kawen..", jadi kami pegi la ke klcc.. hubby kata gambar ni mcm kat obersi.. ye la mcm ala2 foggy gitu.. pdhl jerebu!!

sonok nye umar jln2 kat klcc park, tp taman permainan kanak2 die tgh repair. nnt bile umar dah bole jalan harap2 taman tu dah ada balik.


bila siang dah sakan berjalan, mlm2 apa lagi mengaruk laa..


dah la dah mmg letih, pastu ayoh dok sakat lagi.. apa lagi melalak la member.. mcm kene dera..


tak sangke umar dah boleh duk kat high seat ni. meniarap pun belum boleh lagi nak oi...

ayoh bg umar rase air mangga. umar's verdict : wek tak cedap. cucu ibu lagi cedap.


in search for the best shawarma.

hari ahad tu, ayoh bawak ibu pegi makan kat restoran makanan middle east, al-diafah sbb ibu dari pregnant dulu sibuk dok cari shawarma mcm kat india dulu. penah jumpa yg hampir sama sedap, di taza kebab di bayswater london. tapi apasal yg sedap2 sume kat tempat orang? mungkin sbb kat tpt org tu yg rasa sedap ngat...

tapi shawarma di al-diafah ni pun ok la rase dia.

but still tak leh menandingi yg di mysore atau di bayswater itu.

kdg2 rasa nak pi balik mysore utk jenguk infy, makan shawarma n ayam kat lemon tree n shopping saree kat balaji. heheh.

Monday, May 18, 2009

short hiatus

sorry peeps. esp hubby. i aint got no mood to blog these past few days.
both umar n i have been sick.

actually kami dah tak brapa sihat sejak awal minggu lepas. but nothing biggie. umar just batuk sikit2. n i woke up every morning with a mild sore throat. but they were both manageable.

but on friday morning, i found out that umars temp was a bit high. cepat2 call hubby n told him that im bringing umar to see the paed at an-nur.

the doc said umar had bronchitis (haa?) but it is quite common. kalau kena kat adults, dia jadi batuk dan selsema. kalau kena kat babies mungkin akan jadi lelah. okey..

lepas doktor cek umar tu nurse bawak pegi sedut gas utk bukak ruang pernafasan. umar dok rilek je masa kene bagi gas tu. nurse kata baby lain ada yg nak pegang pun takleh, meraung2. elok lah. klo umar meraung taktau la nak wat ape. dah la sensorang.

later my sister came to the clinic. masa tu dia baru sudah pegi checkup pregnancy di azzahrah. pelik kenapa she chooses azzahrah while i chose annur? kita kembali ke topik ni nanti.

after that she went home, n i went to susuibu.com's outlet n bought this :

yeah, another cloth diaper!

lunatots one-size pocket diaper.
harganya separuh dari bumgenius haritu.
tgk lah camane performance nye nanti.

iv decided that im not gonna use cloth diapers exclusively coz we travel a lot. jadi dlm 6-7 ketul cukup lah kot? now dah ada 3. jadi akan tambah lagi dlm 3-4 ketul. or kalau ada durian runtuh nak tambah 8 ketul bumgenius organiz all-in-one tu sekaligus. beli in bulk dpt diskaun. best jugak pakai cloth diaper ni. cantik n rasa mcm trendy. hehe.

ok on saturday tak kuar gi mane2 pun sbb tak sihat. sunday morning aku pulak kene pegi klinik sbb malam tu tak bleh tido. umar bangun 2-3 kali sbb tekak dia kering gaknye dah asyik batuk + aircon. jadi dia mau minum susu sebelum sambung tido balik. aku pulak pedih gile tekak sampai kene amik strepsils sambil tido, leh tak? tido sambil strepsil tu ada dlm mulut. bahaye kan? boleh tercekik. tapi letak la kat ruang tepi pipi. tgh tido klo terjaga sbb tekak perit, gerakkan sterpsils tu ke tekak, kemudian ke tepi balik dan sambung tido.. hehehe...

umar pun dah demam ni suara pun tak kluar. sedih betul. bunyi suara pun mcm penuh dgn kahak. pastu setiap kali minum susu akan muntah. muntah tu susu keluar sekali la dgn kahak. mmg elok kahak keluar, tapi susu pun keluar balik. abih tu camno?

klinik an-nur pulak bagi EMPAT jenis ubat utk umar. camane la anak ibu ni nak telan 4 ubat sekali gus? kesian tau. siap muntah2 sbb tak suka. itu baru satu. ni empat! pakai syringe dia marah2,buat muka, luah balik, muntah, menangis dsb. kalau bagi guna botol susu, dia sedap gigit2 je, tak minum pun. dah tu camane nak baik. hai pening kepala.

pagi smalam umar muntah 2 kali. mula2 muntah atas cadar, time tu baru menyusu. ok so ibu pun cabut la cadar. tgk dia muntah byk n nangis2, ingatkan dia lapar lagi, jadi bagi la susu lagi. atas katil yg dah togel tanpa cadar. pastu baringkan dia, dia bluwek skali lagi. kali ni kene lak ibu nye mulut sket. pergghhhh cabaran tol....

dah kol hubby nak kata tak tahan, balik la cepat. tapi dia tak angkat pulak.. hampeh..

tapi pastu ok jer. mama kata, baby sakit camtu la, teruk sket nak jaga.

apa pun umar dah semakin sihat. ayah balik lusa insyaAllah kami berdua akan sihat dan bole la ayah bawak gi jalan2!! heheheheeee....

lastly, saksikan lah video umar yg dah sihat dan kembali mengeluarkan suaranya yg nyaring itu..


video

Friday, May 15, 2009

utk ayoh lagi daa..

gigih betul ibu upload video n gambar umar utk ayoh. ayoh balik nanti takde dah nak upload menatang2 ni. jadi org lain pun enjoy lah same ye!

video
apsal umar tak pakai baju eh? oo time ni baru lepas black out. bila dah ada letrik balik baru pakaikan baju. klo tidak umar mesti bising punye lah. kepanasan..

this was taken earlier today. umar dah pandai pegang botol susu dia!

p/s: umar pun tadi dah boleh turn. ibu almost missed it sbb tgh leka ngadap pc. bila toleh je dia dah habis pusing. nanti try pusing lagi ye baby...

p/p/s: umar kene selsema n batuk. aduh kesiannya. berjangkit dari org2 kat rumah ni yg tak sihat. sedih tgk dia, tido nafas berbunyi.. masa menyusu pulak selalu tersedak sbb nak terbatuk. pastu sampai termuntah2 sbb tak reti nak handle kahak. agaknya dia cuba nak kuarkan kahak sekali yg kuarnye susu.. semoga anak ibu cepat sembuh.

Thursday, May 14, 2009

separation anxiety

3 days ago, umar n i went to my parents in laws house n stayed there for two nights.

n since the hubbys away, i had to handle all of our stuff on my own.
so i decided not to bring umars cot. one, bcoz its too cumbersome to pack it, take it downstairs, put it in the car, take it out of the car, take it upstairs n unpack it again. two, as i said in my reviews, the thing is heavy. plus, since the fathers away, i tot umar can just sleep with me.

but bringing him to sleep with me turned out to be not such a good idea after all. first i cannot even move a little bit without startling him. second, tak lena langsung tido. asyik terjaga sbb takut terhimpit umar. third, slalu jugak terjaga takut2 kot umar terjatuh dr katil (i know the chances of this thing happening is very slim since umar cant even roll himself front to back yet.) but still, tak senang hati jugak.

n now that were back in bangi, nampak mcm kesannya lebih teruk dari yg disangkakan. umar dah taknak tido sendiri dlm cot dia dah!! arghhh.... tinggal kejap merengek. kalau wat dunno dia menjerit mcm sedih sangat.

aih.. habis la lepas ni takleh berenggang dah..

dah lebih seminggu ayah umar outstation, mmg umar jarang nampak muka org lain selain dr ibu dia. sudah takleh dah nak duk sendiri atau dgn org lain.

i think this is what they call separation anxiety.

is it my fault? i dunno.

but honestly i really dont like other ppl spending too much time with him.

yes i know aku nye cara didik umar ni pun takde la betul sgt.

he now sleeps at 12am or above, n wakes up at 10am or above. just like his mommy. (>_<);

i know my mother in law n my mom dont approve.

my mother in law keeps trying to make him go to sleep early by putting him dalam buaian. dulu2 kul 9 je paksa umar duk dlm buaian. tapi budak tu tanak tido. di paksa tido, mmg dia tido, tapi satgi kul 10 lebih dia jaga balik, n then taknak tido dah sampai kul 2-3pagi. hangin la aku cam tu. hubby tido awal sbb nak bangun pagi utk gi keje. so sapa yg kene jaga sampai kul 3 pagi tu?? aku la! so setiap kali my mil bawak umar masuk buaian waktu mlm aku pun mula la muncung mulut. hubby paham kesengsaraan aku kene jaga sampai kul 3 pagi pi la angkut umar dr buaian tu. this went on for quite sometime sampai my mil dah give up nak cuba suh umar tido awal. but she still wakes him up early even tho id prefer to let him wake up on his own.

my mom pulak slalu jugak kata, "takleh, jadual dia nak kene betul. kalau biar bangun lewat nnt awak nak pegi blajar susah.."
aku pulak pk, ape salahnye, aku kan kelas mlm. apa kaitan dgn nak kene bangun pagi?
tapi klo umar dah nak stat skolah nnt mungkin susah la kot.
tapi paling hangin tadi ler. after my mom cakap camtu lagi (dia kan lecturer, suke cakap benda ulang2. hehe.), i said, "dah dia tanak tido nak wat camane?"
mom replied "kene pakse lah jugak.."
so aku ni pun konon2 nya nak pakse la umar ni tido awal. 10.30 dah naik atas. ajak dia tgk ugly betty sama2 (he sat on my lap), pastu salin lampin, bagi susu, dodoi2, dah sejam lebih, letak dlm cot. duk kejap je, pastu boleh dia meraung!! sampai kul 12 lebih dia takda tanda nak tido pun.

aku pun hangin la. dr 10.30 dok layan dia sampai 12.10.. sudahnya bawak dia turun tgk the nanny.

fyi, sejak hubby outstation, tetiap mlm aku dan umar mmg akan duduk bawah tgk tivi sampai kul 1pagi. sbb the nanny punya rerun kul 12-1am. aku punya pendapat, dari aku penat dodoi2 dia kat atas dia menangis2 takmau tido, baik duk bawah, letak dia dlm rocker, biar dia duduk situ, sambil ayunkan rocker tu. kalau dia nak tido dia akan tertido lah. klo taknak, just goyang je la supaya dia tak bosan.

tapi mcm sakit hati jugak sbb pegi ikut cakap mak aku yg suh paksa dia tido. theres no such thing as paksa baby tido, ok?? so i hope both my mom n mother in law would stop breathing down my neck. its really getting on my nerves! oh hubby yg dah lama outstation oso really getting on my nerves :P

sometimes i feel like saying to them, dah la jgn la paksa, kang umar meragam mas gak yg kene layan. so takyah la buat dia meragam. dia nak tido biar dia tido jgn suke2 nak kejut. dia nak jaga biar la dia jaga jgn la paksa2 dia tido.

sejak hubby pegi ni mmg jrg dgr umar menangis kuat2. sbb me the mommy mmg ikut je kehendak dia. n mmg tak lekang dari pandangan dia. jadi mmg dia rasa selamat je la.

jadi akibatnye skarang tido dlm cot pun tanak dah. nak tido atas katil ibu gak. as im writing this, dia tgh sedap tido (yep dah tido, at last..) on our bed. duk dlm cot tadi nangis2. letak je atas katil ibu terus tersengih2. kiss2 sikit, tinggalkan jap, terus tido!! hadoihaii... camano ni????

nampak gayenye pegi mane2 cot mmg kene bawak lah. leceh pun leceh la. asalkan tak meragam time nak tido. sgt mencabar kesabaran wooo!

Wednesday, May 13, 2009

another one for ayoh

umar tgh tido ayam. tgk lah gayenye tu.. rugged betol.. dgn sarung tangan pakai kat kaki. kihkihkih.. salah ibu ler nih. main capai je. ingatkan sarung kaki sbb sarung tgn sume dah bagi kat my sis in law. sekali terlupe yg ada sepupu bg hadiah set baju kemarin. sekali dgn sarung tangan. jadi bila dah teramik sarung tgn, opah umar pakaikan gak sarung tangan kat kaki umar sbb dah mlm takut sejuk...

video

umar baru tau suara boleh nyaring sampai camtu.. :D

Tuesday, May 12, 2009

spesel utk ayoh lagi

dan juge sape2 diluar sane yg rindu kat umar :D

video

Monday, May 11, 2009

we miss you too daddy

this post is dedicated to daddy who misses ibu n umar oh so much.

tapi nak tulis apa ek? takde idea.

mamat yg bername umar ni tgh syok isap jari jemari nye waktu blog ini ditulis. beliau juge sdg berada dipangkuan ibu nye.

aik camane ibu bole menaip sambil pangku si umar??

ha jgn memain. jadi ibu ni kene pandai multi tasking. klo tak pandai multitasking alamatnye mmg dok je la ngadap baby.

tapi mana boleh camtu. keje2 lain kene wat gak.

masa umar baru lahir dulu i tot i would never have the time for anything else in my life again.

tapi lama kelamaan boleh je buat keje sendiri.

alah bisa tegal biasa kata orang.

moving on..

wiken yg baru berlalu ni agak membosankan. tiada sang suami yg boleh meneman gue jalan2 atau minum2 di maulana.

hari sabtu kami sekeluarga minus mama yg demam, bro yg exam, hubby yg away, telah menghadiri majlis doa selamat aka house warming kakak daku di putrajaya. ok la the house bole la tahan. mmg just nice for newlyweds yg bakal menimang anak tak lama lagi.

tapi aku lak byk komen,

"apasal beli couch ni camni?" - sbb couch dia lebih berfungsi kepada kerusi malas. tak sesuai utk org tua atau org yg sakit pinggang cam aku.

"eh peti ais sama mcm kat rumah!" - padahal diorg yg beli dulu dari rumah ni.

"lampu tu awak beli kat ikea ke? kan mas ada sebijik yg mcm tu?" - padahal aku nye tu dah simpan dlm stor dah. tak guna pun. baik beli dr aku. dpt gak buat duit. hehe!

"ini master bedroom ke? kecik nye~" - coz its smaller than my room

"apasal katil ni rasa mcm nak tenggelam" - padahal katil getha yg harga mahal gile!

all in all ok lah. tapi ni rumah gomen ye. bukan rumah diorg. rumah yg diorg beli kat saujana impian (ye ke?) tak siap lagi.

ok tukar topik.

aktiviti spring cleaning aku dah tergendala separuh jalan. malas nak wat. ntahla.. makin lama hubby pegi makin tak bermaya rasanya hidup ni. sampaikan time umar tido aku pun ikut tido. baby dah la mmg byk tido. yg ibu dia ni nak ikut pehal? iye la dah takde mood nak wat benda lain. bilik pun makin bersepah. pedulik lah bukannya ada org lain nak komen pun. baby je ada. dia pun bukannye paham lagi. tunggu hubby balik dulu lah baru kemas. tp ada sket2 nak lap habuk2 tu kene wat la sebelum dia balik. benda2 yg tersorok tu lintang pukang pun takpe. heh heh.

byk jugak benda terpk nak post di sini adalah berkaitan dgn apa yg dibaca dr blog org lain.

sejak kak suria cakap pasal breast pump yg letrik tu. aku pun tetiba gatai pulak tangan nak cuba balik guna yg letrik punya. sebelum ni mmg guna manual je. tapi lama2 rasa mcm nak kene carpal tunnel syndrome. hehee.. susu mmg dah byk kuar tapi tu la tangan letih. slama ni mmg malas pun nak pam. rasa mcm lagi selamat kalau direct feeding. mmg la pun kan? kalau dah penting sgt baru pam.

tapi haritu masa try guna letrik, rasa mcm, eh mudahnya! duk diam wat bodo je, tgk citer apa2 yg tgh donlod, sekali tgk eh eh botol dah nak penuh! wow happy nye. now i know why kak noris once said, manual pump tu boleh buat org give up nak breast feed baby. sbb lama2 rasa mcm letih. plus yg letrik ni mmg senang betul! ok so lepas ni guna letrik je lah.

n like kak noris mentioned in her blog, pose nak kene ganti. aku ni pun pose 2 tahun lepas tak ganti2 lagi ni. 10 hari tuh. tahun lepas tak sempat nak ganti sbb time dah nak dekat bulan pose tu aku baru je habis fasa muntah2 akibat mengandung. alasan je ni. pas raya tahun 2007 haritu apasal tak ganti terus?

tak kisah la tu yg pentingnye 10 hari ni. risau aku dibuatnye. 2 bulan lagi dah nak masuk blajar balik. elok la aku setelkan semua nya sebelum masa tu tiba. tapi takut umar tak cukup susu lak nanti. sbb tu la skang ni kene nekad pam susu byk2 simpan. nnt time pose tu bagi umar minum dr botol tu je. tapi bila? hmmmm... pemalas sungguh la aku ni. suka wat benda last minit pulak tu. skang takde mood sbb hubby takde. lepas hubby balik nnt bole la kot stat pose.

dah la sampai cni je aku merepek.

hubby suh updet pasal umar tapi updet umar sume dah citer time tepon. so skang dah takde ape nak citer sgt dah.

oh ye, kalau anda sume nak tau, umar dah boleh sebut "eeeebbbu.." haha.. tekejut tak?

agaknye tu sbb salah satu panggil utk mak adalah ibu, sbb yg pertama skali keluar dr mulut baby bunyi mcm tu! (selain dari pada "ma" lah. umar juge dah pandai sebut huruf M. mungkin dia nak panggil ibu dia Maslina kot. hahah! hoi everybadi start calling me 'ibu' in front of him okeh!)

yo wassap brada..

main tangan, sembur air liur. itu je le keje saye.

sambungan :

smalam ke kemarin ke bile tah kepoh la org sambut mothers day. aku seadanya mmg tak penah peduli mothers day ka fathers day ka atau apa2 je lah. pelik gak sampai pakcik makcik aku pun heboh la cakap pasal "today is mothers day. did u call mak today?" mcm la tok aku tu pedulik pun. what eva.

tapi tadi masa lalu depan tivi ada terdengar ustazah yg dlm rancangan semanis kurma dgn suami dia tu apa tah nama nya, dgr dia sebut, anak2 mesti lah hormat kepada ibunya kerana anak ni berhutang nyawa pada ibu nya, sewaktu ibu melahirkan anaknya tu.

something like that lah ustazah tu cakap. i dunno dia cakap tu ada kaitan dgn the fact that yesterday was mothers day celebration. tak kisah lah tu. tpi aku just nak cakap, aku mmg setuju sgt2 dgn hal berhutang nyawa tu. boleh kah ia dibalas dgn nyawa? tentulah tak boleh. jadi hormat lah ibu kita.

sometimes bila tgk umar, i would think, if i die, would i be able to see him again?

oooh i cant even start. perasan tidak dapat berjumpa dgn umar walau pun sehari, sgt meruntun jiwa. therefore i cant imagine how the hubby feels now that he has been away for more than a week.

kami kat sini menunggu ayoh balik...

Friday, May 08, 2009

reviews : graco contour electra & pliko switch

hari ni berjaya bawa umar balik ke rumah parents in law di serdang. drive sendiri. umar duk dlm carseat kat blakang. ada lah dlm 40minit gak drive tu.. alhamdulillah dia tak berbunyi langsung. mungkin lepas ni boleh bawa dia ke midvalley pulak? hahah.. baik tul lah anak ibu ni.

kdg2 rasa mcm, kalau dpt anak lagi, nak dpt yg sebijik mcm umar jugak boleh tak? tsk tsk tsk..
tapi orang kata anak ni jgn puji sgt. nnt bila dia tak turn out spt yg kita harapkan, kita yg akan kecewa. ye ke?

ok la kembali ke tajuk asal. nak review lg 2 brgn yg dibeli utk umar iaitu

  • Katil baby : Graco Contour electra

ni salah satu benda yg hubby kata, "the most useful thing you bought for umar". (the other thing is penyedut taik hidung umar!!).

this foldable baby cot has travelled as far as jerangau. jgn memain. dan setiap kali balik serdang mesti angkut nye lah.

walaupun leceh gak nak lipat etc., tapi mmg sgt2 berguna. umar pun klo tido dlm cot ni pun mmg nyenyak sampai ke pagi. ye la its something he's familiar with..

tapi ia juga berat. nak bawak naik turun tangga, mmg hubby la yg wat. aku klo time tgh rasa baik ati atau kesian tgk hubby letih, akan tolong la lipatkan. klo tak dia je handle cot nih. hehe.

changing table dia juga sgt berguna. takde la penukar2 lampin umar sakit pinggang terbongkok2 nak tukar nappy dia atas katil.

kesimpulannya sgt puas hati dgn cot ni.

  • Stroller : Peg Perego Pliko Switch


hah yg ni. personally i like it very much. but i dunno if its worth the amount i paid for it. its big. so forget about using it in warta. alamanda, klcc, sunway pyramid, midvalley sume bole lah. this stroller boleh buat baby ngadap kita atau ngadap depan. skang ni baby masih mengadap kami lah.

bbrp lagi yg tak brape best. dia berat. n klo letak dlm but myvi tu, mmg takleh letak benda lain dah. klo letak dlm keta hubby lak, bole muat sket je lagi brg. so stroller ni not ideal for jalan jauh la...

tapi kalau tgk video ni, sapa tak jatuh hati? (btw i found this video after i bought the stroller)


terpana sekejap masa pertama kali tengok. did i actually bought this?

ok some ppl asked, brapa ratus benda ni?

hubby answered, ni bukan ratus, ni ribu dah ni.

some other asked, ni seribu brapa?

i answered, err seribu lebih la tak ingat brape..

gile ko sape lupe beli barang baby lebih dr 1k mmg pembohong la. kecuali la org tu millionaire kan.

fungsi dia pun boleh dpt kat stroller2 lain yg jauh lg murah.

tapi mujur hubby pandai keluarkan alasan yg menasabah.

"quality dia la bagus.. adik2 umar nnt sume akan pakai stroller ni lah.."

aku yg rasa bersalah beli stroller tu pun rasa senang hati dgr hubby cakap camtu.

mungkin utk adik umar nnt nak beli infant carrier yg bole lekat kat frame ni lah.

hehehe..

Thursday, May 07, 2009

reviews : washable diapers & klinik kesihatan Bandar Baru Bangi

kali ni aku nak wat review sket ttg bbrp benda yg berkaitan dgn umar.

memula tayang hero dulu. comel tak? somehow i really like this colour on him.

no 1 : washable diapers

aku sudah berjaya pakaikan bumgenius organic cotton all in one one size diaper pada umar kelmarin.

the 1st one, 5 jam pakai waktu siang. 12pm-5pm. ok takde ape2 kebocoran. diaper pun tak berat sgt. tp ni kira jrg2 berlaku la sbb umar ni salunye klo dah 5 jam tu pampers dia slalu dah berat. kali ni ringan mungkin sbb dia byk tido je waktu pakaikan diaper ni.

the 2nd one pakai lepas pakaikan yg the 1st one tu. at 5pm lepas mandi, pakaikan. tapi kul 8pm aku tgh nyusukan dia sambil baring, sekali tgk skirt yg aku pakai basah. eh apasal ni? tgk cadar pun basah. sekali rasa kat punggung dia, alamak bocor daaa....

pelik gak aku. bocor kat tepi. bukan sket pulak tu. mungkin sbb dia baring mengiring masa tgh menyusu tu. jadi graviti telah membuatkan air kencing nya jatuh ke tepi lalu kena la kat kain aku dan cadar. adakah aku yg tak betul pakai kan? ntah lah. perlu byk lagi percubaan sebelum boleh buat keputusan.

skang ni tgh pakai lagi diaper bumgenius tu. mari kita lihat hasilnya nanti.

model bumgenius. tapi tangkap gambo guna henpon je. tak clear lah.

no 2 : 3rd month jab kat klinik kesihatan bdr baru bangi.

last wednesday umar turned 3months old. jadi aku pun bawa la dia ke klinik kesihatan bbbangi yg 5 minit je dr umah ni. i didnt tell my mom sbb takut dia suh bawak the maid. no thanks. nnt dia pulak nak kendong umar tu. sibok je. anak aku biar la aku pegang. hehe.. sbb tu lah aku tak bgtau my parents nak bawak umar check up. tapi sekali time aku nak kuar tu ayah aku balik pulak.. so nak tak nak kene la cakap nak kuar.. aku cakap kat ayah aku, nak blajar bawak umar kluar sendiri. lagipun dekat je klinik tu. (tapi pastu aku bawak dia gi warta. muahaha!). ye la klo tak sampai bila aku takut nak bawak dia kuar sensorang. jadi beranikan diri jugak.

hasil nya, mmg bagus lah klinik ni. dulu 2nd month jab di annur kene caj rm150! kopak weh. kat klinik kesihatan ni FOC. dan tak byk pulak baby menunggu, tapi ibu mengandung ramai... aku tgk nurse2 byk bg nasihat kat ibu2 yg mengandung ni. spend byk masa tanya pasal ibu tu, kandungan etc n bagi nasihat n panduan. free lak tuh! klo kat annur tu 2 minit jer jumpa doktor dah gedebam 100inggit. jadi klo byk masa boleh la dtg cek up cni... nurse2 pun nampak penyabar n always senyum..

ok memula sampai nurse2 tu tanya la, nak tumpang je kat cni atau lepas ni nak buat check up kat cni gak. aku kata la nak sambung kat cni. jadi diorg buatla satu buku utk umar. aku kata nak timbang berat. pastu tunggu la giliran. bila nama umar kene panggil, aku pun bangkitla. rupe2nye aku kene timbang sendiri umar ni. bukak habih suma timbang sambil bogel. huuu cabaran tu nak tutup tote dia sambil timbang. dibuatnye dia pancut time kene timbang tu, mau aku menjerit terkejut. kehkehkeh. jadi kene la aku cover dgn kain kecik utk mengelakkan insiden itu terjadi..
klo kat annur doktor yg akan timbang umar. kat ctu la kot yg mahalnye. tapi apa susah, strip je mamat tu letak atas penimbang. sudah. free punya pasal aku sanggup. heheh. tapi aku letak dia atas penimbang tu pun terbalik. heheh. mujur ada akak tu tolong. dia kata kene on dulu mesin penimbang tu, baru letak baby. n then kepala dia duduk hujung lagi satu. kihkih. okeyy...

pastu tunggu lagi skejap, nombor umar pun dipanggil. masuk la kitorg ke bilik pemeriksaan. 2 org nurse dlm tu. rupenye sorg nurse cek satu baby. jadi mmg ada baby lain gak la yg di cek skali dgn kita. nurse2 tu tanya, kat annur brapa caj, aku kata la 150, pastu nurse yg cek umar ni kata, "baik buat kat cni.. free.. benda nya sama je.." mmg aku setuju sgt2.. pastu nurse tu belek2 la buku baby check up yg annur bagi. lagi sorang tu pun kata, dia amik gak buku yg gomen punya sbb buku annur takde growth chart, so yg annur punye dia simpan je. jadi dr ctu aku wat kesimpulan dia pon bersalin kat annur gak lah. hehehehe..

pastu dah habis nurse tu belek2 umar, dia suh bawak buku check up tu ke bilik cucuk (??), tunggu kejap lagi, pastu nurse pun panggil nama umar utk di jab. dlm bilik cucuk @ suntikan tu, takde katil pun. mula2 heran gak aku, nak letak anak ni kat mana? pastu ada kerusi kat tgh2 bilik tu. nurse tu guide camana nak pegang baby masa kena jab tu. paham la aku. klo kat annur, baby kene cucuk time dia baring atas katil. tapi kat klinik gomen ni, ibu dia yg akan pegang baby waktu kena cucuk. which i think is better. supaya anak tu lagi tenang dan tak resah sangat. dah la sakit kan kene cucuk. klo ibu peluk kurang la perit nya kot..

pas je cucuk aku terus masuk bilik menyusu utk susukan umar (ikut tips kak wardah la ni. tanak bagi baby demam, lepas jab terus bagi susu.)

pastu dah balik. everything was done in around an hour. ok la tu kan? sabo skejap je, dpt jimat ratus2 ringgit.. hehehe. tu yg semangat nak gi warta tu.. hehehe...

promote sket. ni la klinik kesihatan bbbangi tu. nurse nye peramah... org pun tak ramai.. mai la mai la dtg.. :D

oh last. prasan tak aku asyik sebut nurse je. nurse yg bukak buku baru, nurse yg suh bogelkan umar utk timbang, nurse yg cek, nurse yg jab. kesimpulannya tak jumpa doktor langsung! tu slh satu lagi sbb dia murah kot?? klo gi klnik swasta bukannye jumpe doktor biasa, doktor PAKAR lak tu.. padan la kene RM150. paham ler aku kini....

itu je lah. lepas ni aku review benda lain pulak.

tata~

Wednesday, May 06, 2009

im seeing spots everywhere!

no, its not the spots im seeing.

its my hubby!

smalam keluar pegi bank n pasar malam. adala kat 2 org gak yg aku tgk n pk, "eh muke cam adil.."

time hubby ada dekat taknah lak rasa ada org yg muke sama dgn dia.

this also happened when he was still in japan.

tah brapa ramai org kat upm tu yg aku kata muka cam dia.. hahah~~

rindu la tu maknanye

n dah 3 malam dah aku jaga sampai 3-4pagi.

buat apa?

iye la waktu2 lain sibuk wat keje, sibuk layan umar. so lepas umar tido kul 12 gitu baru la aku dpt dok rilek depan pc, tgk citer2 yg baru donload, tulis blog n so on. sbb time tu mmg sure dia tido sampai ke pagi. takde bangun2. so im in no rush..

plus takda sapa atas katil so takde feel nak tido. klo hubby ada tu tgk dia tido sedap je aku pun terasa ngantuk skali.

my parents pun takda ni. diorg ke pd. short honeymoon. hehe.. takde lah. diorg pegi berubat.

so tinggallah me, my baby, my brothers n the maid. brothers tu bukannye boleh menolong. menyusahkan lagi ader. tiap2 malam kuar kul 10 balik kul 4 pagi. mlm tadi balik awal gak tapi kul 2.30 kuar balik! tah gi maner... kemarin sampai kene bg msg kat dedua org, "tak paham ke org suh balik awal? klo tak balik b4 so and so time, jgn mintak kakmas reload @ masukkan duit dlm akaun dah~" senang citer. 15 minit pastu sampai la rumah. sakit jiwa. aku dah ada baby lah nak kene jaga. tak kuasa aku nak jaga baby gajah 2 ekor tu gak.

hasrat menyambung spring cleaning tak tercapai. hari ni aku letih. umar tgh tido ptg. nak solat jap pastu nak join gak lah.

tata....

spring cleaning

now that my husbands away, i took this chance to clean up our bedroom.
this task requires more than a couple of days to be completed. that means many stuff will be lying around during this time.
n im the kind of person yg tak boleh hubby cakap, "apasal bersepah ni?"
akan rasa malu n bersalah pabila ditegur begitu.

jadi sementara dia tak da ni, time ni lah aku boleh gunakan utk mengemas aka biarkan benda berterabur berhari2 sebelum disusun.

heheh.

somehow i find it soo hard to arrange my stuff neatly. klo kemas pun, 2-3 hari pastu bersepah balik. so when i meet someone who's neat, akan terasa kagum.

wow camane dia bole lipat tudung2 dia jadi bertingkat mcm tu? kemas gile! tudung2 aku sume berkeronyok kat dlm almari!

tadi baru buat sikit dah rasa penatt sgt. mana lagi nak layan umar, nak kemas brg. mmg tak boleh siap kemas dlm masa sehari. i need at least 3 days to do it.

anyhoo.. tadi yg dah siap kemas adalah baju2 yg digantung di hanger dan pakaian2 duk dirumah.

yg belum dibuat :

  • kemas dokumen2 & rak buku
  • kemas brg2 kat atas meja solek
  • kemas laci meja solek
  • kemas almari tudung
  • kemas@buang toiletries lama yg duk dlm almari luar (yg tak penah bukak sejak kawin! yikes!!)
  • kemas brg2 pertukangan yg ada dlm almari
  • kemas brg2 pc & cd yg ada dlm almari
  • kemas meja pc
  • kemas bedside table
  • kemas bakul baju umar
  • vacuum and lap2 the room
  • sort out bill2 yg berterabur
  • get rid of the clothes yg dah takmau pakai (aka fesyen zaman degree.. oh remaja nya waktu tu!)
banyak tu.. taktau la sempat ke tidak nak wat dlm 2 hari ni. mmg byk masa lagi b4 hubby balik. tapi rasa geram sbb byk sgt benda nak dikemas. tapi buat sikit dah letih. pastu dah kemas brg2 yg lama tak sentuh, byk habuk, kejap lagi hidung pun gatal2 terus kene makan ubat allergy. hadoihaiii...

apa2 pun aku berharap lepas aku declutter brg2 dlm bilik ni, aku akan lebih terurus n tak lupa2 dah mana aku letak barang2 aku.

i CAN be organized, you know?

wish me luck~~

its so bad my butt hurts

jom citer pasal sembelit.

heheheh.

sebelum bersalin, mmg dah byk baca & dengar yang lepas bersalin akan susah nak buang air besar. my cousin siap suh beli jamu leesa formula nama nye henim. tapi tak makan pun. sbb lepas bersalin haritu mmg aku takda masalah buang air besar. sampai la habis pantang.

lepas je tempoh pantang 40 hari tu habis, makin jarang rasa nak buang air besar. paling teruk sampai 5 hari! sampai satu tahap pedih sgt sampai rasa benci bila waktu 'kritikal' tu tiba. sbb tau mesti akan pedih.

jadi aku pun pegi la klinik. doktor bagi ubat pil utk sembelit.

bila makan, 5 jam kemudian akan rasa memulas pastu gi lah toilet.

ok la senang la hati waktu ni.

tapi bila ubat habis, susah balik nak buang air besar..

bila tak tahan lagi, pegi lagi klinik. kali ni dapat jugak stool softener mcm yg hospital annur bagi masa lepas bersalin haritu.

bila makan, ok, bila habis, k.o. balik.

letih la kan asyik nak kene pegi klinik je.

pastu pk, kat guardian takde jual ke eh?

jadi satu hari masa kat warta, masuk la guardian cari ubat..

byk pilihan, pilih punya pilih, beli 2 jenama.

bila balik tengok, rupe2nye satu ubat ni sebijik mcm yg klinik bagi.

yg klinik bagi tu, ada la less than 20biji, harga rm10. yg sebijik yg dijual kat guardian ni, 30 biji, harga dia tak sampai 5inggit pun.

apa lagi hepi lah aku..

tapi risau jugak. sampai bila nak bergantung pada ubat?

jadinye bila dah 2 hari takde rasa nak pegi tandas baru la aku amik ubat ni.

memula amik 2 bijik, esoknye satu hari rasa sakit perut memulas2.

pastu try amik sebijik. tak berkesan pulak. takde rase ape2 pun.

last week balik terengganu, 3 hari kat sana, tak gi toilet langsung. parah dah tu klo sampai 3 hari. tapi mmg la kalau jalan jauh mmg salu jadi camni. takde rasa nak berak. lagi2 dgn takde air paip nye kat sana. lagi la tak lalu nak berak.

so balik rumah je kemarin terus telan ubat tu 2 bijik. n the next day, fuhh lega...

sometimes sakit sangat, sampaikan lepas buang air tu buntut rasa sakit all day long.

jadinye sampai skarang aku masih bergantung pada ubat yg bernama beacolux tu utk menyenangkan aku pegi ke toilet...

tak tahu lah bila masalah ni akan selesai..

belum lagi citer pasal rambut yg dah byk gugur. masa baby nak masuk 3 bulan haritu, rambut dah stat gugur. sejak pregnant rambut mmg sikit sgt gugur.. skang ni byk.. especially time basuh rambut. sekali sikat guna tangan, ada la kat 10 lai.. hmmmm..

i can see my youth leaving me bit by bit...

Monday, May 04, 2009

umar tepon ayoh

elo ayoh.. ayoh watper tu.. keje ke.. tak rindu kat umar ke..

ish ape ibu ni curi2 dengar umar cakap ngan ayoh. ni guys talk la. ibu gi jauh2..

p/s: ibu miss ayoh very2 much too...

trip to terengganu n majlis aqiqah 'umar

heres the summary of our trip back to terengganu..

KHAMIS :

cadang nye bertolak dr rumah kul 6 pagi!
last2 kuar kul 8.30.. hehehe...

aduh lamanye nak sampai..


lama lagi ke nak sampai ni ibu?

ibu says : kejap je lagi sayang..


hmm okay..


terus pegi k.t. sbb hubby nak gi bank. tak berenti pun kat kebun wpon lalu kat ctu.

hubby n baby di pantai teluk ketapang lepas makan udang n sotong goreng kat gerai kat cni..

ibu n umar posing tepi pantai

kul 9 lebih baru sampai jerangau balik.

JUMAAT :

prepare utk kenduri. i didnt know that kenduri ni nak masak sendiri. mati2 ingat ada org kampung yg masak. mmg ada, tapi masak semata2. lain sume kene prepare sendiri. aku lak tak prepare nak wat keje berat. dah ler jalan jauh. kg aku pun plg jauh 3 jam ke kat tepeng nun. ni kat 7 jam perjalanan. mmg la melepek badan. sudah nye bgn kul 10, lalala.. kupas bawang sebakul pastu tido ptg.. lewat ptg kuar balik pegi k.t. nak beli brg kat giant. dah duduk kat ceruk jerangau nun bile sampai kt tu rasa hepi. n then masuk giant tu rasa mcm bahagie sgt. gilo ke ape. ye le ada ekon, ada RUNNING water. takde SERANGGA... aku ingat aku sorang je rasa hepi. rupenye hubby pun hepi gak. haha. masuk je jalan 2 lane dia kata, "welcome to civilization".
lagi satu best gi giant cni sbb stok brg dia byk n cantik2. takde rosak2 mcm kat carrefour midvalley ke alamanda ke tesco kat2 kl ni.

the famous landmark of k.t.

silap la woi.. landmark k.t. sebenarnye mydin nih ha..


pas cari brg kat giant n mydin,
hubby bawak pegi makan kat kedai yg dia salu lepak dgn kawan2 dia lepas habis tusyen time skolah dulu.. sebelum tu dia ajak buat 'lintas hormat' depan skolah lama dia.
heleh jumpa skolah tu setahun sekali bole la nak wat lintas hormat. aku ni kuar pintu rumah, toleh kanan terus nampak skolah. lagi mual tgk ade laa...

anyhoo ni aksi2 umar kene agah dek ayah eh masa kat gerai makan tu :

hee.. hee.. hee..


hahaha!

ngeee.. (wait for it.. wait for it..)


KAHKAHKAHKAH!!!


oops ibu tgh tangkap gambar ke..


okay pose for the camera. buat mulut seksi sket..


kemudian berikan pandang mata yg menusuk kalbu.. wuuuuu



juadah ibu dan ayah di gerai 'manjing'.
ibu says, "whatt??? apasal bunyi dia mcm anjing??"
ayah, "mad jing la.. mat zain.. sebut laju2 bunyik mcm manjing"


SABTU :

hari majlis aqiqah.
waahh ayah sonok nye mandi! (abes kantoi bath tub kaler pink!!)

mm best nye ayah urut bahu umar..

hi ibu.. ayah tgh gosok buntut umar ni..

tempat masak lauk kenduri

sallallahu ala muhammad... sallallahu alaihi wassalamm..

ish nape atuk2 ni tarik2 rambut umar ni.. nangis la camni..

sedara mara kat kenduri

lepas abis aqiqah kami pun bergerak pulang ke kl..

khrohhzz letih i jadi celebriti hari ni..

sampai kl kul 10. singgah sg wang sbb hubby nak gi money changer.

from super ULU(jerangau) to super urban(bukit bintang).
just so you know, dedua adalah TIDAK BEST. i prefer my comfy suburban hometown aka BANGI.

AHAD :

home sweet home...

enjoy habih nih sampai tido pun posing camni..

tghari tadi ayah pun bertolak ke jakarta.. ada keja kat sana sampai 20hb.. huhuhu tinggal la ibu dan umar...

dah habis. bln depan gi terengganu lagi insyaAllah. kali ni nak tido hotel bole? tapi dah penuh la pulak sume hotel yg dihubungi. cuti skolah kan.. nampak gayanye kene tido di d'jerangau la lagi nanti.. uhuk uhuk uhuk.. (these tears are real ok)

~THE END~