Tuesday, June 30, 2009

aktiviti seminggu

makin lama makin jarang menulis kat sini. bukan takda benda nak tulis. banyakk.. tapi masa tak mengizinkan.

hubby suh wat catatan belanjawan. kdg2 tangguh lama sgt sampai lupa hari apa pegi mana buat apa beli apa. langsung dia kata, tu la jarang dah update blog.

sebenarnya dia pun klo lupa dia buat apa dia akan bukak blog ni nak cari clue yg boleh trigger memori dia.

so sapa kata blog ni useless?

heheh.

jom je lah tgk gambar..

intro : rabu hingga jumaat lepas, 24-26 jun, ibu n umar ikut opah ke melaka. opah takda geng ke sana. klo dlu setiap kali opah kene gi outstation berebut2 sume nak ikut. la ni takde sape nak ikut dah. ibu kesian gak kat opah nak kene drive gi melaka sorang2. bengkel yg opah kene hadiri tu pun dianjurkan oleh EPU. opah sorg je dari UPM. jadi nak tumpang sape2, nak kongsi bilik dgn sape2 pun tak leh. tu la sbb nye ibu decided utk temankan opah. ayoh pulak beri kebenaran. thanks ayoh. jasa baik yg ibu buat kat opah ni harap2 umar akan ikut jugak bila umar dah besar nanti. :)

masa baru sampai hotel. duk di hotel renaissance. ok gak hotel dia. dari bilik nampak sungai melaka n kampung morten yg jadi historical site tu.

hari khamis, pagi nye ibu bawak umar jenjalan kat mahkota parade. ptg sket, balik, nak bawak umar gi mandi swimming pool.

umar mcm tekejut tgk air punya la banyak but excited none the less.

kalau baringkan dia mcm ni dia terus tutup mata. sbb panas matahari atau sbb rasa terapung dlm air?

video
saksikan lah umar menendang dlm air. tapi pendek je video nye. mana nak pegang umar, mana nak pegang kamera. dedua takleh lepas lak tuh.. hehe..

after half an hour, umar buat muke gini. mcm nak kata, "dah la ibu, umar dah letih ni, jom la kita balik bilik.."


hari sabtu tgh ibu masak bihun sup + bergedil tetiba dpt call dr pakcik dolah, ada satu lagi majlis aqiqah dirumah beliau. aqiqah ni utk anak kakak pakcik dolah. so pas makan tghari kami pegi la ke rumahnya..

tgk la anak pakcik dolah yg bernama 'aimran tu.. wpon dia baru je masuk 3 bulan, dia dah lagi berat semangat dr umar.. umar ni kurang minum susu kot.. minum asyik main2 je.. tengok sana tengok sini.. tak pun ikut gen bapak memasing kot.. hahah!

oops masa pegi rumah pakcik dolah umar pakai cap, bila balik cap dah takde.. aiyoo tertinggal da... pakcik dolah @ makcik ina if ur reading this nanti bebila kita jumpa utk amik cap umar yerrr..

semasa kami di melaka, mama mira telah pun selamat melahirkan baby boy yg sangat comel.. nama unofficial nye adalah ahmadi farhan. (nanti klo ada perubahan atau pembetulan ejaan ibu akan betulkan kemudian..)
tgk la umar sket punye besar nak dibanding kan dgn farhan... tapi diorg ni sebaya la.. tak lama lagi farhan jadik sama besar dgn umar.. farhan minum cucu byk2 tau..


ptg ahad, kami sekeluarga n pakcik muiz sekeluarga telah gi ke klcc kerana ayoh nak cari keta remote control jenama takara tomy atas alasan nak suh umar kejar supaya dia cepat merangkak. ibu mcm tak pecaya je ayoh sanggup redah midvalley(on saturday evening) dan klcc(on sunday evening) utk cari mendalah tu. tak penah ayoh yg request nak gi shopping mall. tapi kerana ibu mmg suka pegi mall, ibu pun ikut je la dgn senang hati.

umar dan attaqy

sbb umar takleh duduk lagi, ayoh kene la pegang umar.. time ni ibu tgh kat isetan beli kasut sbb kasut crocs tumit tinggi tu buat ibu rasa nak nangis. :P

sbb sakan sgt jalan sana sini, semalam (isnin) ibu dah kene sakit perut memulas.. ni akibat durian + burger king la ni.. sampai demam tu... alhamdulillah harini dah elok sket dah. smalam sakit sampai berguling2.

ibu pegi klinik. doktor sgt friendly. dia tanya history sbb ni first time gi klinik tu. bila dia tau ibu kene c-section waktu lahirkan umar, mcm2 dia nasihat.

antaranya, perut org yg dah lalui c-section ni cepat masuk angin, takleh makan lewat sgt, katanya lagi dalam perut dah tak sama mcm dulu lagi.

dia siap kata, "cuba amik susu sket rasa, ada tak bau durian?"

uh tak sanggup lah nak rasa@bau susu sendiri.

apa pun pas ni kene lebih berhati2 dgn apa yg ibu makan.

so, thats it. minggu yg sangat panjang.

percutian ke melaka wpon tanpa ayoh, sgt menghiburkan. just lepak2, jalan2, guling2 tgk tivi dgn umar... sesuai sgt la sebelum ibu stat kelas balik minggu depan... (>_<); bye2..

Wednesday, June 24, 2009

umar ngan ibu nak gi mane tinggalkan ayoh?

bye ayoh..

umar dah siap ni..

siap dgn pelampung ngan baju mandi..

comelnye dia!

Monday, June 22, 2009

sepagi di tanah sg merab

a weekend ago, kami telah bangun pagi utk pegi berjogging di taman tasik cempaka, dan seterusnya pergi melawat tanah milik parents hubby, yg mana jiran kami yg memiliki tanah sebelahnya nak mengusahakan tanaman cili di kedua2 tanah ni.

jadi kami pun ikut la nyibuk konon2 nak tolong tebas la kan..
pegang parang pun tak larat.. ada hati nak tebas..

anyhoo saksikanlah peristiwa2 penting pada hari tersebut..

apo kobondo eh dio tulih ni...

ohoo map rupenye.. baru gue paham..

"ini tanah kite.. itu tanah orang.." kate encik hubby

ukur sempadan tanah

muiz tgh korek tanah carik batu penanda

korek punya korek.. akhirnya jumpa pon..

tapi batu penanda nya dah pecah...

repair2 skek..

cacak besi bagi nampak..

pastu kambus balik...

berpeluh2 gak melibas parang 10 kali. pastu duk lepak2 sambil minum tehais.. hehehehe...

cadangnye smalam n kemarin nak gi lagi tapi 'ter' bangun lambat...

takpelah hujung minggu ni kami usahakan lagi utk dtg nyibuk eh silap tolong muiz kat tanah tu...

till then bye2.

Sunday, June 21, 2009

mommy n baby

my baby n i @ putrajaya earlier today.

kalu dlm gamba ni ada ayoh yg peluk kami bedua lagi best kan?

tapi tak lalu la nak tayang aksi mesra depan orang. heheh.

bile nak ade gambar bertiga agaknya..

Thursday, June 18, 2009

gedebuk!

yup, thats the sound of my baby falling off the bed. apa lagi meraung laa.. panik aku sampai rasa nak nangis tapi mujur dia jatuh dlm keadaan meniarap. jadi dia ada sedikit terkejut. aku try pegang satu bdn tgk kot2 ada yg sakit ke, alhamdulillah tadak.. tapi masih perlu dirujuk pada doktor.

apapun bersyukur sangat2 bukan terhantuk kat kepala. kalo tak aku mmg menyesal tak sudah.

smalam pun mood dia kurang elok akibat aku menjerit masa gaduh dgn adik aku. aku menjerit dia ikut sama menjerit. tapi jeritan dia tu dlm tangisan la.

menyesal gila kedua2 kejadian ni berlaku.

camana nak jadi ibu yg baik ni?

kdg2 aku pandang dia dan rasa, teruknya aku layan, ntah2 dia pk aku tak sayang dia kot?

anak aku ni kurang nak gelak ketawa kuat2 dgn org pompuan. tapi kalo dgn ayah dia, atuk zol dia, tokki wahid dia, gelak punya lah sakan..

kdg2 pk, aku tak reti layan dia kah?

pastu dengar pasal org lain, anak baru 3 bulan dah ajar mcm2.

ada yg dah stat bacakan buku lah. stat pasang video sesame street lah.

aku ajar anak aku apa? tak habih2 nyanyi je.

time aku tak stat blaja/keje ni la nak spend time sebyk boleh dgn anak aku.

sebut pasal blajar. aku dah pun selamat mengregister diriku utk semester baru. oh rasa sgt la tak bersedia. 8 bulan dah tinggalkan study. nak catch up balik memerlukan usaha yg gigih. i know i can do it. but im not sure i can deal with the stress. mujur sesangat lah aku memilih utk tak menyahut seruan temuduga. walopun hati ini aching utk ada keta sendiri, mungkin rumah sendiri, nak beli sgala mak nenek mainan utk anak, tapi apa gunanya semua tu klo aku takda masa nak dok dgn dia?

susah.. susahnya jadi ibu ni..

apa2 yg jadi pada anak aku, especially ketika ni, mmg di atas tanggungan aku sbg org yg paling rapat dgn dia.

mcm2 perasaan yg melanda diri sampai waktu dia tidur pun aku akan pegang dia to make sure dia tak sejuk sgt, pernafasan nye elok, takda nyamuk yg dtg mengganggu.

jadi sbg anak kini baru aku paham, kdg2 ibu ni tak sengaja menyakiti kita, sbb bukan semua benda berada dlm kawalan dia.

apa yg mampu aku cakap, aku sgt bersyukur kerana dipinjamkan oleh Allah swt seorang suami yg penyayang, dan dikurniakan peluang menjadi ibu kepada anak yg elok rupa paras dan sifat.. semoga dapat menemani sementara aku di dunia ini, dan peneman abadi di akhirat kelak.. amin...

Friday, June 12, 2009

kisah piranha di pantai batu rakit

on saturday morning, kununnya nak bertolak ke pantai timur selepas subuh. yeah right.
hari jumaat tu hubby pegi day trip ke jakarta. so pagi sabtu tu dia letih la.. jadi kami pun take it easy je lah pagi sabtu tu.
as expected, banyak keta di jalanan. especially sampai genting sempah la sbb ramai nak gi genting.lepas genting sempah alhamdulillah trafik cantik sampai lah habis highway tu. kami berenti makan tengahari di gambang. gerai sup kat ctu sgt sedap! next time balik ganu benti kat gambang jer lah. takyah temerloh dah. ikan patin bukannye sedap ngat.

keluar je highway, me said, kita ikut jln pantai lah!
hubby pon ikut je la.
mmg lagi seronok ikut jln pantai. wpon lagi jauh. tapi dpt tgk laut banyak.. lalu byk pekan2.. tgk api tinggi kat paka tu.. dll.

cadangnye nak sampai kt kul 3 sbb nak hadir majlis pernikahan kawan hubby di masjid kristal. tapi kul 5 baru sampai kt, sbb jam dari marang. takut bilik kene let go, call la hotel kata akan sampai lambat sikit. jadi sampai2 tak pegi hotel terus, sebaliknya tuju ke pantai teluk ketapang makan ikan celup tepung. nyam nyam...

lepas makan kat ctu, baru la bergerak ke hotel utk check in. kami dok di permai inn, sebelah kedai makan madjing yg aku cerita haritu. hotel n kedai madjing ni terletak di batu buruk, dan sgt dekat dengan rumah yg hubby n family dok masa tahun 1999-2003. sampaikan hubby kata, tak pernah terlintas di pikiran dia nak duduk kat hotel ni. alah macam org bangi kene pi duduk kat equatorial bangi tu la. dlm hotel mcm kat tempat asing, keluar je terus nampak warta! kan ke pelik..

umar mandi dlm sink sbb inflatable bath tub yg ayoh bli kat jepun tu dah bocor...

anyways, mlm tu turun makan kat madjing je lah. sedap masakannya.. n specialty di cni adalah air jagung. kalo pegi petang ada la iceblended jagung tu. tapi klo gi malam ada air jagung biase la. bukan air jagung warna kuning pekat mcm kat cni. dia kuning cair je, n then ada kernel jagung kat dlm nye.. uu heaven...

ok hari ahad, pagi2 turun breakfast. tak jadi pi makan nasi dagang kat cendering, sbb bilik hotel inclusive dgn bfast. ok la bfast dia, spt biasa org trganu bfast pagi dia amat la heavy. ada nasik minyak. i told the hubby, ni kene tukar habit ni. org trganu skang mana keje teruk2 cam dulu dah. klo hari2 makan nasik minyak pastu dok keje dlm aircon, alamatnye byk la penyakit dtg menyinggah..

anyways, lepas je bfast, terus keluar pegi jln2 kat pantai batu buruk.. masih tiada org, cantik dan tenang. tapi tak turun pun. terus ke pasar payang. ha kat cni time tu dah ramai dah org.. parking pun takde.. hubby n baby tunggu ibu shopping sket.. beli baju kelawar n blouse batik utk ibu dan opah. ingatkan kejap je. tapi tau je la dah masuk kedai2 tu kan. sudahnya satu tingkat jual batik tu aku round. geram rasanya sbb takleh map lagi maze pasar payang tu dlm kepala. mungkin kene pegi 5-6 kali lagi kot baru boleh hapal laluan n kedai2 yg jual baju yg menepati selera.

umar di tgh kesibukan pasar payang. alamak pasar nye tak nampak..

kul 10.30 baru balik bilik.. mandi2 (oh yes kluar pagi tu belum mandi ye..), rehat2 jap, kul 12 baru bertolak ke besut utk kenduri syahmey n sarah. jalan agak jem. ingatkan sejam lebih dah bole sampai dah. rupenye 2 jam lebih baru sampai.. masa sampai tu family sarah dah nak gerak dah pun.. diorg tanye apasal lambat? ada kenduri lain ke? taktau nak jawab apa..

sebenarnye aku berharap panas terik matahari tengahari tu akan beransur by the time sampai kenduri, tu yg aku saje2 wat lengah. rupenye tak redup2 gak.. tapi pengantin steadyy je layan tetamu, tangkap gambar etc. umar ada la meragam sket sbb kepanasan. kitorg siap masuk bilik pengantin lagi nak tangkap gambar. heheee.. mane gambarnye puan sarah, gimme la..

umar ni time ada org lain dia tanak pandang kamera lak..

dalam sejam lebih lepak kat kenduri tu, kami pun beransur pulang ke kt semula. tapi belum sampai kt, singgah pantai batu rakit pulak makan sotong celup tepung yg sebesar lengan. wow yg ni mmg spesel la.. kat teluk ketapang takde yg besar camni. tapi ramai sgt orang. sampai berebut2. pekedai pulak tak reti handle. org dah order pun buat dono je. rupenye kene tunggu depan dulang tu. pekerja tu letak je sotong yg baru goreng terus kene sambar. sekali tengok mcm piranha. lagi2 aku perasan sorang pompuan yg gemok tak pakai tudung punyala rakus menerkam sotong2 yg baru digoreng tu. dia dan kawannya, nak sampai 12 ekor! padahal aku tgk dia dan gerombolannye tak sampai 10 org pun. sorang nak makan brape byk? nampak sgt gelojoh.. pastu time basuh tgn pas makan tu dia dok basuh tgn sebelum aku. kat siku nye ada sisa2 makanan yg tak dpt dipastikan jenisnya yg dah terpenyek kat siku cardigan yg dipakainye tu. gelojoh sgt sampai siku kene makanan pun tak sedar? ish tak berkenan sungguh aku tengok.

aku pun suka makan jugak, tapi jgn lah sampai begitu. masa dia sambar sotong tu aku tgk ada sorg budak pompuan dok tercegat kat tengah2 antara dia dan kawannya ni, nak amik sotong tu. tapi tak sempat sbb piranha2 ni dah sambar dulu..

tapi apa pun, ia tak mematahkan semangat aku utk kembali ke situ utk menikmati sotong yg sedap tu. harap2 next time dtg bukan musim cuti skolah, maka tiada lah piranha2 yg menyakitkan mata aku ni lagi..

ibu tgh tahan bengang dgn piranha2.. malas nak join. sudahnye ayoh umar la yg kene berebut dgn piranha2 tu..

ok lepas tu gi mana? oh singgah beli keropok lekor kat somewhere near pantai teluk ketapang. hubby beli sampai 50ringgit! tekejut aku, tanya apasal beli byk sgt? dia kata, dah alang2 beli, borong je la.. balik2 bagi kat family ni satu, family hubby satu, kawan2 satu..

keropok lekor sudah HABIS

dah beli sampai 50inggit tu, kene pulak beli kotak polisterine tu.. jadi singgahlah giant.. sambil beli kotak tu, beli gak coleman punya ice pack 2 ketul. wpon agak mahal reusable icepack tu tapi sgt berguna klo dah stat keja nanti utk simpan ebm..

time kat giant ni dah maghrib pun.. sekali hubby call member dia yg akad nikah smalam tu. harini kenduri belah pompuan di durian burung. member ni ajak la kami dtg rumah family wife nya. 5 min je dari giant tu jadi kami pun terus la ke rumah pengantin ni.. nyot nyet2 skejap, pastu balik hotel.. woo letih mlm ni.. ikut hati nak terbongkang terus.. tapi dah ada anak, mana leh sesuka hati nak terbongkang, so setelkan umar dulu, baru la kami boleh tido.. umar mmg tido awal la 2 mlm ni sbb keletihan berjalan sepanjang hari.

pagi isnin, pas subuh terus bfast, naik atas, kemas barang, check out, kul 10 kami pun meninggalkan bandaraya kt..

balik pun kami ikut jalan pantai gak, sbb apa? sbb nak pi makan sata kat kuala kemaman..

ayoh main cak cak dgn umar sambil tunggu sata siap dipanggang

nampak tapak kaki ni? wpon umar tak segarang ibu, but dont test my patience aaa...

dlm keta. duk atas lap ibu sbb carseat dah kene tahi. ni tgh memikirkan masalah negara sambil menghisap ibu jari. boleh selesaikah?

dlm kul 5 ptg kami pun sampai ke kl..

so itu lah dia kisah percutian kami ke terengganu. best.. tak sabar mahu kembali lagi kesana.. tapi bila ya? raya kot..

habis.

a tribute to..

first of all, i would like to wish my dear adeeb a very happy birthday.
hadiah dah ada. sila hubungi gue utk jumpa.. heh heh..

pastu, tak kurang pentingnya, a big thanks to my dear sarah yg mention me n my hubby several times in her most recent entry. (boleh bace intro dari ctu.. pastu sambung bace lik kat cni ok.. )

i still remember that day, back in 2003 kot.. when adil n syahmey came to Kolej 10 to pick us up for the double date. dating kat Mines tu.. tak tahann.... n i know for a fact that syahmey has fallen for sarah right there n then. n the rest, as they say, is history.. hoho~!

sebenarnye kisahnya begini.. di suatu hari yg hening.. tahun 2003 gak.. semasa kami berdua tgh gayut kat tepon, adil ni tgh lepak2 dgn kekawannya di bilik asrama. pastu tetiba dia kata, kawan dia 2 org ni takde gelfren lagi.. apa kata aku ni carikan kawan2 yg masih single kat upm ni utk dikenenkan dgn dua orang kawan dia tu..
so i just picked 2 ppl around me at that time.
satu pasangannye sarah n syahmey lah..
yang satu lagi tu.. tak payah sebut lah sbb dua2 pun dah kahwin dah...
dan alhamdulillah yg sarah n syahmey ni menjadi..
ye la sapa tak suka kalau usaha matchmaking mereka berjaya? hehehe...
and about going all the way to besut to witness one of their happy days, hubby said "kita yg temukan diorg, so kita kene la saksikan semuanya.. "
yes besut tu adalah sangat jauh but believe me when i said everything was worth it!

okey lah itu je..

akhir kata, to sarah n syahmey, wat la housewarming ke ape ke.. kitorg nak dtg rumah korg ni.. hohohooo...

Thursday, June 11, 2009

umar's latest development

hello all.

lama sudah tidak menulis. had a busy weekend.
dah nak sampai weekend lagi satu pun ha.
so marilah update sikit ttg perkembangan umar sepanjang seminggu ni.
umar skarang dah pandai meniarap sendiri. tak perlu pertolongan lagi.
tido pun dah pandai mengiring. pusing sendiri la, bukan ibu letak dia mengiring.

tido petang gaye mengiring



same pose, one with flash, the other sans-flash.
bila ada flash habih bulat mata umar nak terima cahaya yg kena kat mata dia.

dah 2 orang kata muka umar ni ikut muka ibu.. heh heh.. heh heh.. bangga nya... kalu ikut muka ibu alamatnye besar nanti jadi mcm muka cik nua dia lah... oh nooeesss... :P ikut muka takpe, tp jgn ikut pe'el dgn saiz badan cik nua yer. muahahahaha~

kemarin bawak umar pegi check up di klinik kesihatan bdr baru bangi yg dpt pujian haritu. hari ni nak komplen pulak.

mmg ramai orang. tunggu punya la lama. dr kul 3 sampai 4.20 baru masuk bilik pemeriksaan. dah la letih tunggu lama. lampin umar pun dah penuh. masa timbang berat tu kene bukak pampers. tgk ada tahi sikit kat buntut. amik tisu je lap, terus letak kat atas penimbang. tetengok berat umar hy naik 0.2kg from 3 weeks ago masa dia demam tu. now he weighs 6.315kg. hopefully he's (quite)tall like ibu n slim like ayoh.

pas dha tunggu sejam lebih tu baru masuk jumpa nurse, nurse tu tak tanye ape pun. sibuk dok borak dgn EMPAT org nurse lagi yg melepak kat dlm bilik kecik tu. pastu baby lagi satu yg kene cek pulak anak doktor yg bertugas kat situ, lagi la tenggelam kitorg ni.

ini patutnya check up utk empat bulan. tapi umar dah nak masuk 4bln stengah (akibat ketiadaan surat beranak@mykid mcm yg aku cakap haritu), jadi nurse anggap itu utk check up bulan kelima. 5 bulan maknanya...? CUCUK la ape lagi. woh woh panik sekejap ibu nih. alamak anak aku nak kene jab dah ke. tapi pk2 bagus gak, bulan depan takyah dtg dah. ok la bagi la jab. sket je umar merengek (sbb sebelum tu dah mmg sedia merengek sbb bosan tunggu.)

sekali mlm pas kene jab tu umar meragam menangis teriak kuat gile. ibu ni tgh sibuk mengemas nak balik serdang. tak ingat lgsg dia meragam sbb kene jab. pastu lupe lak bagi ubat demam. ingatkan dia meragam sbb ramai org lah (everybody was home that night), sbb durian lah (mungkin dia tak suka bau durian), dah nangis teruk sgt, bagi susu, terus tertido. kami pun gerak la balik serdang. sampai serdang je dia jaga balik, pastu nangis lagi kuat2.. waa waa waaa.. time tu baru teringat hal kene jab siang tadi.. dahtu tak bawak balik plak ubat demam. kat serdang mmg la takde ubat demam sbb family ni amalkan homeopathy. ada la kat sejam gak dia meragam. pas bagi susu skali lagi, tgk mood dia ok dah. gelak2.. pastu bawak naik masuk bilik, main2 sat terus tertido..

so itu la dia kisah umar setakat ni.

update terengganu kene postpone sbb gambar sume dah transfer masuk pc kat umah bangi. now im in serdang, so kene tunggu this wiken baru boleh buat kot..

thats all for now.. bye2~

Friday, June 05, 2009

penyakit gila berbelanja

i think im sick.
keinginan membeli belah melampau2.
shopping utk diri sendiri, juga utk anak kesayangan.

aku heran jugak, apasal tak habis2 pk pasal nak beli barang?
so i came up with some excuses.

badan sudah sihat.
jalan tak cepat letih lg dah.
dah boleh drive sendiri jauh2 balik.
umar pun dah besar. tak leceh sgt nak bawak jalan. tak risau sgt nak tinggalkan kat rumah dgn maid.
kalau bawak umar, takyah bawak ebm dah. selalu klo kuar sambil bawak ebm, in the end ebm tu masuk dlm sink, bukan dlm perut umar. somehow aku tak suka susu pam ni. selalu risau kot dah buruk. n then umar minum mesti sampai basah2 pipi n mulut. dia jarang minum dr botol jadi dia tak biasa kot.
lagi satu kalau dia nampak aku depan mata mana mungkin dia nak minum susu botol.
he'll say, the real thing is in front of me, why do i have to drink from this artificial one?

back to sakit gila shopping story.
its not that i have much money to begin with.

sbb tu lah haritu rasa mcm nak pegi intibiu spa tu. wpon aku rasa cita2 aku bukan nak jadi pegawai sistem maklumat. aku nak jadik lecturer.. kot.... (sebenarnye aku nak jadi surirumah yg malas masak n kemas rumah but u cant always have what u want.)

i told my mom about it but she said, "awak tu nanti nak masuk blajar. siang2 nak buat homework. nak jaga anak lagi, jaga suami lagi. toksah la pentingkan duit sgt. yg asyik pk psl nak shopping tu sume hasutan syaitan tu.."

hmm.... taktau lah nak kata apa.
aku tgk anak aku dah besar. tak perlukan perhatian 24-7 mcm masa newborn haritu.
hubby pulak, since i dont go out n meet people that often, he's my only companion, the one i tell everything to. n frankly, i think hes getting bored with me.

iye lah nak gi minum kat maulana dgn member2 pun anak bini nak ikut.

i used to be proud sbb i considered myself as his best friend. n can mix well with his friends. but i can see that there are times when he just wants to have some guys talk with his buddies. tapi ada lak pompuan nyibuk.

so you see? my baby n my hubby dont need me around that much anymore. i gotta find something else to do. its not like i can get pregnant again anytime soon..

yes i wanna have more babies. one umar is not enough. i want at least 4!

another boy, i wont mind. bertambah la lelaki kat dunia yg kurang lelaki ni. if its a girl, boleh teman ibu gi shopping.

isk shopping lagi.

but klo keje, 8-5 keje, 6.30-9.30 kelas masters, 4 nights a week. sudahnye anak aku dah tak kenal aku nanti.

so, tak jadik lah keje dulu. keinginan bershopping harus dibuang jauh2 buat masa ni.

i decided to wait until i completed my masters before i start looking for a job.

ok, i need to go to my neighbour cum friend's house to give her a wedding present. her wedding is tomorrow, n i wont be here tomorrow. we'l be going back to terengganu.

gi akad nikah paih di masjid kristal, makan di gerai madjing, makan di tepi pantai teluk ketapang, pegi pasar payang, breakfast nasi dagang kat chendering, pegi kenduri kawin sarah n syahmey lagi, pegi tgk stadium sultan mizan yg runtuh, dan lain2...

thats all i have to say about it.

Monday, June 01, 2009

weddings galore

i cant stop humming to this one particular wedding song. sbb asyik terdengar aje..

selamat pengantin baru semoga kekal abadi
bahagia ke anak cucu semoga murah rezeki..
alhamdulillah bertemu jodohnya
penuh kesyukuran sujud kepadaNya

ntah la lirik nye betuk ke tidak.

on saturday we went to ija's wedding kat jln 3/6.
ija was my close fren back in primary skool.
i joked about his hubbys name, which is jorge, n i dunno whether its pronounced like 'george' or like 'hor-hay' -- ni akibat menonton employee of the month ler ni. tetengok mmg betul sebutannya hor-hay.. hih hih apakan dayaku mamat nama horhay dlm citer employee of the month tu agak bengong.. tapi hubby kawanku pulak jadi mangsa kelucuan.. tsk tsk..

tak jumpe pon pengantin nye sbb sampai2 terus makan, tengah2 makan umar nangis sbb panas.. so terus cabut balik.. but i did speak to her dad.. i said, "saya anak dr nurizan, kawan afiza. mak tak dpt dtg sbb blablablabla.." kiranya aku mewakili mama yg merupakan rakan sefakulti ayah ija ni.. (ayah die dah pencen..) pastu terus balik. hadiah pun tak tulis nama, n tak pesan pun kat ayah dia suh kemsalam kat ija. ces serupa mcm tak dtg...

malam pulak, wedding cik sarah. eh silap. sudah puan sarah la skarang.. feeewittt....

uik pengantin ni dlm bizi nak nikah sempat lagi posing ngan umar?

oh yes.. umar sempat bergambar dgr auntie sarah tuu.. ibu pun tak sempat sbb asyik dok kelek mamat ni...

umar dah resmikan dah katil pengantin ni haa.. tunggu tok kadi tak sampai2.. umar pon dah terlelap..


next day, konon2nya nak kuar tepat kul 12 la ke sarah n syahmey nye wedding reception ni.. dok siap2 sampai kat kul 1 baru sampai...

sarah looks beeyoouuutiifuulll in both ceremonies~~!


umar sudah basahkan baju auntie adeeb dgn air liur nya yg meleleh.. tapi auntie adeeb said, "takpe, bukan selalu.." ha ape lagi umar.. dah dpt green light tu.. lenkali jumpe leh wat lagi.. hahah..

jumpe pengantin perempuan sat, duk kat meja vip sat, jumpe pengantin perempuan balik utk tangkap gambar, pegi plak rumah jiran di mana pengantin laki tgh tunggu, pastu pecut lak gi rembau utk kenduri lagi satu...

rugi tak stay tunggu pengantin berarak, bersanding etc. pastu mesti ramai kawan2 bangi n upm yg tak sempat jumpa.. huk huk huk. pastu tak dpt tangkap gambar dgn pasangan pengantin.. hukhukhuk lagi..

tapi nak wat camane, kenduri lagi satu ni jauh nun di kg bongek, rembau.
kenduri ni adalah kenduri sahak@ishak@bongek, housemate adil semasa sama2 blajar di mie, jepun. jadi rakan2 mie univ pun turun la ke rembau meraikan hari bahagia sahak nih.

group pic

halaman rumah dia luasss cantik.. pastu boleh nampak pemandangan gunung datok (kot?).. sgt memukau pandangan..

pas tangkap gambar, kami pun balik la bangi..

okey maka dgn itu habis la sudah upacara perkahwinan minggu ni. this coming weekend we have another 3 weddings to attend.. all in the state of terengganu.. lovely terengganu here we come... :D

p/s:

ni.. sekadar random picture umar yg terlelap waktu minum susu.. tak bergerak2 tau. mmg tido gaya camni.. letih sgt kot nih.. baru lepas mengaruk~ :P