Sunday, November 29, 2009

raya haji 2009

Pictures :

yahh mari kecahkan tilam cikwa n cumi... ibu kate kat cikwa "ha dlu masa ko kecik ko buat camni la kat kitorg. penat2 kitorg siap tpt tido korg dtg main sampai tercabut cadar. skang umar lak buat kat ko.. amik ubat.."


pagi raya : umar tido, org lain gi smayang raya, ibu? ibu took one long hot shower..


serius cantik. malangnye aku tak reti tangkap gambar.. sapa taknah gi perlis sile la pegi ke pdg besar, anda pasti jumpa scenery ni.


after traveling until the end of PLUS highway, we are back safely in bangi.

all i can say is, this raya is... different. different in a good way.

we were able to spend ample time with both sides of family. makan sedap2. truly raya i tell u.

baru ni tadi my mom kata, raya kat kampung jugak yg best. mmg la!

kami bertiga pulak masa balik perlis yg tak sampai 24jam sempat pi jalan sampai padang besar. wpon takde apa2 yg menarik kat sana, along the way tu boleh nampak ladang tebu terbesar di malaysia. yg rupanya hampir sama macam ladang2 gandum di france?? yg nampak masa naik eurostar dr london<>paris. mmg luas sgt. saujana mata memandang. bila cakap kat adik2 hubby mcm kat france depa tak caya? haha. mungkin kami kot yg teringat balik scenery cantik di europe sana? padahal itu je la scenery cantik yg kami dpt jumpa. stakat dok metropolitan mcm london paris tu scenery apa yg ada? bangunan2.

aku ni pulak asyik dok simpan perut (save some space) utk makan sedap2 kat perlis but sadly kedai byk tak bukak. woh tensen. dapat makan juadah raya je. tapi heran. kat tepeng hari b4 raya tu pun masih bukak lagi gerai2 cendol pasemboq popia kat pasar tu. apa la org perlis ni tak reti marketing. hehe. takpa la aku bagi can depa nak raya.. nanti kami dtg lagi..

last time balik perlis kami gi langkawi. kali ni pegi pdg besar. next time aku target nak pegi bukit kayu hitam pulak. hopefully tidak mengecewakan spt padang besar. tapi apa sgt lah aku nak cari kat sana? ah susah2 pegi langkawi je la lagi. beli pinggan mangkuk. hehe.

kesimpulannya mmg sronok jalan jauh2 ni.. aku cuba paksa hubby cuti sampai isnin tapi beliau takmau. sibuk sgt nak gi keja. syg sangat kompeni dia tuh. humph. takpe 2 minggu lagi insyaAllah kami nak pi cameron highlands pulak. ni holiday mama sponsor. kami sekeluarga di request utk turut serta.

bak kata mama, 'mama hepi sket kalau baby ada..'

cewahh pancing tak hengat..

gambar... jap lagi ke besok ke baru aku upload kan. skang ni tgh nak setelkan hal ndsi yg nak kene update firmware, run kat nds lama etc etc. kalo takleh jalan sok kene pegi sg wang utk repair@beli cart baru... harap2 takyah pegi la...

p/s: dah bbrp minggu kaki aku sengal2 waktu malam. kenapa ya? sgt menganggu waktu nak tido... mungkin kene pegi exercise kot....

Wednesday, November 25, 2009

all is not lost

sejak daku beli nintendo DSi 3 bulan yg lalu, aku tak penah sempat nak godek2 menatang tu. apa function2 lain yg ada.. rasanye mcm boleh buat macam2 lagi selain dr main game n tangkap gambar.

salah satu feature yg penting adalah, ape lagi, web browser la. nak ku download dr toren, aku dah penah beli opera browser utk nds lama aku dulu. tapi bahasa jepun. jgn tanya kenapa aku tanak blajar bahasa jepun wpon hubby fasih berbahasa jepun dan masih menggunakannya setiap hari. dia sendiri pun tak penah bersemangat nak ajar aku bahasa itu. bahasa percakapan mungkin masih boleh paham tapi bila kene baca, ku,ma,i, a, n, tsu bole la. lain2 aku dah lupa. aku penah amik subjek ni masa degree dulu tapi level 1 je la. tak koser nak amik sampai level tinggi2. buat kacau cgpa je kalo tak leh dpt a.

anyways, disbbkan aku ada byk free time skarang ni, aku pun berazam la nak explore menatang tu sebelum stat semester balik (sebenarnye taknak pk pun pasal sem yg bakal tiba. rasa mcm nak lari je..).

so smalam aku pun stat la godek2 mendalah tu. try connect ke internet wireless rumah aku. done. try pegi nds online shop. done. aku dpt tau kat shop ni boleh download web browser foc. sangat teruja. mcm2 masalah gak nak donwload ni. dia suh connect internet, aku connect, dia suh aku update menatang apa tah, aku update, pastu baru la aku boleh download web browser tsbt.

setelah bbrp kali fail, retry, akhirnya aku pun berjaya download menatang web browser tu. hepi lah. but still. aku dah tau aku bukannya suka sgt browsing gune menatang2 kecik ni. buat sakit mata je. sbb tu la aku beli laptop kecik comel ringan ni. jadinye kemana2 pegi mmg bawak laptop. so kesimpulannye download web browser kat nds tu saje je nak try test tengok n menambahkan slot2 kosong yg masih baaaaaanyak dlm nds ni.

ok, selesai explore web browser, aku pun tutup lah.

malam b4 tido, seperti biasa, nak ler main harvest moon sepam dua sebelum tido.

bukak nds, pilih slot yg letak game2 donlod (ye game2 sume aku donlod saje kecuali harvest moon DS & cooking mama, tapi dedua ni pun aku main yg donlod nye sbb takyah tukar2 cart. flash cart yg main game2 donlod ni guna sd card so boleh letak byk games) dahtu buat apa beli yg ori kalo still main yg di donlod? biarla aku kan suke nds kirenye ni 2 game kegemaran aku, aku sapot la sket. hehe.

pastu bile dah pilih slot games donlod ni patutnye kuar gambar 'LOADING', instead, tau tak ape yg kuar?

'An error has occured. Please turn off your console and bla bla bla bla..'

DAMN IT!!

cuak cuak cuak.. ish apasal ni... restart dua tiga kali masih ada error... aaa gelabah dah aku.... tapi sbb time tu dah baring n malas nak bangun balik, aku pun terus la tido, sambil pk, ah besok bangun aku cek la kat intenet macamana nak repair.. mesti ada jalan nye lah..

n pagi tadi aku bangun, sibuk gi htr keta hubby gi kedai tayar sbb sudah pancit, pegi amik baju raya kat tailor, balik2, aku TER decide nak balik gak ikut parents aku ke tepeng sbb ayah aku akan balik bangi balik mlm ni (dah sampai dah pon kot ni..) sbb dia masih ada meeting besok. so dia n hubby akan balik ke sini besok malam lepas hubby sampai from jakarta.
ok la tu ada la gak teman hubby. kot2 dia keletihan ke.

aku pulak pk, haritu time raya puasa dah raya kat ganu, takde tolong mak aku masak2. kali ni kalo aku balik malam raya gak, masih tak dpt tolong mak aku masak. kene tunggu raya thn depan pulak.... so aku pun balik la sekali..with umar of kos..

anyways balik ke kisah asal, sbb sibuk gi sana sini kemas beg last minit apa suma, aku pun lupa nak cek kat intenet pasal error yg occured itu... dah nak kuar rumah baru teringat. tu pon sbb time tu baru nak amik ndsi tu masuk dlm beg. tetengok rupenye im not supposed to update my firmware. firmware yg baru yg dikuarkan oleh nintendo telah memBLOCK flashcart aku tu dari digunakan! arghhh... ok la itu salah satu trick diorg la, bagi web browser free, pastu suh update kalo nak browser tu.. tetengok, abes dah terkena aku... sedih laaa....

apa aku buat? mmg nak nangis. dah la tak sampai 3 bulan lagi pon flashcart ni aku beli. nyesal tak cek pagi2 tadi. kalo tak aku dah pecut gi sg wang pegi repair ke beli flashcart baru ke. dah la nak jalan jauh ni. boring2 bole gak main... arggghhh...

pastu aku pk, ala, kalo balik dgn hubby mesti boleh singgah sg wang dlu.. tp dah balik dgn parents, kalo aku request nak detour ke sg wang utk beli GAME... mampuss kene tegur.. dah tua bangka jadi ibu sebok pasal game?!!

sayu je tengok jalan menghala ke sg wang masa lalu kl tadi.. hahahahahh...

jadi aku pun memujuk diri sendiri.. sabar.. sabar... balik sok pegi la.... sementara tu main la game2 ori tu dulu...

at the same time, aku bawak balik juga laptop, even the modem+router... sekali tgk bole pulak online kat kg ni... best2... so aku pun survey la lagi pasal camane nak bagi flashcart tu bole main balik kat ndsi aku.. turns out, insyaAllah boleh kot. somebody dah update jugak sw utk flashcart aku ni supaya dia compatible dgn firmware ndsi aku yg baru update tu. tapi masalah-problem nye adelah, aku kene run that flashcart yg dah masukkan sw upgrade tu kat ds or ds lite or ndsi yg firmware dia older version dr yg aku ada ni. MUJURR la nds lama aku masih ada.. bole la aku cuba try test, mudah-mudahan berjaya dan aku tidak perlu membazir lagi ratusan ringgit utk beli flashcart baru, or game2 ori di masa akan datang...

wish me luck..

Monday, November 23, 2009

every freaking raya!

aku letih betul la.

setiap kali dtg raya mesti timbul balik hal yg sama.

hal apa? hal sapa nak balik tepeng beraya dgn tok.

tok ada 15 org anak.

4 lelaki. 11 perempuan.

tapi sejak 5-6 tahun lalu, nak dpt 3 org balik sambut hari raya dgn tok pun susah.

semua makin malas nak balik.

jauh lah, sempit lah, takde aircon la, susahkan tok la.

n ni sume adalah anak2 tok ok. bukan cucu.

family aku, sejak arwah nenek (belah abah) meninggal tahun 1998, mmg tetiap tahun kami balik raya puasa kat tepeng. dlu2 boleh sampai 10 family balik. tapi makin lama makin kurang.

bbrp org boleh bagi exception la. 2 org drpd 15org tu nak ziarah kubur anak diorg dulu di pagi raya (kazen aku yg meninggal dunia).

pastu kene gilir2. tahun ni rumah mertua, tahun depan rumah tok.

but lately sume lagi suka raya rumah sendiri.

bbrp tahun kebelakangan ni waktu raya puasa mmg tok raya di kl sbb di pujuk oleh adik beradik mak aku. tok pun selalunya ikut je. dia penah terjatuh di bilik air jadi kesihatannya pun tak mengizinkan sangat.

btw tok aku umur dia 87 kot.

raya haji yg bakal tiba ni, mulanya kami cadang nak raya di bangi sbb my hubby ke jakarta n hanya akan pulang pada mlm raya.

tapi dpt email drpd seorang auntie ku yg duduk dekat dgn tok di tepeng sana yg sebut, tok dah buat bbrp balang biskut raya, dah buat rendang, dah ready ayam 7-8 ekor nak masak utk raya. nak masak utk sapa?

fyi ada la 4-5 keluarga saja drpd 15 keluarga tu yg asyik2 muka tu je yg muncul utk beraya di rumah tok. tak kire la raya haji ke raya puasa ke. mak aku, adik mak aku 3-4 orang. lain sume balik lewat. ada yg dah 3 minggu lepas raya baru balik.

i was like what the f la diorg ni. raya tau nak selesa kat rumah sendiri je. dah tak mau bersesak2 berpanas2 berletih2 kat kg raya dgn tok. pastu bagi pulak alasan taknak balik sbb tanak susahkan tok. sape yg terase susah ni sebenarnye?

every freaking raya i tell you.

semalam, ahad, ada gath di rumah paklong ku.

fyi my mom tak subscribe mailing list family ni. aku yg subscribe so aku yg bace email tu, n aku yg sampaikan berita pasal raya ni pada mak aku.

so mak aku pun sibuk la bertanye sume orang smalam, sape yg nak balik. seems like, takde sape pun nak balik kecuali 1 family. n smalam tu ada la 11 keluarga out of 15 tu. mmg selfish betul semua nya. nak balik hari sabtu lah. nak pegi raya dgn anak kat london lah. nak sambut raya dgn anak kat rumah sendiri lah. they are forgetting that they are somebody's children too. tok's children.

aku dgn jahatnye berpk, takpe buat la macam ni kat tok. sok bila depa dah tua, anak2 pulak malas balik beraya dgn depa.

paling bengang bila aku terdengar ada sorang pakcik aku cakap, "zaman berkumpul ramai2 kat tepeng tu dah berlalu dah.."

says who? sape dia nak tentukan benda tu? we LIKE going back n celebrate raya with tok. just becoz diorang tak suka, diorg boleh cakap macam tu ke?

ok i know mostly dah hidup mewah tak suke bersusah2 dah. plus some of them have been taking care of tok a lot when tok's in kl.

but this is RAYA la wei. kang aku cakap tak da akai kang marah pulak.

akai ada tapi takmau guna.

3-4 tahun lalu aku cukup menyampah bila lepas raya, aku ternampak keluarga2 ni tayang gambar happy diorg beraya di rumah sendiri.

bukan la aku nak kata raya kat rumah tok tu tak best. tapi nyampah kat diorg yg mcm lupakan tok di pagi raya.

pagi raya is very important to be with ur parents tau tak.

kali ni aku emo sket sbb oleh kerana takda sapa nak balik, mak aku buat keputusan nak balik. n aku terpaksa buat pilihan, nak ikut diorg n biar hubby balik tepeng sendiri. or tunggu hubby balik n malam raya tu jugak balik ke tepeng.

of kos la aku nak tunggu hubby balik. kesian dia balik malam raya sorang2 takde sapa sambut.

ekceli dia tak kisah pun. dia pun suh aku balik ikut family.

tapi aku pkkan, malas betul la coz kalo naik keta dgn diorg nanti asyik orang gaji tu je la yg pegang umar.

cerita selingan, i really dont like it when my mom asks me to do other stuff - masak, gi beli barang, buat keja itu ini n said, "tinggal la baby dgn maid."

serius tak suka.

but thats another story for another time.

pastu, odyssey tu bole muat 7 orang. abah drive, nua dok seblah, mama n the maid dok tengah. aku tanak dok seblah maid. aku nak dok dgn anak aku. takkan nak suh adik aku dok tengah dgn mama n the maid. dia mesti tak nak. aku pun taknak dok seat blakang skali. rasa mual. tak best.

so kesimpulannya aku lagi prefer tunggu hubby balik khamis malam tu, n baru kami gerak balik tepeng sama2. aku yg drive pon takpa. siang tu tido la dulu puas2.

pastu pulak, dah la diorg nak balik hari rabu. abah pulak tak bagi aku tinggal dgn baby sensorang kat rumah. ajak la kakak aku n familinye balik rumah teman aku n umar. diorg mungkin balik raya kat umah family abg ipar sbb haritu diorg dah raye puasa kat bangi.

anyhoo. kan susah?? not that i mind. tapi kesian kat hubby sbb aku paksa dia balik awal la, kalo takleh balik awal, nak balik malam raya tu jugak la. padahal dia kene keja the whole day thursday n flight nye malam.

tensen tak tensen?

pastu boleh pulak makcik aku kata, toksah la terasa sgt tok masak banyak2 tu. dia masak bukan utk raya pon.

wth la wei.. tadi tok siap call mama (that only happens once in a blue moon sbb tok tak brape dgr sgt) tanye betul ke nak balik.

makcik aku siap bole cadang tok pegi raya kat rumah makcik aku yg dok dekat dgn rumah tok instead of tok raya kat rumah dia sendiri.

tu yg aku kata tak guna akai. dah la itu rumah dia, time raya puasa dah raya kat kl pulak tu.

mesti la tok nak raya rumah dia! mesti la dia ingat anak2 cucu2 cicit2 dia pun nak raya kat rumah dia!

bodoh bengong sombong bongkak!

wei bengang betul aku tgh2 malam ni.

i said the same things to my mom, n she said,

mama tak pk ape2, just pk nak jalankan tanggungjawab aje.

yg makcik2 lain tu, diorg punye tanggungjawab kat tok ke atau kat anak2 yg dah besar panjang tapi tak reti2 nak berdikari lagi?

fyi, aku ni kalau ikut umur, cucu tok yg ke 15 out of 52. tapi aku orang yg ke 4 kawin. 11 orang lagi tu, plus 10 lagi yg muda 1-2 tahun dr aku, semuanya belum kawin. even yg umur 30 pun belum nampak tanda2 nak kawin. itu yg makcik2 aku ni sebok nak 'jaga', nak sambut raya sama2. macam diorg tu budak kecik.

yes i am a mother too. my child is everything to me. but im everything to my mother too. n my mother is everything to her mother.

apa yg buat diorg hanya fikirkan anak2 diorg je. bukan diorg tu pun anak juga ke?????

arghhh sakit hati aku.

my mom even said, mujur la tak gaduh.

hmm its always been like that with my mothers siblings. my mom dlu2 masa kami kecik slalu bergaduh adik bradik dia slalu kata, "mama ni adik bradik 15 org pun takde gadoh mcm korang.."

tak gaduh tapi perangai aku tgk pun boleh buat hilang sabar. mujur la depa ni makcik/pakcik aku jugak so simpan je la.

perangai apa yg aku maksudkan? perangai macam bagus aka lupa diri.

duit yg banyak, kedudukan yg tinggi buat diorg lupa asal usul.

ada yg suka komen anak2 sedara , cth, aku yg dah gemok selepas melahirkan umar.

im breastfeeding my baby ok. so im always hungry. thats y i cant stop eating. - again, this is another story for another time.

tensen jugak kene tegur smalam. tapi aku dlm hati boleh pulak kate, dlu auntie2 ni bf anak2 tak? (coz most of them did not.)

pastu aku kata lagi dlm hati, eleh anak2 dia kawin pun belum. tengok la nanti. senang je mulut tu nak cakap org macam2.

the bottom line is, most of the time, i love them.

but that does not stop me from seeing them as normal people. with flaws. n their flaws are they are selfish, they think too highly of themselves n their own children.

n i could not give a damn about their children either.

most of my cousins tidak bertudung. TIDAK bertudung ok. yg lelaki pulak nampak gayanye mcm nak kawin dgn perempuan yg juga TIDAK bertudung.

sori to say, aku mmg sgt rasa perempuan tak bertudung ni ada masalah. masalah akidah ke, mental ke, kendiri ke, aku tak pasti. tapi mmg ada masalah.

sedih plus menyampah tengok sepupu2 sendiri tidak bertudung. dtg majlis aqiqah, doa selamat pakai selendang. habis je bace yasin, bace doa, selendang pun terbang. tu pasal aku kata ada masalah.

tu yg aku naik berbulu tgk makcik2 aku yg sombong tanak balik raya, cakap pongpangpongpang mcm diorg yg paling pandai tafsir perasaan tok aku. tapi anak2 yg diorg jaga sgt tu pun mcm2 masalah (spt yg dinyatakan di atas), so aku jadi sgt tak boleh ambil pakai apa yg diorg cakap.

itu saje lah bebelan aku di malam ni.

kalau lah ada sepupu sepapat aku yg baca blog ni n sampai kan kat makcik2 aku, mau bergaduh ni. but who cares. aku bengang.

mama mungkin boleh ignore sbb mereka adalah adik beradik dia. tapi bukan aku. aku mmg lagi baran dari mama. cume aku pandai sorok je. mama slalu gak marah2 tapi marah dia sampai citu ja. marah aku berapi2 meluap2 last2 meletup.

hah.

lega aku dah kuarkan semuanya.

akhir kata, tak sabar nye nak balik raya kat tepeng!!

let those losers stay at their awesome home, celebrate raya with their awesome children, live their awesome lives until they die. awesome!

Sunday, November 22, 2009

P.M.S.

tetiba ada mood utk menulis pulak malam ni.
bukan apa, keje takde (iye ke takde? )
nintendo ds boring dah main (sbb hari2 kene perah susu lembu aka guna stylus laju gile sampai naik lenguh tangan. lembu aku 7 ekor pulak tu. sampai naik kejung tangan aku nak dapatkan 7 balang susu bersaiz L.. tak paham sudah.)
citer2 pun dah habis tgk. (ugly betty minggu ni tak kuar lagi. apesal ek? )
nak tido, belum ngantuk lagi. (sbb dah tido dgn umar ptg tadi)

yg peliknye. masa tgh bizi2 semester haritu, punye la byk citer nak tgk. tgk ulang2 kali beratus kali pun takpe. pastu asyik2 nak main game. pastu asyik ngantuk je. mmg mengado2 betul lah.

aku nye kesimpulan macam ni. time tu asyik stress dgn keje. mmg benci sgt nak buat. so asyik2 cari jalan utk hilangkan stress. thus perangai tgk muvi, main game, tido tu menjadi2. skang ni no stress. sudahnye main nintendo tu yg stress. sakit tau tangan aku!

ah macam2 la ko ni maslina.

satu result dah kuar dah. haritu kata mmg takleh dapat A kan. tetengok mmg dpt A- je pon. pastu boleh pulak aku ni tak puas hati sbb tak dapat A?? sbb markah 79.2. what the. padahal mmg tau takkan leh dapat. bile betul2 tak dapat apasal tensen semacam? siap jeles2 lagi dgn org dapat A. tgk la diorg punya effort banding dgn aku punya effort. mcm langit dgn bumi.

lalu aku pujuk diri sendiri. alah apa ada pada A tu. dlu belambak2 dapat A sudahnye hampeh gak. sudahnye aku ni malas nak keje gak. nak buek camno? tapi itu lah. pensyarah pun dok cucuk2, kalo buat camtu boleh dpt A, buat camni boleh dapat A. masa tu pk, iv already got enough As to last me a lifetime. tapi bile tgk org lain dpt A, bengang je..

bengong.

dah la lupekan. A ke A- ke. 1 sem je lagi. pastu dah. taknak pk dah. asal dapat scroll masters tu sudah. serius tak tahan..

lepas habis tu? nak pindah kot.. nak jahit langsir utk rumah baru kot (angan2 je ni..) tone rumah.. red@pink n brown tones. bole tak? (sebenarnye dah ternampak sheer curtain yg cantik kaler pink kat kedai kain apetah namanye kat giant kt.. berangan tak ingat..)

jadi kawan2, doakan hubby saye dpt bonus byk sket tahun ni supaya mampu nak pindah rumah dgn selesa..

talking about the hubby. dia kene gi keje gak hari ni, n then besok dah ada relative punya function, pastu lusa hubby dah nak terbang ke jakarta sampai khamis malam. then jumaat dah nak raye but dia sibuk nak bawak jepun yg baru dtg bbrp bulan tu pegi tgk org buat korban.

mmg hanginnnn je satu badan ni dgn dia.

tadi pesan dia belikan cendol kat pasar malam tapi hujan pulak masa dia sampai dr opis. so dia terus balik rumah.. apa lagi merajuk la.. ngamuk2, pastu ajak kuar gak pi pasar malam pas maghrib tu wpon hujan masih renyai2.

pastu membebel2 dlm keta. umar kat atas pangku buat dono je la. dah biasa dah kot dgr ibu bebel2 ni.

pastu kene jalan kat pasar sensorang. takkan nak bawak umar redah hujan pulak kan? mujur jumpe cik qiey yg dah nak tunangan org tak lame lagi. tak sangke gi pasar malam boleh dpt jemputan majlis pulak.. hahahah..

anyhoo dah dapat cendol, balik rumah, pening kepala pulak. aik, sbb kene hujan ke? tapi aku pakai payung tadi.

mungkin sbb hari ni tak cuci rambut kot? tak jugak. dah basuh pun pening gak lagi. pastu tgk kalendar, n cakap kat hubby, "nak period kot.."

terus dia, "ooo tu yg ngamuk2 nak cendol tadi.. n all the shit talk.. "

lepas dia cakap camtu baru aku pun perasan. hehehe. padan la emo semacam je. ingatkan emo sbb nak kene tinggal, pastu hubby keje hari sabtu. pastu dah nak raye tapi hubby mlm raye baru balik. tu sume campur dgn pms mmg bertambah2 la ketakstabilan emosi ni... hahahahaha... gelakkan diri sendiri...

apa pun, we really need to stop acting like this. this meaning, aku yg suke mengamuk2.. hubby yg selambe kate bini dia shit talking.. satgi umar dah paham, dia tanya, ayoh, shit talk tu ape?.. mampuih...

ok sampai disini saja utk malam ni...

oh ada bbrp gambar utk dikongsi..

ayoh yg cube pakaikan cimate ibu kat umar. btw entah kenapa bile ayoh yg pakai cimate ibu ni umar menangis ketakutan sampa menggeletar.. dia takut tgk muke ayoh jadik lain kot.. hahaha.. kelako gile..


bosa eh gigi!


muka mcm ala2 nak meneran. umar skang dah pandai sayang aka kiss everything. kamera, mainan, his own picture on the pc. sume nye dia nak kiss. sumenye dia sayang.

last but not least, ni adalah rupe mamat2 yg dah hanyut semasa ibu enjoy some quite time alone in front of the pc..

Saturday, November 21, 2009

umar anak yg baik

hubby sgt sibuk bekerja sampai harini pun gi opis gak. sampai kene warning,

"u see how comel umar is? he's gonna grow up and ur gonna miss it."

du know what he said?

"thats y i love reading ur blog."

hadoiyai sodih den dongar.

hari2 dia bukak blog tapi aku apdet seminggu sekali je.
ok la pas ni aku akan rajin update pasal umar kat cni.

umar skang dah pandai banyak benda.

dah pandai gigit lutut ibu sbb ibu akan menjerit kegelian setiap kali umar buat camtu. apa lagi makin galak la lagi dia menggigit.. pastu gelak kuat2.

gigi umar dah ada 4 batang. 2 atas dan 2 bawah. benda yg pertama sekali dia gigit dgn geram adelah satu teddy bear kecik pemberian maklong shira. sampai menggigil wa cakap lu. pastu bile dia geram tengok kazennye pon dia ketap gigi sambil menggigil jugak. asyik2 nak kiss kazennye tu. memula kiss la. pastu stat bukak mulut nak gigit. pastu gigit rambut. kazennye yg 5 bulan tu terima je la, nak buat ape lagi..

n now dia dah pandai gigit ibu! bukan stakat bukak mulut acah2 mcm dia buat kat lutut tapi mmg gigit dgn gigi dgn geram sampai merah ketiak ibu digigitnye. ye, umar gigit ketiak ibu sbb ibu main2 tanak bagi dia susu.. "hei geramnye aku dah lapa ni tanak bagi susu aku gigit sekali baru tau." wargh menjerit la ibu kene gigit.

pastu time ibu tgh suap makan umar saje2 lari pegi kat tangga sbb nanti ibu akan jerit, "jangaaann!!" pastu dia gelak kuat2 pastu lari dtg kat ibu nganga mulut mintak disuap makan. pastu lari (merangkak la) pegi tangga balik pastu acah2 konon2 nak panjat pastu ibu jerit n then dia gelak lagi. galak sungguh.

pandai dah bergurau mamat cumar ni.

ok lah. nanti sambung lagi kalau ada mood.

bye.

Monday, November 16, 2009

end of year trip to kt

best. dpt buat semua yg dirancang nak buat.
malas nak cakap panjang.. im gonna let the pics do the talking..

video
sebelum memulakan perjalanan, di kedai tayar.

pagi sabtu, lepas bfast. bawak umar mandi pool. memula ketakutan.

taknak taknak! nanti ayoh lepaskan umar!

lama2 dia pun cool down n starts enjoying himself

video
lama2 pandai gerakkan kaki..

tapi kejap je mandi sbb umar dah ngantuk. lepas mandi sumorg tido sampai tghari..


bangun2 sumorg kelaparan. nak pi makan sotong celup tepung tapi tak bukak lagi gerainye. jadi we decided to eat at crs kat giant. takut nak makan kedai2 yg tak penah makan sbb dlm news kata kt tengah dilanda wabak taun.

gerai2 yg kami makan masa di sini sumenye yg penah dtg makan sebelum ni. harap2 takde apa2 masalah..

gambar kat atas tu menunjukkan hubby yg pelik kenape gelas dia kecik, so dia tanye,

hubby : apesal yg tu besar? (pointing at my drink)
pelayan : ha?
hubby : bakpo hok tu beso?
pelayan : oo itu a la carte..

ngeh ngeh ngeh...

yaa.. lihat itu tuan2 dan puan2... tiada lagi piranha2 yg menyakitkan mata dan hati. puas la kami makan kali ni.. sekor sotong je sorang.. besar wei mana larat nak makan byk2..

gaya anak bujang dlm kereta. bygkan 7 jam kene layan umar yg takmau dok diam. huii berpeloh!

org duk ngadap depan. dia nak ngadap blakang. mujur ni time tgh berenti. kalo time jalan mmg kene ikat la. sampai tersedu2 nangis sbb kene ikat. sabo aje ler.

habis... but somehow tak puas hati gak. mahu pegi lagi....

Thursday, November 12, 2009

traveling by utada hikaru

ada satu masa dlu aku cukup gile dgn drama2 jepun n lagu2 jepun. n utada hikaru was one of my favourite singer. best jugak lagu2 dia.

anyways, kali ni nak cerita pasal traveling. ramai orang dah gi sana sini lepas raya. aku masih tercongok depan pc & di fakulti membuat keje2 yg tak siap2.

jadi besok insyaAllah, kami akan bercuti ke kuala terengganu as planned by moi months ago.

hubby mcm berat hati nak pegi sbb kene amik cuti, n god knows how he hates applying for leaves that he is not 'entitled' to. i said, eh kamon la setahun cuti awak brapa hari? takkan nak amik 1 hari pun tak boleh kot? - sbb hari2 yg dia cuti slalu nya cuti sbb nak cover balik wiken yg dia keje atau kena pegi outstation. so kseimpulannye bukan la cuti pon. tu yg aku hangin pi tanye camtu tuh.

but then he answered, "its a team work ok. org lain pun tak penah amik cuti semata2 utk pegi jalan."

what the eff aku pun apa lagi start la ungkit macam2. how hard iv worked during the semester n how long iv planned for this vacation kenapa dah nak dekat time nak pegi baru kata mcm berat hati blablablabla.

so he caved in.

camane la aku nak jadi isteri mithali ni?

my parents also mcm tak suka sgt kitorg gi holiday ganu ni sbb jauh. but then again, its my family n i get to decided what to do.

betul ke tak?

seems harsh tapi aiyo sampai bile nak dok bawah ketiak mak ayah ni?

u know the term dok bawah ketiak. now that i have a baby, baru lah aku tau apa maksudnye dok bawah ketiak tu. coz when im breastfeeding umar while lying on the bed, thats exactly where he is. bawah ketiak ibunye. baru la aku terpk, oho so thats y ppl always say dok bawah ketiak. baby je yg dok bawah ketiak ni.

haha kelako tak discovery aku ni?

ok serita selingan dah habis. cerita sebenar adalah,

traveling with umar nowadays is not as leceh as it used to be.
kalau masa sebelum dia bole merangkak dulu, sume benda kene bawak. rocker, cot, kelambu bla bla bla bla.
skang umar dah tak dulik dah dgn rocker dia. rocker tu utk entertain dia yg takleh berjalan lagi. skang dia dah pandai entertain diri nye sendiri.. tak perlu dah mainan ke ape ke..
dia pun dah tak tido dlm cot dia jugak. itu dah boleh save separuh boot punye capacity n separuh tempat duduk. kalo dlu time kene bawak rocker dia tu, ibu takleh dok depan langsung la. depan penuh dgn barang!

pastu baju2 dia pun tak leceh sangat. no more bibs, binders, wipe cloth bla bla bla. cume perlu baju siang, baju malam, socks n pampers.

toiletries juge sudah berkurang. no more minyak yuyi, wet wipes etc. bedak, baby oil n top to toe wash. dah siap!

serius senang.

come to think of it.kalo me travel dgn saje jauh2 sket pon boleh.

tapi downside nye skarang, dia tak suka betol dok dlm carseat dia. dlu2 kalo dok dlm carseat dia menjerit but thats it la. menjerit je la. we we we.
skarang ni kalo taknak duduk, woi meraung2 cube nak bangun kuar dari car seat berdiri nak dtg kat ibunye yg tgh driving!!
gile scary. brapa kali dah kene berhenti tepi jalan sbb dia buat perangai camtu. rilek la umar. ibu bawak gi jalan2 pun protes ke?

so memandangkan kite nak pegi holiday, kene lah ader itinerary nye kan. bukan wajib ikut pon tapi at least ada la perancangan utk pastikan apa yg nak buat@makan sume dpt dilaksanakan dgn jayanye (mcm menaip thesis. pk dlm bm pastu pk camane nak translate ke english. loser!)
so, holiday punya initial plan gini lah lebih kurang

jumaat :
10.00 - 11.00 am - bertolak dr bbb.
singgah serdang?
berenti rehat kat mana? temerloh? gambang?
ikut jalan mana? laut? jerangau?
bajet sampai kt 4-5 ptg.
kalau tak hujan & masih awal, pegi pantai teluk ketapang terus makan sotong goreng tepung hee hee.
kalau sampai dah nak maghrib, makan malam kat madjing je lah terus.

sabtu :
bfast nasi dagang chendering
pegi pasar payang aku nak beli kain batik tganu 2 helai, blouse batik 2 helai - sudah sediakan bajet.
tghari nak makan mana? no idea.
pastu hari ni kene pegi lawat 2 bayi yg baru lahir.
satu baby pade kazen hubby, satu baby anak kawan hubby.
uups patut kene pegi beli hadiah! lupe2. b4 balik sok sempat tak singgah jusco? :P
ptg pegi pantai ape tah yg ader sotong goreng tepung yg besar lengan tu - hopefully tak hujan n ADA.
malam kalo lapar lagi, makan sifud lah. ikan bakar N kerang bakar. harap2 tak hujan.

ahad :
bfast, lepak2, beli kepok lekor yg sedap tu utk bawak balik, beli kepok kering, beli SOS kepok lekor dgn banyak!
pastu balik ikut jalan pantai? oh i think baik pegi ikut jalan pantai sbb balik kene cepat, isnin tu hubby dah nak keje... gue nak singgah kemaman makan sata!

haa itu dia plan aku.
doakan terengganu tak hujan or banjir, dan kami pegi dan pulang dgn selamat ok..

tata!

Wednesday, November 11, 2009

my two most favourite people in the world

since i have a lot of free time on my hand, iv started taking pictures of my babies again.

tengok lah gaye due org ni tido. camane la ibu nak menyelit tido same..

ayoh tgk tivi, umar tgk ibu

umar dtg kat ibu

why so comel?

geramnye saye kat ibu ni..

ye saye dah boleh berdiri

rehat jap.. dahage pulak.. pit stop!

umar tgh tolong ibu 'kemas' bakul kain yg dah 2 minggu bertimbun

hmm this is more like it. baru la ibu boleh menyelit dgn selesa..

Tuesday, November 10, 2009

count your blessings

Alhamdulillah..
My proposal presentation went well.

Malam tadi sangat menggelabah sebab tak tau nak tulis apa kat methodology.
Sudahnye tido lepas subuh.

First time in my life that i had to pull an all nighter to finish my homework.

Akibatnye pening sampai skarang.

Tapi takpe.. yg penting presentation tak memalukan diri sendiri. meaning nampak la aku ni buat homework gak sebelum present tu.

Plus, presentation2 sebelum aku tu cam hampeh je. (no offense.)

so masa present aku nye nampak elok sket la.

hah its been so long since i felt this way. slalunye presentation group aku mcm bengong. group lain gempak2.

i wonder y do those ppl yg cemerlang dlm group presentation tapi hampeh bile individual presentation? adekah berharap pada groupmembers utk buat keje utk diorg?

haih penat dah aku alami situasi klasmate yang pemalas-buat-keje-tapi-still-survive-malahan-dapat-good-result-lagi.

ah ape2 pun. proposal sudah. lepas ni kene buat experiment pulak.

long way to go..

haritu rasa tak sabarrr sgt nak sampai isnin bila habis semua tggjawab semester ni. tapi bila dah betul2 habis, rasa mcm... tak de la best mana pun. keje masih banyak. cumenye nak buat skarang ke nak tangguh mcm proposal gak. mampus le aku kalo kene jaga malam lagi.

plan ke terengganu hujung minggu ni juge agak terumbang ambing kerana dah start banjir di sana, and hubby tak tentu bole dpt cuti ke tak.

nak gak. tak kire. nok gi gok!

tolong la hubby.. isterimu ini hari2 terbayang mahu kembali ke s**t*e . jadi jom la pegi jalan2...

setiap kali habis something big di fakulti, balik rumah je mesti aku ni rasa nak buat semua benda malam tu jugak! like today, hari ni nak gi klcc (padahal tak gi beli apa pun. makan, jalan2 pastu balik sbb pening kepala..), hari ni nak tido ptg lama2, hari ni nak main dgn umar, tgk tivi, main game, tgk donloaded stuffs, nak kemas bakul baju yg tak kemas sejak 2minggu lepas, nak sapu lantai bilik, nak makan megi tgh malam....

macam la besok tak leh wat....

hubby pule tgh outstation ke selatan tanah air. johor kemudian melaka.

jahat kah aku apabila berpikiran begini - ah hubby takde malam ni tak la sempit sgt nak tido.

GOSH what is happening to me?!

see i told u sleeping arrangements mmg sangat memeningkan kepala & menyakitkan badan.

when i confess this to the hubby he said, "kalau mcm tu kene la gi outstation selalu". crazy.

i need to do something pronto!

ok nak letak bbrp barang yg teringin nak beli. tapi tak perlu sgt pon sbb sumenye ada lagi.

  1. katil king - mahal, takde tempat nak letak, takkan nak buang katil lama? pindah rumah nanti kalo perlu beli katil mmg akan beli king size!
  2. study table - saw this @ kedai perabot di taman mewah yg aku suka tu. ia nya tinggi. bole letak pc + printer + buku2 kat rak atas. - ni pon aku dah set my eyes on it. skarang punye meja pc sgt bercelaru. rm488.
  3. exekutip chair - not necessarily an executive chair. any chair yg sesuai utk bekerja depan pc n bole rest kepala masa tgk muvi is fine by me.
  4. tikar getah yg aku mention haritu. jenama parklon - from korea. harganye rm429. kalau beli yg plain color bole ganti carpet.
u know. i used to say, sume perabot nak beli kat ikea. tapi tgk kat kedai kat taman mewah tu, dia pun bole lawan ikea nye dr segi harga, varieties, n lagi dekat la utk kitorg pegi. plus my mom tu nak ajak pi ikea jgn harap ler..

as of now my mom dah ajak aku pi kedai perabot tu utk beli katil n meja pc utk adik aku. bole la aku join in beli tilam ke meja pc aku ke. bule kecek dgn tokey tu bagi murah.

earlier tonight she also said, "mama rase satu hari mama nak amik cuti nak pegi kl la. dah lama tak gi kl. nak gi merayap kat jalan tar. kite pegi la nanti. budak kecik tu tinggal kat rumah.."

bet u know what i said..

"jom.."

Monday, November 09, 2009

NAK!

bila nak kluar kat toren?

Saturday, November 07, 2009

sleeping arrangements

oh im soo tired n mengantuk tapi masih nak menulis gak.. dah jadi tabiat setiap jumaat malam lepas kelas mesti akan menulis. konon2nye utk sambut kedatangan wiken. wpon wiken ni wiken yg sgt membebankan kerana isnin ni ada proposal presentation. n im still stuck at the methodology part.segan betul jumpe sv. ikut hati nak request dia spend 1 hour utk ajar how to write a good methodology.
aku juge SANGAT menyesal kerana tak dapat amik subject yg dia ngajar. sbb subject yg same, diajar oleh pensyarah lain, mmg SUCK giler wei! haih mmg takda rezeki...

semester ni mmg sangat teruk. 3 subjek haritu rasa mcm takleh dpt a. skang ni lepas dah tamat semuanya. mmg hampir pasti MEMANG takleh dpt a. bukan la aku doakan. sbb result belum kluar lagi kan. tapi kalau ada yg dpt a mmg aku akan menangis tak percaya.

this semester sucks.

itulah padahnye akibat bercuti selama 1 sem. dari hero(sem1) ke zero(cuti beranak) nak kene full swing. mmg aku loser betol la sem ni.

camane ye nak survive sem depan 3 subjek + projek?? alamatnye mmg asyik kene tinggal je le si umar tu nanti..

hari ni akibat menulis LR yg last minit + stadi utk exam hampeh tadi, aku tak jumpe umar langsung. cume jumpe tghari sekali utk bagi susu, ptg sekejap b4 gi kelas, by the time aku balik dr exam mlm tadi beliau dah pon tidor. tapi aku saje2 buat bising dia terjaga (sbb belum tido betul2) pastu terus tersengih2 nampak ibu nye. bagi nenen mmg he really went to town lah. bagi dia rilek menyusu lama sket sampai terlelap betul2, baru la ibunye ni turun makan.

sedihnye kalau hari2 jadi camtu. tapi takpe, aku pujuk diri sendiri, hari ni last. minggu depan dah cuti dah.. pas isnin la tapi..

anyways, balik kepada topik asal yg tak sempat nak sentuh pun lagi.

btw, aku agak kelaka apabile mendengar lecturer menyebut begini "regarding this topic bla bla bla im gonna touch about bla bla bla"

bile aku dgr ayat im gonna touch tu rasa cam geli lak. lecturer ni nak sentuh ape ni?

tapi aku tak dpt pk ayat yg lagi sesuai. betul kah expression tersebut?

saya akan sentuh sedikit tentang..
im gonna touch about..

yikes goli den..

ape la aku merepek ni..

ok lets talk about our sleeping arrangements.

cerita nya begini,

4 weeks ago, umar fell sick. flu, cough, pleghm, the works. ayoh umar pulak ada la outstation kemana tah, penang haritu kan. so sbb dia demam n risau dgr dia bernafas kuat waktu tido, we decided to let him sleep with us on our bed. katil tu dah la saiz queen, belah kanan terus dinding. belah kiri pulak meja pc. so paham la mmg sempit kan. aku pulak.. hadoiyaii.. dari tido sorang jadi dua orang, skang jadi 3 orang. masalahnye umar pulak tido bole pusing 360 darjah mcm jam. kesimpulannye mmg tido aku byk terganggu la. risau terpenyet umar, risau umar berpusing sampai hujung katil, dikejutkan dek umar sbb nak menyusu.. jadi hari2 aku ni bangun
dgn keadaan tak cukup tido n sakit belakang yg amat sangat. keadaan tilam yg dah lemau juge menjadi faktor kesakitan tulang belakang yg melampau ini.
selepas umar dah kembali sihat, i tried to make him sleep in his cot@playpen tu kan. but i bet u know what happened. mmg menjerit laa.. dah la tak penah lena sendiri. mesti kene bg nenen baru boleh tido. or at least dodoi2 tepuk2. so mmg dah sah la bukan lena sendiri dlm cot kan. bila dah lena pun, n angkat dia letak dlm cot. sejam lebih camtu mesti akan bangun merengek2 kadang2 menangis2 sampai berdiri. geram je tengok. ekceli mmg dia akan ngekk ekk ekk every couple of hours tapi selagi dia rasa dia tu ada atas katil n nampak ibu tgh dok kat depan pc or dpt rasa ibu or ayoh tido seblah dia, dia lelap balik la. tapi kalo dia terjaga tu dia rasa dia kene tinggal sorang2 dlm cot.. hmmmm siap la..
my mom cadangkan supaya kami tido guna futon je. takde la sempit sangat. tapi alahai tak feeling la.. i wanna sleep on the bed..
so how?
aku dah tak sanggup lagi menghadapi kesakitan blakang yg melampau. dan terjaga every half an hour just to make sure everybodys safe from kene lenyet or kene himpit or berada di kaki katil.

haritu ada pegi kedai perabot di taman mewah ni, depa ada jual latex punya mattress topper yg juga bole berfungsi sebagai tilam utk bawak balik kg. i was thinking, kalau nak beli futon ke mattress topper or tilam latex ke, nak beli yg dapat mengurangkan sakit blakang ni. sbb kalo tido atas lantai beralaskan quilt or comforter je mmg menambah lagi kesakitan itu. tapi harga menatang tu 400 inggit utk queen size. iye la latex kan. tilam latex utk cot umar yg cinonet tu pun dah 129 inggit.. pastu kalo nak beli yg besar baik beli saiz king terus. tiga2 orang bole tido. sayu la kalo aku n anak aku tido bawah hubby tido atas katil sorang2..

mmg sangat pening kepala dgn hal sleeping arrangement ni. sbb hari2 bangun dgn tensen sbb tak dpt tido yg solid n ditambah lagi dgn skait blakang. fyi sakit belakang ni berlanjutan dari ketika labour sampai skang masih ada. sadly i dont think its going away..

itu je la celoteh aku utk mlm ni. dah 3.30am. lately aku mmg hari2 jadi burung hantu camni. isnin ye. isnin. sket je lagi.

bye.

Wednesday, November 04, 2009

umar's update

lama dah tak letak gambar umar.

gigi pun dah ada 3 batang.

umar has to entertain himself since ibu needs to do her work.
sori baby pas isnin ni il spend my whole day with you ok?

umar ni bila berdiri dah nak lepas kedua2 tangan. konon2nye dah bole berdiri without support la tu.
insyaAllah tak lama lagi boleh berjalan dah.

if i have rm1k to spend on my son, i would buy these for him :


this can convert from a walker to a ride on. sesuai utk umar yg dah mule nak blajar berjalan..



just to keep him safe while im off doing other things. ala macam dlm kartun rugrats tu. tommy chucky phil n lil kan dok dlm playpen macam ni. but tommy pandai bukak gate dia guna screwdriver (^_^); this thing costs rm599 kot kat toys r us.

umar really hates sitting in his playpen. tido apetah lagi. tengah2 malam boleh nangis sampai berdiri pegang tepi playpen tu mintak diangkat tido atas katil sama ibu n ayoh..

i guess kalo kami dah pindah rumah sendiri tahun depan insyaAllah, mungkin akan beli kan kot. tengok lah keperluan umar time tu..

and iv been eyeing this one latex playmat at jusco midvalley. cantik. vibrant colours, sturdy n tak tercabut2 mcm abc foam playmat yg ada skarang. siap dah berkulat dah. makan minum pijak sume atas tu.. nak cuci sket punye leceh..
geram gile tengok playmat cantik ni. it costs rm459 kot tak silap. mahal gile. n takde sape beli pun nampak gaye nye.

takpe tunggu jcard day jusco midv, kalo byk diskaun il buy em.

ok dah. back to work.

Tuesday, November 03, 2009

bye bye data mining

im soo glad im done with it.
A might be out of reach. but id settle for a B.. plus.
ahhh.. lega... mcm sembelit 4 bulan tautak blajar data mining ni.

its already 2am.
now only i got sometime to myself.

why am i always longing for a time to myself huh? tak seronok kah hubby n baby ada? seronok.. seronok sampai takleh buat benda lain.
now that theyre sleeping soundly beside me, its time for.. blogging and DSi-ing!!

besok, pulun siapkan proposal...
rabu, tunjuk proposal kat sv.
prepare utk kene komen.
kamis & jumaat, stadi research methodologies..
sabtu &ahad, lepak2 sambil prepare presentation proposal.
isnin 11am proposal presentation @ faculty..
11.30am, merdeka until the end of the year.. and im off to kl do some major shopping.

iv said this b4, n il say it again.

i just. cant. wait!!!