Sunday, January 31, 2010

currently in love with ..

waktu hubby takde ni aku menjadi2 betul melayan drama2 lovey dovey.

kalau dia ada kene sound dah ni.. tak habih2 ulang tgk benda yg sama.

benda apa?

scenes from Glee.

yes, Glee.

best gile.

rasa rindu pada hubby buat aku leka(leka ke lagha?) layan kisah cinta.

hahaha rasa macam time belum kawin.. duduk berjauhan.. lama tak jumpa.. rindu.. pastu layan jiwang..

kenapa eh setiap kali hubby outstation mesti rasa macam ni?

satu perasaan yg familiar tapi lama dah tak rasa.

i guess im still crazy in love with hubby like in those days?

oh and, iv came up with 2 beautiful baby girl's names. eh tetiba?

_ _ _ _ 'adlina & _ _ _ 'adlina.

kalau ada rezeki anak perempuan nak bagi nama ni lah.

org lain jangan curi nama ni tau.

ok bye.

Friday, January 29, 2010

HAPPY BIRTHDAY BABY!

Dear 'Umar,

Happy 1st Birthday.

Ibu loves you very much.

Wpon awak meragam takmau tido sampai kul 12.30malam ni..

Ibu still loves you with all my heart.

Ibu doakan Umar akan membesar jadi anak yang soleh, mendengar kata, dan selalu mendoakan ibu bapa nya.

dan juge jadi orang yg pandai, berakhlak mulia, penyabar, baik hati, semua yg baik2 etc etc.

Sorry takde hadiah. ibu dah pokai beli barang awak every other week. :P

Kek je cukup ek.

Lebiu muacks muacks muackssss...

Thursday, January 28, 2010

merapu

  1. am missing the hubby like crazy. gilo apo? rilek la wei.
  2. umar kene selesema pulak harini. setiap kali umar sakit mesti time ayoh dia outstation. apasal? - spekulasi aku, umar rasa tak sedap badan sbb tak jumpe ayoh berhari2. langsung imun badan jadi lemah n penyakit datang menyerang. dont la baby. dont be like mommy. aku pun setiap kali hubby gi jauh rasa macam lemah longlai je takde mood nak buat apa2.
  3. takde mood pun kene paksa gak diri ni stadi utk exam tadi. susah woo. balik2 je badan rasa letih sgt sbb sepanjang hari mengadap buku.
  4. rasa macam nak jenjalan balik serdang tapi takleh tinggal maid sorang2 kat rumah. leceh tol.
  5. rasa mcm besok nak lepak, rilek etc. hari ni dah penat satu badan.
  6. i really am ballooning, but dunno how to kuruskan badan.
  7. malam ni takde ape nak buat, takde citer fresh utk ditonton, takde orang utk berbual, takde keje yg perlu siap esok. tapi takde rasa mau tido. blog pun takde topik khusus. sudahnye merapu cam ni..
  8. sudah terbukti, im miserable without the hubby.
dah lah.

Tuesday, January 26, 2010

membebel seorang diri

byk kisah nak diceritakan, dan orang yg nak diceritakan tak ada disisi..

kisah 1 : hubs selamat tiba di jakarta pagi tadi. he'll be there until the 2nd of february.so, not only i cannot go to ida's wedding in ttj this weekend, but hubby will also miss umar's 1st bday! how sad... but, like i always say, its just another day. we can always celebrate it when he comes back.
but, im still gonna celebrate it on D day, with my family. il prolly order a cake tomorrow. just a small cake. vanilla, with buttercream icing. yum!

kisah 2: today i went to class without my notes, handphone, thumbdrive, and textbook. how can i be that forgetful?
i believe this shows how much i dislike mondays. we had a pretty packed weekend(as always), n every monday i feel like doing nothing but just to curl up in bed with my baby.
my plan to study for empirical methods also has gone down the drain. but its ok, i still have 2 days to prepare for the exam.

kisah 3: i havent been to pasar malam selasa for more than a month now. but since tomorrow's class is postponed, i can go to the pasar tomorrow! yeayy... i'll be hunting for a new telekung , char kuey teow n sate..

one more thing, why do lecturers always use the word postponed, instead of CANCELLED? i like the latter term more. postponed mean u still have to replace the session later. which will probably held on weekends. jangan dr... jangan kacau weekend saye... kalau cancelled takyah pk dah.. hahaha... but some lecturers saje je cakap postponed (wajib cakap camni kot), but in the end, they said, ok we already finished with the syllabus, so theres no need to replace the postponed class. then il go "yahooo...." - usually im among the few ones who did this, the others tunjuk macho la tapi dalam hati sume hepi.. ala who cares.. this is one of the few moments when i can feel like a young undergrad student again..

kisah 5: are brad pitt and angelina jolie splitting? - aku jawab : YES PLEASE! perampas suami orang mmg takkan selamat sampai bile2.

eh apasal tiba2 emo ni? iv been following their stories since way back. fyi i was n still am a huge fan of FRIENDS, and i especially love jennifer aniston. was happy when she got married to brad pitt. n then when i read that they were divorcing n how angelina said that she would never steal anybodys husband coz thats what happened to her father, but in the end she really did steal jennifer anistons husband i was like, benci gile dia ni.

ewah2 macam la diorg peduli aku ni wujud ke tidak. but still. theyre humans, their emotions are real. n id have to say good riddance kalau perkara ni betul2 berlaku. (as of now this story is still said to be only rumours tapi drpd apa yg aku blajar dari kelas dr apa tah yg dari fakulti bahasa dulu2, rumors tu selalunye 90% true. haha!)

kisah 6: aku a bit hairan terhadap some mothers yg terlampau jaga apa yg anak mereka makan, itu takleh ini takleh, garam takleh, processed food takleh, in the end they eat their own words. its like this, those babies are still breastfeeding, tapi dah makan solid food, n mmg dikawal la apa yg boleh masuk mulut anak tu, tapi mak nye aka the breast feeder makan makanan yg entah apa2, di restoran2 yg entah apa status halal nya? dahtu susu mak tu datang dari sumber mana? tak paham aku...

ok la aku ngaku aku main sumbat je apa2 kat mulut umar ni asalkan dia suka. biskut rusk ke, french fries ke (feveret umar ni), tauhu ke, sundae cone mcdonalds ke. main belasah je. he eats whatever i eat. tapi kadang2 je la. menu harian dia masih bubur ayam/daging & sayur, blended. tapi boring la dia kalo siang malam makan bubur je kan?

pastu some parents dok ikut sgt orang putih punya recipe yg belambak2 kat web ni. ada satu rancangan baby kat tv1, pengacara dia wardina tu, bagi recipe baby food kan. letak segala macam benda, yoghurt, cheese, buah, blend semua. yikes. aku tgk pun nak muntah. dulu2 aku buat jugak kentang+broccoli rebus lenyek dgn cheese. sedap gak tapi pk, alah kesiannye baby makan cheese je? so lama2 berenti buat. bubur ayam or daging lagi tasty.

my in laws pulak bagi makan bubur dgn ikan bilis. i honestly. hate it. so does umar. ikan bilis goreng tanpa minyak, n then tumbuk bagi halus. pastu campur dlm bubur kosong. aku pun tak lalu tengok. bila bagi kat umar dia pun tak brapa nak lalu.. why la does it have to be ikan bilis? kering? not fresh? kesian kat anak.. sbb tu bila balik sana aku siap2 bawak daging ayam.. time nak masak bubur campak je isi ayam tu, later letak sayur, blend, and voila! siap...

n aku sgt tak sabar nak tunggu maid belah supaya i can experiment with umars food in the kitchen. selama ni malas sbb ada je dia dimana2. rimas2. aku masak bubur hangit sket pun nak tegur. sukati aku la, rumah aku. you see? dlm rumah sendiri pun rasa rimas ada je somebody yg always in your face. eh tetiba termasuk topik maid pulak.

dah la habis takat ni. cakap panjang2 takde gambar takde sape pun nak bace.
babai.

Saturday, January 23, 2010

masa senggang sudah berlalu

ok im officially in my full gear now.

have finally started on my final project & am studying STATISTICS for next week exam.

berpeluh...

mula2 malas... nak suh org lain yg install kan tools2.. sanggup bayar.. (sile tgk status facebook)

sekali member lama tanye, apa yg ko nak install? bile aku bgtau, dia siap bagi arahan camane nak install, sambil berkata, buat je sendiri, benda senang.

demm...

ye lah ye lah aku buat lah ni...

as of now masih dlm percubaan. ada je hurdle yg terpaksa dilalui.

but the fact that i have actually started, sangat membanggakan.

lepas tu pulak, hal maid yg memeningkan kepala. aku takmau panjangkan hal ni.

tapi dah pasti kami mmg akan hantar dia balik.

rupa2nya waktu aku keluar siang2, dia bawak anak aku keluar berjalan!

how do i know this? mama baru bagitau kelmarin, sbb ada jiran sebelah sana, jalan 3/2 yg bagitau! jauh mana anak aku dia bawak ni?

malas dah nak mencarut.

yg mama tak bagitau aku awal2 ni apasal?? it happened more than 2 weeks ago. mama takut kalo aku tau aku mmg suh halau dia balik kot.

tapi apa2 pun aku dah put my foot on the ground. i cant stay in the house with her in it.

benci nak mampus.belakon je lebih. time mama ada baik mcm angel. time mama takde, naik tocang. tak sedar diri. thats y mama awal2 tak caya bile aku citer kat dia pasal si polan ni. time dia ada si polan tu elok je. rupe2nye kat blakang mcm2 perangai. aku paham, mama sangka baik je dgn dia. aku pun sama. sbb tu tak kisah tinggalkan umar skejap2 dgn dia. tapi dia buat camni? ei rasa nak cakar je muka.

pastu siap berani mintak nak cuti 1 minggu, nak lawat kakak dia la kononnya. pastu bila mama tak bagi, dia kata ada dlm handbook, kene bagi maid cuti.

fuck off la woman.

eh termencarut dah.

nak sangat cuti, nnt aku belikan tiket balik, balik la ko cuti sampai bila2.

tak kuasa kitorg nak amik balik dah.

aku lagi rela buat semua keja yg dia buat dari bagi dia duduk lagi dlm rumah ni.

ye ke? tak jugak sebenarnye. tapi gaji lah daily maid macam sebelum2 ni. yg tak duk rumah ni.

umar pulak, dia dah besar. dah masuk 1 tahun.

walaupun it has been proven that i CANT do my work while taking care of him, but id have to keep trying.

aku seboleh2nya takmahu hantar umar ke taska walaupun ada taska kat bawah rumah ni yg jarak nye hanya 20 langkah. plus ianya milik kawan aku n hubby pulak tu (one of the owners) ..

tapi tanak lah. bile dah kritikal sgt baru htr kot.. macam aku kene pegi upm waktu siang jumpe lecturer, n takde sapa nak jaga umar, ok la macam tu.

in the mean time mengharapkan jasa baik mother n mother in law. puhleeeze..

bila dah keje sok baru akan hantar ke taska kot....

ok for now gaya bekerja aku skarang adalah cam ni. siang2, layan umar, buat keje2 rumah sikit, sambil2 buat keje yg tak brapa memerlukan konsentrasi. pastikan TIDO PETANG. malam, lepas umar tido, buat keje sampai 4 pagi.

i know thats not an ideal solution but that would have to do for now... fyi waktu umar tido n tgh malam mmg waktu yg paling ideal utk aku sbb takde gangguan dr apa2 n sapa2... pakai earphone, pasang lagu kuat2, n buat keje....

ok itu je.

wish me luck!

p/s: did i tell u that im writing this post in linux?? yg ada gui la tapi.. straightforward mcm windows jugak. but the fact that its linux.. rasa macam, wah aku pandai gune linux! muahahahah poyos..

Wednesday, January 20, 2010

letting go, bit by bit








i gotta learn to let go a bit.

if not, i wont be able to do anything.

oh sayang, apasal la awak comel sangat?

it breaks my heart every time i have to be away from you.

sabo mas sabo.. sampai bulan 5 jer...

sket je lagi...

Tuesday, January 19, 2010

kalau aku hilang sabar sila simbah air kat atas kepala aku.

ade ke suh orang simbah air? pi amik wudhu' la..

setiap kali nak masuk tido mesti separuh hati ni berharap yg semua masalah2 yg ada dlm kepala ni hilang bila bangun pagi.

of course that aint happening.

masalah utama adalah projek. 3 tools macam hampeh je. tapi jgn bgtau orang tau tools aku ni hampeh.

dah buat senarai sample utk test tools tersebut.

siang tadi aku pening kepala.

bangun2 pagi je terus buat slide utk presentation kelas malam ni.

buat2 separuh jalan, kene bergegas keluar ke warta membeli groceries sbb beras dah habis.

my sis call pulak kata on d way ke bangi. so we had lunch at kyros kebab.

dah kul 3 lebih baru sampai rumah.

kul 4 kepala dah start pening. letih kot ke sana ke mari. ataupun mungkin sbb kebab tu letak byk ajinomoto? aku prasan kalau makan kat luar ada sstgh tempat tu buat aku rasa pening gile. nak tak nak kene tido. kalau tak pening sampai malam..

so tadi ingat nak tido jap 40 minit sebelum get ready nak gi kelas.

tapi teringat presentation yg baru half way done.

sambung2 buat, print nota2 utk kelas. sedar2 je its time to go.

umar tido pulak. tak dpt nak mandikan beliau sebelum pegi.

sbb tak perlu mandikan beliau dapat la aku keluar awal sikit. awal pun 10 minit je.

tapi sempat makan nasik lemak fakulti yg berharga rm1.20.

masuk kelas, belajar cam biasa.. lepas break maghrib, aku kene buat presentation. its a group work. tapi sorang buat 1 presentation. so aku pilih present aku nye lah sbb dah 3 minggu dok tangguh2. ingat nak present 2 minggu lepas, ttgk tak jadi. minggu lepas pun tak jadi. penat dah aku tunggu turn. berdebar2 tiap2 kali sebelum kelas apa kes. tak larat woo.

so present lah. pastu lecturer suh sumorang baca paper yg aku present tuh. kihkih bangga sket. poyo nye mas. ade ke bangga. bangga la sbb aku dah baca dah.. diorg belum baca lagi..

wpon hasil presentation tak seberapa tapi mungkin sbb topik paper tu menarik, buat lecturer suh sumorg baca kot.

tgh hepi2 tu, aku lari ke library utk return buku n nak pinjam buku yg lecturer baru sebut kat kelas. sampai2 tgk buku tu dah takde. ces sape pulak yg sempat sampai b4 aku tu. sbb aku masih nampak ada gap antara 2 buku di mana kod buku tu sepatutnya berada. kecewa...

tapi takpe la sbb dapat gak return buku..

balik aku ikut jalan mtdc sbb skang jalan masuk kolej n ke pintu blakang mmg ikut ctu je. sekali jem sket nye panjang sbb pengawal2 tahan setiap bijik kereta yg lalu. kalau 4 org dlm kereta tu keempat2 diorg suh tunjuk kad matrik.

yg aku ni dah la dah habis kelas lewat akibat presentation, pastu singgah lak library.
waktu tu dah lepas kul 10. diorg pegi buat roadblock pulak.

dengan pk anak aku tunggu kat rumah, minyak keta dah berkelip, aku pon hon la bbrp kali. ada jugak kereta lain yg hon. tapi jem makin teruk sbb mmg selow n kereta student2 masters sume baru keluar, campur kereta budak2 yg dok kolej.

bila sampai turn aku, aku dah siap bukak tingkap, tayang kad matrik suh depa tengok.

bila aku mcm slow down tak ikhlas dgn niat nak memecut kembali, pengawal yg pegang lampu kata, "kot ye pon slow la sikit.." agak nye tak puas hati sbb aku mmg takde niat nak berenti to a halt.

hoh silap besar.

"kami dah tunggu, saya dah tunggu dari blakang sana lagi dah tadi. nak suruh berenti buat apa?? orang nak balik tengok anak!"

"tapi ini keje kami, puan!" kata pengawal ke 2.

"ye la tapi jangan la sampai menyusahkan orang!"

pengawal ke 3 mencelah, "dah dah jalan jalan"

huih berapi betul aku. panjang lagi rasanye shouting match tu tapi aku tak ingat dah.
aku mmg bile dah mengamuk mmg takkan ingat apa yg aku jeritkan tapi mmg lepas la semua rasa marah.

apa diorg ingat suma orang jantan bujang macam diorg ke?

boleh dok terhegeh2 kat roadblock hampeh macam tu?

dah la aku sorang2, drive tgh2 malam, keluar dari universiti lak tu. bukannye keluar dari disko.

yg ko tu tak puas hati aku tanak berenti apasal? aku dah tunjuk kad matrik aku kan?

ni yg aku benci pengawal upm ni. lorat tak tentu pasal.

semalam pun sama. bawak umar nak pi mandi kolam upm. umar dah siap pakai baju renang, bawak pelampung. satgi yg dok jaga kaunter kata takleh masuk sbb takde kad matrik? pastu bagi alasan kata kalau pegawai atasan datang cek, takde la jadi apa2 masalah.

nak je aku bergaduh kat situ. sape pegawai atasan kau? suh dia jumpa pegawai atasan aku.

pastu aku balik serdang cari kad matrik tapi rupanya dua2 kad tinggal kat bangi..

so kami pun pegi la kolam uniten. terubat la hati sbb kolam uniten lagi besar.

tapi aku tak puas hati. this weekend aku nak datang lagi kolam upm tu. beza dgn kolam ukm n uniten, kolam upm ni org luar takleh masuk. yg ada kad je bole masuk. aku nak tengok best sangat ke kolam dia? kalo best tentula aku nak gunakan hak aku. aku dah dok di sini dari 2001 apasal ko tanak bagi aku masuk? tak nampak ke anak aku dah siap pakai baju mandi. walhal aku dah kata aku student. takda hati perut. ikut peraturan membuta tuli.

lorat. mmg lorat.

masa dia refuse nak bagi kami masuk tu, dua2 orang tgh duduk melepak blakang kaunter sambil kaki julur atas meja. macam bos besar. aku tak pandang pun muka dua2 orang ni tapi hubby yg bagitau. macam pool tu bapak dia punya.

haish.

sejak kebelakangan ni macam2 yg aku marahkan.

apasal macam ni ha?

lemme tell u apasal.

i have a kid now.
i feel like its my responsibility to make sure yg dunia ni bebas dari manusia2 yg berperangai macam toooot.
i dont want my kid to be like those people.
i dont want my kid to be another victim of them.

so tolong la jangan jadi lorat okeh.

kesimpulannya, benda tak betul kene tegur. itu je.

aku pun byk gak buat silap. aku tak marah pun bile orang tegur. tapi tegur depan aku la. jgn pulak tulis blog citer pasal dia tak puas hati dgn aku (macam penah dengar je kisah ni..)

oh tengok lah tu umar tengah menonggeng.

im gonna go join him now.

join tido, bukan join tonggeng.

goodnight.

bye2.

Friday, January 15, 2010

umar berkembang lagi 2

hari2 bilik ni macam tongkang pecah.

hari2 sebelum hubby balik aku bertungkus lumus clearkan apa yg patut supaya hubby sampai rumah masuk bilik tak kata, "apasal bersepah sangat ni?"

kdg2 nak gi kelas dah terlewat tak sempat kemas, call hubby time kat fakulti n kata, tak sempat kemas bilik la tadi.

own up to it awal2 supaya hubby tak masuk bilik terkejut.

sape2 yg ada kat rumah waktu siang je yg akan tau how messy this room can get.

ni baru ada 1 bilik je. kalau dah ada rumah sendiri nanti?

i just realized i spent at least 30minutes everyday to clean up after my son.

not clean him up eg mandikan dia.

just to clean up what he did.

makan biskut dia baling2 kat lantai nak pecahkan biskut jadi smaller pieces, pastu baru kutip masuk mulut.

hari2 dia tarik ketiga2 laci bedside table n keluarkan semua isi yg ada.

penat weh.

sometimes when i wanna sleep n he does not, i will lay the comforter on the floor n sleep on it while my baby plays on his own beside me.

smalam dia main2 dgn almari sliding, tolak pintu tu kiri kanan kiri kanan, entah macamana dia tarik pintu tu sampai terkeluar dari rail dia n hampir2 terjatuh menghempap dia. mujur time tu aku dah tersedar sbb sebelum pintu tu nak rebah ada bunyi ketung ketang dia terkeluar dari railnye. kalau tak kene dah anak aku...

kalau pun tak dia nak panjat atas laci2 bedside table yg dia tarik keluar tu utk capai rehal quran berserta quran2 yg terletak atas bedside table tsbt. boleh jatuh semuanya atas dia.

wargh ganaz snagat ni.

mujur sangat la most of the time dia nak duduk dlm cot nya.

yg paling kelakar skali tgh leka main mainan dlm cot tu boleh tertido. tetiba je diam. bila aku toleh tengok dia dah tonggeng baik punya. terlelap la tu.

the cot is behind my pc table anyways.

haih umar. ini la nasib dapat ibu orang computer science. mmg keje dok depan pc je la. pc ni pulak desktop, bukannya laptop. kalo laptop bole gak usung ke sana ke mari. dok bawah ke.

tapi like u all know i dont like my maid. kalau duk bawah depan tv maid tu join skali lah.

bawak umar gi jalan2 keliling rumah lah. nak je aku cakap, biar je la dia dok ctu.

tsk tsk. malas dah aku nak cakap pasal maid ni. tu yg lagi senang berkurung dalam bilik.

tapi kesian pulak dekat umar.

tapi pikir2 balik. alah orang duk rumah flat tu pun cam ni gak. dok je dlm rumah. wiken bawak la kuar jalan.

plus aku pun slalu bawak dia kuar pi kedai ke balik serdang ke during the week.

so takde la bersalah sangat....

skang tgh pk macamana nak pelbagai kan aktiviti umar ni di hari2 biasa.

beli buku 2 bijik habis dah dimakan nye.

hancur dah dua2 buku.

try jugak nak cari bahan2 nak ajar anak kat intenet. tapi alah.. baru 12 bulan nak suh belajar ape? biar je la dia explore the world on his own. tunggu besar sikit la baru blajar abc ke 123.

skarang umar dah pandai cakap, ibu, abah, apah, minyum, apeda/apela/apecer/apetu. lebih kurang je semua bunyi ni. cakap aloh pun penah. cakap ayoh je susah. tapi tadi lepas aku call hubby, letak je tepon umar sebut ayoh ayoh. 2 kali. ok la tu lepas la.

dia juga paham bile aku sebut chuchu(dia tau dia nak dapat susu, so terus excited.),salam(pandai amik tangan org n cium),sayang(cium orang,gambar orang, etc), tepuk tangan, cakap telepon., sepak bola.. macam2 lagi lah.

ni je yg aku teringat.

n dia dah almost boleh jalan. tapi paling jauh 3 langkah je. hehe.

satu lagi yg aku perasan dia berusaha keras utk buat adalah,

dari baring telentang ke position duduk, dia takmau pusing meniarap dulu sebelum bangun dia nak bangun terus. nak guna siku utk heave his head n body up. lama dah aku notice benda ni cuma dlu tak paham. umar nak buat apa ni? apasal dia marah bila dia takleh bangun? aku risau gak. dia rasa takleh bangun ke. rupenye bukan dia takleh bangun. rupanya dia takleh bangun cara yg dia nak tu. hahah. lucu le kamu ni umar.

haritu masa di kenduri ikram umar maragam sket. nangis2. ekceli dia mengantuk. lepas ibu pulak dah jumpe dgn kawan2 macam tak pedulik kat dia. nangis2 la ape lagi.

kesian dah la ngantuk ibu pulak bolayan. time ngantuk ayoh pun tak best. haha..
(picture credit to fadli othman)

umar skarang mmg tak tido dalam cot die dah. mmg sentiasa tido sama2 ibu n ayoh. suke la tu dia. kalo tido dlm cot tak nyenyak dia kata. (aku tafsirkan sendiri).

dlu aku komplen sakit blakang etc etc akibat terpaksa berhimpit.

now kalo dia duk dlm cot aku lak rasa tak nyenyak tido.

hehe.

alah biasa tegal biasa.

sakit2 blakang tu sume dah takde dah. eh ada sket2 tapi bukan umar la punca dia. akibat aku sendiri.

haritu pegi swimming kat ukm tu mmg sakit2 satu badan aku. nampak sangat dah lama tak exercise. hubby ajak swimming from one end to another. aku kan bukannye reti sangat swimming. itu pun kedua2 arah aku tak dapat sampai hujung pun. the pool is huge. i wanna see if upm's pool is this big. which we're gonna go this sunday insyaAllah. menarik juga kalau buat aktiviti swimming ni tiap2 weekend.

ok thats all.

cya on the other side.

i mean the other side of the weekend. the end of it. haih.

tata.

Wednesday, January 13, 2010

MZ censorship board (part 1b) - version update

yaa mari mengisi waktu kosong sementara tunggu hubby balik dr lepak dgn membernye.

kami ada date jap gi.

oh jgn salah sangka. date yg dimaksudkan adalah menonton desperate housewives sama2.

setiap minggu bile desperate housewives punya new episod kuar di toren, aku akan download sambil msg kat hubby, malam ni kita ada plan dating menonton DH.

ni je satu2 citer yg kami dua2 minat tengok. eh aku sebenarnye takde la suka sgt tapi masih dlm kategori acceptable. lama2 jadi suka sbb jadi mcm satu aktiviti yg ditunggu2. citer2 lain mcm ugly betty ke scrubs ke hubby tak suka. movie2 ganaz yg hubby minat aku pulak tak suka.

anyhoo, kisah yg tak lepas tapisan MZ censorship board tempoh hari dah berjaya dikesan oleh tuan empunya badan. tak penah2 aku jawab tepon sambil gelak kah kah kah kah. funneh la kisah ni. ya ya mari kita anggap spt tiada apa yg berlaku ya.

gosh who wouldve tot kisah ni buat semua kenangan datang mengusik minda? semuanya masih segar dlm ingatan, macam baru berlaku semalam.

ok ok stop!

wiken aku dah start. kelas sume dah habis utk minggu ni. yahoo! hubby juge tak jadi pi jakarta besok. super yahoo! tapi dia kene pegi jugak ahad ni. booo! for a week at least! double booo!!

mm besok nak buat apa ya? jalan2? dtg lunch dgn hubby lagi? or duk rumah buat keje?

wiken ni ada gathering family lagi. utk wedding kazen yg ke-3 dlm masa 1 bulan. pueh la si umar diulit dek auntie2 nye.

aku ingat lagi aku masa anak dara dulu. pun suka dgn anak2 kazen atau kazen2 yg kecik. setiap kali ada kenduri ke atau keluarga berkumpul ke mmg tak sabar nak jumpa diorg. now diorg pulak tak sabar nak jumpa anak aku?

i never thot i could be this lucky, u know.. having this cute lil one in front of my eyes 24-7.

i cant get enough of you baby..

i cant get enough of you baby..

yes its true.. baby yes its true..

oh ye aku ni pun skarang ni dah jarang kumpul stok lagu.
dulu2 beribu2 lagu aku kumpul. koleksi tu tak berkembang dah skarang. tahun lepas ada la 3-4 lagu je yg aku download.

skarang ni lagi berminat nak cari lagu2 nursery rhymes, nasyid2, zikir2 yg boleh nyanyi kat umar.

i really have grown havent i?

zzz mane hubby ni. ade gak aku tgk sorang2 kang.

tunggu je la. bole tgk sambil makan mi goreng.

haiz macamana la perut ni nak kempis.

okes baisbais taks tahans lapars.

taman tasik perdana lagi

hari ni ibu boring. wpon ptg ni ada kelas, tapi still mau kuar jalan2 dgn umar.
kami pegi lunch dgn ayoh kat taman tasik perdana.

but we have yet to see the actual tasik. kene jalan kaki. jauh.tak cukup 1jam nak jalan, lepak makan n make it back to ayoh's opis.

nak gi wiken, tak berbaloi la pulak. jauh nak dtg cni. tunggu umar besar sket lah. boleh pegi taman burung skali.

for the time being kami hanya makan di padang atau di playground taman tasik tu jer..

main bola

kat bawah pokok makan ape2 pon sodap... ni mama masak. sori ye i tak reti masak kuah lomak.

cuteness main bola tgh panas kul 1tghari. masuk keta merah muka. ngahngahngah.

kenapa ibu sangigup drive jauh2 ke kl semata2 nak lunch dgn ayoh? sbb dah 2 hari berturut2 ayoh balik lewat, lebih lewat dr ibu balik kelas, balik2 je kami makan, solat, ayoh pon tido. nak borak pon kene borak kot telepon je. esok pulak mungkin ayoh dah nak ke jakarta. so ibu pun decided nak dtg spend time dgn ayoh. ibu rindu ayoh, umar pun rindu ayoh. ayoh gi keje umar tak bgn lagi, ayoh balik umar dah tido.. bile tah masa nak main dgn ayoh.

wiken mmg ada tapi hari2 biase nak main jugak. biase la umar dia sayang ayoh mcm ibu sayang ayoh. unexplainable! (pinjam word fida) hak hak.

MZ censorship board (part 1) - quite a busy day

macam2 perkara berlegar dlm kepala otak ni.

macam2 idea nak tulis.

tapi dari yg macam2 tu, sket je yg dapat lepas tapisan finas

sape pulak le finas ni. mcm syafinas.

bukan tapisan finas la. tapisan maslina zolkepli.

ada mcm2 sebab kenapa sstgh topik tak dpt lepas MZ censoship board ni. cthnye, blog ni mcm dah menarik perhatian bbrp pihak yg aku tak brape berkenan utk dtg cni. jgn la dtg cni sbb aku nak cerita pasal kau? haha.

benda2 yg tak lepas tapisan ni pulak macam, rasa tak pueh ati aku ada orang yg cube menjadikan aku target dia nak tak puas hati. tah ape mende yg dia tak puas hati? dlm dunia ni hidup sapa2 pun ada masalah. ni kira rezeki masing2 la. mmg la byk org lagi senang dari kita, tapi baaanyaak lagi org lagi susah dari kita. yg ko tak habih2 dengki tu apasal. bila ada masalah nak pusing pi kat orang lain pulak. ko sedar tak ada berjuta2 lagi umat kat luar sana yg tak cukup makan, pakai etc.. tau bersyukur tak?? tak penah cukup dgn ape yg ade. mmg fitrah manusia tapi dah melebih2 sangat rasa nak bagi penampo je.

tsk tsk. camane ye nak handle problems dgn tenang? aku ni asyik nak melenting je. bau mat arab busuk pun bole buat aku hangin satu badan. busuk tautak? aku dtg kelas tadi dah ler pening2 lalat akibat tido petang. pastu bila dah kuar rumah driving sampai fakulti jalan sikit, hilang pening. sekali kene penangan bau busuk perrghhhh rasa nak halau je mamat tu kluar. balik mandi bole tak? jgn seksa orang lain kat cni.

lagi satu topik yg tak dpt lepas tapisan adalah pasal satu event yg aku hadiri baru2 ni. oh im itching to talk about it. ada sedikit awkwardness tapi aku cuba abaikan. tapi rupenye orang2 lain pun terasa awkwardness itu? aku terpaksa masuk bakul angkat sendiri dgn mengatakan, i have a knack at analyzing ppl's behaviour. tengok perangai dia sikit pun dah boleh buat macam2 kesimpulan. dan kesimpulan tsbt slalunya tak jauh dari kebenaran. tapi apa pun aku harap semua nya akan baik2 saja.. cerita lama weh. tapi bila aku cuba cerita pada hubby. dia boleh accept pulak? selalunya hubby kalo aku cerita gosip2 ni beliau tak mau dgr sangat. tapi kisah ni beliau bole siap bagi contoh ayat. dulu aku nak kat ko tanak. skarang apsal muncul?

haha macam telebih bagi hint. sape paham hint ni sile hubungi aku di telepon 019***4526 utk mendapatkan kesahihan cerita tsbt. funnehhh...

topik seterusnya pasal maid tu, dah la aku dah surrender. ikut je la cakap mak aku. aku slalu tinggalkan rumah ni. balik serdang la, gi jalan sana sini. so kalau mak aku kata dia nak gak maid tu, sapa aku nak kata tanak? kalau takda maid mak aku jugak yg kene buat keje teruk2.

btw du know that a professor dapat elaun pembantu rumah? penah tak aku sebut kat cni dulu? mmg keje professor ni teruk sebab tu la dia dpt elaun pembantu rumah. dulu b4 ada pembantu rumah aku la dapat elaun tu. aku ni kat pembantu rumah tak bertauliah. hahahaha..

skang dah ada umar mmg tak buat langsung la keje rumah. pinggan makan pun tak penah basuh. kene gak sound dgn mak aku, pinggan makan tu basuh la. meja tu kemas la. tapi aku buat2 tak dengar n terus gi main dgn anak aku. best tak? pindah dok sendiri sok siap la.

hala rilek la. cam la aku tatau buat keje tu suma. 16 thn rumah ni takdak maid sapa yg buat sume tu. aku la.. so bukan la tak reti tapi malas......

ok moving on, pasal pindah. (ni 25% je dpt lepas tapisan). mcm tak dpt nak direalisasikan je. bole je pindah tapi dok la flet murah kat kl nun. gosh nightmare. nak duk rumah yg selesa sket tp di outskirt of kl, baik dok serdang. dari dok serdang yg sempit, baik dok bangi! haha. so sudahnye mmg dok bangi la kami ni.

sampai bila? hopefully we can shed some light regarding this matter when i got a job. di mana aku keje, keje apa aku keje. eh?

kdg2 pikir, jadi psm je la. takyah susah2 nak wat phd etc. pastu pk, takleh2, aku tanak jadik mcm kakak2 psm yg aku temui kat upm ni. makcik2 kuat gosip n kuat bodek n kuat mengarah. mujur sem ni dah tak jumpe diorg dah. sem ni ada kakak2 psm jugak tapi theyre allright. tak mcm yg batch aku tuh.

pastu bile tgk dr.@2m! kenalan mama n abah yg sama study di us ngajar, aku terus jadi kagum. (dulu pun dia dah penah ajar aku jugak. calculus. tak la kagum sgt. taktau apasal skang persepsi ku dah berubah. cara dia ajar undergrad n masters lain kot. atau subject masters ni tak susah mcm calculus kot. atau aku yg dah dewasa n tak bias terhadap subjek ni macam calculus dulu kot.dlu kan mmg org target calculus tu killer subject. tak blajar lg dah tau mmg killer. camno nak score?). terus rasa nak gi wat phd kat us. kelaka la kan cita2 ni. but hey it doesnt hurt to dream. one more chance huh.. dlu undergrad nak gi jepun tak dapat.. pastu masters nak wat kat uk takde rezeki.. sapa tau.. soon... we're still young.. byk lagi peluang yg boleh digapai..

sekali buat dlm negara je. tapi rasa2nye kalau ada rezeki aku wat phd, tapi kene wat locally, aku blah la. jadik suri rumah. wargh wargh wargh! tak kose aku nak buat apa aku buat skarang ni selama 4 tahun. ni setahun stengah pun rasa terbelenggu stress etc.

oh ok ni topik yg melepasi tapisan tapi cakap pasal dreams, pasal studies, pasal future yg taktau lagi.. in other words BORING.

dah la habis idea. nanti2 sambung lagi.

tetiba aku nye tulisan dah ikut kazen ku dodemoewa. tulis main taram je orang tak paham pun takpe asalkan ko luahkan apa yg ko nak luahkan. thats one cool way of writing, i must say. dia sampai dah penah kene panggil dgn bos di kompeni lama akibat membebel2 pasal kompeni tu dlm blog. hahahaha. but still, who cares, all in a days life huh.

bye.

Tuesday, January 12, 2010

beban yg berat

entry ini mungkin kurang berkualiti kerana aku sudah mengantuk tapi berkeras mau menulis jugak.

entry ini juga tiada gambar, jadi kemungkinan besar hubby takkan baca sampai habis pun sbb setiap kali aku letak entry panjang berjela dia cuma scroll2 sampai bawah pastu dah habih.

semasa aku menapak turun tangga dari kelas tadi aku buat azam.

azam aku adalah malam ni gak nak install andlinux kat laptop. andlinux ni gunanya utk run linux application kat windows. ada satu tool yg aku nak guna adalah tool yg hanya bole di run on linux.

setiap kali balik kelas mesti rasa berkobar2 nak wat keje. tapi sampai je rumah. tengok anak, tengok suami. keje kemana, azam kemana.

kemalasan ni berlanjutan sehinggalah ke kelas seterusnya. be it tomorrow or next week. so selalunya takkan bukak homework sampai la kelas lagi satu tu.

aku mmg sangat2 tak sabar utk tunggu tibanya bulan mei.

dah tak sabar nak melepaskan diri dari belenggu masters ini.

ok peeps. itu je nak cakap.

bye.

Monday, January 11, 2010

weekends!

twas a nice weekend.

went to a fren's wedding on saturday afternoon.

ikram ni adalah my fellow infoscion. quite famous jugak mamat ni masa di sana. sbb suka buat bising. ye ke? haha.. tak ingat la aku. tapi femes la jugak di kalangan infoscion. tu yg ramai dtg serbu wedding dia tu. dr singapore pon sanggup turun. yg aku taknah jumpa sejak balik dr india dulu pun ada gak..

apa pun, mmg syok la. good food, with even better company. all in all it was a wonderful ceremony.

selamat pengantin baru kepada ikram dan isteri, syahdatul hikmah. semoga berkekalan hingga ke akhir hayat.

makcik johanna ni dok menyelit pulak kat tgh2 tu.. tsk tsk.. tapi takpa dia kenal kedua2 mempelai ni. tak la segan sgt. kalu aku yg buat mesti depa pk apa ke buang tebiat mas ni nak dok tgh2 pengantin gitu.. hehehehe...


tapi giler tembam aku.. arghh.. time kat kenduri ni ada 3 orang tanye, no.2 bile? aku sampai taktau nak explain apa dah..

gosh if only it was that simple, my dears..

apa pon aku tau mereka tu suma tanya ikhlas, bukan nak memerli. yg tanye, pian, ida, dgn sape lg sorang aku dah lupa.

bile jumpe mereka2 ni aku jadi mcm super hyper. tgk la tu senyum pun lebar semacam. jarang aku senyum camtu. bile tengok balik, ish biar betul tu aku. haha...

apa pon (lagi), i lebiu guys so much. it was nice meeting all of you again.

wpon korang pi makan malam village view tak ajak aku. pi picnic the next day pun tak ajak.. hahaha... macam bole pegi je kalo ajak enn...

at the wedding i met aiza, a dear fren from infy. susah nak jumpe ni.. lenkali aku dtg spore kita hangout yeh. tapi tah bile.. hehe.

ralit borak. umar pon ralit dok dgr apa la ibu borak dgn auntie ni..


hari ni tadi pulak boring2 ptg tu kami bawak umar ke swimming pool kelab rekreasi ukm.
dlu2 hubby kata tempat ni best. tapi kami pegi tadi tgk dah tak berjaga sangat. fee sorang mandi rm5. tapi bilik persalinan dia tak maintain, facilites lain tak maintain, air agak keruh but still acceptable. tiles pool ada yg dah tercabut tapi tak dibaiki semula, lot2 gerai ada tapi takda tenant.

aku cuba bygkan tpt ni during its heyday. dlu2 masa skolah mama slalu bawak kami dtg cni utk pi makan steak kat restoran kat kelab golf tu. slalu tgk pool tu dari jauh je. pk, bile la aku dpt terjun pool tu. now 10 years later, baru dpt peluang nak dtg cni, tgk tpt nye dah jadi menyedihkan pulak....

tapi dah alang2 sampai tu kami mandi je la.

pengunjung masih ramai. tapi apasal diorg tkaleh maintain?

kami buat speku mengatakan, sejak kru ni dah ditukar ownership jadi danau golf club, diorg dah tak jaga sgt pool tu. golf course tu yg dia focus utk buat duit. mmg la pool ni mana leh buat duit sgt. tapi utk org awam dtg berekreasi??

padang tenis n kids playground kat cni pun teruk. hitam2 dah. karat2 dah...

what a waste..

i guess lenkali try pool upm or putrajaya pulak?


umar n ayoh tunggu ibu pi salin baju sampai tertidor mamat ni dlm pool.. punya la letih gaknye..

umar n his ibu

so that wraps up our wiken..

boring nye esok dah isnin.. i hate skool!

Thursday, January 07, 2010

i travelled for 600km today, got back home n found out nobody updated their blog while i was gone?? talk about dissapointment!

itu je aku nak cakap.

we went to jb and back. rasa nak pengsan.

sampai2 je rumah rasa mcm dah travel jauh sgt n lama sgt. tapi tgk takde apa2 yg menarik pun utk dibaca??

huhuhu......

terpaksa la aku buat entry sendiri utk menghiburkan hati n badan yg keletihan ni..

people, i demand ur updates NOW!

mintak penumbuk

ada bbrp orang yg macam mintak penumbuk dari aku harini.

mereka adalah :

si polan pertama

pekerja poh kong warta - aku masuk kedai nak pi beli earrings bg menggantikan earrings aku yg dah hilang sebelah. dengar la this one chinese lady, marah2 budak bawahan dia, also chinese. marah dlm bahasa melayu, bagi semua pekerja melayu lain dgr n paham. perli2, blaming that chinese girl pasal stock yg tak diperiksa, pastu kata kat pekerja melayu, kalau takda dia la curi (dia referring to that girl la), curi seribu ringgit kene tembak la, macam2.

aku buat dono lagi. the chinese girl yg layan aku, bila aku dah beli, si polan yg marah2 ni yg printkan resit, masa dia nak panggil budak tu, dia panggil WOI!. aku pun hapa lagi.. hangin satu badan. ingat tu anjing ke nak bark2 woi2 tak tentu pasal?

lepas budak pompuan tu bagi aku resit, aku tak jalan keluar kedai, aku jalan masuk menuju ke kaunter yg si polan tu duduk n said to her,

"excuse me, tolong jgn marah pekerja awak depan saya macam tu. i ni you punya customer!"

si polan ni terkejut tapi dia cover dgn kata, "ok takpe, boleh, boleh buat complaint bla bla bla"

me said, "memalukan!" n terus jalan keluar dr kedai.

ni bukan hal nak lodge komplen. ni hal dia yg tak respek customer, tak respek pekerja bawahan, tak respek manusia. dah la masa aku dtg buat dono je. (i was the first customer, kedai baru bukak.) sibuk membebel2 marahkan budak pompuan tu.

weii ikut hati aku bagi je penumbuk sekali. tak de manners.


si polan kedua

pembantu rumah yg makin hari makin menyakitkan hati.
aku makin menyampah betul dgn dia ni.

sejak dgr mami cakap pasal dia, mmg aku dah nyampah.
yg kelaka nye, masa kenduri kawin kazen aku minggu lepas, si polan ni jumpa la dgn maid mami yg report kat mami pasal dia, siap pegang tangan lagi depa berdua ni. aku kata dlm hati, ko taktau dia dah report pasal ko kat tuan dia.

so sad.

makin hari makin mengada. la ni every weekend nak keluar. gi kajang lah, itu lah ini lah.

ada tepat sebulan lagi sebelum kontrak si polan ni tamat. wpon as of now mama masih nak sambung khidmat dia. aku akan tunggu until the very last minute sebelum betul2 amik tindakan utk renew her contract.

tadi dia menaikkan darah aku lagi.

masa nak minum petang, aku bawak umar turun bawah. umar baru mandi. lepas mandi dia dok dlm cot jap. masa pakai baju aku tak perasan pun ada apa2 dlm mulut dia.

pas bawak dia turun, aku letakkan dia depan tv, n pegi meja makan utk makan laksa yg mama beli.

si polan ni pegi la ke ruang tv utk teman si umar ni tgk tv.

ada la 10 minit gak aku makan laksa tu. pastu aku pun dtg bilik tv nak susukan umar sebelum aku pegi kelas.

aku tgk si umar ni mcm mengulum sesuatu, aku tanya, ada bagi dia makan apa2 ke?

si polan ni jawab, takde.

aku pegang umar kuat2 n korek mulut dia.

umar mmg marah kalo ada org nak korek mulut dia kuarkan apa2 yg dia tgh syok makan.

rupe2nye, dalam mulut dia ada PIN!

pastu terus je si polan ni,

ohh mesti dari atas ni, ibu ni.. apa lah ibu ni..

aku terus rasa nak bagi penumbuk je kat pompuan ni.

kot la umar dapat pin tu dr atas pon, dah 10 minit dia dok dgn pompuan ni, tak perasan ke? dok sebok sama menganga tengok tivi?!!

babi betol.

siap salahkan aku.

depan anak aku kuat2 cakap aku punya salah.

mmg babi.

ikut hati aku nak suh dia kemas beg berambus je.

tapi mama keeps saying, camana dgn umar? sapa nak jaga time aku nak wat keja?

apa kejadahnye jaga macam tu?

cakap banyak pusing2. aku tanya apasal sarung tilam umar n comforter ada tompok2 merah? dia salahkan tudung baru aku. padahal tudung aku sumanya ada awning haram la aku nak campak masuk mesin. n takde pon yg warna merah.

mak aku pulak kata, bila tanya dia, dah bagi makan kucing belum? dia kata dah, tapi mak aku tgk pinggan kucing tu masih nasik yg mak aku bagi smalam.

pompuan ni ingat kami ni baghal macam dia kot.

blah blah blah!

pastu suka sangat menempel kat luar. sebelah rumah aku ni tgh ada construction. rumah banglo tgh naik. mmg pekerja2 indon la sume. si minah ni menggatal la pulak satu hari 3-4 kali nak keluar tayang muka. sampai anak aku yg aku tgh bagi makan depan tv, bila mintak dia sambung bagi makan, dia pegi tutup tivi, angkut anak aku keluar.

dah tua bangka pun nak menggatal. anak aku jadi mangsa yg dikelek nye masa nak tayang muka kat indon2 sebelah tu.

arghhh!!!

suma ni aku dah utarakan kat mama tapi dia pilih utk buat taktau saja.

sapa boleh tahan camni?

skang lagi la nak tinggalkan minah tu sorang kat rumah pun aku dah pk macam2.

letak nanny cam skali amacam?

heiii.... tolong!!!!

si polan ke tiga adalah :

tidak lain tidak bukan suami tersayang.

suka sgt la buat kat umar macam2.
tadi dia pi bagi timun. budak tu dok kunyah2 5 minit.
aku kata, boleh ke? boleh ke?
he said, boleh, takpe, takpe, dia blajar la tu camana nak kunyah.
aku dah risau, kuarkan la dr mulut dia, kuarkan la,
he replied, takleh, tangan ni pedas ada cili.

sekali bila abah dtg nak main dgn umar, terus dia muntah sbb tercekik kan timun tu.

heii hilang sabar aku. terus kene berenti makan nak pi salin baju umar tu.

umar muntah tu satu hal. jadi dpn mata ayah aku tu lagi satu hal.

depan mama aku tak kisah sgt.

tapi depan abah aku tak suka. nnt abah tegur aku jadi moody. aku paling pantang kene tegur dgn ayah aku.

tu yg rasa eiii nak je.... tapi sabo sabo suami sendiri mana leh bagi penumbuk.

tapi tu yg aku buat aku slalu naik angin. aku penat2 kandungkan, lahirkan umar.

ayoh umar kejenye nak buli umar je. katanye nak bagi umar jadi kuat.

ibu ni manjakan umar sgt.

perkara last yg buat ibu jerit pada ayoh adalah masa ayoh baling bola kat kepala umar, dia kata nak suruh umar tanduk.

ARGHHHH!!!

sakit jiwa.....


so, apa macam? layak tak mereka2 ni dapat penumbuk se das dua dari aku?

Tuesday, January 05, 2010

my semi-charmed life part 2

setiap kali selesai tulis di sini aku mmg berdebar2 menunggu apa komen pengkritik setia aku iaitu encik adil bin wahid.

ttg topik menyusukan anak tu, beliau berkata, sbb tu dulu2 ada ibu susu. contoh paling jelas tidak lain adalah Rasulullah SAW. wpon baginda masih mempunyai ibu sehingga umur baginda 2 tahun tapi baginda ttp mempunyai ibu susu iaitu Halimatun Saadiah.
hubby pointed out that, dah mmg jelas hukum ttg ibu susu ni. so its not impossible la utk seorang ibu melahirkan anak2 yg umur rapat, asalkan anak2 tu tetap disusukan dgn susu ibu. tak kisah la ibu tu siapa.

tapi itu zaman dulu. sekarang org dah tak percaya konsep tu. kenapa ya? bukan ka hukum Islam ni sesuai utk sepanjang zaman? mungkin lagi senang kalo guna susu tepung kot. plus bukannya senang nak cari ibu susu yg layak (akhlak mulia etc). plus not many women are willing to nurse other ppls babies? iya lah anak sendiri pun susah nak disusukan, apalagi anak org lain???

what a waste... what,a,waste..

so lepas ni aku takkan memandang serong dah la pada org yg beranak rapat2 ni. aku akan kata pada diri sendiri, oo diorg ni ada ibu susu...

ok lah itu saja utk malam ni. sebenarnya mcm2 lagi topik yg ada dlm kepala ni tapi rasa mengantuk menguasai diri... kene pam susu lagi utk besok... zzzzz... later pretty people....

zzzzzzzzzzZZZZZZZZZZZZ.....

Monday, January 04, 2010

its an effing ebook!

last monday dapat homework. utk present this monday, thats tomorrow.

ada 3 tajuk utk presentation. aku gatai pi pilih no 3. skali dia adalah ebook!! mampos la aku nak present apa pasal ebook ni? malam ni baru tengok!

im dead im dead im dead.

buat taktau je lah boleh tak?

Sunday, January 03, 2010

my semi-charmed life

sudah 2 weekend berturut2 ada kenduri kawin sepupu2 ku. minggu lepas di dewan. minggu ni di rumah pulak. kalau kat dewan, umar kene duduk dlm stroller atau di dukung sepanjang masa. tapi kalau kat rumah, boleh biar dia roam free.

and as always, mmg dia attract a lot of attention especially from my aunties n cousins. kami sampai je sume tanye, manee umar manee... yea yea umar dah sampai.. pastu asyik tergelak2 tgk gelagat umar. kemudian dia pulak tak byk meragam. baby2 lain by 2pm or so dah merengek2 letih, so sepupu2 lain kene la balik wpon kenduri tak habis lagi. aku pun buat la lawak dgn adik aku, bile umar nak meragam ni? aku pun nak balik gak. haha selfish! time kenduri aku diorg stay sampai petang! so sbb umar tak meragam, mama pulak bertugas di meja pengantin, kami pun balik lewat la.. after 4pm.

anyway, topik sebenar yang aku nak cakap kat cni adalah, umar ni comel n baik sgt (banding dgn yg lain la kot) sampai auntieku sorang sound, "beranak la lagi, comel baby tu.."

gosh terkejut tak terkejut, i replied, "mana boleh, saya kan ceaser..", dgn suara yg agak frustrated (kantoi).

the thing is, sapa tanak anak lagi? i love being pregnant, waiting for the little one to arrive. tapi, bukan ke dlm alquran dah stated anak tu hak dia utk disusukan selama 2 tahun. camana nak pregnant n beranak dlm masa lebih singkat dr 2 tahun? sbb dari pemerhatian aku, kebanyakan ibu2 yg beranak dekat2 ni yg abang@ kakak tu mmg takkan sampai 2 tahun nye lah menyusu dgn ibu.

pastu slalu kan kite ternampak keluarga2 yg mak ayah dia mcm warak (berkopiah, isteri bertudung labuh etc) skali anak beratur.. 6 orang dgn yg paling tua dlm 12 tahun.

takda la aku nak menyalahkan ke mengomen tahapa2. tapi sejak jadi ibu ni aku slalu question benda tu. apasal anak dia rapat2 sgt? sempat ke menyusu 2 tahun semua?

tapi kalau nak jarak 2-3 tahun tetiap sorang brapa ramai sgt anak boleh dapat? kalo kawin umur 25?

itu pun jadi persoalan gak. pastu nyesal tak kawin awal. padahal kawin haritu tu pun mcm2 halangan gak. ada hati nak kawin lagi awal.. hurmm..

pastu bukan tu je, hal ceaser ni.. this might limit our kids to only 3 or 4. dalam pada tu hari2 berdoa supaya anak ke-2 nanti dapat bersalin normal. kalau kena ceaser gak, harap2 badan ni cukup kuat utk mengandung lagi dan lagi sbb dr pembacaan, paling ramai penah ada adalah 6 org anak yg semua nya dilahirkan secara cesarean section. itu special case la kan tapi kalo dpt 4 dah more than enough for me..

anyhoo apa yg aku nak kata sebenarnya adalah,

senang2 je orang suh aku beranak banyak.

umar ni susah nak keluar oo sbb tu dia comel n baik semacam.

dont get me wrong. mengandungkan dia mmg mudah, tapi to actually get him, i would think twice, or more.

tu satu hal, satu lagi disbbkan badan aku yg mengembang lepas lahirkan umar ni, tak kurang 4 orang dah tanye, "no 2 on the way ke?"

fuuuu...

and most of them are my husbands senior or sempai (sorang drp diorg adalah kazen aku sendiri tapi dia pon sempai hubby.)

aku bengang la. apasal tanye2 ni? gemok sgt ke perut aku?? grrr...

but hubby counter pertanyaan emo aku dgn, "they wanna size me up, so they size u up."

mmm... hebat la tu tak sampai 2 tahun kawin dah ada anak 2??

gosh. kehebatan lelaki diukur dr sudut tu kah?

what ever. stop asking me if im pregnant again. im not! i cant be!

but i secretly want to...

kuikuikuikuikui.....

so, ape kaitan entry ni dgn tajuk di atas? mana de hidup org yg indah je sume. mana boleh sume benda dpt senang2 je.. mengandung umar mmg indah, membesarkan umar mmg indah, the journey to deliver him? i ended up having nightmares for two months after he was born. so bile org puji dia baik etc etc, aku kate, padan le susah sgt nak kuar.. budak baik...

WARNING : ini adalah entry semi-serius. tlg jangan panjangkan rumours aku teringin nak beranak lagi okey.

27th of Dec '09 @ dewan merak kayangan, kl.
my younger cousins yg suke sgt kat umar

2nd of jan '10 @ shah alam
budak ni buat muke geram kat kamera.

pictures courtesy of nadia sallehin aka GG. taken from facebook.

Friday, January 01, 2010

umar sayang sape lebih?

malam smalam kami pulang dr menonton avatar di mid pada pukul 11mlm.
by this time umar dah pun tido.

padi tadi dia bangun tgk ibu ayoh ada seblah dia senyum punya lah lebar. bangun2 terus senyum, terus panjat ayoh n kiss. kat ibu dia tak penah bangun2 terus dtg kiss. apasal ayoh je dapat spesel treatment macam tu? ibu jeles!

maybe mlm2 dah pueh dia kejut ibu nak minum susu 4-5 kali. he already knows im there. tapi ayoh, bukak mata baru tau ayoh ada. tu yg ayoh dpt kiss tu kot. ibu tak penah nye nak kiss!! asyik2 nak gigit. kiri kanan bahu ibu ada luka akibat digigit dek umar.

so ibu slalu tanye beliau, tak sayang ibu ke? apasal buat ibu camtu? ibu nangis nanti.

takpe ke cakap kat anak camtu ek? ini la sebabnye anak ni dgn ibu dia tak takut. dia tau ibu will always be there. no matter what. gigit ke, tarik cimata ke, baling mainan ke. ibu masih ada kat depan mata. unlike ayoh, yg slalu hilang dr awal pagi, lewat malam baru muncul balik.

cube kalo satu hari ibu takda? hehe.. tapi umar tak paham lagi kata2 ugutan sebegitu. biarla dia. yg pastinya apa ibu buat suma dia nak ikut. ibu makan dia nak makan, ibu balut hadiah org kawin dia seeebok nak main gak dgn selotape, marker pen, kertas pembalut. bile angkat masuk cot dia pi baling pulak mainan2 dia kat ibu. marah ler tu.

anyhoo, sebab dia dah kene tinggal smalam, pagi hari ni dia macam clingy sikit. pantang nampak ibu pakai tudung, menjerit2 dia takut kene tinggal. padahal masa kat umah serdang tadi ibu bukannya nak pegi mana2 pun. ibu dok rumah tu mmg kene pakai tudung sbb adik2 ipar sume lelaki. tapi bila ibu nak gi dapur masakkan bubur umar, meraung2 dia. ingat ibu nak tinggalkan dia lagi (sebenarnya pagi tu ibu tinggalkan dia jugak utk pegi salun.. hehehe..) lek la umar... sape soh suka gigit ibu... hehehe..