Sunday, February 28, 2010

entry merapu

tetiba di tgh mlm ni teringat kat air jagung madjing... aku rindu makanan2 best kat terengganu.

haritu masa kami ke sana hubby yg dah bosan kata kat aku,

awak mintak je la keje kat cni yang, boleh minum air jagung hari2.

or, boleh makan sotong celup tepung hari2 (sbb pantai batu rakit tu dkt dgn udm)

aku pun pk.. huhuhuhu menarik jugak idea tu. aku keja la jadi lecturer ke ape2 kat sana, hubby boleh keja kan ladang bapa nye.

tapi pk2 balik.

aku takleh hidup jauh dari lembah kelang.

i wont survive without midvalley n ikea n klcc n etc n etc..

tapi pk2 balik.

elok je aku di india dulu?

bila balik sini mmg keinginan nak membeli belah tu takde sgt.

mmg la aku byk borong saree kat sana. tapi byk tu nak bagi orang bukan aku yg nak guna.

i guess kita sesuaikan la diri dgn kat mana kita duduk kan?

hmm.. angan2 je ni... saje pk2 how my life will turn out after masters nih...

ok lah.. itu je..

besok aku nak masak tomyam n kangkung goreng belacan..

pastu lusa nak masak sardin tumis cili..

pastu nak try buat air jagung macam kat madjing...

besok jugak nak menjahit sikit..

sempena takda kelas ni aku nak rilek sket wpon tak boleh rilek patutnye sbb err projek masih banyak yg tak siap...

okey...

toodle-doo...

Friday, February 26, 2010

energy booster

i need em.

ada sesapa boleh bantu bagi cadangan?

err tapi aku tanak yg mlm stuff yg mahal2 tu yer..

yg aku tgh consider nak amik vitamin c ke, multivitamins or something like that (see, nak suggest pun taktau yg mana satu..)

aku ni sket2 letih. buat keje sket tercungap2.

bangun pagi lewat.. plg awal kul 9.30.. tung tang buat keja rumah, by 2pm, umar tido, dgn aku pun tido sekali sbb keletihan.

cuaca panas pun mempengaruhi gak.

kalau hari yg ada kelas, mmg kene tido petang kalau tidak dlm kelas asyik menguap je la keje.

org lain yg keja 8-5 pastu pegi kelas pulak 6.30 to 9.30 steady je aku tengok?

hubby kata mungkin sbb aku suka tidor lewat.

mungkin jugak tu. tapi dulu2 pun selalu tido lewat gak. paling awal 2am.

tapi kalau haritu dah keluar sepanjang hari selalunya by 12am dah hanyut dah.

kalau anda semua perasan blog post aku 90% dibuat pada waktu lepas tengah malam.

sambil2 buat keja tulis blog.

oh shit its already 11.30 pm n baca notes tak sampai separuh pun lagi.

kepala macam pening2.

hii kenapa la time nak exam asyik rasa macam ni.

tangguh tangguh stadi sampai last minit. pastu last minit tu badan pun dah rasa lain macam. pening la. lesu la.

sudahnye just skim thru the notes n pegi exam dgn tawakkal je.

ok lah. sebelum umar dan ayohnye naik atas mengganggu ibu stadi,

i better stop now.

besok pas exam nak pegi ikea sale wuuhuu!

p/s: badan tak fit ni mungkin sbb kurang bersenam jugak kot.. plus my period is due any day now.. tu yg rasa lain macam je badan ni... zzzzz....

p/p/s: am thinking of giving vitamins to umar too. bagi dia gomok sket. makan non stop dak tuh. tapi badan kecik nyee la hai..

toys for my umar

yayy besok cuti.. hubby tak keja..

wpon aku kene stadi, tapi tetap seronok sbb hubby ada menemani dan tolong menjage umar.. yeh yeh yeh...

btw dah tau mainan apa nak beli utk umar.

ni dia :

thomas alphabet train (rm159)

oh yeahh.. ternampak ni di toys r us.. harap2 ada di jusco lah sbb bole guna baucer jusco...

was thinking of buying this for umar :

thomas hideaway tent (rm109)

tapi ini takde kat jusco. yg ada ialah yg ni

k's kids magic tent (comes together with 20 balls) (rm140)

kenapa ibu nak belikan umar tent? sbb umar ni suka sgt duk bawah kerusi. macam dok dlm pondok kot..

dan target sekarang adalah nak memenuhkan bakul mainan beliau.

sbb brg mainan umar ada 2 bakul.

satu bakul di bawah, depan tivi,

satu bakul lagi kat dlm bilik, dlm playpen. yg bole distract dia bila ibu needs to take a shower, to do her work etc.

as of now mainan yg kat dlm bilik lagi best la. yg kat bawah tu yg korok2 je. haha.

ada sesape nak hadiahkan mainan kat umar tak?

p/s: ayoh umar berbunyi, "takde2, takyah beli mainan utk umar. bukannye dia main sgt pon. baucer tu ayoh nak gune nak beli kasut. baik beli brg yg boleh guna hari2."

ibu terdiam, lalu menjawab, "macam ada je kasut yg awak berkenan kat jusco tu..."

in other words, umar will be getting new toys soon! kihkihkih.....

Thursday, February 25, 2010

random

tiba2 mood ingin bershopping datang.

high time to buy new toys for umar.

beliau dah bosan dgn mainan2 nye.

baru dpt tau yg aku dapat baucer jusco rm130.

well, its about time!

tah brapa banyak dah berhabis di sana.

aku perlu menambah bilangan mainan umar supaya beliau tak mengganggu ibunye bekerja.

nota aku, pen aku suma dia nak amik.

bagi buku n pen sendiri takmau..

nak pen n buku yg ada di tangan ibu gak.

hai lah umar.

pastu sket punya pantang la kalo ibu dok membaca. marah! nak suruh tgk katun sama dgn dia. atau layan dia.

yg paling best, nampak je ibu membaca nota, terus dtg merengek2 nak nenen.

every 15minutes!

hui sabor jer ler.

oh dan besok ada metrojaya members preview day.

kasut, tunggu kedatanganku.

sebelum tu, pastikan questionnaire siap utk ditunjuk pada sv besok.

dan jumpa pegawai di bilik siswazah mintak data utk isi dlm db.

oh ye. aku tiada kelas sampai rabu depan! yahooo.

tapi sabtu ni exam.

exam yg klasmate mintak utk close book.

imho, budus ke hape. rajin sgt nak hafal. hafal la hafal!

sebab korang mintak nak close book tak dapat aku enjoy cuti jumaat ni.
kene menghafal cam korang.

best ke hapal?

apasal tanak open book.

tak reti critical thinking la tu. sume nak ikut buku sebijik2.

benci aku benci!

ok habis.

Wednesday, February 24, 2010

Miracle


Miracle by Foo Fighters

sebelum mula keja (its already 2.50 am but am still not sleepy), nak dedicate lagu ini kepada diri sendiri.

insyaAllah dlm 10 minggu lagi boleh jadi kenyataan.

harap2 dapat menyuntik semangat utk menyiapkan semua tugasan dgn cemerlang.

pernah tujukan lagu ini pada diri sendiri satu masa dulu.

awal tahun 2007. masa dapat tau terpilih ke infosys.

hari2 dengar lagu ni.

i really felt like it was a miracle.

and am praying that these miracles will keep coming my way.

Monday, February 22, 2010

umar's latest

as requested by paklang umar, here's a bunch of umar's latest pictures, complete with penerangan panjang lebar.

kepala berplaster akibat terhantuk di anak tangga hotel permai inn kt. dapat main dgn pencil case ibu terus sengih. tapi sengih pun macam terpaksa je sbb ada kamera.. :D

dari bercuti di terengganu, pulang ke serdang. budak umar ni mmg suka dok dlm bakul. bakul baju, bakul mainan, even tudung saji pon dia nak masuk gak. dia ingat mcm besen mandi dia kot...

wah hepinye dapat gigit changing mat..

kluar bakul masuk bakul..

lalalala daku sedang bermain..

sabtu kelmarin, masa gi midvalley. ibu tgh survey mainan umar. ayoh bawak umar gi tpt mainan kanak2..

lepas jalan2 kat mid, singgah serdang.. jenguk ahmadefarhan..

bertuah nye sambut 1st bday 2 kali. haritu ayoh takde. harini ayoh ader.. baru la lengkap famili kecil ni.. dan ditemani ahli keluarga lain.. hehe.

ayoh tgk ibu, ibu tgk kek, umar tgk kamera.. elok sgt..

fresh from the oven.. gambar bbrp jam yg lalu.

dalam rumah ni, saya lah raja! remote tv saya yang in charge okeh!


last but not least, video beliau meraung2 protes kene letak dlm playpen ptg tadi. ini la gaya beliau di waktu ibu nak kene stadi utk exam mlm ni...
bila dah kul 3 petang, bilamana akhirnya berjaya menidorkan beliau, ibu pun terlelap skali.. buku ke mana, nota ke mana...

hadoiyaiii...

Saturday, February 20, 2010

kisah lucu di malam hari

takde la lucu mana pun. cume taktau nak citer kat mana. facebook ke twitter ke atau blog.

kalu cakap facebook kang mcm poyo la pulak menarik perhatian pasal benda remeh camni.

twitter takleh cakap panjang2.

ok so blog lah.

tadi, tgh malam, turun bawah nak kemas meja makan.. sbb dah takde orang dah nak makan..

abah dah terlelap depan tivi..

bila aku turun bising2 ketung ketang kat dapur beliau terkejut gaknye, terlanggar cawan air sirap..

lalu beliau mintak aku tolong lapkan.

ok itu bukan ceritanya..

ceritanya adalah, aku dgr kat tv macam orang tgh bagi ucapan.

my wife blablabla.. i have hurt so many people..

macam org tgh mintak maaf.

abah tgk ape pulak ni?

beliau kalau bukan tengok movies, mesti tgk sports channel.

movie apa pulak yg ucapan sket punya panjang ni?

masa datang nak lap tumpahan air sirap tu. tengok, apemende ni?

abah tgh mamai kate, tiger woods..

terus aku gelak.

kelaka la tiger woods ni.

cheat on his wife, sampai mintak maaf kat seluruh dunia ka?

tapi aku kagum.

orang amerika yg terkenal dgn gaya hidup bebas diorang tu pun tak suka bila suami main kayu tiga rupanya...

tapi itukan mmg fitrah manusia. suka pada kebaikan. benci pada kejahatan.

tinggal lagi, dapat hidayah atau tidak.

semuga kisah tiger woods ni menjadi teladan pada kita semua.

saje je contoh ringan.

aku tak lalu nak cakap pasal artis2 mesia yg main kayu tiga macam norman hakim tu.

tiger woods pun jadi la ye.

ok la tgh print notes utk stadi utk exam isnin ni.

bye2.

Friday, February 19, 2010

10 weeks reminder

malam yang bosan.

hubby kuar lepak dgn kawan2.

aku? patutnye kene buat keje.. tapi...

entah apa yg susah sangat nak mula, entah...

hari demi sehari makin berlalu,

aku masih ketinggalan, semakin ketinggalan.

10 minggu.

10 minggu lagi utk lepas dari belenggu.

tapi lepas tu? nak buat apa?

dah toksah pk lepas 10 minggu punya hal. pk camane nak siapkan sume benda dlm masa 10 minggu ni.

pada pengikut setia blog ni, mungkin dapat tau betapa aku membenci masters.

makin benci masters selepas kehadiran umar.

sbb makin susah nak buat keje.

makin susah nak konsentret.

jadi aku benci pada bnda yg aku takleh konsentret n buat sepenuh hati.

plus, tiada sapa memahami. seriously.

takda sapa paham aku tak sampai hati nak hantar anak aku pi taska.

takda sapa paham i need some sokongan dan bantuan.

all they know is to demand this n that.

10 minggu. thats all i ask.

praying for a miracle to happen for this 10 weeks.

10 weeks!

Wednesday, February 17, 2010

sakit!

assalamualaikum everibadi.

ye skarang aku dlm kesakitan. eh silap. bukan kesakitan. cuma kurang sihat je. tapi ghupe dah macam ape je.

sakit tekak. kong kong kong batuk. bukannya ada kahak pun. batuk sbb nak hilangkan perit tekak.
susah sgt nak tido. baring je rasa sesak nafas. tekak pun extra perit. tensyen.. kene tunggu betul2 ngantuk baru boleh tido.

itu pun bile dikejut dek umar yg nak menyusu. perit tekak datang balik, sbb time tido kan tekak kering.. haduii sekso!

cuaca pulak panas. kalu aku minum air ais kang, badan sejuk tapi takut makin teruk pulak sakit tekak. minum air panas berpeloh2 tak berenti. duk dalam ekon nak hilangkan peluh terus menggigil2.. so theres no escape man! tahan je lah.

CNY haritu wat apa? balik ganu. eh aku kene rephrase. no such thing as balik ganu. more like PEGI ganu. sbb no kampung there. PILs mmg harap kitorg jenguk jerangau. tapi pump still not installed, no running water, with the indon workers, so i said, no, please!. pastu depa cadang tido rumatok di marang. tapi tok dah tak dok ctu sbb beliau dah tak larat. dok di rumah makcik di kuala ibai. so rumah tu kosong. lately ada sorang lagi FIL's indon worker dok ctu. so again, no, PLEASE!. bukan no thanks ye. no please. i beg of you. :P

sudahnye dok di hotel la. padahal rumah makcik di kuala ibai only a couple of kilometres away. sori makcik... kami just nak get away from hiruk pikuk kl, keja, and err family. thats the truth. nasib la dah tak dok sendiri. org time cuti balik kg. kami time cuti lari pulak.

bile kire2 balik, tahun lepas kami dtg trganu 4 kali. tahun sebelum tu,, 2 kali kot. campur kali ni dah kali ke-7. hubby dah naik bosan sebenarnye. balik2 buat benda yg sama je. makan, shopping tengok laut. sampai beliau malas nak bangun tido.

ye la dah tu nak buat apa lagi?

sbb dia pun tak larat drive 7 jam, kami gilir2 la. but on the way back, i ended up driving from ceneh all the way to serdang. tensen tol aku. karak highway is SCARY, no shit. lenkali kalo nak dtg lagi, dtg naik flight la. sampai awal pagi. spend 2 whole days jalan2, makan2, shopping2.

gambar takde. boleh recycle je gambar2 lama kata gambar2 tu kali ni punye. sbb sebijik sangat aktivitinye. hehe. cuma ada satu gambar dahi umar berplaster sbb terhantuk kat anak tangga hotel. tu la pegi sana nobody knows we were staying at a hotel. kan dah kena. tapi payah kalo be truthful nnt banyak kene soal jawab. poooooh.

ok i know we are very lucky bcoz both of our parents and all of our siblings live nearby n we see each other all the time. but thats the problem. ALLL the time. sometimes we just need to get away. eh not we. ME. i dunno about he hubby im not speaking on his behalf. but i just need to get away. going away for a couple of days really did me good. balik rasa ready to get back to work n other chores. (mane taknye duit dah habih shopping batik, beli kopok lekor btb :P n bayor hotel sane.)

tapi tetengok demam pulak. rosak plan. time sihat dah mmg payah nak ngadap keja. time sakit lagiii laa....

whatever pun, insyaALlah esok lusa baik lah ni.

pray for me ya.

wassalam.

p/s: munawwarah pun tgh sale skang ni. smalam bejaye meracun my SIL utk pegi sana borong tudung. haritu masa ariani tgh sale i managed to racun my own sister. kahkahkah what tu du i love shopping for pretty stuff.. :D

Wednesday, February 10, 2010

CNY holiday

chinese new year holiday aku dah bermula malam ni. tiada kelas sampai isnin minggu depan depan.
klasmate yg lain cuak nak cuti sbb minggu stat balik kelas tu berderet 3 ketul exam. aku kata, ah pedulikkan. cuti tetap cuti. (aku dah buat jadual stadi, jadual progress projek dll.. so tak cuak sangat.. hehehe.. blajar awal2 pun buat apa, nanti lupa.. kihkihkih)

hubby sangat bizi semenjak 2 menjak ni. kluar lepas subuh balik lepas tgh malam. wiken pun keje. tak nampak muka langsung. beliau janji raya cina ni beliau cuti panjang. sama dgn aku, esok dah cuti.

memula plan kami nak ke utara. mama nak ikut balik rumah tok, kami nak balik perlis. tetengok plan kat perlis tak jadi, mama pulak tak jadi nak ikut balik sbb dia tak brapa sihat.

so aku pun pelan.. ermmm... nak gi makan sotong celup tepung.. nak gi ermm pasar buluh kubu.. (boring dah dgn pasar payang.. hehe.) nak erm.. jalan2 tengok laut...

hubby tak memberikan kata putus wpon aku dah memandai2 cakap pada orang tua ku yg kami nak jalan2 ke pantai timur.

i guess we have to wait til tomorrow night b4 making the decision.

besok hanya run errands saje. spt, bawak umar gi cucuk 12 bulan kat klinik, pegi amik seluar yg tempah, rilek2 je la. tapi plan jumaat taktau lagi.

yg pastinya aku takmau melangut kat rumah cuti panjang ni. bukan senang hubby nak cuti 6 hari stret. wpon beliau kata kene singgah site jap hari jumaat tu sebelum nak pegi mana2. humph.

takpe takpe. asalkan gi jalan.

plan2 skali tak jadi nanti camana? oh il be very upset.

tapi apa pun, kita hanya boleh merancang, Allah swt yg berhak menentukan..

hanya harap waktu cuti ni dapat membawa kenangan yg best2...

ok bye2....

Tuesday, February 09, 2010

the first day is always the hardest

takda lah teruk sgt, but honestly ive seen better days.

pagi tadi, i decided to send umar to the nursery di blakang rumah ni

siap2 kan umar, masak bubur, pam susu, aku pun siap2 jugak nak ke kampus.

kul 12 baru turun bawah. walaupun tangga turun bukit tu dah tak elok sangat, redah je. sebab nak drive turun bawah amik masa lebih 5 minit. carry umar dgn ergobaby.

sampai kat nursery, letak beliau sama dgn baby2 lain. nampak ok. dia pegi kat sape2 je nak ajak kawan. plus yg jaga tu pun kenalan aku jugak, wife pada kawan hubby yg merupakan co-owner nursery ni dan tadika sebelahnye.

duk dlm 15 minit, aku pun balik, tapi keluar tu tak bagi umar nampak la.

naik rumah, sidai kain, siap2, keluar..

1 hour later, i received an sms, kata umar nangis tak berhenti. hadus. camana? aku dah jauh. so i said ok im coming back. appointment dah tolak ke pukul 4. bole la kot balik skejap b4 dtg balik utk appointment. pastu dpt lagi sms, kata, takpe takyah balik, umar dah ngantuk n dah nak tido. n mungkin dia nangis tadi sebab baby2 lain sume tido tinggal dia sorang je jaga. tu yg buat dia teringat kat ibu. so sbb umar pun dah tido, i did not go back.

3.30ptg, aku di surau fakulti, ngadap laptop (surau sejuk beraircond n takde orang), dpt call, kali ni dr pembantu taska yg lain pulak, kata, "anak akak tak berenti nangis dari tadi."

wpon appointment kul 4, aku terjah je bilik sv, kata, kene balik sbb anak dah meraung kat nursery. jumpa dlm 5 minit, aku pun mintak izin nak balik.

pecut balik, terus pegi nursery, sampai kat depan pintu dgr umar meraung2. cepat2 aku ketuk pintu. bila pembantu taska bukak pintu, umar nampak je ibu dia, baru la dia kurang panik, tapi masih tersedu2. aku duduk jap di taska bagi susu kat umar. sambil minum sambil dia tersedu2.
dah naik kereta, singgah kedai, sedu masih tak hilang. tapi boleh nampak betapa lega nya dia dapat jumpa ibu nye, dapat keluar dari tempat tu, dapat naik kereta..

balik pulak aku kelam kabut angkat kain, basuh pinggan, bagi makan kat umar, sebelum aku sendiri naik atas, siap2 mandi solat kemas buku pam susu sebelum pecut balik gi kelas.

kesimpulannya?

taktau nak kata apa. aku takda la sedih sgt tinggalkan umar kat nursery tu. tapi dgr dia meraung2 dlm telefon, meraung2 di balik pintu rumah nursery tu, aku heran, kenapa dia sedih sangat?

mungkin selama ni dia kene tinggal pun, kene tinggal kat rumah, with familiar faces.

dan yg paling mencemaskan sekali, he sounded just like me when im upset!

HA-HA-HA.

padan muke diri sendiri.

sapa suh tunjuk perangai depan anak? - perangai ni ditujukan pada hubby sebenarnya tapi umar ada sama, so secara tak langsung beliau dpt nampak perangai ibu nye waktu upset, lalu beliau pun turut mempamerkan perangai tersebut bila beliau upset?

bile aku kongsi kisah ini pada hubby, beliau hanya gelak dan gelak dan gelak. agaknya pk dlm hati, hai apa la nasib dapat bini n anak manja tak bleh blah camni?

apa pun, situasi ni kadang2 je berlaku, insyaAllah. hanya waktu2 terdesak je baru akan htr dia ke nursery.

tapi fikir gak, nak buat keras hati n keep sending him to the taska ke?

kalau tanak, sampai bila? sooner or later dia tetap kene pegi skolah jugak?

pastu fikir, takpe la baru setahun, tak pandai lagi nak cakap apa yg dia rasa. dah pandai cakap sok aku hantar lagi. so that bila dia sedih dia boleh call, n i can tell him why do i have to be away, why does he need to stay there.

ketiadaan the maid baru 3 hari ni mmg ajar aku jadi super mommy, super daughter, super wifey sume nye super.

mmg itu pun yg aku nak. to be a super woman. hahahaha! wish me luck!

Friday, February 05, 2010

random thoughts

update yg dah tertangguh bbrp hari.

tapi ngantuk gilerrr...

tapi kene tulis gak supaya wiken punye plan boleh jalan.
  1. the maid is going home tomorrow. therefore mulai saat ni aku kene buang sifat malas, lebih banyak buat keje rumah, takleh buat2 tak nampak macam sebelum2 ni dah...
  2. aku tekad nak jumpe SV sebelum minggu ke-6 habis, sekali beliau ke luar negara la pulak. terpaksa tangguh ke minggu depan. bagus jugak, boleh aku amik masa 2 hari ni utk bagi tools tu lagi ready ie memenuhkan database n prepare the tools to be tested by end-users.
  3. hubby sibuk bekerja lately. kluar awal pagi, balik lewat malam. tensen2.. dia kata sampai minggu depan je bizi. tengok la betul ke tidak.
  4. tgh pening kepala nak decide nak hantar umar ke nursery mana. atau takmau htr langsung, lalu membahayakan status first kelas aku ketika ini.
  5. ya kalu anda mau tau cgpa saya skarang mmg takat idung je iaitu 3.75. kene pastikan grad dgn 1st kelas kalo tidak nyosal tak boguno..
  6. eh haritu kata asal grad atas 3.00 pun takpe. heih mana boleh!
  7. susu sangat kurang. standard skarang tiap kali pam dapat 1oz je!! arghh tensennn... so saya sudah start regime makan kurma. itu je. tak reti lah nak try petua2 lain.
  8. oh ye satu lagi sebab berat hati nak htr umar gi nursery adalah kerana tiada bekalan susu. kalo hantar alamatnye kene tampung dgn susu formula lah. oh noes!
  9. agak tertekan dgn saranan bbrp org yg suh umar minum susu formula sbb beliau ni kecit kemetot.
  10. yesterday we went to warta n i put him on the weight scale. here's the result :adeke patut bmi dia 16.9??? ok mungkin bmi ni tak relevan utk baby kan tapi alahaii.. kesian nya berat dia 8.5kg je? his weight should be more than 10kg at this age. tinggi pon adoiyaii.. average tinggi patut nye 75cm, and he's only 71 cm tall. i told the hubby about this, saying that umar is a bit underweight n a bit ketot, pastu hubby kata, "sounds familiar doesnt it?" hahahehe... camano ni? gua nak beli multivitamins n scotts emulsion la utk si kecik tu.
  11. jauh disudut hati aku cemburu dgn anak sendiri. i myself have been battling with my weight since i was small.
  12. ini juga menjadikan situasi kekurangan susu ni semakin membebankan. aku makan banyak, badan aku yg naik, anak aku tetap kurus. nak diet, makin kurang susu kang, naya je.
  13. wpon besok berhajat nak work on my project, tapi tetap terasa mau jalan2. mau beli headphone besar gedabak, thumbdrive 8gb ganti yg dah dijahanamkan dek umar.
  14. ok mari melihat sedikit gambar umar
luka pertama di lutut

plaster pertama dlm hidup

aloh sedihnye

kek 1st bday umar

baby tua. bau baby dah hilang. yg ada hanya bau masam kerana berpeluh all the time.

like ayoh like baby. ingat comel la tu gaya tido sama?? :-*

Wednesday, February 03, 2010

luahan perasaan

mcm takde masa. so this is gonna be a short one, i hope.

  1. malam tadi berjaya run tool yg dlm linux tu. yahoo. i was jumping with joy, dlm hati je la tapi. dan sbb dah berjaya run ketiga2 tools, i feel like i deserve a good long holiday this cny.
  2. i hate it when im putting high hopes on something, but someone managed to brought me down. contoh : siapkan homework cepat2 supaya dpt enjoy cuti aka jalan2, tengok2 tak enjoy pun bcoz a certain somebody was being a party pooper.
  3. i also hate it when someone tries to give me advises that i dont need, or those advises are regarding something that i have no control of. i mean, why on earth are you telling me this? its not like i can do anything about it??
  4. all im saying is, dont stick ur nose into things that do not concern you. BAHHHH!! sangat annoying rasa nak meninggikan suara tapi sabo je le.
  5. lepas tu bukannya semua keputusan yg dia buat tu betul pun? apasal lak nak nasihat2 orang?? ok ok aku tau tegur menegur tu perlu dilakukan wpon kita ni sendiri banyak kekurangan tapi, like i said, its not up to me how things are going. jadi tolong la jangan tambah beban atas bahu aku ni bole??
  6. one of the reason why i got married is to be free. in the end makin tersepit. dgn demand semua orang? be it parents, parents in law, husband, baby, my supervisor. it feels like eveybody wants a piece of me. leave me alone will you? not all of you, but i wish some of you will refrain from expecting too much from me. sometimes i feel like running away. tapi bawak umar la. korang yg lain tinggal.
  7. yes im a bit sour at this point of time kerana baru je happy tools bole jalan tapi certain people feel like they can just come up to me n say this n that n this n that n you should do this n you shouldnt do that, i need you to do this, i need you to do that. again, BAHHHH!!!!
astaghfirullahalazim...