Tuesday, March 30, 2010

tensen di tengah malam

umar yg taknak tido asyik nak ber'gantung' kat ibu nye.

yg ibu pulak dalam kelas tadi pk dah benda2 yg nak disetelkan malam ni.

sudahnye satu hapa pun tak jadi kerana penat melayan umar yg takmau tido sampai 12am.

kene ajar umar tido sendiri ni....

manja sangat....

ibu keja sok taktau lah camna ni...

Sunday, March 28, 2010

today and tomorrow

its the 28th of march.

nintendo dsi xl is scheduled for release today. in north america that is.
maknanya belum sampai msian shores. but i can order it online from play-asia.com.

but i want to think about it carefully. 800++ for the console. should i just buy wii?
like my hubby used to say, mana ada masa nak main wii tu.
tapi.. nak wii.... nak dsi xl jugak.

so taktau lagi. tengok macamana sambutan ndsi xl tu dulu.
or should i just buy iphone? boleh gak main cooking mama.

tapi takde game harvest moon.

wii ada harvest moon, tapi tak portable.
plus payah nak pasang kat tv nanti ada mamat kecik tu pi tarik2 wayar.

erm entah la. pening kepala.

esok. 29th of march pulak, our 2nd anniversary.

dah 2 tahun. alhamdulillah.

kami sudah semakin memahami kerenah dan perangai masing2.

insyaAllah boleh bertahan lagi 2*2*2*2*2*2*2*infiniti tahun akan datang.

best lah kawin ni.

ada teman sepanjang masa.

bila suami kerja, anak teman.

paling best tengok dua2 tido sama2 dalam kepenatan.

rasa macam puas hati jadi isteri & ibu.

so, besok nak makan mana sempena anniversary?

al-diafah or chili's.

tapi chili's jual arak.

tony roma's juge.

im in the mood for some meat baybeh.

al-diafah la kot. takyah masuk shopping mall. masih banyak urusan di rumah. taknak buang masa lama2 kat luar.

okey, itu je perkembangan terkini.

dan sket lagi gambar langkawi.

@ swimming pool

konon2 suasana kampung la ni. kampung aku lagi cantik la weih (ditujukan pada boss hubby yg suka hotel ni. hehe.)

ok yang ini hands down memang cantek

mami n baby

orang kata (orang : watak dalam grey's anatomy), ada anak ni buat parents have sleepless nights.

mmg betul. tanggungjawab yg dipikul amat berat.

but i would not miss it for the world.

Wednesday, March 24, 2010

i can see a light at the end of this tunnel

i dont wanna talk much about it, afraid i'l jinx it.

Tuesday, March 23, 2010

langkawi





orang dah dapat kaki, ajak jalan sebatu pun dia mau..

Thursday, March 18, 2010

my forgetfulness

malas nak cakap pasal keja sebenarnya. tapi banyak benda menyusahkan aku sbb aku dah lupa how things work.

for example theres this one tool yg develop guna java.
all i want to do is run it.

tapi aku takut sbb lama dah tinggal java.
in order to run the tool on my laptop, i need to install mysql,eclipse,jdk etc.

sgt2 cuak.

so bile dah taktau tu mula la kesilapan2 kecik pun jadi masalah.

aku takpenah guna java+mysql.

java+oracle ada lah.

pastu yg menjadi permasalahan besar skarang adalah eclipse.

takut gile jumpa eclipse.

sbb ingat lagi dlu2 masa fyp tahun 2006, senior2 guna eclipse, tapi i dont even know how to use the thing. pastu aku tgk boleh je develop fyp aku without eclipse. so i managed to skip using it.

itu je yg aku ingat pasal eclipse ni.

but guess what? i completely forgot that in india, aku ni macam bercinta dgn eclipse tu.

hari2 jumpa! hari2 tengok, hari2 ngadap sampai nak naik muntah.

how can i be that forgetful??

tu yang masa tgh godek2 eclipse tu terpk, eh macam familiar je benda ni? bukan ni ke yg guna masa kat infy dulu?

pastu rasa macam, ni version lain, tak sama pun macam dulu.

pastu godek2 lagi. ler sama je. aku je yg dah lupa.

so skarang kesimpulannye iv wasted many days (days aje..) trying to figure out how to use the damn thing when actually, i know everything..

bengang2....

hubby menakut2kan dgn kata, kalo tak siap keje takyah la gi langkawi.

tu yg desperado sgt nak siapkan sebelum kemas beg nih.

plus kene pegi kedai pc beli :

  1. sony memory stick 2gb
  2. mouse
  3. mouse pad
  4. laptop skin 12'1
oh dan jgn lupa roti butterscotch.

itu lah dia kisah aku yg cuak ingatkan tak reti rupa2nya sudah terlupa.

the thing is, my father used to say to me, bila belajar, mesti faham. supaya bila dah lama tak tengok, mmg akan lupa, tapi bile tengok balik, tau dah apa benda nya.

exactly.

so mas, tlg la jgn rasa tak pandai sangat. (sejak masuk masters mmg rasa diri ni sangat tak pandai.)

i keep telling myself. mana de susah... kat india dulu tu lagi susah. boleh je survive.

ive had worse experience than this.

tolong la jangan lemah semangat!!

ok bye.

Wednesday, March 17, 2010

langkawi baybeh!

hubby caved in.

we're going. dah beli tiket.

ni manfaatnye dari khutbah jumaat yg beliau dgr bbrp minggu lalu.

something about doing things for kebahagiaan rumahtangga.

yeaahoooo!

*kemas2 beg.*

p/s: jadi aku pk eloklah kiranya aku retract entry bengang di bawah ni..

Monday, March 15, 2010

tiada masa

masa sangat mencemburui daku ketika ni.
recap pendek je lah.

khamis : hubby balik from jakarta.

jumaat : ptg gi klcc picnic pepperoni pizza di klcc park.

sabtu : kelas ganti 8.30am-1pm = pengsan.

ahad : sold off my nintendo dsi to a very nice girl. sold it for rm500. asalnya nak menabung utk dsi XL tapi hubby kata mana de masa nak main dah... so kita tgk dlu. 500 tu masuk dlm savings lah for the time being.

isnin : projek masih dlm pembinaan. go mas go. applied for a job somewhere in bangi. hopefully dapat keja by the time habis masters nanti. wlpon asalnya nak rehat dlu sebulan.. rehat == no moolah. nuff said.

bye.

Thursday, March 11, 2010

pening kepala

today.. has been.. one of the most stressful day of my life. (a bit exaggerating here but saje nak tunjuk betapa stressnye aku hari ni! )

sampai la ni, badan masih menggeletar, kesan dari macam2 perkara yg berlaku hari ni.

jadual harian pun dah jadi lintang pukang. both me n my son.

malam tdo lewat, bangun tghari, etc etc.

n hari ni dapat headcahe yg agak teruk. campur paru2 gatal rasa nak batuk2 je. ni dah byk hari dah rasa camni. tapi kat kelas pun ramai gak batuk. taktau aku ke yg bawak virus, atau aku berjangkit dr org lain.

n lately slalu pening2.

2 kali yg terakhir adalah.. masa buat latihan statistic.

what the hell?

hubby kata, otak awak jarang kerja keras. sekali kene buat latihan maths terus pening.

mula2 macam rasa terhina jugak. tapi bila hari ni jadi lagi, erm betul lah tu agaknya.

seboleh2nya takmau la makan panadol. terbayang2 hubby buat muka kalo aku kata nak makan panadol

tapi dr ptg tadi sampai habis exam,balik rumah, masih rasa sakit kepala. apa lagi, pop la panadol actifast sebijik dua. sorry hubs.

now pening pun hilang.

i know aku punya rutin harian mmg sangat tak bagus. tapi nak buat camana, cara tu je yg berkesan. err takde la berkesan sgt tapi, boleh lah...

mama n abah dah puas tegur. tido awal bangun awal...

aku buat dono jer. sbb dlm hati aku kata, they dont know what im dealing with.

hubby pulak.. hmmm dia tak suka tapi entah kenapa dia tak paksa aku tidor awal bangun awal??

sbb beliau sendiri tak suka dipaksa.. kahkahkahkah.....

anyways, mmg mencabar betul la hubby takde ni... malam2 nak tidorkan umar ni ya Allah.. tuhan saje la tau betapa mencabar kesabaran ku..

belum lagi waktu2 siang time aku nak wat keja dia pegi sepahkan barang2. pastu yg kat tangan kita nak diamiknya. kene siapkan 4-5 batang pen supaya bila dia amik yg kat tangan kita tu ada lagi extra. itu kalo duk bersila. kalo duk atas kerusi dia nak panjat sama. pastu tarik2 baju, tarik2 kertas or apa2 yg dia boleh capai.

yg paling menaikkan darah hari ni adalah, beliau terbalikkan sterilizer amik breastpump ketuk2 macam mainan dia..

umar ni kalau dia dapat capai barang2 yg dia tau dia takleh pegang, mmg dia hentam habis-habisan.. macam tisu, kertas, brooch2.. lagi dia nampak kita meluru datang kat dia, lagi cepat tangan dia bergerak.

paling tak tahan bila dia nampak benda2 atas lantai, dia tau kita akan amik benda tu or cakap, umar jgn makan! bukan main laju dia masukkan benda tu dlm mulut.. ish ish ish...

kdg2 geram letak dia dlm cot. dia ni ikut mood jugak. kdg2 boleh dok lama dlm cot tu main2. kadang2 letak je meraung2 macam hape jer...

aku terpikir jugak. sejauh mana kesabaran aku ni. so far kalau kami berdua je ada kat rumah, aku layankan je perangai dia.

nak sepah? sepah la.. nak tonggengkan satu rumah ni? tonggeng la..

satgi dia dah tido aku kemas la balik.

tapi time kemas tu berapi2 jugak. pikir brapa minit habis utk kemas..

haih time ni lah terpk.. best nya kalo jadi suri rumah.. nak kemas umar buat sepah brapa puluh kali pun takda hal. sbb mmg itu keja suri rumah.. jaga anak2.

tapi kalau keja? jadi camni lah. rasa marah bila anak buat sepah.

bila cakap2 dgn hubby pasal susah payah nak besarkan anak ni, beliau gelak n kata,

"ha tu la, nak lagi sorang??"

aku pun gelak sama..

wpon luka pembedahan ku dah semakin sembuh.. tunggu yg ni besar dulu laa... sampai dia pandai cebok bontot dia sendiri baru kami nak konsider lagi sorang..

kalo ada 2 orang macam ni mmg boleh terbalik rumah ni..

abah pun tegur jugak,

"hai ibu ni atuk tengok asyik terkejar2 buat itu ini.."

n then beliau sambung, "itu lah dia pengorbanan seorang ibu"

aku sengih je dengar.

entah la.. aku bukan la nak mengeluh kata nak jaga anak ni susah.

tapi kalau dapat buat ni je kan best.. takyah pk pasal keje lain...

but we all know that wont happen. at least not in the near future lah.

aku nak keja.. sbb.. er... byk barang nak beli.

barang apa? rumah, kereta etc. pastu nak pegi melancong, nak bagi kat mama n abah bile diorg pencen nanti.

kalo nak jadi suri rumah , tunggu gaji hubby 10k tu baru boleh konsider.

hmm aku rasa aku patut tambah satu lagi label kat blog ni, namanye future plans. sbb dlm blog ni asyik citer pasal rancangan masa depan je.

dulu2 masa single tak terpk pun pasal 5 year plan ke 10 year plan ke.

dah kawin n beranak ni baru nampak, baru boleh buat target, where do i wanna be in 5 @ 10 years.

ok lah panjang dah bebel.

lenkali pulak. bye.

Tuesday, March 09, 2010

my hubby n glee

hubby di jakarta.

aku keseorangan malam ni.

balik2 kelas umar dah tido..

ingat nak stadi statistic..

tapi tgk bilik bersepah, kemas2, terus letih..

tapi larat pulak dok dpan pc sampai 3am..

pastu umar bangun, bagi susu kemudian beliau tido balik.

waktu tu baru sedar, lain macam pulak rasanye hubby takde atas katil ni tgh tido dgn umar.

pastu tgk glee.

pastu teringat kat hubby yg aku berjaya racun tgk one episode of glee,

antara komen2 beliau,

"apasal ada nyanyi2? macam citer hindustan.."

"ni suara diorg betul ke? apasal tak jadi professional singer?"

aku tak tahan geli hati tau dgr komen2 ni..

ok lah itu je.

malam ni batuk teruk. paru2 terasa gatal.

kasihan ummu yg dok diseblah ku dlm kelas tadi. by the end of klas dia pun kongkongkong batuk.

esok mintak maaf kat dia..

bye2.

Monday, March 08, 2010

last week's recap

i would like to recap what happened last week, i'll tell you why at the end of this post.

last weekend, we went to midvalley to attend hubby's educator's farewell party, but in the end we did not join in the party sbb 1:crowded 2:we already had a heavy meal just b4 the event. but i did meet my dear sarah, who seemed cheerful n bubbly as usual. im glad ur doing fine beb...

and we also went to ikea sale with my pil.fil wanted to buy corner workstation for jerangau but the model is already sold out. finito. obsolete. heheh betul kah ungkapan tu? that model has been around for more than a couple of years now n i guess diorg nak habiskan stok n keluarkan model n design baru.

tapi kami pulak berjaya beli workstation yg sama nama, tapi bukan corner nye model. sbb tgh sale, model yg berharga almost 500, kami dpt dgn harga 340 saje. bukan tu saje, sebenarnye model yg kami beli ni takde pun kat showroom tapi bile tanye ikea punye staff tu dia yg bgtau yg camni2 camtu2... so sbb 1:murah 2:lebar, so boleh letak pc and laptop n stadi all on the same table.. kami pun beli la jugak meja tu wpon taktau apa rupa bentuk nye.

model yg dah sold out yg fil cari

desk yg cantik utk letak pc tapi tak muat nak tebar nota2 buku2 utk stadi.

voila! ini lah meja yg kami beli. tapi ni gambar dr intenet. yg real punya tak sesuai nak tangkap gambar sbb dah penuh dgn barang..

kool kan? skang me n hubby dedua boleh duduk buat keja kat meja ni. me likey.

pada hari khamis meja ni pun sampai dan aku dgn eksaitednye pasang meja tu dulu. tak leh tahan sabar sampai hubby balik hehe..

tapi add on unit tu, malam hubby balik baru beliau pasang.

bila dah siap kami pun pindahkan pc dari meja lama ke meja baru ni.

dah nak pindah tu kene la cabut sume kabel kan..

pastu bila dah siap2 pasang, suh hubby rasmi kan pc di meja baru.

sekali bila switch on pc ku takmau boot up!

dah la hari jumaat tu nak jumpa sv tunjuk keja. keja tu dok dlm pc.

huuuuuuu menangis2 aku malam tu...

marah2 kat hubby sbb beliau yg cabut kabel2 tu sume..

marah marah marahhhh.... pc kesayangan ku takleh on...

aku rasa penah jadi dolu2 benda ni tapi aku kan dah lemau bab2 hardware ni so taktau nak buat apa...

tapi sbb dah lewat malam kami pon tido je la...

aku cukup tak suka la nak hantar pc ni gi kedai. dah la sah2 kene caj rm50. ntah apa dia buat kat pc ni. kata tu rosak ni rosak. belum lagi kot dia access barang2 dlm pc ni.

n then waktu siang ada aku n umar je. kalo nak htr gi kedai, kene angkut umar DAN casing gedabak tu ke kedai. camna?

last2 pc tu dok dlm keta je. aku ke sana ke mari tak htr pun pc tu ke mana2. sbb pk2. dah la mintak hubby hantar hari sabtu tu je la.

pastu malam tu hubby suh cari manual (ini pun took some time to find the manual book sbb dah tak ingat letak kat mana.)

padahal dulu masa aku sorang je dok bilik ni (time single la maknanye) sume benda tu within reach je.

so hubby bace2 manual, beliau try lagi skali ketuk sana sini.

in the end he swapped my 2 rams n voila... bile switch on ada bunyi beep beep menandakan pc sdg boot up.

yahoooooooooooo!!!!!!!!

err sebenarnye aku rasa masalah ni penah berlaku dulu tapi aku mmg dah lupa langsung la what happened, what i did to repair it bla bla bla...

kesemua ni (dan bbrp faktor lain juga spt ayat2 dlm citer marley and me, i love jen aniston btw), membuatkan aku terpk, how much i have let go since i got married and became a mother.

thats why i suck in my masters studies. i am not willing to spend too much time on it.

tapi apa pun aku happy sgt malam tadi sbb pc dah boleh on balik.. takyah kene htr kedai. rasa macam loser gile la kan dah kat 10 tahun hari2 guna pc tapi taktau nak troubleshoot the most important err electronic gadget in my life?

wpon begitu ada hikmah nye pc rosak skejap. baru aku sedar aku buat backup sikittt sangat kat tempat lain. mmg la boleh kuarkan hdd tu cucuk kat tpt lain kan. tapi kalo dibuatnye hdd yg kong?? hohohohoooo everything will be lost.. n i mean literally everything..

satu lagi hikmah, sebenarnye tools2 utk projek pun dok dlm laptop. kalo dah ada pc tu mmg malas nak bukak laptop yg kecit tu so errmm sbb tu la projek aku seloww je progress nye harharhar...

so itu la dia kisah besar yg berlaku minggu lalu..

this wednesday aku ada exam statistic so aku dgn jayanya dah start study semalam...
balik serdang berkurung dlm bilik buat latihan...
saje je start awal sbb besok hubby nak ke jakarta dah...

hari ni pulak run errands, ptg tadi ikut hubby ke opisnye kerana beliau ada kerja yg belum siap, n we ended up waiting for him from 5.30-8.30 pm.. hangin je aku.. dia kata skejap je. last2 jadi 3 jam.

lepas setel hal kat opis baru berkejar ke sg wang nak tukar duit kat money changer n sampai rumah kul 10 malam...

so kenapa aku nak recap semuanya?
sbb tadi masa hubby buat claim hal2 keja dia, kalau dia lupa dia suh aku bukak blog n tengok on certain dates dia gi mana buat apa. so kene makin kerap update dgn aktiviti2 kami lah..

dah la ngantuk dah.

bye2.

Thursday, March 04, 2010

can anybody find me somebody to love

terngiang2 lagu ni dalam kepala.

sbb tgh mengemas hard disk.

hari ni kena panick attack.

i have less than 2 months to do settle everything.

berdebar2 sampai takda mood nak makan nasik lemak singgit kat fakulti.

serius tuh.

balik2 je ngadu kat hubby.

beliau ni pun mmg salu tak heran tgk bini nye panik.

beliau kata, ur gonna come out of this shit.

eh?

lebih kurang gitu la bunyi nye. i only remember the word keluar dr shit.

forgot already.

hubby selalu macam tu.

selalu ingat, takpe she'll manage, she'll manage.

what if i dont?

what if i decided to drop everything n run away?

benci benci benci.

benci keje. bukan benci hubby.

next week ada exam.

and hubby just announced (yes he has to announce it to everyone everytime) that he's going to jakarta for the week.

demmm...

takda waktu lain ka?

time aku nak exam statistik je mesti beliau nak kene pi jakarta.

tensen2.

benda tu kene banyak wat latihan.

umar tu pantang tgk ibu dia pegang pen n menulis.

mesti dia nak capai.

geram kadang rasa nak picit2 je.

tapi kesian beliau tgh tak sihat.

tiap kali bersin hingus kuning jatuh. kalo lambat sapu alamatnye kene kat baju atau masuk mulut.

batuk pun ada gak. sian dia.

cepat baik ya sayang ibu.

ok i should stop now. i havent stop since pagi tadi. now dah pagi balik.

besok pengsan...

bye2.

Wednesday, March 03, 2010

cant wait for this to be over...

my masters, to be exact.

nak cepat2 habis supaya takyah pk dah..

tapi nak masa berjalan slowly supaya boleh rilek2..

tapi dah habis masa nak rilek2 dah pun...

ok semua. jgn kacau aku. aku nak fokus utk habiskan semua keje n dapat A utk keempat2 subjek.

go mas go!

Tuesday, March 02, 2010

pre menstruation headache

iv been having this headache since 4pm.

already took 4 panadol actifast.

but the pain still wont go away.

and im hungry.

turun bawah nak makan honey star..

tengok2 ada orang yg bukak honey star bbrp jam tadi tak ikat bungkusan honey star tu balik.

eiiii...

mujur la aku turun nak amik mendalah tu. kalo takde sape tengok.. alamatnye babai laa... bazir je...

on a different note,

mama bagi voucher rm100 giant tadi.

wuhuuu.

voucher jusco besok baru nak pegi redeem. n dah decide apa nak beli.

bukan train thomas tu, sbb haritu dah try test kat umar, beliau tak reti nak tekan lagi pon alphabet2 tu..

bukan juga tent sbb cuaca skang sket nye panas.. maunye dia nak dok dlm tent yg makin memanaskan itu.. huhuhu...

nanti lah kalo jadi beli sok aku tunjuk lah.

tapi umar macam kene sakit mata lah pulak..

beliau dah selsema agak lama tapi mild je. so skip2 bagi ubat. pagi tadi tengok hingus nye dah kuning2 sket.

okeh dah agak risau. tapi tak teruk selsemanya.

tapi by night time mata kanan dia banyak menghasilkan tahi pulak.

eh apasal ni?

bace2 kat internet, kalo sakit mata + cold symptom, mungkin kene jangkitan virus..

so besok kene bawak gi klinik lah..

hopefully tak ada apa2 yg teruk.

and dah titiskan breastmilk kat mata beliau tadi.

first tiem elok je dia tak kelip mata (prolly bcoz he didnt know whats coming :P)

2nd time letak dia panik sikit. tapi lepas letak dia rilek je sbb susu tu tak memedihkan mata pun.

ye la nama pun remedy kan?

mana kau tau benda ni? ntah baca dari mana tah.

harap2 besok beliau tak bangun dgn mata berkerak...

okey nak gi makan honey star sambil menonton reruns..

tata.