Friday, April 30, 2010

lupa diri

akibat terlalu happy aku sampai terjadi lupa diri.

lupa yg report projek belum dihantar. dan belum dibuat pun lagi. oops tadi dah siap buat rangka.
isi karangannye? ntah bile nak buat.

tapi bile aku tanyakan pada kawan2, ada yg belum present pun lagi. minggu depan baru present. bagus la, kata hati. that should give me a couple more days to get this done n err sent to the binder.

tapi kan, entah kenapa, lepas habis je keje, terus benda2 menarik datang, sampai aku jadi lupa diri.

no 1, iron man2 mula ditayang hari ni. ikut hati aku nak pegi tengok sorang pagi tadi or pagi esok. ini tabiat biasa sebelum kawin dulu. kalau ada citer2 yg mmg ditunggu spt harry potter, mmg aku book awal2 utk tgk the 1st screening.

tapi skarang dah ada hubby, kene tnaye hubby dulu lah kan. memula beliau bagi je. tapi last2 dia kata dia nak join jugak. so jadiknye kami beli la tiket utk tayangan sabtu ni di mines. harap2 parking kat mines tak macam haram. bcoz every weekend mmg cam haram sampai malas nak pegi mines dah.

no 2, minggu depan j-card day kat jusco midvalley. pergh ni lagi buat aku teruja. haritu j-card day cheras selatan tak dpt pegi sbb bizi. now, sejak dpt tau pasal jcard day ni aku dah list down barang2 nak beli kat sana nanti. lama dah tak gi shopping ni. siap la sok... uhuhuh...

no 3, aku dapat rasakan, yang, tak lama lagi aku akan dapat panggilan temuduga. temuduga apa? biarlah dirahsiakan. tapi betul2 rasa macam everything just falls into place, you know? tapi apa pun aku mmg nak rehat sekejap la sebelum mula keja.

no 4, nak pegi jalan2 aka holiday soon. ke mana? taktau lagi. but within these 2 months la. korok2 pun gi ganu la... kalu best sket, ntah takde idea sebenarnye nak gi mana.

erm itu je lah.

esok nak letak gambar umar sket lagi. malam ni dah ngantuk.

oh ye, rasanya aku akan ke j-card day dulu sebelum decide nak beli nintendo wii/dsi xl atau tak. takut tak cukup bajet nak shopping huhu. game buleh tunggu dulu.

okey bye2.

Tuesday, April 27, 2010

Tamat Masters

Pergh lega gila tak terkata.

nak cerita sket kronologi hari ni.

7.00 : bangun subuh lewat sbb tido kul 4, siapkan presentation slides.

8.00 : bunyi alarm. takleh bgn lagi. kepala berat. decided to wake up at 9.

9.00 : bangun. kepala masih berat tapi dah terlewat. cepat2 mandi n siap. itu pun ada waktu duk je atas kerusi. sbb rasa berdebar2.

9.30 : kejut umar bangun tido, mandi kan beliau.

9.50 : bile dah siap nak turun bawah n keluar, umar berak pulak dah... dah pakai baju cantik2 utk present kene basuh berak lak.

10.00 : keluar dari rumah.

10.25 : sampai serdang, tinggalkan umar dgn mil, gerak gi fakulti.

10.35 : sampai fakulti. tengok org yg patut present sebelum aku postpone presentation dia.

11.00 : tepat jam 11, sv n penilai masih tidak kelihatan. mula la aku melilau mencari. tadi nampak dah penilai jalan2 kat luar bilik presentation.

11.10 : baru stat present. cong ceng cong ceng.

11.45 : tamat. Alhamdulillah. fellow klasmates congratulated me by saying, tahniah dah grad. pergh lain macam rasanye bile dengar tu. dah grad ker aku?

12.00 : pecut gi bangsar.

12.30 : sampai bangsar, lunch dgn hubby. jumpe je hubby terus salam dia n kata, "tahniah dah grad" - tiru apa yg klasmates cakap. hepi. makan cheese nan n ayam tandoori. yummy.

1.20 : pegi ke bangsar village utk cari kedai game yg jual wii.
la kate kat kedai ni jual wii yg tak modified, tapi dia jual yg modified gak? mahal pulak tu. ade ke 1.3k pale hotak. aku tgk kat intenet bole dpt rm940? what the hell?
dsi xl pun mahal gak, 1.2k??? kat intenet tak sampai 800 pun?! saje je nak cong aku ni. blah la.
pastu dah bgtau hubby, nak pegi foot massage. tetengok kat bangsar viIIage ada thai odyssey! takyah la pusing gi mines pulak. hepi.
foot massage 1 jam. heaven giler. for RM55, dia urut tapak kaki, betis, kepala, tengkuk n bahu. exactly what i needed! foot massage tu mmg nak lah. tengkuk n bahu mmg sore sbb asyik dok ngadap komputer berjam2. totally worth the price. keluar dr tempat tu rasa badan ringan gile.

3.00 : dah nak balik, dekat dgn tempat parking ada kedai alat jahitan. pergh menarik gile. kain2 dia comel2 gile. siap ada jual mesin jahit! aku nye mesin jahit singer tu baru lagi. but somehow aku tak puas hati. jahitan dia tak cantik. suka terputus2. sakit hati gak guna. tapi mama belikan utk aku tu. tak sampai hati nak jual. kalau beli baru jenama brother, sapa lak nak guna singer tu? dah la aku sorang je yg reti guna mesin tu kat rumah ni.
anyhoo, sleknye wpon kedai sgt comel, harga bapak mahal. zip 0.7m 14ringgit? cekik darah...... i just like to look at the shop. but not buy things from it.
sbelum balik beli caramel frappucino dulu..

3.45 : sampai serdang, umar greeted me with a happy face. tapi bagi susu dia pegi geget pulak. marah ibu tinggalkan lama sangat kot. geget geget sampai ibu give up. pegi la makan benda lain dgn tok. nak geget2 jgn kawan dgn ibu.

4.45 : lepas mandikan umar, balik bangi. singgah bank muammalat n ani sup utara. beli bungkus bihun sup. boleh la. bihun sup pasar malam lagi best.
malam : lepak je....

conclusion n recommendation for future work :

on bangsar village - it has officially become my 3rd favourite mall after midvalley n klcc. best sbb tak ramai org (wpon susah nak parking). kedai2 feveretku yg ada di bangsar village 1 n 2 : nando's, crocs, toys r us, bebehaus, clarks, starbucks, kedai jahit comel, kedai game mahal, thai odyssey, mph.

on masters - hadoiyaii.... lega sangat dah aku ni.. mmg rasa nak nangis pun ada. sebab lega yg teramat sangat. wpon ada report yg perlu di hantar. sume dah ada. nak kene olah je. besok la start.
hepi sangat i was soo becok during lunch. kalau tidak, hubby cakap pun kdg2 tak perasan. sbb kepala dok pk kerja je.

on wii - ekceli hubby tak bagi beli. i said that i already sold my dsi to buy another console. n i decided the new concole that i want is wii. but he said no. kalu nak beli dsi xl tu boleh. bcoz that was the original plan.
ok la pikir2 pun. elok lagi la dsi xl tu.. kebarangkalian ianya menjadi gajah putih lebih kecil dari wii. eh tetiba terasa nak buat hypothesis testing. bengongg!!!

oh im so happy i wanna go play sally's salon kejap. tadi kat thai odyssey terbayang sally's spa. hehehehe....

im happy happy happy!!!

p/s: what's next?

Wednesday, April 21, 2010

jadual sehingga minggu depan

jumaat :
dah 4pm.
lepas solat asar nak join umar tido.
malam : stadi sw evaluation sampai subuh.

sabtu :
9-11 : exam sw evaluation
11-3 : potluck rumah mami
ptg : tido
malam : prepare presentation projek

ahad :
sepanjang hari siapkan presentation ppt.

isnin :
11-11.30am : projek presentation
afterwards : gi bangsar lunch dgn hubby
after lunch : gi bangsar village survey@beli wii.

the rest of the week : setel report.

ok bye.

umar bercakap

video
this is the video that i said i want to capture.
its a video of umar repeating some words. tapi kelakar sbb boleh berubah2.
some of words yg umar dah boleh cakap :

bola : buta
ikan : itam,ijam,iyam
ayam : ayam
atok : abah (this is bcoz we call my dad abah. so bile sebut atok, dia automatically sebut abah.. isk~)
opah : apah
baju : baje
bahaya : abaye (ni bcoz i always said to him, "umar, jangan panjat tu, bahaye!"), so lama2 dia pandai sebut bahaya.. tsk tsk tsk.
hii ya Allah : hiyawah.. hiyawah.. pandai sangat sebut ni berulang2 kali. kadang2 sebut lailahailallah pun dia pi ikut cakap, hiyawah... nampak sangat ibu slalu menyebut hii ya Allah kat umar... hehehehe.
sampai dah : sapa dah.. (ni sebab tokki umar suka lambung2 umar pastu cakap, sampai dah..)
habis dah : abih dah... (ni umar pandai cakap sendiri, taktau dari mana dia belajar.. siap dgn gaye tangan.)

n kadang2 atok boleh jadi, abayah (gabungan abah+ayah)..
bila panggil umar, dia takleh sebut nama dia, tapi dia macam sebut, saye..
ape lagi ek..
air jadik aii...

tak sabar nye nak tunggu umar pandai cakap...

Monday, April 19, 2010

19 April 2010

its already 1am on the 19th of april 2010.
today is my hubby's bday.
siang tadi entah brapa kali ingatkan diri sendiri, malam ni bday hubby. kene ingat ucapkan kat dia b4 dia tido. besok pagi dia pas subuh dah chalo dah, takut terlupa.
ok dah ucap dah..
besok nak gi beli kek lah.
hehe bukan nye nak sambut beriya2 pun.
its just a good excuse to buy a cake.
yum yum.

ok mula2 ingatkan nak membebel pasal umur kami yg dah menganjak ke 27 tahun ni tapi takde masa lah..

im just worried about tomorrow's exam.
hubby pun kene marah. sbb dia suka no tanye, camane progress harini? ikut schedule tak?

ada progress tapi tak ikut schedule, aku jawab.
pastu beliau bebel la. mana leh tak ikut schedule blablabla.

aku pi balas, sukati orang la... selama ni boleh je. jgn la nyebok.

sesungguhnya aku rimas kalau org dok tanya2 pasal stadi ni. yes i know i complain a lot. tapi dengar je la. pandai la aku settlekannye. insyaAllah i'll manage.

ok kembali pada topik exam. subjek yg kene hapal gile babi aku rasa nak baling je nota2 ni sume.
haritu punye midterm exam dapat sikit je.. mmg impossible nak hapal sume.

pada jam 1 pagi ni, aku ada pilihan. nak tido ke atau nak hapal n bace n bace n bace sampai kul 4?

or tido je skarang(sbb badan dah penat, baru balik dr pil's house.), besok pagi bangun awal sket dari ehem 12pm, setel house chores, hantar umar gi pil's house, pegi fakulti n stadi sampai exam.???

taktau la. badan cam lesu je harini wpon byk tido n speed reading the notes.

aku nak muntah.............................

loya nye tengok.............................................

Sunday, April 18, 2010

our unhealthy routine

hello hello.

its 1.21am. by my definition, its still early.
nowadays i usually go to sleep at 4am or later.

sbbnye tunggu anak tido dulu baru buat keje.
umar tido kul 11pm onwards.
so mmg dapat 4hours solid buat keje tanpa gangguan.

tapi bangun pukul? 11.30 paling awal.
paling lewat setakat ni.. 1pm.. umar pun sama bangun kul 1.

rasa rugi kan separuh siang habis begitu saja?
apa beza aku tido kul 4 bangun kul 12, dengan tido kul 10, bangun kul 6?

beza, sebab, kalu bangun kul 6, bila umar bangun, pastu dia suh layan dia.
kalu tgh malam, dia tido nyenyak je. mmg tak bangun. kalu bangun pun sekadar nak susu je, lepas dapat, dia tido balik.
pagi2 dia bangun gak around subuh n several more times after that tapi sbb aku pun sambung tido pas subuh, aku just bagi susu n ajak dia tido lagi.

sangat tak bagus utk anak aku yg tak diajar bangun pagi. nak gi skolah sok camana?

harini, kami kejut dia awal sbb nak keluar, 9am dah bangun.

hasilnya? he did not poop today.

terkejut. rutin harian dah kacau.

its usually, 11am or so bangun, mandi, 1pm err lunch terus. bfast dia susu yg dia minum several times masa dia bangun b4 11am tu la.

n then main main sampai kul 3-4, berak around this hour n then another short nap, 1hour,

kul 5 mandi, kul 6 dinner, n main sampai 11pm.

so dari 11am - 11pm keje aku melayan dia je lah. mmg tak de nak buat keje sendiri.

dia tido, baru la dapat konsentret pada keje.

itu lah rutin harian ku sekarang.

takpe lah, dah nak habis pun.. 10 hari je lagi....

lepas ni harap2 dapat waktu tido yg ideal for the both of us..

ingat nak rakam video sikit ttg umar.

tgk la besok kot ada masa.

ok back to work.

Thursday, April 15, 2010

umar's latest

depan shell fasa 6, tgh jalan nak pi pasar tani


playground surau al-madani

bila tgk dalam gambar, rasa macam dah besar dah anak aku ni.

tapi bila tengok depan mata.

ceh kecik lagi. tido pun nak nenen lagi. berak tak reti nak basuh lagi. dah pandai bercerita tapi dia sorang je paham.

kecik lagi la tu..

okeh tambahan pada benda2 yg perlu diambil tindakan lepas habis keje.

1:bawak umar gi cucuk 12 bulan yg dah tertangguh 3 bulan!
2:tukar cermin mata. yg skarang ni frame dah senget2, cermin dah calar2. akibat umar yg suka duduk atas muka ibu, sambar cermin mata dari muka ibu, n capai cermin mata tu setiap kali ibu letak atas meja. ibu perlukan, frame plastik tebal macam dulu, dan anti-scratch lens... be prepared to spend at least rm600 for this... tgk harga mmg tak sanggup. tapi calar balar yg penghalang penglihatan n cermin yg asyik terkena bulu mata akibat frame yg dah bengkok ni lagi tak sanggup...

glee yg dinanti

watched glee earlier today.

i give it.. 3 out of 5 saje..

bosan. boleh lak tukar2 pasangan sekelip mata camtu. kejap nak org tu, pastu nak orang ni, pastu nak orang tu balik.

is it so hard to just like one single person?

lagu pun, biase2 je. nothing special.

berbulan tunggu camni je hasil nye?

eheh sama la cam projek masters aku.

any hoo. exam malam tadi.. ok la. ada la salah sikit sana sini tapi insyaAllah A dlm tangan. sbb carry mark tinggi.. tinggi pun sebab.. eheh ada la sebab nya.

anyhoo.. bile tgk carry mark tinggi (terkejut), bile boleh jawab exam (kagum dgn diri sendiri), i dont feel so bad afterall. insyaAllah things are going to be fine.

26 april. im not ready for you. but u will come no matter what.

ok off to budak kecik yg merengek aaaa! aaaa! dalam cot.

bye.

Tuesday, April 13, 2010

26 april 2010

26 april 2010. 11am.

penentu segalanya.

segalanya? over sangat tu..

penentu nasib masters ku....

so sape yg pi paksa dr@zim postpone exam ke 24 april tu mmg kejam la...

elok2 aku habis exam 19 april, on hubbys bday, kene spend 5 hari lagi pk pasal exam. n that leaves me with only 2 days to totally focus on my project presentation.

sangat tak considerate org yg paksa tukar tarikh tu sbb sampai kelas terakhir pun ada yg masih mintak postpone. padahal tarikh dah set 3 minggu yg lalu.. sudahnye semalam dapat email kata yg exam kene postpone.. kot ada yg tak baca email tu?.... menyusahkan diorg nanti datang jauh2 tengok exam kene tangguh...

takpe... penting kan la diri sendiri... pedulik apa aku dgn korang... aku paling menyampah dgn org yg suka memaksa2 pensyarah ni.

just bcoz org lain diam tak semestinya diorg tu takde pendapat ok.. kalau semua nak ikut kehendak masing2 berselisih paham la..

apa sangat la A yg korang kejar tu... 3 years from now tgk balik A tu ada rasa apa2 ke.... berenti la menyusahkan org lain utk kepentingan sendiri...

ah aku makin stress.........

besok kene jumpe sv..............

tak tido malam ler aku 13 hari ni........................................

Monday, April 12, 2010

if i have thousands of ringgit (and plenty of time) in my hands

okay. final exams n final project are stressing the hell out of me. so jom citer pasal barang2 yg ingin dibeli n benda2 yg ingin di buat sesudah semua keja disiapkan...
  1. botol minum berstraw utk umar. tak brape risau pasal nak cuci straw sbb mmg dah lama beli straw brush pigeon.
  2. mainan lukis yg magnet tu utk umar. nak yg fisher price punye. apa tah nama benda ni.
  3. katil baru. king sized, firm bed. sesuai utk 3org gemok.
  4. nintendo dsi xl
  5. nintendo wii US version, not modified + wii games: harvest moon tree of tranquility & harvest moon animal parade.
  6. ingin pergi bercuti. mama is going to ireland, hubby is going to japan@ china sometime during the middle of the year. kalu buleh nak ikut sama dua2 orang, tapi memikirkan diorg pegi atas urusan keja, n i will end up jalan2 berdua je dgn umar.. plus harga tiket yg best, hurmmmm... sabo je le. lain kali na. but i have ran out of places to visit in peninsula malaysia. langkawi,terengganu,penang,perak,pd,melaka,jb,cherating. BORING. sume dah pegi@lalu dlm 6 bulan ni. tgk la nanti aku usahakan sesuatu...
  7. kemas bilik yg rupa mcm tongkang pecah sejak bbrp bulan yg lalu.
  8. kemas part2 dlm rumah ni yg berbahaya pada umar.
  9. repair baju renang yg dah rosak zip nye. baru sekali pakai. hampeh.
  10. cari keja? hehe ni tunggu at least 2 bulan lepas habis masters. aku nak jadi suri rumah sepenuh masa at least 2 bulan.
  11. gi lunch dgn hubby tiap2 hari.
ok itu je.......
tak sabar nye nak tunggu bulan ni berakhir......

Sunday, April 11, 2010

a short memoir

yesterday i woke up to a gloomy saturday morning.
hujan renyai2 pagi tu.

i had to go to class.
but rasa sgt malas nak bangun, mandi n tinggalkan hubby n baby kat rumah.

at 8.50am i left home for my 9am class.
ikut highway.
sampai kat tol upm jem gile tak bergerak!
waited in line for 10minutes, n decided to drive up to sg besi tol n make a turn via seri kembangan.

9.45 baru sampai kelas.
tapi itu pun cume ada 6 org je dlm kelas.

ramai lagi yg masih terperangkap dlm jem.

habis kelas, klasmates nak gi makan n later probably stadi same.

rasa nak join, but i had to go to arwah ina's tahlil.

nak pegi ke tidak nak pegi ke tidak?

i decided to go to the tahlil, bcoz i know if i didnt, i wont stop thinking about it.

sampai je tgk banyakk kereta. aku dah lambat stengah jam.

park kat simpang jalan masuk rumah ina, n then i walked to her house.

masa depan rumah, tengok penuh orang sampai kat tangga.

ada satu spot kat anak tangga so aku duk situ je lah.

someone panggil suh masuk dlm rumah tapi segan lah aku. nanti semua orang tengok.

dok je lah kat tangga tu, baca sama 2 orang muda yg aku agak kawan ina jugak.

sepanjang bacaan tahlil tu ada jugak 2-3 kali 2 kawan ina ni dok kesat2 air mata. aku jugak nampak diorg bawak buku2 cerita yg aku agak diorg pinjam dari ina tapi tak sempat pulangkan.

jadi aku agak jugak yg diorg rapat la sampai bole pinjam2 buku citer tu kan.

aku pun ada beberapa kali jugak rasa sebak. dengar nama beliau disebut, tengok rumah beliau.

itu belum lagi jumpa dgn mak beliau.

tapi dlm bbrp kali sebak tu sekali je air mata keluar sikit.

takleh, takleh menangis.

kalau ina nampak nanti dia marah.

i still remember, masa form 1.

kami masa sekolah rendah mmg rapat jugak sbb geng budak2 nakal. eh ye ke? atau sebab main bola baling sama2.

rapat sampai masuk sekolah menengah. tapi tak sekelas pon. aku kelas arab. dia aliran biasa.

tapi masih rapat, sampai kami ni jadi satu geng.

DTA1G.

mmg la poyo kan dengar but thats what girls do i think.

tah sape bagi idea utk nama tu pun aku tak ingat.

but it stands for,

double triple A one G.

2*3 A 1 G

6 A 1 G

maslinA, jastinA, shuhadA, aidA, zarinA, (err sorang lagi aku lupe sape.. azurA kot.) and lastly alonG (azrah).

so mmg rapat la kan dah satu geng tu.

pastu pertengahan form 1 ina khabarkan pada kami, family dia akan berpindah ke sungai petani sbb ayah dia kene transfer ke sana.

sedih waktu tu.

aku tak ingat la sedih camana sebelum dia pindah tu tapi aku ingat ada sekali tu, petang2 naik beskal sama2, entah apa yg kami dok bercakap, ina macam marah ke hangin ke sthing like that, n then terus bawak basikal dia laju2 tinggalkan kitorg.

heran jugak dgn dia time tu tapi kawan2 lain kata, dia nak tinggalkan kita sbb tu dia mcm marah2, sbb tanak kita sedih.

something like that la.. aku lupa dah.

so waktu tu aku pk macam, oh she doesnot want us to be sad coz she's leaving, sbb tu dia buat macam tak kisah je kat kita.

lepas tu, the first day of school after she left. it was monday ke wednesday, aku dah lupa.

masa rehat, bile kawan2 dari aliran biasa turun ramai2, (aku kelas arab so jumpa geng time rehat je. n aku slalu keluar dulu ke, kelas aku lagi dekat dgn kantin ke.. ), i was half expecting her to be there. sbb tak caye dia dah pindah. tapi mmg dia dah takde lah kan... so habis la kisah geng kami time ni.

eh ye ke?

ye kot.. habis form 1, along azrah pulak pindah. so tinggal 5 orang je.... tapi rapat jugak la sbb slalu naik beskal sana sini petang2 hang out sama2.. err sampai la aku ketemu dgn boifren aka hubby ku sekarang ni masa f3, time tu baru la renggang sket sbb ptg2 aku dah tamau hangout dgn kawan2. aku buat apa???? hehe tunggu boifren tepon la tiap2 petang.. kuikuikui... form 3 ni weh....

ok so lets fast forward to form 4. hubby n his family moved to terengganu, aku pun dah habis kelas arab, masuk kelas sains tulen..

by this time ina n her family dah pun balik bangi. ina masuk balik skolah jalan 3, n kami dedua dpt 7a pmr, n ended up in the same class.

ha time ni kami start rapat balik... datang balik lepak rumah dia...

satu lagi yg aku ingat dia cakap pasal welcoming ppl to her house. aku kata, ko ni suka orang datang rumah kau.. dia pegi balas balik, ko tu yg tak suka orang datang rumah kau..

terpana sket tp mmg betul pun. sbb rumah aku bersepah. org datang always kene kemas dulu. plus aku suka pakai baju tido je dok rumah.. orang datang kene salin baju dulu.. so sudah nye malas nak ajak org datang rumah. pastu satu lagi segan bila org tengok rumah n pk macam2.. tah pape la...

aku dgn ina ni, like i said mmg selalu berlawan pendapat. bukannye gadoh pun, just tak sama pendapat je. lagi satu aku rasa sbb exam selalu markah lebih kurang je. itu pun boleh jadi rivalry factor jugak. upsr sama2 dpt 4a, pmr sama2 dpt 7a, tapi time spm dia rajin sikit, dia dapat bagus lagi dari aku.. tak ingat dah brapa..

so in the end dia dapat sambung matrik farmasi di uia. pilihan pertama dia tak silap aku medicine, tapi tak dapat. aku pulak, first choice farmasi (aku nak ni sbb bio aku a1 kot rasanye..), 2nd choice sains fizik. tapi aku pun tak dpt farmasi tu sbb result tak cukup bagus.. dapat la sains fizik...

ok so hari mendaftar di uia, aku dtg dgn mak aku, while ina came with her parents.

time register tu jumpa je ina, zati, n tah sape2 lagi member, tapi masing2 dgn hal masing2.
aku yg cuak baru 1st time kene jauh dr family harap dpt duk sama dgn kawan2 lama. but guess what? ina of kos la tak kisah dia dok dgn sapa.. dia bukannye lembik cam aku.

lepas je register, mak aku tinggalkan aku sbb dia ada meeting haritu. i called ina, tetengok dia ada dekat rumah auntie dia yg berdekatan dgn uia.. alamak takde geng lagi..

taaruf week yg menjengkelkan dan memualkan buat aku benci pada uia, sampai aku call mak ayah aku (after 3 days of being there) nangis2 nak balik. nak masuk upm. tanak dok tpt tak best ni.

ina knew about this n she was quite angry with me. when my dad came to pujuk me n bring me some food that mama cooked at home (lamb chop), ina geleng kepala je. she didnt say anything, but i knew she didnt approve of it. i know that she was quite happy there, with new frenz and all...

aku pulak dapat rumet yg ok la gak tapi still macam takleh masuk je. biasa la budak bangi mana masuk dgn budak2 kampung.. (time tu laaaaa skang tak macam tu dah...)

so after the taaruf week ended, i left uia, n started my studies in upm.

so, di sini lah, hubungan aku dgn ina jadi jauh... dah tak sama tpt blajar. pastu aku pulak tak suka nak dgr pasal uia dah (time tu allergic sekejap..) lama2 kami pun dah tak rapat...

anyways kalu nak dipikirkan, aku dgn kawan2 lain pun macam tu gak. once we stop crossing each other's paths, thats when the friendship.. kinda ends.. bukannye putus kawan tapi terputus hubungan..

lebih kurang cam tu lah..

so ok back to the majlis tahlil, lepas habis bacaan tahlil, mak ina ada la buat ucapan sedikit.. mintak maaf bagi pihak arwah, how lucky she is to have a daughter like ina. ha time ni mmg sangat sayu.. berair mata..

yg paling penting sekali mak ina cerita camana kisah sebelum beliau meninggal dunia.

deman sekejap je, 3 hari. malam terakhir tu baru masuk icu, mak dia pun dapat tengok dari jauh je. n mak dia cakap yg last skali pada ina adalah, sabar, doa, and arwah angguk kan kepala.

at 12am the same night, doktor panggil masuk icu, n a couple of minutes after that, ina pun pergi mengadap Ilahi...

macam tu lebih kurang kisah nya. kalu ada tersilap cerita aku mintak maaf.

yg paling sedih kat sini adalah baru lah aku tau, keluarga dia pun tak sempat cakap apa dengan dia. everything happened so fast.

tapi, insyaAllah, suatu hari nanti bertemu juga kembali..

lepas habis tahlil, ada jamuan sikit, mak ina siap panggil nama aku. terharu.. even though dah lama tak datang, mak dia still ingat pada aku.

n then cakap dgn adik ina. now that she's gone, baru lah aku perasan how her sister is the carbon copy of her. muka, suara sebijik. cume ina putih sikit.

pastu masuk bilik ina. seemed smaller than i remembered.

buku2 yg aku nampak kawan2 dia bawak tu mmg sah buku dia sbb buku2 tu dah ada atas katil..

ada waktu2 nya mmg susah nak caya yg beliau dah meninggalkan alam fana ni. rasa macam, she is just away. kat kuantan ke, kat selayang ke.. thats y i cannot meet her.

ok lah, sampai sini je..

just a short story of our friendship.

banyak lagi yg aku ingat, tapi biar lah jadi kenangan sendiri.

ini adalah kematian pertama yg melibatkan orang yg pernah rapat dgn aku.

Bila tengok ramaii nya orang datang tahlil, ramainya org datang ziarah,

aku terpikir, giliran aku nanti camana pula?

the end.

Friday, April 09, 2010

If You Ask Me...

if you ask me, what i would like to do after im done with my masters, this would be my answer :

i wanna stay home, be a good wife to my husband, and be a good mother to my son.

instead of,

a wife who gets angry when her husband comes home late from work (orang nak stadi ni, umar takde sape nak jage blablablabla.)

and a mother who gets angry when her son does not want to go to sleep even though its already 12am (last2 gi turun bawah isi perut, biar umar tido with his ayoh).

so how?

sekarang ni sikit2 nak marah.

aircond tak sejuk pun marah.

arghhhh i hate this!


p/s: lepas tulis entry ni, terus muhasabah diri. pikir2 balik, apasal marah dgn diorg? sbb id like to give my best for my studies. but maybe i just need to accept the fact that, this is the best that i can give right now. n be grateful with what i have.

im just angry becoz theres soo many unsettled work n im getting stuck at one too many places. can i get out of this alive? i guess we'll have to wait n see.

3 weeks!!!

Tuesday, April 06, 2010

Pendekar Laut

'Adil Wahid 1998.

Monday, April 05, 2010

my to-do list until 2nd of may

sticky post.

1. empirical methods.
-final exam is 11 days away. stadi!
-1 last homework yg taktau apa lecturer nak. note: mesti tanya klasmate @ doc.

2. sw evaluation
- paper review : baca 2 ketul paper n buat review. n gabung dgn 2groupmembers. submit on 6april
- also stadi for final. 14 days away.

3. sw agent
- protege! tak paham. kene tanye klasmate gak isnin ni. submit b4 final exam.
- stadi for final exam - 16 days away.

4. final project
- i need 8 more respondents. adeeb di mana kao??? hehe.
- analyze the questionnaire.
- report!
- err jumpa sv.

as of now, some of these seem un-do-able. is there such a word? i dont wanna say 'impossible'.

no no i have to stay positive.

we'll see, we'll see.

kalau pun tak boleh grad 1st klas, dapat atas 3.5 pun cukup lah.

setel je hal stadi, the next thing i need to do is,

CABUT GIGI KAT PUSAT KESIHATAN!!

lepas tu mungkin beg certain ppl for a job.

i need to get my mom to retire.

but with my fresh grad salary, camana nak bantu family?

ok nak kuar makan, bye.


Saturday, April 03, 2010

budak manja


Friday, April 02, 2010

bengang lagi.

my mood is a bit off today.

pagi2 bangun, solat, n then tata hubby.

pastu mama said she's taking the car to work today. coz ody nak kene hantar servis.

hala, aku dah ler banyak plan hari ni.

nak pegi rumah arwah ina.

nak pegi kuar bawak umar jalan2 gi warta.

nak pegi pasar tani.

oh well, what to do. pastu naik atas sambung tido.

pastu kene tido kene kacau lagi.

my aunties came to pick up some stuff.

bukannye tak suka diorg dtg.

tapi tak suka org dtg mengejut. bgtau la dulu so i can be prepared, ie bangun awal sket, siap2 kan umar.

ni pagi tadi telefon tak berenti berdering, mula2 buat bodo je sambung tido.

tapi dah dgr aunties dah sampai rumah, kena bangun,

umar pulak of all days, hari ni pulak sluar dia nak basah time bangun pagi.

padahal tak pernah langsung pampers bocor!

bangun pening2 lalat bukak pintu.

pastu dah bangun tu, takleh tido balik. pastu bukak fb tgk status pasal arwah ina dah makin byk. arghh aku nak pegi.......

tapi takde kereta.

tak dapat pegi.

takpe lah. yg penting sedekah kan alfatihah, yasin n doa utk arwah.

ziarah tu mmg besar pahalanya tapi dah tak mampu..

terkilan terkilan....

sampai saat ni bila sebut nama beliau dlm kepala masih tak leh nak percaya.

a girl so strong.. haih...

malam ni pulak bawak keluar cadar utk ganti yg umar dah basahkan pagi tadi.

pastu baru sedar cadar tu hadiah kawen dr arwah ina.

*sakit dada*

sabar sabar.

pastu dah takda mood sbb tak mampu ziarah jenazah, tido kene ganggu, sudahnye dok melepet je sampai tghari.

nak masak bubur umar pun malas.

sumbat beliau dgn nestum, nugget dulu pagi tu.

kul 2 baru sibuk masak bubur.

masak lebih sbb aku sendiri takda selera nak makan nasik.

bubur daging+broccoli+cauliflower+carrot.

yum! tapi mamat umar tak brapa nak makan sgt. apasal?

sbb dah kenyang makan nugget kot.....

ptg tunggu mama balik nak pegi pasar tani. lama gile dah tak pegi pasar tani.

mama balik lewat. pastu nami pulak nak guna keta.

pesan beliau gi pasar tani, dia pegi buat hal dia dulu, dah maghrib baru nak pegi pasar tani.

mengamok la aku. pasar tani tu siang je la!

ingat macam pasar malam ke??

cuma dapat beli 1 out of 3 stuff yg aku pesan.

hangin hangin. nak kene tunggu khamis depan pulak.

tapi next week dah cadang nak dok serdang.

sbb hari2 nak pegi fakulti awal.

student cemerlang. final week of lecture baru nak dok fakulti buat keje.

rutin aku sepanjang sem ni adalah begini,

isnin,selasa,rabu = kelas malam so the whole day bizi2 dari bangun sampai tido.

khamis n jumaat = rest day. jalan2 gi warta, makan nasi ayam, lepak2 layan umar etc.

sabtu = projek.

ahad = prepare utk kelas next week.

so skarang ni khamis dah rosak. besok pun rosak gak sbb masih tiada kereta.

there goes my rest days!!

projek belambak2 lagi tak siap. n subjek2 punya homework!

im going crazyy...

not to mention, my period is overdue.

hoi period mana kau?!!

jgn buat aku tensyen!!!

dah 4am.

mari memaksa diri utk tido.

Thursday, April 01, 2010

the passing of a dear friend

at 1.30am tonight, i received a msg from odi.

a msg at this hour from the bbc of bangi, i thought, this cant be good.

i read the sms.

sedekah alfatihah

ok somebody died.

read the name.

zarina.

zarina ghafir.

wait, what?!

read the whole message again.

ina?

ina passed away??

immediately called odi back to reconfirm.

apparently, as of now, nobody knows why she passed away.

the last time i saw her, believe it or not, was on my wedding day. she came, all the way from selayang, where she worked as a pharmacist, to witness my akad nikah.

thats the last i heard/saw of her.

kawan2 bangi ni.

even though i dont contact them a lot (or at all),

im always waiting for their wedding invitation.

but instead of receiving my friend's wedding invitation, we're invited to her funeral?

the sadness is beyond words.

rasa bersalah tidak keep in touch dgn arwah selepas wedding day dulu.

it has been exactly 2 years.

jenazah akan dikebumikan pagi esok.

aku nak pegi jumpa ibu dan adik nya.

tak sampai hati memikirkan ifan kehilangan her only sister, yg selalu menjerit "rifhan!" bile ifan did not play well during bola baling match.

dan juge ibu yg melihat anaknya pergi dulu sebelum dia?

aku tahu aku tak dapat luahkan kesedihan dgn cara yg berkesan.

i wanna know, what happened to my friend?

knowing her, mmg dia selalu berahsia kalau ada benda2 yg buat orang lain risau.

sepanjang aku berkawan dgn dia dari skolah rendah sampai habis skolah menengah, mmg selalu jugak bertelingkah. masing2 keras kepala n nak lawan sapa betul.

kawan, biasa lah.

tapi mmg best datang lepak rumah dia,

masa form 5 ramai2 tusyen kimia ke fizik? kat rumah dia.

pastu celebrate birthday where odi gave her 2 ketul sanitary pads as a bday present.???

macam2 lagi lah!

i can't believe she's gone.

i know, we have drifted apart since we left school but i always think about her (as i do with all my old friends!)

bile drive balik rumah dari jalan besar nampak rumah beliau yg dulu bumbung biru pastu tukar jadi kaler hijau (macam somebody poured green paint all over her house n gate to change their color), and pikir, hmm rumah ina..

ina i'm gonna miss you.

aku nak pegi solat sunat.

bye.