Sunday, April 11, 2010

a short memoir

yesterday i woke up to a gloomy saturday morning.
hujan renyai2 pagi tu.

i had to go to class.
but rasa sgt malas nak bangun, mandi n tinggalkan hubby n baby kat rumah.

at 8.50am i left home for my 9am class.
ikut highway.
sampai kat tol upm jem gile tak bergerak!
waited in line for 10minutes, n decided to drive up to sg besi tol n make a turn via seri kembangan.

9.45 baru sampai kelas.
tapi itu pun cume ada 6 org je dlm kelas.

ramai lagi yg masih terperangkap dlm jem.

habis kelas, klasmates nak gi makan n later probably stadi same.

rasa nak join, but i had to go to arwah ina's tahlil.

nak pegi ke tidak nak pegi ke tidak?

i decided to go to the tahlil, bcoz i know if i didnt, i wont stop thinking about it.

sampai je tgk banyakk kereta. aku dah lambat stengah jam.

park kat simpang jalan masuk rumah ina, n then i walked to her house.

masa depan rumah, tengok penuh orang sampai kat tangga.

ada satu spot kat anak tangga so aku duk situ je lah.

someone panggil suh masuk dlm rumah tapi segan lah aku. nanti semua orang tengok.

dok je lah kat tangga tu, baca sama 2 orang muda yg aku agak kawan ina jugak.

sepanjang bacaan tahlil tu ada jugak 2-3 kali 2 kawan ina ni dok kesat2 air mata. aku jugak nampak diorg bawak buku2 cerita yg aku agak diorg pinjam dari ina tapi tak sempat pulangkan.

jadi aku agak jugak yg diorg rapat la sampai bole pinjam2 buku citer tu kan.

aku pun ada beberapa kali jugak rasa sebak. dengar nama beliau disebut, tengok rumah beliau.

itu belum lagi jumpa dgn mak beliau.

tapi dlm bbrp kali sebak tu sekali je air mata keluar sikit.

takleh, takleh menangis.

kalau ina nampak nanti dia marah.

i still remember, masa form 1.

kami masa sekolah rendah mmg rapat jugak sbb geng budak2 nakal. eh ye ke? atau sebab main bola baling sama2.

rapat sampai masuk sekolah menengah. tapi tak sekelas pon. aku kelas arab. dia aliran biasa.

tapi masih rapat, sampai kami ni jadi satu geng.

DTA1G.

mmg la poyo kan dengar but thats what girls do i think.

tah sape bagi idea utk nama tu pun aku tak ingat.

but it stands for,

double triple A one G.

2*3 A 1 G

6 A 1 G

maslinA, jastinA, shuhadA, aidA, zarinA, (err sorang lagi aku lupe sape.. azurA kot.) and lastly alonG (azrah).

so mmg rapat la kan dah satu geng tu.

pastu pertengahan form 1 ina khabarkan pada kami, family dia akan berpindah ke sungai petani sbb ayah dia kene transfer ke sana.

sedih waktu tu.

aku tak ingat la sedih camana sebelum dia pindah tu tapi aku ingat ada sekali tu, petang2 naik beskal sama2, entah apa yg kami dok bercakap, ina macam marah ke hangin ke sthing like that, n then terus bawak basikal dia laju2 tinggalkan kitorg.

heran jugak dgn dia time tu tapi kawan2 lain kata, dia nak tinggalkan kita sbb tu dia mcm marah2, sbb tanak kita sedih.

something like that la.. aku lupa dah.

so waktu tu aku pk macam, oh she doesnot want us to be sad coz she's leaving, sbb tu dia buat macam tak kisah je kat kita.

lepas tu, the first day of school after she left. it was monday ke wednesday, aku dah lupa.

masa rehat, bile kawan2 dari aliran biasa turun ramai2, (aku kelas arab so jumpa geng time rehat je. n aku slalu keluar dulu ke, kelas aku lagi dekat dgn kantin ke.. ), i was half expecting her to be there. sbb tak caye dia dah pindah. tapi mmg dia dah takde lah kan... so habis la kisah geng kami time ni.

eh ye ke?

ye kot.. habis form 1, along azrah pulak pindah. so tinggal 5 orang je.... tapi rapat jugak la sbb slalu naik beskal sana sini petang2 hang out sama2.. err sampai la aku ketemu dgn boifren aka hubby ku sekarang ni masa f3, time tu baru la renggang sket sbb ptg2 aku dah tamau hangout dgn kawan2. aku buat apa???? hehe tunggu boifren tepon la tiap2 petang.. kuikuikui... form 3 ni weh....

ok so lets fast forward to form 4. hubby n his family moved to terengganu, aku pun dah habis kelas arab, masuk kelas sains tulen..

by this time ina n her family dah pun balik bangi. ina masuk balik skolah jalan 3, n kami dedua dpt 7a pmr, n ended up in the same class.

ha time ni kami start rapat balik... datang balik lepak rumah dia...

satu lagi yg aku ingat dia cakap pasal welcoming ppl to her house. aku kata, ko ni suka orang datang rumah kau.. dia pegi balas balik, ko tu yg tak suka orang datang rumah kau..

terpana sket tp mmg betul pun. sbb rumah aku bersepah. org datang always kene kemas dulu. plus aku suka pakai baju tido je dok rumah.. orang datang kene salin baju dulu.. so sudah nye malas nak ajak org datang rumah. pastu satu lagi segan bila org tengok rumah n pk macam2.. tah pape la...

aku dgn ina ni, like i said mmg selalu berlawan pendapat. bukannye gadoh pun, just tak sama pendapat je. lagi satu aku rasa sbb exam selalu markah lebih kurang je. itu pun boleh jadi rivalry factor jugak. upsr sama2 dpt 4a, pmr sama2 dpt 7a, tapi time spm dia rajin sikit, dia dapat bagus lagi dari aku.. tak ingat dah brapa..

so in the end dia dapat sambung matrik farmasi di uia. pilihan pertama dia tak silap aku medicine, tapi tak dapat. aku pulak, first choice farmasi (aku nak ni sbb bio aku a1 kot rasanye..), 2nd choice sains fizik. tapi aku pun tak dpt farmasi tu sbb result tak cukup bagus.. dapat la sains fizik...

ok so hari mendaftar di uia, aku dtg dgn mak aku, while ina came with her parents.

time register tu jumpa je ina, zati, n tah sape2 lagi member, tapi masing2 dgn hal masing2.
aku yg cuak baru 1st time kene jauh dr family harap dpt duk sama dgn kawan2 lama. but guess what? ina of kos la tak kisah dia dok dgn sapa.. dia bukannye lembik cam aku.

lepas je register, mak aku tinggalkan aku sbb dia ada meeting haritu. i called ina, tetengok dia ada dekat rumah auntie dia yg berdekatan dgn uia.. alamak takde geng lagi..

taaruf week yg menjengkelkan dan memualkan buat aku benci pada uia, sampai aku call mak ayah aku (after 3 days of being there) nangis2 nak balik. nak masuk upm. tanak dok tpt tak best ni.

ina knew about this n she was quite angry with me. when my dad came to pujuk me n bring me some food that mama cooked at home (lamb chop), ina geleng kepala je. she didnt say anything, but i knew she didnt approve of it. i know that she was quite happy there, with new frenz and all...

aku pulak dapat rumet yg ok la gak tapi still macam takleh masuk je. biasa la budak bangi mana masuk dgn budak2 kampung.. (time tu laaaaa skang tak macam tu dah...)

so after the taaruf week ended, i left uia, n started my studies in upm.

so, di sini lah, hubungan aku dgn ina jadi jauh... dah tak sama tpt blajar. pastu aku pulak tak suka nak dgr pasal uia dah (time tu allergic sekejap..) lama2 kami pun dah tak rapat...

anyways kalu nak dipikirkan, aku dgn kawan2 lain pun macam tu gak. once we stop crossing each other's paths, thats when the friendship.. kinda ends.. bukannye putus kawan tapi terputus hubungan..

lebih kurang cam tu lah..

so ok back to the majlis tahlil, lepas habis bacaan tahlil, mak ina ada la buat ucapan sedikit.. mintak maaf bagi pihak arwah, how lucky she is to have a daughter like ina. ha time ni mmg sangat sayu.. berair mata..

yg paling penting sekali mak ina cerita camana kisah sebelum beliau meninggal dunia.

deman sekejap je, 3 hari. malam terakhir tu baru masuk icu, mak dia pun dapat tengok dari jauh je. n mak dia cakap yg last skali pada ina adalah, sabar, doa, and arwah angguk kan kepala.

at 12am the same night, doktor panggil masuk icu, n a couple of minutes after that, ina pun pergi mengadap Ilahi...

macam tu lebih kurang kisah nya. kalu ada tersilap cerita aku mintak maaf.

yg paling sedih kat sini adalah baru lah aku tau, keluarga dia pun tak sempat cakap apa dengan dia. everything happened so fast.

tapi, insyaAllah, suatu hari nanti bertemu juga kembali..

lepas habis tahlil, ada jamuan sikit, mak ina siap panggil nama aku. terharu.. even though dah lama tak datang, mak dia still ingat pada aku.

n then cakap dgn adik ina. now that she's gone, baru lah aku perasan how her sister is the carbon copy of her. muka, suara sebijik. cume ina putih sikit.

pastu masuk bilik ina. seemed smaller than i remembered.

buku2 yg aku nampak kawan2 dia bawak tu mmg sah buku dia sbb buku2 tu dah ada atas katil..

ada waktu2 nya mmg susah nak caya yg beliau dah meninggalkan alam fana ni. rasa macam, she is just away. kat kuantan ke, kat selayang ke.. thats y i cannot meet her.

ok lah, sampai sini je..

just a short story of our friendship.

banyak lagi yg aku ingat, tapi biar lah jadi kenangan sendiri.

ini adalah kematian pertama yg melibatkan orang yg pernah rapat dgn aku.

Bila tengok ramaii nya orang datang tahlil, ramainya org datang ziarah,

aku terpikir, giliran aku nanti camana pula?

the end.

2 comments:

Nabil said...

al-fatihah

dia meninggal sebab apa mas?

Maslina Zolkepli said...

memula kata h1n1 or denggi, tapi turns out dedua bukan. mak dia sebut kat tahlil tu, doktor bgtau "a virus has spread to her heart". lebih kurang camtu. yg pasti hanya la sejenis virus. tapi taktau virus apa. mungkin bila dia demam tu virus yg selalu tak bahaya jadi mengganas sbb badan lemah akibat demam.. wallahualam..