Tuesday, April 27, 2010

Tamat Masters

Pergh lega gila tak terkata.

nak cerita sket kronologi hari ni.

7.00 : bangun subuh lewat sbb tido kul 4, siapkan presentation slides.

8.00 : bunyi alarm. takleh bgn lagi. kepala berat. decided to wake up at 9.

9.00 : bangun. kepala masih berat tapi dah terlewat. cepat2 mandi n siap. itu pun ada waktu duk je atas kerusi. sbb rasa berdebar2.

9.30 : kejut umar bangun tido, mandi kan beliau.

9.50 : bile dah siap nak turun bawah n keluar, umar berak pulak dah... dah pakai baju cantik2 utk present kene basuh berak lak.

10.00 : keluar dari rumah.

10.25 : sampai serdang, tinggalkan umar dgn mil, gerak gi fakulti.

10.35 : sampai fakulti. tengok org yg patut present sebelum aku postpone presentation dia.

11.00 : tepat jam 11, sv n penilai masih tidak kelihatan. mula la aku melilau mencari. tadi nampak dah penilai jalan2 kat luar bilik presentation.

11.10 : baru stat present. cong ceng cong ceng.

11.45 : tamat. Alhamdulillah. fellow klasmates congratulated me by saying, tahniah dah grad. pergh lain macam rasanye bile dengar tu. dah grad ker aku?

12.00 : pecut gi bangsar.

12.30 : sampai bangsar, lunch dgn hubby. jumpe je hubby terus salam dia n kata, "tahniah dah grad" - tiru apa yg klasmates cakap. hepi. makan cheese nan n ayam tandoori. yummy.

1.20 : pegi ke bangsar village utk cari kedai game yg jual wii.
la kate kat kedai ni jual wii yg tak modified, tapi dia jual yg modified gak? mahal pulak tu. ade ke 1.3k pale hotak. aku tgk kat intenet bole dpt rm940? what the hell?
dsi xl pun mahal gak, 1.2k??? kat intenet tak sampai 800 pun?! saje je nak cong aku ni. blah la.
pastu dah bgtau hubby, nak pegi foot massage. tetengok kat bangsar viIIage ada thai odyssey! takyah la pusing gi mines pulak. hepi.
foot massage 1 jam. heaven giler. for RM55, dia urut tapak kaki, betis, kepala, tengkuk n bahu. exactly what i needed! foot massage tu mmg nak lah. tengkuk n bahu mmg sore sbb asyik dok ngadap komputer berjam2. totally worth the price. keluar dr tempat tu rasa badan ringan gile.

3.00 : dah nak balik, dekat dgn tempat parking ada kedai alat jahitan. pergh menarik gile. kain2 dia comel2 gile. siap ada jual mesin jahit! aku nye mesin jahit singer tu baru lagi. but somehow aku tak puas hati. jahitan dia tak cantik. suka terputus2. sakit hati gak guna. tapi mama belikan utk aku tu. tak sampai hati nak jual. kalau beli baru jenama brother, sapa lak nak guna singer tu? dah la aku sorang je yg reti guna mesin tu kat rumah ni.
anyhoo, sleknye wpon kedai sgt comel, harga bapak mahal. zip 0.7m 14ringgit? cekik darah...... i just like to look at the shop. but not buy things from it.
sbelum balik beli caramel frappucino dulu..

3.45 : sampai serdang, umar greeted me with a happy face. tapi bagi susu dia pegi geget pulak. marah ibu tinggalkan lama sangat kot. geget geget sampai ibu give up. pegi la makan benda lain dgn tok. nak geget2 jgn kawan dgn ibu.

4.45 : lepas mandikan umar, balik bangi. singgah bank muammalat n ani sup utara. beli bungkus bihun sup. boleh la. bihun sup pasar malam lagi best.
malam : lepak je....

conclusion n recommendation for future work :

on bangsar village - it has officially become my 3rd favourite mall after midvalley n klcc. best sbb tak ramai org (wpon susah nak parking). kedai2 feveretku yg ada di bangsar village 1 n 2 : nando's, crocs, toys r us, bebehaus, clarks, starbucks, kedai jahit comel, kedai game mahal, thai odyssey, mph.

on masters - hadoiyaii.... lega sangat dah aku ni.. mmg rasa nak nangis pun ada. sebab lega yg teramat sangat. wpon ada report yg perlu di hantar. sume dah ada. nak kene olah je. besok la start.
hepi sangat i was soo becok during lunch. kalau tidak, hubby cakap pun kdg2 tak perasan. sbb kepala dok pk kerja je.

on wii - ekceli hubby tak bagi beli. i said that i already sold my dsi to buy another console. n i decided the new concole that i want is wii. but he said no. kalu nak beli dsi xl tu boleh. bcoz that was the original plan.
ok la pikir2 pun. elok lagi la dsi xl tu.. kebarangkalian ianya menjadi gajah putih lebih kecil dari wii. eh tetiba terasa nak buat hypothesis testing. bengongg!!!

oh im so happy i wanna go play sally's salon kejap. tadi kat thai odyssey terbayang sally's spa. hehehehe....

im happy happy happy!!!

p/s: what's next?

5 comments:

Nabil said...

tahniah dah setel :)

kalau dsi xl tu leh cari dari kedai nelson kat puchong or steve chan.

the thing is kalau nak beli benda2 yg harga sama tu kena deal terus dgn boss diorang yg buat thread kat situ..mmg confirm harga pun sama.

Ni url nelson:
http://forum.lowyat.net/index.php?act=ST&f=180&t=1313763

Ni url steve:
http://forum.lowyat.net/index.php?act=ST&f=180&t=946765

rata2 DSI xl= 700-7++

kalau nak wii ori RM940 (ni official Msia set tak modded) kontek budak kyoyagami kat thread nintendo...yg murah2 wii tu lak kebanyakan korean set..mmg la murah :P

Nabil said...

lagi satu kena tgk gak kedai2 yg offer sampai 1.3k tu...apa pakej yg ada dalam dia..

coz biasanya ada kedai yg bundlekan sekali dgn wii fit plus dia punya balance board n jugak extra controller (kalau basic set mmg satu controller saje)

Oyis said...

tahniah sbb dah abis master. dah bole jahit baju konvo la drpd skang, tu nak beli kain ngan mesian jahit dah tu hehehe

Maslina Zolkepli said...

en. nabil : masalahnye en nabil.. (muke tak puas hati) heehheeh.. almost every game shop yg saya pegi mcm nak menipu je kejenye. fedap tau. ingat nak beli dr play-asia.com. yg nelson tu saya baca forum thread tu pun ada org komplen kata harga tak sama mcm yg dia quote kat forum tu. sama la mcm saya kena.
playtime bangsar village tu pun sy dpt dr lowyat froum gak. kata jual unmodded wii la itu lah ini lah. sekali dia kata main guna hard disk n whatnot. pastu dsi tu xl tu nak jual 1.2k kepala hotak dia la wei. nak ketuk aku sampai 500inggit?!!! sakit hati.... yg cakap dgn saya tu pun budak melayu. tokey cina duk sibuk main game. benci!

anyways en nabil punye wii modified ke tidak? mana lagi bagus? apsal saya baca kalo modified punye byk mslh? izzit true ? saya segan nak tanye en nabil sbb takut en nabil bizi dgn phd. blog pun jrg update dah. hehehe..... btw lepas pk masak2 saya decide mcm nak beli dsi xl tu je lah. wii tu saya nak main kang si umar ni sibuk nak amik controller dr tangan. kang haku yg hangin... hahaha.. better not to start at all lah ek? hehehe.

k.noris : hish berangan je nak beli mesin jahit baru tu. bazir je yg lama ni. boleh gune lagi. tunggu dia rosak la baru beli baru. plus saya tak berani nak jahit baju sendiri. stakat repair2 alter2 sket2 tu boleh la. kalu jahit baju, saya sendiri tak konfiden nak pakai. rasa mcm benang2 boleh tercabut anytime... harharhar....
yg kat bagnsar tu kedai dia nama quilt gallery. kain2 comel tu sesuai buat kraftangan je. bukan buat baju. kalu nak buat baju saya beli kain kat kamdar. itu pun htr kedai je sume. tak berani kain cantik2 nak jahit sendiri. tak jadik kang... nangis.....

Nabil said...

haha..kan saya dah ckp..jgn pegi tanya kat kedai..kat kedai tu semua budak2 suruhan je...sebelum datang awak call no yg ada kat loyat tu.

confirm dpt harga sama. :) saya selalu beli mmg deal dgn bigboss diorang terus..dtg kedai angkat je...jgn deal dgn budak2 suruhan kat kedai yg kaki main game tu. boss diorang mmg jarang ada kat kedai...apa2 deal pakai phone je dulu. tak puas ati awak bukak thread komplen. :D

kat forum loyat tu saya selalu ada...nama phoenixbyte tu saye la :P

btw, ada gak orang jual used wii unmodded RM750. Murah giler.

nelson tu yg harga dsi tu yg ada budak baca tu dia salah tulis...dia tulis utk Dsi...so yg LL mmg antara 700++

so mcm saya kata, awak nak beli jgn pegi kedai terus..deal thru phone dulu atau pm boss besar dia kat loyat..dah confirm baru datang ambik. Budak2 kat kedai tu bukan tau ape..tau main game je :D

Sy dah byk kali deal dgn nelson tu mmg biasanya call dia dulu, dia bg kat budak2 suruhan dia, pastu bgtau datang dari loyat.net...(kalau tak bgtau mmg kena kelentong je la dgn budak2 picisan tu).

Nama loyat.net tu kena mention...diorang takut sikit kalau dpt rep buruk kat loyat :D

btw: esok kat ioi ada sale baju2 poney :D