Wednesday, May 26, 2010

kotak jahitan

sebelum

selepas

hah.. ada jugak buat perkara berfaedah di waktu lapang ni..
ekceli dah pun jahit sarung bantal dan jahit zipper pada reusable bag.

ada sesiapa yg tahu mana nak cari Vislon Zipper macam di bawah ni?


apakah itu vislon zipper, you ask? ia adalah zip yg gigi dia plastik. bukan besi macam zip biasa tu. aku dah try cari kat kedai kraftangan tapi tak jumpa.

ok itu je..

takda mood nak cakap panjang2 sbb hal gred masih belum setel. nak tujukan marah ni kat sape? gso?unit siswazah fakulti? atau diri sendiri?

bye.

Sunday, May 23, 2010

1 week recap

kisah JB dah lama berlalu. macam2 hal yang berlaku sejak pulang dari sana. aku nak jot down about the things that happened for the past 1 week for future reference.

Jumaat : balik dari JB, terus ke Serdang utk bermalam di rumah family hubby.

Sabtu : bukak yahoo mail, tengok ada email dr unit siswazah fakulti, kata aku tak daftar projek sem ni. dem. takleh grad kalu tak daftar ni. aku ingatkan sem lepas dah register kire setel dah. rupenye kene register utk dedua semester. how was i supposed to know that? takda tulis mana2 pun pasal ni?? plus aku tensen sbb emel tu dihtr pd ptg jumaat, n aku cume baca pada pagi sabtu. apasal tak call? ni kan benda penting? kena tunggu isnin pulak baru nak setel. Ptg balik bangi sbb resah. i need to talk to my parents.

Ahad : Tensen2 pun tak guna sbb apa2 hal kene tunggu besok gak. so hari ni rilek je (tak ingat dah buat apa.)
oh ye hari ni ayoh membotak licinkan si umar. ibu sebenarnye nak trim je rambut dia. bapak umar pegi tobek kan terus rambut dia. takleh nak repair, botakkan terus. itu pun amik masa sejam lebih. tak habis botakkan, uamr dah meragam sbb mengantuk. sudah nye mandikan dia, tido, bangun balik baru bawak gi kedai gunting rambut utk selesaikan bhgn belakang kepala yg belum botak.

Isnin : biase la aku mmg bangun lewat. kul 9 lebih fakulti call. suh aku buat surat rayuan. blablabla. sampai fakulti, jumpa pegawai unit siswazah, jumpa my sv (segan), jumpa timbalan dekan (mula2 dia mcm upset pastu ajak aku borak. whadda?) layankan je. pasni bukannya akan jumpa lagi dah. hopefully. setel urusan surat kat fakulti, pi htr ke gso pulak. dia kata, ok tunggu lah keputusan rayuan. aku pk, mm bila pulak nak dapat keputusan ni?
sekali diorg call kul 5.30. aku tak jawab sbb phone silent. apa lah call kul 5.30. kene tunggu besok lak nak call diorg balik. arghhh tunggu lagi! lagi satu aku tak paham, apasal la takleh tinggalkan voicemail? aku activate voicemail tu bukan saje2 tau. somehow kita ni tak mau utilize voicemail tu. kalu citer2 omputeh yg aku salu dok tengok tu tinggalkan pesanan kat voicemail tu perkara biasa. kenapa kita takleh wat?? dem menyusahkan.

Selasa : kul 9 lebih gso call, kata rayuan dah lulus. ok. diorg suh pensyarah aku buat surat utk masukkan gred. argh surat lagi. kene jumpa sv lagi (segan!!), kene jumpa timbalan dekan lagi. (dem ni lagi malas!). ah nak buat camana. kene selesaikan jugak. aku pun buat la draft surat. takyah nak suh sv buat. buek malu den yo. dah siap tulis, bawak gi unit siswazah fakulti. pegawai tu kata, dia yg akan uruskan hal gred ni. wah hepi lah aku. takyah gi jumpa2 dah pensyarah2. tapi masa nak meninggalkan unit siswazah tu aku terdetik, nak remind dia tak yg gso mintak surat tu hari ni jugak? erm takyah la, pandai lah dia buat keja dia.

Balik rumah, kemas2 nak balik Serdang 4 hari. hubby called mintak jemput dia di opis.
hujan lebat petang ni. aku pun kelam kabut kemas barang 3 org ni, terus keluar ke bangsar utk jemput hubby. mujur tak jem walaupun hujan. lepas jemput, singgah mid dulu nak menghabiskan voucher jusco. malam tadi kemas almari umar banyak dah baju dia yg dah singkat2. aku ketepikan utk simpan. so voucher tu guna utk tambah stok baju umar.

Rabu : Dok rumah mertua tapi selamba badak bangun kul 11. menantu apa... dgn anak aku skali aku bagi tido sampai kul 11. what to do, smalam letih shopping :P. this has become my habit lah. susah nak buang.

tghari hubby call mintak amik brg dari rumah bangi n hantar kat dia di bangsar. pergh buat satu round la pulak aku ptg tu.dah alang2 htr barang, tunggu je hubby habis keja(sementara tu lepak kat mid). pas tu pegi lowyat pulak sbb hubby nak cari barang.

seronok nye dapat pegi lowyat. dah berbulan tak pegi sana. macam2 dah rancang nak beli. tapi sbb ni plan last minit. gua sudah sengkek bulan ni sbb j-card day hari tu. so telan ayak liok je la kat lowyat tu. takpe dapat duit nanti lowyat tu aku tuju dulu.

Khamis : keta ku sudah dihantar pulang ke bangi, hubby amik keta dia pulak bawak mai serdang. he drove to work, while im stuck in serdang with no car. that sucks. stuck at home with no car sucks. bangi ke serdang same je. bole menggigil satu badan kalu seharian tak keluar rumah. heheh. malam tu hubby bawak gi tgk Shrek final movie kat jusco balakong.

Jumaat : Hampeh sampai hari ni gred aku tak masuk2 lagi. wei kata haritu nak setelkan. tapi sampai la ni takda citer ni pahal. aku nak konvo tahun ni la weh!
Pagi2 kul 8 aku htr email tanya, kenapa gred masih berstatus N?
emel di reply, hari ni baru nak htr result ke gso. ok... aku tunggu..
tunggu dan tunggu... dgn takde keta yg boleh bawak aku ke fakulti utk setelkan hal ni....
sampai ptg 5pm tak berubah jugak gred. aku pun call la gso, sbb haritu 5.30 pun diorg boleh call aku kan. so i tot diorg mmg balik lewat la.

telepon di angkat, at the same time umar merengek2 nak menyusu di seblah.
org yg menjawab tu dengar, lalu berkata, "saya ada anak kecik jugak.."
dia mintak no matrik, dia cek nama aku n dia kata, "weh mas!"

shafiz rupenye... dush dush. tolong shafiz tolong aku.. aku nak grad ni...

takde apa2 perkembangan pada gred aku, menurut beliau. but after he made some calls for help, diketahui bahawa pegawai unit siswazah tu sudah htr result aku by hand pada gso.

aku tak paham apa maksud by-hand tu dan apa kelebihannya. tapi yg pastinya result aku dah ada pada gso. dah harap2 sempat di bawa masuk ke mesyuarat senat .. bila tu? taktau....

isnin ni baru dapat tahu kot.

bila jadik macam ni, kdg2 rasa macam. ah mampus la grad ke tidak. dah la aku dah memang menyampah buat masters ni. pastu some ppl were trying to make it hard for me to make that one final step to reach that scroll. rasa nak cakap, i dont give a damn ok. simpan la scroll aku tu. ingat aku kempunan sangat ke?

emo terlebih. of kos la aku nak benda tu. jgn buat pasal ok.

so skarang buat apa? tunggu la lagi. sampai isnin. tunggu tunggu tunggu. bosan.

padahal haritu sikit punya excited nak tunggu result projek ni keluar. dapat apa tau? dapat A. tapi sebab jadi hal ni. A tu tak membawa apa2 kegembiraan pun. damn it.

tapi ada satu benda yg aku perasan. there is this one person. yg aku penah satu kelas dgn dia. she just had a baby last year, like me. first born. tapi yg lagi hebat nya, she's married, has a baby, blajar masters, n WORKING too. ive never met anyone like this. its either the person is not married but working, or married but not working, or married and working, but no children. yg married with children and working ni selalunya lelaki ada lah. pompuan mmg takda langsung. so aku pun agak kagum la dgn this person.
but.. somebody told me, that she had to re-do her project presentation (ni mungkin sbb projek tak mencapai tahap kot..). ok itu satu. time tu aku dah mula kesian dah. mmg aku paham. aku yg tak keje pun tunggang tebalik. apa lagi org yg siang keje, malam jaga anak. bila masa nye nak ngadap projek?
pastu sebab selalu pegi bilik pegawai unit siswazah tu, ternampak list student yg nak re-sit exam yg result tak elok. nama this person ada utk re-sit 1 subjek dimana beliau dpt f... waduh.

so you see? bukan mudah ya nak buat semuanya serentak.
dulu aku pun rasa, alah boleh buat punya. 3 sem je. pejam celik pejam celik habis 3 sem.
3 subjek + projek? takde masalah. buat je la. boleh punya. <-- ni pikiran sebelum umar keluar dari perut ye.

mmg boleh. tapi tengok la apa jadi. kalau ditakdirkan aku nya hal gred projek ni tak setel.. hii taktau laaa..

ok sambung kisah jumaat. selepas 3 hari menginap di serdang, malam tadi kami pun pulang ke bangi, sbb hubby tak sabar nak jumpe beskal beliau.

Sabtu : buat apa? pagi buat aktiviti di rumah, ibu : tlg opah masak.. umar n ayoh : naik beskal gi pasar, round2 sana sini, main2 sampai letih.

ptg semua terbongkang tido 3 jam. pastu gi pasar malam n gi bangi lama lagi utk amik umar nye baby seat utk beskal ayoh. rm20 je harga dia. seat dari rotan. tapi umar punya la suka bila ayoh test drive dia dlm seat tu, sampai takmau turun! argh bile ibu lak nak beli basikal ni???
tadi di kedai beskal tu ibu suh ayoh survey harga mountain bike pink yg ibu berkenan haritu.
rupenye itu basikal raleigh la. (dah nampak rasanye haritu tapi tak peduli pun jenama apa. yg penting ia cantik.) so sbb its branded, mahal la sikit.. kalu camni tah bile ibu nak dapat join ayoh n umar gi jalan2 naik beskal???????

fyi baru teringat, beskal yg ayoh beli tu sebijik sebijon macam beskal2 kat infy dulu. tak best kan? seat keras sakit bontot. kaki tak dpt jejak tanah. plus dah lama tak naik beskal ni, bila naik rasa macam nak tumbang je. padahal dulu aku la jaguh beskal kat bangi ni. ke hulu ke hilir dgn beskal.

ah rindunye saat2 itu!... and its funny now that when my parents nampak how we treated umar, bagi dia naik beskal etc. depa senyum je. padahal masa kami kecik dulu diorg pun excited gak belikan beskal, badminton, basketball bla bla bla bla... dah jadi atuk n opah ni diorg jadi mcm err bosan lak. sengih je?? hahahahha... i think they prefer to take the back seat n let us the parents pulak yg lalui pengalaman ni.. haih how time flies......

p/s: adik aku dah hilangkan aku punya kamera. dia tercicir kamera tu masa pegi bercuti dgn rakan2.. aku sedih.. kamera tu... hubby belikan di jepun tahun... 2005 kot. masih elok sampai sekarang. dah 5 tahun. dah berjasa lama gila. hubby tak kisah sangat. dia kata, its high time to buy a new one dah pun. aku sedih sbb memory stick tu aku baru beli. aku baik hati bagi mem stick yg besar utk adik aku tangkap gambar byk2. sekali hilang daaa.. so there wont be any new pictures any time soon. i need to buy a new camera soon, or else tak dapat nak capture aksi2 umar !! nanti sedar2 dia dah besar dah.. no no no... mesti beli baru pronto!

ok bye.

Friday, May 14, 2010

in JB

currently we are in jb.
we're staying at grand bluewave hotel.

ok la jugak hotel ni. its still undergoing renovations so the pool is unusable.
frust jugak sbb dah bawak swimming gear umar.
tapi aku sendiri pun tgh period, tak la kechiwa sangat.
plus the room is newly renovated. new bathroom, new bed. cantik dan best.
plus takde sakit belakang! rasa nak selak cadar tgk jenama apa. harhar.

hari ni dah tour jb sket.. all i can say is jb is.. not an interesting place.

nothing much to see or do here.

went to city square jb. takde apa sgt.. made me miss midvalley... hehehe..

tapi best jugak sbb dpt tgk wayang robin hood with hubby n baby!

memula ingat tengok dgn umar je sbb hubby keje. tetengok appointment dia kensel pulak so kami tgk sama2 la..

main bantai je tgk citer ni. lepas tgk baru tau yg citer tu baru release hari ni. wah kire dpt tgk on the 1st day lah. thats a record! plus tak ramai orang lak tu. kalu kat kl ni mesti penuh panggung..

n luckily kat sebelah seat kitorg takde orang. sedap la umar tido. gelap n sejuk. bunyi bising pun tak heran.. n nasib baik tak meragam dalam wayang tu... umar, ur such a good boy!

lepas habis tgk wayang, kami pegi ke taman bunga kat kawasan istana.. apa tah nama istana nya. boleh tahan la gak tapi tak brape dijaga. di puncak taman tu mcm ada gazebo n apetah nama menatang tiang2 batu-bata pastu ada kayu2 atas tiang tempat bunga n pokok memanjat. i bet kalu jaga elok2 mesti cantik gile.

myself n umar pun tak brapa sihat kat sini.

umar mlm tadi temperature dia naik sket. kelam kabut kami pegi cari ubat demam n kool fever. lepas makan ubat n tido, baru temp turun.

aku pulak. bbrp mlm sebelum dtg cni macam ada selsema sikit. makan je la ubat selsema. slalunya kalau setakat allergy, makan ubat ngantuk tu terus clear hidung. tapi malam sebelum dtg cni, dah makan ubat tu mcm tak clear jugak.

pastu smalam the whole day perjalanan - sbb kene tunggu hubby meeting kat melaka n yongpeng, lewat ptg br sampai jb. badan pun stress gaknye.. malam tu terus rasa lemah badan..

pagi tadi tak elok gak. selsema sepanjang hari. so jalan kat kebun bunga tu pun macam tercungap2 la jugak.

lepas kebun bunga, kami pegi danga bay. nak tengok gak ape rupenye danga bay yg femes sgt lately. erm takde ape pun. man made attraction je semua. tapaham kenape nak kena tambak sepanjang pantai nak buat all those man-made attractions. yg jadi gajah putih pun ada. macam satu shopping mall kat2 dgn kebunbunga/hospital/masjid tu. apa tah nama dia.

aku tgk melaka n jb ni sama ja suka tambak2 pantai nak buat manmade attraction. macam lah takleh buat bendalah tu sume kat belah dalam aka tanah besar. kenapa nak kena tambak? ingat cantik ke? sape menteri besar dedua negeri ni? dia lupa dia manusia agaknya. dia ingat ciptaan dia n konco2nye lagi hebat dari ciptaan Allah swt kot.

thats why aku tak suka sgt turun ke selatan. bukan dpt pemandangan cantik, pemandangan menyakitkan hati lagi ada lah.

plus udara kat sini sangat.. kotor. berhabuk all day long. even dah hujan pun. ingatkan kabus lepas hujan ke. tapi 1pm kabus apekejadahnye.... jb ni sibuk nak bertanding dgn singapore kut. takyah la. kalu aku dok jb pun aku nak shopping pegi singapore lah. jb takdok mende.

sayang sekali lupa bawak passport. tapi mmg takde hajat nak pegi pun. member singapore sume sibuk keje. harharhar. ok la. they get paid a lot kan. wajar la keje bersungguh2.

ok besok check out n pulang ke selangor tercinta. tapi sebelum tu kene lepak jusco tebrau dulu sbb hubby ada urusan somewhere near pasir gudang.. kot..

wikens byk aktiviti gak. kenduri kawin, etc.

hurm kesimpulannya trip kali ni. best la jugak.

kalu tak sakit n tak kembung je perut sbb period lagi best.

sbb tu benci bangun awal time period. mesti perut sakit sbb sejuk = perut masuk angin.
kalu bangun tghari mesti tak sakit perut...

ok bye.

Monday, May 10, 2010

things to do

things are a bit slow on the blogging front.
this may due to the fact that i have nothing much to do now.. therefore i dont have much to talk about.

on firday afternoon my sis n i went to mom and baby fair at midvalley. we brought along our sons. which later i vowed to never do again. outings with TWO BABIES. they were a handful. terutamanya mamat umar tu lah. sebab kluar dgn dzharif gaknye, dia jadi excited semacam, macam2 perangai dia buat.

memula kami pi makan kat sushi zanmai. my sis belanja.. best jugak. umar pulak sibuk nak suap diri sendiri. sushi apa tah yg salut dgn nasik tu dia pegi ramas cukup2 sampai lunyai, tabur atas meja, n then kutip satu2 masuk dlm mulut.. perghh mmg bersepah la meja.. sogan den..

masa kat fair pulak, dia nak lari sana sini. konon2 nak tunjuk hebat kat dzharif la tu. nak ajak dzharif join dia. yg dzharif pulak dok diamm je dlm ergo baby mama dia. amused dgn perangai umar kot. umar tu dok dlm ergo baby back carry, front carry suma bertahan kejap je. macam2 gaya dia nak. pastu kat fair tu banyak belon. menangis2 la dia nak belon. pastu meletup satu, nak satu lagi. dapat yg takde pemegang, sibuk la dia usung belon tu sana sini.

heran betul lah. kalu kami berdua je takde pulak dia buat perangai macam tu. like i said, nak tunjuk hebat kat dzharif ler tu... ish ish ish.. tak dapat bygkan org yg beranak dekat2 ni camana. tak de la nak wat outing2 ni kot.. tak pun mak dia je pegi.. anak2 tinggal kat nursery or dgn org gaji.. hehehe.. since kami berdua decided TIDAK MAHU org gaji, so solutionnya adalah, tunggu the first son besar dulu la baru nak lagi sorang.. kakakaka...

best jugak la pegi fair tu. but i only bought 1 thing.. tautak apa? ni dia :

haa tu lah umar buat byk sgt perangai kan.. dan dan ibu beli menatang ni. ada 50% off okey from lilc@liph..

sekali bile pakai kan kat umar (masa dah kat rumah), dia suke daa.. siap cium2 lagi monkey tu.. elok lah tu nak oii.. next time kuar jalan2 kat mall ibu pakaikan umar monkey ni okey?

my sis pulak beli macam2 la.. cloth diaper, zoobies.. siap nak beli satu lagi carrier.. sampai aku kene tanya, "why do you need more than 1 carrier? tak paham.." meitai la, siap berangan nak beli hotsling sbb ada less wpon baby dia dah outgrown the hotsling.. tsktsktsk.

err aku pulak kalu ada beco baby carrier murah2 nak gak try. tapi tak wujud pun beco tu di msia ni. so lupekan je la.

umar tu pun bukannya nak dok sgt dlm carrier kalu kuar dgn ayoh die. kalu keluar berdua dgn ibu saje dia mau dok diam2 dlm carrier.

stroller? lagi la toksah citer. simpan dlm stor utk adik umar pulak.

plus we'd prefer for him to walk rather than just sit like vegetable in the stroller. like some kids aku tgk dah tua bangka masih mau duk dlm stroller. mak bapak ajar anak jadi pemalas nak berjalan. hehe.

kalu dia ngantuk, masuk dlm ergo baby, lelap lah dia. tapi kami pun dah takda jalan gi mall sgt dah skarang. kalu pegi pun kejap2 je. malas bersesak2.

hari sabtu pulak kami pegi ke wedding di ijok. jaohh mak ai.. suami ku siap solat jamak lagi.

satu hari habis utk gi wedding je. aku pulak dlm kereta sampai terlelap bbrp kali..

lepas solat asar, hubby ajak keluar pegi bangi lama,

to buy this :


hape la beli beskal camni. my request to buy a PINK mountain bike has been turned down. demm... macam orang tua punya bike daa..

tak best langsung.

tapi hubby sket punya excited laa..

pagi ahad tu lepas subuh aku sambung tido balik, dia pegi kayuh beskal sampai pasar bangi kat jln 6 nun pegi beli breakfast.. sanggup...

pastu umar bangun, dia bawak umar gi jalan2 lak..

kami pi cari beskal sampai ke bangi lama sbb nak cari baby seat skali. ni kedai beskal kat bangi ni yg suggest suh pi cari kat bangi lama. mmg ada baby seat jual kat kedai tu, tapi tak sesuai utk beskal tua ni. kene made-to-order pulok. minggu ni baru siap.

sonok betul hubby dgn umar dapat naik beskal.

tengok lah bulan depan pulak ke, aku nak gi beli beskal mountain bike pink tu. mana leh diorg berdua je naik beskal jalan2 ptg2 tinggal aku sorang2 kat rumah.. huhuhu...

hari ahad pulak tak kemana2 .. dedua orang yg syok sgt naik beskal ni muntah2.. akibat minum susu goodday masa breakfast. tghari tu hubby muntah2 brapa round tah pastu tido sbb letih badan. umar pulak, nampak cam tak senang duduk je tghari tu. lepas zuhur dia tido, tgh tido tu bluwekkk bluwekkkk... memancut2 keluar isi perut. dari kul 2 sampai kul 4 dia muntah. sampai kuar muntah kaler hijau. asid dlm perut pun keluar kot. kami bawak pegi annur. ALhamdulillah tak serius. by that time dah reda dah muntah dia.

tapi terpaksa la aku kenselkan plan nak gi potluck dgn kawan2 infy kat taman botani. takde rezeki. bahan dah beli tapi tak sempat masak sbb tgk keadaan hero2 aku yg tak menentu ni.

ptg tu dedua org dah berenti muntah, me n hubby pun start la projek kami.. projek kemas bilik.

keluarkan katil dari bilik sbb dah tak selesa.. for now we decided to just sleep on the floor. tak payah pening2 umar nak panjat2 katil, kurang dah sakit belakang sbb katil yg dah lembik, bentang tilam luas2 so tak rasa sempit kene tido 3 orang...

ganti almari baju umar dgn drawer yg lagi besar (dah overflow ni.. akibat ibu yg bile dah free ni asyik2 gi kedai beli baju baru utk umar.. :P)

meja pc pulak dah tolak ke penjuru bilik..

mmg luas n bersih sikit bilik ni skarang. hubby pulak sampaikan masa kat opis hari ni rasa excited nak balik sbb rasa mcm ada bilik baru..

now yg nak dipikirkan adalah, what type of mattress do we need for sleeping.

memula ingat nak beli tilam kekabu yg saiz paling besar.. tapi aku survey2 tilam kekabu ni kene jemur selalu ye? malas la.. takde keje aku nak angkut tilam berat2 nak bawak turun, keluar etc...

mungkin nak beli tilam latex nipis (mattress topper ni rasanya) yg aku pernah terjumpa kat kedai perabot kat taman mewah. tapi org kata latex ni panas. mahal pulak tu. saiz king 500 lebih. baik beli tilam betul.

anyways apa pun kene buat decision betul2.. barang mahal.. plus dgn sakit blakang aku ni.. mmg kene buat survey betul2 sebelum buat keputusan. make sure tilam yg nak tido tu boleh mengurangkan sakit belakang ku ini..

dan, lusa pulak, kemungkinan akan ikut hubby turun ke selatan for a couple of days. plan asal nak ke terengganu n kelantan, tapi hubby ada keje di melaka dan johor pulak.

memula ingat malas nak gi mana2 sbb byk pakai duit. baik aku guna duit beli beskal pink atau tilam. plan ke terengganu pun mcm nak scrap je. tapi dah hubby keje. aku pulak tgh free as can be skarang ni. baik ikut. sok dah ada komitmen lain, hubby ada urusan jauh2 takleh nak ikut pastu rindu2... huhuhu...

bila tau nak ke jb terus cari info hotel yg ada swimming pool kat jb, n search for things to do in jb.

erm maybe i should give my fren in singapore a call?

tunggu besok lah. besok baru konfem.


ini lah dia hidup org yg takde keje.

err takde la best sangat ye dak?

nak kata rehat sgt pun tak jugak. dgn budak kecik nak dikelek, keje rumah non stop. i dont think im cut out to do this housewife thingy too.

dahtu ko nak keje apa maslina oii..

lek lu bagi aku masa nak pk ok.

bye2.

Friday, May 07, 2010

3.77 @ 3.81

okey.. so result subject semester yg baru tamat ni sudah keluar..

ok lah.. 1A n 2A-.

padan lah dgn usaha yg aku berikan.

result projek belum keluar.

semalam jumpa sv utk htr report projek.

dah siap hard cover binding ok. tak tunjuk pun draft kat sv.

dia pun tanya, aik dah siap binding?

aku sengih je.

dia tanya lagi, takmau datang sini dah?

aku sengih lagi.

thats why i love my sv, you know.

he understands, without me even having to say much.

iye lah. he has known me for more than 5 years. from an undergraduate student who thinks she can be anything she wants, to a post graduate mother who thinks that the best job in the world is to stay home and take care of her husband n child.

he asked me what i would like to do after this. i just said,

"taktau lagi..nak cuti dulu sebulan dua"

and

"kalau ikut mak ayah saya diorg nak saya jadi pensyarah"

dlm waktu perjumpaan yg singkat tu pun beliau ada cadangkan apa n mana tempat yg sesuai.

tq, prof! jasamu dikenang.

he also revealed that the evaluator for my project (who is also the lecturer who gave me my only A for this semester), gave me a solid 80% for my presentation.

he asked, "CGPA brape?"

i answered, "boleh la. saya nak cari keja guna result masters ni. subjek2 mcm sume takat2 hidung je.. kalu projek dpt A mmg bagus sgt lah prof.."

terus dia angkat kening.. kahkahkah...

jarang sungguh aku meminta2 macam tu, pada mana2 pensyarah pun. (ada students suka demand macam2 kat lecturer dari zaman dolu lagi. time masters ni lagi menjadi2. meluat tengok..)

tapi dah ni last kan. boleh la, kira mcm final plea lah.. heheheh...

so, kalu lah projek dpt A, my CGPA will be 3.81, kalu dapat A-, CGPA 3.77. either way masih atas 3.75 so im ok with it.

tapi harap2 nye dapat A lah kan.

hehehe...

utk masters ni takde 1st Class ke, 2nd Class upper etc.
but of course the higher the better lah kan.

dah lah.
nak berenti cakap pasal gred, cgpa n so on. its not that important.
not to me, at least.

my last entry about grades will be written when my project grade is released. lepas tu dah aku takkan sebut dah pasal ni..

yg penting dapat masters. yg penting dapat pakai jubah 2 line.

ok nak gi masuk harvest moon.

oh n dating desperate housewives dgn hubby.

tata for now.

sambung :

alamak desperate tak habis donlod lagi lah. sket lagi.

so aku nak sambung lagi sket lah cerita.

since dah selesai sume urusan project masters ni, boleh la aku memadam ubuntu dari laptop ni. sejak install ubuntu kat sebelah windows ni, rasa macam makin lembab pulak komputer ni..

best jugak ada linux tu. tapi aku rasa kalau nak jugak ada pc yg guna linux os, kene dedicate 1 pc khas utk dia. my old nec laptop looks promising. mungkin boleh kot. tapi taktau lah lagi... nec tu wpon byk kekurangan, yg aku paling suka adalah kerana dia ada internal cardreader yg boleh baca all sorts of cards. termasuk la memory stick. utk err batak sony cam haku ni, mmg mem stick reader sgt diperlukan. laptop skarang ni cuma ada sd card reader je kot. lomah tul.

ok itu je bye.

Thursday, May 06, 2010

yahoooo..

hehehe.

haritu asyik pk, nak beli wii ke dsi xl.
mcm2 pros n cons yg dipikirkan.

wii takde masa nak main,
dsi pun, haritu sebelum jual dsi yg lama tu, berbulan gak dia dok dlm laci. tak sentuh pun.

sebab? aku suke main game harvest moon je.

dulu2, kat ps1 aku suka main harvest moon back to nature.
kat ps2, aku suka main harvest moon save the homeland.
back tu nature ada gba punya version, ds punya version.
save the homeland ada satu version je, utk ps2.
lama2 ps2 pun bengong, beli cd 5 inggit save the homeland, takleh baca.
frust. sampai rasa nak beli yg ori nye dari errr ebay.
konon, mcm la hubby nak bagi.

last week, tayar keta hubby pancit.
kami nak ke kenduri di jkr tu, naik la mivy aku.
masa tgh dlm keta tu, umar asyik dok sibuk bukak dashboard.
ada psp dlm tu. adik aku punya.
tu pun dah berbulan gak dok dlm dashboard tu. takde sapa peduli.
pastu terus cakap kat hubby, eh, kalo takde sape nak main psp ni, mas je lah main. harvest moon pun ada gak utk psp.
hubby sengih la sbb kalu camtu gayanye aku takde la bising tanye2 nak beli wii ke dsi lagi.

balik tanye adik aku, nak main leh tak?
dia pon ingat menatang tu dah hilang.. bole?

suka2... dgn excitednye aku pi cari game harvest moon utk psp kat torrent. jumpa sebijik. ok download.

dah siap download, nak masukkan dlm memory stick. sekali tgk memory stick adik aku 16gb daa.. aku nak beli yg 4gb (utk kamera) pun terkincit. mahal sgt.

dan sbb aku jahil psp, mmg tak paham camane nak masukkan game dlm memory stick ni.

1st time cucuk mem stick kat pc, tgk belambak2 trojan. pergh bebudak ni mmg. tak reti nak mencegah. aku dah guna pc bertahun2 tak penah miss any trojan.. ye ke?

anyhoo, tau je lah trojan ni kalu dah duk lama sgt dlm satu2 device tu. mcm haram.. seeloknya format aje. tapi sbb aku tau ada file2 penting dlm memory stick tu yg membenarkan aku main psp dgn game download, aku cuba la nak clean up those trojans.

sekali ada mamat nama umar tu pi tarikkkkkk memory stick n card reader yg terjuluq keluaq dr pc. dia mana bole tahan tgk benda2 pelik camtu. geram je nak pegi pegang.

dah nak dijadikan cerita, card reader punya part yg cucuk masuk pc tu dah senget (no surprise here, ada thumb drive 8gb mmg dah patah dikerjakan dek umar), dan memory stick ENAMBELAS GIGABYTE juga menyenget.... demm mampus kalu adik aku tau ni...

sudahnye, 3 jenis pembaca mem stick mmg dah tak dapat baca mem stick itu, yg bole baca cume lahhh... psp je, n psp takleh nak explore folder2 dlm mem stick tu... so takleh la aku nak copy paste file2 dr yg 16gb tu masuk kat mem stick aku yg cinonet tu...

wawawa... so terpaksala cari jalan susah iaitu surf the world wide web utk cari cara main game2 donlod dr intenet..

aku maleh nak tanye adik aku sbb haritu dah tanye dia kata dia 'beli' game. beli la sangat. padahal bayar brape ringgit kat kedai game yg macam toooot pegi caj utk letak game dlm psp...

cari punya cari, sampai dah habis masters pun masih tido kul 4 dok godek psp ni....

akhirnya hari ni, berhasil sudah... thanks to the tutorials on youtube.. weeehooo..... kagum aku dgn diri sendiri....

takut jugak main2 dgn firmware, n they even use the term 'hack'... ranap psp adik aku kang mampus.... dah la dia beli kat ostrolia.. takkan dapat ganti balik nye lah...

n harini jugak aku dapat tau yg game harvest moon kat psp ni baruuu je direlease a couple of days ago.. ada lagi harvest moon utk psp yg lama2 kot, tapi yg aku dapat kat torrent ini je.

PLUS, you know what? it is the same game as harvest moon save the homeland yg aku dok cari2 tu!!!!

yahoooo... hepi tak terkata ni.....

hahhhhh.... best gile......... takyah kuar duit beli wii or dsi, takyah kuar duit beli game save the homeland yg ori, takyah beli psp game yg ori sbb aku dah nak give up cari cara nak main game download kat psp (malas nak gi kedai game sbb depa asyik nak menipu je.. ingat aku ni macam makcik aku nak beli utk anak aku ke? aku clueless ke? eat shit la weh.)

err tapi mungkin kene ganti memory stick adik aku tu kot.... eheheheh....

sonok mmg sonok, tapi kene tangguh dulu explore psp n 'masuk' dlm harvest moon, sbb keje menanda exam final utk ayah aku tak siap lagi... upah dah dapat.. err dah habis dah pon tadi ptg gi jcard day kat midvalley.... best gile shopping!

hohoho.. its mine.. all mine...

pepandai je declare jadik aku punye.. biarlah... huhuhuhu...... tak sabo nye nak main.....!!!

Tuesday, May 04, 2010

Aktiviti seminggu

Sorry for the long overdue.

Janji nak letak gambar tapi tak muncul2.

I've been busy with my report writing. Tadi dah hantar gi binder, Alhamdulillah..

Lepas submit those reports baru la aku boleh kata, I AM TRULY DONE!

Ok jom la tgk gambar....


mandi swimming pool @ rumah mami masa potluck

report writing.. 8 ketul buku pinjam dr library, 2 pinjam dr kawan.. i'm on a roll!

muka serius umar. garang ni.. mcm ibu dia.. hohoho~!

kacau ikan masa makan kat putrajaya seafood, taman botani.

dzharif balik bangi.. umar geram dgn dzharif..

umar : ish geramnya tgk dzharif ni..
dzharif : huh?

umar : nak try angkat dzharif lah.
dzharif : erkhh..

umar : eeeee apsal takleh angkat ni..
dzharif : heh?

lepas dzharif balik, tangkap gambo dgn ayoh.

lewat malam, tiba2, temperature umar naik. dzharif pun baru baik demam, mungkin ada saki baki lagi kot. terkene sikit dekat umar. tu la sapa suh cium dzharif byk sangat.

ayoh berdiri atas kerusi utk letak dokumen atas meja. i love this feature! sebab umar tak leh capai brg2 atas ni..

sabtu lepas, balik serdang, umar mandi pool dgn ahmadefarhan.. umar dah boleh panggil adi...


ahad, pegi kenduri kohai hubby di dewan jkr, kl.

aksi2 umar masa ayoh die 'amik angin'. ibu dok dlm keta je. paneh!

dah alang2 gi kl, lepas kenduri rasa rugi lak kalu balik terus. singgah klcc jalan2.

macam budak besar!! baru setahun!!!

lek la umar.. jgn cepat sgt besar.. ibu n ayah lambat lagi nak bagi adik kat umar... hehehehe...