Sunday, May 23, 2010

1 week recap

kisah JB dah lama berlalu. macam2 hal yang berlaku sejak pulang dari sana. aku nak jot down about the things that happened for the past 1 week for future reference.

Jumaat : balik dari JB, terus ke Serdang utk bermalam di rumah family hubby.

Sabtu : bukak yahoo mail, tengok ada email dr unit siswazah fakulti, kata aku tak daftar projek sem ni. dem. takleh grad kalu tak daftar ni. aku ingatkan sem lepas dah register kire setel dah. rupenye kene register utk dedua semester. how was i supposed to know that? takda tulis mana2 pun pasal ni?? plus aku tensen sbb emel tu dihtr pd ptg jumaat, n aku cume baca pada pagi sabtu. apasal tak call? ni kan benda penting? kena tunggu isnin pulak baru nak setel. Ptg balik bangi sbb resah. i need to talk to my parents.

Ahad : Tensen2 pun tak guna sbb apa2 hal kene tunggu besok gak. so hari ni rilek je (tak ingat dah buat apa.)
oh ye hari ni ayoh membotak licinkan si umar. ibu sebenarnye nak trim je rambut dia. bapak umar pegi tobek kan terus rambut dia. takleh nak repair, botakkan terus. itu pun amik masa sejam lebih. tak habis botakkan, uamr dah meragam sbb mengantuk. sudah nye mandikan dia, tido, bangun balik baru bawak gi kedai gunting rambut utk selesaikan bhgn belakang kepala yg belum botak.

Isnin : biase la aku mmg bangun lewat. kul 9 lebih fakulti call. suh aku buat surat rayuan. blablabla. sampai fakulti, jumpa pegawai unit siswazah, jumpa my sv (segan), jumpa timbalan dekan (mula2 dia mcm upset pastu ajak aku borak. whadda?) layankan je. pasni bukannya akan jumpa lagi dah. hopefully. setel urusan surat kat fakulti, pi htr ke gso pulak. dia kata, ok tunggu lah keputusan rayuan. aku pk, mm bila pulak nak dapat keputusan ni?
sekali diorg call kul 5.30. aku tak jawab sbb phone silent. apa lah call kul 5.30. kene tunggu besok lak nak call diorg balik. arghhh tunggu lagi! lagi satu aku tak paham, apasal la takleh tinggalkan voicemail? aku activate voicemail tu bukan saje2 tau. somehow kita ni tak mau utilize voicemail tu. kalu citer2 omputeh yg aku salu dok tengok tu tinggalkan pesanan kat voicemail tu perkara biasa. kenapa kita takleh wat?? dem menyusahkan.

Selasa : kul 9 lebih gso call, kata rayuan dah lulus. ok. diorg suh pensyarah aku buat surat utk masukkan gred. argh surat lagi. kene jumpa sv lagi (segan!!), kene jumpa timbalan dekan lagi. (dem ni lagi malas!). ah nak buat camana. kene selesaikan jugak. aku pun buat la draft surat. takyah nak suh sv buat. buek malu den yo. dah siap tulis, bawak gi unit siswazah fakulti. pegawai tu kata, dia yg akan uruskan hal gred ni. wah hepi lah aku. takyah gi jumpa2 dah pensyarah2. tapi masa nak meninggalkan unit siswazah tu aku terdetik, nak remind dia tak yg gso mintak surat tu hari ni jugak? erm takyah la, pandai lah dia buat keja dia.

Balik rumah, kemas2 nak balik Serdang 4 hari. hubby called mintak jemput dia di opis.
hujan lebat petang ni. aku pun kelam kabut kemas barang 3 org ni, terus keluar ke bangsar utk jemput hubby. mujur tak jem walaupun hujan. lepas jemput, singgah mid dulu nak menghabiskan voucher jusco. malam tadi kemas almari umar banyak dah baju dia yg dah singkat2. aku ketepikan utk simpan. so voucher tu guna utk tambah stok baju umar.

Rabu : Dok rumah mertua tapi selamba badak bangun kul 11. menantu apa... dgn anak aku skali aku bagi tido sampai kul 11. what to do, smalam letih shopping :P. this has become my habit lah. susah nak buang.

tghari hubby call mintak amik brg dari rumah bangi n hantar kat dia di bangsar. pergh buat satu round la pulak aku ptg tu.dah alang2 htr barang, tunggu je hubby habis keja(sementara tu lepak kat mid). pas tu pegi lowyat pulak sbb hubby nak cari barang.

seronok nye dapat pegi lowyat. dah berbulan tak pegi sana. macam2 dah rancang nak beli. tapi sbb ni plan last minit. gua sudah sengkek bulan ni sbb j-card day hari tu. so telan ayak liok je la kat lowyat tu. takpe dapat duit nanti lowyat tu aku tuju dulu.

Khamis : keta ku sudah dihantar pulang ke bangi, hubby amik keta dia pulak bawak mai serdang. he drove to work, while im stuck in serdang with no car. that sucks. stuck at home with no car sucks. bangi ke serdang same je. bole menggigil satu badan kalu seharian tak keluar rumah. heheh. malam tu hubby bawak gi tgk Shrek final movie kat jusco balakong.

Jumaat : Hampeh sampai hari ni gred aku tak masuk2 lagi. wei kata haritu nak setelkan. tapi sampai la ni takda citer ni pahal. aku nak konvo tahun ni la weh!
Pagi2 kul 8 aku htr email tanya, kenapa gred masih berstatus N?
emel di reply, hari ni baru nak htr result ke gso. ok... aku tunggu..
tunggu dan tunggu... dgn takde keta yg boleh bawak aku ke fakulti utk setelkan hal ni....
sampai ptg 5pm tak berubah jugak gred. aku pun call la gso, sbb haritu 5.30 pun diorg boleh call aku kan. so i tot diorg mmg balik lewat la.

telepon di angkat, at the same time umar merengek2 nak menyusu di seblah.
org yg menjawab tu dengar, lalu berkata, "saya ada anak kecik jugak.."
dia mintak no matrik, dia cek nama aku n dia kata, "weh mas!"

shafiz rupenye... dush dush. tolong shafiz tolong aku.. aku nak grad ni...

takde apa2 perkembangan pada gred aku, menurut beliau. but after he made some calls for help, diketahui bahawa pegawai unit siswazah tu sudah htr result aku by hand pada gso.

aku tak paham apa maksud by-hand tu dan apa kelebihannya. tapi yg pastinya result aku dah ada pada gso. dah harap2 sempat di bawa masuk ke mesyuarat senat .. bila tu? taktau....

isnin ni baru dapat tahu kot.

bila jadik macam ni, kdg2 rasa macam. ah mampus la grad ke tidak. dah la aku dah memang menyampah buat masters ni. pastu some ppl were trying to make it hard for me to make that one final step to reach that scroll. rasa nak cakap, i dont give a damn ok. simpan la scroll aku tu. ingat aku kempunan sangat ke?

emo terlebih. of kos la aku nak benda tu. jgn buat pasal ok.

so skarang buat apa? tunggu la lagi. sampai isnin. tunggu tunggu tunggu. bosan.

padahal haritu sikit punya excited nak tunggu result projek ni keluar. dapat apa tau? dapat A. tapi sebab jadi hal ni. A tu tak membawa apa2 kegembiraan pun. damn it.

tapi ada satu benda yg aku perasan. there is this one person. yg aku penah satu kelas dgn dia. she just had a baby last year, like me. first born. tapi yg lagi hebat nya, she's married, has a baby, blajar masters, n WORKING too. ive never met anyone like this. its either the person is not married but working, or married but not working, or married and working, but no children. yg married with children and working ni selalunya lelaki ada lah. pompuan mmg takda langsung. so aku pun agak kagum la dgn this person.
but.. somebody told me, that she had to re-do her project presentation (ni mungkin sbb projek tak mencapai tahap kot..). ok itu satu. time tu aku dah mula kesian dah. mmg aku paham. aku yg tak keje pun tunggang tebalik. apa lagi org yg siang keje, malam jaga anak. bila masa nye nak ngadap projek?
pastu sebab selalu pegi bilik pegawai unit siswazah tu, ternampak list student yg nak re-sit exam yg result tak elok. nama this person ada utk re-sit 1 subjek dimana beliau dpt f... waduh.

so you see? bukan mudah ya nak buat semuanya serentak.
dulu aku pun rasa, alah boleh buat punya. 3 sem je. pejam celik pejam celik habis 3 sem.
3 subjek + projek? takde masalah. buat je la. boleh punya. <-- ni pikiran sebelum umar keluar dari perut ye.

mmg boleh. tapi tengok la apa jadi. kalau ditakdirkan aku nya hal gred projek ni tak setel.. hii taktau laaa..

ok sambung kisah jumaat. selepas 3 hari menginap di serdang, malam tadi kami pun pulang ke bangi, sbb hubby tak sabar nak jumpe beskal beliau.

Sabtu : buat apa? pagi buat aktiviti di rumah, ibu : tlg opah masak.. umar n ayoh : naik beskal gi pasar, round2 sana sini, main2 sampai letih.

ptg semua terbongkang tido 3 jam. pastu gi pasar malam n gi bangi lama lagi utk amik umar nye baby seat utk beskal ayoh. rm20 je harga dia. seat dari rotan. tapi umar punya la suka bila ayoh test drive dia dlm seat tu, sampai takmau turun! argh bile ibu lak nak beli basikal ni???
tadi di kedai beskal tu ibu suh ayoh survey harga mountain bike pink yg ibu berkenan haritu.
rupenye itu basikal raleigh la. (dah nampak rasanye haritu tapi tak peduli pun jenama apa. yg penting ia cantik.) so sbb its branded, mahal la sikit.. kalu camni tah bile ibu nak dapat join ayoh n umar gi jalan2 naik beskal???????

fyi baru teringat, beskal yg ayoh beli tu sebijik sebijon macam beskal2 kat infy dulu. tak best kan? seat keras sakit bontot. kaki tak dpt jejak tanah. plus dah lama tak naik beskal ni, bila naik rasa macam nak tumbang je. padahal dulu aku la jaguh beskal kat bangi ni. ke hulu ke hilir dgn beskal.

ah rindunye saat2 itu!... and its funny now that when my parents nampak how we treated umar, bagi dia naik beskal etc. depa senyum je. padahal masa kami kecik dulu diorg pun excited gak belikan beskal, badminton, basketball bla bla bla bla... dah jadi atuk n opah ni diorg jadi mcm err bosan lak. sengih je?? hahahahha... i think they prefer to take the back seat n let us the parents pulak yg lalui pengalaman ni.. haih how time flies......

p/s: adik aku dah hilangkan aku punya kamera. dia tercicir kamera tu masa pegi bercuti dgn rakan2.. aku sedih.. kamera tu... hubby belikan di jepun tahun... 2005 kot. masih elok sampai sekarang. dah 5 tahun. dah berjasa lama gila. hubby tak kisah sangat. dia kata, its high time to buy a new one dah pun. aku sedih sbb memory stick tu aku baru beli. aku baik hati bagi mem stick yg besar utk adik aku tangkap gambar byk2. sekali hilang daaa.. so there wont be any new pictures any time soon. i need to buy a new camera soon, or else tak dapat nak capture aksi2 umar !! nanti sedar2 dia dah besar dah.. no no no... mesti beli baru pronto!

ok bye.

2 comments:

Oyis said...

bestnya dlm rushing2 pon sempat tido siang... jeles. lg satu, bestnya dah nak grad dah!!! hok ni super duper jeles (but happy for u :) )

Maslina Zolkepli said...

jarang2 dapat tido siang ni sebenarnye. tu yg bila dapat peluang tu happy semacam. slalunya kene tgk tempat n schedule umar. bila dia tido baru boleh kite tido sama, ye dak? tu yg bila umar tido dlm kul 2-3ptg tu akan join sekali wpon byk keja. sbb pk, kalu buat keja kang, umar bangun, kita dah letih, tak larat nak layan dia yg energetic sbb baru lepas rehat.
mmg nikmat tol tido ptg ni.. hehehehe......