Sunday, June 27, 2010

ibu smells like coffee, ayah smells like tobacco. umar so lucky!

aku suka kopi. caramel coffee frappe, cappucino, nescafe. tapi aku tak suka minum kopi yg hitam pekat tu. itu org minum dgn gula. aku suka yg ada susu...
yg paling aku suka cappuccino.
ice blended, panas, sejuk, semua boleh.
kadang2 bile kempunan nak minum ice blended cappuccino, i would request the hubby to bring me back a cup from the pasar malam, walaupun beliau dah pulang lewat n keletihan.

bila dah sampai tahap macam tu, aku terpikir, tak boleh buat sendiri kah? kesian tgk hubby kene detour ke pasar malam tu semata2 nak carikan minuman kegemaranku itu.
tengok recipe home made cappucino payah pulak. campur espresso bla bla bla.

tapi aku dah boring minum nescafe. (ive been drinking nescafe since sekolah rendah. aku mmg suka minum kopi dari kecik!)

lately pulak all sorts of instant coffee dijual di pasaran. macam2 jenama n perisa.
satu aisle kat carrefour tu dedicated utk instant coffee sahaja.
so aku pun ingat nak cari la perasa2 coffee yg sama macam yg slalu dok beli kat pasar malam tu.

kebanyakannya yg ada kat supermarket adalah coffee 3 in 1 yg dah siap campur creamer n sugar. i dont want that. kalau macam tu aku lagi prefer buat sendiri guna nescafe.

one time, berjalan di warta, eh silap, bintang. cari la instant coffee yg menarik utk dicuba. i was looking for something yg sedap diminum sejuk@ dibuat iceblended.

pastu terjumpa ni :

aik cheong cappuccino

ini lah satu2 yg aku jumpa di bintang tu yg perasa cappuccino. tengok ada logo halal, ok il give it a go.
balik rumah, buat ice blended. hmm sedap, tapi kurang manis.
so lama kelamaan mmg jatuh cinta dgn brand n perasa ni. tapi dgn syarat kene alter sket lah. tambah gule sesudu.

baru je 2-3 minggu lepas mula cuba minum ni. aku siap beli whipped cream (tapi takde la letak whipped cream tu everytime minum. makin gemok la aku nanti!) plus tak letak whipped cream pun mmg dah sedap.

n dlm masa less than 3 weeks ni, aku dah beli 2 pek. 24 sachets tu. time bukak posa minum ice blended cappuccino ni mmg heavennn....

kdg2 buat 2 sachets sekali. blend, pastu simpan separuh dlm freezer. separuh minum time bukak pose, separuh lagi minum kul 10 ke atas.

sangat sedap. yg lagi best nye this cappuccino mmg ada foam.. terasa macam minum expensive coffee... padahal buat sendiri di rumah...

sejak 2 minggu ni jugak la aku pun dah takde la mintak hubby pegi belikan dah ice blended cappuccino lagi. gi pasar malam tu tak tengok dah gerai iceblended tu. kalo dulu mmg aku sanggup round satu pasar malam cari gerai iceblended. save tu. secawan dah rm3.50. kalau seminggu minum 3-4 kali?

pastu semalam ke kelmarin, aku tengok dalam pek tu, eh apsal mcm dah berkurang je sachet ni? byk nye aku minum!

pastu aku nampak satu sachet kat luar pek, eh somebody has been drinking my cappuccino!
heeheee aku bangge la sbb kopi pilihan aku ada org berminat nak minum. org tu tak lain tak bukan my parents la. adik beradik n hubby tak suka minum coffee.

mak ayah aku mmg penggemar coffee. mama kata sbb masa study di us dulu selalu minum waktu musim sejuk utk panaskan badan. dan habit tu tersangkut sampai ke tua. aku rasa aku belajar minum coffee dari mak aku masa dari aku tadika lagi kot! mula2 curi2 rasa coffee diorg, pastu blajar buat sendiri.

anyhoo, sambugn cerita, kalu semalam tinggal 3 sachets dalam pek besar tu, malam ni aku nak buat minuman tu lagi aku tengok pek tu pun dah takde, n ada pek baru!

wowww somebody mustve like this drink very much! i bet its my mom.

rasa terharu pulak ada orang belikan.. sbb aku dah cakap kat hubby tadi besok mcm nak kene pegi warta sbb cappuccino tu dah nak abis. malas nak gi jauh2 semata2 nak beli 1 benda je.

so that explains la why im so happy to find that new pack in the kitchen tonight.. yayy...

what can i say, coffee makes me happy.... :P

Wednesday, June 23, 2010

lemau

blog ni dah jadi mcm biskut lemau.
serius aku takda benda menarik nak tulis.
cume citer pasal aktiviti harian je.

skarang ni.. aku membizikan diri dengan.. menjahit.. baca buku cerita.. memasak (ye lah tu).. menonton siri2 yg baru download..
since semua cerita kegemaranku dah tamat season ataupun dah kene kensel terus spt scrubs n ugly betty, aku pun sibuk la mencari siri2 drama yg berbaloi utk didownload. 2 pilihanku, cougar town & gossip girl. gossip girl ni geli geleman sikit nak tgk but better than nothing. cougar town pulak dibikin oleh the same producer yg produced scrubs, so woohoo! mmg kelakau... best2..

alkisah toy story 3, hubby amik cuti khamis lepas semata2 nak tgk movie tu.. eheh taklah begitu. dia mmg rancang nak amik cuti sbb ingatkan nak gi ganu wiken lepas tapi tak jadi pulak sbb banyak jemputan wedding kat cni. tapi cuti nya dah di amik so kami pun pegi je la tgk toy story..

kesimpulannye.. mmg best takleh nak cakap.. boleh bergenang air mata tengok.. tapi mmg dah bajet pun mesti akan sebak punye sbb toy story 2 pun sebak gak masa part cerita pasal sejarah jessie yg ada lagu when she loved me tu.

toy story 3 ni tak ingat kat part mana yg sebak. yg akhir2 kot.

pastu tgk sunny side day care tu rasa macam bestnyee.. terus siku hubby n kate, nak cari daycare camtu utk umar ade tak? umar mesti akan duduk dlm kelas caterpillar harhar... menjahanamkan semua toys yg ada...

pastu tgk andy punya toy chest pun rasa nak beli utk umar jugak. tgk bilik andy rasa mcm nak sediakan satu bilik utk umar gak.. gahhhhh....

overnyee.... takpe apa salahnye menyimpan impian kan...

pastu siap ada show toy story 3 kat tgh2 midvalley tu.. dgn segala macam mak nenek mainan toy story.. buzz n woody pun ada kat pentas utk tangkap gambar... (tapi tak heran sgt kot sbb dah penah jumpa woody kat woodys roundup disneyland paris. yg tu lagi ori eheh).. kalau umar ada mesti dia suka.. tapi kami tak bawak umar sbb beliau tak brapa sihat. tak elok bawak pegi shopping mall yg sesak tu. n even though it was a thursday, tapi sbb muvi toy story 3 n ada live show depa kat centre court tu, cuti skolah pulak.. rasa mcm wiken je sesaknye...

hmm itu je la kot komen pasal toy story 3.

on the job hunting front.. masih samar2... macam2 dah keje mintak tapi respond has been slow. i myself am a bit picky.. takmau jadi programmer yg keja tak menentu masa... location pun kene tengok gak.. kelayakan pun kene tengok gak... nanti lah dah ada berita gembira baru aku bersemangat nak kabarkan kat sini...

skarang aku tgh fokus nak habis ganti puasa yg berlambak2 tu... 13 days to go...

milk production Alhamdulillah still going strong.. kadang2 risau jugak sbb sejak habis master mmg tak pernah pump dah sbb tak penah tinggalkan umar lama2, so i dont know how much i can produce.. tapi bile dgr umar minum gulp gulp gulp emm banyak lagi lah tu...

ok lah nak smabung tgk cougar town sambil jahit kain... tata titi tutu....

Saturday, June 19, 2010

Saturday Afternoon

Our journey this afternoon:


A: Rumah - Start
B: Fakulti Kejuruteraan UPM - Kenduri Qiey
C: Putrajaya - Kenduri Fadhil
D: Masjid Sultan Mizan - Asar
E: O.U. - beli kasut yg dah dibook
F: Rumah - End

Lengkap pusing satu round...

Thursday, June 17, 2010

aktiviti minggu ini

Sabtu :
Akad nikah @ Shah Alam.

Pengantin Lelaki : En. Abdul Fattah

eh die ni org tgh akad nikah leh lak dia buat hal sendiri kat blakang..

eh rumah ni ada tangga.

macam tgh masuk pertandingan bercerita. kat sapa dia cakap tu pun ibu tatau.

kawan, jom kite pegi sana.

Fattah dan isterinya. sekali lafaz je tau. mas kahwin dia 10401.01 pulak tu. tak berbelit pun lidah!

Jalan2 IKEA & Munawwarah.

nak nak nak nak nak - gaya umar bile nampak the balloon stall.


tido pun nak sama dgn belon. helium dah habis effect.


Ahad :
Wedding Ayip Sham.

Grocery shopping @ warta.


Isnin :
Krohzz

Selasa :
Toys R Us warehouse sale @ Klang
Tony Roma's @ Midv
Jalan TAR


budak excited

Rabu :
Amik cermin mata @ The Mines

Khamis :
Toy Story 3 @ Midv with hubby
Toy Story 3 is the best.

budak demam.




Thursday, June 10, 2010

glee season 1 tamat

tak sangka pulak glee smalam episode akhir utk season ni. kene tunggu laagi utk next season. haritu dah penat tunggu..

review : new directions nyanyi best kat regionals. tapi vocal adrenalin best jugak sbb jesse bawak lagu bohemian rhapsody.
in the end i kenot believe mr. shue n puck nak nyanyi lagu somewhere over the rainbow. ada 2 lagu dr glee yg pernah keluar dlm scrubs. dont stop believin' n somewhere over the rainbow ni lah. i already fell in love with these songs in scrubs. bila muncul dlm glee, ok they gave it a fresh new sound. tapi. it made me miss scrubs yg dah habis... sobs..

mana lagi best?
aku rasa kedua2 lagu ni lagi matching the situations dalam scrubs berbanding glee. glee ni part continuation dia lomah sikit. storyline asyik jump2 sana sini. and the actors can act better ...

scrubs!!


glee : by mr. shue n puck


scrubs : by ted's band

Wednesday, June 09, 2010

shopping baju raya.

hari ni me,my mom n my son went to jln tar.
mama nak beli kain baju raya n tudung.
aku dah beli 2 lai kain batik terengganu masa gi sana feb haritu.
so hari ni aku cuma beli 2 lai kain cotton utk baju kurung.
jakel punya cotton selection mmg tiptop! baru aku tau kat mana cik sae beli kain baju kurung beliau yg aku puji cantik masa kat majlis tunang aqeelah haritu.
sori kamdar midv, i have a new fav kain store now.

pas dah habis shopping kat jakel, kami pegi gerai2 tudung pulak. mama nak cari selendang mcm yg beliau slalu pakai tu. selendang pashmina plain tu dah tak byk jual kat jln tar. skang byk jual style yuna tu.

aku pun tertarik dgn pashmina yg stripes tu.
tapi takut nak pakai sbb nanti nampak cam mama. harhar!
mungkin kene pakai anak tudung supaya muka tak nampak super bulat.
aku berminat nak tukar style tudung kerana.... i cant afford to buy munawwarah n ariani saje.
mama terkejut bila aku kata tudung ariani tgh sale tapi harga dia rm40.
kalu mama tau harga tudung munawwarah aku seratus lebih, mesti kene sound dah ni.

apa nak buat?
skarang ariani tgh sale.
munawwarah pun ada gak buat sale kdg2.
tapi tudung2 yg labuh n cotton mcm yg aku slalu pakai tak sale mana pun.. habih kuat pun 20% je.
tudung yg singkat2 tu punya lah murah..

aku buat tuduhan, mmg diorang saje je nak menyukarkan orang pakai tudung yg betul2 menutup aurat ikut syariat.

lagi labuh lagi bagus, tapi lagi labuh, mahal nya melampau2. kalu mahal sikit mcm 20% dari tudung yg kurang labuh takpe, ni 1 tudung labuh boleh beli 2 atau lebih tudung kurang labuh. how? aku pun tertarik nak beli tudung yg kurang labuh itu.

sapa nak jawab nanti?

anyways.

berbalik pada cerita shawls tadi. mmg cantik.
nak try lah beli satu. nak jugak beli anak tudung yg nama dia inner syria.

seriously i never bothered pun pasal trend2 tudung terbaru ni. plus lama dah tak pegi jln tar. taktau apa fesyen terkini.

tapi lama2 bosan jugak dgn tudung2 sekarang. balik2 tudung tu jugak aku pakai. sampai berbulu.. eheh.. cotton kan..

dah nampak tudung yg cantik, harga pun berpatutan, pk2, ok lah boleh lah try satu.
next week pegi jln tar lg dgn my sis aku nak sambar.

but perhaps nak cari di kedai yg boleh try test, ada tak?

lepas habis shopping tudung (kejap je shopping kain n tudung ni sbb mama mmg org yg pantas tak suke lengah2.), aku berjaya pujuk mama gi midvalley.

hihi bukan senang oo nak ajak mama jalan sana sini. tapi sbb nak kene beli kettle jugak, mama pun setuju...

tujuan aku adalah sbb nak beli buku kat mph. hih hih.

lunch, mph, jusco..

nampak mama pun dah letih (aku lg letih sbb dok carrry umar sepanjang jalan.) , kami pun balik..

1.30pm dah sampai rumah..

ptg tu umar n ibunye terbongkang sampai asar...

ok itu je.

bye2.

Saturday, June 05, 2010

umar

kisah umar :
  1. pandai smack down orang - pusingkan badan dia n hempas atas badan org lain - where did he learn to do this???
  2. suka tarik rambut ibu to get my attention - again, where on earth did he learn this?
  3. suka masukkan baju2 dalam bakul baju kotor - slalu nampak ibu buat, tapi umar ni baju bersih pun nak masukkan dlm bakul tu jugak..
  4. suka main suis letrik yg ada lampu.
  5. suka panjat kerusi n meja utk tengok apa ada kat bawah tudung saji.
  6. terbalikkan bakul jahitan ibu, wpon baru lepa bbrp saat. makin laju ibu kemas makin laju tangan dia menyepah2kan barang2 yg dha berterabur tu. bile ibu tutup bekas jahitan tu, dia pegi blakang ibu n tarik rambut pulak. im being bullied by my 16-month old son.
  7. suka tengok printer ibu yg ada mcm2 bunyi n pergerakan.
  8. suka terbalikkan cawan plastik yg ada air.
  9. boleh makan spaghetti sendiri.
  10. boleh panjat tangga 22 steps - dah master. naik sambil pegang sisi. tidak perlu menonggeng2 lagi.
  11. boleh count one-two-three-four-five-six-seven. ibu sebut one, dia boleh sambung sampai seven. tapi seven dia sebut 'batem'. kihkihkih. sometimes i can hear him say, 'po pai shi' - four five six. - tapi opah n atuk suruh ajar bahasa melayu dulu. dah master bm baru ajar english. ok i can see why. tetapi. bm ni byk suku kata. sa-tu, du-a, ti-ga. nak suh dia sebut sampai tiga pun kene byk kali praktis. one two three cepat je.
  12. takut dgr bunyi2 yg kuat spt- vacuum cleaner n drill letrik - boleh menggeletar badan ketakutan.
  13. tangan tersepit kat elevator di lowyat. very dangerous. but everything happened so fast. 5 saat kot. merah sikit tangan dia. ibu yg panik tak sempat cakap terima kasih pun kat org yg tolong..
ok habis.
i wonder, adakah semua baby ganas or is it just my son? baby girls main tarik2 rambut tak? my brothers used to do this to me. mmg kene jerit lah. ni anak sendiri.. nak buat apa? tahan je lahh...

Thursday, June 03, 2010

it was a good day.

aku nih brapa kali dah cakap dah setel hal masters, tapi tak setel2 lagi rupanya.
haritu excited lepas present kata, i'm done, padahal report tak buat lagi.
dah siap report, ingatkan i'm done, cd tak bagi lagi.
tak sempat bagi cd, dapat pulak berita, subjek projek tak register, masalah besar!
3 minggu lepas tu, baru setel sume, dapat status completed.

malam tadi, shafiz msg, kata, kene byr yuran bergraduat n submit to gso.

cis i forgot about graduation process pulak. (mujur shafiz ingatkan. thanks again shafiz!)

gua ingatkan boleh terus menonong naik pentas amik scroll.

lupe pulak kene bayar, n buat itu ini.

bile cek, rupe2nye kene pegi bendahari dan library dah buat pengesahan semua yuran dah bayar, semua buku pinjam dah dipulangkan.

hadui sakit dada masa nak pegi buat semua ni..

aku cukup seriau la kalu kene pegi bendahari tu. takut sangat2. takut depa kata, "awak kene bayar .... " no no no.. phobia...

pastu kene pegi library (kad matrik dah hilang ye), haritu masa tgh buat projek, byk gile pinjam buku dari library. last2 ada pinjam 8 ke 9 ketul serentak. dari yg besar gedabak sampai yg kecik macam buku nota pun ada. kot2 terlupa ke, terselit kat mana2 ke.. umar sorok dlm lemari dia ke..

mula2 pegi bendahari.

Alhamdulillah.. dlm 3 minit semua setel. 3 minit tu berdebar2 tunggu pegawai tu semak akaun aku... lagi2 dgn hal lambat register ni, mana tau kot2 ada yg kene byr lagi ke, hal clash scholar bajet mini dgn loan mara lagi, hiiiiiii..... silap haribulan mau beriban kene bayar.

Bile dengar bunyi "thump thump" borang bergraduat dicop, perghh lega tak terkata..

dah hepi dah time ni.

pegi library pulak.

cakap elok2 dgn pegawai, kata nak endorse borang. dia suh pegi kat kaunter, aku tersengih sambil kata, saya tak bawak kad matrik.. mujur tak kene sound (teringat kisah tak pakai kad matrik zaman bacelor dulu. sampai nak bergaduh dgn penjaga kaunter tu.).. tapi aku dah lupa aku ni dah tua bangka. mana ada org nak marah lagi dah...

masa kat kaunter tu pun nak tunggu dia cek tu berdebar2 gak... last2 dia bagi balik borang n senyum, "ok sudah.."

hahaha..

kalu tak carry umar dlm carrier tu dah berlari2 keseronokan dah aku ni...

pastu pegi fakulti pulak. jumpe 2 org lecturer utk isi referee report utk mintak keje.. kat mana tu biarlah aku rahsiakan dulu. tak dapat kang buek malu den yoo...

pastu gi gso submit borang bergraduat tu, n then balik bangi gi pasar malam..

yahoooooooooooo!!!

oh yeah oh yeah...

Alhamdulillah sekali lagi...

pastu err tetiba dapat durian runtuh pulak hari ni.

pastu, 2 bilah gunting yg aku ingat dah hilang tiba2 muncul balik hari ni. ternampak kedua2nya terselit berhampiran dgn tpt aku last nampak kedua2nya... sikit lagi nak bercadang beli gunting baru sbb tgh syok nak menjahit skarang ni... kat kamdar midvalley ada jual kain cotton camouflage army pattern. haritu masa tengok robin hood kat jb tertinggalkan seluar umar yg berpattern camouflage dlm cinema tu. cabut sluar dlm cinema sbb basah umar dok main cawan berstraw tu... sekali tertinggal da... terjatuh rasanye sbb masa cek2 tu tak nampak apa pun atas kerusi.. so i tot nak beli lah kain cotton tu utk buat baru.. mungkin boleh buat sluar tido umar skali sbb nampak macam sedap pakai je kain tu.

im a bit on a roll arent i?

biasak aa kalu moody tu malass je nak tulis.. kalu hepi mmg berjam2 boleh membebel di sini.

ok lah itu je bye2.

Tuesday, June 01, 2010

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah..

Selepas lebih 2 minggu status aku tergantung, hari ni secara rasminye status masters ku sudah COMPLETE.

Semester Status Cum. Grade Point Cum. Credit GPA CGPA
SECOND SEMESTER 2009/2010 COMPLETE 137.25 36 3.9 3.813
FIRST SEMESTER 2009/2010 CONTINUE 78.75 21 3.5 3.75
FIRST SEMESTER 2008/2009 CONTINUE 47.25 12 3.938 3.938


Terima kasih, ku ucapkan kepada.. my sv, timbalan dekan, pegawai unit siswazah, pegawai GSO terutamanya shafiz yg membantu aku menyelesaikan kemelut ini.

hilang segala beban yg menghantui sejak kebelakangan ni.

so, boleh lah aku konvo oktober ni?

ok jom tempah baju raya + konvo.

hello outside world

here i am, coming out of my nest to do my routine weekly activities entry.

i really dont have much to talk about so here's what happened last week n our plan for the next couple of weeks (weddings, weddings, and more weddings!)

monday (24/05) - umar n i went to midvalley to do some shopping. ya Allah tobat dah ibu tanak bawak umar gi shopping mall dah! punye la banyak demand dia.. pantang nampak bola, asyik sebut "buta buta" aaaa menangis nak buta.. dah la la ni tgh promo world cup di mana2.. takleh nak escape! pastu nampak je mainan yg letak syiling pastu gerak tu, sume nak naik. sampai satu tahap sampai stengah jam dok layan dia nak naik kereta bob the builder n thomas train kat depan mega kidz midvalley tu. last2 apa yg buat dia berenti? bila dia nak naik thomas-themed mini merry-go-round. yg dia naik sebelum tu guna duit syiling, n i aint got no coins. n merry-go-round ni boleh masukkan duit kertas. rm2, so i tot, ok la ni last ride, bagi la dia gerak. sekali umar ni takut pulak.. sbb merry-go-round tu.. well, goes round. pusing pusing. panik dia berdiri kat dlam merry-go-round tu. pas tu dia yg tobat tanak naik dah.

balik je dedua orang pengsan sampai dekat nak maghrib..

selasa (25/05) - lepak dok rumah jer kot. tido je satu hari..

rabu (26/06) - memula plan nak gi jalan dekat2.. tapi mlm tu ayoh ajak balik serdang sbb tokki n tok nak balik ganu dah..

khamis - dok rumah je (no car).. malam tu pegi tengok prince of persia di cheras selatan.
best! aku tak suka game DOS prince of persia ni. tapi hubby minat sungguh game PS2 dia. sambil tgk wayang tu asyik2 dia bisik, "ha scene ni ada dalam game." wah jeles sungguh aku mendengarnye. takde sape nak buat game harvest moon jadi movie ke? boleh aku bisik kat hubby pulak camtu. hehe. simpsons hit n run game PS2 pulak terbalik, tempat2 n watak2 dlm game sebijik mcm dlm siri tv... mmg syok tgk siri dia n cakap, eh iv been to this place! (dlm game je la tapi..), lepas habis wayang nak gi beli KFC. teringat2 gaya cashier kat KFC cheras selatan yg gedik semacam bile ada brader 3 org nak pesan makanan. siap buat gaya macam menari lagi.. (malas nak explain panjang).. by the time turn aku sampai, zinger pun dah habis.. tensen... pegi KFC seri serdang pulak. tanye, apa lagi yg ada? sbb time tu dah pukul 10.30. they answered with a smile, semua ada.. suke aku dgn KFC seri serdang ni. thumbs up!

jumaat - cuti, hubby dok lepak je sebelum semayang jumaat, masa umar nap kul 10 aku lari balik bangi amik sijil2, patah balik serdang gi fotostat 20 copies of each certs (22 ringgit habis!), pegi tangkap gambar passport (gambar passport terakhir diambil tahun 2004 muka anak dara, 2010 punya muka macam makcik!!) tapi takpe, nampak lah ke-wisdom-an aku. hopefully senang dapat keja dgn muka matang itu.. huhu.. balik, compile sijil2, isi borang2 jawatan kosong.. etc.
to-date sudah submit 3 applications. suma di agensi kerajaan, samada jadi F41 or DA41.
ptg, gi jusco utk survey outdoor water filter yg macam roket tu.

sabtu - pagi, balik bangi jugak (same je mcm dok bangi!) amik barang, balik serdang, plan nak keluar tapi tangguh smpi ptg. ptg, hubby ajak teman dia gi opis nak amik brg, pusing2 area opis hubby cari tpt yg berpotensi utk duduk kalu ditakdirkan kami kene pindah ke kl..
malam, balik bangi..

ahad - pagi lepak je sambil hubby bawak umar naik beskal. lepas zuhur gi warta makan kfc (taktau kenapa lately asyik rasa nak makan kfc je), survey waterfilter delcol pulak, pastu balik tido ptg dgn umar.

hari ni - umar selsema agak teruk. kuning hingusnye. sejak ptg semalam. sudah bagi ubat selsema edizio, antibiotik n paracetamol. cepat baik ye umar. kite banyak nak jenjalan pas ni...

this wiken - wedding kawan hubby 'L' di melaka.
next wiken - jadi rombongan akad nikah kawan hubby 'F' di shah alam. also kenduri kazen hubby 'S' di perlis. kalu jadi balik perlis mama nak ikut balik tepeng tengok tok. hopefully boleh balik makan cendol n pasmboq!
the wiken after that - wedding 'L' di ganu pulak.
the wiken after that - akad nikah cik Qiey (dia tak jemput pun lagi tapi aku nak buat muka takmalu dtg akad nikah dia boleh?), wedding cik Qiey (ha yg ni dijemput la.) di fakulti kejuruteraan upm. garden wedding tuh.. kot? takpe kite tengok lah nanti...

ni aku nak citer sikit pasal kawan hubby yg 'L' ni. harap2 dia tak baca blog ni. atau bakal isterinya.
kisahnya begini.
aku sudahpun berkenalan dgn L ni wayyy back masa dia keja lepas SPM di lowyat. time tu jumpa sekali je. masa ni hubby di jepun n i needed help with my pc. he directed me to L to ask for help.
ni kawan terengganu hubby ok. so hubby n dia cakap ganu lah.
after we got married, selalu la jumpa L ni time balik ganu, n time raya.
dia dok keja KL btw.
raya 2 thn lepas, kami gi open house raya dia di KT. turns out, mak dia org johor(masak beriyani sedap giler! org ganu mana reti wat beriani gam!) n they do not even speak loghat ganu kat rumah. so mereka berdua ni (hubby n L) kene gelak la dgn aku. sesama dia pong pang pong pang cakap ganu mcm org ulu. sekali balik rumah, masing2 cakap KL. poyo betul. kalu mung dok kecek ganu pung takpe weh (tak betul kot ayat ni but tak pedulik lah.)

pastu, fast forward raya tahun ni. i missed their yummylicious open house party sbb diorg buat malam pulak. so utk tebus kesilapan beliau tak invite aku awal2, he came to my house utk berhari raya, bersama gelfrennya n sorg lagi kawan hubby 'K'.

ha ni la yg aku nak citer ni. the gelfren, lets name her 'M'. she is a pretty girl. from jln bukit, kajang. org nya cantik, tinggi, and sempoi. sempoi tu yg best sekali. pertama kali dia dtg rumah, aku sudah berkenan (eh? apa kaitannye aku nak berkenan ni?) iye lah. since hubby n L ni quite rapat, so kalu M ni kawin dgn L akan jadi rapat dgn aku jugak lah sbb saban tahun akan berjumpa. mcm kawan hubby lagi sorang 'Y' dan isterinya 'N'. byk nye huruf. boleh keep up tak ni?

anyways, masa kat rumah aku tu, depa ni makan malam la sekali. pastu dok luar minum teh sambil borak2. i still remember her tudung licin (tak ramai org boleh pakai tudung bawal licin dgn kemas).

a couple of weeks after that, kami bertemu lagi di open house sorang lagi kawan hubby, 'A' di klang. isterinya, alamak aku lupa nama.. so takde huruf lah. wait, yana kot nama dia. il name her 'Y'.

kat klang ni, sbb dah penah jumpa sebelum ni, macam2 lah kami borak. mmg teringat sangat kat beliau. lagi2 dia kata nama dia hampir sama dgn nama aku cuma kurang satu huruf je. N. huruf lagi. anyways, pertemuan berakhir di situ.

even hubby pun mengaku yg this girl mmg lain dr yg lain n mmg sesuai dgn kawannye L tu.

aku tanya, bila nak kawen? masing2 kata, ish taktau lagi.. aku pun tanak la push2 nak tanya. tapi yg aku dpt tau waktu tu keadaan masih samar2 lagi.

ok fast forward to a month ago.

ok ingat ye last time jumpa was in october.

a month ago, lets make it april lah.

in april, L added hubby in FB. aku yg tukang cek FB hubby ni tengok la nama FB si L ni. gabung dgn nama girl lain. pelik. sekali tgk profile pic, gambar tunang mereka. n the girl is definitely NOT M!! aku punya la terkejut. eh what happened? apasal L let go M ni??!! i like her!! it was already past 11pm but i forced hubby to call L n ask what happened.

L pun mcm tekejut la. he did not want to answer. bile hubby letak dia bgtau (aku tak paham apa diorg cakap bcoz they were speaking ganu.. duhh..), mmg dah lama putus. sejak november. damn. and the girl dah pun KAWIN dgn org lain last JANUARY!.. (and the latest news that L gave to my hubby is that M ni dah pregnant dah pon.)

macam batu jatuh hempap satu persatu. what? clash? what! dah kawin??! what?! dah pregnant?!!

tak terkata aku dibuatnya.

n to make matters worse, pada aku la. pada L mungkin tidak. wallahualam. tunang L ni.. err... jauh nak dibandingkan dgn M. dari segi pandangan aku la pada gambar kat facebook tu.

oh well, tak baik buat anggapan camtu. mana tau dia baik? nanti aku yg nyesal sbb awal2 dah rejek (eh lagi. apa kes pulak aku nak rejek2 ni?)

hai entah la. aku ni kalu tengok/baca/dengar kisah cinta tak kesampaian ni mmg akan terjoin sekali rasa sedih. mungkin sbb dulu selalu takut cinta dgn hubby tak kesampaian. masing2 kawin dgn org lain. na'uzubillah... nak bygkan pun tak sanggup. so bile kisah ni jadi pada orang lain, aku rasa sedih la. lagi2 i loike that girl. borak pun sama level. takde la mcm ayam cakap dgn itik.

oh well, like hubby said, ini la namanye takda jodoh. sebab perpisahan diorg pulak, menurut hubby, mungkin sbb halangan keluarga kot.

haih apa nak buat. aku ni pulak kalu suka kat sesorang tu mmg suka betul. macam budak kecik. hai awak nak kawan dgn saya tak? harhar. i tried looking for her in facebook but to no avail. she just does not exist in facebook. or i just could not find her.

takpe lah. kire takde rezeki jugak aku nak jadi kawan dia.

ok lah itu je. aku pun tak paham kenapa aku nak kena rasa terkilan.
anyways hubby yg dah tgk gambar L n tunangnye scara live (live ni bermaksud mungkin gambar dlm henpon kot) pon mengakui yg M tu lagi cantik.

tapi apa ada pada rupa? rupa cantik kalu gedik macam itik pun tak guna jugak kan? tak tak. kitorg mmg dah tau M ni tak gedik. actually bila ingat2 balik, takde la out of this world punya pretty. bukan la memukau pun. but bcos she's nice and friendly, itu yg contribute to her beauty..

takpa lah. semoga Allah swt kurniakan kebahagiaan L dan M dgn pasangan masing2...

ok habis dah cerita aku.

waktu cuti yg akan berakhir tak lama lagi ni (mengikut firasat aku) aku isikan dgn :
  1. membaca buku cerita (sape ada buku sophie kinsella the shopaholic series? nak pinjam!!!!!),
  2. main game (harvest moon PSP, simpsons hit n run PC),
  3. spend time dgn umar. yg ni sodih sikit sbb hari2 kene cakap kat umar, "nanti ibu kene gi keje umar kene gi skolah tau. pagi ibu htr ptg ibu amik balik. umar jgn nangis2 tau". sapa yg bakal nangis nanti kita tunggu dah lihat... tak dpt bygkan kene bgn awal hari2 kul 6, gi keje smpai ptg. takleh jumpa umar waktu siang, nanti umar akan stat blajar from outside this house. pengaruh kawan2, sekolah, cikgu.. arghhh.... tak sanggup nak pikir!!
  4. kemas bilik - masih dlm progress.
ada byk benda yg perlu di ganti. tapi entah kenapa sekarang ni agak kesempitan wang. ni yg buat aku makin terasa nak keja ni..
  1. cermin mata dah patah - ni aku yg cube nak betulkan frame yg dah bengkok akibat asyik ditarik oleh umar n di duduk oleh aku sendiri. masih boleh pakai, cume kene gam gune gam gajah (so sad!). gam tak kuat so masih tak secure gak. kurang2 rm600 gak ni. lepas ni aku nak kembali ke plastic frame cam dolu2. yg itu 2thn pun boleh tahan. frame besi ni asyik bengkok je!! aku pomen2 patah terus! tensen..
  2. kamera yg hilang - si penghilang kamera buat bodo je pasal ni. should i just buy a cheap one? n then when the moolah comes, buy a better one n sold the cheap one? i dunno...
  3. mattress - sakit belakang enuff said olredi.
  4. pindah! - masih byk yg perlu dipikirkan.................
okey thats all for tonite...
im going back to my nest.. cu next week!