Tuesday, June 01, 2010

hello outside world

here i am, coming out of my nest to do my routine weekly activities entry.

i really dont have much to talk about so here's what happened last week n our plan for the next couple of weeks (weddings, weddings, and more weddings!)

monday (24/05) - umar n i went to midvalley to do some shopping. ya Allah tobat dah ibu tanak bawak umar gi shopping mall dah! punye la banyak demand dia.. pantang nampak bola, asyik sebut "buta buta" aaaa menangis nak buta.. dah la la ni tgh promo world cup di mana2.. takleh nak escape! pastu nampak je mainan yg letak syiling pastu gerak tu, sume nak naik. sampai satu tahap sampai stengah jam dok layan dia nak naik kereta bob the builder n thomas train kat depan mega kidz midvalley tu. last2 apa yg buat dia berenti? bila dia nak naik thomas-themed mini merry-go-round. yg dia naik sebelum tu guna duit syiling, n i aint got no coins. n merry-go-round ni boleh masukkan duit kertas. rm2, so i tot, ok la ni last ride, bagi la dia gerak. sekali umar ni takut pulak.. sbb merry-go-round tu.. well, goes round. pusing pusing. panik dia berdiri kat dlam merry-go-round tu. pas tu dia yg tobat tanak naik dah.

balik je dedua orang pengsan sampai dekat nak maghrib..

selasa (25/05) - lepak dok rumah jer kot. tido je satu hari..

rabu (26/06) - memula plan nak gi jalan dekat2.. tapi mlm tu ayoh ajak balik serdang sbb tokki n tok nak balik ganu dah..

khamis - dok rumah je (no car).. malam tu pegi tengok prince of persia di cheras selatan.
best! aku tak suka game DOS prince of persia ni. tapi hubby minat sungguh game PS2 dia. sambil tgk wayang tu asyik2 dia bisik, "ha scene ni ada dalam game." wah jeles sungguh aku mendengarnye. takde sape nak buat game harvest moon jadi movie ke? boleh aku bisik kat hubby pulak camtu. hehe. simpsons hit n run game PS2 pulak terbalik, tempat2 n watak2 dlm game sebijik mcm dlm siri tv... mmg syok tgk siri dia n cakap, eh iv been to this place! (dlm game je la tapi..), lepas habis wayang nak gi beli KFC. teringat2 gaya cashier kat KFC cheras selatan yg gedik semacam bile ada brader 3 org nak pesan makanan. siap buat gaya macam menari lagi.. (malas nak explain panjang).. by the time turn aku sampai, zinger pun dah habis.. tensen... pegi KFC seri serdang pulak. tanye, apa lagi yg ada? sbb time tu dah pukul 10.30. they answered with a smile, semua ada.. suke aku dgn KFC seri serdang ni. thumbs up!

jumaat - cuti, hubby dok lepak je sebelum semayang jumaat, masa umar nap kul 10 aku lari balik bangi amik sijil2, patah balik serdang gi fotostat 20 copies of each certs (22 ringgit habis!), pegi tangkap gambar passport (gambar passport terakhir diambil tahun 2004 muka anak dara, 2010 punya muka macam makcik!!) tapi takpe, nampak lah ke-wisdom-an aku. hopefully senang dapat keja dgn muka matang itu.. huhu.. balik, compile sijil2, isi borang2 jawatan kosong.. etc.
to-date sudah submit 3 applications. suma di agensi kerajaan, samada jadi F41 or DA41.
ptg, gi jusco utk survey outdoor water filter yg macam roket tu.

sabtu - pagi, balik bangi jugak (same je mcm dok bangi!) amik barang, balik serdang, plan nak keluar tapi tangguh smpi ptg. ptg, hubby ajak teman dia gi opis nak amik brg, pusing2 area opis hubby cari tpt yg berpotensi utk duduk kalu ditakdirkan kami kene pindah ke kl..
malam, balik bangi..

ahad - pagi lepak je sambil hubby bawak umar naik beskal. lepas zuhur gi warta makan kfc (taktau kenapa lately asyik rasa nak makan kfc je), survey waterfilter delcol pulak, pastu balik tido ptg dgn umar.

hari ni - umar selsema agak teruk. kuning hingusnye. sejak ptg semalam. sudah bagi ubat selsema edizio, antibiotik n paracetamol. cepat baik ye umar. kite banyak nak jenjalan pas ni...

this wiken - wedding kawan hubby 'L' di melaka.
next wiken - jadi rombongan akad nikah kawan hubby 'F' di shah alam. also kenduri kazen hubby 'S' di perlis. kalu jadi balik perlis mama nak ikut balik tepeng tengok tok. hopefully boleh balik makan cendol n pasmboq!
the wiken after that - wedding 'L' di ganu pulak.
the wiken after that - akad nikah cik Qiey (dia tak jemput pun lagi tapi aku nak buat muka takmalu dtg akad nikah dia boleh?), wedding cik Qiey (ha yg ni dijemput la.) di fakulti kejuruteraan upm. garden wedding tuh.. kot? takpe kite tengok lah nanti...

ni aku nak citer sikit pasal kawan hubby yg 'L' ni. harap2 dia tak baca blog ni. atau bakal isterinya.
kisahnya begini.
aku sudahpun berkenalan dgn L ni wayyy back masa dia keja lepas SPM di lowyat. time tu jumpa sekali je. masa ni hubby di jepun n i needed help with my pc. he directed me to L to ask for help.
ni kawan terengganu hubby ok. so hubby n dia cakap ganu lah.
after we got married, selalu la jumpa L ni time balik ganu, n time raya.
dia dok keja KL btw.
raya 2 thn lepas, kami gi open house raya dia di KT. turns out, mak dia org johor(masak beriyani sedap giler! org ganu mana reti wat beriani gam!) n they do not even speak loghat ganu kat rumah. so mereka berdua ni (hubby n L) kene gelak la dgn aku. sesama dia pong pang pong pang cakap ganu mcm org ulu. sekali balik rumah, masing2 cakap KL. poyo betul. kalu mung dok kecek ganu pung takpe weh (tak betul kot ayat ni but tak pedulik lah.)

pastu, fast forward raya tahun ni. i missed their yummylicious open house party sbb diorg buat malam pulak. so utk tebus kesilapan beliau tak invite aku awal2, he came to my house utk berhari raya, bersama gelfrennya n sorg lagi kawan hubby 'K'.

ha ni la yg aku nak citer ni. the gelfren, lets name her 'M'. she is a pretty girl. from jln bukit, kajang. org nya cantik, tinggi, and sempoi. sempoi tu yg best sekali. pertama kali dia dtg rumah, aku sudah berkenan (eh? apa kaitannye aku nak berkenan ni?) iye lah. since hubby n L ni quite rapat, so kalu M ni kawin dgn L akan jadi rapat dgn aku jugak lah sbb saban tahun akan berjumpa. mcm kawan hubby lagi sorang 'Y' dan isterinya 'N'. byk nye huruf. boleh keep up tak ni?

anyways, masa kat rumah aku tu, depa ni makan malam la sekali. pastu dok luar minum teh sambil borak2. i still remember her tudung licin (tak ramai org boleh pakai tudung bawal licin dgn kemas).

a couple of weeks after that, kami bertemu lagi di open house sorang lagi kawan hubby, 'A' di klang. isterinya, alamak aku lupa nama.. so takde huruf lah. wait, yana kot nama dia. il name her 'Y'.

kat klang ni, sbb dah penah jumpa sebelum ni, macam2 lah kami borak. mmg teringat sangat kat beliau. lagi2 dia kata nama dia hampir sama dgn nama aku cuma kurang satu huruf je. N. huruf lagi. anyways, pertemuan berakhir di situ.

even hubby pun mengaku yg this girl mmg lain dr yg lain n mmg sesuai dgn kawannye L tu.

aku tanya, bila nak kawen? masing2 kata, ish taktau lagi.. aku pun tanak la push2 nak tanya. tapi yg aku dpt tau waktu tu keadaan masih samar2 lagi.

ok fast forward to a month ago.

ok ingat ye last time jumpa was in october.

a month ago, lets make it april lah.

in april, L added hubby in FB. aku yg tukang cek FB hubby ni tengok la nama FB si L ni. gabung dgn nama girl lain. pelik. sekali tgk profile pic, gambar tunang mereka. n the girl is definitely NOT M!! aku punya la terkejut. eh what happened? apasal L let go M ni??!! i like her!! it was already past 11pm but i forced hubby to call L n ask what happened.

L pun mcm tekejut la. he did not want to answer. bile hubby letak dia bgtau (aku tak paham apa diorg cakap bcoz they were speaking ganu.. duhh..), mmg dah lama putus. sejak november. damn. and the girl dah pun KAWIN dgn org lain last JANUARY!.. (and the latest news that L gave to my hubby is that M ni dah pregnant dah pon.)

macam batu jatuh hempap satu persatu. what? clash? what! dah kawin??! what?! dah pregnant?!!

tak terkata aku dibuatnya.

n to make matters worse, pada aku la. pada L mungkin tidak. wallahualam. tunang L ni.. err... jauh nak dibandingkan dgn M. dari segi pandangan aku la pada gambar kat facebook tu.

oh well, tak baik buat anggapan camtu. mana tau dia baik? nanti aku yg nyesal sbb awal2 dah rejek (eh lagi. apa kes pulak aku nak rejek2 ni?)

hai entah la. aku ni kalu tengok/baca/dengar kisah cinta tak kesampaian ni mmg akan terjoin sekali rasa sedih. mungkin sbb dulu selalu takut cinta dgn hubby tak kesampaian. masing2 kawin dgn org lain. na'uzubillah... nak bygkan pun tak sanggup. so bile kisah ni jadi pada orang lain, aku rasa sedih la. lagi2 i loike that girl. borak pun sama level. takde la mcm ayam cakap dgn itik.

oh well, like hubby said, ini la namanye takda jodoh. sebab perpisahan diorg pulak, menurut hubby, mungkin sbb halangan keluarga kot.

haih apa nak buat. aku ni pulak kalu suka kat sesorang tu mmg suka betul. macam budak kecik. hai awak nak kawan dgn saya tak? harhar. i tried looking for her in facebook but to no avail. she just does not exist in facebook. or i just could not find her.

takpe lah. kire takde rezeki jugak aku nak jadi kawan dia.

ok lah itu je. aku pun tak paham kenapa aku nak kena rasa terkilan.
anyways hubby yg dah tgk gambar L n tunangnye scara live (live ni bermaksud mungkin gambar dlm henpon kot) pon mengakui yg M tu lagi cantik.

tapi apa ada pada rupa? rupa cantik kalu gedik macam itik pun tak guna jugak kan? tak tak. kitorg mmg dah tau M ni tak gedik. actually bila ingat2 balik, takde la out of this world punya pretty. bukan la memukau pun. but bcos she's nice and friendly, itu yg contribute to her beauty..

takpa lah. semoga Allah swt kurniakan kebahagiaan L dan M dgn pasangan masing2...

ok habis dah cerita aku.

waktu cuti yg akan berakhir tak lama lagi ni (mengikut firasat aku) aku isikan dgn :
  1. membaca buku cerita (sape ada buku sophie kinsella the shopaholic series? nak pinjam!!!!!),
  2. main game (harvest moon PSP, simpsons hit n run PC),
  3. spend time dgn umar. yg ni sodih sikit sbb hari2 kene cakap kat umar, "nanti ibu kene gi keje umar kene gi skolah tau. pagi ibu htr ptg ibu amik balik. umar jgn nangis2 tau". sapa yg bakal nangis nanti kita tunggu dah lihat... tak dpt bygkan kene bgn awal hari2 kul 6, gi keje smpai ptg. takleh jumpa umar waktu siang, nanti umar akan stat blajar from outside this house. pengaruh kawan2, sekolah, cikgu.. arghhh.... tak sanggup nak pikir!!
  4. kemas bilik - masih dlm progress.
ada byk benda yg perlu di ganti. tapi entah kenapa sekarang ni agak kesempitan wang. ni yg buat aku makin terasa nak keja ni..
  1. cermin mata dah patah - ni aku yg cube nak betulkan frame yg dah bengkok akibat asyik ditarik oleh umar n di duduk oleh aku sendiri. masih boleh pakai, cume kene gam gune gam gajah (so sad!). gam tak kuat so masih tak secure gak. kurang2 rm600 gak ni. lepas ni aku nak kembali ke plastic frame cam dolu2. yg itu 2thn pun boleh tahan. frame besi ni asyik bengkok je!! aku pomen2 patah terus! tensen..
  2. kamera yg hilang - si penghilang kamera buat bodo je pasal ni. should i just buy a cheap one? n then when the moolah comes, buy a better one n sold the cheap one? i dunno...
  3. mattress - sakit belakang enuff said olredi.
  4. pindah! - masih byk yg perlu dipikirkan.................
okey thats all for tonite...
im going back to my nest.. cu next week!

No comments: