Wednesday, July 28, 2010

mama dah balik

smalam mama dah selamat sampai dari london.

11 hari tanpa mama sangat menyeksakan!

when the queen of the house was not around, the house felt soo empty.

sampaikan hubbyku turut berkata, "mana mama ni.."
dia pon rindu kat mama jugak.

sepanjang ketiadaan mama, aku buat je la apa yg aku termampu.

basuh kain, sidai kain, angkat kain, kemas dapur, masak sikit2, kemas rumah sikit2. ok lah tu.

mmg sangat penat. lama dah tak tido past 1am macam ni.

dalam byk2 keja ada 1 keja rumah yg aku baru discover aku sangat benci buat.

apa itu?

LIPAT BAJU.

argh benci.

4 hari lepas mama pegi baru lipat baju 2 bakul. pas lipat letih macam nak pengsan.

hari ni, baju 6 hari punya baru err mama lipat. aku tolong sikit2.

serius benci!

satu benda lagi yg agak benci, GOSOK BAJU.

tapi baju hubby sendiri kenalah gosok kan...
tapi kdg2 aku pk, baju sendiri pun aku malas gosok, ini kan pulak nak gosok baju orang... huhuhu... hubby punya pasal aku rajinkan diri jugak. itu pun kadang2 ada hari yg terlupa atau buat2 terlupa sampai betul2 terlupa nak gosok. hasilnye beliau gi keje pakai jaket kompeni je.. heheheeee....

2 jam lagi kami nak berangkat ke utara.. aku ni tak tido lagi..... zzzzzz..

ok bye2...

Saturday, July 24, 2010

kisah hari ini

/me
  1. teringin nak beli tricycle utk umar. tapi dimana ya mau beli.. ermmm...
  2. teringin nak tgk inception tapi macam takleh je...
  3. thinks that hubby really need to watch out what he says about my appearance. his comment about the acne scars on my face makes me wanna spend hundreds of ringgit on facial treatments.
  4. teringin nak tambah stok make up - bronzer tp saborr...
  5. ajak aiza hang out kat midv ptg tadi. pegi sana naik komuter. naik ladies coach. ladies la sangat. ada lelaki2 yg tak paham bahasa masih naik ladies coach ni. semua warga asing la tapi. papan tanda ladies coach tak cukup jelas. macam tak ikhlas je. ptg jumaat= tren penuh. aircond cam hidup segan mati takmau. mengalir2 peluh kat belakang badan. padahal serdang-midv cume 4 stesen je. how hard is it to repair the ekon? demm betul la ktmb ni. macam ni baik tak payah ada ladies coach. kesian sorang budak pompuan tu aku nampak lencana skolah dia sbp di melaka. pukul 4 ptg masih dlm train sesak. mesti keluar dr melaka kul 1 gitu. brapa banyak kenderaan awam dah tukar? mesti dah penat. dah la dah bangun dari awal pagi utk gi skolah. kesian. kalu lah aku kene buat camtu semata2 nak balik rumah dr skolah... hmm tak dpt bygkan.. pastu pulak siap ada pengkid dlm ladies coach tu bersama gelfren nye. terus kata dalam hati. oh time ni baru ko nak ngaku ko tu pompuan?? fanni.... ah macam2 lagi lah. aku ni naik komuter setahun 2 kali je skarang. dulu seminggu 2 kali. n mmg servis nye makin terus dari dulu sbb makin ramai orang guna. minyak makin mahal, org takde duit nak bawak keta, komuter masih ditakuk lama. its sad.. sad.. sad.......
  6. just received a standard rejection letter from U tooot. terus hilang mood hari ni. pastu terasa nak gi window shopping.tu yg tepon aiza ajak jumpe. dapat lah jugak bergelak ketawa berkongsi cerita dgn kawan lama. mood dtg semula. mmg agak sedih dgn rejection tsbt kerana rasa macam alasan yg dibagi tak menasabah. mulut ni mula lah mau mengomel pada hubby. he listens. tapi somehow rasa tak puas hati gak. aduh kan best kalu buleh cakap dgn mama. oh mama cepat lah balik. suddenly i remembered something that she once said. regarding similar situations. so aku pun pujuk lah diri sendiri.. buat apa aku nak marah dgn diorg.. bukannya diorang yg bagi rezeki kat aku.. Allah yg bagi rezeki kat aku. mungkin bukan rezeki aku di situ..kalu aku direjek secara tidak adil.. nanti org yg bertanggungjawab tu dapat lah habuannye.. haih susah jugak nak cari kerja ni ye. woi takda sapa nak amik aku kerja kah? atau aku yg takmahu dapat kerja? aku akui mmg aku takut.. takut nak mulakan benda baru. takut nak tinggalkan anak aku dengan orang lain.. dan macam2 lagi takut. mungkin separuh dari hati aku doa supaya lambat dpt kerja supaya boleh jaga umar sampai gaji hubby naik 10k pastu aku langsung takyah kerja heh heh beliau besar? eh pastu adik umar datang camana? nak tunggu lagi? pastu datang lagi? tunggu lagi? ayooo....

dah la malas nak pk. dah ngantuk. harap2 besok dapat pujuk hubby gi tgk inception di cheras selatan. atau tinggalkan umar dgn hubby n aku pegi buat facial treatment. atau just lepak di rumah? no way man...... il come up with something..

bye2.....

Wednesday, July 21, 2010

getting bigger by the day

  1. umar sekarang sudah boleh tidur sendiri, tanpa perlu nenen.
  2. boleh main sendiri dalam bilik sambil ibu tido. dah pandai tak usik apa yg tak patut usik dlm bilik spt bukak laci2 n main suis.
  3. pandai ikut sepatah2 apa yg orang cakap. one night when i was talking to my hubby, to which he replied, "agak agak ah ibu..", umar ikut, "gak gak aa buu". berdekah2 kitorang ketawa.
  4. dah boleh nyanyi lagu burung kakak tua dari awal sampai habis. nyanyi sendiri, bukan orang guide.
  5. makin ganaz. suka sangat smack down orang, baling mainan kat orang, lepuk muka orang kalu tak layan dia.
  6. loves other babies. his cousins especially.
  7. asyik berkepit dgn ibu, akibatnye bile kene tinggal skejap2 skarang ni, melilau2 cari ibu. bile ibu dah balik, nak angkat bontot pun payah. dia ingat nak tinggalkan dia lagi.
  8. pandai buang sampah. pandai recognize yg mana satu sampah n buang dlm bakul sampah. selalunye tisu or kertas lah.
  9. pandai buang baju kotor dalam bakul. hebat nih. kadang2 baju bersih pun campak dlm bakul tu jugak.
  10. pandai kemas mainan. bile opah cakap, "nak kena kemas beg" : utk pegi ireland. umar dengar perkataan 'kemas' terus buat gaya kemas2 mainan. too cute!
  11. dah pandai bagitau apa yg dia nak. sampai kdg2 ibu tak paham. what do you want, baby?. one time he said, amik amik amik. i didnot understand, dia nak suh amik apa ni. pastu dia turun dari meja (masa tu dia duk atas meja) n pegi amik sendiri duit syiling yg dia suh ibu amik. ini mmg betul2 buat ibu terpk. sometimes when i asked him to get something for me, dia tak dapat bezakan apa yg ibu nak, so dia pegi amik something else. now ibu pulak tak paham apa yg dia nak...
ok lah ngantuk dah nanti sambung bye2.

Friday, July 16, 2010

umar's play area

semalam, dengan rasmi nye, kami telah mengemas aka disassemble playpen aka cot umar yg telah berjasa selama hampir setahun setengah. (2 minggu lagi umar dah nak masuk setahun stengah..)

Alhamdulillah, makin lapang nampaknye bilik tidur kami.

but my hubby still prefer to have a changing table for umar. kata beliau tak la terbongkok2.

aku pulak, selama ni changing table yg melekat kat cot tu pun jadi tpt letak barang je. same goes with the cot actually. tempat simpan barang2 mainan umar..

apa pun, seperti stroller, walker, rocker, bumbo seat, cot ni akan disimpan utk kegunaan adik umar insyaAllah kalu ada rezeki tahun2 akan datang.

hubby buat lawak, tanye, taknak donate kat daycare ke barang2 umar tu (merujuk cerita toy story 3) aku kata, eh takleh, umar nak ada adik lagi. kalu dah sampai anak last baru boleh donate kat daycare.. or kepada sesapa je lah.

now what i would like to do is to find a space where i can store all of umar's stuff neatly. as of now, stroller berada di blakang dapur, which i think is not a really good idea becoz the heat n the grease from the kitchen can ruin the stroller in the long run.

coming back to the empty space in the room, now i am thinking what do i wanna put there. it could be :

1. a stand alone baby changing table.
2. play area for umar.
3. another mattress!

stand alone changing table adalah satu idea yg agak perlu becoz as of now aku ternampak hubby pegi letak umar atas meja solek bila nak tukar diaper beliau. kesian nye.

play area pulak.. erm perlu jugak. bukan la play area exactly becoz he plays all over the room. more like a place to put all his toys..

or maybe another single-sized mattress coz i cant stand sleeping on a queen-sized mattress with 2 guys! lasak nye yaRabbi.. sangat stress sebab usually im the last one i get in bed so mmg susah nak cari ruang yg cukup utk aku tido dgn selesa tanpa memenyet umar.

ok fast forward to a day later :
tadi dah pegi shopping.
the verdict is.... the empty space has become umar's play area during the day and umar's sleep area during the night. i just bought another parklon playmat for that empty space. this playmat is made of... latex of some sort (i think). i bought a big one for the tv room a year ago. today i bought a smaller one for our bedroom. sedap playmat ni nak tido pun selesa. tapi malam2 bentang la latex mattress(yg sebelum ni letak dlm cot) utk umar tido. kesian pulak kan nak tido atas tikar getah jer.. heheh..

picture courtesy of www.littleseouls.com

this playmat is quite expensive. sbb tu lah aku mengamuk bile nampak ada kesan abu rokok kena pada playmat yg ada di bilik tv tu. api rokok panas kan. kene tikar getah ni terus jadik macam berlubang sikit la. weii tensen sungguh. mujur yg sebelah bawah masih cantik. boleh terbalikkan n still look like new. huh.

you know what, i am trying my very best to make this room of ours as nice as possible tapi macam sangat susah. tiap2 hari kemas, tiap2 hari bersepah balik.

dulu sebelum habis masters aku tekad lepas habis masters nak kemas baju2 dlm almari tu, tapi sampai skarang hampeh ko daun.. progress sangat selow. tapi dah keluarkan cot tu kira progress jugak tu. dari duduk jadi gajah putih buat penuh bilik je.

ok lah habis cakap pasal play area nih.

moving on..

pagi tadi my mom telah pun berangkat ke ireland utk menghadiri satu seminar di sana. belum sampai dublin lagi rasa nya ni. beliau terbang dari kl-london-dublin-somewhere in ireland yg aku dah lupa nama dia. tapi malam ni bermalam di dublin dulu.

anyways, dah mama takde ni, terpaksa la aku ambil alih tugas mama memasak etc etc kat rumah ni.

to me lah, nak masak utk anak n suami tak susah sangat. tapi nak masak utk adik2 n ayah.. pergh... mencabar betul. lebih teruk lagi diorg ni jenis yg nak kene dihidangkan baru nak makan. kalu masak banyak2 tapi tinggal dlm periuk or dalam peti ais. harapan la nak suh diorg amik sendiri. which kinda makes things complicated. takleh la nak keluar lama2 or duk rumah pil lama2.

geram betul dgn adik aku maghrib tadi. dia tak puas hati dia sorang je kat rumah time maghrib. pastu bila suh panaskan nasik n tomyam dia naik angin. what the hell?? malas nak layan.

nak buat camana, kalu tak dihidangkan bawah batang hidung takmau makan. mama pulak insist on makan di rumah thus its up to me to prepare everything for them.
aku pikir, kalau aku tak duk sini macamana? mama kene pegi outstation somewhere. me n my sis dah ada keluarga sendiri n tinggal berasingan. budak2 tu nak harap sapa? ergh geram je pikir. dah 20 tahun dah baru kene tinggal dgn mak dah menggelabah.

kalu ikut hati nak wat bodoh je. tengok la brapa lama tahan asyik makan kat kedai je. tapi mengingatkan mama, masak la jugak. lauk bujang je. ko nak makan, makan. tanak makan dah.

just because kami balik agak lewat malam ni, sibuk la diorg nak makan kat kedai. aku tinggal kan sotong celup tepung, habis gak.

kadang2 mmg tensen dgn adik2 yg ingat diorang masih budak kecik. n sometimes i still feel like they are treating me n my mom like orang gaji. even pinggan sendiri pun takmau basuh.

aku bukan lah apa. sejak berkahwin ni, sudah kira ada 2 family. my family n my in-laws family. aku pun tak dapat elak dari membanding2kan antara dua keluarga ni. aku tengok, dua2 belah ada yg baik, ada yg kurang baik. jadi me n hubby ni, kira menseimbangkan lah semua faktor2 tu. apa2 yg baik dari family aku, aku cuba bawak ke family in laws. hubby pulak apa2 sikap yg baik dari family dia dia bawak masuk dlm family aku. memang itu pun tujuan Allah swt cipta manusia kat muka bumi ni kan? berbaik2 antara satu sama lain. or something like that. Aku jadi kan kamu dari pelbagai bentuk, supaya kamu berbaik2 di atas muka bumi ini.

tapi mmg nak puji adik2 hubby yg rajin n boleh diharap. kalu mintak tolong apa2, ringan tulang nak membantu. adik2 aku.. suh buat apa2 ada je alasan. not just me. bila my parents suh bawak turun baju kotor sendiri, or suh basuh pinggan sendiri pun buat taktau je. pastu lari masuk bilik or keluar terus... bengang tak bengang?
maybe i feel like this becoz we still live under the same roof. kalu sudah berpisah nanti mesti tak rasa macam ni lagi.. kot...

apa pun, tak sampai sehari lagi mama pegi ni. harap2 dapat bertahan sampai isnin depan...

anyways bagus jugak utk my mom to get away from the house for a while. sejak takda maid ni mmg teruk jugak la kami buat keje rumah. dengan umar lagi. somebody kene buat house chores, n the other person jaga umar.

kami pulak kadang2 kena balik rumah parents in law jugak. lagi la kesian kat mama buat semua keja sorang2.

kali ni bagi la can kat mama gi jalan2 ireland n london (nak suh bawak balik kebab taza tapi apakan daya... mana tahan kebab tu dok dlm kapal terbang 11 jam...)

aku pun takda pesan apa pun. london= expensive. aku suh beli handbag mahal sebijik kang kene lecture lak dgn mak aku pasal pembaziran. heheh.

ok lah itu je. besok kene bangun pagi nak pegi akad nikah adik member jiran hubby.

bye.

Tuesday, July 13, 2010

port dickson n ganu vaycay

wow hiatus kali ni agak lama juga...
banyak benda boleh cerita sebenarnye.
ada la 4-5 draft yg kekal jadik draft sbb tak tahu ke mana hala tuju cerita. last2 terbengkalai..

lagi satu sbb tak byk gambar menarik so rasa macam tak seronok pulak nak cerita panjang lebar.

nak kata sbb tak ada kamera, ada je my sis punya nikon yg dia dah wakafkan kat adik2,
tapi sebab asyik kene berebut dgn my bro pulak kamera ni, bila dapat balik mesti dah habis bateri.. tensen ajer.. (belum ada bajet nak beli lumix tz10)

aku pulak mmg tak brapa suka tangkap gambar sebenarnye. sbb kalu tengok org ye2 tangkap rasa macam, poyo nye asyik nak tangkap2 gambar. tapi bile tengok gambar2 yg org tu tangkap akan rasa, ahh rugi nye aku tak tangkap gambar macam ni... hehehee... kene buang tanggapan negatip macam tu. org tangkap gambar utk kenang kenangan..

tapi ada lah jugak dapat snap gambar2 menarik ketika pergi bercuti 2 hujung minggu ni...

2 wikens ago, as i mentioned, kami pergi bercuti ke PD.

pagi jumaat sebelum pegi pd tu, terjah isetan dulu.. beli kasut. heh heh.

ni malam kat pd. tok tgh suap makan umar n ahmadefarhan.

next morning, hubby n his youngest bro masak roti canai tampal telur. delish!

pagi sabtu tu pd macam ribut sket. actually aku tak pernah tengok tepi laut angin kencang camtu. tapi my hubby n family yg penah tinggal di batu buruk, i think they have seen worse. so aku je la yg seriau tengok pokok kelapa bergoyang2 di tiup angin kencang..

dah petang baru kami turun mandi pool.

time ni baru pukul 3. so kami je yg ada dlm pool ni. me, my sis in law, 3 bros in law, n 2 babies. hubby lambat masuk kolam so he was the one who snapped this picture.

ibu n umar having fun in the pool. pelampung umar jadi pelampung ibu belatih swimming.. ahahakss..

ok habis vacation pd.

fast forward to last wiken.

the trip to terengganu was a last minute plan. kebetulan my parents in law n sis in law ada di sana.
raya dah hampir konfem takkan balik sana sbb hubby akan beraya di jakarta (sobs!).
the coming wikens sampai puasa mmg ada hal aje. so ni je la peluang nak pegi ganu tahun ni... kot...

anyways, kami gerak hari jumaat lepas. tapi hubby keje half day. kami pun ikut je la beliau gi keja. to kill time, i decided to lepaks kat old town di bawah opis beliau.
opis hubby besambung dgn lrt bangsar. so aku pun cari la idea nak gi mana nak habiskan masa..
seronok jugak dapat bawak umar naik train for the first time. so naik lrt sampai ke stesen tmn bahagia, kemudian patah balik sampai ke masjid jamek.
train pagi tu tak ramai orang, so mmg enjoy duduk je tengok pemandangan kat luar. umar duk diam je... terpegun kot.

pegi masjid jamek sbb nak pegi beli baju raya umar. sbb nya masa tgk map lrt tu pk, mana tempat yg aku ada benda nak beli? klcc ada, masjid jamek ada, kelana jaya ada... antara barang yg penting nak beli adalah baju raya umar, sbb tu lah masjid jamek menjadi pilihan. dekat je nak jalan dr stesen tu ke wisma yakin.

dapat rembat baju melayu selai, kopiah baby 2 lai, puas hati... utk ayah umar takde baju raya kot sbb bukannye dia raya cni pon.. huhuh. n kalu dia nak beli gak, dia boleh dtg sendiri pilih baju kat cni.. lrt masjid jamek is just 2 stops away from lrt bangsar. time lunch pun sempat.. tapi mustahil dia nak buat ni melainkan i drag him to the shop myself...

oh ye. selama ni we try to make umar call his father ayoh, ikut org ganu lah konon2nye.. tapi umar sendiri sebut ayaaaah.. ayaaaaaahh.. so dengan ini secara rasminye panggilan utk ayah is ayah not ayOh okeh. umar budak bangi, lahir di bangi. bukan lahir di terengganu so betul la tu panggil ayah.. heheheh..

lepas beli baju di wisma yakin, terus balik ke lrt bangsar. kul 12 kami pun bertolak ke pantai timur. tapi kena berenti kat bentong dulu sbb hubby nak kene pi jumpe client beliau di bentong.

berenti punya berenti, siap mandi (me n umar) di RnR gambang, pukul 12 tengah malam baru sampai di marang. letih takleh nak cakap. bygkan kitorg dah keluar rumah sejak pukul 8 pagi. 12 tgh malam baru sampai destinasi. mujur umar tak meragam walaupun beliau tak brapa sihat.

kami tiba di marang di sambut oleh my mom in law n sis in law. n ahmadefarhan of course. sempat lak umar n ahmadefarhan ni bermain sampai kul 1 lebih baru dua2 orang tido..

aku pulak tgh period. tensen betul la kalu time holiday datang period camni. dah la bukan dok hotel. toilet kampung... ermmmm mmg sepanjang jalan aku dah target toilet2 mana yg semenggah nak berenti.

sebenarnye mmg sgt tak suka berjalan time period. tapi sbb ganu punya pasal, aku buang semua rasa tak selesa n just go with it. mujur kali ni perut tak bloated mcm kat jb haritu. aku rasa mesti sbb masa kat jb tu tido ekon. ekon yg aku reti kontrol cuma ekon bilik sendiri sahaja. ekon2 kat tempat lain suma selalu terjadi over sejuk pada aku. thus the perut masuk angin. sakit tau..

sabtu pagi bangun, tengok ada nasik minyak menunggu di bawah tudung saji. peliknye nasik minyak di sini warna pink! i love pink tapi macam pelik tgk nasik warna pink.

lepas makan nasik pink, kami pegi tgk kebun fil. lepas tgk kebun, hubby bawak kami ke sungai yg dekat dgn kebun tu. sungai kecik je. tapi pass lah nak mandi...

umar tgh berlakon konon2 minum air sedap, so buat gaya, "aahhh..." mcm iklan coca cola tu.

ahmade, umar n mama mira

ha rebut jangan tak rebut..

umar ni tamak betul nak dua2 bekas air. kesian ahmade asyik kene beralah je.
aku tau dari mana datang perangai takmau beralah umar ni. both me n my hubby adalah anak kedua. dua2 mempunyai kakak. kakak=selalu beralah. so kami sebagai adik mmg selalu dapat la apa yg nak berbanding dgn kakak2 kami. sbb tu lah umar pun gaya taknak beralah tu.

ahmade pulak anak sulung kepada anak sulung. dia lagi penyabar n beralah.

kami buat kesimpulan disini bahawa umar belum ready lagi utk dapat adik kalu tak boleh beralah macam ni....

lepas mandi sungai ni, kami semua pegi ke pasar marang. pastu balik masak pulak utk parents in law kepada my sister in law yg dtg melawat dari ... perak. lupa dah nama kg diorg tu. yg dekat kuala kangsar tu... lenggong! ok lenggong..

tung tang tung tang masak, makan keropok lekor, makan durian, baru nak makan nasik.. senak perut jadiknye.

dah kul 3 lebih baru setel semua. kul 3 ni lah baru aku mandi utk hari tu.. har har har...
lepas mandi pecut ke kt pulak utk jalan2 sbb besok dah nak balik dah... sobs lagi.

mula2 singgah ke gerai madjing utk minum air jagung iceblended. gosh i really need to learn how to make this drink. asyik terbayang2 je. takkan nak travel 12 jam semata2 nak minum ice blended jagung????

pastu pegi pasar payang. takde bajet nak beli kain pun tapi saje nak jalan2 cuci mata. suka sangat tgk kain2 yg cantik tu. harganya sampai 200 lebih. beli sbb cantik, pastu balik rumah simpan dlm lemari. what the what? aku cuba pujuk diri sendiri utk tak beli apa2 di pasar payang. pujukan berjaya. syaitan tidak berjaya mempengaruhi aku utk membeli brg yg aku tak perlukan.

dan juga kain yg aku berkenan tu tokey dia tanak bagi murah... heheheh....

takpe lah. last time dtg dah beli 2 lai. next time pulak bile datang aku akan sediakan bajet utk beli kain batik sutera terengganu di pasar payang...

ok lepas tu ke mana? ke sotong celup tepung la apa lagiii....

tapi sedih sangat. jambatan bengong yg selalu jem tu jem jugak di ptg sabtu tu. it took us more than 40minutes to reach pantai batu rakit. sampai je tokey dia geleng kepala kata dah habis. rasa nak nangis! i travelled for 12 hours to get here n now you tell me that ur out of sotong celup tepung??! huwargh!

takpe2, hubby bawak pegi pantai teluk ketapang pulak. ok masih ada. tapi cuma tinggal udang n ikan je. sotong habis jugak... tapi dapat makan udang n ikan tu pun dapat mengubati rindu terhadap junk food terengganu ini... hehehehe...

lepas tu pecut pulak pegi jerangau utk dinner di ladang kelapa sawit parents in law, lepas tu patah balik marang utk tido ...

gosh nampak cam kt --> jerangau --> marang tu macam kajang --> bangi --> serdang ke??????

ahad :

last day. kalu ikut hubby, beliau nak gerak balik pagi tu jugak. aku pulak... saje je bagi lengah2... dgn harapan leh tunggu gerai sotong celup tepung bukak kul 2.15ptg.. eheh..

hasilnye..

tadaaa... dapat gak makan sotong.. yahoooo.... takde orang lagi time ni...

di perkarangan masjid somewhere near pantai batu rakit. masa tangkap gambar ni i said to myself. gosh im still here n im already missing this place!

oops ini takleh bagitau kat orang sebenarnye nanti ada org suruh aku mintak keje kat cni.. oh noes~!

itineraries kami pada hari ahad ni:

9am : kemas2
11am : keluar dari rumah tok di marang, menuju ke kt
12pm : beli keropok lekor 007 kuala ibai :P
12.30pm : beratur sejak beli keropok lekor btb 2209 pulok :P
1.30pm : pegi pantai batu rakit. gerai feveret belum bukak. daku give up. hubby gi solat kat masjid dekat2 pantai ni.
2.30pm : pantai teluk ketapang, gerai faveret no2 dah bukak. dapat makan sotong celup tepung yum yum.
3.30pm : cari keropok sira berlada cap bunga raya di durian burung.
4.30pm : beli keropok kering fatimah di kuala ibai.
5pm : baru keluar dari kt
6.30pm : singgah rumah maksu hubby di kerteh. minum ptg, mandi, solat, dinner.
9.30pm : baru gerak dari kerteh!
10.30pm : berenti minum n makan waffle ice cream di a&w kemaman. i took over.
11.30pm : RnR Gambang. aku takleh drive dah. terlalu mengantuk. hubby pun tak larat. kami tido sampai kul 1am.
1am : hubby took over driving balik.
4.30am : baru sampai rumah!!!! world cup final tak habis lagi. tapi hubby kata, i dont give a damn about the world cup. i wanna go to sleep!

it was a nightmare lah i tell you...
mmg aku kene gelak dek hubby.. beliau kata, "hah nak balik ganu lagi??"

sebenarnye sebelum2 ni kalu gi ganu pun mmg letih. tapi kali ni paling letih la.

erm sebab tu aku lagi suka dok hotel kot. sbb hotel dah mmg tgh bandar. boleh pegi mana2 dengan senang. zoom zoom terus sampai. tak la sotong habis macam kali ni. plus kalu dok hotel sedara mara tak kacau sangat hehehe..... ye lah hubby bukannya boleh cuti panjang2. pegi ganu 3 hari ni pun tgk lah. 2 hari habis utk traveling saje. 1 hari je tinggal nak jalan2 makan2. kalu 1 hari tu pun nak berebut dgn sedara mara gak.. ermm.... payah nak kate.

yg herannya lagi satu, hubby tak heran pun tak balik sana. dia kata tak balik lgsg pun takpe. aku yg heboh nak pegi sana. sbb tu la aku yg jadi tensen bila banyak plan tak jadi. pastu malas nak jadi co-driver pulak tu.. haha...

kalu nak tunggu balik naik flight, berjaman la jawabnye. flight tiket bukannye murah. nak kene book berbulan2 lagi awal. pastu dah sampai sana kene sewa keta pulak. byk pakai duit. duit vs. time n energy.. mana menang?

anyways.. itu lah dia kisah vacation kali ni... even right now pun rasa tak puas jalan2 kat kt haritu. nak dok sana lagi lama2. nak dok sampai bosan. nak dok sampai kl panggil balik sbb ada sale. hehehee...

ok lah. gua dah mengantok. sambung citer lain kali..... tata....

Thursday, July 01, 2010

cant stop thinking about food!

hari ni puasa.

kene bangun pagii utk jemput cleaner bawak dtg rumah.
lepas bgtau apa yg patut dibuat, aku sambung tido sampai tghari.
bangun2, bersin tak berenti2.

sampai petang makin teruk bersin.

puasa = lapar
bersin non stop = lapar + dahaga
puasa + bersin non stop = nightmare

dah lah takleh makan ubat.
u kno, ubat yg boleh bagi bersin ni stop completely.

kalu pill, ubat nama actifed/decondine yg berkesan utk aku.
kalu ubat air, cough en linctus will do the job perfectly. minum sesudu. tunggu setengah jam. saluran hidung akan clear terus.

dua2 ni jenis ubat mengantuk. tapi sbb dah makan dari kecik. aku boleh tahan rasa mengantuk.

hubby tak suka aku makan ubat. dia kata buat apa nak drug diri sendiri.
aku kata, cube try bersin cam ni satu hari, tengok la sanggup tunggu dia berenti sendiri ke tidak.

kalau tak makan ubat, bersin2 nonstop ni akan jadi full blown selesema virus yg hingus warna kuning tu + demam n what not.

so setiap kali jadi camni aku akan cepat2 makan ubat supaya badan tak melarat. tapi la ni dah puasa camana nak makan ubat? sabo je le. lepas bukak puasa kang kene pop sebijik dlm mulut.

tadi pegi pasar tani lepas hantar cleaner balik rumah.

ingat nak beli kuih baby cakoi utk umar n somtam utk bukak pose. dua2 gerai tak nampak batang hidung. mana kakak2 yg sweet yg jual somtam tu? mana abg pakai kopiah kait yg jual baby cakoi tu? i miss you guys!

sudahnye beli tau fu fa, prospepper daging n jagung bakar.
dan buah tembikai utk buat jus.

air tebu pun takde tadi. tebu nye ada. air nya mana? tak paham aku.

tak konsisten. mujur prospepper tu konsisten. tapi pembantu nye tak konsisten. mula2 kakak friendly yg jual prospepper tu ada sorang pembantu yg lembab gile. pastu dia sorang. pastu tukar dgn pembantu yg muka agak ketat. la ni sorang balik. tapi takpe. sedap punye pasal. 4 ringgit seketul pun aku beli jugak.

ok stop talking about food.

besok, pelannya nak pegi klcc.

ada isetan punya members day preview sale bla bla bla.
aku pun nak preview lah apa yg ada.

am going with umar.
nak makan mushroom chicken rice yg sedap kat madam kwan's.
me likey. chicken rice + shiitake mushroom = double yumm!
pastu nak makan waffle with icecream kat a&w.

banyak nye makan. kongsi dgn umar ye. budak tu banyak makan sekarang.

pastu malam nak gerak pegi family day kat pd. hubby punye family day. just the family. tapi sbb ramai sangat more than 10 ppl (2 pil + 6children + 2menantus + 2 babies) so jadi mcm besar pulak family day ni.

tapi hubby kene gi singapore besok subuh. day trip. bangi-singapore-bangi-pd. sanggup kah beliau?

kene gi besok gak sbb ahad kene balik awal. ada tunang kazen.

ok nak gi masak kangkung goreng belachann (makin teruk bersin ni karang).. bye2....