Tuesday, July 13, 2010

port dickson n ganu vaycay

wow hiatus kali ni agak lama juga...
banyak benda boleh cerita sebenarnye.
ada la 4-5 draft yg kekal jadik draft sbb tak tahu ke mana hala tuju cerita. last2 terbengkalai..

lagi satu sbb tak byk gambar menarik so rasa macam tak seronok pulak nak cerita panjang lebar.

nak kata sbb tak ada kamera, ada je my sis punya nikon yg dia dah wakafkan kat adik2,
tapi sebab asyik kene berebut dgn my bro pulak kamera ni, bila dapat balik mesti dah habis bateri.. tensen ajer.. (belum ada bajet nak beli lumix tz10)

aku pulak mmg tak brapa suka tangkap gambar sebenarnye. sbb kalu tengok org ye2 tangkap rasa macam, poyo nye asyik nak tangkap2 gambar. tapi bile tengok gambar2 yg org tu tangkap akan rasa, ahh rugi nye aku tak tangkap gambar macam ni... hehehee... kene buang tanggapan negatip macam tu. org tangkap gambar utk kenang kenangan..

tapi ada lah jugak dapat snap gambar2 menarik ketika pergi bercuti 2 hujung minggu ni...

2 wikens ago, as i mentioned, kami pergi bercuti ke PD.

pagi jumaat sebelum pegi pd tu, terjah isetan dulu.. beli kasut. heh heh.

ni malam kat pd. tok tgh suap makan umar n ahmadefarhan.

next morning, hubby n his youngest bro masak roti canai tampal telur. delish!

pagi sabtu tu pd macam ribut sket. actually aku tak pernah tengok tepi laut angin kencang camtu. tapi my hubby n family yg penah tinggal di batu buruk, i think they have seen worse. so aku je la yg seriau tengok pokok kelapa bergoyang2 di tiup angin kencang..

dah petang baru kami turun mandi pool.

time ni baru pukul 3. so kami je yg ada dlm pool ni. me, my sis in law, 3 bros in law, n 2 babies. hubby lambat masuk kolam so he was the one who snapped this picture.

ibu n umar having fun in the pool. pelampung umar jadi pelampung ibu belatih swimming.. ahahakss..

ok habis vacation pd.

fast forward to last wiken.

the trip to terengganu was a last minute plan. kebetulan my parents in law n sis in law ada di sana.
raya dah hampir konfem takkan balik sana sbb hubby akan beraya di jakarta (sobs!).
the coming wikens sampai puasa mmg ada hal aje. so ni je la peluang nak pegi ganu tahun ni... kot...

anyways, kami gerak hari jumaat lepas. tapi hubby keje half day. kami pun ikut je la beliau gi keja. to kill time, i decided to lepaks kat old town di bawah opis beliau.
opis hubby besambung dgn lrt bangsar. so aku pun cari la idea nak gi mana nak habiskan masa..
seronok jugak dapat bawak umar naik train for the first time. so naik lrt sampai ke stesen tmn bahagia, kemudian patah balik sampai ke masjid jamek.
train pagi tu tak ramai orang, so mmg enjoy duduk je tengok pemandangan kat luar. umar duk diam je... terpegun kot.

pegi masjid jamek sbb nak pegi beli baju raya umar. sbb nya masa tgk map lrt tu pk, mana tempat yg aku ada benda nak beli? klcc ada, masjid jamek ada, kelana jaya ada... antara barang yg penting nak beli adalah baju raya umar, sbb tu lah masjid jamek menjadi pilihan. dekat je nak jalan dr stesen tu ke wisma yakin.

dapat rembat baju melayu selai, kopiah baby 2 lai, puas hati... utk ayah umar takde baju raya kot sbb bukannye dia raya cni pon.. huhuh. n kalu dia nak beli gak, dia boleh dtg sendiri pilih baju kat cni.. lrt masjid jamek is just 2 stops away from lrt bangsar. time lunch pun sempat.. tapi mustahil dia nak buat ni melainkan i drag him to the shop myself...

oh ye. selama ni we try to make umar call his father ayoh, ikut org ganu lah konon2nye.. tapi umar sendiri sebut ayaaaah.. ayaaaaaahh.. so dengan ini secara rasminye panggilan utk ayah is ayah not ayOh okeh. umar budak bangi, lahir di bangi. bukan lahir di terengganu so betul la tu panggil ayah.. heheheh..

lepas beli baju di wisma yakin, terus balik ke lrt bangsar. kul 12 kami pun bertolak ke pantai timur. tapi kena berenti kat bentong dulu sbb hubby nak kene pi jumpe client beliau di bentong.

berenti punya berenti, siap mandi (me n umar) di RnR gambang, pukul 12 tengah malam baru sampai di marang. letih takleh nak cakap. bygkan kitorg dah keluar rumah sejak pukul 8 pagi. 12 tgh malam baru sampai destinasi. mujur umar tak meragam walaupun beliau tak brapa sihat.

kami tiba di marang di sambut oleh my mom in law n sis in law. n ahmadefarhan of course. sempat lak umar n ahmadefarhan ni bermain sampai kul 1 lebih baru dua2 orang tido..

aku pulak tgh period. tensen betul la kalu time holiday datang period camni. dah la bukan dok hotel. toilet kampung... ermmmm mmg sepanjang jalan aku dah target toilet2 mana yg semenggah nak berenti.

sebenarnye mmg sgt tak suka berjalan time period. tapi sbb ganu punya pasal, aku buang semua rasa tak selesa n just go with it. mujur kali ni perut tak bloated mcm kat jb haritu. aku rasa mesti sbb masa kat jb tu tido ekon. ekon yg aku reti kontrol cuma ekon bilik sendiri sahaja. ekon2 kat tempat lain suma selalu terjadi over sejuk pada aku. thus the perut masuk angin. sakit tau..

sabtu pagi bangun, tengok ada nasik minyak menunggu di bawah tudung saji. peliknye nasik minyak di sini warna pink! i love pink tapi macam pelik tgk nasik warna pink.

lepas makan nasik pink, kami pegi tgk kebun fil. lepas tgk kebun, hubby bawak kami ke sungai yg dekat dgn kebun tu. sungai kecik je. tapi pass lah nak mandi...

umar tgh berlakon konon2 minum air sedap, so buat gaya, "aahhh..." mcm iklan coca cola tu.

ahmade, umar n mama mira

ha rebut jangan tak rebut..

umar ni tamak betul nak dua2 bekas air. kesian ahmade asyik kene beralah je.
aku tau dari mana datang perangai takmau beralah umar ni. both me n my hubby adalah anak kedua. dua2 mempunyai kakak. kakak=selalu beralah. so kami sebagai adik mmg selalu dapat la apa yg nak berbanding dgn kakak2 kami. sbb tu lah umar pun gaya taknak beralah tu.

ahmade pulak anak sulung kepada anak sulung. dia lagi penyabar n beralah.

kami buat kesimpulan disini bahawa umar belum ready lagi utk dapat adik kalu tak boleh beralah macam ni....

lepas mandi sungai ni, kami semua pegi ke pasar marang. pastu balik masak pulak utk parents in law kepada my sister in law yg dtg melawat dari ... perak. lupa dah nama kg diorg tu. yg dekat kuala kangsar tu... lenggong! ok lenggong..

tung tang tung tang masak, makan keropok lekor, makan durian, baru nak makan nasik.. senak perut jadiknye.

dah kul 3 lebih baru setel semua. kul 3 ni lah baru aku mandi utk hari tu.. har har har...
lepas mandi pecut ke kt pulak utk jalan2 sbb besok dah nak balik dah... sobs lagi.

mula2 singgah ke gerai madjing utk minum air jagung iceblended. gosh i really need to learn how to make this drink. asyik terbayang2 je. takkan nak travel 12 jam semata2 nak minum ice blended jagung????

pastu pegi pasar payang. takde bajet nak beli kain pun tapi saje nak jalan2 cuci mata. suka sangat tgk kain2 yg cantik tu. harganya sampai 200 lebih. beli sbb cantik, pastu balik rumah simpan dlm lemari. what the what? aku cuba pujuk diri sendiri utk tak beli apa2 di pasar payang. pujukan berjaya. syaitan tidak berjaya mempengaruhi aku utk membeli brg yg aku tak perlukan.

dan juga kain yg aku berkenan tu tokey dia tanak bagi murah... heheheh....

takpe lah. last time dtg dah beli 2 lai. next time pulak bile datang aku akan sediakan bajet utk beli kain batik sutera terengganu di pasar payang...

ok lepas tu ke mana? ke sotong celup tepung la apa lagiii....

tapi sedih sangat. jambatan bengong yg selalu jem tu jem jugak di ptg sabtu tu. it took us more than 40minutes to reach pantai batu rakit. sampai je tokey dia geleng kepala kata dah habis. rasa nak nangis! i travelled for 12 hours to get here n now you tell me that ur out of sotong celup tepung??! huwargh!

takpe2, hubby bawak pegi pantai teluk ketapang pulak. ok masih ada. tapi cuma tinggal udang n ikan je. sotong habis jugak... tapi dapat makan udang n ikan tu pun dapat mengubati rindu terhadap junk food terengganu ini... hehehehe...

lepas tu pecut pulak pegi jerangau utk dinner di ladang kelapa sawit parents in law, lepas tu patah balik marang utk tido ...

gosh nampak cam kt --> jerangau --> marang tu macam kajang --> bangi --> serdang ke??????

ahad :

last day. kalu ikut hubby, beliau nak gerak balik pagi tu jugak. aku pulak... saje je bagi lengah2... dgn harapan leh tunggu gerai sotong celup tepung bukak kul 2.15ptg.. eheh..

hasilnye..

tadaaa... dapat gak makan sotong.. yahoooo.... takde orang lagi time ni...

di perkarangan masjid somewhere near pantai batu rakit. masa tangkap gambar ni i said to myself. gosh im still here n im already missing this place!

oops ini takleh bagitau kat orang sebenarnye nanti ada org suruh aku mintak keje kat cni.. oh noes~!

itineraries kami pada hari ahad ni:

9am : kemas2
11am : keluar dari rumah tok di marang, menuju ke kt
12pm : beli keropok lekor 007 kuala ibai :P
12.30pm : beratur sejak beli keropok lekor btb 2209 pulok :P
1.30pm : pegi pantai batu rakit. gerai feveret belum bukak. daku give up. hubby gi solat kat masjid dekat2 pantai ni.
2.30pm : pantai teluk ketapang, gerai faveret no2 dah bukak. dapat makan sotong celup tepung yum yum.
3.30pm : cari keropok sira berlada cap bunga raya di durian burung.
4.30pm : beli keropok kering fatimah di kuala ibai.
5pm : baru keluar dari kt
6.30pm : singgah rumah maksu hubby di kerteh. minum ptg, mandi, solat, dinner.
9.30pm : baru gerak dari kerteh!
10.30pm : berenti minum n makan waffle ice cream di a&w kemaman. i took over.
11.30pm : RnR Gambang. aku takleh drive dah. terlalu mengantuk. hubby pun tak larat. kami tido sampai kul 1am.
1am : hubby took over driving balik.
4.30am : baru sampai rumah!!!! world cup final tak habis lagi. tapi hubby kata, i dont give a damn about the world cup. i wanna go to sleep!

it was a nightmare lah i tell you...
mmg aku kene gelak dek hubby.. beliau kata, "hah nak balik ganu lagi??"

sebenarnye sebelum2 ni kalu gi ganu pun mmg letih. tapi kali ni paling letih la.

erm sebab tu aku lagi suka dok hotel kot. sbb hotel dah mmg tgh bandar. boleh pegi mana2 dengan senang. zoom zoom terus sampai. tak la sotong habis macam kali ni. plus kalu dok hotel sedara mara tak kacau sangat hehehe..... ye lah hubby bukannya boleh cuti panjang2. pegi ganu 3 hari ni pun tgk lah. 2 hari habis utk traveling saje. 1 hari je tinggal nak jalan2 makan2. kalu 1 hari tu pun nak berebut dgn sedara mara gak.. ermm.... payah nak kate.

yg herannya lagi satu, hubby tak heran pun tak balik sana. dia kata tak balik lgsg pun takpe. aku yg heboh nak pegi sana. sbb tu la aku yg jadi tensen bila banyak plan tak jadi. pastu malas nak jadi co-driver pulak tu.. haha...

kalu nak tunggu balik naik flight, berjaman la jawabnye. flight tiket bukannye murah. nak kene book berbulan2 lagi awal. pastu dah sampai sana kene sewa keta pulak. byk pakai duit. duit vs. time n energy.. mana menang?

anyways.. itu lah dia kisah vacation kali ni... even right now pun rasa tak puas jalan2 kat kt haritu. nak dok sana lagi lama2. nak dok sampai bosan. nak dok sampai kl panggil balik sbb ada sale. hehehee...

ok lah. gua dah mengantok. sambung citer lain kali..... tata....

No comments: