Thursday, August 26, 2010

so what's the plan for tomorrow?

i feel very energetic tonight. here's why :
  1. ptg tadi dah tido lama dgn umar. so now dah past midnight kami berdua masih segar bugar!
  2. ptg tadi my sis n her son dtg buka puasa kat rumah. umar n dzharif had a great time playing together. i love kissing dzharif. bau baby dia masih kuat lagi. umar dah hampir2 hilang bau baby. most of the time bau masam peluh je. sronok tgk diorg main sama2. dzharif sampai mengamuk takmau balik.
  3. hubby's coming home tomorrow!! yahooo!!!! - hence the title, whats the plan for tomorrow?? hih hih hih dah ada hubby baru leh buat plan. kalu tak melepet kat rumah je.
  4. kerja marking exam paper for my father hampir selesai. nanti dapat upah. yahoo again.. btw i have been my father's PA for quite a long time now. keje paling leceh adalah tanda exam papers. keja2 lain, printing notes etc, and typing his golf punya urusan. - my dad is the kapten of upm golf team, tau tak?
  5. tadi member post kat fb, nama dia dah kluar dlm senarai senat layak utk bergraduat. i checked the same list, my name is not on it! aku dah mengucap2 dah time tu.. jangan lah ada masalah lagi... cepat2 call unit siswazah. sekali peg. unit yg slalu aku susahkan tu kata, itu senarai budak2 yg lewat htr projek.. aku terus lega wpon tak tgk lagi senarai yg sebelum tu. sorry c!k n0r!@h.. selalu betul aku susahkan dia... i bet ramai lg students mcm aku. sikit2 cari dia kalu ada masalah.. mujur la dia tu penyabar orang nye.. harharhar... respek2.. kalu aku la ada org asyik cari2 aku utk selesaikan masalah, mmg tensen hidup..
  6. hari sabtu ada berkumpul kat rumah arwah nenek di pantai, seremban. sejak kawin, jarang dah jumpe family belah abah. setiap kali diorg buat gath mesti aku ada hal di seblah family hubby. last skali balik sana adalah masa raya puasa tahun lepas!!! bygkan.. kami pegi balik kg tok hubby di terengganu lagi banyak dr balik seremban yg sejengkal tu sepanjang tahun ni.. teruk betul.. ha tu la.. yg dekat tu yg dilupakan.. yg jauh sibuk asyik nak ajak pegi.. tsk tsk... takpa il be there this weekend! tak sabar nak jumpe makcik2.. nak tunjuk umar kahkahkah......
ok itu je!!

eh wait, since hubby's only gonna be around until sunday, aku dah sediakan list brg2 yg nak dibeli, tpt2 makan yg nak dipegi time bulan puasa ni. (he'll only be back on pagi raya... )
some them are :
  1. beli tudung yg matching dgn baju raya kat munawwarah - tapi baju nye tak siap lagi.. camane.. cuma ada cebisan kain yg melekat pada resit je.. bole la tu..
  2. kasut?? hiuhiuhiu. eh haritu nampak dalam paper ada iklan clarks new wedges, finally the wearable wedges, kononnye... aku nak pegi tengok! or maybe those pretty shoes yg try2 dgn aiza kat metrojaya haritu??
  3. tambah stok baju tido umar - sadly, umar has grown out of pigeon punya pakaian. aku suka beli yg tu. tapi dia cuma ada smapai 18months aje. dah kene pindah pegi kiko kids dah ni. bukan baby kiko lagi. demmit tak menarik!! btw baju malam je kene beli, baju siang/jalan2 dia belambak2..
  4. nak beli starbucks caramel frappe
  5. nak moreh kat kedai azura.. haha! atau moreh kat maulana serdang, makan abc.. yum yum.. lama dah tak lepak makan kat kedai.
ok itu saje...

p/s: kejadian yg baru berlaku. tadi ptg mandikan umar, spt biasa, aku biarkan dia berjalan bogel ke bilik tivi. mama yg tgh lipat kain terus jerit, "mas.. cepat pakaikan pampers kat umar ni... kang dia pancut karang..." aku jawab balik, "tak, dia dah tak pancut dah skarang.. dia dah besar...", mama balas balik, "jangan cakap.. kang dia pancut kat baju2 ni, kene basuh balik, kene angkat carpet ni semua.. tak dayo den do.. puasa2 ni..." aku n abah gelak je..
sekali malam ni masa lepas cuci punggung dia nak salin pampers utk tido, dia betul2 pancut da.. mujur atas lantai je, tak susah nak cuci..
any hoo baru je mama sound tadi.. aku ni dah konfiden dah umar ni takkan pancut tanpa pampers kat luar bilik air.. sekali dia buat lagi daaa... tu la sapa suh tak dengar cakap mak! hahahaha..... peringatan utk diri sendiri ye ni...

ok cya later peeps!

Tuesday, August 24, 2010

mungkir janji

bukan aku yg mungkir janji.

hubby yg mungkir janji.

haritu jadual asal kata, pegi jakarta 13-30Aug, dan 5-10Sept.

pastu bbrp hari lepas kata, boleh balik sini 25Aug.
tapi tak mention pulak kene pegi balik 30Aug. ingatkan plan asal iaitu pegi sana 5-10Sept tu kekal.

tup2 malam tadi kata, kemungkinan stay sana sampai 10Sept.

mengamuk la aku camni.

aku dgn umar punya jadual dah tunggang tebalik ni. tido kul 2am, bangun kul 1pm.
pastu kene bebel2 dgn parents. hiii tak tahan.

macam2 lagi lah hal yg malas nak cerita kat sini.

benci!!!

Monday, August 23, 2010

janji tinggal janji

aku byk kali rancang nak sambung tulis blog tapi bila dtg masa free nak tulis, dah takda mood nak sambung cerita haritu.
semalam janji nak cerita pasal thomas n friends, n pasal kamera.

ok aku cuba cerita pasal Thomas n friends. thomas punya latest movie, released in 2009, tajuk dia hero of the rails.

si umar ni, sebut thomas bukan tho-mes. dia sebut jadik tumas. my sister kata "maybe sbb nama awak mas kot, tu yg dia sebut tu-mas".. eheh taktau la betul ke tak teori tu.

movie hero of the rails ni, mengisahkan thomas yg jumpe satu very old engine yg tersorok kat island of sodor tu. mmg dah rosak la tank engine ni. nama dia, hiro. ok dah nama hiro, cakap english pun pelik semacam, paham la hiro ni steam engine yg asal dari jepun kan.
yg kelaka nye, dia pun panggil thomas, tumas jugak. oh umar ni mmg buat ibu dia geli hati la. tolong la jgn jadi batak jepun mcm bapak hang, umar oi.

byk jugak benda baru yg aku blajar dari menonton berlambak2 siri thomas the tank engine and friends ni. new vocabs adalah salah daripadanye.

umar masih suka tgk thomas lagi. taktau sampai bila dia punya demam thomas ni.

sampai kan sekarang ni susah sangat nak ajak mandi. marah sbb bawak dia pegi dari tempat main/tempat tgk thomas.

mujur la cerita dia tak terlalu kebudak-budakan macam, dibo the gift dragon tu ke, olly tu ke, special agent oso tu ke.. umar sronok tgk keretapi, aku n adik aku sronok tgk camana dia boleh buat set keretapi macam ni jadikan cerita. kagum2.

ok moving on to the next story. agak gross so feel free to stop reading.

a couple of weeks ago, tapak kaki ku mula diserang oleh bbrp bintik yg berair. bintik2 kecik je. biasa la kdg2 bintik2 ni muncul di tapak kaki or tangan kan. allergic reaction namanye.

tapi bintik2 ni makin lama makin banyak. sampai4 hari lepas jadi teruk. aku ni dgn hubby takde nye, malas betul nak pegi klinik. asyik tangguh2 je.
sekali smalam dah tak tahan gatal n sakit lagi dah. dari tapak kaki dah naik ke belah atas. sebelah je. kaki kanan je. hari ni dah naik kat kaki kiri pulak.
jadi tadi aku pun gi ke hospital annur (klinik lain suma tutup ptg ahad). disamping bintik2, aku pun ada selsema n sakit tekak yg tak hilang2 dlm 2 minggu gak. adakah bintik2 dgn selesma ni related? erm i dont think so.
bila doctor tgk kaki, dia kata, kena bagi injection. yikes. is it that bad? padan ler ayah aku marah bile smalam baru aku bgtau dia pasal kaki yg sakit ni. mmg sudah serious sampai kene bagi injection.

injection apa tah, tapi yg aku ingat ayah aku sebut steroid je. its a type of drug yg masuk terus dlm darah untuk alleviate menatang nih dgn cepat. makan tablet pun boleh kata doktor, tapi lambat sikit kesan dia. aku tak kisah. asalkan sakit ni hilang cepat.

but knowing my hubby yg tidak suka apa2 jenis drug pun masuk dlm badan aku, bila dia dgr je the word steroid, risau la dia. tapi nak wat camana. dia takda di sini. aku pegi spital tadi pun ayah aku yg bawakkan. sbb dgn umar skali nak pegi cek.

masa nak gi cucuk tu.. ingatkan cucuk kat bahu je. kalu bahu aku tak sakit sgt. sekali nak cucuk kat tangan.. yikesssss... teringat kembali saat melahirkan umar dulu. masa nak kene operate tu doktor buat apa tah kat tangan aku, sakit mmg sakit tapi sakit nak beranakkan umar yg takleh lepas birth canal tu lagi sakit sampai tak pedulik doktor tu nak toreh tangan sekali pun. so you see, ngeri masih belum hilang. lagi2 berada di spital yg sama. sampai cakap pada nurse tu, saya ni dah lama tak kena cucuk ni, takut pulak rasanye. nurse tu gelak je.

hasilnye ubat batuk,selsema, sakit tekak, allergy, n cucuk ubat tu, gedebam rm130. tambah umar nye ubat rm27.

gosh kalu lah aku gi cek awal2, takde kene bayar mahal camni, kata ku dalam hati sambil menyesal.
tapi, pk2 balik, aku ni mmg malas nak ke klinik. pengaruh hubby ni. maybe he should rethink about this in the future. plus bintik2 tu, penah je dapat sebelum ni tapi tak penah teruk macam ni. n selsema n sakit tekak tu, slalunye makan ubat selsema biasa, n makan lozenge, hilang la.

tapi entah kenapa kali ni semua tak hilang2. aku dapat rasakan immune badan dah tak sekuat dulu. yes, again, i am getting old.

dan like i said, aku jarang exercise. badan jadik lembik n asyik keletihan.

dude, buy me that women's stan smith la then we can jog together kat tasik cempaka on weekends...

the dude is my husband la.

ok satu lagi kisah sebelum aku berundur diri.

me n hubby, like most of you know, we call each other mas-adil. sejak form 4 sampai sekarang.

bile dah ada anak ni, i tried to change this habit. from calling him adil, i started calling him ayah or sayang. but i still go by my name, mas. hubby pun ikut la, he calls me ibu, sayang, and also mas lah. suami panggil isteri by her name biasalah kan sampai tua. tapi dia masih bahasakan diri dia adil. lama2 aku pun tanya, "do you still wanna call yourself that when ur forty?" pastu dia pun terpikir dan tergelak sendiri.

you see, nak panggil abang mmg 'hell no we wont go' la. sbb dia tu tak macam abang langsung. plus dia yg macam geli geleman nak bahasakan diri dia abang. pada aku, aku dah panggil dia ayah or sayang tu ok lah. tapi tak tahannye dia masih bahasakan diri dia adil ni.

tapi, baru2 ni aku menonton hikayat putera shazlan kat astro ceria, aku tgk mak n ayah angkat si shazlan ni, abby abadi tu jadi mak som, razak ahmad pulak jadi pak tam. (kot tak silap aku la itu panggilannye tapi som n tam tu betul dah.)

yg terkejut je bile aku dgr si paktam ni cakap kat bini dia gini "som, jangan la buat tam macam ni som.."

n i found it super duper cutee!!!! that razak ahmad mesti la dah 40 plus kan. abby tu 30 plus, dah beranak ramai kan. tapi bile dgr si paktam ni masih bahasakan diri dia tam dgn isteri, aku rasa macam depa ni masih muda, young couple at heart gitu.

haaaa.... so pk2 balik, takpe lah kalu hubby takleh nak tukar bahasakan diri dia tu. bayang kan we're in our forties n still go by "mas, adil nak gi sana gi sini..".. kihkihkih.. we'll see then. masih relevan kah atau dah tak sesuai... (kalau lah dipanjang umur nak hidup sampai umur 40an.. insyaAllah...)

ok itu je.
hal kamera pulak, bajet dah lari sket lah sbb bayar bil spital yg mahal dam erm bil tepon yang melonjak 4 kali ganda sbb hari2 gayut dgn hubby kat jakarta nun... dari rm50 permonth ni dah jadi rm100 in less than 2 weeks! masalahnye skarang, bukan ibu je nak gayut dgn ayah, umar pon meniru gaya ibu yg bergolek2 atas katil sambil borak dgn ayah. tak tahan betul tengok. mula dia just mengajuk gaya n percakapan ibu, malam ni dia dah pandai cerita sepak bola, goall!! (sbb tadi dia tgk aston villa lwn newcastle dgn achu die.) pastu cakap pasal miauu (sbb tgk citer bolt kat disney channel). hebat betul hang nih umar. mmg nak kene tangkap gambar ni... tlg la bajet kamera dtg cepat.. gua tak sabar nak beli ni....

okbye.

Sunday, August 22, 2010

mid-weekend post

sementara menunggu azan subuh berkumandang, aku pun menelepon hubby di jakarta.
telephoned. i never knew that telephone is a verb. tengok thomas and friends baru tau perkataan telephoned tu valid. selama ni asyik guna called called. tapi telephoned ni mungkin british english kot? american english guna called je kot?
anyhoo, weekend tanpa hubby, sememangnya boring. tak dapat nak ranjau2.
habis2 bawak umar balik rumah tok dia di serdang, n bawak umar jenjalan naik tricycle around rumah. du know that umar dah ada tricycle skarang? ni tricycle dia :
picture credit to kasihkusayangku.com

umar kalu dapat naik benda ni benda lain dia tak pedulik dah.
sebelum ni umar kalu nak naik basikal kene tunggu ayah dia ada. baru boleh naik basikal dgn ayah.
aku ni, ntah kenapa, mmg tak larat nak kayuh basikal tu. sakit kaki. ada bbrp kemungkinan kenapa tak larat, iaitu :
  1. dah 10 tahun tak naik beskal. last naik masa form 5 kut. masa kat india ada gak naik tapi ni pun sakit kaki gak nak kayuh.
  2. mungkin sakit kaki sbb jenis basikal. dulu2 gua naik mountain bike beb. yg ada gear tu. time nak gi beli beskal tu kalu abah nak beli yg takde gear muncung jadi panjang gile. heh heh. berkilometer2 boleh jalan dgn mountain bike ni dulu. basikal kat infy sama la macam beskal yg hubby beli ni. macam beskal org kampung.
  3. satu lagi, mungkin sbb, berat badan aku dah berbeza dari dulu. dulu sorang je naik, berat pun dlm 50kg, ok lah boleh kayuh lagi. la ni berat dah ehem 70kg, campur anak 10kg, 80 kg nak kene tampung beban mana tak sakit kaki!
ok so itu lah dia teori2 aku.
kenapa susah sangat nak kurus ek? berat aku sejak lahirkan umar mmg tak berubah2 sampai skarang. mmg la aku makan ikut dan je, tapi, erm, entahla. kene ada strict diet baru boleh turun kot.
abah ada beli blood pressure monitoring thingy, jenama, alaa yg ada kat guardian tu, omron = hubby suke ni sbb brand jepun. anyways, aku test2, my blood pressure is low. bukan la lower than usual sbb taktau pun usual punye brapa. but always low. slalu org low blood pressure ni org yg kurang makan. aku ni terlebih makan pun low gak camane? nak makan byk mana lagi?

ok berbalik kepada cerita beskal. so sbb tak larat nak bawak beskal hubby, tu yg aku mintak hubby belikan tricycle utk umar tu, supaya boleh aku tolak dia petang2. itu pun dlm 200 meter je larat tolak, pastu pusing balik masuk rumah. giler 200meter! dulu petang2 time ada latihan rumah sukan kat skolah boleh lumba lari 200meter tu lari pecut bbrp kali no hal!

gosh i really am getting old. or issit bcoz i dont exercise anymore nowadays?
well, itu la reason asal kitorg nak beli beskal. tapi masalahnye, hubby nak beskal kampung macam kat jepun. aku nak mountain bike. tapi sbb dia yg nak naik, pilihan dia la yg dibeli. kang aku paksa beli mountain bike, tapi aku malas nak naik, kene marah lak. hehe. ekceli sebelum beli tricycle tu pun, pk gak, nak beli mountain bike with baby seat ke, nak beli tricycle just for umar?

pk punya pk, aku tengok diri sendiri, jalan2 suka pakai skirt labuh, tak suka pakai seluar, kalu balik dr jenjalan terus nak bawak umar naik beskal. kene masuk rumah naik bilik tukar sluar, alamatnye mmg takkan keluar balik dah la. pastu mana tau kot2 mountain bike tu pun aku tak larat nak kayuh? bazir je beli ratus2. so in the end beli la tricycle tu.

mmg tak menyesal la beli. sbb nye, kalu aku malas nak bawak umar naik pun, ayah aku, adik2 aku boleh tolak dia keliling rumah. and umar sukaaa sangat naik. bukan umar je, dzharif pun suke gak! dzharif anak kakak aku tu cengeng sikit. kalu takde mama dia asyik merengek je. mama dia nak masak pun takleh. so tanak bagi dia merengek2 kacau mood semua orang, aku bawak la dia naik tricycle tu masa kakak aku tgh masak kat dapur. boleh duk diam stengah jam dalam tu. tsk tsk tsk. mmg tak rugi belanja rm130 nak beli.

ok itu je stakat ni. subuh pun dah masuk. lepas ni mungkin nak tulis pasal thomas sket, pasal kamera sket(blum beli, tapi baru ada bajet nak beli n therefore bersemangat sket nak cakap).. insyaAllah.

tata.

Tuesday, August 17, 2010

thomas overdose

tengok thomas kat laptop

main dgn thomas

omaigad

oh no

tgh tgk thomas kat tv

missing my helper

hubby=helper. hahah!
tukang tolong jaga umar, tukang teman kluar minum, tukang hantar sana sini... macam2 lagi lah.

baru 4 hari hubby outstation. dah tak larat nak tunggu 13 hari lagi.
mungkin sbb hujung minggu kot. hujung minggu jauh lebih letih dari hari biasa. sbb ramai orang kat rumah so keje non stop. nak jaga umar lagi.
umar pulak mmg perah habis segala tenaga yg ibu dia ada.
mintak hubby balik cepat sbb tak tahan letih. dia suruh tulis blog. takde ape pun nak tulis. duk diam2 kat rumah tak jumpe sape2, takde apa2 aktiviti.. takde benda menarik nak tulis.

puasa pun tak rasa macam puasa. sedih tuh. sbb sebelum bulan ramadhan aku bertungkus lumus habiskan 15 hari puasa ganti, jadi bila bulan ramadhan datang rasa rilek je.. takde terkejut ke ape.

my siblings dah sibuk tanye raya mana tahun ni. semua nak mentally prepare for raya dah. hahah.

yg aku tau aku raya di mana mak aku beraya. tepeng ke, bangi ke. i dun mind. as long as pagi raya boleh makan lontong!! n ketupat palas! yg direbus, BUKAN GORENG!!!!

emo lak tengah2 malam ni.

mmg agak padah lah aku belikan dvd thomas n friends utk si umar ni. sudahnye beliau asyik nak tengok benda tu je. eh silap, beliau asyik nak pasang dvd tu je kat tv. bila pasang bukannya dia tgk sangat pon. ingat kan bila dia dah nak tgk tv, buleh la ibu rilek ngadap laptop, tapi dia nak jugak duk atas lap main laptop. pastu ingatkan dah boring dah dgn dvd tu, nak tukar tgk channel lain pulak. pastu dia marah! 2 kali aku try tukar channel, mengamuk. pelik betul hang nih umar. dia nak dvd tu terpasang je kot. apa dia buat, lain citer. yg penting mesti sentiasa ada thomas kat tv.. tsk tsk tsk.

Sunday, August 15, 2010

never forget

hujung minggu pertama di bulan ramadhan ni, ramai orang hepi sebab dapat spend time, berbuka puasa sama2 dgn org yg tersayang.

terbalik lak dgn aku. pagi semalam hubby telah terbang ke jakarta dan akan berada di sana sampai 30ogos. lama sgt tu!

tak apa lah. apa nak buat. nak cari makan. redho je lah.

time kasih kerana sudi membaca blogpost aku sebelum ni berulang2 kali. bile tulis post yg kontroversi macam ni ramai pulak pengunjung. i guess ppl just lovess gossip huh.

oh well, gossip schmossip, i have said what needed to be said. sebenarnye ada lagi satu entry panjangg giler detail pasal kejadian tu. tapi itu super private lah. aku bagi sorang je bace. puas hati. adeeb i lebiu. harhar.

they said being a mother can soften a person. i did soften enough for my child. but my near-death experience of delivering my son has changed me into a overprotective person too. so dont let me catch you mistreating my loved ones or you will pay.

husband suruh memaafkan. i can forgive, but i can't forget.

satu kisah agak lucu (pada aku) pasal not forgetting ppl. i cannot believe guys from my primary skool added me in facebook. some of them, i havent met since 1995! n they still remember me after 15 years? im flattered. aku mmg la ingat kat diorg. but i never tot they would still remember me. or issit becoz they have only met one maslina zolkepli in their whole lives? hehe.. anyhoo muke sume dah macam bapak orang dah. macam tak caya itu diorang coz last time jumpe semua baru umur 12 tahun!

moving on. what will i be doing during my husband's absence? dok rumah je la. puasa kan. mana larat nak jalan2. ingat nak kemas bilik ni tapi seriously aku dah give up. tutup mata je lah. tak bleh tahan tgk umar sepahkan every inch of the room. malam ni je, dia tarik baju dia keluar dari laci, jatuhkan tempat sidai towel, korek tong sampah, jatuhkan botol2 air mineral. pijak2 kotak sabun.. nak pengsan aku melayan...

umar sekarang dia suka all things thomas. dia ada 2 train mainan, 1 thomas n 1 percy. pastu ayah dia dah downloadkan episode thomas season 5 n 8, ibu pulak beli dvd thomas 3 keping, tgh download 2 movie thomas.

sampai takmau mandi sbb nak main dgn train. takmau naik tido sbb nak tgk dvd thomas.
so sapa2 nak belikan umar hadiah, sile hadiahkan apa2 yg berkaitan dgn thomas kat dia yer. hehehe...

ok since hubby keje outstation most of ramadhan, he gets to have a long break during raya. best tuh. aku tgh buat plan nak pegi mana pada seminggu lepas raya tu. plan paling korok, balik ganu utk pegi wedding kawan beliau pada 3rd raya, n then mungkin pegi pulau redang ke.. plan up sket, gi langkawi. plan up lagi, ada org tu brangan nak main snowboard kat ostrolia. kelaka la kan. angan2 je ni. skarang malaysia airlines n airasia tgh promo. cek tiket, takde lah murah sangat even ke terengganu pun. i dont think we'll be driving anywhere during raya tu. kalu nak gi, kene naik flight. kalu taknak naik flight, duk je raya n cuti kat ceruk bangi ni.

thats all folks. maaf kerana kembali ke entry bosan.

again, thanks for reading.

Wednesday, August 11, 2010

why i started blogging

aku dah berblogging, tak ingat dah lama mana. takde dah pun bukti bila publish 1st entry.
tujuan asal berblogging, satu sbb utk jadikan blog ni tempat meluahkan perasaan. bercerita pasal apa yg berlaku dalam hidup aku.
juga utk bf baca sbb time tu bf duduk jauh di jepun. selain dari borak hari2 kat tepon, beliau juga baca blog aku, kadang2. skarang ni lagi kerap baca rasanya dari dulu. tapi dulu lagi kerap update dari sekarang.

kenapa sekarang jarang update? bukan tak ada yg menarik berlaku. bukan takda benda nak diluahkan. berlambak2. tapi entah lah rasa macam takut. takut di trace oleh orang2 yg nak hire aku keje (skang kan sumorg dah IT savvy). masalahnye bile google nama sendiri blog ni yg awal skali muncul. pastu facebook. pastu blog somee lama. gerun tak gerun. mana yg aku sound orang itu ini semua orang boleh baca.

n even though tak ramai pun baca blog ni. tapi ada manusia2 yg aku taksuka depa baca pun ada gak datang from time to time.

apa nak buat, blog ni public. kalu nak buat private, baik aku tulis diari buku je. i need to feel like im talking to somebody.

bukan tak ada orang yg boleh kongsi cerita. hubby is more than willing to hear anything that i have to say. tapi beliau sendiri pun suka baca blog aku. aku rasa sebab tulis blog dgn cakap depan2 tak sama. bila cakap depan2 ada benda2 yg tak keluar. cakap telepon lain, cakap depan2 lain, cakap dalam blog lain, cakap dlm sms lain. 1 cerita yg disampaikan melalui 4 medium ni boleh memberikan 4 kesan yang berlainan kepada penerimanya.

lagi2 aku suka tulis blog time depa ni dah tido. nobody kacau. aku boleh menulis tanpa gangguan.

baru2 ni dah berlaku satu kejadian yang sangat mengganggu emosi aku.
aku tak boleh tulis secara terang-terangan kerana pasti akan terkantoi dgn pihak yg terlibat.

tapi aku bengang.. bengangg.. rasa nak bagi penumbuk je kat orang tu. brapa kali dah aku buat gaya show somebody the finger, bila terpikir pasal kejadian tersebut.

aku tak paham dengan manusia ni.
dia jeles kah? apa sangat ada pada aku ni sampai nak jeles?
aku hebat kah? aku pandai kah? anak aku comel kah? suami aku sayang kat aku kah?
sebab tu ke nak jeles?

aku tak hebat pun. mintak keja pun takda sapa nak amik.
jumpa sv kat kenduri member pun aku tersipu2 sebab malu mengingatkan camana la beliau yg sgt baik boleh bagi aku A padahal projek aku suck gile.
malu nak jumpa dia sebab tak dapat keja lagi.

aku dah perhatikan, dan memang aku tau dia tak brapa suka aku dari dulu. apa masalah dia? dia ingat dia tau semua benda dalam dunia ni ke? aku cakap kat hubby, aku nak gelar orang ni insufferable know-it-all. i really cannot stand being in the same room with this person. this person just annoys the hell out of me. setiap kali bertembung aku akan rasa, boleh tak ko blah dari sini? aku tak suka engkau lebih daripada engkau tak suka aku tautak? funny to see this person suka komen orang2 lain padahal dia dan keluarga dia sendiri pun tak harmoni. gaduh sana sini. pastu ada hati nak komen pasal hal orang lain? jalan senget sebelah nanti baru tahu.

dia ingat dia je betul. dia ingat dia tau apa yg elok utk semua orang lain. padahal pada aku dia ni lagak je hebat tapi pengecut. tak mahu orang nampak dia dalam keadaan dia lemah. always wanna appear strong and confident. padahal aku dah penah nampak dia at his/her worst moments. tak kuat mana pun. bila2 masa boleh pegi. dahtu apasal cara dia macam dia nak hidup selama-lamanya? untuk apa? untuk sapa? takda sapa pedulik pun, melainkan orang yang berharap sesuatu dari dia.

aku tahu ada ramai orang yang menyokong segala tindak tanduk dia. semua dia buat betul. dia komen orang boleh. cuba kalau dia kena komen. kadang2 tak payah tunggu orang lain komen dah nampak dengan mata kepala yg dia pun byk buat kesilapan.

pada aku mungkin dia tak suka aku sebab aku tak menyokong dia macam orang lain menyokong dia. pada aku, macamana aku nak sokong, sebelum aku kenal dia lagi aaku dah dengar macam2 cerita dari orang yang kenal dia. dan belum sempat dia kenal aku lagi dia dah boleh cakap macam dia tau benda yang bagus untuk aku? hello?? even my parents pun taktau apa yg terbaik utk aku tahu tak? kau sape nak cakap kat aku macam2?

sebab sebelum kenal lagi aku dah dengar macam2 pasal dia ni, bila jumpa aku dah ada satu macam wall yang aku bina untuk menjarakkan diri dari dia. wall tu makin besar sehingga lah ke kejadian baru yg aku rasa dah buat satu big permanent wall antara aku dengan orang ni.

jangan salahkan aku kalau keadaan jadi awkward selepas ni. silap besar la cari pasal dengan aku. i told my hubby, i cant remember the last time i was this mad at someone. maybe last time marah gile adalah pada pembantu rumah yang bawa anak aku keluar tanpa pengetahuan aku dulu. rasa nak cakar je muka manusia2 ni supaya mereka tau aku bukan orang yg boleh diperbodohkan. sebab aku marah dgn pembantu tu mak bapak aku hantar dia balik. sorang lagi ni pun sila balik kampung kau sebab aku malas nak tengok muka kau dah.

lepas ni bila ada berhampiran dengan orang ni, aku akan automatik tutup mata, pekakkan telinga macam dia tak wujud. ingat susah ke buat macam tu?
bukan aku niat nak balas dendam. tapi memang dah sikap aku bila dah jadi satu peristiwa yang strain the relationship, nothing can be done to mend it.

macam sikap aku yg tak suka gosok baju hubby. sbb tak suka, asyik terlupa. bukan saja2 buat lupa. tapi mmg otak ni dah subconsiously block tugasan gosok baju tu dari ingatan sbb tak suka.

ok itu je luahan aku utk hari ni. ada sape2 dapat teka sapa manusia tu? kalu nak tau, tanya aku, kalau tak berani tanya buat lah spekulasi sendiri. comments are not allowed for this post. nanti tiba2 ada lak datang unknown ppl nak bagi komen ke nasihat ke that i dont want n i definitely dont need.

thank you for reading.

Thursday, August 05, 2010

preparing for ramadhan

bulan ramadhan semakin menghampiri.
minggu terakhir sebelum ramadhan menjelang ni, mmg sudah over packed!
ada 2 kenduri yg perlu dihadiri.
nak kene beli stok brg rumah utk bulan puasa.
nak buat last minit shopping untuk hari raya.

sang suami pula nak berangkat ke jakarta pada puasa ke 3. iaitu 13/8.
beliau akan berada di sana sampai lah 10/9. 10/9 tu hari apa ye tuan2... yerr hari rayee.... beliau akan pulang pada PAGI raya jam 5am.
apa pun aku doakan jadual beliau akan berubah n beliau dapat pulang lebih awal. insyaAllah it can happen.

ok tujuan aku ni adalah utk senaraikan barang2 yg nak dibeli hujung minggu ni bersama hubby. dia ni susah sket nak ajak shopping. kene buat plan betul2 n barang betul2 penting baru dia nak..
  1. buku nota baru.
  2. clear folder untuk letak sijil2. gearing up for my first interview in 3 years.. yikes!!
  3. multivits utk umar. - beli kat guardian/watson
  4. tricycle umar woohooo! - manjaku/metrojaya/carrefour/giant
  5. mamy poko - giant/speedmart
  6. ceiling lamp bilik.
baru dpt voucher from jusco n mj. nak pegi midv tapi hubby mcm malas je. prolly kene pi sendiri later, but b4 puasa.

ok itu je. dah ngantuk. bye.

Tuesday, August 03, 2010

a perfect pre-ramadhan getaway (part 1)

lately tulis blog selalu nak tulis cepat2 je. dah takda masa nak ngadap pc lama2.
macam lah bizi sangat padahal dok rumah je.
tapi waktu siang, peluang nak dok depan pc lama2 sangat terhad. umar mmg tak bagi lah mengadap pc lama2. mesti dia akan tarik tangan yg tgh pegang mouse ni suruh buat something utk dia. bukak plastik biskut ke, tiup belon ke. mmg takde can lah ibu nak surfing..

mula2 try jugak distract dia. tapi macam dia tau dah ibu dok depan pc bukannye buat keja lagi dah. lama2 aku pun give up lah.. layan je lah.. dia pun puas hati, aku pun tak sakit hati sbb tangan asyik kena tarik hehe..

ok nak citer pasal long vacation haritu tapi malas nak letak gambar boleh tak? malas nak transfer, edit, upload gambar etc. dah upload dah.

selasa (27/07)
malam : hubs balik lewat dari opis. kul 10 baru sampai. time tu jugak nak kemas beg utk journey the next day. dia kata nak gerak kul 4 pagi. bengang sungguh aku. aku sibuk kemas sampai 2am tak tido lagi. sudah nye kul 7 pagi baru bertolak dari bangi...

rabu (28/07)
pagi :

hari masih gelap, umar masih tidur

7am gerak, singgah di RnR Rawang sbb nak bfast n erm buang isi perut. pastu lagi sekali berenti kat bukit gantang kot. umar mmg tido je sepanjang pagi tu sbb malam sebelum nya dia tido lewat.

lepas terowong kat ipoh<>k.kangsar. lovely..

aku cuba ajak hubby masuk tepeng utk makan pasemboq tapi kene marah daa... dia tgh keja katanya, mana boleh detour jauh2 macam tu.. ok....

tengahari, sampai sg petani. pilih2 kat mana nak lepak tunggu hubby pegi keja. nampak tesco baru bukak. ok lah singgah tesco.

mula2 lunch dulu sama2, pastu hubby tinggalkan kami sementara beliau pegi ke kilang somewhere nearby.

trip kali ni stroller mmg kembali berjasa lah. sejak umar mula berjalan masa beliau hampir2 masuk setahun dulu, mmg kitorang dah ditch itu stroller. kalu keluar berdua sahaja me n umar, mmg aku bawak ergo carrier tu saje. kalu ayah nye ada, ayah akan biar umar jalan.. bile penat, beliau dukung. but lately umar dah makin berat. nak tunggu hubby pula berjam2. tu yg buat aku decide utk bawak stroller jugak.

sepanjang di tesco tu mmg beliau byk dok dlm stroller la. jalan2 round2 tesco. takde la shopping apa pun. cuci mata je. ada org buat anggapan bahawa aku ni sokong barang israel. wpon aku jarang2 sekali shopping tesco tapi hello kalu takmau beli barang yg ada sumbang walau sekelumit pun kat israel tu, mmg kita ni tak boleh beli most of our groceries tautak. main cakap je. ko tu beli iphone ingat iphone tu dtg dari mane hah? malas nak cari gaduh. sukati kau la weh.

berbalik pada cerita. lepas penat round hyparmarket tu, bawak umar pegi tempat main budak2. umar ni suka betul naik kenderaan2 yg masukkan syiling tu. tapi bila betul2 masukkan syiling n benda2 tu bergerak dia takut pulak... menangis2. so itu je la obatnye nak bagi dia berenti main. masukkan duit, terus dia nak turun har har. tapi sbb nak kill time, aku biarkan je dia dok lama2 sampai bosan.

pagi sebelum keluar rumah uamr tak mandi sbb pagi sangat. kat tesco sg petani ni baru lah beliau mandi... huhuhu..

lepak surau pun ada.. surau luas, layan umar main bola n kereta dalam surau tu.. mujur tak ramai orang.

apa nak buat, kami nak bermalam di penang. so kene jugak la tunggu di shopping mall macam tu..

dah ptg baru hubby habis kerja. pastu sibuk cari hotel di penang. mujur ada satu restoran nasik kandar yg ada wifi. lama jugak la aku bertapa kat situ masa umar tido, utk cari hotel2 di sekitar penang.

wpon tgh minggu, byk hotel di penang yg penuh. taktau kenapa. adakah kerana pikom pcfair sdg berlangsung di penang? wallahualam..

end up dok di seri malaysia. ok lah hotel dia. dlu2 penah gak dok sini masa form2. now, ada la improvement sikit. tapi kalu tak silap harga bilik dia tak banyak naik pun dari 13 tahun dulu.
yg penting free wifi! bilik korok camne pun kalu ada wifi aku boleh terima.

dah malam baru sampai hotel ni. pastu hubby ajak makan di gurney drive. char kuey teow.. tapi sbb letih sangat tak brapa enjoy dinner tu. just pikir nak balik mandi, solat tidur je...

kul 11 sumerang dah terbongkang.

khamis (29/07) :
hubby keluar awal utk pi keje.
me n umar lepak je kat bilik. kat kul 9 baru mandi. 9.30 baru terkocoh2 pegi bfast yg nak habis kul 10.
pegi kafe tgk takde ape pon? roti je? ko biar betul buffet hotel ni macam ni?

rupenye dia nye bfast dihidang kan. bole pilih nak bihun ke nasi goreng ke. aku amik nasik goreng. hidang dgn telur goreng. sodap gak. but id prefer kalu ada buah2 potong ke ape ke. dia kasik pisang je. lepas nasik goreng jadik licin, aku pk, nak buat apa? nak gi queensbay mall naik teksi ke? nak tunggu hubby htrkan time lunch ke? nak bawak umar mandi pool ke?

the pool looks nice. wpon kecik. tapi sbb umar tak sihat hingus meleleh2, kensel nak bawak mandi pool. aku pun malas nak masuk pool kalu sorang2. so tunggu je la hubby dtg amik kitorg kuar lunch kul 11 lebih. malas nak naik teksi gak sbb teksi kat penang ni mahal nak mampos. dari bayan baru nak ke gurney drive rm35. nak gi queensbay tu pun aku bajet kurang2 15-20 inggit. no way. baik simpan duit. hubby bawak kitorg lunch kat satu tpt makan ni. agak mahal. tapi ada ikan bakar. n banyak pilihan lauk. aku amik ikan bakar, kerabu mangga n kerabu kacang botol. sedap giler wehh... mahal sket pun tapi sedap, rasa berbaloi..

lepas tu hubby pun drop kami di queensbay mall. boleh tahan jugak mall dia, tapi bagi aku yg kaki jalan kat midvalley ni, apalah sangat quuensbay mall tu...

jalan punya jalan, sampai petang. lama gila dok kat queensbay mall tu. sbbnya nak tunggu hubby dtg join tgk inception. pergh citer ni pada aku agak2 horror jugak. sampai one time i kenot stand the berdebar2, aku pun keluar pi toilet. balik toilet aku tgk jam. 8 minit je aku gi toilet? tensen... dah habis citer tu baru la lega dada ni. aku mmg tak suka betul tgk citer yg memberikan debaran yg melampau.. tapi hasilnya citer ni mmg best. nyesal kalu tak tengok kat wayang hehe.
sepanjang 2 jam pertama tu umar mmg tido je. syok la kami layan wayang dua orang sambil umar letak stroller..

habis wayang terus blah, cari dinner pulak. makan seafood dekat2 bayan lepas. tak larat nak pegi gurney lagi skali. jaoh! balik2 tak dapat buat apa dah, mandi solat terus lelap..

jumaat (30/7) :
pagi patut kene bangun awal nak check out sbb hubby ada keja di gurun pulak. tapi aku bangun lewat sampai hubby tensen. maaf... bukan sengaja. badan mmg letih sangat sbb smalam seharian berjalan kat mall. kul 9 lebih baru keluar dari pulau. sampai gurun kul 10 lebih. mula2 aku (yg masih lagi letih) refuse nak ditinggalkan di mana2 mall lagi. hari2 lepak mall aku pun boring! tapi hubby tak bagi duk dlm keta tunggu. sbb takut tunggu lama. pusing2 gurun (sekali je pusing. pekannye kecik!) nampak satu pasaraya nama dia aneka. wpon agak menyedihkan tapi boleh la.. aku n umar pun lepak la ctu sementara tunggu hubby gi kilang modenas gurun tu. mula2 nampak cam loser punya supermarket. but i ended up buying 3 pairs of tshirts n a pair of jeans! kahkahkah.. boleh caya... suka sangat.. ada bbrp point yg aku nak highlightkan kat cni apasal aku suka tempat ni :

  1. kat pekan2 kecik ni, brg nye murah dari tpt lain.
  2. dah la murah, itu pun tak ramai org yg membeli, so baju2 yg saiz aku pun byk yg ada. mmg hepi sungguh ni tau. kalu kat bangi ni pun ada gak jenama2 yg sama tapi tinggal yg tak brapa cantik n kalu cantik pun takda size. pegi ceruk2 tu pilihan masih banyak, n size pun semua jenis ada. boleh try setiap satu tgk mana yg paling padan. heavenn...
  3. ada satu jaket cheetah yg aku berhajat nak beli utk bawak gi india dulu, aku cari di mines n alamanda. dah habis. mmg kecewa. last2 beli design lain. boleh la. aku still pakai sampai skarang. tapi yg dah habis tu mmg aku ingat. guess what, ada weh kat pasaraya aneka tu!!! rasa nak nangis tau tengok. mengimbau kenangan lalu pegi shopping dgn.. ermmm... sorang kawan yg skarang dah tak jadi kawan... anyways, wpon jaket tu ada di sana (n i bet size pun dari s sampai xl pun ada), aku dah takde keperluan nak pakai jaket tu dah, aku dah tak pakai baju2 camtu dah skarang, n the saddest part is, kalu pun aku still pakai, i bet even size xl pun dah tak muat kat badan ni... hukhukhukkk..... tu yg paling buat nak nangis tu... kalu la dapat beli dulu.. mmg bergaya lah aku kat india tuh kahkahkahkah...... zaman anak dara.. skang anak dah nak masuk 2 tahun!
  4. bedak pureen baby powder pure cornstarch kat jusco rm9.90. kat aneka ni tau tak brapee?? rm7.90 jee!!!! pembohong punye jusco. tapi diapers pulak mahal. hehe. aku nak gi giant wiken ni beli mamy poko murah untuk stok bulan pose.
  5. kat luar pasaraya ni ada jual segala macam jeruk... yg paling best ada satu jeruk yg paling aku suke ada. aku tatau buah apa tapi macam mangga tapi dia kecikkk. apa eh nama buah ni? aku kata kedondong mak aku kata bukan.. hehee.. dia kecik lagi dari buah kedondong. selama ni jeruk ni aku penah jumpe di depan rumah tok kat cgkt jering n dekat pasar siti khadijah je. bile tgk ada kat cni, aku beli sampai rm10. kongsi dgn hubby chomp chomp chomp habiss.. huhuhu... (aku dah google dah nama dia buah kundang.. silap daa ingat kedondong tadi..)

    asam kundang (bukan assam kumbang)

  6. kat selekoh dekat dgn aneka ni pulak ada gerai laksa yg sedap! hubby tiap2 kali gi modenas mesti dtg makan cni. mmg sedap.... nyam nyam..
ok telah rasmi gurun dah jadi tempat feveret aku harharhar... next time hubby kene gi modenas tu lagi aku nak ikut. kalu takleh ikut nak pesan laksa n asam! huhuhu...

ok lepas selesai shopping kat aneka n makan laksa, kami terus ke... perlis! tapi dalam keta tetiba hubby kata, "jom kita pegi bukit kayu hitam, nak cari rokok..." aku pun terus campak bantal n cakap, "yeayyy yeayy yeayyyyy.. takyah ajak pon ayah nak bawak kitorg gi jalan.. yeayyy!" anak aku yg tengok aku hepi pun nak ikut jugak. dia nak amik bantal n baling n cakap yeayy yeayy.. silap daa tunjuk perangai camni kat anak....

hubs mahu ke bkh untuk mencari rokok buatan jepun yg namanye seven star. bile nampak kedai ni di tepi jalan around changlun, aku terus kata, "ha tgk tu ada seven star!" hubby dgn excited nye kata, "mana?!" pastu kene gelak.. kahkahkah.. seven star ni kedai mamak lah.. sorry to dissapoint you...

kul 3 lebih sampai bkh, tapi agak kuciwa kerana tpt dia dah tak macam dulu. nyesal lak tak bawak paspot, hubby kata. kalu bawak boleh terjah sampai ke sebelah! umar punya pasport tu tak nah guna lagi nih. bkh tu macam dah upgrade, so gerai2 mcm dah upscale tapi dah tak byk. plus yg jual pun tak best mcm dulu lagi dah. stakat jual barang2 camtu, mana lah mampu nak sewa gerai lawa2 kan.... sudahnye kitorg the shopping kat the zon je. hubby dapat rokok sekarton(bukan jenama seven star), aku dapat, selipar hush puppies yg dah habis stok kat kl, n less 20%. heh hehh... best nye hubby banyak bermurah hati kali ni bagi aku berbelanja...

lepas tu kitorg singgah solat di masjid dekat2 bkh tu. n then baru lah menuju ke kg hubby di pauh, perlis.

sebelum sampai, ajak hubby pi makan laksa lagi sbb dah lapar balik. kali ni makan di gerai di pasar pauh. ais kacang dia the best wa cakap lu. laksa dia pulak, biase je. tapi still sedap gak. aku mmg dah jatuh hati dgn laksa perlis ni weh. makan dgn kicap manis. hehehe..

ok tamat takat cni. letih dah aku ni. entry ni amik masa 3 hari nak taip. besok aku sambung lagi.. bye.....