Tuesday, August 17, 2010

missing my helper

hubby=helper. hahah!
tukang tolong jaga umar, tukang teman kluar minum, tukang hantar sana sini... macam2 lagi lah.

baru 4 hari hubby outstation. dah tak larat nak tunggu 13 hari lagi.
mungkin sbb hujung minggu kot. hujung minggu jauh lebih letih dari hari biasa. sbb ramai orang kat rumah so keje non stop. nak jaga umar lagi.
umar pulak mmg perah habis segala tenaga yg ibu dia ada.
mintak hubby balik cepat sbb tak tahan letih. dia suruh tulis blog. takde ape pun nak tulis. duk diam2 kat rumah tak jumpe sape2, takde apa2 aktiviti.. takde benda menarik nak tulis.

puasa pun tak rasa macam puasa. sedih tuh. sbb sebelum bulan ramadhan aku bertungkus lumus habiskan 15 hari puasa ganti, jadi bila bulan ramadhan datang rasa rilek je.. takde terkejut ke ape.

my siblings dah sibuk tanye raya mana tahun ni. semua nak mentally prepare for raya dah. hahah.

yg aku tau aku raya di mana mak aku beraya. tepeng ke, bangi ke. i dun mind. as long as pagi raya boleh makan lontong!! n ketupat palas! yg direbus, BUKAN GORENG!!!!

emo lak tengah2 malam ni.

mmg agak padah lah aku belikan dvd thomas n friends utk si umar ni. sudahnye beliau asyik nak tengok benda tu je. eh silap, beliau asyik nak pasang dvd tu je kat tv. bila pasang bukannya dia tgk sangat pon. ingat kan bila dia dah nak tgk tv, buleh la ibu rilek ngadap laptop, tapi dia nak jugak duk atas lap main laptop. pastu ingatkan dah boring dah dgn dvd tu, nak tukar tgk channel lain pulak. pastu dia marah! 2 kali aku try tukar channel, mengamuk. pelik betul hang nih umar. dia nak dvd tu terpasang je kot. apa dia buat, lain citer. yg penting mesti sentiasa ada thomas kat tv.. tsk tsk tsk.

No comments: