Wednesday, August 11, 2010

why i started blogging

aku dah berblogging, tak ingat dah lama mana. takde dah pun bukti bila publish 1st entry.
tujuan asal berblogging, satu sbb utk jadikan blog ni tempat meluahkan perasaan. bercerita pasal apa yg berlaku dalam hidup aku.
juga utk bf baca sbb time tu bf duduk jauh di jepun. selain dari borak hari2 kat tepon, beliau juga baca blog aku, kadang2. skarang ni lagi kerap baca rasanya dari dulu. tapi dulu lagi kerap update dari sekarang.

kenapa sekarang jarang update? bukan tak ada yg menarik berlaku. bukan takda benda nak diluahkan. berlambak2. tapi entah lah rasa macam takut. takut di trace oleh orang2 yg nak hire aku keje (skang kan sumorg dah IT savvy). masalahnye bile google nama sendiri blog ni yg awal skali muncul. pastu facebook. pastu blog somee lama. gerun tak gerun. mana yg aku sound orang itu ini semua orang boleh baca.

n even though tak ramai pun baca blog ni. tapi ada manusia2 yg aku taksuka depa baca pun ada gak datang from time to time.

apa nak buat, blog ni public. kalu nak buat private, baik aku tulis diari buku je. i need to feel like im talking to somebody.

bukan tak ada orang yg boleh kongsi cerita. hubby is more than willing to hear anything that i have to say. tapi beliau sendiri pun suka baca blog aku. aku rasa sebab tulis blog dgn cakap depan2 tak sama. bila cakap depan2 ada benda2 yg tak keluar. cakap telepon lain, cakap depan2 lain, cakap dalam blog lain, cakap dlm sms lain. 1 cerita yg disampaikan melalui 4 medium ni boleh memberikan 4 kesan yang berlainan kepada penerimanya.

lagi2 aku suka tulis blog time depa ni dah tido. nobody kacau. aku boleh menulis tanpa gangguan.

baru2 ni dah berlaku satu kejadian yang sangat mengganggu emosi aku.
aku tak boleh tulis secara terang-terangan kerana pasti akan terkantoi dgn pihak yg terlibat.

tapi aku bengang.. bengangg.. rasa nak bagi penumbuk je kat orang tu. brapa kali dah aku buat gaya show somebody the finger, bila terpikir pasal kejadian tersebut.

aku tak paham dengan manusia ni.
dia jeles kah? apa sangat ada pada aku ni sampai nak jeles?
aku hebat kah? aku pandai kah? anak aku comel kah? suami aku sayang kat aku kah?
sebab tu ke nak jeles?

aku tak hebat pun. mintak keja pun takda sapa nak amik.
jumpa sv kat kenduri member pun aku tersipu2 sebab malu mengingatkan camana la beliau yg sgt baik boleh bagi aku A padahal projek aku suck gile.
malu nak jumpa dia sebab tak dapat keja lagi.

aku dah perhatikan, dan memang aku tau dia tak brapa suka aku dari dulu. apa masalah dia? dia ingat dia tau semua benda dalam dunia ni ke? aku cakap kat hubby, aku nak gelar orang ni insufferable know-it-all. i really cannot stand being in the same room with this person. this person just annoys the hell out of me. setiap kali bertembung aku akan rasa, boleh tak ko blah dari sini? aku tak suka engkau lebih daripada engkau tak suka aku tautak? funny to see this person suka komen orang2 lain padahal dia dan keluarga dia sendiri pun tak harmoni. gaduh sana sini. pastu ada hati nak komen pasal hal orang lain? jalan senget sebelah nanti baru tahu.

dia ingat dia je betul. dia ingat dia tau apa yg elok utk semua orang lain. padahal pada aku dia ni lagak je hebat tapi pengecut. tak mahu orang nampak dia dalam keadaan dia lemah. always wanna appear strong and confident. padahal aku dah penah nampak dia at his/her worst moments. tak kuat mana pun. bila2 masa boleh pegi. dahtu apasal cara dia macam dia nak hidup selama-lamanya? untuk apa? untuk sapa? takda sapa pedulik pun, melainkan orang yang berharap sesuatu dari dia.

aku tahu ada ramai orang yang menyokong segala tindak tanduk dia. semua dia buat betul. dia komen orang boleh. cuba kalau dia kena komen. kadang2 tak payah tunggu orang lain komen dah nampak dengan mata kepala yg dia pun byk buat kesilapan.

pada aku mungkin dia tak suka aku sebab aku tak menyokong dia macam orang lain menyokong dia. pada aku, macamana aku nak sokong, sebelum aku kenal dia lagi aaku dah dengar macam2 cerita dari orang yang kenal dia. dan belum sempat dia kenal aku lagi dia dah boleh cakap macam dia tau benda yang bagus untuk aku? hello?? even my parents pun taktau apa yg terbaik utk aku tahu tak? kau sape nak cakap kat aku macam2?

sebab sebelum kenal lagi aku dah dengar macam2 pasal dia ni, bila jumpa aku dah ada satu macam wall yang aku bina untuk menjarakkan diri dari dia. wall tu makin besar sehingga lah ke kejadian baru yg aku rasa dah buat satu big permanent wall antara aku dengan orang ni.

jangan salahkan aku kalau keadaan jadi awkward selepas ni. silap besar la cari pasal dengan aku. i told my hubby, i cant remember the last time i was this mad at someone. maybe last time marah gile adalah pada pembantu rumah yang bawa anak aku keluar tanpa pengetahuan aku dulu. rasa nak cakar je muka manusia2 ni supaya mereka tau aku bukan orang yg boleh diperbodohkan. sebab aku marah dgn pembantu tu mak bapak aku hantar dia balik. sorang lagi ni pun sila balik kampung kau sebab aku malas nak tengok muka kau dah.

lepas ni bila ada berhampiran dengan orang ni, aku akan automatik tutup mata, pekakkan telinga macam dia tak wujud. ingat susah ke buat macam tu?
bukan aku niat nak balas dendam. tapi memang dah sikap aku bila dah jadi satu peristiwa yang strain the relationship, nothing can be done to mend it.

macam sikap aku yg tak suka gosok baju hubby. sbb tak suka, asyik terlupa. bukan saja2 buat lupa. tapi mmg otak ni dah subconsiously block tugasan gosok baju tu dari ingatan sbb tak suka.

ok itu je luahan aku utk hari ni. ada sape2 dapat teka sapa manusia tu? kalu nak tau, tanya aku, kalau tak berani tanya buat lah spekulasi sendiri. comments are not allowed for this post. nanti tiba2 ada lak datang unknown ppl nak bagi komen ke nasihat ke that i dont want n i definitely dont need.

thank you for reading.