Sunday, September 26, 2010

my silly relatives

sesungguhnya aku skarang dah takde daya nak menulis blog lagi. dah kurang minat kot. penat dah berblog sejak bertahun2 dahulu.

plus aku tgk skarang ni dah makin ramai yg jadikan blog ni tempat menjanakan wang.

padahal blog ni mulanya tujuannya bukan macam tu kan?

dari apa yg penah aku blajar dulu, blog ni datang dari perkataan weblog. web-log. log yg ditulis dalam web instead of dlm buku. macamana buku log boleh jana duit? beats me.

dgn nuffnang lah sales blog lah.

ok fine aku mmg suka layari sales blog jugak tapi bila dah banyak sangat rasa muak.

siap buat advertorial lagi tak tahan.

kenapa dah tak ramai blogger yg syok sendiri macam aku?

wakaka!

i know, times are hard. dgn najib dan org2 macam dia yg tak habis2 nak jual tanah, mmg semua orang kesuntukan duit.

sampaikan tadi masa pegi majlis aqiqah rumah senior hubby, siap ada orang jual insurans! tak ada adab betul.

budak penjual tu yg tak ada adab. dia dtg sbg tetamu, yg tuan rumah pun dah tak brapa nak kenal sbb dah 10 thn tak jumpa, tup-tup dtg majlis rumah orang nak jual barang. rase nak sound je. mujur dia tak sempat approach aku. hubby ajak balik. tuan rumah iaitu senior hubby tu pun angkat bontot gak dgn alasan nak htr kitorg balik.

bila cerita pada hubby (dia takda di tpt kejadian sbb sibuk borak dgn senior lain), he said, times are hard, ppl are willing to do anything to get some extra money.

sampai begitu ke? sampai nak jual insurans kat majlis rumah orang? sampai nak kene suap pembaca blog dgn advertorial yg macam sampah semua blog ada entry yg sama?

gimme a break la....

moving on. found out that another cousin of mine is divorced. yg ini mmg aku nangis. anak2 kecik lagi, comel2 pulak, tiba2 keadaan berubah. pindah, jarang jumpa. tiba2 tu bukan la tiba2 sgt. yg jarang jumpa tu dah dlm 2 thn kebelakangan ni dah. bila dah cerai terpaksa la pindah kan.
tak boleh percaya tak akan jumpa those cute kids dah pada family gath selepas ni sbb they dont live here anymore!!!! itu yg buat aku nangis. ni baru aku. makcik sepupu yg agak jauh. makcik diorg sendiri? atuk n nenek sendiri yg terpisah dgn cucu??? aku rasa nak cakar je muka abg2 sedara aku ni. no balls pegi ceraikan bini masing2. kalu ada balls pun rasa nak tendang je. bodoh. korang kawin grand2. aku ingat lagi wedding2 korang tahu tak!!!!!!! rasa nak jerit je kat telinga tu kalu terjumpa.
n since dua2 kazen ni lelaki, mmg kitorg takkan dapat jumpa dah laa anak2 diorg. sbb mak2 nye yg jaga....

fine i dont understand their problems. tapi dah sampai bercerai berai berbulan2 baru la kami ni sedara mara tau. somehow diorg dan family makcik2 aku ni rasa malu kot nak war2 kan yg anak2 dgn isteri masing2 ada masalah? biarkan depa solve sendiri? bila dah takleh nak selamat????? arghhhhhhh................... sepak sepak sepak!!!

dengar je cerita macam ni terus pegang hubby kuat2. we dont know what might happen in the future. tapi kene doa. kene sentiasa doa. supaya hubungan ni terus dirahmati Allah swt, terus mekar rasa cinta selamanya.

kazen yg aku cakap bercerai haritu, dah la kitorg terkejut sbb baru tahu diorg bercerai, makin terkejut bila diberitahu, bekas isterinya dah pun kawin lain!! sonang nye lah kawin cerai kawin cerai ye.

aku tak kisah la diorg nak buat apa kan. tapi yg tak pedulik anak2 tu yg buat aku hangin sekali! mmg ada keturunan aku yg mcm ni. aku ngaku. tapi abah tak macam tu. aku sakit demam nak gi skolah sume dia htr. mama dok umah je setelkan hal2 kat rumah.

bila dah ada anak ni bile dgr or bace cerita pasal lelaki yg tak penah cebok berak anak, taknah mandikan, taknah bagi makan kat anak, atau yg dah bercerai tapi jarang gi jenguk anak2 (ada org yg 2nd degree level rship dgn aku yg camni. mmg takdak respek lah), yg bunuh anak, rogol anak, dera anak, buang anak. jadi benci pada lelaki.

mmg lah perempuan pun ada jugak silapnya, tapi dah kau tu suami, bimbingla isteri tu. kalu isteri tak dgr cakap apsal kawin gak dgn dia????

aku tensi betul camni. dulu ada kawan pempuan yg berpisah dgn boifrennya. boifren tu tipu dia ke ape tah tak ingat. yg aku ingat, aku call laki ni pi marah sampai rasa nak nangis.

kawan aku dia boleh pi tipu, pastu berpisah. padahal aku ni dok doa la kawan ni dapat lelaki yg boleh bimbing dia. ni bukannya bimbing, rosakkan lagi adala. pastu tolak tepi. pergh rase nak cakar je muka.

kenapa la suka sangat manusia zaman sekarang ni nak menjauhkan diri dari rahmat Allah swt? suka nak cerai berai padahal bercerai di sgt dibenci oleh Allah swt. dah hilang langsungkah raya kasih dan sayang pada isteri yg separuh mati melahirkan anak2 utk kau?

bengang betul.

you know, the people that you grew up with. ended up berpecah belah macam tu. mak ayah menanggung malu.

bukan la aku nak kata aku punya marriage ni hebat sgt. far from perfect. aku dgn panas barannya. suami pulak suka mengetest kesabaran... tapi we are working really hard.. to make this marriage work.. jauh dari rasa marah, kecewa, tak puas hati, dan sebagainya.

oh lagi satu aku menyampah bace blog yg tulis macam dia tau semuanya. pergh know-it-all sungguh. ye la ko la pakar didik anak2, ko la pakar masak, yg paling hebat uruskan household.

pastu yg ramai followers, readers, tapi takde tanggungjawab atas kata2 dia dalam blog. cakap makan makanan tu sedap, yg ni sedap, kedai tu sedap, kedai ni sedap. kdg2 review benda2 tu sebab sponsor. or worse, restoran2 tu sume takde sijil halal. ok katalah ko dah tanye kedai tu makanan yg ko pesal tu ada alcohol ke tidak. yg ko makan tu takde la alcohol, tapi kalu orang yg bace blog, tertarik dgn makanan tu, pegi kedai tu, pesan makanan tu, bersama makanan lain, tapi dia tak tanya yg lain tu ada alcohol ke tidak, kemudian dia makan, pastu makanan tak halal tu jadi darah daging dia, ibadah tak diterima sbb makan makanan tak halal, ko sanggup ke nak tanggung saham tu kat akhirat nanti?? suka2 hati je.

meleret2 dah aku membebel malam ni. ada orang nak bace tak?

other than that, kami sekeluarga sihal walafiat.

hari ni jumpa ramai kawan2 di 4 perjumpaan. wpon 3 out of 4 tu kawan2 hubby, but i have established some common grounds with their wives, and has become their friend too. kukukuku..

besok jumpa keluarga di family gath, yg takkan dapat jumpa the kids dah. sbb bapak dia budus pegi ceraikan bini. kata nak find himself. ni ha aku lempang kau sekali dapat tak jumpa yourself. apa ke la punya orang. kalu tension ke stress ke turn to Allah swt tau. bukan turn to another female. buat affair, lari jauh2 dari keluarga, takmau balik rumah, tido dalam kereta.

stooooopid!!!!!!!!!!!

Wednesday, September 22, 2010

raya wohooo!

soo... where should i start??
memandang dah lama giler tak update, gua kasi gambar banyak gile kali ni.. berserta dgn summary kejadian okey...


masa bukak posa kat pantai, n9. tgk la budak2 ni lasak sangat sampai baju melayu basah berpeluh.. umar yg diajak posing jadi panik sbb bebudak besar ni excited bila tgk kamera.. tu yg masam je muka.
masih excited. umar dok perati je perangai abg2 n kakak2 ni.. yg elok boleh ikut ya umar.. yg tak elok buat tak nampak je..

sehari sebelum raya, di tepeng perak. ini je la keja dia day in day out. tapi takpe. asal dia tak kebosanan. kalu dia bosan, dia mengaruk, lagi haru...

pagi raya, sementara tunggu semurang balik dr semayang raya.. umar gi jenguk ayam kat blakang rumah toknek.

raya ke-3. dah naik lrt jalan2 from opis ayoh to klcc..

syok dia dpt naik lrt dgn ibu n ayah..


raya ke-7, dlm perjalanan ke marang, terengganu. singgah kuala kemaman makan sata, abc, laksa.. yum yum....

lepas makan sata, pegi pantai mak nik, main playground..

umar gayat naik buaian..


ayah tak bagi umar main playground lama2, dia hangkut umar bawak gi pantai..

umar cuba melarikan diri..

masih takut..

ibu peluk, baru dia okey.. hehe.. powernye seorang ibu...

tapi still peluk gak kuat2 sbb takut
ok dah nak gerak, berlari2 meninggalkan pantai
aik apasal patah balik?

raya ke-8 : makan tghari di chendering dgn ahmadefarhan


raya ke-9 : bergerak dari marang, menuju ke chini.

singgah dlu bfast nasi dagang kat chendering

alang2 sampai chini, lawat tasik chini terus. sbb dah maghrib n dah letih, kami amik keputusan utk bermalam di tasik chini resort. newly refurbished, harga bilik airconditioned rm140. non a/c, rm120. tapi kalu nak pi, baik pi sekarang. wpon newly refurbished, tapi kualiti masih kureng. masalah biasa lepas renovate rumah n apa2 bgnn : laluan air tersumbat. mujur la nak check out baru perasan.
umar ni, ibu suh dia dok berdiri diam2 sbb nak amik reception counter tu jadi background, tapi takleh dok diam! nak count 1 till 3 pun tak sempat..

ada kandang kuda.

ayah bawak umar tgk kuda. tapi ibu ajak blah cepat sbb hari dah panas. berpeluh2. jauh lagi nak sampai kl ni..


pandangan resort dari parking. cantik la gak tpt dia. tapi tasik dia kalu nak nampak yg cantik lagi kene naik bot. kat resort ni air kotor sikit...

ok habis!

Sunday, September 05, 2010

raya is around the corner

i cant believe that raya is just around the corner!!!

yaAllah sekejapnya masa berlalu.. aku sendiri pun tak update dah lebih seminggu.

apa ya nak cerita. byk yg dah dipikirkan tapi tak menjadi kenyataan nak tulis sbb umar hari2 tido lewat. by the time dia tido betul2 sampai pagi tu, ibunya pun dah sama melepet tak dapat nak ngadap blog dah.

ok la nak cerita sikit pasal aktiviti bulan puasa ni.

sepanjang bulan ni, mmg aku tak jejak langsung kat pasar ramadhan. padahal pasar ramadhan bangi ni sikit punya femes la.. org kajang, putrajaya, serdang pun dtg beli juadah di sini. tapi aku? dah la tak kerja. nak kena salin baju pakai baju yg elok2 nak kluar semata2 nak pegi pasar ramadhan.. dgn nak kena bawak umar, dgn cuaca yg tak menentu, campur dgn bau2 asap yg bakal melekat pada baju di badan ni.. tak pe lah.. ayah aku je yg slalu pegi ranjau2 kat pasar tu belikan juadah berbuka. wpun ramadhan ada bbrp hari lagi, aku rasa mmg takkan jejak kaki langsung lah ke sana.

sepanjang bulan ni juga, hanya 2 kali aku berbuka puasa di luar rumah. tak termasuk rumah mak mertua sbb itu pun rumah jugak. sekali di kampung ayah aku di kg pantai, n9, sekali lagi di red wok bersama kawan2 infosys.

masa kat pantai tu mmg makanan banyak.. pastu mmg dapat la jumpa semua sanak sedara yg dah setahun tak jumpa.. setahun beb.. mcm2 cerita keluar.. tapi yg tak brapa best, erm gini ceritanya.. family belah sini mmg... erm... how should i say, tak ramai yg berpelajaran tinggi? so mcm2 masalah yg berlaku.. bukan sbb depa tak berpelajaran tinggi, dont get me wrong. tapi sbb bila tak masuk universiti, tak keluar dari kepompong n9 tu, susah sikit lah. tak tau dunia luar ni macamana. u know org n9 ni kan byk kawin dgn suku sendiri.. adat pepatih blablabla.. so u know, bile dah kawin close cousins.. mcm2 lah.. malas aku nak terang panjang lebar. bukan semua kawin sepupu pun. plus anak2 pun elok je berjaya. tapi ada jugak la yg kurang berjaya. anyhow, last time jumpa diorg, mmg la ada bbrp kisah tak best pasal bbrp orang dlm keluarga ni.. skarang dah bbrp tahun sejak kisah2 tu berlalu, dah reda la cerita nya. orang2 yg terlibat dlm kisah ni pun dah make a come back. tapi masalahnya, kisah baru pulak keluar. seperti, abg sedara yg kawin awal sikit je dari aku, dah pun berpisah dgn isterinya.. anak dia kecik sikit dari umar (whadda???<-- ini reaksi aku bile terdengar kisah ni.), pastu sorang lagi makcik yg takmau balik rumah sbb bergaduh dgn anaknya (whadda??? <-- padahal aku ni rapat jugak la dgn family diorg ni.. last year raya harmoni je aku tgk...).. ni sbb anak macam tak reti jaga perasaan mak yg makin tua (makin tua=makin sensitip).. i mean.. apa raa.... aku mmg bersyukur la orang2 yg bermasalah pada bbrp tahun lalu tu dah berjaya mengatasi masalah masing2.. yg malas belajar dah kerja bagus, yg berhutang dgn orang sampai lari dari rumah dah kembali ke rumah, gaduh2 dulu dah baik skarang.. tapi ini keluar pulak cerita baru.. apadaaa.... tak sudah2.....

ni la sbb aku kata, bila kurang berpelajaran ni, benda kecik pun kdg2 boleh jadi sebab gaduh besar. padahal aku percaya masalah2 mereka ni kalu dihandle dengan rasional pasti takkan jadi buruk macam yg dah terjadi ni...

plus, no wonder la when my makcik called me tanya apa tah haritu, aku tanya cucu dia apa kabar, dia mcm takmau jawab.. rupanya anak nya dah berpisah so berkemungkinan dia dah tak jumpa pun cucunya yg baya umar tu! how sad is that?????

macam drama melayu daa... takyah tgk drama melayu. boleh tgk kisah diorg ni je. cukup dah masam masinnye. ish ish ish...

dgn ini secara tak langsung juga aku menyalahkan drama2 tipikal melayu yg tak habih2 cerita pasal sumbaleweng orang. suami tipu isteri, isteri tipu suami, anak beranak bergadoh2.. sudahnya org melayu duduk di takuk tu.. aparaaaa... bikin malu daaaa....

ada baiknya haramkan saja drama2 melayu kat tivi ni... merosakkan masyarakat! dgr tak tv3?!

emo2...

ok berpindah pada gath buka puasa geng infosys di red wok.. ramai gile org di hari merdeka tu.. tapi makanan dia mmg sedap weh.. aku tak puas makan... mana lagi nak kelek umar, nak pegi amik makanan kat tpt buffet.. pastu umar ni lepas maghrib boleh pulak tertido.. terpaksa la satu tangan pangku dia, satu tangan lagi makan.. serius tak puas!! plus malu2 dgn kengkawan yg dah lama tak jumpa.. nak mentekedarah dpan diorg.. kihkihkih.. takpa la aku dah niat nak ajak hubby pegi sana makan lagi nanti... yummy yum yum...

lagi apa ye nak cerita..

oh aku akan berangkat pulak ke rumahtok aku di tepeng pada hari selasa.. lepas solat terawih..

hubby pulak akan menyertai kami di sana apabila beliau pulang dari jakarta pada hari raya nanti... siuh siuh..

thats what i said.. macam tak caya dah nak raya. sbb asyik menghitung hari bila hubby mau pulang. tapi tak sedar hubby pulang= hari raya.

ada waktu2 nya mmg tak tahan layah kerenah umar yg mcm2.. especially bila sepupunya ada.. penat sangat. time2 ni mmg teringat sgt pada hubby. kalu dia ada mesti dia boleh tlg jagakan umar.. takde lah aku tensen sgt.. sbb si umar ni suka sangat buli si dzharif ni.. kesian dhzarif terhantuk brapa byk kali dah.. tu la aku kata, kalu umar sorg dia tak galak sgt. boleh la tinggal skejap2 bila dia tgh ralit tgk tv tu. kalu berdua.. mmg kene perati betul2.. penat woo..

ok lah malam dah lanjut. gua belum solat terawih lagi ni. ada bbrp benda nak mintak. heheh. harap2 dimakbulkan..

besok aku akan pulang ke serdang berbuka puasa bersama in laws. hubby tiada, kami berdua ja. sebelum tu mungkin nak singgah beli baju tido umar di jusco??

ok bye.