Monday, October 25, 2010

dalam dilema

ok ini bukan tajuk lagu kru walaupun suami saya penghafal lagu2 kru.
pelik tak dia hafal lagu2 kru, tapi bukan lah peminat kru.
tak ngaku peminat tapi camana boleh hafal lagu2 kru?
alasan dia : masa skolah dulu, waktu cuti sekolah selalu balik duduk kg berminggu2, kat kg tu pulak ada pakcik n makcik sedara yg suka gila kru hari2 dok pasang kaset kru. jadi secara tak langsung terhafal lirik2 lagu kru sampai ke tua.

gile tak tahan dgr kisah ni. apa lagi kalu tetiba dia ternyanyi lagu kru yg dah lama gile tak dengar. siap boleh rap lagi.

aku pulak boleh la dikatakan minat jugak kru dulu2. so boleh la sama2 join nyanyi.

anyways, habis cerita kru.

interview dgn u*toot* jumaat lepas looks good.
mmg insyaAllah boleh dapat. tapi aku yg tak pasti nak atau tidak.

kerana :
  1. bukan pensyarah@tutor, hanya fellowship.
  2. fellowship = sementara, dpt elaun je, no benefits.
  3. kene enroll phd tahun ni jugak - quite impossible. it is almost november! pilih univ yg masih bukak application utk dec intake@ year round application, pilih tajuk, pilih sv.
  4. dari s.e. lompat ke m.m. agak challenging. not impossible but im gonna have to work extra hard.
  5. elaun tak byk. tgh pening camana nak hidup 3-4tahun buat phd dgn elaun kecik camtu. definitely no car, no house, no BABY for the next 3-4yrs. sanggupkah?
  6. in 3 yrs, im gonna be THIRTY. sanggupkah waktu tu masih takde keje permanent, takde harta sendiri lagi?? rumah mungkin boleh tggu 30+ baru beli. tapi hal2 lain?
  7. selama ni masih byk mengharap bantuan mama n abah. in 3 years diorg mesti dah pencen dah. bukannya pencen dgn duit berkepuk mcm sstgh org. keje kerajaan je.
  8. dekan fak yg berkenaan suh sambung univ lain plak. tak galakkan smabung kat upm dah. aku... mmm.... malas la tpt lain. buang masa nak amik subjek byk2 lagi, nak kenal org2 lagi, nak familiarize dgn tpt lagi... bagi la aku sambung upm gak. cepat je boleh selesai, insyaAllah..
kalu tolak pulak, takut tak jumpe dah pihak2 yg sanggup menaja PHD. walaupun rasa macam, aku tak sanggup nak stat phd dlm masa terdekat. tapi pegi interview tu tgk bebudak lain baru 24,25 thn dah habis masters n ready to pursue phd. hoh tuanya aku.
memula tgk dlm list nama, nama aku 1st. konon bangge la nama duk atas skali. sekali tgk2 balik, aku buat speku, nama aku atas sbb ic aku paling awal kot. paling tua la tu maksudnya. demmm.....

tnc u*toot* tanya, dulu degree 1st class, kenapa tak sambung phd terus. aku nak jawab apa? tak ready lagi? time tu yg aku pk nak anak je? time tu mana ramai sgt org nak terus sambung phd lepas degree. la ni je kiri kanan budak2 1st class terus nak sambung. adakah rasa rugi 2 tahun buat masters? tak pun. sbb time tu mmg takde clue langsung camana nak buat research. now dah ada masters ni baru la terbukak sikit mata ni.

tu lah kisahnye skarang. kejap rasa oh bersemangatnye, kejap rasa ishh taknak lahhh!! jgn la paksa2... mcm tu.

kdg2 excited nak gi jumpa org tu org ni. kdg2, hadoi malasnye. dok berkurung kat rumah lagi bagus.

lusa pulak ada intbiu ptm kat ptjy. nak gi ke tak? mmg tak prepare apa2 langsung. kalu takdpt, mm.. mmg padan lah. klu dpt, nak ke? boleh ke?

malas tul nak kene bangun super awal kelam kabut drive gi intibiu sana sini. tapi hati ni tak pasti mahukan kerja tu atau tidak.

so far yg ada peluang 2 ni je lah.

ada lagi u yg suh htr borang pensyarah. tapi tak tau dia betul2 mahukan khidmat ku atau tidak.
try je lah kan.

try2 pun, kene buat keje jugak semuanya.
prepare itu ini. gi sana sini. requires time, work, money.
hasil??

mcm pegi intbiu kat m@tr@d3 haritu. siap tertinggal kasut.. rasanya la tertinggal kasut. sbb konon2 pakai kasut formal. pastu nak jalan balik tukar pulak kasut flat. pastu masa nak konvo haritu cari kasut formal tu dah takde! dah terlewat, capai je kasut flat lusuh. tgk dlm gambar hodoh giler. yikes.
pk2 balik, pegi mana kasut formal tu? adakah tertinggal masa aku tukar kasut kat toilet di bgnn mtrd tu? demm dah la mahal. wpon agak menyakitkan kaki.
terpaksa beli sepasang lagi kasut formal utk gi intibiu2 ni. mmg la suka beli kasut, tapi kasut formal tu kene beli yg elok2. kene invest sikit. nak yg tahan lama, sbb acara2 formal sume nak pakai kasut tu. takkan nak bantai pakai kasut crocs gi interview kot. tapi kebyknnye menyakitkan kaki. mahal tapi tak selesa. sgt la rugi rasanye. kalu beli yg murah, kejap je terkopek sana sini. lagi rugi.

tersasul sampai hal kasut lak.

arghhh tensennyeee.....

pk2 pasal ptm ni kan, kalu dpt bagus gak,

kerana
  1. permanent post
  2. leh dpt kuarters@elaun rumah
  3. boleh beli keta sendiri
  4. terus keja jadi boleh dah pk nak bg adik kat umar yeahoo..
  5. takyah pening2 pk pasal phd
tapi,
  1. mcm susah nak naik pangkat je. kalu jd academician, asal layak saja sudah buleh naik taraf. bukan kene tggu org atas ko blah dlu baru ko boleh naik.
  2. kurang perkembangan dari segi kerjaya.
  3. gaji tak besar sgt banding pensyarah/ptd etc. (ni kakak ptm sendiri yg kata ok, bukan aku kata.)
  4. huhu kecewa la makpak aku kalu aku amik keja ni. -- ni alasan paling besar.
kalu u*toot* no.2 amik aku jd pensyarah,
  1. kene sambung phd kat obersi - oh noooo.... aku jadi permanent, tapi hubby pulak jadi jobless.
  2. kene tukar jadi pendidikan. kene gi skolah2 tgk perkembangan sains komputer kat sekolah.. berminatkah aku?
  3. unlike u*toot* no.1, no.2 ni univ lama. means little room to grow. masa intibiu u*toot* no.1, tnc tanya, what do you see when u came here? aku jawab, empty ke ape tah. aku nak sambung kata, a lot of room to grow.. tapi dlm kepala terpk, a lot of room for improvement. dahtu langsung tak jawab apa2.
byk songeh kan aku ni?

well like i said, i have a husband, a son, parents. nak buat apa2 semua kene fikirkan mereka. hubby needs me to be here for him to grow in his career. umar needs me to be here so that he can be close to his grandparents, cousins. i honestly cant see myself dragging my husband, my son, and myself! from ppl that we love. cant imagine how miserable we would be.

duit mana2 pun boleh cari. sekarang ni nak cari apa yg betul2 berkenan dihati, tanpa mengorbankan org2 tersayang.

but, despite all these, i have yet to perform many solat istikharah utk meminta petunjuk. setakat seminggu sekali... mana nak cukup. kene buat selalu!!!!!

ok korang, terima kasih kerana sudi membaca dilema ku.

kalu ada apa2 nasihat, cadangan, dialu2kan...

p/s: apa2 pun, dah set vacation big family dec ni, n vacation nucleus family january ni. yg ni je best utk di nanti. hal2 lain sume bluwekkkk......

ok bye.

Tuesday, October 19, 2010

Stress kembali

  1. pagi tadi bangun with a thumping headache and stuffy nose. pening sampai tak boleh fall back asleep. mungkin sebab malam tadi terlampau panas, bukak ekon fullblast sampai pagi. mujur tak demam.
  2. since takleh tido balik, kejut umar, gi makan roti canai. balik rumah masih pening, so telan panadol 2 bijik. kurang sikit dah sakit kepala.
  3. pastu dapat call utk dtg intibiu kat u *toot*.
  4. hilang sume pening, tapi dtg pening camana nak prepare utk intibiu nih...
  5. ptm nye intibiu pun tak prepare apa2. kalu tanya pasal isu2 semasa, db, atau apa2 je lah, mmg fail.... otak ni rasa macam kosong je.
  6. besok nak pegi jcard day kat mid. ini pon kene wat preparation jugak ni. nak bawak umar. so nak sampai cepat sebelum dia bukak, capai2 apa yg nak beli, n blah sebelum tghari. ptg nak gi lawat my aunt yg nak ke mekah jumaat ni.
  7. hubby is in batam. will be back toninght. cepat lah balik byk benda nak cakap nih.
  8. umar tido petang. bagus gak kejut dia bgn pagi. kalu biar dia tido boleh lanjut sampai 11-12. pastu tak tido sampai malam.
  9. dia ni skarang nak ajak mandi punye lah payah. nak basuh berak pun payah. sbb bizi sangat. byk sgt benda dia nak buat. esp tengok thomas lah.
  10. pandai dah tanya orang, are you ok? are you ok? sbb dia kalu terantuk kat mana2 je terus ibu tanya, are you ok? slalunye dia ok je. tak kuat nangis. kdg2 terantuk dgn kita, kita yg nangis. dia rilek je.
  11. ok lah aku pun nak tido ptg ni wpon patut buat homework utk interview.
  12. zzzzzz.......
  13. oh ye kawan2, doakan aku dpt kerjaya yg sesuai dgn jiwaku yer... whatever it may be.. huhuhuhu.....

Saturday, October 16, 2010

sudah sedikit lega

walaupun sebenarnya takde buat apa2 pun utk mengurangkan perasaan overwhelmed itu.
rasa lega sebab, bile pk2 balik. buat apa nak pening2 kepala. kalu ada rezeki tu nanti dapat la jugak. penat je risau2 tensen2.. padahal org2 yg membuat tensen ni belum tentu berniat nak membantu aku.

ok moving on!

last night i stayed up until 4.30am selesaikan keja2 utk ayah aku. kertas keja bersepah2 atas lantai i think bila dah siap keja tu i just crawled into bed n fell asleep immediately. letih gile. sampai hubby tanya, tak siap lagi ke ni? sbb berterabur sgt. i said, siap dah. cume tak larat nak kemas je.

pagi pulak dah kene bangun nak pegi melawat my dear tok sabariah di rumah maklang. janji nak gi kul 9. kul 9 baru bangun. ngok ngek ngok ngek mandikan umar masak pancake makan pancake blablabla. 10.20 baru gerak kot. sampai dlm kul 11, borak2 jap, 11.40 mama dah ajak chalo.. terkejut aku, apasal nak cepat sgt. pastu baru tersedar mama dah plan pagi gi jumpa tok, tghari gi warta beli groceries, by zuhur nak sampai rumah balik.
pastu mula lah aku rasa bersalah. aku yg lambat bangun sampai kejap sgt dok rumah maklang tu. tapi takpe lah. tok nampak sihat, boleh dgr apa yg kitorg cakap, tak mcm slalu, asyik kene cakap kuat2 je, sebab dia tak brapa dgr.

petang tu lepas balik dr beli groceries, umar pun mata dah layu. kami terlelap dekat 4 jam jugak la ptg tadi. gilosh... risau jugak umar lambat tido mlm ni tapi ayah dia bawak dia gi keluar jalan2 sampai dia letih. wpon tido lewat jugak, tapi dia tak la mengaruk sbb puas dah dibawak keluar berjalan dgn ayah dia.

ni dah 3am pun, ayah umar keluar balik gi lepak, tak balik2 lagi.

satu benda aku terpk.. haritu pas habis masters tak terpk pun nak buat phd. lepas konvo ni, baru terasa macam eh apa aku nak buat lepas ni. pastu ramai org dah tau aku dah habis masters, tu yg semua suruh sambung. patutnya kalu betul2 semangat nak sambung, by now dah ada tajuk, dah apply tempat apa suma dah. tapi mmg aku akui, tak bersedia lagi. bukan sbb umar ke ape ke, sbb rasa mcm, hah hujung tahun ni nak sambung phd dah? ngadap buku balik 3-4 tahun lagi? tak sanggup, tak sanggup. so bila hati dah kata tak sanggup, otak pun automatically tutup la.

so roughly camni lah perancangan.
interview ptm tu aku gi gak. tengok camana.
application kat univ2 yg suh aku buat multimedia lah, suh buat education lah kalu nak diconsider tpt di sana, aku buat je lah. even though they told me they are not promising anything.
in the mean time, im hoping for some scholarship applications to open up, hasil daripada pembentangan bajet siang tadi.
in the mean time, duk rumah, jaga anak, tolong mak, tunggu hubby, tolong ayah. ah itu je lah.
kalu aku dengar lagi skali ada orang tanya aku, 'ko tak bosan ke duduk rumah?', aku nak suh dia dtg rumah aku, take over my place, while i go to a spa or something. n then they can tell me whether its boring or not.
humph!

Sunday, October 10, 2010

feeling overwhelmed

dah 2 minggu dah tak menulis apa2.
cerita haritu pun dah lama dilupakan.
lupakan je lah sepupu2 yg tak bahagia tu. there's only so much we can do.
sometimes there is nothing we can do, except watching ppl throw their lives away.
just like a friend that i used to have during diploma. sentiasa skip kelas. gred c,d,c,d. kita tengok je lah. nak nasihat, tahu lah orang melayu ni. tak berani nak cakap terang2. hasil nya, lama2 kawan tu hanyut, diploma pun tak dapat.
padahal dah nampak dah. n pikir, kalu stay lagu ni, mmg gb budak ni. tetengok mmg gb pun. tapi, awal2 dah nampak, apasal kawan2 tak buat apa2??
like i said, bukan kawan2 je, sedara mara, malahan ahli keluarga sendiri pun. what can you do, man? they are all grown ups. bukannya besar umar yg masih buleh dilentur.

apa aku merepek ni? tolong lah.
apa yg aku nak kata harini,

semalam adalah hari konvokesyen masters ku. dah grad dah pun. Alhamdulillah. wpon mcm tak semangat je nak konvo sbb nak kerja pun malas, tapi masa konvo tu, mmg excited lah. pastu jumpa pulak kawan2. pok pek pok pek borak.

2 hari ni jumpa ramai betul kawan2 lama. sana sini. dari konvo ke open house ke wedding ke post grad fair. ada yg menyenangkan, ada yg membuat aku pk, padan la aku tak suka kat hang dulu. sampai la ni perangai macam ni.

perangai yg buat orang uncomfortable.

anyways. biarkan mereka. bukannya jumpa slalu dah.

again aku merepek.

apa yg aku nak sebut kat sini adalah...

sejak kebelakangan ni ada lah aku dpt bbrp2 panggilan temuduga atau plemininary meeting.

you see, iv been applying for jobs since last april. n now it is already october.

minta semua post kerajaan, jadi aku paham la agak lama nak tunggu feedback.

masa nak tiba bulan puasa haritu, macam dah risau jugak sbb tak dapat apa2 panggilan pun.

ada satu panggilan, dari m@tr@de. itu pun hanya exam. bukan interview. dari email yg aku dpt, 150 org lain pun dijemput utk hadiri exam tu. jwtn yg kosong? SATU ajer.

exam, mmg tak stadi apa2. sekali dia suruh explain network2 punya terms da... fail aku disitu. eh tapi rasa mcm boleh jawab je haritu. pastu bila dia tak panggil balik, aku buat je la mcm2 spekulasi.

lepas raya, dapat jugak satu interview, daripada lemb@g@ g3t@h msi@. ini dia tak bgtau pun ada exam. tetengok pagi tu dia suh jawab exam dlu. exam pasal java punya terms, n soklan2 sql. ni boleh kata kachang jugak lah. dia kata dia akan paparkan senarai top 10, utk diinterview, 2 jam lepas tu. so sementara tunggu result exam tu, aku ranjau2 la klcc kat depan lgm tu. lepas 2 jam aku dtg balik, tgk nama aku no4. ho yeah!
tapi masuk interview, soklan 1st depa tanya, dah kawin?
fail aku disitu.
depa nak org utk buat programming. asp.net. sql server blablabla. depa tanya, brapa lama aku nak amik masa nak blajar utk guna menatang2 yg aku tak penah guna ni. aku jawab, 2-3minggu. they were shocked. skejap sangat tu, depa kat. i told them, dulu masa kat infy boleh blajar benda baru dgn jauh lagi singkat dari 2-3minggu tu. n depa balas apa, tapi dulu you single kan?
tak habih2 point out kan yg aku ni dah kawen.
apa ingat bila aku dah kawen aku jadik makin bodo ke?
kalu amik yg lain yg single tu pun, kalu depa kawin nanti camana? aku ni perempuan. ni mmg fitrah org perempuan. kahwin dan beranak.

aku tau dah mmg takkan dapat dah la keja tu, so i went all out la. nak bagi depa rasa rugi tak amik aku - tapi sebenarnya pegi interview kat opis depa macam jatuh semangat sikit. wpon bangunan di kawasan yg upscale. tapi it dept dia, agak sedih. karpet, cubicle dah kusam. alamak, nak keje tempat macam ni ke... hari2 naik lrt...
i sound like a spoilt brat. tapi suasana keja mmg sangat penting. thats all im saying.

so 2 dah tak dapat.

kemudian, ada lah seseorang mendapatkan aku pleminary meetings dgn bbrp univ utk jawatan akademik. yg ni, aku nak kiv dlu. dah selesai semua baru nak cerita kat cni.

pastu dapat temuduga ptm hujung bulan ni. yg ni, dah lama aku tunggu. sejak habis masters. aku ingat lagi exam ptd bulan 4 haritu yg membuatkan jalan ke mardi n upm jam bagai nak gila dari pada segenap pelusuk serdang. semua jalan masuk mardi stuck. aku yg pagi tu nak ke fakulti mmg terlewat hampir sejam. sejak dari haritu, takda panggilan apa2 sampai la hari ni, 6 months later. i could not be more thankful. intibiu yg telus tanpa memerlukan pleminiary meetings. tapi. dulu aku penah cakap. i dont want to turn into those ptm makciks that i got to know during my masters. in the end depa semua ok je dgn aku. tapi bila terdengar diorg bercakap sesama sendiri gua rasa nak tarik rambut je.

bila dah banyak panggilan intibiu ni yg buat aku rasa overwhelmed. dulu takdak langsung aku cuak. sedih. rasa diri ni tak laku. now, bila dah bertalu2 datang ni, buat aku berdebar2. takut. kot lah salah satu sangkut, maka... terpaksalah aku hantar anak aku ke taska. iv been dreading for this moment to happen. terpaksa berpisah dgn kawan rapat. eh? yes, believe it or not, sudah 5 bulan tak berenggang dgn anak aku. dari celik mata sampai tutup mata dia ada depan mata. nak berpisah dgn dia 10 jam sehari, is a very difficult task.

tapi bila aku kata aku harap dapat duduk rumah jaga anak aku, orang tempelak pulak. hei hina sangat ke niat aku nak duduk rumah asuh anak aku sendiri?? yg ni lagi la malas nak go into details. i just hope ur gonna handle things better when it is your turn to go to work n leave your child in somebody else's care.

pastu utk jwtn akademik tu mcm2 syarat yg diberikan, tukar bidang lah. dari software eng to something else, nak kene enroll phd tahun ni jugak (bygkan, nak apply univ,htr proposal, in 2 months!) byk univ dah tamat tarikh register pun. oversea? toksah berangan. my hubby loves his job. im not gonna drag him away from what he loves to do, to follow me do things that i am forced to do. at least one of us should be happy, right? then only we can make the other person happy.

i envy my husband who says every sunday night, "yeay besok pegi keja."
y dont i ever feel like that?

pastu, since semalam dah konvo. maknanya dah officially tamat masters, officially a housewife now. wpon aku kata aku nak duk rumah jaga anak etc. tapi perasaan sejak konvo ni, perghhh takleh blah. i find it hard to accept the fact that im doing nothing. jaga anak tu nothing ke? tapi selalu rasa macam, apa yg aku dah sumbangkan kepada dunia ni semasa hayat aku ni? sumbangkan hamba Allah yg soleh dan bertakwa (umar)? Buat findings yg boleh memperbaiki dunia ni (phd)?

tengok, aku sendiri pun terikut2 dgn mentaliti masyarakat yg berkata bahawa housewife tu not a real job. heck, aku dulu sebelum ada umar pun berpikiran macam tu jugak. memandang rendah pada mak kawan2 yg tak bekerja. banding dgn mak aku yg workaholic tu (ayah aku kata, bukan aku). tapi bila dah jadi mak ni baru aku nampak. apa lah best nya jadi workaholic ni? (sori mama). i wanna stay home n watch my children grow up.

tapi pk2 balik, setahun lagi umar dah start preschool. aku nak melangut kat rumah sorang2 buat apa bila dia dah start sekolah?
adik2? sampai sekarang ni kami masih belum buat keputusan utk menambah bilangan ahli keluarga atau tidak.

jumaat 2 minggu yg lalu, aku ada appointment cabut gigi bongsu di pusat kesihatn univ. konon2 nak perguna status student sebelum grad.

sekali doktor tu amik masa 50 minit cuba nak cabut gigi bongsu aku, tak termasuk 20 minit awal cucuk bius n tunggu bius bagi effect. it was a nightmare. mmg teringat balik sakit bersalin. bersalin sakit2 pun keluar umar yg comel. cabut gigi ni sakit2 keluar apa? keluar gigi? tak berbaloi betul. lepas 50 minit tu aku give up. gigi bongsu yg dah longgar tu masih ada dlm mulut. masih menyakitkan setelah 10 hari nightmare tu berlalu.
sakit sampai aku menangis.
aku tak paham. tahun 2006 dulu masa pertama kali cabut gigi bongsu, aku tak sakit langsung. doktor sama tau. lepas habis kesan bius tu baru la sakit sikit. tapi seminggu macam tu dah boleh makan macam biasa. tapi kali ni, baru doktor tu nak bagi gigi tu loose aku dah menangis dah.
kenapa? tak cukup bius?
speku suamiku, aku pernah dicucuk bius super kuat aka epidural masa bersalinkan umar dulu. so bius setempat mcm kat gusi ni dah tak brapa berkesan. iye ke? aku taktau. aku bukan doktor. tapi aku dah kata kat doktor tu, dulu tak sakit macam ni. dia buat bodo je. aku mintak nak rest kejap lepas letih nganga mulut n tahan sakit, dia bagi less than a minute je. macam nak siapkan cepat2. hangin tul aku. cuba aku bukak mulut hang 50 minit larat tak??? kalu kebas, tak rasa apa2 takpa gak. ni bertukar2 alat nak keluarkan gigi ni, baru nak goyangkan gigi dah rasa macam nak menjerit, camana nak cabut sampai akar??? frankly speaking, tobat dah tanak gi jumpa dia. pastu kene tunggu hubby ada sekali. haritu dah la nak pengsan dah tahan sakit, pastu kene drive balik bangi, dgn umar!! tapi nasib baik betul haritu umar bangun awal, so by the time sampai rumah balik, kami dedua tido tghari 3 jam! bygkan kalu umar baru bangun, cargas, nak org layan dia, aku baru kene cabut gigi? mmg nangis lah.

so, sbb sakit yg maha hebat haritu, mmg buat aku betul2 pikir, sanggup kah sakit macam ni lagi nak lahirkan anak. the pain was unbearable. i feel like yelling n slapping the doctor. seriously. masa tahan sakit cabut gigi tu dah istighfar tak putus, baca ayat kursi, bayangkan umar tgh tunggu kat rumah hepi2 sambil tgk thomas kat tv. tapi gigi tak berjaya dikeluarkan jugak. sampai dah terjelepuk aku kat kerusi dentist tu.

aku berharap sangat, bila gi doktor lain nak cabutkan gigi ni, takkan sakit teruk macam haritu. n aku kena cari doktor yg willing to hear patients punya history sebelum nak buat apa2.
ntah kenapa perasaan pada doktor kali ni sama macam doktor masa bersalin haritu. these 2 doktors jadi macam upset when i cried n said that it hurts. well, it really did! suruh tahan2, suruh rilek2. camana nak rilek kalu sakit sangat? tak paham. pastu always nak cepat2. ingat lagi dulu doktor gynae tu. jumpa slalu tak sampai 5 minit. bayar everytime rm100 lebih kurang. pastu bila hari kita nak bersalin, ada masalah, dia mcm bengang pulak.

harap2 lepas ni takkan dipertemukan dgn doktor2 macam ni. buat aku rasa takmau keluarkan anak n takmau keluarkan gigi!! argh!!!

ok habis dah aku membebel malam ni.
tahu tak kenapa jarang menulis? sbb menulis nak luahkan perasaan ni mmg takes at least 2 hours, tgh2 malam. mmg tak daya dah aku nak stay up lately. perangai tido lewat tu dah jarang buat dah skarang. sbb siang2 terlalu letih melayan umar yg dah makin kurang tido siang.

n malam ni mmg terasa nak menulis sbb sgt overwhelmed dgn interview2 yg buat aku rasa macam im at those ppl's mercy to give me a job that i dont really want, bcoz all i wanna do is stay at home n watch my kid grow up. n maybe have another baby or two, dgn kelahiran yg dipermudahkan.

even hubby encouraged me to mengadap blog malam ni, sbb mcm nak bukak mulut kat dia pun payah. terlalu byk perkara yg menyerabutkan kepala. dia pulak jarang2 nak bagi penyelesaian. always wanting me to make my own decisions. dah kene press baru dia cakap, buat solat istikharah, ikut je apa yg mama n abah suggest, sbb benda2 yg diorg suruh aku buat selama ni yg aku ikut mmg memberi pulangan yg sgt hebat tak terkata pada diriku ini.
so, apa kah diorg punya suggestion tu??? pada yg dah tau, diam je lah. yg tak tau, nanti2 lah aku ceritakan.