Monday, October 25, 2010

dalam dilema

ok ini bukan tajuk lagu kru walaupun suami saya penghafal lagu2 kru.
pelik tak dia hafal lagu2 kru, tapi bukan lah peminat kru.
tak ngaku peminat tapi camana boleh hafal lagu2 kru?
alasan dia : masa skolah dulu, waktu cuti sekolah selalu balik duduk kg berminggu2, kat kg tu pulak ada pakcik n makcik sedara yg suka gila kru hari2 dok pasang kaset kru. jadi secara tak langsung terhafal lirik2 lagu kru sampai ke tua.

gile tak tahan dgr kisah ni. apa lagi kalu tetiba dia ternyanyi lagu kru yg dah lama gile tak dengar. siap boleh rap lagi.

aku pulak boleh la dikatakan minat jugak kru dulu2. so boleh la sama2 join nyanyi.

anyways, habis cerita kru.

interview dgn u*toot* jumaat lepas looks good.
mmg insyaAllah boleh dapat. tapi aku yg tak pasti nak atau tidak.

kerana :
  1. bukan pensyarah@tutor, hanya fellowship.
  2. fellowship = sementara, dpt elaun je, no benefits.
  3. kene enroll phd tahun ni jugak - quite impossible. it is almost november! pilih univ yg masih bukak application utk dec intake@ year round application, pilih tajuk, pilih sv.
  4. dari s.e. lompat ke m.m. agak challenging. not impossible but im gonna have to work extra hard.
  5. elaun tak byk. tgh pening camana nak hidup 3-4tahun buat phd dgn elaun kecik camtu. definitely no car, no house, no BABY for the next 3-4yrs. sanggupkah?
  6. in 3 yrs, im gonna be THIRTY. sanggupkah waktu tu masih takde keje permanent, takde harta sendiri lagi?? rumah mungkin boleh tggu 30+ baru beli. tapi hal2 lain?
  7. selama ni masih byk mengharap bantuan mama n abah. in 3 years diorg mesti dah pencen dah. bukannya pencen dgn duit berkepuk mcm sstgh org. keje kerajaan je.
  8. dekan fak yg berkenaan suh sambung univ lain plak. tak galakkan smabung kat upm dah. aku... mmm.... malas la tpt lain. buang masa nak amik subjek byk2 lagi, nak kenal org2 lagi, nak familiarize dgn tpt lagi... bagi la aku sambung upm gak. cepat je boleh selesai, insyaAllah..
kalu tolak pulak, takut tak jumpe dah pihak2 yg sanggup menaja PHD. walaupun rasa macam, aku tak sanggup nak stat phd dlm masa terdekat. tapi pegi interview tu tgk bebudak lain baru 24,25 thn dah habis masters n ready to pursue phd. hoh tuanya aku.
memula tgk dlm list nama, nama aku 1st. konon bangge la nama duk atas skali. sekali tgk2 balik, aku buat speku, nama aku atas sbb ic aku paling awal kot. paling tua la tu maksudnya. demmm.....

tnc u*toot* tanya, dulu degree 1st class, kenapa tak sambung phd terus. aku nak jawab apa? tak ready lagi? time tu yg aku pk nak anak je? time tu mana ramai sgt org nak terus sambung phd lepas degree. la ni je kiri kanan budak2 1st class terus nak sambung. adakah rasa rugi 2 tahun buat masters? tak pun. sbb time tu mmg takde clue langsung camana nak buat research. now dah ada masters ni baru la terbukak sikit mata ni.

tu lah kisahnye skarang. kejap rasa oh bersemangatnye, kejap rasa ishh taknak lahhh!! jgn la paksa2... mcm tu.

kdg2 excited nak gi jumpa org tu org ni. kdg2, hadoi malasnye. dok berkurung kat rumah lagi bagus.

lusa pulak ada intbiu ptm kat ptjy. nak gi ke tak? mmg tak prepare apa2 langsung. kalu takdpt, mm.. mmg padan lah. klu dpt, nak ke? boleh ke?

malas tul nak kene bangun super awal kelam kabut drive gi intibiu sana sini. tapi hati ni tak pasti mahukan kerja tu atau tidak.

so far yg ada peluang 2 ni je lah.

ada lagi u yg suh htr borang pensyarah. tapi tak tau dia betul2 mahukan khidmat ku atau tidak.
try je lah kan.

try2 pun, kene buat keje jugak semuanya.
prepare itu ini. gi sana sini. requires time, work, money.
hasil??

mcm pegi intbiu kat m@tr@d3 haritu. siap tertinggal kasut.. rasanya la tertinggal kasut. sbb konon2 pakai kasut formal. pastu nak jalan balik tukar pulak kasut flat. pastu masa nak konvo haritu cari kasut formal tu dah takde! dah terlewat, capai je kasut flat lusuh. tgk dlm gambar hodoh giler. yikes.
pk2 balik, pegi mana kasut formal tu? adakah tertinggal masa aku tukar kasut kat toilet di bgnn mtrd tu? demm dah la mahal. wpon agak menyakitkan kaki.
terpaksa beli sepasang lagi kasut formal utk gi intibiu2 ni. mmg la suka beli kasut, tapi kasut formal tu kene beli yg elok2. kene invest sikit. nak yg tahan lama, sbb acara2 formal sume nak pakai kasut tu. takkan nak bantai pakai kasut crocs gi interview kot. tapi kebyknnye menyakitkan kaki. mahal tapi tak selesa. sgt la rugi rasanye. kalu beli yg murah, kejap je terkopek sana sini. lagi rugi.

tersasul sampai hal kasut lak.

arghhh tensennyeee.....

pk2 pasal ptm ni kan, kalu dpt bagus gak,

kerana
  1. permanent post
  2. leh dpt kuarters@elaun rumah
  3. boleh beli keta sendiri
  4. terus keja jadi boleh dah pk nak bg adik kat umar yeahoo..
  5. takyah pening2 pk pasal phd
tapi,
  1. mcm susah nak naik pangkat je. kalu jd academician, asal layak saja sudah buleh naik taraf. bukan kene tggu org atas ko blah dlu baru ko boleh naik.
  2. kurang perkembangan dari segi kerjaya.
  3. gaji tak besar sgt banding pensyarah/ptd etc. (ni kakak ptm sendiri yg kata ok, bukan aku kata.)
  4. huhu kecewa la makpak aku kalu aku amik keja ni. -- ni alasan paling besar.
kalu u*toot* no.2 amik aku jd pensyarah,
  1. kene sambung phd kat obersi - oh noooo.... aku jadi permanent, tapi hubby pulak jadi jobless.
  2. kene tukar jadi pendidikan. kene gi skolah2 tgk perkembangan sains komputer kat sekolah.. berminatkah aku?
  3. unlike u*toot* no.1, no.2 ni univ lama. means little room to grow. masa intibiu u*toot* no.1, tnc tanya, what do you see when u came here? aku jawab, empty ke ape tah. aku nak sambung kata, a lot of room to grow.. tapi dlm kepala terpk, a lot of room for improvement. dahtu langsung tak jawab apa2.
byk songeh kan aku ni?

well like i said, i have a husband, a son, parents. nak buat apa2 semua kene fikirkan mereka. hubby needs me to be here for him to grow in his career. umar needs me to be here so that he can be close to his grandparents, cousins. i honestly cant see myself dragging my husband, my son, and myself! from ppl that we love. cant imagine how miserable we would be.

duit mana2 pun boleh cari. sekarang ni nak cari apa yg betul2 berkenan dihati, tanpa mengorbankan org2 tersayang.

but, despite all these, i have yet to perform many solat istikharah utk meminta petunjuk. setakat seminggu sekali... mana nak cukup. kene buat selalu!!!!!

ok korang, terima kasih kerana sudi membaca dilema ku.

kalu ada apa2 nasihat, cadangan, dialu2kan...

p/s: apa2 pun, dah set vacation big family dec ni, n vacation nucleus family january ni. yg ni je best utk di nanti. hal2 lain sume bluwekkkk......

ok bye.

3 comments:

Oyis said...

salam Mas,

wah bagus nya interview dah bersusun, then ada 2 uni lg siap nak amik jd staf, x kisah la as lecturer or fellowship pon. skang ni mmg byk uni dah x offer tutorship dah, byk kalo yg muda2 akak tgk semua nya (yg g oversea especially), dtg dgn fellowship. tp rasanya dgn gaji tutor tu, byk elaun yg depa dpt lg, mungkin sbb diorg x de benefit kot, so elaunnya agak tinggi. kalo nak ikut bab duit ni, mmg line akakdemik x kan kaya. tgk aje lah gaji k sheera dgn akak yg masih tutor, terkedek2 x terkejarkan dah.... unless dpt profesor esok2 :P, tp by that time org keja pTM kalo dah naik pon lebih sedap gaji dia.

x kisah la. find a job that u love mas. psl PhD tu, kalo tggu ready, forever xkan ready. sometimes it's just got to be pushed to u, then br buat heheh (speaking from experience).

satu lg, jgn rasa tergugat dgn org2 muda yg 1st degree terus wat PhD. mahal tu experience master yg mas dh ada, and also in between mas gi india lg keja apa semua, that is really a valuable experience, and masa buat phD akan membantu sgt2, percaya lah! it makes u tougher on the inside, so masa buat reseacrh x cepat melatah. kalo compare dgn org belom kawen (single2 muda2 yg terus buat PhD tu la), mmg time-wise, kita x cukup masa psl nak jaga anak, suami, rumahtangga, tp Insya Allah, buat kerja2 tu semua berkat, dan hasilnya sama aje dgn org yg bole bergolek2 tanpa komitmen (sgt menjeleskan la tp!), bcoz of age and exprience, and the resilience org mature (ahem) ni ada. so don't be hard on yourself ke hapa ye!

good luck with ur interview, and smg the job u pick berkat dunia akhirat :)

PS; kalo tersalah kata or terbagi unsolicited advice (again), maaf ye... my 2 cents saje.

PS2: br perasan, awak ngan k sheera tarikh lahir bulan sama ye... hehe

masz14 said...

thanks kak noris for the advice. i was really waiting for someone who's on the same phd boat to give me some advice.

saya mmg tgh risau sekarang ni. takut terbuat salah pilihan.

lagi2 tawaran yg dtg semua yg bersyarat. syarat2 yg mcm tak mampu nak ditunaikan.

phd tu satu lagi. mmg takde masalah nak sambung cepat2. tapi kalu dipaksa2 begini jadik tensen jugak. as of now masih taktau lagi nak yg mana satu. atau taknak langsung, tunggu peluang lain.

tq for ur views. yg pastinya, keep the advice coming ya!

miSs dee 4 dino said...

bestnya mas..interbiu bersusun..then dpt sambung phd lagi..

macam aku susah..nak dpt biasiswa sambung phd kene tgu 3years after keje baru leh apply dengan gaji penuh..tuh baru layak untuk apply jek belum tentu dapat coz kuota untuk phd bukan banyak..lain lah kalau kat U..senang je..kene pk betul2..banyak benda kene pk..ade pros and cons..seriusly..aku rasa da best way is mintak petunjuk dariNya..coz kdg2 kita rasa bnda tuh baik untuk kita tp sebenarnya x n camtuh gak sebaliknya..