Sunday, October 10, 2010

feeling overwhelmed

dah 2 minggu dah tak menulis apa2.
cerita haritu pun dah lama dilupakan.
lupakan je lah sepupu2 yg tak bahagia tu. there's only so much we can do.
sometimes there is nothing we can do, except watching ppl throw their lives away.
just like a friend that i used to have during diploma. sentiasa skip kelas. gred c,d,c,d. kita tengok je lah. nak nasihat, tahu lah orang melayu ni. tak berani nak cakap terang2. hasil nya, lama2 kawan tu hanyut, diploma pun tak dapat.
padahal dah nampak dah. n pikir, kalu stay lagu ni, mmg gb budak ni. tetengok mmg gb pun. tapi, awal2 dah nampak, apasal kawan2 tak buat apa2??
like i said, bukan kawan2 je, sedara mara, malahan ahli keluarga sendiri pun. what can you do, man? they are all grown ups. bukannya besar umar yg masih buleh dilentur.

apa aku merepek ni? tolong lah.
apa yg aku nak kata harini,

semalam adalah hari konvokesyen masters ku. dah grad dah pun. Alhamdulillah. wpon mcm tak semangat je nak konvo sbb nak kerja pun malas, tapi masa konvo tu, mmg excited lah. pastu jumpa pulak kawan2. pok pek pok pek borak.

2 hari ni jumpa ramai betul kawan2 lama. sana sini. dari konvo ke open house ke wedding ke post grad fair. ada yg menyenangkan, ada yg membuat aku pk, padan la aku tak suka kat hang dulu. sampai la ni perangai macam ni.

perangai yg buat orang uncomfortable.

anyways. biarkan mereka. bukannya jumpa slalu dah.

again aku merepek.

apa yg aku nak sebut kat sini adalah...

sejak kebelakangan ni ada lah aku dpt bbrp2 panggilan temuduga atau plemininary meeting.

you see, iv been applying for jobs since last april. n now it is already october.

minta semua post kerajaan, jadi aku paham la agak lama nak tunggu feedback.

masa nak tiba bulan puasa haritu, macam dah risau jugak sbb tak dapat apa2 panggilan pun.

ada satu panggilan, dari m@tr@de. itu pun hanya exam. bukan interview. dari email yg aku dpt, 150 org lain pun dijemput utk hadiri exam tu. jwtn yg kosong? SATU ajer.

exam, mmg tak stadi apa2. sekali dia suruh explain network2 punya terms da... fail aku disitu. eh tapi rasa mcm boleh jawab je haritu. pastu bila dia tak panggil balik, aku buat je la mcm2 spekulasi.

lepas raya, dapat jugak satu interview, daripada lemb@g@ g3t@h msi@. ini dia tak bgtau pun ada exam. tetengok pagi tu dia suh jawab exam dlu. exam pasal java punya terms, n soklan2 sql. ni boleh kata kachang jugak lah. dia kata dia akan paparkan senarai top 10, utk diinterview, 2 jam lepas tu. so sementara tunggu result exam tu, aku ranjau2 la klcc kat depan lgm tu. lepas 2 jam aku dtg balik, tgk nama aku no4. ho yeah!
tapi masuk interview, soklan 1st depa tanya, dah kawin?
fail aku disitu.
depa nak org utk buat programming. asp.net. sql server blablabla. depa tanya, brapa lama aku nak amik masa nak blajar utk guna menatang2 yg aku tak penah guna ni. aku jawab, 2-3minggu. they were shocked. skejap sangat tu, depa kat. i told them, dulu masa kat infy boleh blajar benda baru dgn jauh lagi singkat dari 2-3minggu tu. n depa balas apa, tapi dulu you single kan?
tak habih2 point out kan yg aku ni dah kawen.
apa ingat bila aku dah kawen aku jadik makin bodo ke?
kalu amik yg lain yg single tu pun, kalu depa kawin nanti camana? aku ni perempuan. ni mmg fitrah org perempuan. kahwin dan beranak.

aku tau dah mmg takkan dapat dah la keja tu, so i went all out la. nak bagi depa rasa rugi tak amik aku - tapi sebenarnya pegi interview kat opis depa macam jatuh semangat sikit. wpon bangunan di kawasan yg upscale. tapi it dept dia, agak sedih. karpet, cubicle dah kusam. alamak, nak keje tempat macam ni ke... hari2 naik lrt...
i sound like a spoilt brat. tapi suasana keja mmg sangat penting. thats all im saying.

so 2 dah tak dapat.

kemudian, ada lah seseorang mendapatkan aku pleminary meetings dgn bbrp univ utk jawatan akademik. yg ni, aku nak kiv dlu. dah selesai semua baru nak cerita kat cni.

pastu dapat temuduga ptm hujung bulan ni. yg ni, dah lama aku tunggu. sejak habis masters. aku ingat lagi exam ptd bulan 4 haritu yg membuatkan jalan ke mardi n upm jam bagai nak gila dari pada segenap pelusuk serdang. semua jalan masuk mardi stuck. aku yg pagi tu nak ke fakulti mmg terlewat hampir sejam. sejak dari haritu, takda panggilan apa2 sampai la hari ni, 6 months later. i could not be more thankful. intibiu yg telus tanpa memerlukan pleminiary meetings. tapi. dulu aku penah cakap. i dont want to turn into those ptm makciks that i got to know during my masters. in the end depa semua ok je dgn aku. tapi bila terdengar diorg bercakap sesama sendiri gua rasa nak tarik rambut je.

bila dah banyak panggilan intibiu ni yg buat aku rasa overwhelmed. dulu takdak langsung aku cuak. sedih. rasa diri ni tak laku. now, bila dah bertalu2 datang ni, buat aku berdebar2. takut. kot lah salah satu sangkut, maka... terpaksalah aku hantar anak aku ke taska. iv been dreading for this moment to happen. terpaksa berpisah dgn kawan rapat. eh? yes, believe it or not, sudah 5 bulan tak berenggang dgn anak aku. dari celik mata sampai tutup mata dia ada depan mata. nak berpisah dgn dia 10 jam sehari, is a very difficult task.

tapi bila aku kata aku harap dapat duduk rumah jaga anak aku, orang tempelak pulak. hei hina sangat ke niat aku nak duduk rumah asuh anak aku sendiri?? yg ni lagi la malas nak go into details. i just hope ur gonna handle things better when it is your turn to go to work n leave your child in somebody else's care.

pastu utk jwtn akademik tu mcm2 syarat yg diberikan, tukar bidang lah. dari software eng to something else, nak kene enroll phd tahun ni jugak (bygkan, nak apply univ,htr proposal, in 2 months!) byk univ dah tamat tarikh register pun. oversea? toksah berangan. my hubby loves his job. im not gonna drag him away from what he loves to do, to follow me do things that i am forced to do. at least one of us should be happy, right? then only we can make the other person happy.

i envy my husband who says every sunday night, "yeay besok pegi keja."
y dont i ever feel like that?

pastu, since semalam dah konvo. maknanya dah officially tamat masters, officially a housewife now. wpon aku kata aku nak duk rumah jaga anak etc. tapi perasaan sejak konvo ni, perghhh takleh blah. i find it hard to accept the fact that im doing nothing. jaga anak tu nothing ke? tapi selalu rasa macam, apa yg aku dah sumbangkan kepada dunia ni semasa hayat aku ni? sumbangkan hamba Allah yg soleh dan bertakwa (umar)? Buat findings yg boleh memperbaiki dunia ni (phd)?

tengok, aku sendiri pun terikut2 dgn mentaliti masyarakat yg berkata bahawa housewife tu not a real job. heck, aku dulu sebelum ada umar pun berpikiran macam tu jugak. memandang rendah pada mak kawan2 yg tak bekerja. banding dgn mak aku yg workaholic tu (ayah aku kata, bukan aku). tapi bila dah jadi mak ni baru aku nampak. apa lah best nya jadi workaholic ni? (sori mama). i wanna stay home n watch my children grow up.

tapi pk2 balik, setahun lagi umar dah start preschool. aku nak melangut kat rumah sorang2 buat apa bila dia dah start sekolah?
adik2? sampai sekarang ni kami masih belum buat keputusan utk menambah bilangan ahli keluarga atau tidak.

jumaat 2 minggu yg lalu, aku ada appointment cabut gigi bongsu di pusat kesihatn univ. konon2 nak perguna status student sebelum grad.

sekali doktor tu amik masa 50 minit cuba nak cabut gigi bongsu aku, tak termasuk 20 minit awal cucuk bius n tunggu bius bagi effect. it was a nightmare. mmg teringat balik sakit bersalin. bersalin sakit2 pun keluar umar yg comel. cabut gigi ni sakit2 keluar apa? keluar gigi? tak berbaloi betul. lepas 50 minit tu aku give up. gigi bongsu yg dah longgar tu masih ada dlm mulut. masih menyakitkan setelah 10 hari nightmare tu berlalu.
sakit sampai aku menangis.
aku tak paham. tahun 2006 dulu masa pertama kali cabut gigi bongsu, aku tak sakit langsung. doktor sama tau. lepas habis kesan bius tu baru la sakit sikit. tapi seminggu macam tu dah boleh makan macam biasa. tapi kali ni, baru doktor tu nak bagi gigi tu loose aku dah menangis dah.
kenapa? tak cukup bius?
speku suamiku, aku pernah dicucuk bius super kuat aka epidural masa bersalinkan umar dulu. so bius setempat mcm kat gusi ni dah tak brapa berkesan. iye ke? aku taktau. aku bukan doktor. tapi aku dah kata kat doktor tu, dulu tak sakit macam ni. dia buat bodo je. aku mintak nak rest kejap lepas letih nganga mulut n tahan sakit, dia bagi less than a minute je. macam nak siapkan cepat2. hangin tul aku. cuba aku bukak mulut hang 50 minit larat tak??? kalu kebas, tak rasa apa2 takpa gak. ni bertukar2 alat nak keluarkan gigi ni, baru nak goyangkan gigi dah rasa macam nak menjerit, camana nak cabut sampai akar??? frankly speaking, tobat dah tanak gi jumpa dia. pastu kene tunggu hubby ada sekali. haritu dah la nak pengsan dah tahan sakit, pastu kene drive balik bangi, dgn umar!! tapi nasib baik betul haritu umar bangun awal, so by the time sampai rumah balik, kami dedua tido tghari 3 jam! bygkan kalu umar baru bangun, cargas, nak org layan dia, aku baru kene cabut gigi? mmg nangis lah.

so, sbb sakit yg maha hebat haritu, mmg buat aku betul2 pikir, sanggup kah sakit macam ni lagi nak lahirkan anak. the pain was unbearable. i feel like yelling n slapping the doctor. seriously. masa tahan sakit cabut gigi tu dah istighfar tak putus, baca ayat kursi, bayangkan umar tgh tunggu kat rumah hepi2 sambil tgk thomas kat tv. tapi gigi tak berjaya dikeluarkan jugak. sampai dah terjelepuk aku kat kerusi dentist tu.

aku berharap sangat, bila gi doktor lain nak cabutkan gigi ni, takkan sakit teruk macam haritu. n aku kena cari doktor yg willing to hear patients punya history sebelum nak buat apa2.
ntah kenapa perasaan pada doktor kali ni sama macam doktor masa bersalin haritu. these 2 doktors jadi macam upset when i cried n said that it hurts. well, it really did! suruh tahan2, suruh rilek2. camana nak rilek kalu sakit sangat? tak paham. pastu always nak cepat2. ingat lagi dulu doktor gynae tu. jumpa slalu tak sampai 5 minit. bayar everytime rm100 lebih kurang. pastu bila hari kita nak bersalin, ada masalah, dia mcm bengang pulak.

harap2 lepas ni takkan dipertemukan dgn doktor2 macam ni. buat aku rasa takmau keluarkan anak n takmau keluarkan gigi!! argh!!!

ok habis dah aku membebel malam ni.
tahu tak kenapa jarang menulis? sbb menulis nak luahkan perasaan ni mmg takes at least 2 hours, tgh2 malam. mmg tak daya dah aku nak stay up lately. perangai tido lewat tu dah jarang buat dah skarang. sbb siang2 terlalu letih melayan umar yg dah makin kurang tido siang.

n malam ni mmg terasa nak menulis sbb sgt overwhelmed dgn interview2 yg buat aku rasa macam im at those ppl's mercy to give me a job that i dont really want, bcoz all i wanna do is stay at home n watch my kid grow up. n maybe have another baby or two, dgn kelahiran yg dipermudahkan.

even hubby encouraged me to mengadap blog malam ni, sbb mcm nak bukak mulut kat dia pun payah. terlalu byk perkara yg menyerabutkan kepala. dia pulak jarang2 nak bagi penyelesaian. always wanting me to make my own decisions. dah kene press baru dia cakap, buat solat istikharah, ikut je apa yg mama n abah suggest, sbb benda2 yg diorg suruh aku buat selama ni yg aku ikut mmg memberi pulangan yg sgt hebat tak terkata pada diriku ini.
so, apa kah diorg punya suggestion tu??? pada yg dah tau, diam je lah. yg tak tau, nanti2 lah aku ceritakan.

5 comments:

Adeeb Liyana said...

Mas,
how come convo xbgtau? aku mmg nak tny last week, tp balik kelas dah lewat. nak sms slalu dah kul 11 lbh. wah, bestnye dah convo! happy for u ;)

akunye spa dah expired. so nak isi balik, tggu abis master la. tinggal 3 minggu je lg. tp aku pun nak mula kerja baru. rezeki dgn gomen masih samar2 :P mungkin belum rezeki lg.

the suggestion, i knew it.. mak mane yang sanggup berpisah dgn anak..

Afida Anuar said...

Tu dia Mas sekali update...berjela..hehe..

Mas, aku pandang tinggi orang jadi suri rumah, jaga anak. Itu lah sebaik2 pekerjaan ...bila kerja yang menyakitkan jiwa kekadang ni, serius aku rasa nak pencen..jadi suri rumah..err...aku ni kawin tak lagi, tapi ada cita2 nak jadi suri rumah..mcm mana tu?hehe.

Apa pun,congrats mas..atas kehabisan kemasteran....;)

masz14 said...

adeeb : aku jumpe kinot lepas konvo tu pun dia tekejut. dia kata, takde apa2 berita pun, ttgk dah konvo?
hehe mcm malas nak warwarkan. dah la tak best langsung buat masters. hari2 kene heret kaki gi fakulti. bukan cam degree dulu. so konvo pun diam2 je lah. hahah.
susah la adeeb, takmau kecewakan mak bapak tapi diorg mcm tau je aku takdak hati kat ctu. hati aku dah kene amik dek umar. kuikui. lagi2 kene buat phd asap. aku baru je habis masters. ingat nak keje 2-3 tahun dulu sebelum pk nak buat phd. tapi syarat jadi lect skarang kene terus enroll. berat tul hati aku.

fida : aku yg tak keja ni pun pening kepala tgk masalah keja orang lain. siang malam pk pasal keja. aku nak siang malam pk pasal anak je. tapi tu lah. sstgh org mcm memandang sinis pada aku sbb hal ni. pressure dari org sekeliling pun boleh buat kita terpaksa buat benda yg kita tak brapa nak buat..
fida, aku doakan ko dapat suami yg restu cita2 ko jadi suri rumah tu.. huhuhu...

Nabil said...

buat phd dulu la mas...bole dok rumah lagi dgn umar :D

masz14 said...

haha i am thinking along the same lines too, en. nabil. tgh berusaha nak apply tempat la ni. tapi tak de proposal lagi. takde idea. kene membaca balik..