Tuesday, November 30, 2010

hating everything that is happening

  • umar menangis2 hari kedua masa pagi nak dihantar ke taska. asyik tunjuk ke kereta. nak naik kereta. takmau duk taska. sudahnya hantar dia balik rumah, biar atuk dia yg htr dia ke taska. rasa macam tak boleh nak hantar umar. kene orang lain yg hantar. aku ni tgk dia nangis je dah takleh buat keja lain.
  • pengasuh taska muda belia. single2 lagi. tak reti nak pujuk budak2. ada ke tgk anak aku nangis dia biar aku yg pujuk. tengokk je. pastu kata umar nangis kuattt... bengang tol. htr taska lain lah camni.
  • temuduga2 lain semua gagal. tinggal lah apa yg tgh buat ni skarang. benci gila. bangun rasa benci, mandi rasa benci, htr umar ke taska lagi la benci, keluar tol benci, driving benci, sampai tol nilai benci, sampai roundabout benci, sampai gate univ benci, sampai parking lot benci, dalam kelas benci. arghhh this is really making me sick!
  • offer phd dah dapat, tapi suka suki je nak tukar sv yg aku dah pilih. padahal dah bincang dah nak masuk research group dia. bengang tol. aku dah kata dia kata ok, nakk jugak letak aku under orang lain. aku tak kisah la org lain tu bagus ke tak, tapi aku dah bincang dgn pensyarah lain. pahal susah sangat nak paham? aku malas dah nak tepon, jumpa. tiap kali jumpa macam aku ni menyusahkan dia sangat. podah la lu.
  • arghhh bencinyaaaaaaaaaa!!!!!
.

Saturday, November 27, 2010

update seminggu

genap satu minggu berkursus di u*toot*.
genap satu minggu meninggalkan umar dgn nenek nya.
tak jadi htr taska kerana my pil berada di serdang pada minggu ni.
tapi diorg dah nak balik ke trgn dah ahad ni. kursus yg masih berbaki 3 hari.. mana nak htr umar? taska la kot insyaAllah. kalu tak dapat penjaga lain.
macamana perasaanku meninggalkan umar 10 jam sehari?
1st sampai 3rd day, ada la juga air mata keluar. aku la. dia syok je pegi rumah nenek dia.
suddenly tok umar nak tukar nama panggilan. suh panggil nenek pulak. very the confusing.
anyhoo, hari 4 n 5 aku dah rilek dah. umar pun takde la tergamam macam hari 1-3 tu. masa 3 hari pertama ni nampak muka aku je dia macam nak menangis tapi dia tahan. ni waktu pagi n tghari la. petang, nampak je aku sampai nak jemput dia, menjerit2 dia, "ibu!ibu!ibu!". time ptg ni ada gak acah dia, ajak dia salam kata nak pegi lagi. ha time ni mmg dia menangis lah. lama sangat kene tinggal.
but Alhamdulillah, semalam dan hari ni dia dah rilek dah. nampak ibu dtg je terus senyum. takde la overly excited, or nampak ibu je terus mintak cucu.

tapi aku sendiri, pagi2 masih tak brapa mau tengok dia sgt. takut nanti aku sedih. hati jadi berat nak pegi keja.
tapi sebab tak brapa perati sgt dia pagi tadi, i did not notice that his right eyes was a bit red. by petang tgk dah byk taik mata. ada infection ni. when i told my hubby, he said, "pagi tadi dah nampak dah. ingatkan sbb dia br bangun tido, byk taik mata." hiiiiiiii.... by ptg nak letak susu ibu pun, tak brapa berkesan sbb dah lama. geram nya dgn hubby pagi tadi. macam2 dia buat. kejut awal giler sbb dia takda keta. saje2 tinggalkan keta dia kat opis without asking me about today's plan. sudahnya pagi tadi kene htr umar ke serdang n hubby naik bus dr serdang ke kl. skali sampai serdang, mcm dah agak lewat, so dia nak trus ke bangsar. dari bangsar 8.30am aku pecut pulak ke u*toot*. bangi > serdang > bangsar > nilai. all done b4 9am. gile... belum lagi dia letak car seat kat blakang (aku cadang nak letak carseat depan supaya aku leh catch a snooze kat seat blakang sbb masih ngantuk.), pastu dia pegi letak car seat kat blakang passenger seat pulak tu. aku nak turunkan seat pun takleh. aaaaaaaaaaa.... sgt hangin. mujur la dapat makan roti canai feveret, dia pun balik awal ptg ni.. takde la hangin sangat.. (selamba je aku mengata hubby di sini.) beliau mmg takda niat pun nak menyakitkan hati aku cuma itu lah... aku yg terasa lebih2 atas dia punya ketidaksensitifan itu.

perihal kursus pulak, jumpa ramai peserta2 lain yg nak sambung blajar jugak macam aku. fresh grads ada, masters grad cam aku ada, doktor gigi ada, pensyarah ada. yg baik ada, yg inspiring ada, yg annoying ada sorang sampai rasa nak siku aje. but bila ada peluang bercakap dgn dia, she reminds me of a dear friend of mine. jadi perasaan meluat tu berkurang. but i wish she would stop interrupting lecturer punya lecture. suka menyampuk. bak kata participant lain, attention seeker.

spt yg aku penah cerita sebelum ni, tawaran dari u*toot* ni mmg macam *toot* je. macam2 syarat dia kenakan macam kita ni dah jadi staf dia. tapi benefit tanak bagi macam staf dia. elaun dipotong separuh dari pemegang jawatan yg sama dari bajet tahun lepas, limited time to apply for university n byk lagi. kesimpulannya aku rasa ditindas. nak tolak, takut tawaran dari slab ni dtg sekali ni saja. ntah boleh dapat lagi lain kali ntah tidak.

to my surprise, ramai lagi rupanya yg tak puas hati dgn cara u*toot* ni menguruskan hal sambung belajar ni. dokumen2 semuanya samar2, tiada maklumat lengkap, yet paksa kita buat itu ini.

mmg honestly (aku bukan cakap kat cni je, tapi cakap kat semua calon2 blajar yg sama dlm kursus ni yg aku sempat borak), aku hari2 buat solat hajat agar tawaran lain dapat selewat2nya bulan mac 2011 supaya i can quit this stinking fe||owsh|!p. mmg sangat stinky. macam stinky pete.

so, dlm kecoh2 nak start proposal phd ni, aku doa jugak terbuka peluang kerja di tempat2 lain.
now i know, bangi is the most southern place i would like to work. nilai, wpon hanya 20 minit from bangi, tapi rasa sangat jauh dari civilization. lepas ni nak cari keje kena limitkan. paling bawah is bangi, paling atas, bangsar kot. mesti dekat dgn rumah, dekat dgn rumah pil, n dekat dgn ofis hubby. nilai is tooo far away from hubby's office. jelesnye dgn mama n abah yg keja satu majikan. nak makan sama2 hari2 for the rest of their career pun boleh (but they dont do that.)
sangat tensen when ur hubby needs to go 40km up north, n u have to go 30 km down south. with umar in serdang, im in nilai, hubby in bangsar, ive been running around nilai, bangi, serdang n today bangsar during this 1 week. tak larat beb! belum kira minyak n tol lagi. seratus ringgit habis minggu ni utk 2 benda tu je.

dah la. iv been up since 6 this morning. now its almost 2. besok saturday yayy!!!! nak tido sepanjang hari. okbye.

Sunday, November 21, 2010

THE JOURNEY HAS almost STARTED

  1. Raya Aidiladha - same old same old. kali ni beraya di bangi. by 11am dah takde apa nak buat. hubby tido tghari 2jam lebih! lepas zuhur gerak ke Banting melawat toklang beliau. hubby's bro turut sama kerana beliau tak balik ganu with the rest of the family.
  2. Jumaat - reported for duty. ingatkan kene stay. tapi pk logik, bukannya depa nak bagi gaji selagi tak stat phd. bakpa nak suh aku stay pulak. mmg betul. lepas submit borang2 yg berkenaan, selesai. bole balik. aku pun apa lagi, pecut balik rumah, (umar tak bgn tido pun lagi) kejut umar n mandikan dia. n then terus pecut pegi... isetan mmbrs day sale kat klcc. wakaka! beli mainan n baju kat umar. n a new buku nota for myself.bersemangat sangat nak sambung blajar ni. ptg balik rumah, solat2, n then bawak umar pegi taska. saje nak bagi dia familiar dgn teacher n kawan2 taska. starting this Monday he'll be going to the taska. harap2 beliau boleh bawa diri di sana.. (kalu depa tepon kata dia tak berenti menangis, il call my brothers to go n pick him up! taska tu blakang rumah je pon...) il try to come back during lunch, if i can.
  3. Sabtu - harry potter yeah! ok best citer dia. sangat similar dgn dalam buku. puas hati.tak sabar nak tengok the final movie. we left umar at home with my mom n sis n his kazen. dia tak sedar pun kami pegi. balik2 dia kata, "ibu balik!" huhuhu... mujur tak bawak dia tgk wayang tu. kinda scary for little kids. petang, pegi pasar malam cari tudung matching dgn baju kurung. rm100 boleh dpt 3 helai. kalu gi munawwarah ni rm100 bole dapat selai je. wpun mmg dapat rasa kualitinya berbeza, tapi perbezaan harganya terlalu jauh. hopefully tudung2 pasar malam ni tidak mengecewakan....
  4. esok dah ahad. ada 130+- final exam papers abah yg kene tanda. matilah aku.
besok punya to-do-list :
  • basuh towel2 umar yg baru beli.
  • kemas beg nak bawak gi taska.
  • decide which toys im gonna let him bring to the taska.
  • sterilize all bottles.
  • gosok baju kurung n kemeja hubby 5 helai each! warghh!! benci nye gosok baju.
  • remind hubby utk clearkan jalan turun bawah ke taska sbb byk gile kerengga n ada log kayu menghalang pintu pagar tu dari luar.
  • prepare my stuff for monday - brand new buku nota :) recharge laptop, bawak research proposal - btw, starting this monday im gonna attend a 2-week course on research methods @ the univ. syarat wajib utk sambung blajar....
  • masak - oops yg ni macam kene skip jer. ahaks!
  • tanda exam papers!!!!!!
  • pegi warta nak beli socks, ubat gigi umar.
  • cari susu tepung berperisa coklat. wujud ke heh? umar ni tak suka minum susu segar/susu tepung yg kaler putih tu lah. pada dia, susu putih hanya susu ibu. kalu nak suh dia minum kene bagi air warna lain dari putih. camanooo.....
  • with that note, secara rasminye umar akan stat la minum susu formula... belum cukup 2 tahun lagi tapi skarang pun dia cuma menyusu waktu nak tido, masa tido, n pagi b4 bangun je. waktu lain dah jarang2 sgt. but i think dia kene terus minum susu waktu siang. elok sangat lah kenalkan minuman lain bila dah masuk taska ni.
ok dah ngantuk gile tapi takleh tido... bye2.......

Wednesday, November 17, 2010

Sepetang di Bagan Lalang

Hari sabtu lepas, selepas menghadiri (hadir je tak tolong pape.. ngelat tul.. kuikui) kenduri adik sedaraku di Senawang, N9, kami telah singgah (mungkin bukan singgah sbb tempat tu 1 hour out of the way...) ke bagan lalang utk makan seafood, sempena my belated birthday.

tempat nya dah improve sejak kali terakhir aku kesana. tahun 2006 kot. dah ada sepang gold coast tu. dah jadi mcm pantai peranginan. sebelum ni dtg takde apa2 langsung kecuali seri malaysia.

si budak mengamuk nak keluar dari car seat

cheeky!

ibu diri dia diri, ibu cangkung dia cangkung

ya ini orang tak pernah sampai ke bagan lalang. jadi agak jakun. huhu.

umar main pasir sampai takmau balik

kami sampai dah kat pukul 6. tengok pantai kejap, round the area kejap, azan maghrib berkumandang je kami terus solat n makan di gerai di jeti bagan lalang tu. best wa cakap luu......
ikan bakar, sotong bakar, kerang bakar, udang goreng tepung. licin!! tapi tak tangkap gambar makanan pulak. but u guys should go n try it. gerai yg kami pi makan tu gerai yg hujung skali kat jeti tu, tempat kereta U-turn. pegi je jeti dia, n u wont miss it.

next time pegi nak bawak kiddies punya shovel n sand sifter tu. kat sini banyak gile ketam kecik2 tu. geram!! nak korek, sift, n tunjuk ketam kecik kat umar. bestnye!

thats all. bye2.

Sunday, November 14, 2010

tak senang duduk


ok sedikit update ttg status di waktu ini. campur gosip2, takpuas hati sikit, kalu ada yg rajin nak baca.. hehe~

  1. insyaAllah Jumaat ni akan melapor diri utk bertugas.
  2. medical checkup tak buat lagi. - nak buat kat pk upm besok insyaAllah. bayaran, rm80. byk betul pakai duit nak lapor diri nih. bulan ni mmg tak dapat shopping2.
  3. nak kena renew lesen memandu yg dah nak mati bulan depan. byk masa lagi. tapi muka depan lesen ada kat pengawal univ toot bangang. jumaat ni lapor diri, dah jadi staff aku nak pegi pondok pengawal sound sikit orang yg tanak pulangkan lesen aku sbb aku tak dptkan t/tgn org yg aku nak jumpa kat univ tu.
  4. aku perlukan gambar pasport ayah aku utk hal2 medical benefits univ. takmau susahkan abah kene pi kedai gambar amik gambar pasport etc. mula2 dia kata gambar dia ada di website asasi pertanian. tapi aku tgk, bukan gambar pasport. itu gambar tangkap kat ofis. camnoo?? bile google image dia, yes dapat!

    tapi ni zaman umur brapa... 45tahun kot... hahaha. bantai lah!
  5. aku taktau apa no cukai pdptn aku. camane nak cek yeh? no kwsp n cukai hubby pun tak dpt lagi.
  6. phd punya application kat both universities tak dpt result lagi... minggu depan ni raya haji. mesti ramai pegawai2 cuti..... bila nak setel... tak dapat kang camane...... argh ni sgt mentensenkan!
  7. hari lapor diri adalah hari members day sale kat isetan. i gotta learn to say goodbye to shopping on weekdays from now on! uhuk uhuk. benci nye kene pegi shopping hari minggu yg sesak!
  8. movie harry potter kuar khamis ni kot. ok ni dalam sejarah aku tak dapat menonton movie harry potter di hari pertama dia direlease di pawagam. demit! tapi takleh. masih hari raya dan sibuk nak setel hal lapor diri. uhuk uhuk uhuk.
  9. sejak suami balik dr jakarta mmg tak update apa2. mmg standard lah kalu dia takda slalu aku membebel panjang lebar di sini. time dia ada luahkan kat dia je lah. ada satu kisah kenalan, orang nya tak byk cakap in person. nampak always optimistic dan confident. tapi tulisan blog nya macam orang yg kesedihan, kerinduan. the same way i feel when my husband is away. pernah juga dia terlepas kata pada aku yg hubungan dia dgn suami dia tak stabil. macamana tak stabil, wallahualam. rasanya suami nya pun berada di tempat lain. urusan keja ke apa, wallahualam jugak. the sad thing about her story is, i have known her since my undergrad years. orang nya quite famous. famous for the right reasons la ye. pandai, aktif aktiviti2 fakulti n kolej, n she's tall n good looking. frankly i felt that she was destined for greatness. but somehow... turns out... macam ada depression sikit kot.. if i had known she was this unhappy, i wouldve talk to her more. ni selalu jumpa cakap hal blajar aje. dah konvo baru terjumpa blog beliau ni masa bloghopping. yg suami beliau pulak dah la pegi comment kat entry2 yg dia kesedihan tu. tapi reply nye macam very authoritative(is there such a word?). pergh kalu laki aku pegi komen camtu kat blog aku dah kene sound dah. (hes not the kind of person who do such a thing. thats y i married him :D). sangat sedih. lelaki, lelaki. kenapakah macam ni? i talked to my husband about this, he said, "yg dia tu pegi tulis benda2 camtu kat blog siapa suruh?" aku pulak kata, "dia dah takde sapa nak luahkan la tu. sama jugak macam mas bila awak takda. suma nak citer kat blog." n then my husband came up with an answer that i cant object. "mengadulah kat Allah," he always said this to me when im sad. but usually. this is the last thing i would do. camana ya nak mengadu pada Allah? bukankah Allah dah tahu apa yg ada dalam hati kita ni? hai ontah lah. dari baca2 blog dia nampak macam suami dia nak kawin lagi kot. rasa cam nak rodok je perut kalu betul. apa pun do'akan yg terbaik je lah utk dia. kalu ada peluang nak berbual dgn dia mcm dulu aku mahu try tanya. whadehel is happening.
dah la. itu je. ini entry yg duduk dlm draft berhari2. citer pasal raya haji nanti aku update.
bye2.

Saturday, November 06, 2010

a sneak peek into my pensieve

I love :
  • riding the bicycle with umar every afternoon
  • spending time with hubby n son
  • ice blended cappuccino
  • cendol
  • barbican peach

I hate :
  • hubby when he does not keep his word. - janji nak balik semalam tapi delayed sampai tuesday. rage!!!
  • orang yg lorat. - dlu masa blajar ramai jumpe pompuan yg lorat. la ni dah tua byk jumpa lelaki lak yg lorat semacam. rasa nak lempang.
  • nyamuk yg byk di musim hujan. duk tgk tv pun tergaru2..
  • semut yg byk di musim hujan. tgh tido pun tergaru2..

I need :
  • a new cpu. gimme 3k pls. pc skang dari 2005. getting too slow. nak search for files pun ya Allah.. bercinta...
  • a new handphone. yg ada gps. another 1k pls.
  • armchair for umar. poang for children from ikea tu ok ke tak ha?. rm 139. ke nak beli poang stdd? rm199.
  • executive chair - for the pc table. verner from ikea. rm 299. doc2 kat klinik kanak2 an-nur pakai krusi ni. nampak cam dah lusuh. tapi mungkin diorg dah guna bertahun2.

I cant wait for :
  • hubby to come home on tuesday.
  • his day off on friday - cari taska utk umar, buat medical check up etc.
  • nak gi makan best2 on friday. belated bday celebration.
  • raya haji! kuah lodeh, kuah kacang, ketupat, rendang, yum yum!
  • big family holiday to trganu in december. flight n accomodation booked! tinggal nak book van/mpv jer. nak beli batik, makan sotong celup tepung, kepok lekor, etc etc. dah lama tak gi holiday w. mama n the others.
  • nucleus family holiday in january.
I dread :
  • the day i have to report for duty in *cough*u*sim*cough*!!! (>_<)
  • the day i have to send by baby to the nursery. (T_T)
  • the day i have to start my phd research (T_T)
benci2......

ok itu je.
bye2........

Wednesday, November 03, 2010

help me, i'm lost (part II)

ah, akhirnya, tido jugak anak aku. dari 10 pagi sampai 12 malam melayan dia.
sebenarnya dia ada tido sekejap ptg tadi. tapi waktu tu aku pulak sibuk nak ke pasar malam.
dah 2 hari tak keluar rumah. rasa serabut.
balik2 dari pasar, tgk dia dah bangun. apa lagi, aku pun bawak la dia pegi naik basikal ke tempat adik aku main basketball. tgk sekejap, pastu layan dia main kat playground surau al-madani tu.

Alhamdulillah, lepas keluar tu, both of us are feeling better. dok terperuk dlm rumah je tak dapat udara segar, mmg lah lambat baik.

ok berbalik pada kisah pagi tadi.

ohh mmg aku rage!! betul lah. hanya anak je lah yg berjaya membawa ketenangan dalam diri. wpon tadi dia telah memijak2 kerepek yg ditaburnye ke atas katil. pastu sepahkan puzzle thomas yg aku baru beli kat pasar malam (rm5 dpt 2. best gile.). dia juge marah bile aku cuba masukkan mainan2 thomas dia dlm bakul mainan.

now that he's asleep, baru lah aku dapat sambung balik my ssb. ssb tu apa? tgk lah sex and the city. ssb stands for secret single behaviour. dlm satc tu tah apa tah diorg punya ssb aku dah tak ingat. tapi pd aku, ssb tu, tulis blog lah apa lagi. atau pun menonton cerita2 yg donlod yg hubby tak gemar, spt cougar town, two n a half men n glee, sambil minum n makan apa2 yg best. cth nya mlm ni, teh o pekat (sakit tekak punye pasal. kalu tak aku minum apa2 yg sejuk :P). dgn pop corn yg baru dibeli di pasar malam tadi. heaven betul. bilik yg bersepah ku butakan saja mata... ini pun dah kemas sikit. dada semput2 pun kemas jugak kalu tidak nanti dgn anak pun boleh rage jugak. pening tgk bersepah sangat. besok bangun bersepah balik.

kisah univ pagi tadi tu, to add the drama, i found out that the reason they need a new multimedia lecturer is bcoz.... lecturer mm diorg dah blah masuk upm... mana aku tau? sbb aku pi jumpa lecturer mm kat jmm fsktm upm utk mintak buat phd dgn dia, jadi aku ceritalah kisah aku yg dpt "biasiswa" tu. tu yg dia bagitau yg ada lect from u sana dah lari masuk u sini.

boleh tak gitu? ponin2... pastu aku telah mengugel pasal intibiu haritu, dan terbaca pulak kisah seorang hamba Allah ni yg juga hadiri intibiu yg sama. i think i recognize his face from the intibiu. ok mmg dia rasa bertuah sgt lah dpt tajaan ni. aku pulak? kenapa tak rasa begitu? mungkin sbb dia single, dia takda tanggungan, dia lulusan univ tsbt jadi adalah rasa syg dan ingin berkhidmat dgn univ tu. bbanding dgn aku dan bbrp org lain yg dtg dr univ lain. but sume yg dah ada masters mmg bukan dr univ tu lah.

aku heran. kenapa tak letak elok2 semua benda dalam perjanjian ni? takde sebut langsung pasal camana dia nak taja pengajian, kalu obersi camana local camana. pastu nak suh orang sign2 itu ini. tak paham!!!

maybe i should give them a call before i vent out like this. but, i did call another person who attended the intibiu. adik klasmate aku time form3 lak tuh. huhuh. dia kata dia dah gi amik surat tawaran tu di sana, dia dah tanya dah org hr tu ttg maklumat2 yg takda dlm surat ni, dah org hr tu pun takleh nak jawab sbb taktahu. what da what man...

ok besok il try to give the pendaftar a call n ask them about it.

dalam pada pening2 nak terima ke tidak ni, phd punya application kene buat segera jugak. dr di jmm suh tunggu surat tawaran sampai. now dah sampai, tapi taktau nak terima ke tidak. takut bile dah decide nak terima, dah lewat sgt utk register. takut kalu terkocoh2 register, satgi dpt tawaran lain, nak accept pulak, kene kensel lak application ni. segan pulak aku dgn dr tu.

tawaran lain spt ape?

ok jom cerita pasal intibiu ptm haritu pulak. malam sebelum intibiu tu kami tido di serdang kerana umar nak ditinggalkan bersama kakak ipar ku. sempat la makan roti canai feveret aku pagi tu kul7. thats a record. 7.15, aku gerak ke ptjy, hubby gerak ke ofis. b4 8am dah sampai ke bgnn spa, masuk dewan temuduga. tunggu punya tunggu. ini la pengalaman pertama aku hadiri temuduga kerajaan. agak terkejut kerana ramai mak bapak yg sanggup tunggu dgn anak2 di dewan tu. punya lah besar harapan mereka nak anak kerja dgn kerajaan. aku doakan mereka semua tu dapat lah. aku ni sorang2 je melangut sampai kul 10 sebelum di panggil masuk bilik temuduga.

yg mentemuduga aku tu seorang berpangkat dato'. dato' kat spa tu lah. aku nampak nama dia kat papan carta organisasi masa nak balik tu.

masuk2 dia terus tanya semua maklumat yg takda dlm resume. suami keje ape, kat mana, anak brapa, umur brapa, pastu cerita pasal diri sendiri lah. semua bm je. takdo english pun. depa tgk result pk, takyah test la dia ni boleh cakap english ke tak. takde pun soklan2 pasal kerajaan, kenapa nak berkhidmat dgn kerajaan, nama menteri ke apa semua.

lepas kenalkan diri apa suma tu, the 1st question yg dato' tu tanya adalah, "betul ke kamu nak kerja ni?" "saya tengok talent kamu ni macam kat tempat lain.."ah sudahh... how did he know????!! did he read my blog?? "kamu tak cuba mintak kerja kat upm ke?" he was careful not to mention the word lecturer, academician or anything like that but i knew (everybody in the room knew) what he meant. org jpa kat belah kiri dok diam je tak tanya apa2 langsung. dato' ni kata apa lagi ye, mm, "camana kalau nak htr kamu pegi tempat lain, kamu dah ada keluarga. kalau kene relocate, bergaduh pulak dgn suami. kalau single, boleh just pack ur bags n go. saya tgk dalam resume ni kamu tak pernah keluar dari bangi dan serdang. cuma masa pegi india 4 bulan tu je. "
lagi, "kami untung kalau ambil u, tak payah nak hantar u buat masters. kalau ada pun phd. tapi kamu kene pk betul2. are you making the right choice?"
"saya paham, kamu dah habis masters lama, dah duduk rumah jaga anak 5 bulan. spa panggil, u pun datang."
"tapi kamu kene pk betul2. u still have 30 years to go. u have to make the right choice."

ok, bile dia dah cakap camtu, what else can i say man? aku nak putar belit kata aku mmg bersemangat nak keja ptm tu pun tak boleh. terer lah dato' ni. sekali pandang je dia tau dah situasi aku. nak cong pun takleh dah.

mula2 agak stress jugak, tapi bila dah lama tu, rasa mcm duduk dlm sesi kaunseling pulak dah. baru nampak apa yg patut aku pilih.

lastly, org teknikal yg dok kat belah kanan dato' tu tanya la sket2 pasal sdlc blablabla. ada aku jawab salah tapi aku muka konfiden je. balik baru tersedar jawapan salah. hah hah!

bile keluar dari bilik tu taktau nak rasa apa. sedih ke sbb mcm kena rejek je. happy ke sbb dato' tu mcm bukak mata aku utk tengok apa yg sesuai dgn diri ini? taktau. kita tunggu je la keputusannya 29 november ni.

tapi masalahnye, aku kene lapor diri ke univ atas tu sebelum 27 nov. camana pulak tu? semua kene buat fast decision. tu yg sgt stress skrg ni. pastu rasa macam nak ngamuk je dgn semua orang.

nak layan orang cakap pun malas. dok ngelamun sorang2 je yg aku boleh.

ni belum dpt intibiu lain2 lagi. ada instinct mengatakan ada satu atau dua intibiu yg bakal tiba sementara nak buat keputusan ni.

menambah serabut di kepala.

help me!!!!!!!

Tuesday, November 02, 2010

help me, i'm lost

tgh malam tadi, area 3/3 ni black out.. dah la masa tu bilik tgh bersepah gile n baru terhegeh2 nak salin pampers umar. terpaksa lah salin dlm gelap2 tu. pastu sbb kepanasan, kena la bukak tingkap. nyamuk tak terkira byknye. asyik melilau2 kat tepi telinga ni. mmg tensen habis lah. kesian kat anak tu. nak dislimutkan, takut panas. dibiar kaki, lengan dia terdedah, mmg tergaru2 la jawabnye. takut kalu dia terbangun merengek kepanasan@kegatalan. pastu dgn aku skali terlelap. ntah kul brapa lampu nyala balik. tgk tak kurang 5 ekor nyamuk berkeliaran atas katil. sakit hati betul. cepat2 tutup tingkap, pasang ubat nyamuk n bukak ekon. wlupun kami berdua tak brapa sihat, batuk selesema, tapi terpaksa bukak jugak ekon sbb kepanasan.

hubby berada di jakarta sejak semalam sehingga lah jumaat ni. dah agak dah bila dia takde mesti ada hal penting yg berlaku.

apakah hal penting tu? ok fine cni lah aku bgtau. u yg aku maksudkan tu adalah u*sim. ok fine dah dpt dah tawaran fellowship atau fe*lo sis*wazah. tapi rasa nak koyak je surat tawaran tu. elaun ciput. lagi rendah drpd gra phd kat upm. pastu mcm2 syarat dikenakan. valid hy kalu register b4 31st dec ni. dia ingat senang ke nak cari u,topik,sv? pastu kalu tarik diri kene byr balik, pastu kene kontrak berkhidmat dgn u*sim, belum lagi syarat2 yg dikenakan oleh dekan fakulti. suh gi mm*u lah, suh amik ielts lagi skali lah sbb dah lebih 2 thn. macam2.

pd aku dia tu agak snobbish. masa interview haritu adalah dia sound aku apemende tah, aku balas balik, tapi masih dlm senyuman. aku pk, kalu la aku amik offer ni, hopefully bila dah tamat nanti dia pun dah blah dr kerusi dekan tu atau dah pencen. takpaham betul orang macam ni. ada pangkat profesor tapi berlagak mcm dia lah paling hebat. org lain sume lower class. my husband once told me, dia tak pernah lagi jumpa profesor yg berlagak. (itu pengalaman dia blajar kat jepun kot) aku balas balik, helloo ramai hokei! takde resmi padi. makin berisi makin tunduk. ini ramai yg tak sedar diri. dia ingat gelaran profesor datuk dr blablabla tu buat diri dia paling bagus di alam semesta ni. bukan jauh pun profesor2 tu. ada yg ayah kepada kawan2 kitorang jugak. tgk anak2 diorg pastu pk, padan la korang ni perangai macam ni. tgk la bapak korang tu. berlagak je keje nye. turun kat anak. tapi bukan lah semua. anak2 yg baik pun ada. yg tak menyerupai bapak2 profesor tan sri blablabla mereka itu.

macam ler aku hadap sgt nak keja dgn kat situ. dah la tawaran tu tak menjanjikan kita diserap terus masuk. nanti dah habis phd kene gak interview lagi nak tgk layak tak masuk univ tu. apadahal la. univ2 lama takde pun lorat macam tu. kes pnsyrh kene buang sbb failkan ramai student tu pun dtg dr univ ni jugak kan. like i said, univ2 lama takde pun heboh2 nak buat camtu. lorat mmg lorat.

pastu dlm surat tawaran tu tak cakap pun dia tanggung pengajian ke tak. yg dia sebut cuma elaun peribadi yg ciput tu je. kang aku dah penat ke hulu ke hilir buat medical checkup, jumpa pesuruhjaya sumpah, byr itu ini, satgi yuran pun kena byr sendiri. apahal? very vague dia punya terms. yg dia fokuskan semua syarat2 utk penerima. kene buat itu buat ini, takleh buat itu buat ini. tapi apa benefit yg depa nak bagi kat kami bakal staf mereka (kononnya)? islam la sgt kan. tak islamik langsung pada aku. yg islam hanya terletak pada nama universiti, hanya pada bank ("gaji" hy boleh dimasukkan ke dalam akaun bank islam sahaja.). tgk perangai dekan yg macam tu pun dah buat aku terpk, islam ke macam ni? jauhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh sangat kalu nak dibandingkan dgn sv kesayangan aku dulu. very lembut dlm percakapan, very understanding, very macam2 lagi lah. daripada dekan sinun yg cakap berdentam dentum. literally ok, suara dia mmg booming mcm halilintar.

orang dgr mmg la best. uu dpt fellowship uni yg masih baru, tanggung phd, pastu keje dgn diorg, dekat dgn rumah, blablablabla. uu tak seindah itu ya... mcm2 benda terselit disebalik keindahan yg dibayangkan.

ok nanti aku sambung lagi kat mana yg aku lost itu. anak dah bangun. later.