Wednesday, November 03, 2010

help me, i'm lost (part II)

ah, akhirnya, tido jugak anak aku. dari 10 pagi sampai 12 malam melayan dia.
sebenarnya dia ada tido sekejap ptg tadi. tapi waktu tu aku pulak sibuk nak ke pasar malam.
dah 2 hari tak keluar rumah. rasa serabut.
balik2 dari pasar, tgk dia dah bangun. apa lagi, aku pun bawak la dia pegi naik basikal ke tempat adik aku main basketball. tgk sekejap, pastu layan dia main kat playground surau al-madani tu.

Alhamdulillah, lepas keluar tu, both of us are feeling better. dok terperuk dlm rumah je tak dapat udara segar, mmg lah lambat baik.

ok berbalik pada kisah pagi tadi.

ohh mmg aku rage!! betul lah. hanya anak je lah yg berjaya membawa ketenangan dalam diri. wpon tadi dia telah memijak2 kerepek yg ditaburnye ke atas katil. pastu sepahkan puzzle thomas yg aku baru beli kat pasar malam (rm5 dpt 2. best gile.). dia juge marah bile aku cuba masukkan mainan2 thomas dia dlm bakul mainan.

now that he's asleep, baru lah aku dapat sambung balik my ssb. ssb tu apa? tgk lah sex and the city. ssb stands for secret single behaviour. dlm satc tu tah apa tah diorg punya ssb aku dah tak ingat. tapi pd aku, ssb tu, tulis blog lah apa lagi. atau pun menonton cerita2 yg donlod yg hubby tak gemar, spt cougar town, two n a half men n glee, sambil minum n makan apa2 yg best. cth nya mlm ni, teh o pekat (sakit tekak punye pasal. kalu tak aku minum apa2 yg sejuk :P). dgn pop corn yg baru dibeli di pasar malam tadi. heaven betul. bilik yg bersepah ku butakan saja mata... ini pun dah kemas sikit. dada semput2 pun kemas jugak kalu tidak nanti dgn anak pun boleh rage jugak. pening tgk bersepah sangat. besok bangun bersepah balik.

kisah univ pagi tadi tu, to add the drama, i found out that the reason they need a new multimedia lecturer is bcoz.... lecturer mm diorg dah blah masuk upm... mana aku tau? sbb aku pi jumpa lecturer mm kat jmm fsktm upm utk mintak buat phd dgn dia, jadi aku ceritalah kisah aku yg dpt "biasiswa" tu. tu yg dia bagitau yg ada lect from u sana dah lari masuk u sini.

boleh tak gitu? ponin2... pastu aku telah mengugel pasal intibiu haritu, dan terbaca pulak kisah seorang hamba Allah ni yg juga hadiri intibiu yg sama. i think i recognize his face from the intibiu. ok mmg dia rasa bertuah sgt lah dpt tajaan ni. aku pulak? kenapa tak rasa begitu? mungkin sbb dia single, dia takda tanggungan, dia lulusan univ tsbt jadi adalah rasa syg dan ingin berkhidmat dgn univ tu. bbanding dgn aku dan bbrp org lain yg dtg dr univ lain. but sume yg dah ada masters mmg bukan dr univ tu lah.

aku heran. kenapa tak letak elok2 semua benda dalam perjanjian ni? takde sebut langsung pasal camana dia nak taja pengajian, kalu obersi camana local camana. pastu nak suh orang sign2 itu ini. tak paham!!!

maybe i should give them a call before i vent out like this. but, i did call another person who attended the intibiu. adik klasmate aku time form3 lak tuh. huhuh. dia kata dia dah gi amik surat tawaran tu di sana, dia dah tanya dah org hr tu ttg maklumat2 yg takda dlm surat ni, dah org hr tu pun takleh nak jawab sbb taktahu. what da what man...

ok besok il try to give the pendaftar a call n ask them about it.

dalam pada pening2 nak terima ke tidak ni, phd punya application kene buat segera jugak. dr di jmm suh tunggu surat tawaran sampai. now dah sampai, tapi taktau nak terima ke tidak. takut bile dah decide nak terima, dah lewat sgt utk register. takut kalu terkocoh2 register, satgi dpt tawaran lain, nak accept pulak, kene kensel lak application ni. segan pulak aku dgn dr tu.

tawaran lain spt ape?

ok jom cerita pasal intibiu ptm haritu pulak. malam sebelum intibiu tu kami tido di serdang kerana umar nak ditinggalkan bersama kakak ipar ku. sempat la makan roti canai feveret aku pagi tu kul7. thats a record. 7.15, aku gerak ke ptjy, hubby gerak ke ofis. b4 8am dah sampai ke bgnn spa, masuk dewan temuduga. tunggu punya tunggu. ini la pengalaman pertama aku hadiri temuduga kerajaan. agak terkejut kerana ramai mak bapak yg sanggup tunggu dgn anak2 di dewan tu. punya lah besar harapan mereka nak anak kerja dgn kerajaan. aku doakan mereka semua tu dapat lah. aku ni sorang2 je melangut sampai kul 10 sebelum di panggil masuk bilik temuduga.

yg mentemuduga aku tu seorang berpangkat dato'. dato' kat spa tu lah. aku nampak nama dia kat papan carta organisasi masa nak balik tu.

masuk2 dia terus tanya semua maklumat yg takda dlm resume. suami keje ape, kat mana, anak brapa, umur brapa, pastu cerita pasal diri sendiri lah. semua bm je. takdo english pun. depa tgk result pk, takyah test la dia ni boleh cakap english ke tak. takde pun soklan2 pasal kerajaan, kenapa nak berkhidmat dgn kerajaan, nama menteri ke apa semua.

lepas kenalkan diri apa suma tu, the 1st question yg dato' tu tanya adalah, "betul ke kamu nak kerja ni?" "saya tengok talent kamu ni macam kat tempat lain.."ah sudahh... how did he know????!! did he read my blog?? "kamu tak cuba mintak kerja kat upm ke?" he was careful not to mention the word lecturer, academician or anything like that but i knew (everybody in the room knew) what he meant. org jpa kat belah kiri dok diam je tak tanya apa2 langsung. dato' ni kata apa lagi ye, mm, "camana kalau nak htr kamu pegi tempat lain, kamu dah ada keluarga. kalau kene relocate, bergaduh pulak dgn suami. kalau single, boleh just pack ur bags n go. saya tgk dalam resume ni kamu tak pernah keluar dari bangi dan serdang. cuma masa pegi india 4 bulan tu je. "
lagi, "kami untung kalau ambil u, tak payah nak hantar u buat masters. kalau ada pun phd. tapi kamu kene pk betul2. are you making the right choice?"
"saya paham, kamu dah habis masters lama, dah duduk rumah jaga anak 5 bulan. spa panggil, u pun datang."
"tapi kamu kene pk betul2. u still have 30 years to go. u have to make the right choice."

ok, bile dia dah cakap camtu, what else can i say man? aku nak putar belit kata aku mmg bersemangat nak keja ptm tu pun tak boleh. terer lah dato' ni. sekali pandang je dia tau dah situasi aku. nak cong pun takleh dah.

mula2 agak stress jugak, tapi bila dah lama tu, rasa mcm duduk dlm sesi kaunseling pulak dah. baru nampak apa yg patut aku pilih.

lastly, org teknikal yg dok kat belah kanan dato' tu tanya la sket2 pasal sdlc blablabla. ada aku jawab salah tapi aku muka konfiden je. balik baru tersedar jawapan salah. hah hah!

bile keluar dari bilik tu taktau nak rasa apa. sedih ke sbb mcm kena rejek je. happy ke sbb dato' tu mcm bukak mata aku utk tengok apa yg sesuai dgn diri ini? taktau. kita tunggu je la keputusannya 29 november ni.

tapi masalahnye, aku kene lapor diri ke univ atas tu sebelum 27 nov. camana pulak tu? semua kene buat fast decision. tu yg sgt stress skrg ni. pastu rasa macam nak ngamuk je dgn semua orang.

nak layan orang cakap pun malas. dok ngelamun sorang2 je yg aku boleh.

ni belum dpt intibiu lain2 lagi. ada instinct mengatakan ada satu atau dua intibiu yg bakal tiba sementara nak buat keputusan ni.

menambah serabut di kepala.

help me!!!!!!!

3 comments:

Oyis said...

haha.. my 1st choice utk utoot adalah u*sim jg... hehehehe...mmm kalo masuk UPM bawah JMM, maka nya jd colleague la kita ye?

psl PTM versi akademik, mmg x bole nak komen. cuma bole tumpang berdoa je smg pilihan yg mas buat tu adalah yg terbaik dari semua segi :)

masz14 said...

yg jmm tu utk sambung phd la kak noris. bukan utk jadi lecturer... jadi student je kat upm tuh. hehe.

tu lah ptm tu kalu dpt, dihantar ke mana2 pulak. mmg saya kena tolak lah.

sekarang ni nak decide samada nak terima fellowship tu atau tidak.

glandpacking said...

sorry, kena balik lmbt sket. apa yang pendaftar cakap?