Tuesday, November 02, 2010

help me, i'm lost

tgh malam tadi, area 3/3 ni black out.. dah la masa tu bilik tgh bersepah gile n baru terhegeh2 nak salin pampers umar. terpaksa lah salin dlm gelap2 tu. pastu sbb kepanasan, kena la bukak tingkap. nyamuk tak terkira byknye. asyik melilau2 kat tepi telinga ni. mmg tensen habis lah. kesian kat anak tu. nak dislimutkan, takut panas. dibiar kaki, lengan dia terdedah, mmg tergaru2 la jawabnye. takut kalu dia terbangun merengek kepanasan@kegatalan. pastu dgn aku skali terlelap. ntah kul brapa lampu nyala balik. tgk tak kurang 5 ekor nyamuk berkeliaran atas katil. sakit hati betul. cepat2 tutup tingkap, pasang ubat nyamuk n bukak ekon. wlupun kami berdua tak brapa sihat, batuk selesema, tapi terpaksa bukak jugak ekon sbb kepanasan.

hubby berada di jakarta sejak semalam sehingga lah jumaat ni. dah agak dah bila dia takde mesti ada hal penting yg berlaku.

apakah hal penting tu? ok fine cni lah aku bgtau. u yg aku maksudkan tu adalah u*sim. ok fine dah dpt dah tawaran fellowship atau fe*lo sis*wazah. tapi rasa nak koyak je surat tawaran tu. elaun ciput. lagi rendah drpd gra phd kat upm. pastu mcm2 syarat dikenakan. valid hy kalu register b4 31st dec ni. dia ingat senang ke nak cari u,topik,sv? pastu kalu tarik diri kene byr balik, pastu kene kontrak berkhidmat dgn u*sim, belum lagi syarat2 yg dikenakan oleh dekan fakulti. suh gi mm*u lah, suh amik ielts lagi skali lah sbb dah lebih 2 thn. macam2.

pd aku dia tu agak snobbish. masa interview haritu adalah dia sound aku apemende tah, aku balas balik, tapi masih dlm senyuman. aku pk, kalu la aku amik offer ni, hopefully bila dah tamat nanti dia pun dah blah dr kerusi dekan tu atau dah pencen. takpaham betul orang macam ni. ada pangkat profesor tapi berlagak mcm dia lah paling hebat. org lain sume lower class. my husband once told me, dia tak pernah lagi jumpa profesor yg berlagak. (itu pengalaman dia blajar kat jepun kot) aku balas balik, helloo ramai hokei! takde resmi padi. makin berisi makin tunduk. ini ramai yg tak sedar diri. dia ingat gelaran profesor datuk dr blablabla tu buat diri dia paling bagus di alam semesta ni. bukan jauh pun profesor2 tu. ada yg ayah kepada kawan2 kitorang jugak. tgk anak2 diorg pastu pk, padan la korang ni perangai macam ni. tgk la bapak korang tu. berlagak je keje nye. turun kat anak. tapi bukan lah semua. anak2 yg baik pun ada. yg tak menyerupai bapak2 profesor tan sri blablabla mereka itu.

macam ler aku hadap sgt nak keja dgn kat situ. dah la tawaran tu tak menjanjikan kita diserap terus masuk. nanti dah habis phd kene gak interview lagi nak tgk layak tak masuk univ tu. apadahal la. univ2 lama takde pun lorat macam tu. kes pnsyrh kene buang sbb failkan ramai student tu pun dtg dr univ ni jugak kan. like i said, univ2 lama takde pun heboh2 nak buat camtu. lorat mmg lorat.

pastu dlm surat tawaran tu tak cakap pun dia tanggung pengajian ke tak. yg dia sebut cuma elaun peribadi yg ciput tu je. kang aku dah penat ke hulu ke hilir buat medical checkup, jumpa pesuruhjaya sumpah, byr itu ini, satgi yuran pun kena byr sendiri. apahal? very vague dia punya terms. yg dia fokuskan semua syarat2 utk penerima. kene buat itu buat ini, takleh buat itu buat ini. tapi apa benefit yg depa nak bagi kat kami bakal staf mereka (kononnya)? islam la sgt kan. tak islamik langsung pada aku. yg islam hanya terletak pada nama universiti, hanya pada bank ("gaji" hy boleh dimasukkan ke dalam akaun bank islam sahaja.). tgk perangai dekan yg macam tu pun dah buat aku terpk, islam ke macam ni? jauhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh sangat kalu nak dibandingkan dgn sv kesayangan aku dulu. very lembut dlm percakapan, very understanding, very macam2 lagi lah. daripada dekan sinun yg cakap berdentam dentum. literally ok, suara dia mmg booming mcm halilintar.

orang dgr mmg la best. uu dpt fellowship uni yg masih baru, tanggung phd, pastu keje dgn diorg, dekat dgn rumah, blablablabla. uu tak seindah itu ya... mcm2 benda terselit disebalik keindahan yg dibayangkan.

ok nanti aku sambung lagi kat mana yg aku lost itu. anak dah bangun. later.

No comments: