Saturday, December 25, 2010

Apakah kesudahannya?

Sebenarnya ingatkan tak mahu menulis sampai lah keputusan keluar. tapi dah habis minggu keputusan tak keluar2. aku banyak nak merapu dalam ni.
seperti mana pembaca2 di luar sana rasa(kelaka nye ayat), aku pun berdebar2 menunggu keputusan daripada pihak yang berkenaan. dapat kah? tak dapat kah? atau kalau tak dapat mmg dia tak telefon langsung?

Kisah interview haritu, hanya 2 orang calon temuduga. aku dan seorang lagi. bidang berbeza, so clearly she's not my rival. aku harap sangat kami berdua dapat diterima untuk jawatan tersebut.
Akibat tak tahan menunggu, pagi tadi aku pun sms la dia, tanya ada tak dapat apa2 panggilan? dia pun takda dapat apa2 berita buat masa ni.

Ok takpa. kita tunggu. masa penghujung interview tu, aku diberi peluang untuk bertanya satu soalan. jadi nya, aku tanya, bila agaknya keputusan interview ni boleh diketahui? depa kata 1 minggu bermula hari tu. aku bajet within one week. but now, maybe they meant AFTER one week? Wallahualam...

kadang2 risau jugak. what if, i didnt get it? usim aku dah tolak. kalu yg ni takmau terima aku, aku nak buat apa? suami kata, tak payah buat apa2. uu id like that very much.
honestly aku dah hilang semangat nak mendaftar phd di upm. tarikh mendaftar sampai 31 dec ni. kalu la tak dapat panggilan jugak sampai 31 ni... aku... taktau lahh.... atau nak tangguhkan mendaftar ke sem depan?

berani sangat aku tolak usim tu haritu.
tapi bila berbual2 dgn suami, baru teringat, this is not the first time i did such a thing.
remember uia? i quit right after the taaruf week ends. gile tak tahan tempat tu. (eh org uia kalu baca jgn marah aku).
time tu mmg tak toleh blakang lagi dah. dapat masuk upm ke tidak, perkara no2. yg aku tau, aku takmau duk kat uia pj tu dah. apa nak jadi, jadi.
bila dah berjaya masuk ke diploma sains komputer upm, masa 1st year tu, kecoh jap kata diploma ni tak layak nak masuk bacelor. mcm univ taknak terima ke apa tah waktu tu. cuak gak coursemates semua. and my mom even said to me, "tu la dulu dapat uia tu awak keluar..". bengang gak dengar. but tak pedulik. aku buat pekak je. sbb nye yg nak menanggung nye aku. bukan orang lain.
same case dgn kisah usim kali ni. yg nak kene drive hari2 ke usim tu aku, bukan orang lain. dah aku takmau, aku tolak lah.
to tell ya the truth, my parents taktau pun lagi yg aku dah reject usim tu. aku sebenarnya nak tunggu keputusan interview terbaru ni keluar dulu. pastu baru nak bagitau.
kalu tak dapat mmg habis la aku. bukan la diorg nak marah ke apa, tapi nak kene confront tu.. alahh.. payah nye...
dah ada suami pun terpaksa berhadapan dgn situasi begini dgn mak bapak lagi.. what to do, il always be their daughter. i just hope that they would understand, as they did with the uia situation.

suami kata, awak ni kalau dah taknak tu, mmg dah block habis. thats just me honey. i just cant help it. buat apa nak duduk kat suatu tempat kalau kita merana betul tak?

kat india pulak. the first week was the hardest. dalam bilik air masa mandi, bukak shower kuat2 sbb nak menangis. tanak bagi room mate dgr. aku kan tak pernah berpisah dgn family. mmg sangat2 teruk rasa waktu tu. bile telepon mama, nangis2, mama kata, "awak nak balik ke?", aku kata lah, bukan la nak balik, tapi just sedih je.

ha itu lain. aku tau aku dah commit to that training. no turning back, you see? alah lagipun 4 bulan je. i can wait. ni kalu sampai 30 tahun nak kene berada di tempat yang kita tak suka. guane?
ok taktau lagi kan akan terus2 tak suka. lama2 jadi suka. itu pun satu lagi sifat aku. i learn to love what i have. even though i dont really fancy it at first. but then, masa kursus 2 minggu di usim tu, terbalik pulak. mula2 suka. makin lama makin tersepit makin benci. camtu takleh nak buat apa dah la kan. mmg kene blah dari situ.

ok dah sudah. why am i explaining myself here, i dont know.

moving on,
takda wiken free sampai lah pertengahan bulan depan. penuh dgn weddings!
time2 mega sale ni, teringin nak stroll around midvalley n gardens, shopping sakan. malangnye duit dah habis. bulan depan, sale dah habis. tapi aku baru je pegi jcard day, beli kasut crocs baru, merayau2 kat malls minggu lepas. kenapa rasa macam dah lama gile tak jejak kaki ke midv ni??

sbb terlampau byk pk pasal hal usim,upm,ukm ni agak nye. i just want some therapy. retail therapy ke, holiday therapy ke. but like i said, no free weekends! looks like i wont be going out of klang valley until mid-jan.

ok lah thats all la kot for now.

ada bbrp bullet points yg nak tambah,
  • benci nye org yg suka buat status kat fb ke, blog ke, bagi hint2. pastu bile org tanye taknak bagitau. kalu camtu baik takyah bgtau langsung, ye dok? itu taktik2 nak memancing pembaca je tu. if you dont wanna tell then people pun don wanna know la..
  • mama kata, org skarang tak larang anak. masa kat hospital azzahrah, ada mak bapak biar anak2 buat bising, tak dilarang. kat pkupm, ada mak bapak ajar anak baca buku tapi loud gile. padahal klinik n hospital tu tpt org sakit. patutnye kene tenang2 je. takleh hiruk pikuk. aku jawab apa? ma, masalah orang skarang ni adalah apa tau, nak menunjuk. anak aku lah the best, anak aku yg pandai, tgk la ni aku ajar anak aku baca buku, ko ader? aku boleh dok rumah dgn anak aku jaga anak aku, takyah hantar gi taska, aku nak masukkan anak aku dlm pertandingan kanak2 comel. i can give the best to my children and i want the whole world to know about it blablablablabla... tujuan nye satu je ma, nak menunjuk2. as soon as these words came out of my mouth only i realized that, it is indeed the truth. padahal selama ni tak sedar pun. tapi aku pun lebih kurang jugak. its the same with all parents. semua nak kata, my produce is the best.
  • rasa nak pegi mengamuk kat satu blog ni. commentator di blog itu perlu disound kalu tidak keje dia nak merendah2kan blogger itu saje. itu blog dia, sukati dia lah nak tulis apa kat blog dia. as you can do the same in YOUR blog. but dont ever condemn anyone on THEIR blog. thats just low, man. even if you are using your real name. thats y i decided to moderate any comments dropped by readers here. dah la nak kondem kite, pastu anonymous lagi pulak tu. what a loser.
ok lah itu je.
bye2.

5 comments:

Afida Anuar said...

Eh kenapakah UIA ko quit pas taaruf week eh? aku terlepas bacakah part tu?

Wlupun aku orang UIA, aku tak terasa pun, dun worry mas...

PS: ahaaa, menunjuk... itu la;)

masz14 said...

hehe.. kisah lama fida. aku dapat matriks sains fizik uia. pegi sana taaruf week 10 hari. pastu aku balik. aku takmau duk sana. tak best. fasi2 berlagak, aku sampai melawan 2-3 orang fasi. pensyarah2 mcm merendah2 kan budak2 sains fizik, kata nya kureng sikit dari matriks kejuruteraan. padahal aku amik sains fizik tu sbb nak buat degree in computer science. mmg agak teruk rasa waktu tu. macam direndah2 kan. pastu kene berdiri tengah padang sampai 12 malam berlatih nyanyi asma'ul husna. the next day kul 5 dah kena bangun, pakai balik baju kurung yg SAMA. yikes. byk pengalaman buruk. aku rasa mcm, ditengah2 kawasan elit pj tu boleh ada kampus buruk macam ni? mmg tak tahan. so aku pun nangis2 kat mak aku, kata takmau duk situ. ayah aku pun try la masukkan aku ke upm. and the rest is history....
fida jgn marah aku rendah2 kan uia!

Raudhah anje said...

kenapa rasa mcm tau je blog siapa..hehehe

Adzriel AB said...

Salam...kak liza ni. setuju2... nak ajar anak baca kat umah kan boleh. itu le..org ni mcm2 kerenahnya. ditegur salah, tak ditegur salah.. so dear... buat apa yg patut becoz like wht u said.. kita yg merasa, bukan org lain. cuma kita sesuaikan jgn susahkan org lain. selagi ada daya, buat aje..kak liza doakan!

masz14 said...

anje : which one anje? byk blog yg diperkatakan di sini.. harharhar!

kak liza : wassalam. jarang2 ada new commentator di blog saya ni. bila dapat sorang jadi macam terkejut! haha. pada saya benda2 tu bila berlaku depan mata kita boleh musahabah diri. jadi insaf sebab kadang2 diri ni pun ada rasa2 nak meriak dgn anak sendiri. padahal anak tu bukan hak mutlak kita. amanah dari Allah swt. bila2 boleh diambil balik. jadi nak buat apa2 untuk anak mesti kene ikhlas, bukan utk menunjuk2. terima kasih atas komen dan doa kak liza. keep it coming!