Wednesday, December 08, 2010

dilema lagi

tak habis2 dilema je aku ni.
situasi terkini adalah begini...

u*toot* no.1 :

surat tawaran utk menyambung phd di upm dah diterima pagi tadi. ya masih nama sv yg bukan pilihanku but that is the least of my problems right now.
kursus rsch method dah tamat minggu lepas, to my relief. sangat memenatkan kursus itu. bukan lah nak fokus pada rm sangat (pada aku). lebih pada nak tarbiyah aka brain wash bakal staf akademik u toot itu. nak mewarwarkan misi dan visi u tersebut.
ok aku paham ni univ baru. they said, they cant compete with them RUs. so they want to build their own gelanggang. but from what iv seen, depa ni, nak jadi lain dari yg lain, tapi sudahnya menyusahkan org sbb nak buat benda2 pelik yg univ lain tak buat. bila buat perbandingan, mmg jadik lebih teruk lah dari univ lain hatta univ baru lain sekalipun.
taklimat pertama yg kami dapati dalam kursus ni adalah taklimat dari pegawai hal2 cuti blajar dr jbtn pendaftar. beliau cerita la pengalamannya handle urusan2 staf yg nak cuti belajar ni. but to me ada sikit silap dia bercerita sikap buruk seorang dekan (yg tak pasti dari fakulti mana), yg nak menandatangani surat pelepasan staf yg nak menyambung pengajian. dekan ni pi sign kecik2 je kat surat pelepasan 3 org staf ni. paham tak? dia sign surat pelepasan, tapi sign yg bersaiz kecil. satgi tnc ke vc ke tepon pada pegawai yg uruskan hal2 cuti blajar ni kata, oh mereka bertiga tu tak lepas utk sambung belajar. yg pegawai ni naik heran la. kalu takmau endorse kenapa sign? di sign kecik tu kiranya utk bagi hint la jgn lepaskan 3 org ni tadi. how nasty is that? sangat lah 'islamik' nya disitu kan.
satu lagi kejadian berlaku masa hari terakhir taklimat, iaitu masa perjumpaan dgn dekan. kami ni ada lah dlm 11 org. dekan tu pun bagitau la perancangan beliau utk fakulti tu sampai 2015. iye beliau is the correct word. dalam handout yg dibagi, nama aku takda pun dlm senarai sampai 2015 tu. just ambiguous "new phd candidate". most probably kerana aku belum bagi lagi surat tawaran phd masa tu. ada sorang lagi pun nama dia takda gak tapi dekan tu sebut nama dia sbb antara 11 org tu dia je yg sempat nak apply phd kat obersi. so diberi perhatian jugak lah. aku tgk list tu, mmg terasa diri ni kecikk sangat. dah la dah mmg tak seronok pegi kursus tu. yg seronok dpt kenalan2 je 3-4 org. dah la takda hati sgt nak sambung phd kat upm LAGI. takda hati nak keja kat tpt tu. pastu dekan tu miss out nama aku pulak dlm list tu. mmg rasa macam diri ni at the bottom of the pit. rasa lemas pun ada. tapi, dalam jam 9.30pagi tu, aku dapat satu panggilan. i went out of the meeting room. sekali ianya panggilan dari u*toot* no.2. yg aku ingat kan dah takmau kat aku tu. kj dari fakulti tu cakap dgn aku, nak panggil aku interview. sbb tu lah status kat fb haritu, i am soo happy i almost cried. u know, bila dah rasa nak lemas, there's no way to escape, tiba2 dapat panggilan ni. macam dapat bernafas kembali. lepas je cakap dgn kj tu, terus call hubby, "syg, dpt call interview dr u*toot*no.2..", hubby balas, "oo ii nee..", ni maksud dia lebih kurang macam wah bagus lah, kot tak silap aku. hubby pun mcm dah risau2 tgk aku mcm hilang semangat sejak kebelakangan tu, jadi dia pun lega. hari sebelumnya masa dalam kursus tu, aku htr sms pada dia, "mas taknak lah buat benda ni. tlg lah mas.." mcm org yg dah hopeless sangat. wpon tak tahu lagi akan dapat ke tidak di u*toot* no.2 ni, aku rasa macam ada satu cahaya yg sangat besar di hujung jalan.
ok lepas call hubby, aku pun masuk la meeting room tu balik, feeling totally the opposite of what i felt just minutes before.
lepas dekan tu dah address everyone in the room, tanya pasal planning masing2, terakhir sekali baru dia tanya nama aku. whats ur name? i dont remember..., bila aku sebut nama aku, baru dia sambung, oh anak so and so. fine bapak aku yg fwdkan application aku kat sini. so he asked, where are you going to pursue your phd?.. ni aku dah tau dah... aku kata, "iv got offers from upm n um. but i decided to pursue my phd in upm." mmg yg um tu dah call aku, mintak detailed proposal tapi aku tak htr. sbb dah decide, tak koser nak pegi tengah2 kl tu nak sambung phd. dgn jem nye. bukannya aku nak sangat pun buat phd ni skang (boleh tak gitu?).. jadi kalu dipaksa buat jugak asap, aku nak pilih tpt yg aku paling selesa dan familiar.. iaitu upm lah. so bila dekan ni dgr aku sebut upm, dia pun gelak, seraya berkata, "degree in upm, masters in upm", aku pulak menyampuk, "DIPLOMA in upm, degree in upm masters in upm", dia sambung lagi, parents working in upm, daughter from upm. aku dlm hati pk. sukati aku lah. jeles ke ape? fine dia mmg la ada bias sikit. tapi itu hal dia lah. bukan la aku nak sgt sambung kat upm. diploma n degree 1 univ tu mmg biasa lah. masters dulu, aku dah kawin, mengandung, n nak dpt masters cepat2, mmg upm je lah pilihanku. ni utk phd. i was thinking, keja dlu, stabil dlu, baru nak sambung. ini dipaksa buat cepat2. mana lagi? upm lah. pastu lagi nak perlekeh aku... depa yg buat syarat ntah apa2.
pastu dekan ni cakap kat semua orang, "she has a problem". pastu dia sambung lagi, "she doesnt want to leave her husband". bila tulis macam ni macam buruk pulak kedengarannya. tapi memandangkan time tu aku baru dpt panggilan interview jadi pensyarah tu, tiba2 ada satu perasaan confidence baru datang. aku pun buat dek je la dia cakap macam tu. helo, kalu apa2 jadi kat keluarga aku(na'uzubillah) ko nak tanggung ke? mak kemana ayah kemana anak kemana. kenapa dia perlu cakap macam tu pun aku taktau. dalam 11 org tu, 3 org je yg dah kawin, n aku sorang je dah ada anak. mmg aku yg paling rumit la situasi kalu nak ikutkan. tapi dlm hati aku kata, kalu bagi jawatan tutor ke, gaji elok sket ke instead of elaun, n then bagi proper time allocation utk buat persediaan, boleh je nak angkut kami 3 beranak ni ke mana2. ini kekangan macam2 dia bagi. pastu bile kite pilih pilihan paling mudah, dia pandang rendah pulak.
tapi lepas tu dekan tu ada la jugak sebut, bbrp tutor dari fakulti tu yg pegi sambung belajar, suami berhenti keja, bila balik suami susah dah nak cari kerja. honestly i dont think thats gonna be a problem with my husband. dia dah penah ada pengalaman duduk di negara orang, kerja di negara orang. dia tau peluang2 apa yg ada sebagai gaijin ni. dia even galakkan aku kalau nak pegi buat phd di luar negara. dia boleh berenti n ikut. (me going alone mmg out of the question) aku je yg pikir mcam2.
but lastly the dekan said, "but dont feel inferior if you have to do your phd locally", aku terus balas, "i dont..".. kenapa aku berkata begitu? sbb dah duduk 2 minggu dgn fe|o2 lain ni. byk yg muda lagi, takda masters lagi, takut nak gi cakap kat depan, speaker tanya takut nak jawab... frankly aku antara yg tua n outspoken sikit, without being annoying macam sorang budak tu. so i know im good. penah sekali aku sorta dipaksa jadi group leader, yg kene pegi ke depan bercakap, wpun hakikatnya aku dah penah jadi emcee sekali. dalam group 10 org. takda sapa nak keluar. aku mcm dah hangin sikit. kata suma nak jadi pensyarah. nak gi depan bercakap pun susah ke?? aku lak kene keluar 2-3 kali. aku pun tak suka gak tapi nak wat camna. jadi pensyarah sok hari2 kene gi depan bercakap. hish....
lepas perjumpaan dgn dekan ni, kami pun bentang lah proposal kami. aku punya ok je. sbb penilai pun dr dari sc comp. jadi macam2 la dia suggest n bagi pendapat. even though tak tau samada ini ke benda yg aku bakal buat, but the day ended fine.

ok habis kot cerita pasal ni. sambung u lagi satu pulak.


u*toot* no.2

interview nya adalah pada 20dec ni. tarikh daftar phd kat upm pulak 20-31dec. sempat kah result interview keluar b4 31dec tu? cuak gak ni...
not only that, u no.1 also is forwarding my application for slab/slai ke kpt. kalu aku dapat no.2 ni, nak rejek no.1, tapi nama aku dah ada kat kpt, kalu nak mintak lagi skali nak sambung blajar through no.2 pulak, boleh ke?
yg ni aku malas la nak cerita panjang sbb tak dpt lagi.


pilihan terakhir

awal dec ni keluar la scholarship yg aku tunggu kat mohe nye website. myPHD. utk yg nak sambung phd tapi takda sponsor. aku pikir, sbb menyampah sgt dengan no.1 tu, aku nak rejek je diorg skarang. sebelum diorg proceed aku nye application ke kpt (ada 1 lg borang yg aku belum submit utk urusan ni. kalu aku htr je mmg diorg terus htr ke kpt) aku saja nak lengah2 kan. kot boleh sampai keputusan intibiu no2 keluar. ni mcm susah gak. bcoz i know they'll keep calling me selagi aku tak htr borang last tu.
aku bygkan, aku nak rejek no.1, kalu no.2 tak dapat gak, aku akan sambung gak kat upm, pastu apply myphd tu. yg aku takleh blah nye, elaun bulanan myphd tu, sama dgn elaun yg u*TOOT* no.1 nak bagi. bezanya, kalu aku amik yg no.1 tu, akan kene berkhidmat dgn diorg lah. klu amik myphd tu, tak kisah berkhidmat kat mana2, asalkan kerajaan. kan aku dah cerita yg aku tak suka ulang alik nilai-bangi-serdang-bangsar???

mak ayah aku mcm risau pulak bila aku kata nak rejek no.1. hubby pulak kata, rejek je. bukannya awak suka pun tempat tu. mak pak aku risau aku tak dpt no.2, n myphd pun tak dpt.

aku punya rasional pulak, aku tanak no.1 htr application aku ke kpt langsung. kalu dah htr, pastu baru nak rejek, takut susah dah nak apply in the future.

mak aku suh buat solat istikharah. aku buat dah sebelum dia suh tu pun. hubby tanya, dapat mimpi tak? aku kata tak, tapi mlm tadi aku mimpi.. mimpi dah sampai tempat holiday kitorg bulan depan.. tak de kene mengena langsung. tapi mungkin dah asyik pk pasal holiday tu je. mimpi lain yg aku nak, mimpi tu pulak muncul.

tapi until now mmg aku masih kuat rasa nak rejek je no.1 tu. mmg tak kena dgn jiwa langsung lah.

ada sesapa rasa nak bagi pendapat/nasihat??? silakan silakan....

ok itu je for now... bye2...
camana hah? dilema betul...

6 comments:

miSs dee 4 dino said...

mas, kadang2 kita wat isthikarah tak semestinya kita akan dapat mimpi. mungkin dari segi gerak hati yg kuat dan sebagainya..:) gud luck dear!

masz14 said...

tu la.. selama2 aku buat solat istikharah sepanjang hidup, tak penah pn dpt apa2 mimpi. tu yg bila suami aku tanya, dpt mimpi tak. mimpi lain ada la. mimpi petunjuk tak ada... hehehe... selalunya aku ikut instinct je lah.. yg pastinya benda yg aku pilih pun bukan benda yg jahat. hihihi..

[Palie] said...

kalo ko x suke, bek ko rejek je mas.. nnti ko mesti x tenang sambung situ..buat keje ape sume ko rasa terpaksa plak..

ala, ade je peluang di mana2..insyaAllah..

masz14 said...

takut yg dikejar tak dapat, yg dikendong berciciran. haritu punya susah nak dpt keja. now dah taktau nak pilih mana satu..
tapi tadi depa dah call dah suh htr borang last utk kpt tu. aku rasa macam besok aku akan bgtau aku nak tarik diri. tgk dlu mlm ni tido camana, besok pagi bangun, masih rasa nak rejek tak...

Oyis said...

dah ada keputusan ke mas? betul pemikiran mas psl family tu penting. apa nak jd pon, PhD jatuh no 2, family tetap kena letak no 1. dekan tu mesti laki tu, kalo perempuan diorg sure paham. kdg dekan laki ni hanya dia tahu nak staff dia cpt2 sambung esp overseas, x kira sgt psl pengorbanan yg spouse yg terpaksa put on hold career diorg ke apa ke. ada jg yg cpt berang or sinis kalo staff tu pregnant dan mcm2 lg. nama je dah 21st century, tp diskriminasi gender masih berlaku huhu

kalo ur husband sanggup follow, mmg besar sebenarnya kesanggupan dia tu, take it from me. eh tiba2 rasa nak nangis plak tulis ni. ok better stop

masz14 said...

mmg terharu kalu suami sanggup berkorban utk isteri ni kan. tak masuk lagi berkorban masa kita tgh pregnant, masa kita bersalin, dlm pantang.. ni nak sambung belajar pun mcm2 dia kene korbankan..

saya masih tak buat apa2 tindakan lagi. tapi macam yg u*sim tu dah tertutup je. saya masih tak htr borang terakhir yg diperlukan oleh univ tu. satu sbb, borang tu kene dpt signature dekan tu. saya mmg takde keinginan langsung nak jumpa dia. satu lagi, sebenarnya nak drive ke sana pun dah tak lalu..
so thats it i guess...
right now saya hy fokus nak prepare for the interview.. its from ukm. so i REALLYx100 want to get this one.. do'a kan saya berjaya..