Friday, December 17, 2010

update seminggu

Ada lebih kurang setengah jam lagi sebelum maghrib. harap2 takda sapa kacau aku menulis entry ni. Update ttg aktiviti seminggu ni.

Jumaat lepas (10/12) : Lepas Jumaat, ikut hubby ke Melaka. dia ada keja di ayer keroh. aku pulak, saja nak jalan2 keluar dari lembah kelang. n mintak hubby drop kami berdua di jusco bandaraya melaka. penah tak aku bagitau how much i lovee going to shopping malls outside klang valley? ini salah satu mall yg aku sukai. jusco dia besarr... n outlet2 lain pun best2. crocs dia ada semua design terbaru, berserta warna n size yg pelbagai. n macam2 lagi kedai yg best lah. mmg puas hati sangat2 pegi jusco bandaraya melaka ni.

Sabtu (11/12) : tghari pegi majlis pertunangan adik ipar kepada kakak iparku di bangi. wpon hbgnnya agak jaoh tp sbb rumah nya dokek yo, kami pun join lah sekali. lepas gi majlis ni, umar balik ikut nenek n tokki je ke serdang. ibu n ayah? ke kl yahooo... ayah nak ke opis. ibu nak ke.. err... sg wang. smalam di melaka sebenarnya nak mencari sedikit barang utk umar. tapi tak habis cari lagi. jadi hari ni pi cari lagi. yg best nya, from bbplaza, rasa macam nak ke pavilion. i shopping bawak laptop ok. so bukak laptop, search dimanakah pavilion itu. ok aku jakun baru sekali pernah jejak kaki ke pavilion. search2, ingatkan nak naik teksi, hoho. tgk takde la jauh sgt. try jln kaki lah. sekali jln tak sampai 10 minit, sampai pavi. pergh best gile. tak sangka pavi ni dkt gile dgn sg wang! jakun jakun. paling syok kat pavi ni butik baby(baby?? kids la oi. perasan umar masih baby..) dia mmg lg byk dari midv lah. kalu mid tu. mothercare di midv, tapi gap, oshkosh di gardens. di pavi ni sumenye dekat2. tapi tak nampak pulak osh kosh kat ctu haritu.
dapat jumpa brg umar di pumpkin patch. woah best gile. dah malam baru la hubby dtg jemput aku di pavi, lepas tu dia pi tukar duit rupiah kat luar bbplaza. lusa dia nak ke jakarta.

Ahad (12/12) : buat apa yer hari ni? oh pegi ke kenduri aqiqah anak kazen ku. mama n abah takde. depa balik tepeng jenguk tok. jadi kami anak2 ni je la pegi ke rumah makcik ku di keramat AU itu. lepas tghari, kami pun bergerak pulang. aku pulak pancing hubby ajak pi mph midv utk beli buku sikit utk intibiu isnin depan.. dapat la 2 bijik buku, for less than rm50. puas hati. balik.

Isnin (13/12) : hubby terbang ke jakarta. aku n umar ke serdang. aku tinggalkan umar di rumah nenek nya, dan bergerak ke lib upm utk pinjam buku. mmg agak tricky bcoz im only an alumna, thus i know i cannot borrow any books from the lib. mcm2 kisah la jadi waktu tu. malas nak citer panjang, yg pastinya aku berjaya pinjam 5 ketul buku from lib, guna matrik kad adik aku. harhar!!
dalam lib ni aku dah start rasa pening. sbb ni waktu cuti sem, tak ramai student. yg ada cuma student post grads saje. jadi air cond pun depa tak bukak byk2. hasil nye, kepam woii!! sakit kepala aku akibat kekurangan oksigen. keluar dari lib pulak, hujan turun mencurah2. tutup buku dengan tudung, aku lari jugak turun ke kereta. by the time aku sampai keta, mmg bhgn kepala dah basah gile.
balik ke rumah pil, umar pulak tgh tido. malas nak kejut. lepas dia bangun, mandikan, baru kami balik bangi. malam tu aku diserang sakit kepala yg teruk, akibat kekepaman dalam lib n hujan yg menimpa kepala n aku pun lambat bersihkan diri dari air hujan tu. kul 10 aku dah tido, meninggalkan umar yg leka menonton thomas. kul 3 aku jaga, umar dah terlelap sendiri. aku tukar pampers beliau n sambung tido sampai pagi..

Selasa (14/12) : sakit kepala masih ada. hari ni mak ayah aku ajak ke pd, depa ada urusan di sana. tapi aku takmau. aku nak duk kemas rumah. n kemas barang sbb malam ni kami berdua nak dtg duduk rumah pil pulak. tapi siang tu takleh buat apa sbb kepeningan. ptg menjelang, aku bawak umar jalan2 di pasar malam, balik tu baru ada mood nak kemas beg. kemas punya kemas sampai kul 9 gak. 9.30pm baru kami berdua gerak dari bangi ke serdang. quite late tapi redah aja lah..
sampai di rumah pil, umar hepi dpt jumpa kazennya. dia berlari2 pusing2. sudahnya muntah.. habis keluar segala dinner, susu n ubat selesema n batuk yg dia baru makan malam tu. aku yg letih berkemas campur sakit kepala, kene bersihkan umar dan muntah nya. sakit belakang...

Rabu (15/12) : hari ni ada jcard day mid. aku dah janji sama my sil nak pegi sama2. tu yg malam tadi balik gak serdang walaupun dah lewat malam. anak2 kami tinggalkan dgn nenek depa. hehe. kul 8.30 kami dah kuar rumah. makan roti canai feveret ku di gerai berhampiran dgn rumah pil ni, pastu terus kami menuju ke midv. around 9.30 sampai, jusco dah pun bukak. tak ramai sgt org jcard day kali ni. mungkin sbb tak brapa dapat hebahan kut. aku tau pun sbb my sil yg bgtau. takda sms pun yg sampai kat aku? padahal aku buat jcard di jusco mid tu.
aku pun takda brg sgt nak beli kecuali mamy poko utk umar n baju tido dia sikit. aku ada brg lain nak beli. jadi budget takda disitu. sudah beli brg2 tsbt dijusco, aku merayau ke tpt lain. masuk toys r us n mj. ni lah peluang nak masuk toys r us sbb umar takda. kalu dia ada, mmg dia jadi tak keruan la. semua nak disambar nya. aku just masuk, tgk barang, make some mental notes of what to buy when i have enough money, haha, n then blah...
bila dah byk jalan2 tu rasa pening dtg balik. macam nak pitam. sudahnya i decided to have an early lunch at portuguese grill kat dlm oasis foodcourt di midv tu. sedap.. lama dah tak makan kat situ. my sil join me later, after she's done shopping.
lepas tu, we decided to go back. n i suggested that we go to jusco cs pulak!
ok jangan salah sangka. lately i was busy looking for some clothing stuff for myself n umar. bukan la saje2 suke2 nak terjah malls sana sini. n sumenye dah dpt beli..
n malam ni hubby pun pulang dari jakarta.

Khamis (16/12) : ok hari ni takde wat ape2. hubby tak brapa sihat pagi ni sbb kata nya smalam dia tak tido for 48 hours. tghari baru dia ke opis. itu pun lepas kami brunch di maulana. singgah pasar serdang beli tulang sbb nak masak sup tulang. hari ni ramai org tak sihat jadi masak sup ajer. sodap pulak tu. puji diri but it was really good.

Jumaat (17/12) : hari ni pening masih ada lagi. panadol dah berbiji2 dah telan. tak larat asyik nak makan panadol. pening mungkin ada kaitan dgn period tapi tak pernah pulak pening berhari2 macam ni. hubby tak gi keja langsung harini sbb dia dah dapat demam pulak. temp naik sampai lebih 39c. jadi dia duk rehat di rumah saja. beli air kelapa bagi dia minum. ptg, aku terjah rumah sae, nak interview dia, preparation utk interview aku minggu depan. rupanya bidang yg bakal aku ceburi kalu berjaya intibiu minggu depan ni exactly apa yg sae dah buat untuk masters dia. lucky! sae ni dari dulu lagi byk tolong aku. haritu tlg ajar aku spss. dari buta spss jadi intermediate dah aku ni pasal spss hehe. la ni tolong aku prepare utk intibiu pulak. mmg sampai bila2 aku kenang jasa dia kat aku.
balik dari jumpa sae, pening lagi. gi minum kat maulana. ingat kan nak rilek2 sebelum balik ngadap kerenah anak. umar ni dah duduk dgn kazen dia mmg jadik uncontrollable. lama dah aku tak dapat minum n makan dgn aman. tapi tadi kat maulan tu baru berhajat nak rilek2 makan bihun soto, org kat meja depan pulak dah target nak jual buku kanak2 kat aku. baru letak bontot nampak dah buku kanak2 atas meja depa, n depa signal sesama sendiri dok menunjuk kat target terbaru. aku la. hilang mood. arghh.. sudahnya aku makan laju2 n blah. tensennye. jgn kacau aku bole tak???
balik rumah, pening lagi, terus mandi basuh rambut. pening pun hilang. aik tu je??? haritu basuh rambut tak hilang pun pening. kali ni hilang dah. Alhamdulillah. 4 hari pening akhirnya hilang juga...

sabtu (esok) : gi majlis khatan anak kazen lain lak kat bukit jelutong. pastu balik bangi.

ahad : stadi utk interview.

isnin : interview at 10am. wish me luck everybody! i really1000x want this job.

thats all for now. bye2.

2 comments:

Oyis said...

u sound happier and more productive lps mengambil tindakan jam 3.45 pagi itu. hehe... good luck on ur next interview!

masz14 said...

tergelak besar bace komen kak noris ni. i did not even realize that until u said it. tapi betul lah, mmg terasa badan ni ringan je.. kalu tak rasa tak bersemangat je sepanjang hari.. kelaka tul!

n the interview went fine, Alhamdulillah. tunggu keputusannya saja. yg ni kalu dapat nangis, kalu tak dapat pun nangis. huhuhuhu...