Thursday, December 29, 2011

belum last entry lagi

agak byk masa senggang sekarang ni so i guess i will be typing away a lot for the next week or two.
tadi ada nak mencari catatan2 lama dari blog lama. baca2 balik blog lama sambil mencari maklumat yg dikehendaki, aku rasa, positive n happy je tulisan aku dulu. rasa macam anything is possible, the world is a happy place.

tapi bila tengok penulisan sekarang, masyaAllah... dahsyat nye. dah masuk dunia kerja ni baru rasa macam, this is a cruel world. ketidak adilan berlaku dimana2. haritu punya post kata hari2 do'a supaya Allah jauhkan aku dari manusia yg suka menzalimi manusia lain. tapi aku rasa selagi tak berakhirnye kerjaya aku kat tempat sekarang ni, selagi tu la akan bergelumang dgn manusia2 sebegini. organisasi lain macamana ye? semua tempat kerja ada ke manusia2 mcm ni? apa lah yg puas hati sgt dapat menjatuhkan orang lain tu? ni sek2 yg takde life lain selain dari kerja. makan kerja tido kerja minum kerja? dtg opis seawal 7 pagi balik selewat 7-8 malam kemudian buang masa kau memonitor colleague sendiri? how pathetic. aku kategorikan orang mcm ni sebagai tiada life outside this organization. tu yg sanggup bermati2an nak menjatuhkan karier orang supaya karier ko naik mencanak2 sudahnya menjadi org atasan kat opis? aduh. my advice, find a guy, or a girl, make a baby then i think u will go easy on kecoh2 kenapa colleague kau takde kat tpt duduk dia waktu dia dah habis mengajar.

besok sambung lagi. bye.

Wednesday, December 28, 2011

last entry of 2011, kot

Menulis dikala office kosong semua org bercuti akhir tahun. kenapa aku tak bercuti? byk sebab.. satu tentulah sbb cuti dah habiss.. tinggal 0.5 day to be exact. pastu ada 3 keje perlu disetel sebelum hujung minggu depan. pastu bos baru n lama mcm bangsat main tuduh2 aku cuti suka2 hati tanpa apply annual leave padahal hari2 terkejar2 bangun awal nak gi kelas 8.30pagi. dasar org takde agama. islam ke buddha ke hindu ke kristian ke, semua ada atas aku ni. tapi kalau guna perangai suka bersangka buruk kat orang lain, mmg agama tak dijunjung la tu. mana2 agama pun takkan suruh penganut bersangka buruk kan. not only that, bos turut sangka aku ada pending job yg aku tak selesaikan. padahal yilek pocik. record clear. takde apa overdue tasks pun. 2 tuduhan melulu dikenakan atas aku.


biarkan diorang. diorg nak bersangka buruk dgn aku. jeles sbb aku dah nak blah. duduk la sini sampai pencen. im moving on to greener pastures.
Semoga lepas ni dipertemukan dgn majikan dan orang atasan yg memahami, adil dan saksama. berhati mulia, willing to listen to other ppls opinion, tak kisah apa agama dianuti.

bila rasa dianiaya dgn tuduhan2 tersebut, mula la hati panasss... nak balas dendam la, nak mengamuk la, nak tulis email la, tapi pk balik, dari buat semua tu baik aku doa byk2. Allah makbulkan doa org yg teraniaya. takde nye aku nak doa depa ni terlingkup, aku nak doa yg baik2 indah2 utk aku dan orang2 sekeliling ku saja. tapi suami pulak suruh, doalah bagi bos2 tu dapat hidayah. itu macam ka? aiya... tgk lah dulu.

latest update :

sudah selamat mengresignkan diri dari hell hole ini. my last day is on the 17th of February 2012. kenapa pilih tarikh ni? it is over 2 months than the date when i tendered my resignation. padahal aku ni konfirm pun belum lagi kat sini. patutnya 6 bulan dah konfem kalu takde apa2 masalah. tapi sbb aku mmg tanak konfem (kalu konfem kene bagi 2-month notice). buat apa konfem takda beza pun. gaji tak naik, bonus tak dpt. member yg dah buat appraisal pun tak nampak surat confirmation. banyak cikadak punya organisasi. tapi aku pilih utk resign tarikh tu sbb kesiankan students. minggu 17 feb tu adalah minggu terakhir lecture week depa. bila dah habis lecture, dah submit assignment, dah present assignment (140 org punya assignment tu!) baru la lega aku nak blah. exam, org lain mark pun takpa, sbb depa akan ikut marking scheme yg aku dah(akan) buat. Alhamdulillah student2 sem terakhir ni baik2 belaka. willing to listen, excited to learn.. ada lah sikit2 yg disrespectful terutamanya yg dari timur tengah ni tapi gua bolayan.. ada jugak dari belah sana yg baik2 tapi hurm mmg depa ni sek2 pandang rendah kat perempuan. lu nak rude lu boleh pegi tempat lain. gua jugak nak tanda lu punya assignment nanti kan? SO PLAY NICE. (tiru gaya woody dari toy story 1 masa dia cakap dgn sid yg suke torture toys tu.)

Bila hantar surat resign pun diterima dgn diam je dek bos2. takde sapa nak pujuk suruh stay. pastu mulalah terasa, adakah aku tidak diperlukan? pastu pk balik. elok lah aku tak diperlukan di sini kerana aku juga tidak memerlukan tempat ini. lagipun, apa sangat lah organisasi ni nak dibandingkan dgn tawaran baru yg aku dah terima tu? boleh lawan ke? ada nak bagi aku ~257k nak suh aku sambung phd? tak nak kan? so ko dok sini diam2.

Geram betul bila difikirkan, aku dah htr surat resign, and ive been doing my job as i am supposed to, tapi kene panggil masuk bilik bos ditanya macam2 sampai aku mcm nak naik hantu. tak ke jahat tuduhan2 tu. ikut hati nak mengamuk pastu tanak datang opis dah. tapi mengenangkan students, ah dtg jugak lah. aku buat keja bukan kerana ngko ye bos. aku buat keje ikhlosss... nak mengajar students yg dtg dari jauh dan dekat utk menimba ilmu. bukan mcm korang kejar pangkat, kejar nama, kejar duit.. honestly i dont give a damn kalu korang nak bayar gaji aku ke tidak sampai hari akhir aku keja kat sini. aku dah dapat dah apa yg aku nak  dari korang. korang ingat korang je boleh cekik students dgn fees mahal, cekik lecturers bagi workload byk2, push dari kiri kanan depan blakang, kami pun boleh take advantage dari korang jugak.

Huh puas hati aku. Lepas resign nanti nak buat entry dlm english supaya org yg google pasal nak dtg blajar kat organisasi ni pk dua tiga pat kali.


Ok dah itu je bye

Sunday, December 11, 2011

my latest project III

sambungan daripada entry sebelum ni..
just regarding this project of mine :

  • one fine day i went to jakel alone to buy more cotton lycra, sbb rasa macam tak cukup. plus nak beli thai silk@ shantung silk utk awning. mula2 risau sbb silk@sutera kan dah sah2 mahal. mmg masa kat jakel tu pun sales assistant pi tunjuk kain yg harga nya rm25. taknak lah aku. lagi mahal dari kain utk badan tudung tu sendiri. tapi mmg murah rezeki hari tu. kebetulan masa aku tanya "takde ke yg lagi murah?" ada pulak one of the managers tgh berdiri kat situ borak2 dgn staf. dia tanya aku brapa meter aku nak, aku kata la 1 meter satu warna, n aku nak beli 5 warna. terus dia bagi rm12 permeter. terbaekk!!!! sales assistant tu siap suruh aku simpan resit, so that next time kalau nak dtg lagi beli kain jenis tu boleh dpt harga sama.. ish ish ish... dah alang2 dapat murah, aku pun pi la lagi bahagian tudung, n beli lagi 5 meter! adeh.. sudahnya total tudung yg mampu aku jahit dgn 10 meter cotton lycra + 5 meter washable thai silk, ada lah 20 helai! mak ai byk ngat... tapi takpa, jahit je lah kan dah raw materials nya. lepas ni takleh request kat suami nak gi munawwarah dah la...
  • perihal mesih jahit pulak, walaupun dah servis tapi jahitan masih tak kemas. tensen2. pastu satu hari terdetik nak pegi kedai singer utk beli sekoci aka bobbins. sekali akak kat kedai tu kata sekoci yg aku guna selama ni tak betul!! sbb aku dok guna hak besi! utk mesin jahit aku tu kene guna plastik. itu pun ada 2 jenis yg rendah ke yg tinggi. aku main bantai kata yg rendah. sekali balik tengok, yg tinggi rupanya! besoknya gi balik kedai singer utk tukar sekoci plastik rendah yg aku beli tu. balik rumah, yg sekoci besi semua, BUANG!.. merosakkan jahitan n mesin jahit aku jer(kalu guna yg salah lama2 mechanics dlmn dia lari).. bila dah guna the right bobbin, baru la jahitan perfect!! hua hua hua!!!! puas hati!!!
  • last weekend, pegi jakel lagi. wpon rasa macam dah tak termampu nak jahit sampai 20 lai tudung, tapi gi jugak sbb tgh sale.. kain yg selama ni aku beli, harga papar rm25. sbb aku slalu beli 5 meter, dpt rm20, tapi time sale dapat la rm15. ok la tu tak byk beza sgt. dan ada warna2 yg aku dah beli haritu dah habis dah pun. so takda la ralat sgt wpon harga nya sikit murah. tapi kali ni ada kain cotton lycra baru, tapi tebal sikit dari yg aku beli sebelum ni. harga papar rm28, tapi sbb sale dia bagi rm18. tak tahan, amik jugak la 1.5meter, 2 warna. kenapa kali ni aku amik 1.5 meter? sbb kalu 1meter tu cukup2 sgt. sampai kene buang masa nak adjust pola sana sini nak bagi cukup kain. kalu 1.5 meter mesti lega sikit, byk lebih, boleh guna kain sama utk awning nya. tgk lah camana nanti.
  • so total tudung yg patut boleh dapat adalah.. 22 lai! skang ni baru siap 2. hehheeh. cita2 nak wat sehelai satu wiken tak brapa tercapai sbb wiken asyik kuar jalan je koje nye. plus i dont think i even have 20 weekends left. hmm hmm....
to tell ya the truth, this is no longer my latest project. ada berpuluh2 lagi project yg dah tiba, along with 2 multi mega project, yg menyebabkan aktiviti menjahit tudung ni seakan2 di tinggalkan. bukan tu saja, si umar ni pulak pantanggg nampak ibu start usik mesin jahit, mula lah dia, "nak kat kat ibu." <-- dia ajuk org lain cakap "nak gi kat ibu" meaning masa dlm kereta masa duk atas riba org lain, bila dah boring nak gi duk atas riba ibu, so org tu (whoever he/she might be, will say, "oo umar nak gi kat ibu ye..") tu yg dia kalu nak duk atas riba dia akan kata, "nak kat kat ibu". sudah nya, camana nak godek mesin tu kalu kepala dia yg depan mesin jahit tu instead of kepala kita? adeh... kene tunggu dia tido malam, atau kene bgn awal pagi, baru leh jahit. kalu tak mmg tenson je. reminder to self, kene siapkan jahit as much tudung as possible as soon as possible!!! 

dah la tu utk malam ni. til next time. massalamah.

Sunday, November 20, 2011

my latest project II

ohhh lama nye tak berkesempatan update blog!! bukan je nak update blog, movie+drama+sitcom berlambak2 download pun tak sempat tgk lagi. buku2 beli kat big bad wolf haritu pun tak sempat baca lagi. project terbaru yg kat bawah ni pun tak sempat nak sambung. harvest moon kat nintendo 3ds pun lama dah tak main. dah wiken ni baru la ada masa nak tengok serba sikit..
hidup di hari biasa mmg sibuk dgn kelas & kerja opis. but dont get me wrong i loove teaching (esp bila student excited to learn.. java tu wei.), tapi wiken dtg pun suka jugak. semua nya suka jadi semua dapat serba sikit perhatian lah.

ni nak cerita pasal projek terbaru. iaitu... boleh teka tak? kain2 kat bawah tu kubeli utk jahit tudung... weehooo....
alkisahnye begini. aku ni, kalu ada yg belum tahu, mmg pelanggan setia munawwarah. 3 bulan sekali akan pegi beli 3 helai. sejak guna munawwarah 3++ tahun yg lalu, bygkan sudah ada brapa helai? 3helai*4kali setahun*3tahun? tak ke dah 36 helai. purata sehelai pulak paling murah rm80, paling mahal RM110. so kita amik sehelai RM100 la purata. 100*36 tak ke RM3600 aku bagi kat depa??? sebulan gaji tu oi... tambahan pulak tudung mmg pakai hari2, tiap2 minggu basuh, yg dah setahun atau lebih tu mmg dah berbuluu la. dgn awning dah penyet segala bagai.. mula la dtg hajat nak menambah koleksi. lepas tu pulak tahun depan erm mungkin perlukan stok yg banyak utk bekalan setahun@2tahun@4tahun?? mampukah mengeluarkan belanja yg sebegitu banyak utk membeli? ada kah warna & saiz yg bersesuaian? mcm2 dilema lagi yg melanda.

pada hari jadiku yg baru berlalu bulan lepas, suami mencadangkan agar kami berjalan2 ke kuala lumpur dgn menaiki kenderaan awam. mula2 plannye adalah utk ke midv utk menonton wayang, kemudian bergerak ke wisma yakin utk mencari baju melayu utk beliau yg tak pernah berganti baju melayu sejak kahwin. (time kawin tempah 3 pasang. jadinye lepas 3 tahun layak lah beli baru...) kepergian kami ke wisma yakin tidak membuahkan hasil kerana suami tidak berjumpa yg baju yg berkenan. sendat/senteng di sana sini. so we decided to tempah saja lah di zero one kajang. eh? tapi waktu tu aku pk, cis dari midv ke jln masjid india tu tambang teksi brapa hengget.. nak balik dgn tangan kosong saja kah? lalu aku pun decide mahu ke jakel utk try my luck cari kain cotton utk tudung (kerana di kamdar midv takde..). Sampai2 je mereka terus suruh aku tuju ke tingkat 2.. okey.. sampai tingkat 2, aku pun disapa oleh pelayan tingkat berkenaan, aku tanya "ada tak jual kain cotton macam ni?"(pointing at my own tudung), she replied, "Cotton tu takda tapi kami ada jenis cotton lain.." ok takpe jom pi tengok dulu. sampai je ke tempat yg dimaksudkan, terus nampak, WOWW..... rolls and rolls of cotton lycra yg sebijik sebijonnn tudung munawwarah aku yg lagi satu. terus hati melompat2 nak beli. tgk harga semeter, RM25.. sambil2 pilih warna berkenan, aku tanya kakak tu lagi, "semeter boleh dpt brapa lai tudung?", she replied, "dua helai, kalau saiz M, kalu nak saiz L, dapat satu L, satu lagi S lah," perghh.. 2 lai tu bohh..... RM25 dapat 2 lai!! aku pun pilih 5 warna, dari RM25/m turun jadi RM20/m... terbayekkkk..... masa nak bayar tu baru suami dtg join dgn umar, looking at the RM100 bill, he , said, mak ai mahal nye... aku terus balas kata, "100 ni buleh dapat seploh lai.. kalu kat munawwarah ni dapat selai je.." diam terus.. tambah dgn senyum lagi..

so balik rumah, terus decide nak hantar mesin jahit pi servis, sbb benang asyik putus n jahitan tak kemas macam masa awal2 beli dulu... masa pi kedai alat2 jahit karysma kat bangi ni utk beli kain keras utk awning tudung, had a funny conversation dgn brader kat kaunter kedai ni..
me : (sambil letak benang&awning yg nak dibeli utk jahit tudung), saya nak tanya, tau tak kat mana kat bangi ni ada tempat utk servis mesin jahit?
brader : erm.. tau..
me : kat mana ye?
brader : erm.. kat karysma..
me : (diam kejap) eh.. sini ke?
brader : aa haah... (akak sorang lagi kat blakang kaunter tu sengih je tgk mamat ni buat lawak.)
me : (dlm hati, brader ni wat lawak pulak dgn aku..) oo ye ke.. blablablaa.. (terus deal nak bg kat diorg)

mujur time tu mesin jahit mmg dah ada dlm kereta. so terus tinggalkan kat kedai tu. dia kata, tiap2 minggu ada orang akan datang amik (tukang servis), n akan htr balik the following week. so kire macam kena tunggu dlm 2 minggu la. i said ok.. sekali baru habis seminggu depa dah contact kata mesin dah siap servis.. mmg berbunga2 betul hati hari tu gak gi balik karysma store tu nak amik mesin tu... pastu beli kertas manila utk tekap tudung munawwarah(tak sampai hati nak tetas wpon byk je yg dah lusuh.....).. n pastu start la projek aku.... n hasilnya... ok la for the first one. dari luar nampak elok, tapi jahitan dalam.. adeh,, sakit sikit tengok. tapi sapa pulak nak belek tudung aku sampai ke dalam kan... insyaAllah the next one will be better..

ok lah. wikenku cuma ada 48 jam. habis dah kuota utk berblog. tolak tido siang, masak, basuh kain, layan anak etc, its time to watch some movies pulak. till next time, bye2.

Tuesday, November 15, 2011

my latest project


hehehe.... nanti aku cerita kan kisahnya, bila berkesempatan.

Saturday, October 22, 2011

'Umar demam

Husband was away during ramadhan and syawal. all in all it was about 2 months in total. When he got back, we noticed that umar has grown a bit distant from his dad. n i can see that this makes the dad sad. since husband has been back for almost a month now, they are getting closer again. n he always like to compare which one of us can handle umar better.

i was like, helloooo aku mak dia hokey.. try la hebat mana pun u will never reach my level. ha-ha.
husband pulak, awak tak pandai layan umar, tak pandai borak dgn dia, tak pandai gosok gigi dia bla bla bla bla...
sukati ko lah.

hari ni balik dari sekolah aku tgk umar ni lain macam. monyok aje. dlm kereta pun diam. sampai rumah pun diam. i was hungry, so cepat2 cari makanan. i prepared food for umar, gave it to him, n went back into the kitchen to prepare my food. when i was just started eating my early dinner beside him, suddenly i saw him looking like he's gonna throw up.
mula2 ingatkan nak luah balik apa yg dia baru suap masuk mulut je. rupanya, blearrghhh blearghhh blearrghhh.. 5 kali blearggh kot. ah sudahh..  pegang dahi dia, baru rasa panas. aik apasal tadi dukung dia tak rasa panas pun?? padan la monyok je. mujur dah balik rumah baru muntah n panas. kalu kat sekolah dah muntah n demam???

cecepat call hubby balik. ingatkan nak bawak umar pegi klinik. sbb by mlm nampak dia mcm dah melepet keletihan. hubby mcm taknak, dia kata biar je umar rehat mlm ni. aku tak setuju. biasanya malam2 temp dia akan naik lagi. i just wanna go to the doctor to make sure everythings ok. but hubby said, its ok, he can take care of umar tonight.

kesudahannya? of kos la aku yg masih menahan mata kul 3pagi ni wpon keletihan melampau. suami? dia tido dlu dari umar. hebat...

so to fathers out there, takyah la nak jeles dgn ibu anak2 anda kalu anak2 lagi takboleh berpisah dgn ibu daripada tak boleh berpisah dengan ayah.
theres no way you can take your wife's place in your childrens heart.... kalu wife kata, jom pegi klinik, tolong la jgn ignore sbb kalu ada sapa2 sakit dlm keluarga, isteri/ibu lah orang yg paling risau sekali sampai tak boleh tido. tak kesian kah?

bukan nak kata pengorbanan ayah tu tak banyak. tapi aiya stop trying to fight kelebihan pengorbanan ibu. u just wont win.

ni bukan lah luahan perasaan, tapi lebih kepada peringatan, next time please listen to your wife coz obviously, mom knows best. whose mom? ur son's mom.

Sunday, October 16, 2011

tersasul.. or is it?

Tersasul pertama :
kepada colleague yg resign last month, masa salam dia nak balik on her last day,

me: congrats..
me again : eh, goodluck! in whatever that you are gonna do after this..

dlm hati : sebenarnya mmg nak kata congrats for being able to get out of this place..

Tersasul kedua :
kepada sepupu dan pasangan masa nak balik dari kenduri kawin diorg,

me: goodluck...
me again : eh, congrats~!!

dlm hati : sebenarnya mmg nak kata goodluck for your future sbb kenduri kawin korang ni kenduri paling syok sendiri-membelakangkan org tua dlm keluarga-tak jaga hati sanak sedara-taknak kalah hiasan2 perkahwinan padahal semua tahu yg not only that they are fake, they don't even last that long..  antara semua sepupu2 selama ni.. so, like i said, good luck in trying to make everyone think that ur marriage is as grand as your wedding. seriously, good luck with that.

who's got the upper hand?

nak omel apa di mlm sabtu ni... besok ada kenduri kawin sepupu di seremban. sambungan dari kenduri minggu lepas di pihak perempuan.
aku ni kan maleh betul tengok kalu kenduri pompuan melebih2 sangat. nampak sgt la syok kahwin. ayoo.. pride bagi tinggi sikit takleh ka? suka nak buat majlis elaborate bebeno. tunang nak ada pelamin, nikah nak ada pelamin (kalu nikah kat mesejid, luar/bwh mesejid pun nak letak mini pelamin!) kat rumah/dewan pelamin lagi. belah lelaki pelamin lagi. ayooo perlukah sampai 4? tu la aku kata, kot ye pun ko excited nak kawin, kontrol sikit takleh ke? nanti lepas kawin hari2 share kat fb nasihat2 utk para suami. ko yg happy sgt dpt kawin dgn laki ko dlu apasal sekarang asyik nak post petua2 suami soleh?? sama juga dgn orang yg post pasal 7c penyebab isteri dibenci suami. cincai lah, cabul lah, cemburu lah. ko takyah kawin la macam tu ok?? semua nya masalah...

lagi satu aku benci dok letak gambar mayat2 budak2, baby2. udoh2 ler tu. aku tak perlu tgk semua benda tu secara pukal. kalu aku nak aku akan google sendiri ok?? grrrr...

malam ni kami bermalam di serdang. lama dah tak balik rumah mak mertua. wpon mak mertua aku takda kat sini pon. kakak ipar saja ada. takpa lah, balik je lah melawat. tukar2 angin.... besok pagi nak pi makan roti canai feveret aku. lamo dah den tak jumpo pakcik roti canai tu. rindu pulak!

oh ye, aku juga tidak ketinggalan menyertai ramai orang pergi ke big bad wolf book sale tu. terbaekk wa cakap lu. buku utk umar beli dlm 7-8biji.. rm51 je. buku sendiri 6-7bijik, rm43 je. berbaloi sgt! umar boleh duk stengah jam belek2 buku dia. kalu ada mini library kat rumah, byk lagi dah aku borong. masalahnye kat rumah mak pak aku ni, buku 20 tahun dlu pun masih elok tersusun kat dlm lemari. sweet valley etc (kakak aku punya la.. aku bukannya suka baca buku pun masa kecik2. start baca buku cerita dgn harry potter sahaja..) tapi serius wa cakap, rugi tak pegi. wpon dia semua buku omputeh ja. buku christmas byk... sbb tak laku kot. nak cari buku b.melayu ka, arab ka, sori la ye. english aje. but suka sbb dpt jumpa buku2 yg susah nak cari kat kedai2 biasa. komik2 us style. aku suka baca.

malam tadi pulak, layan 4 doses of grey's anatomy. pun terbaek wa cakap lu. tgk kekamcengan rakan sekerja. id like to think that i have something similar to that with my own colleagues. they really make my day, each day at the office. they just make my job bearable. biasalah dah lama2 kerja ni termasuk jugak la dlm kancah politik gila glamer gila kuasa everybody for themselves kat organisasi ni. biasalah tu aku akui kat mana2 organisasi pun berlaku hal2 ni. tapi mcm lawak pulak tengok perangai orang. nak menunjuk hebat, menunjuk pandai, menunjuk kuasa pun tak pandai. bagi orang sedar niat ko nak menunjuk tu. kot ye pun nak menunjuk, kena la ada skill. ni main hentam kromo. ni baru kat ipts kecik ni. belum lagi dgr mak bapak aku cerita kisah orang gila kuasa, gila glamer, bongkak kat ipta lagi... huii terbaek wa cakap lu. academician tu. phd ada tapi perangai mcm budak skolah rendah yg bawak a deck of cards yg ada glitter2 gi sekolah sbb nak menunjuk dgn kawan2... (aku ler ni dlu).. tapi tu dulu beb.. sekolah rendah.
aku malas nak join apa2 extra curricular activities kat organisasi ni, depa kata aku tak heran sbb aku dah nak blah. aku kata, bukan aku saja tanak join, tapi aku lagi pentingkan kualiti time dgn anak aku(extra curricular actvts diluar waktu kerja), aku lagi pentingkan waktu senggang aku (e.c.a. dlm waktu kerja), aku nak balik awal sebab nak elak jam macam cibai kat tpm tu, aku perlu keluar release tension kdg2 di waktu tghari. aku balik lunch lewat tadi pun ada admin menyibukk nak tanya nama aku. mcm la ko teringin sgt nak berkenalan dgn aku kan. ko nak tanya nama aku sbb nak monitor aku kan. bila dgr nama aku gaya mcm dah pernah dgr cerita pasal aku.. looks like i already have a reputation in this organisation. pensyarah yg kene komplen dgn student sbb suka menjerit dlm kelas, malas mengajar, does not understand the concept of java blablabla.. monitor la aku, aku tak herannn... semua orang ada black dots.. bosan2....
ni yg gila kuasa nak merepot.. yg gila glamer pun satu hal. buat keje tanak asyik nak delegate kat orang. tapi appreciation nak pulak. nama tak kena panggil naik atas pentas terima sijil appreciation, tak puas hati. padahal aku yg takda kena mengena ni tetiba kene jadi bidan terjun handle event nak appreciate ko yg konon2 buat keja tu. event dah mula baru nampak muka. pastu dok mcm vip. nak orang appreciate dia. bebal betul. mujur aku ni tak terlibat secara rasmi. dok blakang pentas event jalankan tugas. sambil tengoook je kebebalan manusia2 gila glamer ni.
balik aku pun google la sorang dua yg gila glamer ni. ohh gini ke rupanya? opportunist pon ada.. tolong orang yg boleh bagi benefit kat dia ja. aku baca kisah opportunist ni. ada blog kata dia opportunist. aku pun pk, boleh caya ke blog ni? tapi terdetik suatu perkara. eh, dgn aku pun dia buat aksi opportunistic(??) ni jugak. dia perlukan org macam aku,kawan2 aku duk dalam organisasi ni supaya organisasi ni naik. tapi the whole world knows organisasi ni bukanlah tempat baik nak bina kerjaya?? batu loncatan je boleh la kot? nama dia yg dah nak mampos tu lagi penting ke nak kena jaga dari aku yg baru nak bertapak ni?? hari2 do'a ya Alllah, jauhi lah aku dari org2 yg suka menzalimi manusia lain.. malaysian mentaliti... kalu kat jepun tu, engineer2 tua yg dah 70+ dtg dgn satu idea, biar diorg yang pegi area fukushima nak handle kes radioactive tu. sbb apa? sbb diorg ok, diorg dah tua, takkan hasilkan zuriat dah (yg boleh cacat kalu mak,pak terdedah pada kesan radioaktif..), kesan radioaktif tu pun lambat bertindak balas sbb badan dan selow. dah nak mati dah. orang tua nak pencen, nak mampus kat malaysia ni lain pulak. lagi ko nak mampus, lagi ko nak pertahankan kedudukan ko. tgk je la mahathir tu. tak yah tgk jauh dah. nakk cakap lagi pasal huduh tu. helo, go die pelis? or better, go do something worthwhile.
they think they have the upper hand in this bet. they think they are the opportunistic one, kononnya helping me to get a job, kononnya this job gives a valuable experience as i deal with diversified group of students, while paying me mediocre salary, to handle diversified yet arrogant, disrespectful students, overloading me(other lecturers too) with massive workload (tu yg dapat 3 minggu free aku happy gila!). what they do not know is, im also gaining something from this. and i got it.

banyak nya aku bebel malam ni. byk lagi sebenarnya. tapi kene tunggu mood mengomel mcm peluru boleh ditranslate ke dalam typing.

have a good night all.

Tuesday, October 11, 2011

everybody for themselves

hari ni, suami pergi lagi. ke jakarta selama 3 hari. malas dah nak cakap apa2. tunggu saja dia pulang. still i hate the feeling when he's not here.
kawan2 opis ajak pegi big bad wolf book sale tu. aku teruja nak pegi tapi takdak moolah ler pulak. terbang rm720 buat new glasses hari tu. terduduk aku dibuatnya. tapi sungguh tak tahan tgk calar balar tompok2 kat cermin mata ni. dah siap pun cimata nya, besok nak pi amik kalu sempat.
berkenaan youtube vid yg aku cakap dlm post sebelum ni, belum lagi diturunkan. nak tunggu sampai bila video tu nak terpampang kat youtube tu. babi tul la. marah betul aku ni. grrrr..... brapa lama nak siasat. itu video kasi turun la dulu.
minggu depan aku bakal dapat tugasan mengajar baru. member2 sume jeles 3 minggu aku free tanpa kelas. tapi tak bermakna takda keja. cumanya boleh take my own sweet time utk office work. kalau pensyarah boleh dapat time off begini, aku rasa dah cukup bagus. tak perlu pun cuti 3 bulan mcm ipta. what to do. takde nye kompeni ni nak bagi pensyarah free tanpa kelas. selagi belum penuh jadual, selagi tu tarik students datang utk belajar. perah selagi boleh. jadinya bila mau tumpukan pada perkara2 penting lain? bukannya contact hours tu saje yg penting. pensyarah juga perlukan masa n fokus nak mark coursework n exam papers, dan juga utk kerja2 self development yg lain spt pergi kursus, prepare proposal phd sbb kesemuanya nak sambung phd cuma takde masa nak duduk pk proposal. dan juga buat research.
kelaka sungguh tempat aku keja ni. vision n mission ketua akademik aka vc dgn ketua operasi aka ceo ibarat shooting each other at the foot, like a colleague said. vc kata, buat research, sambung phd, supaya tempat ni naik dinaiktaraf jadi universiti. ceo pulak kata, lagi glamer tempat ni dimata dunia, lagi ramai student masuk, lagi bagus. staf2 yg tolong glamerkan tpt ni la dpt byk imbuhan. yg keja betul2 di academic line ni dipinggirkan. masalahnye yg kat academic line ni je yg boleh naikkan taraf tempat ni jadi univ. aku tengok ja. tengooook ja. sampai bila akan begini. jangan sampai vc tamat tempoh tpt ni belum jadi univ, sudah,wpon the idea seems far fetched. a long shot. a fat chance of happening.

kepada pembaca sekalian, kalu tertanya2 kenapa aku ni asyik komplennn ja, aku jelaskan, dah ni namanya my pensieve. pensieve aku. apa tu pensieve, sila baca harry potter. byk lagi dalam pensieve aku ni, tapi ni je yg berjaya melepasi tapisan sirim. yg lain, belum lagi.

i try not to be a bitter person, hari2 komplen. tapi dah hari2 nampak benda yg menyesakkan hati. balik rumah komplen lah. blablablablabla.

ok dah bye.

Thursday, October 06, 2011

student bangsat

bukti kebangsatan segelintir pelajar di tempat aku bekerja.

  1. upload video pensyarah di youtube - walaupun bila tengok, takde apa pun, tapi tindakan student merakam video ketika kelas sdg berjalan, kemudian di upload utk jadi bahan gelakan seluruh dunia. wtf is up with that? 
  2. to make things worse, rasanya takda apa tindakan keras akan diambil ke atas student ni. stakat diminta utk remove video tu dari youtube aje. tak mungkin kene gantung or buang u sbb mereka kata, we paid a lot to come here. kalu korang nak amik tindakan lebih2 atas aku, aku quit n pegi ipts lain.
  3. lebih buruk lagi, bila peratikan video tu betul2, sesetengah student, bila dipanggil nama, tak habis lagi pensyarah sebut nama, dah jerit kuat2 YES!! - to me this is a sign of rudeness. tak boleh kah ko tunggu pensyarah selesai sebut nama kau sebelum kau menjawab? jawab dgn kasar pulak tu. dasar manusia tak beradab.
  4. some students mmg sengaja menunggu pensyarah screw up, kemudian gunakan peluang tersebut utk mengenakan pensyarah tersebut. sama ada di hantar surat komplen kepada admin@boss (aku pun dah pernah kena, bangsat sungguh student tu.), atau dimalukan dgn cara begini. who is at fault here? the management of course. beri muka sangat pada student dgn alasan, they are the customer. bull freaking shit. the reason they come to university is because they dont know and they want to learn. dah kalau kau belagak mcm tau semua n semua pensyarah ni salah, buat apa kau datang negara ni? buat apa masuk university? pegi je la printing shop mana2 print kan skroll ijazah kau tu... jangan menyusahkan orang...
  5. kalu aku terkantoi dek mgmt kerana membuat post sebegini, adakah aku akan dikenakan tindakan yg lebih tegas daripada student yg upload video bangsat tu? SUDAH PASTI SEKALI.
  6. luckily im going soon eh?

Saturday, September 24, 2011

hand me the world on a silver platter

its the weekends... and im more than happy to forget everything about work and just enjoy these 2 precious days. And InsyaAllah, my husband will be back home on Monday evening.

.. ok seriously aku taktau nak cerita apa kali ni. ada mood utk menulis, tapi takda topik yg sesuai. tak habih2 bengkek dgn keje, tensen suami jauh. bosan tautak bosan dgn topik2 sebegitu? walaupun hari2 kisah students panjang berjela, takkan la hari2 nak kene hidang cerita yg sama?

so.. it is now almost 1.30am. anak aku tak tido lagi. lately aku perasan aku mmg garang betul lah dgn umar ni. bila dia lari2 masa nak bagi makan, tanak gosok gigi, tanak sikat rambut, tanak duduk elok2 time nak basuh berak, aku mmg pegang segala mala tangan badan kaki tak bagi dia bergerak. mmg nampak mcm kasar betul. bygkan nak makan sampai kena tahan mcm polis tahan penjenayah yg nak kena gari tu. lebih kurang camtu lah. tangan sume kene lock! kalu tak, nasik yg nak suap tu boleh melambung ke udara akibat pergerakan tanpa batasan si umar ni. (tertepis lah..) kalu jadi camtu apa lagi aku pun automatik menjerit la, "umar!! duduk la elok2!!!" adik aku mcm tak percaya aku boleh jerit kat anak kuat2 macam tu. guane boh. anak aku ni macam ayah dia. bila dah leka buat satu benda, benda lain, org panggil ke apa ke mmg dia tak peduli dah. tu yg sampai terjerit2 la panggil dia padahal jarak sedepa je. punya la khusyuk tgk tv. nak tercabut anak tekak pun dia masih tak respond. sebijik sebijon perangai ayah dia. geram sungguh!

kdg2 aku ni saje je test suami, tanya soklan2 cam ni:
me : how sure are you that he is my son?
him : coz i saw him coming out of you.
me : oh.. i didnt see that.
baru aku tersedar, aku tak jumpa pun umar ni hari dia lahir. esok paginya baru dia dihantar pada aku (due to the delivery yg agak dahsyat, aku rasa sbb tu doktor tak bagi umar dlu kat aku kot. tunggu aku recover from the shock n the surgery baru dia bagi.) padan la aku kadang2 pk yg bukan2 camni. ye la i bet semua org penah baca kes2 baby tertukar kat spital, dah besar baru tau etc.  lupa pulak yg suami mmg nampak si umar ni keluar dari perut aku. ok tu setel. aku tanya lagi,

me: then, how do you know that he is YOUR son?
him : i know. i just know.
aku pun tergelak besar sambil kata, mmg he is your son. time tidur pun muncung mulut sebijik sebijon. takyah tgk lain dah. ahahahahh!

kdg2 bila si umar ni la , hubby always said to me, "tgk la ni ikut perangai awak.. tak sabar, asyik nak mengamuk je.."

bengang gak bila dikata begitu. tapi lama2 ni tgk si umar ni mmg banyak ikut perangai ayah nye. ada kdg2 je termuncul perangai mengamuk nye yg konon nye menurun dari ibunye ni.
tu la lenkali jangan suka kata anak ini itu ini.. nanti jadi mcm yg bukan kita nak.. baru tau...

ha tido pun si umar ni. kat kul 2 dah. its time for me to go too.

i dedicate this song to my dearest hubby, coz no matter how expensive that lesportsac backpack was, it is still not enough to make me truly happy. cepat balik n we can be together again.

Monday, September 19, 2011

sedih la sangat

Bila baca balik post terakhir, aku terpk, macam lahh sedih sgt hidup aku ni. ntah apa yg tak cukup.. komplen aje keje nye.
Macam2 lagi kisah sedih orang lain yg tak terbanding dgn kisah aku ni. stakat hilang rm30, berjauhan dgn suami sekejap, stress keja.
Orang lain hilang anak ada, hilang tokki ada, mmg duduk berjauhan dgn suami, tak cukup duit tak cukup makan etc. 
Tapi pada aku lah, kisah aku tu pun dah cukup sedih pada aku. kalu perkara yg lebih buruk datang, macamana aku nak hadapi nya?
Ah tgk aku tido lewat lagi... masih ada kerja yg nak kene selesaikan...
tapi saja nak bagitau kisah happy hari ni..
memandang kan mulai besok, jadual kerja penuh dgn presentation student, mmg tak dpt nak kluar makan tghari. makan kat opis yg tak sedap je. mj ada bg voucher pulak utk belian pada harga2 tertentu, sampai lusa saja. so, hari ni amik kesempatan keluar sekejap time lunch utk sambar ni :
wekekekekeke... balik opis muka senyummm je... wpon takde diskaun sbb ini special edition tapi dpt rm60 voucher mj. I'm happy! (wpon sengkek..) harap2 boleh tahan 7-8 tahun mcm backpack2 kesayangan sebelum ni!

so jadinye wishlist aku utk september ni lah hasilnye :

1. harvest moon tale of two towns - tangguh dulu. baru je donlod hm : grand bazaar. best jugak! tapi takde byk masa nak explore. so yg tale of two towns ni tunggu review n torrent je lah. hehe
2. 3ds carry bag - takdo maso!!
3. lss special edition pianofuzz rucksack - done & make up case -  kensel nak beli sbb rucksack tu dah mhl ngat.
4. spanx sbb perut buncit - bajet lari. buncit pun buncit lah. 
5. glasses. - 3 bulan lagi kot. yg skarang ni masih boleh bertahan dan bersabar.
6. removal of wisdom tooth. - done, but still healing. bila lubang tpt duduk gigi tu nak katup?
7. baju umar utk ke taska - done.

ok itu je bye2.

Thursday, September 15, 2011

kisah2 sedih bulan ini

  • jam dah lebih kul 12 tapi masih tak dpt nak menarik badan ke katil. y?
  • umar muntah2 masa tido semalam, tapi terus tido sampai 11pagi. tanpa bgtau ibu yg dia muntah. bangun pagi terkejut ada muntah kering. baju,pipi umar juga ada kesan muntah. aik camana boleh sambung tido tu? sepanjang hari tak de selera makan. minum susu keluar balik. mlm cuma minum vitagen n vita ape tah. so sad tapi taktahu sapa nak mintak tolong? muntah maybe sbb minum susu yg dah lama. atau makan jelly bnyk sgt. kesian tgk. mlm ni b4 9pm dah lelap dah. slalu nya selagi belum kul 12, mmg takkan berenti.
  • bila hal2 mcm ni terjadi, mula lah rasa marah dgn suami. outstation terlalu lama. mcm2 hal tak best berlaku. dia hanya mampu mendengar dari jauh. i know its not fair utk menyalahkan dia. tapi kami yg menanggungnya di sini macamana?
  • kesukaran utk tidur juga berkaitan dgn ketiadaan suami. jadual kami tunggang langgang, akibat aku yg tak boleh nak buat anak aku tidur awal. i have too many things to do. nak tgk reruns drama2 lah, nak layan fb lah, nak main game lah, nak buat keja lah. selagi aku tak tutup lampu n tido, umar juga takkan tido. tu yg masing2 berjaga sampai lewat malam. sbb tu juga kami susah nak bangun pagi. aku bangun juga lah sbb nak kena pergi kerja. umar? hampir tiap2 pagi mengaruk bila dikejutkan utk pegi sekolah. kdg2 je baik.
  • persoalan aku disini adalah, kenapa suami perlu outstation lama2 sgt?? hari pertama puasa dah pergi seminggu, balik seminggu, pergi lagi sampai 2 hari sebelum raya. raya ke-3 terbang lagi sampai 25 sept. bukannya sampai jepun pun. jakarta je. alasan kenapa tak boleh balik sebentar walaupun pun hujung minggu : jadual dah set. eh, time set jadual tu tak tgk dulu kah waktu nya? apa pasal pandai sangat setuju utk kerja 22 hari straight tanpa holiday? bayaran mahal sekalipun sbg ganjaran bekerja di hari cuti, berbaloi kah? masa yg berlalu, boleh diganti balik kah? nak sampai kena cakap macam ni, perlu kah? bukannya pelajar2 kolej swasta yg tak paham bahasa sampai kene ulang beratus kali? perlu kah sampai tahap aku sound bos jepun nya tu? why do you have to send my husband away for too long? just because you gave our son lotsa toys, you think that can make up the fact that my son will not be able to see him father for months? suami aku bukan orang jepun, juga tidak dapat gaji setara dgn pekerja di jepun, jadi jangan suruh beliau bekerja macam jepun.
  • suami beri lagi alasan, kalau dia pulang ke kl tiada siapa boleh buat kerja di jakarta. soalan ku lagi, aku yg di sini ingat boleh kerja kah? hari ni sudah ambil EL sbb tak sampai hati nak kejut anak yg tido while drenched in his own vomit. tunggu dia bangkit sendiri. tapi tetap ke opis kerana dah janji nak buat extra class utk student. sudahnya terpaksa mengharap belas kakak ipar utk tengokkan umar selama 4 jam. itu pun umar masih muntah di sana. bila telefon suami, bawa lah umar ke klinik. aku balas, klinik mana? mesra? gatal2 di betis umar dah letak ubat yg diberi oleh doktor klinik mesra tu berbulan yg lalu, sampai harini belum baik. tak boleh harap. hospital annur? disuruhnya admit anak aku lagi mcm haritu, sanggup? nak tunggu sampai teruk macam tu kah? aku yg pening kepala sejak gigi bongsu dicabut sabtu lepas belum hilang2 lagi. dicampur dgn tidur jam3-4 pagi bbrp malam, menambah lagi sakit kepala. mmg tak ada tenaga dan keinginan nak bawa umar ke klinik, tunggu lagi, tggu doktor diagnose benda yg dah nak naik muak dengar, byr mahal, company tak cover. sebelum2 ni anak sakit sikit je lari pegi klinik, tapi tak habis2 dpt ubat yg sama. stakat salbutamol. adezio, diphenhydramine, chlorphermina$%^$% tu berbotol2 dah ada kat rumah ni. buang masa,duit,tenaga. not that i have much of those 3 things anyway.
  • soalan ku lagi, adakah beliau pk kerjaya beliau sahaja that is on the line kalu tak mampu nak deliver apa yg diharap oleh bos? aku yg disini terpaksa berkejar2 ke hulu ke hilir hantar anak amik anak, pegi keja yg suck like nobodys bussiness. kerjaya aku lagi dlm bahaya kalu nak diikutkan. apa pasal pentingkan diri? bonus besar pun apa guna nya kalu tak ada bersama??
  • some couples can live separately from each other. ldr. to me, sudah2 la ldr tu. 10 tahun kami dalam ldr sebelum kawin. the very reason i got married is to always be with him. sudah tak mahu ber-ldr lagi. so tolongg lagi usaha supaya tidak perlu lagi ber-ldr. this is driving me nuts.
  • malam susah nak tidur, pagi susah nak bangun, pegi kerja malas, kesabaran tipis, ditambah pulak dgn student2 yg sesetengah mcm mintak penumbuk, anak je lah penenang hati. bila penenang hati tak sihat, hati mana tak runsing??
  • lately mmg slalu aku marah2 macam ni sampai menimbulkan masalah dlm kerja. colleagues pun tegur, rilek mas. mana boleh nak rilek kalau asakan datang dari segenap sudut?
  • kereta kena clamp di parking milik tpm minggu lalu, aku pegi ke ofis depa mengamuk. - best gila kisah ni. aku rasa mereka silap clamp. diingatnya student. aku pun dah keluarkan carseat bantal etc dari kereta sbb hari sebelumnya penuh kereta dgn orang. jadinya kereta aku diclamp dihari bersejarah itu, wpon sebelum tu parking suka hati gak. melayu sama melayu, aku jeritkan. kata mereka, hanya jalankan tugas. dahtu aku ni apa? dtg tpm ni nak bersuka ria kah? dah dibayar rm50 bulanan, ruang parking nya terhad. bila parking merata, keretaku di clamp. untuk dibuka, bayar lagi rm50. di notis yg dilekat di windscreen tiada penjelasan lengkap. dasar kerja ala kadar. mmg sedap aku bahasakan. kutip duit cara mudah, kataku. hari2 dapat duit mudah dgn clamp kereta orang tanpa usul periksa. cdgn penyelesaian atas parking yg limited juga tak munasabah. di clamp kerana parking tepi jalan, tapi disuruh pula parking tepi jalan yg lain. atau disuruh parking di parking lot yg 1km jauhnya dari ofis, kemudian naik bas syarikat ke ofis. masalahnya parking tu free. dahtu ko makan duit aku sedap2 rm50 sebulan tu buat apa? katanya, bukan masuk poket dia. aku kata, aku tak tuduh macam tu. duit tu masuk poket management dia. pastu balik aku pk, bukan management dia jugak ke yg bayar gaji dia? dasar melayu tak belajar agama. satu lagi penyelesaian, suruh aku parking di lot milik syarikat aku yg tiada pemilik. tapi harga lot tu rm70. aku kata, itu bukan hak aku. hak aku parking di lot rm50 tak dijaga oleh pihak yg bertanggungjawab utk jaga. pihak tu jugak lah makan lagi rm30 (dari rm50 turun jadi rm30 sbb aku dah mengamuk) akibat aku parking di luar parking compound. sedap nyee makan duit haram. balik bagi makan kat anak bini kan. terbaek.
  • surat acceptance dari bakal sv terbang ditiup angin di waktu aku nak submit ke penawar biasiswa. dah sampai pejabatnya utk submission, original letter takde dlm file. pucat lesi sekejap. tiba2 masa depan nampak gelap. nak mintak bakal sv issue lagi satu, i dont think thats gonna happen. surat 2helai pun takleh nak jaga, camana nak bertanggungjawab atas research? aku trace balik jejak aku hari tu. dah mengamuk2 di opis parking tpm, kehulu ke hilir menjinjing file tu, mcm dah tipis harapan nak jumpa, sekali ternampak kertas berlipat ibarat surat di atas rumput sebelah tempat aku parking kereta. Alhamdulillah, tu dia tempat tercicir nya surat acceptance tu. kutip, simpan kemas2, hari esok nya terus submit! aku dah pegang lebih sebulan. ntah apa yg buat aku tangguh lama sgt sebelum nak submit, aku pun taktau. oh ya, terlalu sibuk dgn urusan kerja. setel urusan permohonan, sekarang hanya duduk diam tunggu keputusan akhir dari penawar biasiswa. berjaya atau tidak, insyaAllah, Disember ni akan dapat keputusannya. 
  • beg lss yg aku berkenan yg nampak di metrojaya harga mahal kemudian jumpa pulak di satu blog dgn harga 60% off, tipu semata2. ciplak rupanya! mujur tak terbeli. aku belek gambar hati2, nampak mcm kurang kemas jahitan n buatan. cari gambar official, bandingkan, sah! benang pink 2 baris di beg authentic, bertukar jadi benang putih 1 baris besar2 jahitannya di beg ciplak. cangkuk plastic die-cast di tali beg authentic, bertukar jadi cangkuk besi yg boleh beli kat kedai DIY kat tali beg ciplak. fuhhh lega tak tertipu. but still, aku tak bersedia nak berbelanja besar semata2 utk sebuah backpack. lss bile ngko nak sale? hopefully time tu masih ada la beg yg aku nak tu. kalu tak, gigit jari yo lah nampak eh!
  • panjang lagi gosip aku sebenarnya. tapi cukup disini utk waktu ni. any comments are welcomed.
tata.

Sunday, September 11, 2011

wish list for september

must have list for this month :
1. harvest moon tale of two towns - DS - rm120 - taktau lagi nak beli ikut saluran mana
2. 3ds carry bag : jahit sendiri @ beli?? complete with cards slot.
3. lss special edition pianofuzz rucksack & make up case. - dah jumpa, tapi pk2 balik, berbaloi kah? berbaloi!! kataku. wpon baru2 ni ada beli backpack, itu backpack utk letak laptop. kalu keluar berdua dgn umar, perlu backpack. n takde backpack cantik. yg ada kaler kelabu (usia dah 6-7 tahun), biru (usia lebih 5 tahun).. plus lama dah berangan nak beli backpack lss. yg special edition@ artist in residence ni besar sikit dair basic backpack lss. lagi satu basic backpack byk ciplak. malas nak beli. yg artist in residence ni susah nak jumpa, limited edition, cantik (pada aku), harga online yg aku jumpa murah kat separuh harga dari yg jual kat butik. kenapa? sbb butik ni, fall 2010 collection pun nak jual full price lagi. kat us dah masuk outlet dah. so nak beli nak beli!!!
4. spanx sbb perut buncit - enough said.
5. glasses. nak jimat ponya pasal, nak ganti lenses sahaja. dah bercalar balar. frame masih baik. usia lenses lagi tua dari frame. frame baru ganti less than a year ago sbb umar kasi patah frame lama.
6. removal of wisdom tooth - berjaya!!!! rm80 je!! kat klinik yg jaraknye 5min dari rumah je!!! masih trauma dgn cubaan mencabut gigi di pkupm. dah la doktor yg cabut gigi smalam ni lagi muda dari aku. perempuan pulak tu. aku mula2 kurang konfiden. haritu doktor laki dah berpengalaman.. umur kat 40, pun tak berjaya cabut. tgk doktor ni, pk, boleh ke? sekali dia tenyeh2 tak sampai 10 minit, cabut terus! aku pun tak sedar - sbb kene bius dah kan.. hepi gile. bayar 80 inggit dgn sng hati. wpon upm cuma kene byr 3 inggit je. tapi trauma nya tak hilang2. Alhamdulillah, things went fine. tapi lepas hilang bius tu berdenyut gak la kepala.. telan la pcm 2 bijik selang 6 jam.. boleh kontrol sakit. hari ni masih amik lagi pcm sbb ada rasa denyut2 sampai kepala wpon tka seteruk semalam.... syukur sgt gigi yg memberi masalah dah hampir 2 tahun berjaya dicabut... ok klinik ni recommended.. silakan... klinik pergigian puteri sebaris dgn impian maju bistro & speedmart 99 kat blakang petronas dekat dgn umah aku ni...
7. baju umar utk ke taska - mcm dah berkurang.. koyak di gunting dek umar ada, hilang ada, hilang seluar ada, nak beli yg 15-20 inggit sepasang.. mana ye nak cari? manjaku? anakku? yg dekat2 je lah. malas nak travel jauh2.

akhir kata, money money money...!!!

Sunday, September 04, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2011

Selamat hari raya diucapkan kepada pengunjung blog yg hidup segan mati tak mau ini.
A lot of things happened since my last post (every post pun akan cakap macam ni..).
Yg happy byk, yg sedih ada sikit, yg buat aku naik angin sampai nak pelempang/pelangkung orang pun byk gak, esp work-related stuff.

oh how life is much simpler when i just stay at home and do next  to nothing. nowadays, gaji masuk tiap2 bulan but i despise the fact that i do not like what i am doing to get that money. Yg ni aku malas nak explain byk2. dah berbuih mulut cerita dgn orang sekeliling. oh how i am thankful to have such great family and friends. they make work bearable. kalu lah aku ni hidup di tempat orang, sorang2, kawan pun takde, kene cakap kat blogg je semua, mmg boleh jadi gilak. gilakk wa cakap lu.

i really hope tulisan di blog ni yg indah2 belaka. tapi thats not how i am feeling right now. jadi macamana nak bagi tulis blog perkara2 yg happy je...

ok its all about control. i am letting my anger control my feelings.. allright lets move on to something  else more cheerful.

Jumaat sebelum cuti raya haritu, me n my colleagues keluar pegi last minit raya shopping tghari tu. terbaek wa cakap lu...  sepanjang puasa mana ada shopping pun. nak keluar waktu weekends tak larat. nak keluar kejap2 time lunch, bukannya boleh makan pun. so tak pegi mana2. jadi nye bila terima ajakan member seopis, aku pun apa lagi, setuju aje la. keje ada tak siap. tapi tau kalu dudk buat satu hari pun mmg takkan siap. at the end of the day, still stress keje tak siap2, stress nak sempat shopping b4 balik kg... so mmg aku puas hati. wpon tak tercapai hajat nak submit dokumen scholarship sbb tertinggal kat opis. takpe lah. due date lambat lagi. tapi rasa nak hantar cepat2 sbb tak sabar sgt dah.
Malam tu mmg pengsan la keletihan. takleh nak bukak mata..

Sabtu pagi, tak sempat bangun lagi, hubby dah tiba dari jakarta. 2 minggu dia pegi. mmg rasa macam mimpi je dia balik tu. in fact, the whole time he was here mmg rasa mcm mimpi. coz now he's gone again.
tghari sabtu tu, i decided to do another last minit shopping at sri munawwarah. sempat lagi tu. hubby n son pulak aku tinggalkan di opis hubby. tgk la tu. dia pun sempat je lagi nak gi opis...
sejam duk kat munawwarah. terbang a couple of hundred ringgit (tudung nye 2 lai je pon..), aku pun patah balik amik hubby n son dari opis beliau dan kembali ke rumah utk kemas2 barang coz mlm tu dah nak gerak balik taiping.

balik tu tak rehat terus kemas kemas kemas... at first ingatkan nak join my parents naik satu kereta je balik kg. tapi bila pk2 balik, byk barang kami nak bawak ni. parents n bros pun dah 4 org. beg2 besar gedabak, kuih raya,kek raya, bantal etc. mmg tak muat la keta my mom tu. jadinye kami pun gerak dgn 2 kereta.. depa gerak dlm kat kul 10 mlm. kami half an hour later. aku masuk kereta terus mcm nak lelah sbb tak rehat langsung dari celik mata pagi tadi. hubby singgah opis lagi sbb tertinggal botol susu umar di opis. by the time sampai opis dia, umar dah pun terlelap dalam carseat beliau, aku pun hampir2 terlelap. hubby naik opis, kami tido dlm kereta. tanpa ku sedar sejam lebih jugak beliau dok di opis tu. mujur aku dah lelap, kalu tka mau gak mengamuk dok tunggu lama sangat. dapat juga lah hubby menyiapkan last minit work b4 gerak ke taiping. 11.45 gitu baru lah kami gerak from bangsar tu. aku mmg tido all the way. terjaga jugak sikit2 sbb rasa mcm hubby memecut. tapi tak larat nak cakap apa, n i dozed back to sleep. tau2 dah sampai rnr bukit gantang, which is 5 minutes from tol cgkt jering. hubby mmg tak stop langsung from bangsar. beli nasik goreng n teh ais, kami gerak terus. dlm 15minit, sampai lah ke rumah tok. adik2 aku yg masih jaga sbb baru sampai gak, melahap la nasik goreng,teh ais, n biskut cornflakes zety tgh2 malam buta tu.
kul 3 lebih, kami masih makan, tok aku dah jaga. aku tanya, "awat tok bangun awal sangat?", she said nak gi toilet but i heard her going into hte kitchen cek lauk cukup ke tak. pastu terus suruh kejut my aunt yg tinggal dgn tok utk bangun sbb nak masak utk kami... adeh tok...... where can you find a tok like this? or all toks are like this? hehe.
kami pun tunggu je la sampai sahur, then tunggu lagi sampai subuh. ahh the feeling of being at rumah tok.. terasa sampai hari ni!

hari ahad tu, plan aku tak lain tak bukan, pegi pekan tepeng!! nak shopping skit (lagi?). kali ni utk hubby pulak. beli seluar slack n tshirt. the store kegemaran aku dah tutup pulak. sedih tak terkata. bertahun2 aku dtg cni. awat la ni dah tutup. tapi seingat aku, 3 kali gak supermarket tu bertukar tuan. dari berkat ke fajar ke the store. last2 tutup. sebenarnya kat bandar taiping ni the store ada 3 cawangan. tiga ok. semua dlm lingkungan 500m away from one another. so i guess ni cawangan yg tak membawa keuntungan. so last2 tutup la. utk mengelak kehampaan, kami gi la the store yg lagi satu. woah mmg penuh orang. pilihan pun lagi banyak. ceh no wonder la yg lama tu tutup. kurang laku. dah habis shopping, kami pun balik rumah tok sbb nak kena tolong masak pulak.
tapi aku takde lah tolong beriya2 pun. mak n makcik2 ada. aku sikit2 je. n tido je byk. hehe.
malam tu lepas bukak posa makan sedap gila, soalt maghrib, kat2 isyak, kami keluar lagi, kali ni nak makan pasembor pulak.  sanggup tu keluar mlm2 nak pakai pasemboq. tapi sbb kami cdg nak balik 1st raya, mmg gerai2 tu tak bukak lagi la. so nak tak nak kene pi gak b4 raya. ok la bole la. a bit dissappointed sbb takdak sotong. pasemboq biasa ja.

ok lah besok sambung. ngantuk dah ni. bye.

Tuesday, August 23, 2011

nobody should breeze through java

Sejak kebelakangan ni, opismate slalu tegur,
  1. Hai kakmas, masam jer..
  2. Mas.. why do you look so angry?
  3. Kakmas, keja yg last week tu tak habis lagi ke?
  4. Kesian saya tengok awak keje belambak2.
Nak ikutkan, semua orang pun bizi. aku ni kelas takde lah byk pon. tapi keja atas meja wuih. mcm nak tenggelam je rasanya dlm timbunan assignment bebudak. dah bagi markah pun, terpk, patut ke, adil ke, tak kesian ke, bias ke.. takut sebab kebiasan aku, cacat java depa dapat b,c,d... 
alah dlu java aku pun b+ jer. paling aku tensen budak2 yg berangan nak breeze thru the course n expect to pass! nobody should breeze thru java. and i mean nobody!

tetiba aku emo pulak pasal java ni. ko dtg kelas dok menganga kat belakang, suh buat assignment semua meniru satu sama lain, tetiba ko nak pass pulak kan. jgn harap.

ah ni bukan nak cerita pasal java, aku nak citer pasal, apasal depa ni dok kata muka aku tensen/garang..
satu mesti lah sbb suami jauh. tapi ni kat opis ni. mcm lah suami penah ada kat opis pun. apasal lak kat opis nak bawak mood ketiadaan suami? aku saspek bukanlah kerana ketiadaan suami. aku mmg hangin satu badan dgn kelas sekarang. pemalassss kebyknnya. meniru tak habih2. dah la final sem. bosan tol tgk lab exercise coding yg sama kat separuh kelas. aku dah ugut nak failkan sesapa yg meniru assignment kawan2 lain, depa lak naik angin dgn aku. ye la kalu fail, takleh grad, kene repeat.marah ler tu kena ugut. ewah2... nak pass pastu nak tunjuk kat future employer, see i got good grades in java, i must be good in programming. sbb tu hy selected ppl sahaja boleh dpt A. yg betul2 grasp the concept of java. aku pun dlu tak layak dpt a sbb tak paham betul2. ni tengok semua nak meniru. lama2 fedap lah aku. aku fedap=bebudak tensen. buat lah exercise hoi! 
aku bajet tu yg muka mencuka je time kena mengadap diorang. dlm kelas memekak bising sampai kena halau. bila kata, sign ur name, ul get ur attendance, but get out of my class because i do not want any disruption. uuu ramai yg datang. attendance nak, belajar tanak, buat keje tanak, pass nak. macam %^$%&!!!

aku tgk boss pun takde kacau aku dah skarang. i wonder why? penah sekali dia tepon kul 12 tghari, mintak ganti kelas kul 12.45. too bad masa tu aku dah kat luar. pegi mana tah time tu. lunch time kan, wpon puasa, lunch time tetap lunch time. kalu dia mintak ganti kul 11pagi ke, 2,3 ptg ke, boleh la. ni betul2 antara12-1tghari. aku pulak dah masuk highway. sorry lah boss.. 
mmg tak manis sungguh sikapku. tapi aku mmg pantanggg betul la kene ganti2 kelas orang ni. mana orang tu? apasal kelas kul 12.45 kul 12 lebih baru tau kene ganti? menyusahkan aku kan... polisi kompeni yg tak membenarkan class cancellation.. nak buat camana.
polisi kompeni lagi satu yg agak bangang, bagi lecturer laptop sorang satu. kata nak kena tanda agreement tapi tak muncul2 pun agreement nye. tetiba last week my colleague rumah kene pecah masuk n laptop kene amik dek pencuri. dah buat polis report apa semua, kompeni suh bayar jugak. agreement yg lopsided. apa2 jadi, staff kena bayar. tak kira bila dan dimana. i was like, ko nak suruh kami hangkut laptop 4kg(including charger) ni on our backs 24-7 ke bangang? 
tapi sebenarnya aku tak penah bawak balik pun. jarang2 sekali. mmg tinggal kat opis je. berlock la tapi (hari ni baru start lock. tu yg berani bagitahu. hihii.). kalu hilang kat opis, opis punye pasallah. tapi kalu jadi ni mmg apa2 pun staff kene bayar gak. apalah punya banganggg...... ni pakai kepala hotak sapa nak buat rules macam ni ni....
lepas je my colleague hilang laptop n berlaku perselisihan paham yg tak brapa kecoh, dan2 hari ni semua staff yg belum tanda agreement sudah kene kejar utk tandatangan agreement. dah la spec laptop aku salah pulak tu. version 3 kata version 5.. nak suh aku bayar lebih la tu kalu hilang... bangsat betul. dont tell me its an honest mistake.
ni yg buat aku terasa mau pulang balik laptop kompeni n use my own laptop. tp aku ada sedikit berat hati disini. wpon my own laptop lagi ringan, lagi robust, tapi aku tak sampai hati nak mendera laptop aku on lama2, buat programming berat2.. (mcm la pasang postman pat berjam2 tiap2 malam tu tak berat...) takut membebankan laptop ku. plus malas nak bawak kehulu ke hilir sbb like i said pc pun dah tak ujud kat rumah ni. laptop ni jugak lah yg aku cucuk ke monitor besar nak bagi anak aku tgk segala mala katun faveret beliau. nak beli pc baru? oh tidak. we're not gonna be here that long.. nak beli netbook? buang duit aje. not powerful enough. sudahnya aku belum ada keputusan nak keep on using laptop opis. yg smmgnya sudah lembab, bengkok sana sini, selow melow sejak aku guna 5 months ago (it was a new laptop when i got it..).. tapi tak seteruk member yg masuk sesama, dia nye laptop nak tutup pun takleh dah. tgk lah betapa tak robust nye laptop d3|| tu. beg jatuh dr kerusi pun, bila bukak laptop tgk bengkok dah. apeda? laptop tu duk dlm beg. bukan dia jatuh sendiri..

so sbb tu lah agaknya muka aku tenson je kat opis. bagi orang takut sikit nak kacau. hehe. dapat detect kalu kita ni dicop sbg a pushover oleh orang lain or students.. habis la..asyik kena buli je nanti. eheh.. sbb tu la aku kata, aku jaga tahi aku, ko jaga tahi ko (rujuk status di fb minggu lalu). koserr aku nak bersihkan tahi orang lain. dah kene bersihkan tahi si umar tu dah cukup lah. korang yg lain tu bukannya budak kecik nak kene dibersihkan tahi masing2. so kerja masing2, masing2 jaga okey?

bye2.

my humble workstation

Saturday, August 20, 2011

Dah kat pukul 2 pagi ni tetiba dtg mood nak berblogging pulak. besok pagi mesti takleh bgn awal ni.

Hubby has been gone for 5 days now. 9 days to go. rasa mcm nak pengsan menunggu kepulangan beliau. kalu lah jakarta tu boleh sampai naik kereta, lama dah aku drive gi sana. i . just . cant . stand . it!
pastu mula la start melayan lagu2 jiwang akibat merindui beliau. mcm zaman bercinta dolu2. seriously. kalu dia ada depan mata tgh tergolek tido time2 macam ni, takde aku hingin der nak dgr lagu2 jiwang. buang maso!

lately aku sudah hooked dgn ini satu blog. by an anonymous blogger. agak poyo sebenarnya beliau sedaya upaya menyorokkan identiti sedenar beliau. tapi yg best nya, disebabkan dia anonymous, dia boleh tulis sesuka hati dia apa yg dia nak. itu yg buat tersangkut bbrp hari membaca blog beliau. tapi dari gaya penulisan, n sbb dia mentioned jugak dlm blog nye tu. dia belum berkahwin. tu yg blog entry mcm benda2 yg kita cakap dgn org yg paling rapat dgn kita. ala gosip2 bangang pasal orang sekeliling kita yg takda sapa sanggup nak dengar kecuali suami/isteri sendiri. since dia ni tak punya suami, dia pegi bantai mengutuk every single person that she met, every single person in her life, dlm blog. sbb tu dia kene jadik anonymous. kalu aku yg org google je nama aku terus terpacul blog ni kat top of the list, tak dapet la nak buat camtu kan. semua kena cover2 sopan2. kalu lah kamu tau apa yg sebenarnya dlm kepala ni.. hmm better stop here.

aku sedar aku dah lama tak mengambil apa2 gambar. gambar sendiri ke, gambar umar ke.. kamera dah berapa lama tersadai. beli memahal, last2.. duk dlm dashboard je. ntah ada bateri lagi ke tak.
gajah putih lain, my nintendo 3ds. kdg2 hubby nak main 3ds tu, kecewa sbb takde bateri. mana nak ada bateri, dah brapa bulan tak pernah sentuh. mungkin lepas kluar harvest moon the tale of two valleys?cities? yg 3d tu nanti baru aku nak main balik 3ds tu kot. gajah putih lain, external hdd yg 1tb. tak guna pun. hari tu beli sbb mmg ada tujuan nak guna. sbb tanak bawak laptop opis yg berat ke hulu ke hilir, ingat nak bawak laptop sendiri n then semua kerja2 nak save dlm hdd tu. last2 skarang, plan tu tak menjadi. masih caryr laptop opis kehulu ke hilir... another gajah putih, 3.5" hdd 2tb. kononnya beli utk letak kat cpu. tapi hampeh cpu yg hubby bawak balik tu mmg dah corrupt even dah format sekali pun. mmg hardware dah kong la tu. sudahnye we're still sticking to my laptop for now sbb mmg takda plan nak beli pc baru sampai tahun depan. so apa gunanya hdd tu? taktau. file2 byk dah berterabur sana sini tapi tak sempat nak sort out lagi. plus sejak thepriatebay kene block ni negara ni, aku pun kurang semangat nak donload apa2 dah. sbb sumenye lembab...
semua gajah putih yg aku mention kat atas ni ada kat 4k jugak harga total nye. sume dibeli dlm tahun ni. n i complained that i dont have enough money? hebak mung mah....

apa lagi aku nak cerita ya... lepas raya sok hubby akan kembali ke jakarta. this time for 3 whole weeks. rasa nak meletup je nih. tidakkah beliau paham yg aku tak bolehhhhhhhh berjauhan dgn beliau. it sucks! it really2 sucks!!! arghhh.. n i think i am not the only one who feels this. aku tgk anak aku pun bile ayahnye takde, kalu mengamuk tu, mengamuk sungguh2 (iye beliau mengamuk, just like his mother). mcm tadi, ada gathering buka puasa keluarga belah atuk deh kek somban. ada la 4 org yg lebih kurang sebaya dgn si umar ni including my sister's son si dzharif tu. umar ni dgn dzharif tak kijam sgt. tapi dgn 2 org lagi tu mmg bergaduh beriya2. memula dia tak dpt mainan yg dia nak. dia menangis menjerit2 kat 15 minit. aku, kakak aku, adik2 aku sume dah cuba nak tenangkan beliau tapi dia dokkk simpan lagi bengang dia tak dpt barang yg dia nak tu. aku pk, kalu ayah dia ada ni mesti dia dah tenang dah. sekali terperasan, hanya ayah umar saje lah yg boleh redakan n tenangkan umar dan ibu umar setiap kali kami mengamuk dgn benda sekeliling kami... oh ayah ur very precious. lepas tu dok berebut mainan lagi, kali ni umar dah tak mengalah dah. biar lah yg lain2 tu menangis meraung, dia buat dekk jer. lagi org tu nak lagi dia pegang mainan2 tu. pergh sebijik perangai bapak hang umar. takde perasaan. lagi lah buat ibu ni teringat kat ayah.

ok lah itu je. suddenly mood hilang. nak surf tiket flight nak gi jakarta. bye.

Monday, August 15, 2011

Wordless Monday

Harvest Moon (The Tale of Two Towns)





Thursday, August 11, 2011

Searching for a better future.

Dah lama sangat tak menulis. byk je benda nak diluahkan. tapi byk juga alasan kenapa tak boleh suka2 nak luahkan. 
rasa mcm jadi target pemangsa je. 


malas la nak cakap banyak2.


rasa macam nak get out of the country city. i need some fresh air. malangnya bulan2 puasa ni nak berweekend getaway ke mana pulak. buang tebiat tu kata mama orang.


mula2 kata, ok takpe, nanti raya balik taiping, so boleh la jalan2 ke utara cuci mata n jiwa yg kusuttt dgn students keja.


sekali dapat lak berita tok nak raya kat kl!! why tok whyy!! raya kat bangi tak best lah tok.. tolong la tok...
tapi apa nak buat, tok dah tak larat nak raya kat tepeng dah. dia nak rilek je raya ni, tanak sibuk2 masak rendang tunggu anak2 balik yg tak balik2. 


sudahnya takkan keluar dari this goddamn valley sampai 25 sept!! arghh!! kenapa sampai 25 sept aku kata? sbbnye hubby minggu depan nak terbang ke jakarta balik sampai 2 days b4 raya, n 2nd raya terbang lagi sampai 25 sept. this SUCKSSSSS BIG TIME arghh.. thats it i am definitely taking you away from that shit. 


perihal keje, workload longgar di waktu ni. waktu sendat dah berlalu, mungkin akan sendat kembali tak lama lagi. tapi my 1st semester mengajar dah pun habis. budak2 baru exam. tu yg kecohh nak mampus. time2 hujung sem ni la hari2 nak telepon, hari2 ada email, semua pakat nak add aku kat facebook, tanya soklan itu ini paksa2 bagi assignment lah itu lah ini lah. korang ingat aku ni takda keja lain dari nak mengadap korang je ke... ingat bile keje sok boleh suruh bos ikut cakap korang mcm yg korang buat kat pensyarah skarang ke...


aku kata bullshit karang melampau pulak. tapi mmg sgt bullshit. students diajar demand2 suka2 hati kat lecturer. mcm kita ni kuli batak, robot pun ada. 
brapa kali dah mengamuk kat students aku ni. keje baru 5 bulan, mengamuk lebih dari 20 kali dah. tak dengar kata, degil, paksa2 terima kerja dia yg hampeh. sapa tak hangin.... mostly students luar negara la. yg locals, masih ada sopan santun tatasusila depa blajaq kat skolah dulu. ni tah dtg dari mana2 ko nak demand lebih2 lak. balik tempat ko laa macam tu....


takut gak kereta kene calar ke, diorg berdendam ke. tapi teruk sgt.. tak penah seumur hidup jumpa gerombolan manusia mcm ni. baru lah terbukak sikit biji mata tgk bangsa2 lain atas muka bumi ni.


kalu teruk apasal duduk gak kat cni? sbb colleagues ngam wooo... lama dah tak bermember2 macam ni... last waktu kat infosys kot. ada member kamceng. lepas tu gone semuanya. time masters buat hal sendiri. sibuk dlm dunia sendiri. now kembali bermember2. gosip2, gelak2, kongsi2 kisah students yg merapu2. dah la semua umur lebih kurang pulak tu. mmg sgt membantu dlm merelease tension lah.


tgk la tahun depan kalu ada rezeki, aku nak pi buat benda lain pulak.. sementara tu, bertahan di sini dulu, cari pengalaman... kumpul duit <-- pembohong ni.. la ni lagi sengkek dari waktu tak kerja dulu. 
kenapa jadi macam tu? biasa la, dulu ada jugak income sikit. tapi takyah keluar rumah hari2, takyah htr umar gi taska, takyah beli susu sbb dia masih breastfeed, tak makan luar hari2, tak payah tempah baju kerja banyak2, takyah beli kasut, takyah beli mekap, takyah paksa hubby keluar every weekend gi shopping&makan sedap2 sbb nak release tension... mmg la skarang lagi sengkek......
cubaan mengetepikan sejumlah wang setiap bulan selalu gagal. lagi2 bulan lepas wallet hubs tercicir, lost quite a lot of money there, skarang pulak dah bulan posa n bulan raya. tau je lah waktu2 gini mmg pakai EXTRA duit.. sabor jer ler. oktober kang aku cube menyimpan lagi.... dgn syarat takleh gi makan sushi zanmai selalu... wuhuhuhuhu....


oh satu lagi boleh bertahan sbb bos baik. hehe. ni mmg kene sebut. understanding right from the beginning. mcm gua punya sv dulu la. lupa lak nak maklumkan pada ex-sv sudah berjaya melepasi saringan pertama biasiswa. berkat doa dan recommendation ex-sv n sorang ex-lecturer. tak terbalas rasanya. 


oh ye sebut pasal raya, hujung minggu sebelum puasa haritu aku buat kerja yg agak gila. 
weekend tu kl mmg sesak nak mampus. pagi sabtu, hubby nak gi opis setelkan keje b4 terbang ke jakarta. aku n umar ikut sekali ke kl. sampai opis hubby, beliau masuk opis, kami naik lrt dari bangsar tu ke... masjid jamek! wuhuhu... kononnya nak cari baju melayu umar tapi tak terbeli. pegi makan beriani kat restoran insaf, pastu nak lrt lagi skali, kali ni nak menuju ke pavilion utk beli tshirt raya utk umar. awat yg sampai nak konar ke pavi tu? sbb butik baju yg berkenan hy ada disana. 
lrt bangsar>lrt masjid jamek. jalan kaki sampai jalan tar, naik lrt bandaraya blakang sogo yg sesak nak mamp tu,>lrt hang tuah, monorel>bukit bintang. masuk isetan lot 10, pastu jalannn sampai pavilion. semua nya dgn mengcarry umar dlm ergo baby okey. kesimpulannya? balik, sakit tulang peha. carry 13kg sepanjang hari punya penangan. hajat nak patah balik dari pavi naik monorel,lrt ke bangsar terpaksa dibatalkan. suh hubby dtg jemput kat pavi sbb tak larat nak jalan dah. 
puas hati..... umar pun ada gak waktu2 terlebih aksi. syok sgt dpt jalan2 naik 'thomas' dgn ibu. lama dah tak spend time berdua dgn ibu mcm dulu2. tu yg terlebih excited tu. time solat pun kene wrestling dgn dia taknak bagi dia turun. takut dia keluar surau(penah dah buat ni dgn ayah dia. mujur ibu yg kat surau perempuan terdengar suara umar bercakap2 kat luar surau lelaki. kene bawak lari dgn orang kang, naya je..). tapi dia berjaya jugak melepaskan diri. sekali ada auntie yg nampak aksi2 umar ni ajak umar duduk sebelah dia depan cermin dlm surau perempuan tu. mcm2 auntie tu tanya kat umar, umar diam je. (tak khusyuk nye aku solat....) tapi yg taktahannye boleh pulak dia duduk je sebelah auntie tu sampai la aku siap solat. auntie tu tanya, 'where's your toy?' kat umar, aku yg tgh siap2 lepas solat tu jawab, 'no toy..', auntie tu balas, 'oo that's y.. next time must bring a toy..' aku sengih je.... walhal mmg saja tanak bagi bawak toy, jatuh ke hilang ke, aku yg marah nanti. duit aku tu beli toys tu semua.. harharhar...
kesimpulannya wpon hari tu mmg sgt meletihkan, tapi mmg berbaloi sgt.. just me n my son spending time together. i love it!


ok itu je coretan kali ni. doakan yg terbaik utk aku, kawan2.


wslm.

Sunday, July 24, 2011

Saturday, July 16, 2011

alkisah pc dan lain-lain

  1. curi2 masa berblogging di kala hubby ke kenduri kawin n anak tgh tido.
  2. patutnye kami pegi jugak tapi dah umar tido, n kawan2 hubby pun pegi single je, maka beliau pun konon2 nak join his perasan-bujang friends. sukati lah. boleh aku menulis blog.
  3. mama,abah n adik2 dah 5 hari berlepas ke tanah suci makkah utk mengerjakan umrah. tinggallah familyku n family kakakku disini. wargh jeles!! bilakah kami mampu menjejakkan kaki ke sana?
  4. i am happy to announce that my lovely fujitsu laptop has been upgraded from xp to win 7. woohooo... konon2 haritu laptop opis yg win 7 tu tak best laa... last2 bila dah 2-3 bulan guna, rasa sgt banyak improvement daripada xp. jadinya gua pun gatalla nak upgrade laptop ke win7 jugak. tapi risau tak mampu nak handle sbb takut laptop tu nye spec not that powerful.. sbb beli in 2008. bile call fujitsu punya technical support dept, depa kata, boleh, TAPI win7 home basic ajer yg mampu dibawa oleh laptop gua. pastu tgk laa apa beza home basic n professional (the one in my office's laptop), beza nya banyak gak, sbb harganya pun beza banyak. tapi hampeh sbb beza nya sume useless to me! so dgn sng atinye aku beli win7 home basic tu... bukan mcm xp home n xp pro, bezanya ada sstgh programming yg takleh buat dgn xp home. but its no longer the case with win7. jadiknye now my laptop is running win7! rasa mcm dapat brand new laptop! ahahaks. plus sgt sng nak connect wireless internet. tak mcm masa win xp dulu. kdg2 kene tunggu 10-15 minit baru dia boleh connect. ingatkan laptop tu yg problem. rupanya xp punya issue daa.... so, basically im really loving win7!!
  5. i am sad to announce that my old lovely pc is beyond repair. leaking motherboard, corrupted hdd etc. dah la tu. it has been serving me for the past 6 years. its time to move on. but we did not want to spend too much on a new pc, as we are saving for something else now. so what do we do? hubby brought back an old pc from his office. takda lah old pun. 2008. baru 4 thn. tapi dah tak digunakan lagi sbb dah beli pc baru. kalu hubby tak amik, jadik sampah jer. pentium 4 3ghz. os windows xp japanese, tapi dah corrupt. mula2 berangan nak install windows 7.. tapi bajet lari sbb baru je beli win7 utk laptop. pastu hubby pun cdg la, installa la linux. ok la, aku pk, aku pun penah gak guna linux utk projek masters dlu. tapi sekali dah install, nak run program, nak install wireless adapter sume problem. mostly sbb aku tatau la kan camane nak buat. n yg paling penting skali, i aint got no time to learn how to tweak linux. satu malam try install vlc player, satu mlm try install wireless internet adapter, both failed miserably. besok nye terus pegi warta beli cd xp. puas hati aku. mungkin bila dah ada bajet nanti beli win7 home basic utk pc ni. mungkin la.. stay dgn xp ni pun ok.
  6. so kira mcm dpt 2 pc baru la... laptop pun baru tukar os, desktop pun dapat baru.. laju pulak tu! senyap pulak tu! best gila ohh!!!
  7. habis cerita pasal pc, last thursday pegi tgk harry potter movie yg terakhir di midv. pun best gila ohh!! i dont care what other ppl say. sgt suka. selesailah sudah kisah harry potter di buku dan di pawagam. mmg dari 1st movie lagi aku akan pegi tengok wayang on the 1st day of screening. ada yg bulan puasa (movie 2 kot), movie lain2 sume tgk waktu siang sbb b4 ni mana aku keje lagi kan. now dah keje, masih nak catch on the first day gak. habis keja terus pecut balik amik umar, pastu pecut gi midv. hubby pulak datang dari opis terus ke midv. huhu harry potter punya pasal.. ingat lagi masa the 1st part of the movie of the final book tayang di pawagam, lepas habis wayang tu, i asked hubby, "camana citer dia, ok tak?" he said, "biase jee...", pastu aku kata la, "ok final movie nanti mas gi tgk sorang lah, awak takyah join dah.." pastu nak pulak dia ikut lagi, he said, nak tau gak ending dia.. cis tak baca buku punya olang. aku pun tapaham macamana org yg tak baca harry potter boleh paham jalan cerita movie dia.. hehee.. aku suh baca takmau pulak... sukati lahh...
  8. i received a good news that i have been waiting for since the last 10 years. now finally it has arrived. this time around things might be even better. bcoz im no longer alone. i have my 'unit' with me. what unit? husband+child.
  9. i am getting a feeling that my blog might get interesting soon.
that's all for now. bye.

Thursday, July 07, 2011

Just like the way we were.

Hari ni ibu cuti kerana umar demam.
Semalam ayah dah cuti utk jaga umar, sbb tu ibu mintak cuti hari ni, wpun ada kelas 5 jam. mujur jugak amik cuti, sbb malam tadi kul 4pagi temp umar naik sampai 39c! kalu tak hari ni kena mc dah.
umar demam apa? demam selsema. hingus sentiasa mengalir. infection sampai ke mata lalu sekeliling mata nampak mcm bengkak dan mata menghasilkan tahi mata yg banyak. tapi ni bukan sakit mata. so tak berjangkit. cuma virus selsema tu yg berjangkit, sbb tu nak bagi umar rehat 2 hari ni.
sbb ibu cuti hari ni, ayah ajak dtg lunch dgn dia.
kul 12.30 kluar dari bangi, around 1pm sampai ke bangsar.
lepas lunch, ayah balik opis, ibu pk nak lalu jalan midvalley utk mengelak tol rm1.60 di npe.
umar masa say bye2 kat ayah nye dia menangis. jumpa ayah kejap sgt. 20minit je. tak puas. mengalir air mata. bila kereta dah jalan dia diam. masa lalu midv dia happy. tapi ibu takda niat pun nak masuk mid sbb baru pegi ahad lepas. hy lalu midv ring road utk pulang ke rumah. bila dia sedar ibu takmahu masuk parking midv, menangis balik. adeh.... buat satu round lagi, masuk la jugak midv tu.
punya la happy mcm orang sihat walafiat. melompat2 bila dah masuk dlm mall tu. tiap2 gerai yg jual barang2 yg menarik perhatian, dia nak pegi tengok. funny sungguh.
kami masuk cold storage beli brg, ibu bawak umar pegi toys r us main indoor playground kat situ. lepas tu bawak masuk toys r us. mcm2 mainan dia pegang nak suh belikan. lepas minat mainan lain, dia lupa mainan yg dia tgh pegang tu. so ibu pun pelan2 letak balik. last2 keluar toys r us dgn kereta hot wheels yg harga rm5. hehehehe. cukup lah. bulan lepas dah belikan mainan mahal 2 kali. bulan ni ayah tak bagi beli dah. tapi itu pun umar dah cukup puas hati. lepas tu kami pun balik...

i know umar sgt happy harini sbb dpt duk dgn ibu je. just like b4 ibu keja. kalau lah ibu ada pilihan tentu saja ibu nak duk rumah dgn umar je sampai bila2. kerja bukannya best pun. colleague je best. yg lain suma tak best. barf. hari2 balik keja rasa mcm nak pengsan. mmg tak terlayan sgt umar.

ok itu kisah 1.

kisah 2 : umar ada byk train dari thomas n friends. train2 ni menggunakan bateri, smd bateri AA atau C. jenama train ni tomy. byk lagi syarikat yg keluarkan mainan thomas n friends, tpai tomy ni focus kepada train yg berjalan atas railway yg berwarna biru spt dibawah.

fisher price, learning curve, vtech pun ada keluarkan permainan thomas jugak tapi for different purpose. vtech utk yg electronic thomas, learning curve utk die cast metal, and etc.

so coming back to this train set yg dikeluarkan oleh tomy. tomy=jepon mari. train engine yg umar ada termasuklah thomas, percy, gordon, dan hiro. satu lagi dah lupa nama. anyways.
thomas n percy guna bateri AA. gordon n hiro guna bateri C. aku pun taktau kenapa lain model guna saiz bateri lain. maybe my husband knows the answer.
yg aku nak mention kat sini adalah pasal si hiro ni. kalu taktau sapa hiro, ni dia :

ok hiro ni adalah satu watak yg agak baru diperkenalkan dlm siri thomas ni. maybe back in 2009 kot. dlm movie bertajuk 'hiro of the rails' ni, dia menceritakan camana hiro ni dtg dari negara yg jauhh dari sodor island, dia tak sebut jepun tpai mmg tau jepun lah.

ok, train hiro ni adalah train yg latest ibu beli kat umar. which is last month. i noticed some differences between hiro ni dgn engine2 yg lain. mula2 perasan, hiro ni tak bunyi kuat. i mean, bila on kan engine dia, tayar dia pusing tapi takda bunyi langsung, berbeza dgn gordon, yg juga guna bateri saiz C mcm hiro, tapi mak ai bising gile. sangat annoying, satu sbb bunyi yg agak kuat, satu lagi bila dha bunyi kuat, bateri pun cepat habis la. tu yg benci tu. asyik nak kena beli bateri baru. itu satu. pastu pulak, train hiro, thomas, percy ni bateri compartment dia duduk dlm badan engine tu sendiri. tapi yg gordon, bateri compartment dia duk kat cart blakang engine tu. n the cart is not detachable la. pelik aku. sume patut guna model asal yg sama. tapi apasal saiz bateri lain2, bateri compartment lain2. persoalan ni masih belum terjawab lagi.
ok benda ke-3, si hiro ni, LAMBAT betul bateri dia habis. even dah lemah pun, tayar dia still gerak perlahan. sejak beli sebulan lepas, belum pernah tukar bateri sehingga hari ni! hari ni baru beli bateri baru.

ha masa nak beli bateri baru ni la timbul nya cerita ni. i said to hubby, "ee hiro tu lama betul bateri dia nak habis. selagi daya dia jalan pelan pelan. heran mas. yg lain tu once dah lemah mmg berenti terus."

hubby : logik aaa hiro tu kan jepun.
me : so what?
hubby : tomy tu jepun.
me : *baru tersedar*, perghhhhh....
hubby : *gelak* engineering maa.. ayah lama dah perasan. dah la enjin dia senyap. thomas yg main character tu pun kalah dengan hiro.
me : *masih tak percaya.* apasal lak orang jepun wat camtu?
hubby : biasalah jepun kan hipokrit. <-- aku explain nanti pasal hipokrit ni.
bla bla bla.

aku pun apa lagi, no wonder.. no wonder enjin hiro ni senyap gile! i tot mcm hiro ni newest creation, thus using latest technology. padahal aku beli set hiro ni sekali dgn thomas. thomas nye bunyi sama je mcm the 1st thomas train yg aku beli dulu (skarang thomas yg 1st beli tu dah tak jalan.)
boleh caya? aku pun taktau nak komen apa.

ok kisah 3. tadi kami sekeluarga keluar kejap lepas dinner utk isi minyak kereta aku, n pegi brg sikit kat kedai runcit. i waited in the car while hubby pegi bayar kat kaunter.

mula2 nampak 2 org gadis, tak bertudung, sorang pakai seluar pendek. i said to myself, malam2 je mesti ramai orang pakai camni. siang2 mungkin sopan sikit kut. tapi mlm je mula la org pakai short skirt la short pants la, alasan, ala dah malam, bukan ada org nampak. masalahnye petronas tu terang benderang kereta beratur tu nak isi minyak n jalankan urusan2 dlm kedai mesra tu.
fine.. pastu nampak pulak 2 org perempuan lain, yg kali ni berbaju kurung, berjubah n bertudung besar. i said to myself, kan cantik pakai macam ni.. sejuk je mata tengok.. bla bla bla....

ok. fast forward to lepas isi minyak, hubby nak masuk kedai mesra balik utk beli barang, he told me to move the car from the gas pump to the parking lot in front of the kedai mesra, supaya tak ganggu org lain nak isi minyak. so i did. lepas beli barang, he got back into the car. as he walked into the car, i saw these 2 ladies yg pakai sejuk mata memandang ni, masuk dlm kereta volvo betul2 depan pintu petronas ni. i guess volvo ni pun baru lepas isi minyak, n datang depan pintu kedai utk amik 2 org ladies ni la. (2 girls yg tak tutup aurat tadi dah takde dah. i saw their father in the car n aku doa supaya terbuka hati ayah depa ni suh anak pakai sopan dan tutup aurat.)
coming back to the story. hubby masuk kereta, 2 ladies ni pun masuk volvo tadi. aku nak reverse utk keluar dari parking spot, satu kereta atos dah tunggu kat blakang to take my parking spot. masalahnye volvo ni tak gerak2 wpon 2 ladies tadi masuk kereta about the same time my hubby masuk kereta. n aku dah siap reverse tapi takleh gerak sbb volvo tadi menghalang laluan. atos kat blakang pun stuck jugak lah. tunggu 5 seconds (je) tak gerak2 lagi, aku hangin lalu tekan hon. didnt see what was happening inside the volvo as it was heavily tinted.

hubby : eh jangan la hon.
me : dah la tak parking betul2. pastu dok situ lagi. orang nye dah masuk dah.
hubby : *tak ingat dia kata apa tapi dia still tak setuju aku hon*
me : pakai tudung bulat okey. tu yg buat mas lagi hangin tu. kalu pakai seksi2 nak menyusahkan orang takpe sbb mmg dah tau tak senonoh. ni pakai elok2 tapi perangai macam tu. orang camni la yg mencemarkan nama islam.
hubby : oh..

terus dia setuju sbb dia pun penah hangin dgn pakcik berkopiah yg drive slow gile sbb tgh cari rumah tapi tak sedar dia dah ganggu orang belakang. pastu kat cermin blakang kereta ada sticker 'free gaza'. hubby kata," free yourself first la. jgn suka susahkan orang."

you see people, you are free to wear whatever you like. but freedom also comes with responsibility. dah pakai cantik sopan tapi kalau perangai masih menyusahkan orang, mementingkan diri, tarak guna wei. so jgn ingat dgn pakaian yg sempurna diri tu dah sempurna.
kalu pakai dah sendat sana sini ofkos la tak sempurna, jadi nye perangai pun ofkosss la tidak sempurna juga.

peringatan utk diri sendiri dan juga orang lain diluar sana.

sejak jadi pensyarah ni aku makin kuat membebel. cakap non-stop. brapa kali student kene sergah, dont be rude! follow the instruction! be quiet! if you dont stop playing with those balloons im gonna go there and pop each and everyone of them!

Tuesday, June 28, 2011

dedicated to my hubby

thank you for everything that you did for me last weekend. some of them are :
  1. sending me to the office on early saturday morning for my workshop
  2. taking care of umar while ibu was attending the workshop
  3. picking me up after the workshop
  4. taking me to a nice dinner at midv
  5. buying me a brand new shoe that iv been eyeing ever since my sister bought them. hehe
  6. teman bfast roti canai feveret on sunday morning
  7. puji masakan ibu sodap. (when i think the taste of my cooking is just mediocre)
  8. bawak gi beli sushi salmon mentai n picnic tepi ladang upm.
  9. bagi umar makan malam dgn buat rice balls (umar susah nak makan nasi so bila gumpalkan nasi dlm bentuk bola2 kecik baru dia nak makan. hub's idea.)
tambahan hari ni :
  1. bagi upgrade my laptop to windows 7. tapi tunggu gaji masuk dlu.
  2. proof-reading my scholarship documents.
i don't know what i would do without you.

Tuesday, June 21, 2011

quote from cougar town s2 finale

"if someone's really 'the one', they should be willing to go on any adventure with you."
-ted buckland-


Saturday, June 18, 2011

entri basi lagi boring

ponya lah bizi sampai lupa ada blog.

workload minggu ni dah meningkat dari 12.5 ke 18hours per week. pengsan bukan?
literally ada hari2 yg balik rumah mmg flat habis. umar makan malam, salin pampers b4 tido sume ayah dia buat.
ye aku suka kerja ni tapi ada waktu2 nya rasa tak larat wooo.... sampai bilakah mampu bertahan?

macam2 jadi sejak entry yg lalu.

minggu lepas, 11-12 jun, kami telah ke muar utk menghadiri kenduri kawan hubby. we decided to treat it as holiday. aku mmg teringin nak spend the night in muar sejak raya cina haritu. sbb time tu lalu muar utk ke bukit gambar for a wedding jugak. ajak hubby bermalam di muar tapi beliau nak pegi gng ledang resort pulak. dah la jauh ke dalam resort tu. bukannya gunung sgt pun. resortnya dlm ladang getah lama. masih ada lagi pokok getah wpon dah tak diusahakan. tau ja lah tanah ladang ni, mesti kembung dgn pelbagai racun. sampai hubby kata ada warning boleh sakit kulit or something yg dipaparkan somewhere there. racun2 tu masuk tanah, masuk dlm air, pastu boleh jadikan resort pulak? rate nya agak mahal. rm150. takde view, bilik old skool sangat. mcm2 lagi lah. mmg malas nak ingat balik.
tu yg bila kali ni ada peluang ke muar lagi, mmg dah bgtau hubby, lets stay in muar!
mula2 aku tempah hotel streetview muar. sbb review kata bagus. murah lak tu. rm88 je semalam. tapi bila sampai, tengok takde view langsung. kat deret kedai je hotelnya. hubby tkamau. beliau nak yg ada view sungai muar. kami pun pusing town muar, nampak ler muar traders hotel. mmg tepi sungai. pegi reception, utk bilik deluxe harganya rm200. aku agak berat hati sbb kami skarng tgh nak menyimpan duit. tu yg pilih hotel murah je. aku dtg cni nak rehat. view takde la penting sgt. but hubby said he;s willing to pay more for the view. n turns out he made a right choice. mmg cantik gile takleh belah view sg muar dari bilik hotel. bilik pun luas,katil king. very reasonable for rm200. highly recommended sapa yg nak bercuti ke muar.
malamnye, kami ke umbai, my favourite seafood place. makanannya sedap, n boleh beli dodol melaka yg sedap gilos kat gerai2 kat situ. tiap2 kali pegi mesti borong dodol dlm small packs bawak balik. fyi umbai is just around 33km dari muar.
makan best di umbai. mmg teringat2 bila balik. ntah bila boleh sampai lagi?
balik hotel je aku niat nak rehat sekejap, tapi terus terlelap. kul 3 pagi bangun sbb ada cerita horror kat tv. hubby tak tutup tv. bangun, makan lagi, solat n then baru tido balik.
the next day, bangun bfast, biase je bfast dia. tak byk pilihan. pastu naik bilik kemas2 around 10 kami pun check out. singgah the store muar, biasa lah aku, kat pekan kecik camni mesti nak pegi mall dia cari brg2 yg takde kat kl. lepas tu kami lunch di medan selera bentayan dekat dgn stesen bas. sedap betul masakan dia. mee bandung sedap, nasi berlauk pun sedap.
lepas makan kenyang kami pun gerak balik. tapi kali ni tak ikut highway. kami ikut lebuh amj dari muar tu, sampai ke jasin, lalu melaka sampai la ke alor gajah. satu sebab nak elak jam, satu lagi saje nak jalan2 melaka. tapi tak singgah mana2 pun.. dlm kul 4 kami pun sampai rumah. mmg getaway yg menyeronokkan.

hujung minggu yg baru berlalu ni pulak aku ada workshop di opis. 2 sabtu berturut2. habis la wiken aku tinggal sehari je.
like i said, mmg best environment keje aku ni, tapi workload yg agak melampau tak mampu ditanggung. mcm hari ni, kelas 2 jam je. tapi sbb mcm2 hal berlaku di luar waktu kelas, maghrib je aku terus out sampai kul 10. umar pulak dibawa dek ayahnye balik serdang amik barang tertinggal kat sana. this is crazy. ni belum besok lagi, kelas 6 jam. ditambah dgn hal2 yg berlaku tadi yg menambah keje aku yg dah sedia banyak ni.
but i cannot complain bcoz everybody is having more or less the same amount of workload. ni aku belum jadi student supervisor @ advisor lagi. again, this is crazy. tapi sapa taknak dikenali sebagai pensyarah apiit.
orang tanya, where do you work? im a lecturer in apiit. anyways orang keje swasta pandang la jugak apiit ni. tapi keje kerajaan, seblah mata je. sbb org kerajaan pk theres nothing better than kerja kerajaan. is it? i dunno.

boring lah entry ni. im just writing it for the sake of writing an entry. later dudes.

Tuesday, May 24, 2011

pening lalat

  1. semalam puasa ganti. baru hari pertama. tidak, aku tidak puasa enam. jadinya sudah tak puasa sejak hari raya 2010. hasil? dari pagi pening kepala. makin teruk sbb campur dgn selesema. di opis takleh buat keja apa. ngadap laptop mmg buat kepala makin pening. dah tidur di surau tghari pun tak berjaya mengurangkan pening. lepas je berbuka, terus telan panadol 2 biji + actifed (utk selesema). naik mandi basuh kepala, solat maghrib n tidur. ayah umar takde, dia ke jakarta. so camana nak jaga umar sambil tido? bukak timmy time. bygkan dari 8.30 mlm dia tgk timmy time sampai 11.30. aku terjaga2 jugak utk tgk dia. dia mostly just main kereta hot wheels yg baru beli kat 7-eleven (sempat capai tu sementara ibu nak pi beli air sedap n panadol utk bukak posa). n dtg hempas badan atas ibu yg tgh tido ni from time to time. tapi dia tkada pun suruh "wake up!". dia tahu ibu tgh sakit kot. 11.30 bangun, baru lah pening hilang. between 8.30 n 11.30 ada jugak bgn sekejap2 jawab telefon, pegi tandas. tapi angkat je kepala terasa pening lagi. bila letak kepala baru tak pening. mmg lega sgt bile tgh malam tu pening dah takda. sgt lah seksa sbb tak penah pening teruk macam ni. bgn tgh malam, salin pampers umar, turun buat susu umar, buat air n bawak naik kerepek utk alas perut sebelum tido. maka berpiknik lah kami berdua dalam bilik sambil tgk timmy time (pdn le bilik ada lipas). lepas tu aku solat, n then tutup lampu. umar pun tido... lewat gak budak ni tido. i think dia tido lama waktu dekat taska.

  2. hari ni htr umar ke serdang atas permintaan neneknya yg rindu dgn umar. b4 htr pegi makan roti canai feveret dekat dgn rumah mil.

    pakcik roti canai : lama tak nampak..
    me : dah tak lalu cni pakcik...

    :P sogan den. aku lama tak dtg pun pakcik ni perasan. nampak betul mcm regular customer.

  3. ade ke patut masa nak pegi gerai roti canai tu umar marah. sbb tak berenti kat rumah mil. dia ingat tak jadi pegi sana. kene pujuk dia, "kita makan jap, ibu lapar ni.." pastu bile dah htr ke rumah mil, dia panik pulak tgk ibu tak masuk rumah pun. hanya pass dia pada nenek. adoi umar. dalam kepala dia dah ada expectations. kalu tak jadi mcm yg dia harapkan, dia marah. ayoooo ur just like me lah. apa kata ikut perangai ayah hang yg super relaxed tu. just go with the flow? highly unlikely ek umar.

  4. hujung minggu lepas gi tgk pirates of carribean. ok, menghiburkan wpon a tad bit long. umar as usual tertido dlm cinema. mmg kami bawak dia sbb tak sampai ati nak tinggal dia hari wiken. makan jagung, makan popcorn, pastu tido... Review movie? sama mcm obefiend tulis. akan membuatkan anda lupa dunia n akhirat buat seketika. enuf said.

  5. nampak ada replica pirate ship kat tgh midvalley tu. tapi tak heran sbb dah naik a much better replica.. (kataku berlagak).

  6. dah beli kain utk buat baju raya tempohhari bersama kakak ku. ala beli dikamdar je pun. rancangan awal utk pegi ke jakel telah dibatalkan. sbb bila cakap2 me, my sis n mama, we found out that kain2 yg kami beli kat jakel semuanya tak bagus! mine, kain cotton warna peach yg buat baju kurung konvo (spt profile picture blog ni), baru je lagi, tapi kain nye dah lusuh n tak keras mcm masa baru pakai. i have the exact same baju, in green, tapi yg green ni beli kat kamdar. dah kat 2 tahun baju tu, masih elok. yg peach tu baru buat thn lepas, tapi dah lembik n lusuh. my mom pulak kata, depa kata kain yg dia beli tu silk, tapi panas! tak mcm silk. tertipu. mama pun taknak beli dah kat jakel. my sis pun akui jugak. kainnya low quality. cepat tertarik pada jahitan. so, walaupun gua rambang mata masa pi jakel last year, malas dah nak pegi. oh ada 1 je kain yg elok kat jakel tu iaitu dia punya english cotton. tapi tu pun mahal nak mampus. (kain2 yg tak best tu pun takde la murah sgt pun..) so takde lah keterujaan mau pegi jakel dah lepas ni.

    bile di pikir2 kan balik, jenama jakel ni masih baru, berbanding dgn kamdar n nagoya textile. jakel ni mcm brand dari segamat yg tetiba je femes kat kl. tapi aku perasan, even tulisan pada kaki kain tu pun tipu gak. unlike kamdar, tag pada kaki kain tu mmg boleh caya. bukan la kain made in china n main tulis je pada kaki kain tu atas arahan client. so rakan2 yg membaca, hati2 la kalu pi beli kain kat jakel tu okey.

  7. ok itu je setakat ni. tiada apa2 berita terbaru yg boleh dihebahkan. masih kena tunggu.
byebye.