Saturday, January 29, 2011

Japan 16-23 January 2011

Day 1 :
Pagi, sibuk kemas2 lagi. Gerak ke lcct kul 12tghari. lewat! tak sempat lunch. makan bihun goreng dalam kereta.
Abah htr kitorg ke lcct. Dah nak sampai lcct hubby turned around with a panic look. tertinggal lesen antarabangsa. called my bro asking him to send it to lcct. bagi upah rm50. terus senyum dia.
everything went fine in lcct.
The flight departed at 2.40pm.


7 hour journey with no in flight entertainment. cheap tickets, no frills. hubby conquered the laptop for 5 hours of the flight. sampai bateri habis tgk movie 5 jam. umar pulak. kapal terbang naik je dia lelap. jaga tak sampai 2 jam lelap lagi sampai la sampai haneda. dia tak brapa sihat. plus brapa malam dah dia tido lewat meneman ibu yg sibuk kemas beg tgh2 malam.
imigresen jepun pun friendly tak mcm uk yg byk tanya. mungkin sbb ada visa kot. so depa tak byk soal. lepas amik beg terus naik monorail. kul 11pm dah ni local time. kami menuju ke hamamatsu cho. kenapa pilih hamamtsu cho ni? sbb monorail straight pegi ke cni. hubby tanak amik teksi utk terus ke hotel di disneyland sbb teksi mahal tgh malam.
nak cari hotel kat hamamtsucho ni pun susah. silap kami tak catit pun nama hotel ni. suma ada dlm email je. yg bagi kat embassy japan tu pun tak buat copy. sampai kene tanya polis. baru jumpa hotel nya. sampai2, terus setelkan umar, sampai dia lelap balik. kami bersihkan diri, solat, guna intenet jap, makan sket, pastu baru tido. tgh malam bangun perut memulas.. pulak dah.. tah apa yg buat perut memulas ni. aku saspek satu makanan yg aku bawak. aku je makan, hubby tak makan. n dia tak sakit perut. so tak makan dah lah. tak sanggup aku nak sakit perut time2 vacation ni. kul 5 pagi bangun gi toilet 2 kali. Alhamdulillah lepas tu perut pun ok balik, albeit mcm2 bunyi kedengaran dalam perut ni. angin akibat tindak balas kimia dari bahan makanan yg dah buruk tu lah.

Day 2 :
bangun kul 9.15, kemas2 sampai kat kul 12! kena re-arrange barang2 dlm beg.

luar pintu bilik hotel masa nak check out


kul 12 check out dari hotel shiba daimon. hotel ni berada di hamamatsucho. mcm working district kot?? kami keluar waktu lunch hour. penuh la salaryman jepun yg keluar lunch.

nak ke disneyland. naik train lagi. tak suka nya naik train bila bawak baby,stroller, beg roda.. wpon semua stesen lengkap dgn lif. letih.. kat kul 2 baru sampai maihama station, dimana disneyland berada. hotel kami duduk ni, bukan disneyland punya hotel tapi betul2 depan the entrance of the resort. mmg best lah. tapi takleh check in lagi sbb check in kul 3. jadi kami tinggalkan barang kat hotel tu n masuk ke disney resort cari makanan sbb dah lapar gile. umar pun tak keruan lapar. mula2 beli roti, lepas tu hubby bawak makan kat food court. hubby makan udon apa tah. aku n umar makan tempura seafood je. sedap gile tempura dia. udang besar, manis..
lepas tu jalan2 kat ikspiari(mall) dalam disney resort ni. tak masuk disneyland lagi.
kul 4 lebih baru dapat sampai depan disneyland. kami beli tiket 3 hari.


takut sama pluto



masuk disneyland, dapat la naik ride its a small world & carousel sebelum berkejar balik utk solat zuhur n asar. lepas solat hari pun dah gelap.. malam tu kami rehat je kat bilik sbb dah seharian berjalan..

Day 3 :
Hari ni pegi ke disneysea pulak. hubby terhilangkan tiket disneyland beliau yg berbaki 2 hari tu. kene la bayar ganti rugi utk dpt tiket baru. wpon tak payah byr full price tapi terbang gak lah rm200 lebih. wpon rasa rugi, but we decided to just enjoy our day in disneysea.



tengok parade masa disneysea baru bukak.

2 hours later, dah keluar lunch sbb lapor giler. sejuk kan. sedap ngat makan kat food court ikspiari ni. sbb tempura udang dia kene dgn selera tekak. ikut hati sepanjang ada kat jepun ni nak makan nasi putih, tempura udang n chikuwa(??) n salad je. malangnye tak semua tpt ada tempura ni...

lepas lunch, kami balik solat. tido apa suma, keluar balik dah gelap... huhuh... dapat la 2 jam lagi kat disneysea.. tapi yg bagusnya bile pegi dah gelap ni, dah tak ramai orang. so takyah beratur pun nak naik rides. dapat naik 4 ke 5 rides ptg tu.

umar yg baru bangun tido nak masuk disneysea balik. time ni pukul 5 kot..

malam tu kami just beli roti n minuman sikit, n habiskan take out lunch yg berbaki dr tengahari tadi. konyang makan nasik n tempura wpon sejuk.. huhu dah pegi traveling cam ni lah.. makan yo lah apo ado.

oh lupa, hotel yg kami duduk di disneyland ni adalah dreamgate maihama. bersambung dgn train station maihama, betul2 depan pintu masuk disney resort. wpon dia bawah landasan keretapi. tapi jepun kan canggih. bangunan dia kedap bunyi. tak rasa pun mcm duduk bawah landasan. view mmg totally out lah. luar tingkap bilik kitorg adalah tpt parking beskal. tapi mmg tak tgk langsung la. n bilik dia, tip top! one of the best bilik hotel iv ever been in. aku tak tangkap gambar le pulak bilik dia. tapi ni yg aku jumpa kat intenet..

ni dia hotel nya. nampak tak atas tu wayar2 tren. tapi dok dlm bilik tak rasa apa..

tak caye malam ni tido depan disney resort. hukhuk.

reception. reception dia tak kedap bunyi lak. bilik2 je kedap bunyi. kesian orang yg keje reception ni. grrr grrr bila ketapi lalu.

cam ni la lebih kurang bilik kami. luass berbanding hotel pertama yg kami duduk masa malam 1st tiba di tokyo. toilet pun very well equipped. takdak paip air, ada bidet pun aku dah happy dah. tv pun besar. mmg syok ngadap rancangan tv jepun kat bilik ni. disneyland best, bilik pun best. torn between going out n staying in.

masa pegi paris n london 3 tahun dulu, payah nye lah nak buang air. mmg aku bawak cawan plastik n tisu tandas. kat jepun ni most toilet ada bidet n tisu of kos. takyah nak tadah2 air kat sink n bawak masuk jamban. sgt menyenangkan.


Day 4 :
last day in tokyo disney resort. hari ni kami pilih utk masuk disneyland pulak. 2 hari disneyland, 1 hari disneysea. malam tadi dah plan dah nak masuk rides yg mana satu. tapi sedih gak byk rides yg kami nak naik tutup for maintenance! mcm buzz lightyear, n satu lagi apa tah. rugi tul. pastu byk tgh repair pulak tu. patutla utk malam ni disneyland bukak smpi kul 9. kami agak hari rabu mmg diorg slalu buat maintenance. tapi takpe, rides yg lain pun byk tak ternaik. so naik lah mana yg ada/sempat.

umar ni kalu dah dapat popcorn benda lain tak dulik dah. suka sgt dgn popcorn.
kelaka tul kat disneysea smalam. disneysea ni lebih utk org2 dewasa. jadi popcorn dia ada perisa apa tau. black pepper! curry! soysauce! milktea! nak muntah weh..... ada 1 je booth yg jual popcorn caramel yg kitorg jumpe. kalu kat disneyland mostly perisa caramel sbb byk budak2 kan. on the 1st day in disneyland kami beli perisa soy sauce. mmg keluar balik lah.

brunch in disneyland. heavennye kalu dpt jumpa makanan panaskat jepun ni. kalu tak makan roti tuna je lah........ sigh...

ow kay tata disneyland. bile lagi nak dapat dtg cni... tahun depan yer ayah?? :)

sebelum keluar aku pun beli la keychain2 souvenirs, tshirt utk adik aku selai. ha jadik lah tu. keychain kegemaran aku kat disneyland ni berupa keychain bunga sakura. ish cantik sgt. now dah buang besi bulat tpt letak kunci, pasang tali, gantung kat henpon. sape nampak ada phone strap menarik kat henpon aku, beli kat disneyland la tu. haha. wpon byk gile jual henpon strap kat sana, tak byk yg menarik hati. aku pulak lupe, perlu satu disneyland phone strap utk henpon. aku pi beli semua nya keychain. ada besi bulat tu. tu yg kene modify sendiri.. tapi takpe, cantik gak..
kami keluar dari disneyland dlm pukul 4 ptg. nak cari tpt solat sbb pagi tadi dah check out dari hotel. sudahnya solat kat luar gate disneyland. kat ceruk la gak. tak ramai orang tapi dekat dgn toilet.
lepas solat, balik hotel, amik beg yg kami tinggalkan kat counter, n bergerak ke akihabara.
masa sampai akiba tu dah gelap... sejuk gilers... kami plan nak beli kamera di sana. cari la kedai kamera. model yg teringin sepatutnya lumix lx5. tapi tengok, tak byk beza dgn harga kat msia. infact kalu tak silap lg mahal. dah pegi 2-3 kedai, masa di kedai terakhir, yodobashi, baru tau kamera panasonic semua takde english menu! hanya japanese menu! we were crushed. dah siap ketepikan duit utk beli kamera suddenly dpt berita begini... takkan nak balik baru beli?? tapi pasrah je lah. nak buat camana. bukannya aku paham pun japanese.
pastu nak pegi tukar 3 tali jam casio. pun takleh gak. kene pegi casio center etc. crushed lagi. last2 makan doner kebab yg sedap, pastu kami pun gerak ke sagamihara, rumah junior hubby. kami akan bermalam kat sana 2 mlm.

kul 9 baru sampai sagamihara. dah letih gile time ni. sampai2, borak2 dgn jr hubby n wife nya yg juga satu batch dgn hubby. bersihkan diri (tak mandi pun sbb sejuk ngat), solat, tidooo......

day 5 :
pagi ni bangun tak awal sgt.. jr hubby dah pun keluar gi keje jam 6 pagi. mmg tak jumpa dia lah pagi2. me n umar duduk lepak kat rumah, manakala hubby keluar ke rumah member sebatch beliau yg kerja sama kompeni dgn jr nye ni.

lepas solat zuhur baru kami keluar menuju ke yokohama utk lunch di yokohama station n pegi hard rock cafe di minato mirai .. ada org pesan tshirt hrc....

hari ni tak tangkap gambar sgt sbb agak hanginss dgn umar yg buat perangai. n hubby pun ada buat perangai sikit. jadi nye ibu ni pun sama2 keluar perangai tak best.

si umar ni maybe dah 3 hari enjoy kat disneyland tiba2 hari ni naik train himpit2, lama, pegi shopping mall. tak campur dgn letih lagi hari2 keluar berjalan. dia tido dlm train. sampai je yokohama station time kami nak lunch. dia pun jaga. meragam... nak makan sendiri, tanak duk baby chair, nak pegang sudu. hubby pulak honestly kat jepun dia uptight sikit hah hah! sume nak ikut gaya jepun. budak2 jepun kan very proper. bukan cam org mesia. cina melayu india sama je sebenarnye malaysians ni. kat jepun tu kalu tgk ada budak2 bising mesti bukan orang jepun. kihkihkih. jadi hubby ni pantang la tgk umar makan bersepah. segan lah, susahkan orang lah. mcm2. yg aku ni pulak. struggling to eat japanese food, struggling to eat using chopsticks, struggling to handle umar. mmg hangin gile tgk anak meragam camtu. tapi akhirnye semua orang lega sbb kenyang n makanan sedap. hubby dgn sashimi dia, aku n umar makan nasik n ikan panggang. ikan dia, hubby kata ikan apa tu yg org slalu goreng tu. ha ikan kembung. ikan kembung je. tapi besar mcm ikan siakap. n yg buat aku rasa nak menangis. rasa dia mcm ikan terubuk. sedap gile. lemak gile. bezanya takda byk tulang mcm terubuk! mmg sedap ngat. puas hati makan nasik n ikan kembung panggang itu.. huhuhu.. tapi gambar takde ye. sori.

lepas makan, kami pun menuju ke mall yg berada dlm kawasan yg sama. aku ni kununnya nak beli boot crocs. sbb sukaaaaaaaaaa sgt tgk orang pakai boots kat sana. mmg jamu mata je la kat disneyland tu tgk org pakai boot bermacam jenis. kat tpt lain tak cantik sgt org pakai boot. yg kat disneyland ni mmg cantik2. sbb diorg pegi disneyland mmg bergaya kot. yg aku yakin nak beli jenama crocs je la kan sebab takde keraguan guna kulit babi ke apa ke. mmg dah ada design yg berkenan. tapi sampai je kat counter crocs tu. umar buat perangai. nak turun dari stroller, nak lari2. hubby being uptight as always tanak bagi. menjerit2 la umar ni. lagi la aku hangin. pastu aku nak beli kasut dah tak senang. pastu hubby pulak, aku pegang je kasut tu dia kata, betul ke nak beli ni. kat mesia mana da org pakai ni. panas la. mahal la. jgn la pegang kalau tanak beli. eiiiiiiiiiiii........... sakit hati gile. tulis balik pun terasa sakit hati sbb teringat balik. dgn umar dok sibuk pegang2 jibbitz crocs tu(n hubby dok halang2, so umar menjerit2 lagi), mmg rasa nak meletup je time tu. sudah nya tak jadi beli. tapi dlm hati panas je. tapi dpt la beli belt uniqlo satu sbb aku lupe bawak belt dtg cni. hasil nye jeans sume longgar... huhuhu nak tanak kene beli gak belt tu. yg crocs tu, hubby belikan jibbitz mickey satu kat umar. itu pun di baling2 nye ke lantai sbb kami tak bagi dia turun stroller.

lepas berakhir episode hangin kat oicity yokohama tu, kami naik train lagi menuju ke minatomirai. yg ada hard rock cafe, n ferris wheel famous yg aku penah tgk dlm citer apa tah.

this is how the place should look like. tp time kitorg gi tu baru nak malam. so takde la nampak lampu2 ni.. but it was really a pretty place.. tepi laut.. laut ke ha? ye la kot....

sampai hrc, aku tgk, mcm takde je tshirt yg kawan kakak aku pesan tu. blah la dr hrc. (sekali balik tgk gambar kat fb mmg itu pun tshirt nye. demm...) keluar pi tgk theme park mini yg ada ferris wheel tu. tak sangka pun benda tu ada ctu. tapi tutup la pulak the mini park. masa tu hari dah nak gelap so nampak la lampu ferris wheel tu dinyalakan. tapi still tak tangkap gambar. sbb satu masih bengang so takde mood. satu lagi sbb park tu tutup so mcm scary jer hehehehe... bile dah gelap tu makin sejuk so kitorg masuk la balik bangunan.
lepas tu aku pun kebengangn pun dah reda. bukannya bengang semata2 sbb anak meragam n tak dpt boot crocs tu. ni campur dgn di akihabara semalam, yg kamera pun tak dpt beli, jam pun takleh tukar tali. takdak hasil... jalan jauh2 tp tak dpt beli apa2. bile cakap camni kat hubby dia pun balas la, kan dah dpt dtg, dpt gi disneyland, bersyukur la.... ye lah sayang.....

balik tu kami singgah balik yokohama station tu, pegi satu lagi mall, pegi crocs lagi, tapi kedai stand alone pulak, yg sebelum tu sbb department store. hubby nak beli boots utk mak dia aka my mil. boot gi kebun ye bukan boot melaram yg macam aku nak tuu hahaha. mujurkat kedai ni ada play area for kids. dapat la kami browse thru the kedai without much hassle. hubby mula2 nak pujuk aku so kata, ok la beli la. tapi sebenarnye masa try boots tu kat 1st crocs nye counter tu, dah rasa lemas. hihihi. lemas pakai kasut yg mencengkam kaki. dah 5 hari kat jepun pagai sneakers je. tensen tol. katmesia kasut sume main sarung je. kat sana kene pakai socks tebal, pastu duduk pulak ikat tali kasut. boots ni lagi la. no zip, tali what soever. jadi nye kene paksa kaki masuk. ketat esp kat buku lali. aku pk, 200 lebih harga, nak pakai pun malas. cantik je lebih. jadi nye kensel la nak beli kasut tu. hanya beli boots utk mak je.

lepas tu kami singgah mcd makan fries n minum coke. kat cni byk gile minum coke. aku pun taktau pesal tekak ni nak air coke je. cakap coke depa tak paham pulak tu. kene sbut, coca cola. tihtihtih. mmg payah la depa ni cakap english hapak tak paham.. even kat disneyland aku tanya is this a firdge magnet? magnet? pun tak paham. ada sorang je paham. tensen2...

ok lepas alas perut kat mcd kami pun balik ke sagamihara sbb hubby nak ajak jr dia n wife makan dinner. hubby blanje.... dah kat kul 9 baru sampai sagamihara balik.

sampai kat sana terus jr dia bawak gi kedai sushi. aku?? tempura je la apa lagi. umar pun kongsi tempura je. nasik takde.
kesian kat umar la masa kat jepun ni sbb dia makan tak menentu. kita dah tua ni takpa la makan apa pun asal kenyang. umar tu jarang jumpa nasik. mmg susut sikit badan dia balik dr jepun ni.

ok lpas dinner tu kami pun balik sbb jr hubby pun keje awal pagi. kami pun besoknya kul 8 dah kene gerak ke sugadaira, tpt main snowboard.

day 6:
kul 7.30 baru kami keluar utk ke tpt sewa kereta bdekatan dgn rumah jr hubby. sewa kereta prius. mmg excited sbb kereta hybrid kan. tahape yg hybrid pun tapaham sebelum ni. kereta nya wpon nampak kecik tapi selesa. big leg room. tu yg penting. utk umar ada car seat. nampak mcm lagi selesa dr umar punya yg kat mesia nih hih hih.

selepas mengucapkan bye2 n time kasih byk2 kepada wife jr hubby, ila, dlm kul 8 kami pun memulakan perjalanan kami ke sugadaira. beliau bekalkan kami dgn bubur nasik ala2 jepun sikit utk perjalanan. suka sgt. dpt la menampung perut yg lapar. tapi umar tak suka. tak biasa kut.

sugadaira terletak di nagano, sebelah tokyo. dlm 300km lebih kot... view along the way mmg breathtaking lah. mmg tak sesia keluar dr bandar besar. pegi lalu highway tgk kawasan dalam jepun camana kan..

antara yg paling cantik adalah view kat suwako ni lah. atau lake suwa. town tepi tasik. mmg kagum gile tengok. mujur aku mintak hubby berenti di rest area ni. rest areanya atas bukit sikit tu yg nampak the whole big town over there. kalu dr highway je tak nampak sgt. rasa mcm nak masuk town tu tengok. hihihi tapi taktau mana nak ditala.




jauh perjalanannya nak ke sugadaira ni. dah 3 jam perjalanan baru dpt nampak snow kut. jakunn... tak caya dah nampak snow.. ada jugak nampak org main ski kat tepi hiway tu. hubby yg macam risau sbb jauh sgt, kata, gi situ je lah. aku bantah. eh awak dtg jauh2 nak gi sugadaira tu tiba2 nak give up. mesti cantik atas sana. gi je lah.

baru keluar dr hiway, nampak papan tanda ke sugadaira. mcm keluar dr hiway kat tol simpang pulai n nampak papan tanda gi cameron la ni. hehehe...

baru nampak snow dari jarak dekat.. sukaaa...

kat kul 2 baru sampai atas gunung tu. kami pulak tak book hotel sbb hubby kata ni bukan peak season. dia mula2 nak duk ryokan je, mcm hostel kut. aku bantah. tanak toilet kongsi dgn orang. anak berak apa suma leceh nak cuci. mula2 gi info center dia. cari hotel2 yg available. pusing2 tgk 2 hotel, sudahnya jumpa hotel yg depan info center tu je. plaza hotel sugadaira. best jugak hotel ni. hotel jepun la bukan western. tapi stil takleh lawan dream gate tu la pada aku. sbb dpn dia takda disney land. huhu.

dari luar nampak biase je hotel ni tapi bilik dia still besar, bersih n toilet yg up to date. me likey!

ni view dari tingkap hotel. breathtaking, aint it?

malam ni hubby nak pegi main snowboard. jadi dia nak bawak la kami pegi makan. sekali tgk tpt makan suma dah tutup. most ppl makan kat hotel je kot. tapi payahnye hotel ni serve daging. nak cari ikan atas gunung mmg susah la kan.. sudahnya malam tu makan roti je.. n maggi... like i said, kitorg tak kisah ngat. yg kesiannya kat umar tu la. pegi kedai beli macaroni instant n tuna pasta sauce. tuna lagi! macaroni tu rasa tak sedap pulak tu.. sabor je lerrr....

day 7 :

pagi ni nak bawak umar pegi main snow. cadangnye nak pegi sewa pakaian snow utk umar n myself. tapi kedai sewa tu satu hapak tak ada yg umar punya size. sume kene beli. buat apa nak main sekali je. pastu utk aku pun takde gak. mujur kitorg mmg pakai sneakers yg kalis air. tapi still tak syok jugak. time ni marah juga kat hubby sbb tak ready kan kitorg. aku malas nak basah2kan baju sbb besok dah nak balik. laundry tak de pulak kat hotel tu. kasut pun satu hal. ni yg aku marah sbb haritu nak beli boot tu tanak bagi. now nak main snow dgn sneakers. aku nye belah dalam kain. sng nak kene snow jugak. kalu ada boots tu mesti boleh main dgn sng hati. bengang gile. umar lagi la. seluar dia seluar cotton tu.. n haritu masa kat mesia nak beli snow boots, rm99 kat universal traveller. hubby tak bagi. kat kedai sewa tu jual lebih rm100. aku kata, takpa la, guna mmg sekali je. balik sok jual la online. mesti ada org nak beli nye. kesian kat kitorg tak enjoy main snow sbb takmau baju kotor.
sudahnya hubby layan kitorg main smpi tghari. ok la enjoy la jugak. tapi asyik takut kotor je lah..

umar getting ready to play at the kids area

break sekejap dalam kabin.

umar suka naik lembu kuning ni..

naik sorang tak jatuh. naik dgn ibu jatuh. hihi.

dah tghari, kitorg makan kat kedai ni. hubby pesan soba cendawan. takleh telan! so mintak nasik, makan nasik dgn cendawan.. nak nangis rasa nya. hubby mintak maaf dgn tuan kedai sbb aku nye soba tak habis. yg habis lauk cendawan je..


kat luar restoran soba

ptg tu aku n umar tido kepenatan.. hubby kluar balik pegi main snowboard. dia balik ptg tu, kami solat, pastu dia kluar balik utk main malam nye session pulak.
dinner, as always, roti n maggi je lah. makan jugak la buah strawberry, apple.. kenyang la..
lepas hubby habis main snowboard, kami keluar utk beli souvenirs.. handphone charm dia paling murah pun 300yen.. lebih rm10 tu.. nangis beli.. tapi beli gak 8 ketul kot. ok la puas hati dapat beli souvenirs.
malam ni kami buat list barang2 nak beli besok di tokyo sebelum balik ke malaysia. yg kami nak pegi adalah kedai kamera, gap, kedai kasut sukan, hard rock cafe sbb nak beli gak tshirt yg tak terbeli masa kat hrc yokohama tu, aku nak makan kebab. lepas buat homework search sana sini. kami dapati semua yg kami nak tu ada di ueno. so we decided, besok dari sugadaira, terus ke ueno. malam ni kemas2 beg, get ready to check out early tomorrow morning.

umar tido atas futon

macam duk dlm bilik nobita..

Day 8:
last day in japan. we're going back tonight.
lepas bfast, siapkan bekal tuna sandwich, kami check out dari hotel jam 8.40 pagi. ingat nak online dulu dlm keta sebelum gerak. nak cek camna nak pegi ueno. (prius yg kami sewa tu ada gps. mmg sgt2 membantu. tapi nak gak check kat google map) sekali tgk laptop out of battery. mlm tadi dah pasang charger tapi laptop ni kdg2 ngong sikit. dah cucuk wayar tapi kalu tak angkat skrin dia dulu dia tak detect. bengang tol... tgk takleh on langsung! sakit hati. sbb info kedai2 suma ada save dlm notepad. mujur henpon pun bole wifi gak. check la apa yg mampu. n then kami pun gerak turun dari sugadaira. naik haritu ikut jalan lain sbb kami dari yokohama. turun ikut jalan lain, sbb menghala ke tokyo. jalan turun ni lagi cantik pemandangannya. hubby kata sbb naik haritu jln negeri. turun ni jln persekutuan. lagi elok la. plus snow pulak turun dari mlm tadi smapai pagi ni. tgk rumah2 jepun disalut dgn snow soo beautitul...

dekat souvenir shop hotel tu ada jual mainan thomas. harga belas2 ringgit gak. aku pun beli la. ingat kan boleh keep umar occupied in the car. rupenye mainan hampeh. mainan mcm korek artefact. bentuk kotak pat segi, pasir keras warna biru. dia bagi sudu kayu n bruch kecik. konon2nya korek2 pasir biru tu sampai dapat hadiah la. ok, aku tlg korekkan cepat2 nak bagi thomas kat umar. rupenye bukan thomas pun. gambar harold dlm bebuli lutsinar. fuuu...... tertipu. tu la takleh baca arahan, main beli je. terbang 520yen.
ni yg umar mengamuk ni. ingatkan dpt thomas. rupanya tak dapat apa. menjerit2 la dia. sori sayang.... ibu pun kecewa jugak..

nampak rumah2 cantik masa turun dari sugadaira

dlm kul 12 kami berenti di rest area ni. kat mana ni ye. gunma? ntah lah. tapi ada tempat mainan kanak2. jumpa thomas. umar excited gile!

thomas tu ibu tak muat nak naik. yg ni baru muat. so naik la menatang ni 2 round. suka sgt.....
kami makan di restoran depan tempat mainan ni. umar pun apa lagi. berlari nak keluar dari restoran. mujur la pelayan restoran tu bagi mainan kat umar. distract dia sikit. makan kat cni tempura lagi. hubby makan soba lagi. tapi soba kali ni tak wek mcm yg smalam. takde rasa pelik. tapi aku dah takleh terima dah hari ni. tempura je boleh. ingat nak balik mesia makan nasik ayam je. hehe.
kami solat kat parking je kali ni. tapi takde org prasan rasanye sbb tak ramai org kat hiway..

dlm kul 2 baru lah kami sampai ke ueno. masa di sugadaira kami dah check dah parking area yg ada di sini. parking pilihan kami penuh pulak. hubby mmg dah agak sbb parking space mmg limited kat bdr2 besar ni. tapi sistem parking dia mmg sgt efficient. bila satu kereta keluar, satu dibenarkan masuk. ada pembesar suara yg menghalakan kereta2 naik ke tingkat yg ada parking kosong. kemudian ada siren setiap kali kereta naik/turun parking tu supaya kereta depan berhati2. sgt bagus. tiada kes berebut parking macam kat msia.

lepas park kereta, destinasi pertama adalah, yodobashi, kedai kamera. wpon dah decide mcm nak beli kat mesia je. kami pi gak yodobashi ni. kat outlet di akihabara, kamera di pamer ikut jenama. tapi kat ueno nye ni dia pamer ikut kategori. mcm yg kami cari tu, semua jenama ada, dalam kategori yg sama. which is? compact camera yg ada fungsi mcm slr? camtu lah lebih kurang.. aku pun tak paham sgt. ok so. kami pun belek2 la. mmg panasonic takde english menu. tapi rupenye selain panasonic n sony, kamera lain masih ada pilihan english menu. mula2 takde hati nak kat kamera lain. tapi bile tanye kat pekerja, dia kata, kalu ikut ranking, lumix lx5 tu no.2. canon g12 no.3. no.1 apa? nikon p7000. kami pun belek2 la nikon tu. mmg hati dah bulat nak beli kamera kat nihon ni. so we decided to buy the nikon. weeheyy! happy nya. wpon duit habis tapi sgt berbaloi. dah la masa kat akihabara tu aku tengok banner nikon. ambassador nikon ni sape tau? takuya kimura! aku kata kat hubby time tu, yang kite kene beli nikon la. sbb takuya kimura yg jadi model dia. dlu kan aku minat giler kat takuya ni. sekali tetengok mmg beli nikon pun. teeehihihi... i lap you kimutaku...

lepas gi yodobashi, kami pergi hrc. beli tshirt yg dipesan tu. n aku beli keychain satu. 1000yen keychain... rm37!.. later i came back sbb nak beli fridge magnet. ni lagi la 1500yen. rm50 lebih. pengsan. pastu kami pegi la pasar ameyoko cho apekemende tah.. makan kebab kat cni tapi aku rasa akiba nye kebab lagi sedap... pegi gap beli hadiah utk anak2 sedara, masuk kedai mainan beli keychain lego utk anak2 sedara.. masa aku gi gap, hubby gi cari kasut asics utk dia dan adik dia. lama dia menghilang. dtg balik dgn plastik besar isi 2 kotak kasut n kata, duit dah habis. huhu!!! sudahnya hubby, adik n mak beliau dpt kasut. aku? hampeh.... kdg2 terbayang gak boots crocs tu tapi rasa mmg takkan pakai la kat cni.. hihihi...

ueno station gi hard rock cafe..

Kul 6 gitu baru kami keluar dari ueno. beli kamera di yodobashi dapat free parking selama 2jam stengah. yahooo... pastu sbb ada pasport pun dpt diskaun gak... so parking kami byr dlm 500yen saje. pastu kelam kelibut cari stesen minyak. patutnye nak ke haneda around half an hour je naik hiway tapi sbb nak cari stesen minyak kene ikut jln bawah. pusing2 berpandukan gps, jumpa gak stesen minyak. mujur la sempat kat kul 7 dah pakcik tokey tu pun dah nak tutup kedai. gi toilet dia. pergh macam toilet hotel. toilet roll siap buat bucu tiga segi.. bidet mmg ade lah. jatuh cinta aku.
pastu pecut pulak nak pulang kereta kat2 haneda. jem pulak. gps siap bgtau ada construction kat dpn. mana gps ni tau? sbb communicate guna satelit blablabla (hubby kata tak tahan duk jepun sbb terlampau maju.. hehe.). Htr kereta, pastu ada van shuttle datang utk htr kami ke airport haneda. 10 minit je jarak nye.

Sampai2 haneda, kemas barang2 yg baru shopping tadi, buang kotak2 kasut mana patut, bukak balik beg kat airport tu nak susun barang. solat kat toilet disabled yg siap ada katil!.. mandikan umar, charge laptop n henpon sampai full bar... baru check in.
tapi berlaku satu kesilapan. hubby pegi check in sorang2. kami duk lepak kat tpt charge laptop. rupanya stroller kene check in gak. takleh bawak. ingatkan macam kat klia n lcct takyah check in. masa dah nak boarding tu baru la flight attendant dtg tanya, tak check in ke.. kelam kabut dah aku waktu tu. hubby hilang pegi isap rokok pulak tu. tergagap2 nak jawab. dah takut kene tinggal stroller kat jepun. hehehehe....

alhamdulillah takde masalah boleh check in stroller kat gate. kami pun boarding air asia utk balik ke msia. yg paling aku suka tgk runway crew dok lambai2 masa kami nak berlepas tu. macam tau2 je kami akan tinggalkan bumi jepun ni tak dtg dah anytime soon.
tak lama lepas naik, umar n ayah nye pun lelap. ibu je tak brapa nak lelap sepanjang flight. kami bernasib kerana even though tempah 2 seat saje. umar kan infant spttnya kongsi tpt duduk dgn parents tapi flight pegi balik takda sapa duk kat seat ke 3. jadinye pegi balik umar ada seat sendiri n boleh tido baring la.. Alhamdulillah.. makanan dlm flight pun sedap2. pegi makan nasi ayam, tapi takde sayur n sup. balik makan chicken teriyaki with rice. pun sedap gak. lapar tu dah tgh malam...


Next morning, adik hubby dtg amik kami berdua di lcct. hubby amik teksi terus gi opis! sbb dah isnin kan...

Maka tamatlah percutian kami di jepun. suka sangat. rasa nak pegi lagi besok jugak! hohohoho...

susun brg2 dibeli kat jepun sebelum dipassing kepada penerima2 nya...

Sunday, January 16, 2011

a very busy day

Alhamdulillah, byk perkara baik dan menggembirakan yg berlaku hari ini.. sbhgn besarnya adalah :
  1. hubby selamat tiba dari jakarta pagi tadi setelah ketinggalan kapal terbang malam semalam.

  2. mama terjumpa jam kesayanganku dalam one of the luggage bags. jam baby-g tu aku beli dgn harga diskaun 50% di isetan klcc more than 5 years ago. jam analog, cool n sleek gile pada pndgn aku. bawak ke india ke london ke paris ke mana2 tah lagi. last time aku nampak jam tu masa nurse suruh bukak semua jewellery masa nak emergency c-section umar hampir 2 tahun yg lalu. balik dari sepital tu aku tak penah nampak langsung jam tu sampai la mama bagi pagi tadi. im so happy i almost cried. tak payah buang duit nak beli jam baru kat jepun. now i hope my charm bracelet swatch pun akan dijumpai jugak. huhu. like what i said to hubby, i know i put it somewhere safe, i just dont remember where that safe place is.
    the exact model. i lebiu jam!



  3. tghari tadi me,my sis n our sons went to warta to buy lunch bcoz nobody feels like cooking this morning. sambil tu run errands around bangi. dpt panggilan, pc ku yg dihantar ke kedai repair pc dah pun siap. boleh amik. aku hepi la. sekali bila sampai dia kata hdd corrupt. padahal haritu kata data selamat. dia akan backup dulu sebelum format. tapi bila dtg dia kata corrupt pulak. nak nangis mengenangkan gambar2 umar belambak2 ada dalam hdd tu. sakit nya hati..... tapi later aku capai satu hdd yg aku bawak kluar dr pc tu sebelum hantar ke kedai. sebenarnya pc aku tu ada 2 hdd. satu ada os, satu utk simpan files sahaja. sebenarnya aku berniat nak keluarkan hdd yg secondary tu. tapi bila aku belek tadi, rupanya yg aku keluarkan tu main hdd. sbb tarikh warranty dia thn 2005. the year that i bought this pc. hdd yg tertinggal dlm pc tu adalah hdd secondary. apa ke punya toooooooootttttttttttttttt la org kedai tu kata dah corrupt. mmg la takleh bukak sbb mana de os dlm hdd tu. hampas nak mampos. terus rasa hepi balik sbb gambar2 umar masih ada dlm hdd ni, insyaAllah. tapi aku tak tgk pun lagi kedua2 hdd tu. kene cucuk pi kat pc adik aku ke camne ke... tapi tak sempat nak buat sekarang. balik dari jepun sok baru buat. but still sedih sbb dlm hdd secondary yg dah diformat tu lah terletaknye kesemua cerita thomas milik umar... berjanggut nak download semua balik weeiii.....


  4. hubby promised to get me a new phone before going to japan. and voila... i got this :


    apakah perasaan dapat phone baru? suka lah.. ALhamdulillah. I have been using my old phone for more than 2 years now. mmg high time utk bertukar yg baru. jeles tgk my sis sibuk dok main game dekat iphone dia. but im not willing to spend 2k++ for a phone n change my existing provider. sbb tu lah kene cari phone selain dr iphone.


  5. dah berjaya kemas beg utk ke jepun besok. ingat lagi dulu travel ke europe berdua utk honeymoon, waktu summer, bawak beg compact je 2 ketul. sekarang, nak gi jepun, time winter, ada toddler pulak.. wui... beg trolley besar satu, haversack, backpack, stroller, tote bag utk letak down jacket... macam nak pegi sebulan! tapi yg sukanya, byk brg2 yg beli tapi tak digunakan atau dgn kata lain underutilized berjaya dimanfaatkan utk bercuti kali ni. cth nya : tshirt2 lgn panjang yg aku beli without trying them on. ketat kat atas bawah.. last2 campak dlm almari. now baju2 tu boleh la pakai kat jepun, jadi baju lapisan dalam. tapi akhirnya takkan nampak sbb dah di tutup dgn sweater n down jacket. satu lagi yg paaaling berguna, stroller umar dulu masa beli datang dgn leg cover n rain cover. mmg tak penah guna. now dah pegi tpt sejuk n snow, mmg sgt2 perlu! jadi rasa wang yg dilaburkan utk stroller tu sgt berbaloi!

ok itu je. we're leaving tomorrow. next entry will be written from japan, insyaAllah.

tatatititutu.....

Thursday, January 13, 2011

imaginary shopping list for japan trip

imaginary je lah sbb tak mampu nak beli kesemuanya.. ye aku nak KESEMUANYAAAA...
rilek mas, rilek.

  1. Wrist watch : BabyG @ Swatch - biasa lah aku tak habis2 dgn 2 jenama ni. jam kesayangan dah hilang masa bersalinkan umar. jam yg ada skarang tinggal 1 je. itu pun strap dia dah ganti dgn yg cap ayam. nak bawak 2 jam baby-g utk tukar bateri n ganti strap. n nak beli 1 lagi kalu boleh.
  2. Kamera : Panasonic Lumix lx5 - around rm1.5k. + leather casing in red yg mengancam gile. tambah lagi rm100 lebih. - nak ganti kamera aku yg adik aku dah hilangkan. legit reason nih.
  3. Nintendo wii : takleh beli kat jpn sbb bahasa jepun.
  4. Nintendo 3ds : takleh beli kat jpn sbb bahasa jpn n belum release lagi pun kat jepun. darn it. aku sabo tunggu kuar us version kat msia.
  5. Kat outlet : baju2 cun utk umar kalu ada. oshkosh, gap. yg ni kene beli utk 3y.o lah. baju umar utk 2yo dah byk.
  6. Handbag : yg ni sodih sikit. jenama rahsia. rasa macam tak leh beli je. jam n kamera lagi high priority. wargh! plus rasa mcm hubby takkan bagi je. warghh lagi!
itu je.
siuh siuh - bunyi lap hingus.

Today's Accomplishment

Another published entry.

Ptg tadi pasport telah berjaya dikutip, with approved visa to enter japan.
yahoo!
kire aku ni dah berpengalaman buat visa sendiri la ni. kagum dgn diri sendiri...
lepas ke kedutaan jepun di psiaran stonor, aku dan umar pun ranjau2 ke klcc.
hajatnya nak lunch sedap2 sikit. sekali masa nak pegi ke signature food court di tingkat 2 klcc tu, terlalu depan baby gap. tak de hajat pun nak beli apa2.
tapi tgk masih sale, ok mari kita lihat apa yg ada.
ada 50% off. wow menarik.
dgn nak pegi ke negara bercuaca sejuk ni, aku cuak sikit memikirkan baju utk anak aku.
semua baju siang umar lengan pendek. baju lengan panjang semua baju tido.

dah kebetulan gap punya spring collection sudah tiba. winter collection dah dpt sale. hehehe.
byk romper lengan panjang n tebal yg sesuai nak dibawa ke jepun.

mula2 nak beli selai, pastu pk, erm 2 lai lah. pastu sales assistant pulak kata, kalu amik 3 items boleh dapat 50%+10%=55% discount. apa lagi aku sambar 3 helai long sleeve rompers. harga? rm93.15. 3 helai baju gap!! thats rm31.05 apiece! hepi giler aku. baju anakku n kiko pun lagi mahal dr ni tautak....

pastu pegi makan dgn hati berbunga2.
me n umar makan waffle with double scoops of ice cream, n pepperoni pizza from pizza milano. enjoy gile makan.

malam pulak, ikut hubby ke sg wang utk tukar duit beliau nak pegi jakarta besok.

penat betul lately. aku ni tak sudah2 mengemas.

awal minggu haritu dah start packing utk japan trip ni.
smalam packing utk balik tido di serdang hari ni.
besok balik bangi packing utk hubby pegi jakarta 1malam.
in the mean time keep kemas barang utk ke jepun.

penat wa cakap lu kemas barang utk 3 orang ni.
my sister, sbb selalu sgt travel, dia siap ada list lagi. customised list. applicable for any trip. so takyah nak pk apa nak kene bawak. print je list yg dia dah buat tu, n just tick whatever necessary. siap ada color pulak tu. ces bersemangat. tapi mmg penting pun.

aku tkde list camtu. sbb lain trip lain keperluannya. balik serdang lain, balik kg jauh2 lain. lain kg lain, travel by car lain, by plane lain, gi pulau lain, gi tanah tinggi lain, gi obersi lagi la lain. tak berbaloi buat list. or maybe bcoz im not as busy as she is. byk masa nak pk barang apa nak kene bawak. harharhar.

ok itu je utk malam ni.
tata.

Wednesday, January 12, 2011

Percutian keluarga 'Adil Wahid

I would like to make this post a scheduled one.
Selama ni aku tapaham kenapa orang nak kena buat scheduled entry. dah ko habis tulis tu, publish je la terus. kenapa nak tulis blog waktu malam n then nak auto publish besok harinye? ada kaitan dgn nuffnang kah?

Tapi kali ni baru aku nampak situasi di mana boleh buat scheduled entry ni. when you have something to write, u cant let the readers know now, but if you dont write it now you might forgot the details of that story.

so here i am, writing a scheduled entry.

seperti yang sstgh kamu sudah sedia maklum, kami sekeluarga akan bercuti ke jepun, bermula 16/01/11 sehingga lah 23/01/2011.

macam2 hal yang berlaku sebelum impian nak bercuti ke jepun ni jadi kenyataan. sebab tu lah sebelum semuanya konfem aku malas nak bg tau orang.

tiket penerbangan ke jepun kami beli sewaktu air asia mengadakan promosi sempena penerbangannya yang pertama ke haneda airport, tokyo.

fyi, waktu tu aku mmg tgh menyimpan duit utk beli tiket ke sana. nak beli tiket msia airlines, mahal.. hubby was not willing to spend rm 4k just for flight tickets.
bila baca pasal promo ni, mmg aku excited gile tunggu nak beli di saat dia bukak tempahan tu.

hari kamis tak silap aku, jam 11 pagi. pergh banyak benda terjadi waktu tu. dari harga tiket murah gile sampai naik berkali2 ganda. dgn stuck masa kat payment page. dgn silap masukkan tarikh. dah la aku di rumah n hubby di opis. communicate thru phone je nak bincang. malas nak ingat balik. mmg stress gilak time nak beli tu. akhirnya kami dapat beli tiket pegi balik utk 3 orang anak beranak ni dgn harga rm2200 lebih kurang. kami tahu ada org yg dapat murah gila like around rm200. yg ni takdak bukti. yg ada bukti sempai hubby dapat beli tiket harganya dlm rm600. pegi balik ye.

nak tau apa trick nye? kene beli utk sorang je. kalu beli utk 3 orang, proses jadi 3 kali ganda slow. nak isi particulars, pilih tpt duduk, makanan, luggage etc.

tapi takpe, kami dah cukup berpuas hati. duit yg mmg dah ketepikan utk beli tiket tu siap berbaki banyak lagi sbb asalnye bajet nak beli tiket mas.

selesai je proses pembelian tiket yg super stressful itu, hubby yg on the phone from the office ended the conversation by saying, "yeay gi main snowboard.. ok lah bye."

tujuan kami pergi ni berlainan sebenarnya. aku sibuk nak gi disneyland n nak gi erm shopping sikit2. hubby pulak nak pegi main snowboard. jadinye kami atur jadual. mula2 pegi disneyland dlu. kemudia pegi window shopping n sight seeing around tokyo, kemudian pegi main snowboard. everybody gets what they want. heh heh.

tujuan kami pilih tarikh 16 jan ni adalah kerana, hubby baru dpt bonus, peak season sempena christmas n new year dah berlalu n umar belum masuk 2 tahun. jadi harga tiket utk beliau murah lah.

jadi selepas tiket berjaya di beli pada september lalu, kami pun lupakan lah kejap hal percutian ni sbb ada lebih 4 bulan lagi sebelum waktunya tiba.

tapi mmg aku menunggu year end sale haritu lah utk beli winter gear utk aku n umar. hubby tak yah beliau ada je lagi baju2 sejuk dia yg dulu.

paling aku suka merayau sekitar kl cari baju sejuk.
haritu yg aku kata aku pusing sg wang sampai pavilion tu sebenarnya mencari winter gear kat umar lah. bygkan winter jacket for toddlers kat universal traveler sampai rm399. kat goin' places rm169(cap ayam). kat travel for all takdak langsung. kat mothercare rm299 (thomas n frenz nye lak tu! tapi size umar takde pun.) tu yg akhirnya dapat jumpa di pumpkin patch dgn harga lepas dikaun 30% rm130 je!! melompat2 aku kegembiraan. literally. dah la berjenama, paling murah lak tu antara sume. even satu baju sejuk cap ayam yg aku jumpe kat kedai baju2 from china kat sg wang pun harga dia rm100. kalu la aku dah beli yg ni pastu jumpa yg kat pumpkin patch tu mmg dah nangis dah. pasti aku akan beli gak yg pumpkin patch punya n jual yg cap ayam tu kat mudah.my. harhar.

umar punya attire :
  1. Snowboarding jacket, Pumpkin Patch @ Pavilion = rm130
  2. Knit sweater, wool, U.T. @ Jusco Bdry Melaka = rm79
  3. Sweater suit, cotton, jbaby @ Jusco MV = rm20 (ni yg beli masa nak gi cameron in 2009)
  4. Long john, microfibre(wth is this?), U.T. @ Jusco B.Melaka = rm169!!! (mahal gilos cekik darah univ. trvlr ni)
  5. Long john, wool, Winter Time (The Travel Shop) @ Jusco CS = rm139.
  6. Socks, UT @ Jusco B.Melaka = rm19 (kene katok lagi dekat UT)
  7. Socks 3pairs, Travel for All counter @ Jusco CS = rm5/pair
  8. Snow gloves (waterproof), Goin' Places @ BBPlaza = rm15
  9. Knit gloves, Goin' Places @ BBPlaza = rm15
  10. Cotton gloves, Sox World @ MV = rm19
  11. Snow cap, Goin' Places counter @ Metrojaya Midvalley = rm19

(sikit lagi nak beli snow boots rm99 di UT Jusco B. Melaka. tapi hubby tak bagi.)
jadi kasut umar adalah sneakers adidas jer. kalu insole kasut tu basah kene snow sile salahkan bapaknye.

ibu nye pulak :
  1. Outer Jacket, Winter Time (The Travel Store) @ Jusco CS, RM 239 (after less 40%)
  2. Wool Sweater, Travel for All counter @ Jusco CS RM50 (after less 50%)
  3. Long John set, Travel for All counter @ Jusco MV, RM119 (b4 20% less)
  4. Long John shirt only, Goin' Places counter @ Metrojaya BBPlaza, RM36
  5. Long John pants, cilok kakak aku punye.
  6. Gloves, Goin' Places counter @ Metrojaya MV, rm29
  7. Winter Scarf, cilok je lah scarf mama yg mana2 ada.. yg aku beli kat ooty india dlu pun ada gak.
  8. Shoes : adidas sneakers. tapi tak girlish lah pakai sneakers. gatal cari snow boots tapi kene marah dgn hubby. dah nak sampai tarikh nak pegi baru teringat ada leather boots snowfly yang beli masa zaman bacelor dlu tak penah pakai until today! gosh. luckily masih muat sbb masa beli tu pun amik size yg agak besar. which coincidentally the exact size im wearing now. rasa nak nangis. kasut tu harga dia rm239 tersimpan rapi dlm sarung,kotak kasut dlm almari baju for more than 4 years!!

ayah :

tak beli apa2 lgsg.

wakaka.

ok habis citer pasal preparation barang. nak cerita pasal visa application pulak.
punya lah leceh... kami hy apply visa exactly 6 days from our departure date. n it took 3 days to process it.
mmg sgt leceh sampai cakap kat hubby. tobat dah tanak dtg jepun lepas ni. but he replied, tunggu la awak sampai sana nanti, tgk best ke tidak.
hmm yolah.

ni dia syarat2 nak apply visa ke jepun for holiday & visiting friends :
  1. Original passport - takde masalah. umar nye pun dah buat dr 2009, 2011 baru dpt guna.
  2. One (1) visa application form (downloadable) - takde masalah. isi borang je.
  3. One (1) photo (4.5cm x 4.5cm) with white background which is taken within 6 month from the visa application and must be pasted on the application form - leceh gile tobat nak amik gambar pasport/visa umar. takleh dok diam.
  4. Itinerary in Japan (downloadable) - Isi borang je. no prob
  5. Employment certificate stating your position, department in the company and length of service(using the company letterhead) - No prob
  6. Personal savings, latest current account statement, fixed deposit, Tabung Haji or Amanah Saham Berhad (ASB) (original certified true copy by the bank) (need to show the applicant’s name as the account owner, account number and current balance) - paling leceh sekali. nak kene ada at least rm10k dlm acc!! geram gile.. kene tunggu bonus masuk baru boleh apply visa. masa gi europe haritu, dapat beli tiket je dah senang hati. pedulik apa ada brapa duit dlm acc. visa jepun ni.... tu kalu sorang kene ada rm10k. kalu 3 orang? tak ke 30k?? tapi dia tak tulis pun dekat website dia kene ada rm10k. but everybody seems to know about it.
  7. Copy of marriage certificate (spouse) or birth certificate (children) to show proof of relationship between the main applicant and the person(s) accompanying - panik jugak saat2 akhir sbb tetiba terpk, eh nak kene translate ke english ke sijil nikah ni? mmg tak dpt tido malam sbb time ni dah suntuk sgt. tetengok takyah pun. birth cert budak2 skang mmg dwi bahasa. takde masalah di situ.
  8. A guarantee letter (downloadable). If the guarantor is a foreigner, please include a copy of his/her passport and visa page or copy of alien registration card (both sides) - ni pon sgt2 leceh. mujur ada sempai hubby (yg berjaya beli tiket air asia rm600 tu) yg kebetulan balik bercuti. boleh sign guarantee letter, bagi dia punya alien card utk difotostat. last minit gak baru dapat ni.
kesimpulannya, no 3,6,7,8 mmg sgt2 leceh. 6,7,8 tu hy dpt disetelkan genap 7 hari sebelum tarikh nak pergi termasuk hari cuti. mmg cuak giler2 waktu ni.

ditambah pulak hubby yg tetiba nak tukar hotel yg dah ditempah. dah la kalu kensel 7 hari sebelum kene bayar 1 night stay. reason beliau nak tukar hotel :
  1. hotel yg aku tempah kat agoda.com tu jaraknye dlm 15 minit walking time ke pintu disneyland. wpon ada shuttle, tapi hubby takmau.
  2. haritu masa aku book, hubby percaya sepenuhnya kat aku. la ni bila dia tgk balik, baru dia dpt bygkan tpt tu macamana. yg dari haritu tak tgk sapa suruh.
  3. masa aku book, org tgh sibuk booking utk end of year holiday. jadi rate mahal. 7 hari sebelum tarikh kami pegi, hubby tgk balik, rate dia dah turun kerana dah tamat peak season. sampai kami rugi lebih 100usd.
  4. reason kenapa hubby tetiba nak tgk balik hotel2 tu adalah kerana, kami dijangka sampai jam 10.30 malam. tapi masa sempai hubby yg balik mesia naik airasia tu, flight delay from malaysia. sampai sana almost midnight. tambang teksi ke hotel yg sudah sedia mahal menjadi berganda sbb dah midnight. around rm300 gak. so dia ambil keputusan utk tempah hotel yg ada direct link monorail dgn haneda airport utk malam kami tiba di sana.
  5. hotel yg berhampiran disneyland jugak dia tukar. dari yg 15 minit walking time jadi yg betul2 depan gate disneyland. aku tak tgk pun lagi facilities hotel tu camana. kali ni percaya kat hubby je. wpon aku jarang2 percaya kat dia utk urusan2 pergi bercuti ni. tah mende2 di pilihnya.
wpon kami kensel tempahan melalui agoda tu tepat2 7 hari, namun hubby berjaya mendapatkan full refund.(agoda dah caj kredit kad sejurus selepas tempahan dibuat 2 bulan lalu) sbb sebelum dia contact agoda, dia contact dlu hotel tsbt. turns out hotel tu tak dpt apa2 byrn lagi dari agoda. n takde masalah utk full refund. (aku kata dlm hati, hala ko boleh cakap jepun mcm native jepun boleh la dapat full refund.. cewah..)
tapi agoda pulak awalnya mmg nak caj one night stay tapi slps argue dgn hubby thru email, hubby suh tepon hotel tu sbb hotel takda masalah nak full refund. akhirnya berjaya dikembalikan wang sepenuhnya.

kata aku dlm hati, aku tak pernah jumpa org yg selalu bernasib baik mcm suami aku.

kalu aku la dlm situasi tu, awal2 dah give up dah. takde nye dia nak pulangkan semua kat aku. huhu. mentality of a malaysian who grew up in malaysia...

lega la aku. sbb masa pegi europe dulu, kami tempah hotel melalui booking.com. pun nak kensel gak. sbb hubby tempah kat mana tah walhal aku dah pesan dah tempah yg kat bayswater. sudahnya hotel tu tak pulangkan pun duit kami wpon kami kensel awal jugak. rugi lebih rm500 disitu....

ok itu lah sedikit sebanyak dugaan yg kami lalui semata2 nak pegi jepun ni. sapa yg tak serik??? next time im going back to paris. or any other visa-free countries.

oh ye, salah satu tujuan aku menulis scheduled entry ni juga adalah untuk mendatangkan mood utk rasa excited nak pegi holiday sbb mcm dah fedap byk sgt hurdles.

ok thats all. bye2.

Thursday, January 06, 2011

Azam 2011

Lupakan sebentar perkara2 yg berlaku sekarang.
Sempena tahun baru ni aku nak review balik azam aku utk tahun lepas.
Jom tgk balik apa yg aku tulis on 31st dec 2009

  1. pakai jubah yg ada 2 line naik pentas dewan besar utk kali ketiga. - BERJAYA. YAHOO!
  2. cari keje yg sesuai dgn jiwa. - BELUM TERCAPAI LAGI..
  3. pindah dari bangi - NO KOMEN....
  4. gi holiday obersi - NOT IN 2010 BUT IN 2011 INSYAALLAH.
  5. buy my own car - NO JOB, THUS NO CAR. DANG IT.
  6. tukar henpon canggih yg ade gps - CIS TAK BERJAYA JUGAK.
  7. beli wii - DARN IT.
  8. phd? - NOT NOW.
atoiyaii... 1 je azam yg berjaya dicapai??? so its safe to say that 2010 has been quite a lame year for me. mcm tak bersyukur pulak.

tapi aku sgt bersyukur tahun ni, kami dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, rezeki tak putus2, got rid of that untrustworthy domestic help, jumpa pulak daily cleaner yg baik, rajin n boleh dipercayai. my brother dapat melanjutkan ijazah ke upm therefore ada di rumah selalu, umar membesar dgn baik. macam2 lagi lah.

jadi, apakah azam utk tahun ni pulak?
kita sambung je lah dr tahun lepas tu ye..

  1. cari keje - ni yg paling penting skarang.
  2. beli kereta. - satu la at least.
  3. tukar henpon - oho soon, very soon...
  4. adik umar ? - err... err..... tak lagi kot....
pindah dr bangi, wii n phd tu, tak pasti akan dibuat dlm tahun ni ke tidak... so takyah la letak dlm azam tahun 2011.

ok itu je...



Tuesday, January 04, 2011

Hoping for the best

These past six days have been like a roller coaster ride for me. and everybody knows how much i HATE roller coasters.
it all started on thursday. friday was supposed to be the last day of registration for phd in upm. but since it was declared a public holiday, i thought thursday was the last day. i havent received any news from ukm regarding my interview. so i called them. the person(s) in charge were on leave. but the person who answered my call said, "kalau tak silap saya interview puan tak berjaya,".
damn. mmg sgt2 berbisa berita tu. masa tu taktau nak buat apa. panik. oh no oh no, hari ni last day nak register kat upm. i went to gso's website, nak try la kot2 boleh ubah jawapan, nak defer ke next semester. tak leh. tapi tengok2 ada announcement kata, registration dilanjutkan sampai ke hari isnin. lega sikit. i thought, ok i have 3 days to decide whether i want to enroll for phd or not.
honestly speaking, i have stopped preparing mentally for phd. because i was quite confident i will be able to get that ukm job. jadi nya sudah tak bersedia. i did not prepare any documents for registration, n tak simpan duit pun utk bayar fees. the registration + 1st sem fees is rm2.1k. mama kata, takpe mama boleh bayar. but i said to myself, betul ke nak sambung phd sekarang?? haritu kata taknak kan. tak ready lagi dan taknak buat kat upm lagi.
i was really sad masa hari khamis n jumaat. hubby buat tak layan je. dia suruh tunggu isnin baru telepon balik ukm tu, tanya orang yg betul2 pasti akan keputusan tsbt.
tapi masuk hari sabtu, macam dah reda sikit kesedihan. aku pikir, dah la, nak sedih camana sekali pun, takkan nak paksa diorg bagi jawatan tu kat aku. move on je lah. plus more time for me to spend with umar. bukannya duk rumah melangut tengok tivi. pastu buat plan nak apply kat ipts2 pulak. sbb ipta semua dah tak layan kan. upm,ukm,usim,um,upnm. dah habis semua mintak dan tiada hasil.
phd pulak, masa hari sabtu jugak, decide. taknak buat sekarang. taknak buat di upm. im gonna give myself another 9 months (since they said next semester will begin on sept'11) to find myself another job. in the mean time, nak try apply phd kat ukm (perancangan awal jer). kalu sampai bulan sept tu tak dpt keja baru, baru nak sambung phd. sbbnya, i cant imagine myself pegi lagi gso, pegi lagi fsktm. muka ni dah taktau tebal mana dah. aku dah jadi pelajar di fakulti tu dah 10 tahun dah. sudah2 la tu. ramai pensyarah n pegawai2 yg tgk aku, aku rasa mcm diorg berfikir, aik dia ni tak habis2 lagi ke. haritu masa buat masters pun ada lecturer (bukan dr jsm) yg tanye, tgh sambung phd ke? nooo baru masters la dr... sbb depa ingat, time aku dip, aku buat bac, time bac, buat masters, time masters, ingat buat phd. bila buat phd? post doctorate pulak? goshh...
masa konvo pun pikir yg sama jugak. mmg syok konvo, tapi pk, dah la tu... aku taknak dah konvo kat cni. mmg bila pegi interview pun ramai interviewer persoalkan, aku ni taknah keluar dari upm la, taknah keluar dari bangi n serdang la. tensen tahu tak. depa rasa macam aku ni tak berani. takut nak berubah. hello aku gi india tau 4 bulan. tengok la korang sanggup ke nak dok india tu 4 bulan? duk seminggu pun tobat tanak dtg lagi.. huhuhu...
anyways, sbb tu lah pk, buat masa skarang, taknak lagi. nak keja dulu. kalu dah dpt keja n then depa suh sambung, ok fine aku sambung. kalu dapat keja yg takyah buat phd, fine. tak yah buat langsung.
by ahad, aku dah decide, apa2 yg berlaku, pasti ada hikmah. there must be something better for me out there. who knows if staying home n taking care of my children is the best job for me? kita tak tahu kan. hubby pun tak ada masalah kalau aku nak buat begitu. aku je la yg ada masalah. hah hah. ok takyah cakap pasal ni.
sabtu n ahad aku dah kembali ke mood asal. nak runsing2 pk pun, its the weekend. bukannya boleh tepon pun ukm tu nak konfemkan status terkini.

monday, aku berdebar tunggu posmen dtg. sbb staf ukm tu kata, rasanye surat dah dihantar. bila aku tanya, kalu tak berjaya pun akan hantar surat ke? itu pun dia tak pasti. tensen2. apa lah pegawai kerajaan ni. aku tau la dah hjg thn semua org nak cuti. tapi bila dah ramai sgt cuti urusan2 penting semua takleh jalan ke?

tengok2 takda pun surat kat aku. lepas tu try call ukm. sampai hari ni. engaged. semua nombor ukm engaged. tak puas hati. ptg tadi i decided to go to the faculty itself. senang gi tanya terus.
aku tengok kereta kj yg panggil aku intibiu tu takda. takpa lah. aku pun pakai tshirt, dok kendong umar, malas nak jumpa dia. nak tanya kat kaunter jer. fakulti tu ada kaunter khas utk semua urusan. bagus. upm patut buat camtu gak. kalu tak tah sape2 boleh masuk sampai opis sesuka hati.

pastu org yg incharge tu ada. she came. i was prepared to hear the words "tak berjaya". but then she said, keputusan tak keluar lagi.

wth???

she said, ada satu lagi mesyuarat akan diadakan sebelum dapat keputusan.

bengang tak? yg haritu sapa tah kata dia dgr mcm aku tak berjaya. pastu kali ni pulak kata belum ada keputusan.

ive made peace with it n suddenly ur telling me theres still hope???

betul kah betul2 masih ada hope? atau keputusan tak rasmi dah ada, cuma belum dapat diputuskan secara rasmi lagi yg mengatakan aku tak berjaya?

bengang gilerr...

ah ape2 lah. kalu ada, ada. kalu takda, sudah.

aku ada byk lagi benda penting nak fikir.

but yg bagus nya, takde lah rasa ralat sangat tak mendaftar di upm.

terima kasih byk2 utk shafiz (ina, if ur reading this) yg byk bantu aku nak apply haritu. last2 tak jadik pun. sori byk menyusahkan ko shafiz.

juga menyusahkan org2 kat fakulti. mcm pegawai unit siswazah, pensyarah2.

juga menyusahkan abah yg ulang alik ke usim,kuis, etc.

paling perit dalam semua ni adalah nak bersemuka dgn ayah sendiri.(dlm kes ni mama lagi memahami.. susah nak berlaku tu hah hah!). dia nampak cam kesal je bila aku kata aku tolak usim, takmau buat phd kat upm.. n macam terdiam bila aku kata yg ukm tu tak berjaya. aku paham. dia risau. 2 days ago he turned 60. ok my dad is already 60! sampai bila dia nak keja? mmg dia risau sgt aku tak keja2 lagi ni. so dia mmg sanggup pegi sana sini carikan aku peluang utk interview. peluang utk interview je tahu. layak ke tidak, thats all up to me. he just opened the door. dah sapa yg ayah tak buat camni jgn jeles2. masing2 dgn rezeki masing2. aku ni dah ditolong pegi tolak2 pulak tawaran sbb tak best. hai ontah lah.

ok utk pengetahuan semua, sebenarnya panggilan intibiu utk pnsyrh smntara di ukm ni bukan la di fakulti sains komputer dia.. aku taktau pun apa nama penuh fakulti komputer depa. fstm kot. yg aku intibiu ni adalah di fakulti penddkan... utk pensyarah subjek pendidikan komputer.. soooooooooo... sememangnya aku patut tahu peluang nak dpt mmg agak tipis. tapi entah kenapa i was super confident. i knew im right for it. i know i can do it. cewah. but from the interview they said they are having problems accepting me as one of them because i have zilch knowledge on education. dlm hati gua pk. lek aa phd kan ada. aku buat la phd dlm edu pulak. but somehow i got the feeling that they were proud of having edu background. mcm special la. they said, lecturers in fpddkn is different from lecturers from other faculties. dlm hati gua pk lagi.. kamonnn tiap2 fakulti ada kelebihan n kekurangan masing2. even lecturers kat fakulti mak aku beza dgn lecturers kat fakulti bapak aku, apatah lagi fakulti aku dulu.. lain giler...

susah jugak kalu rasa diri hebat n org yg lain dari kita tak hebat.

ok dah la mengaruk2 ni. it aint solving anything.

so, apa pun sekarang.... aku pasrah je lah tunggu apa pun keputusannya. dgn harapan, berjaya atau tidak, its the best thing for me n my family.

ok thats all i guess. im gonna stop waiting for the postman to arrive for this week, at least. ade ke patut haritu aku tanya bila result keluar depa kata 1 week. now dah masuk 3rd week. sgt.... slow... birokrasi... berketul2 meeting... weii dapatkan la aku keje niiii!!! hehehhehe......

tata.