Saturday, January 29, 2011

Japan 16-23 January 2011

Day 1 :
Pagi, sibuk kemas2 lagi. Gerak ke lcct kul 12tghari. lewat! tak sempat lunch. makan bihun goreng dalam kereta.
Abah htr kitorg ke lcct. Dah nak sampai lcct hubby turned around with a panic look. tertinggal lesen antarabangsa. called my bro asking him to send it to lcct. bagi upah rm50. terus senyum dia.
everything went fine in lcct.
The flight departed at 2.40pm.


7 hour journey with no in flight entertainment. cheap tickets, no frills. hubby conquered the laptop for 5 hours of the flight. sampai bateri habis tgk movie 5 jam. umar pulak. kapal terbang naik je dia lelap. jaga tak sampai 2 jam lelap lagi sampai la sampai haneda. dia tak brapa sihat. plus brapa malam dah dia tido lewat meneman ibu yg sibuk kemas beg tgh2 malam.
imigresen jepun pun friendly tak mcm uk yg byk tanya. mungkin sbb ada visa kot. so depa tak byk soal. lepas amik beg terus naik monorail. kul 11pm dah ni local time. kami menuju ke hamamatsu cho. kenapa pilih hamamtsu cho ni? sbb monorail straight pegi ke cni. hubby tanak amik teksi utk terus ke hotel di disneyland sbb teksi mahal tgh malam.
nak cari hotel kat hamamtsucho ni pun susah. silap kami tak catit pun nama hotel ni. suma ada dlm email je. yg bagi kat embassy japan tu pun tak buat copy. sampai kene tanya polis. baru jumpa hotel nya. sampai2, terus setelkan umar, sampai dia lelap balik. kami bersihkan diri, solat, guna intenet jap, makan sket, pastu baru tido. tgh malam bangun perut memulas.. pulak dah.. tah apa yg buat perut memulas ni. aku saspek satu makanan yg aku bawak. aku je makan, hubby tak makan. n dia tak sakit perut. so tak makan dah lah. tak sanggup aku nak sakit perut time2 vacation ni. kul 5 pagi bangun gi toilet 2 kali. Alhamdulillah lepas tu perut pun ok balik, albeit mcm2 bunyi kedengaran dalam perut ni. angin akibat tindak balas kimia dari bahan makanan yg dah buruk tu lah.

Day 2 :
bangun kul 9.15, kemas2 sampai kat kul 12! kena re-arrange barang2 dlm beg.

luar pintu bilik hotel masa nak check out


kul 12 check out dari hotel shiba daimon. hotel ni berada di hamamatsucho. mcm working district kot?? kami keluar waktu lunch hour. penuh la salaryman jepun yg keluar lunch.

nak ke disneyland. naik train lagi. tak suka nya naik train bila bawak baby,stroller, beg roda.. wpon semua stesen lengkap dgn lif. letih.. kat kul 2 baru sampai maihama station, dimana disneyland berada. hotel kami duduk ni, bukan disneyland punya hotel tapi betul2 depan the entrance of the resort. mmg best lah. tapi takleh check in lagi sbb check in kul 3. jadi kami tinggalkan barang kat hotel tu n masuk ke disney resort cari makanan sbb dah lapar gile. umar pun tak keruan lapar. mula2 beli roti, lepas tu hubby bawak makan kat food court. hubby makan udon apa tah. aku n umar makan tempura seafood je. sedap gile tempura dia. udang besar, manis..
lepas tu jalan2 kat ikspiari(mall) dalam disney resort ni. tak masuk disneyland lagi.
kul 4 lebih baru dapat sampai depan disneyland. kami beli tiket 3 hari.


takut sama pluto



masuk disneyland, dapat la naik ride its a small world & carousel sebelum berkejar balik utk solat zuhur n asar. lepas solat hari pun dah gelap.. malam tu kami rehat je kat bilik sbb dah seharian berjalan..

Day 3 :
Hari ni pegi ke disneysea pulak. hubby terhilangkan tiket disneyland beliau yg berbaki 2 hari tu. kene la bayar ganti rugi utk dpt tiket baru. wpon tak payah byr full price tapi terbang gak lah rm200 lebih. wpon rasa rugi, but we decided to just enjoy our day in disneysea.



tengok parade masa disneysea baru bukak.

2 hours later, dah keluar lunch sbb lapor giler. sejuk kan. sedap ngat makan kat food court ikspiari ni. sbb tempura udang dia kene dgn selera tekak. ikut hati sepanjang ada kat jepun ni nak makan nasi putih, tempura udang n chikuwa(??) n salad je. malangnye tak semua tpt ada tempura ni...

lepas lunch, kami balik solat. tido apa suma, keluar balik dah gelap... huhuh... dapat la 2 jam lagi kat disneysea.. tapi yg bagusnya bile pegi dah gelap ni, dah tak ramai orang. so takyah beratur pun nak naik rides. dapat naik 4 ke 5 rides ptg tu.

umar yg baru bangun tido nak masuk disneysea balik. time ni pukul 5 kot..

malam tu kami just beli roti n minuman sikit, n habiskan take out lunch yg berbaki dr tengahari tadi. konyang makan nasik n tempura wpon sejuk.. huhu dah pegi traveling cam ni lah.. makan yo lah apo ado.

oh lupa, hotel yg kami duduk di disneyland ni adalah dreamgate maihama. bersambung dgn train station maihama, betul2 depan pintu masuk disney resort. wpon dia bawah landasan keretapi. tapi jepun kan canggih. bangunan dia kedap bunyi. tak rasa pun mcm duduk bawah landasan. view mmg totally out lah. luar tingkap bilik kitorg adalah tpt parking beskal. tapi mmg tak tgk langsung la. n bilik dia, tip top! one of the best bilik hotel iv ever been in. aku tak tangkap gambar le pulak bilik dia. tapi ni yg aku jumpa kat intenet..

ni dia hotel nya. nampak tak atas tu wayar2 tren. tapi dok dlm bilik tak rasa apa..

tak caye malam ni tido depan disney resort. hukhuk.

reception. reception dia tak kedap bunyi lak. bilik2 je kedap bunyi. kesian orang yg keje reception ni. grrr grrr bila ketapi lalu.

cam ni la lebih kurang bilik kami. luass berbanding hotel pertama yg kami duduk masa malam 1st tiba di tokyo. toilet pun very well equipped. takdak paip air, ada bidet pun aku dah happy dah. tv pun besar. mmg syok ngadap rancangan tv jepun kat bilik ni. disneyland best, bilik pun best. torn between going out n staying in.

masa pegi paris n london 3 tahun dulu, payah nye lah nak buang air. mmg aku bawak cawan plastik n tisu tandas. kat jepun ni most toilet ada bidet n tisu of kos. takyah nak tadah2 air kat sink n bawak masuk jamban. sgt menyenangkan.


Day 4 :
last day in tokyo disney resort. hari ni kami pilih utk masuk disneyland pulak. 2 hari disneyland, 1 hari disneysea. malam tadi dah plan dah nak masuk rides yg mana satu. tapi sedih gak byk rides yg kami nak naik tutup for maintenance! mcm buzz lightyear, n satu lagi apa tah. rugi tul. pastu byk tgh repair pulak tu. patutla utk malam ni disneyland bukak smpi kul 9. kami agak hari rabu mmg diorg slalu buat maintenance. tapi takpe, rides yg lain pun byk tak ternaik. so naik lah mana yg ada/sempat.

umar ni kalu dah dapat popcorn benda lain tak dulik dah. suka sgt dgn popcorn.
kelaka tul kat disneysea smalam. disneysea ni lebih utk org2 dewasa. jadi popcorn dia ada perisa apa tau. black pepper! curry! soysauce! milktea! nak muntah weh..... ada 1 je booth yg jual popcorn caramel yg kitorg jumpe. kalu kat disneyland mostly perisa caramel sbb byk budak2 kan. on the 1st day in disneyland kami beli perisa soy sauce. mmg keluar balik lah.

brunch in disneyland. heavennye kalu dpt jumpa makanan panaskat jepun ni. kalu tak makan roti tuna je lah........ sigh...

ow kay tata disneyland. bile lagi nak dapat dtg cni... tahun depan yer ayah?? :)

sebelum keluar aku pun beli la keychain2 souvenirs, tshirt utk adik aku selai. ha jadik lah tu. keychain kegemaran aku kat disneyland ni berupa keychain bunga sakura. ish cantik sgt. now dah buang besi bulat tpt letak kunci, pasang tali, gantung kat henpon. sape nampak ada phone strap menarik kat henpon aku, beli kat disneyland la tu. haha. wpon byk gile jual henpon strap kat sana, tak byk yg menarik hati. aku pulak lupe, perlu satu disneyland phone strap utk henpon. aku pi beli semua nya keychain. ada besi bulat tu. tu yg kene modify sendiri.. tapi takpe, cantik gak..
kami keluar dari disneyland dlm pukul 4 ptg. nak cari tpt solat sbb pagi tadi dah check out dari hotel. sudahnya solat kat luar gate disneyland. kat ceruk la gak. tak ramai orang tapi dekat dgn toilet.
lepas solat, balik hotel, amik beg yg kami tinggalkan kat counter, n bergerak ke akihabara.
masa sampai akiba tu dah gelap... sejuk gilers... kami plan nak beli kamera di sana. cari la kedai kamera. model yg teringin sepatutnya lumix lx5. tapi tengok, tak byk beza dgn harga kat msia. infact kalu tak silap lg mahal. dah pegi 2-3 kedai, masa di kedai terakhir, yodobashi, baru tau kamera panasonic semua takde english menu! hanya japanese menu! we were crushed. dah siap ketepikan duit utk beli kamera suddenly dpt berita begini... takkan nak balik baru beli?? tapi pasrah je lah. nak buat camana. bukannya aku paham pun japanese.
pastu nak pegi tukar 3 tali jam casio. pun takleh gak. kene pegi casio center etc. crushed lagi. last2 makan doner kebab yg sedap, pastu kami pun gerak ke sagamihara, rumah junior hubby. kami akan bermalam kat sana 2 mlm.

kul 9 baru sampai sagamihara. dah letih gile time ni. sampai2, borak2 dgn jr hubby n wife nya yg juga satu batch dgn hubby. bersihkan diri (tak mandi pun sbb sejuk ngat), solat, tidooo......

day 5 :
pagi ni bangun tak awal sgt.. jr hubby dah pun keluar gi keje jam 6 pagi. mmg tak jumpa dia lah pagi2. me n umar duduk lepak kat rumah, manakala hubby keluar ke rumah member sebatch beliau yg kerja sama kompeni dgn jr nye ni.

lepas solat zuhur baru kami keluar menuju ke yokohama utk lunch di yokohama station n pegi hard rock cafe di minato mirai .. ada org pesan tshirt hrc....

hari ni tak tangkap gambar sgt sbb agak hanginss dgn umar yg buat perangai. n hubby pun ada buat perangai sikit. jadi nye ibu ni pun sama2 keluar perangai tak best.

si umar ni maybe dah 3 hari enjoy kat disneyland tiba2 hari ni naik train himpit2, lama, pegi shopping mall. tak campur dgn letih lagi hari2 keluar berjalan. dia tido dlm train. sampai je yokohama station time kami nak lunch. dia pun jaga. meragam... nak makan sendiri, tanak duk baby chair, nak pegang sudu. hubby pulak honestly kat jepun dia uptight sikit hah hah! sume nak ikut gaya jepun. budak2 jepun kan very proper. bukan cam org mesia. cina melayu india sama je sebenarnye malaysians ni. kat jepun tu kalu tgk ada budak2 bising mesti bukan orang jepun. kihkihkih. jadi hubby ni pantang la tgk umar makan bersepah. segan lah, susahkan orang lah. mcm2. yg aku ni pulak. struggling to eat japanese food, struggling to eat using chopsticks, struggling to handle umar. mmg hangin gile tgk anak meragam camtu. tapi akhirnye semua orang lega sbb kenyang n makanan sedap. hubby dgn sashimi dia, aku n umar makan nasik n ikan panggang. ikan dia, hubby kata ikan apa tu yg org slalu goreng tu. ha ikan kembung. ikan kembung je. tapi besar mcm ikan siakap. n yg buat aku rasa nak menangis. rasa dia mcm ikan terubuk. sedap gile. lemak gile. bezanya takda byk tulang mcm terubuk! mmg sedap ngat. puas hati makan nasik n ikan kembung panggang itu.. huhuhu.. tapi gambar takde ye. sori.

lepas makan, kami pun menuju ke mall yg berada dlm kawasan yg sama. aku ni kununnya nak beli boot crocs. sbb sukaaaaaaaaaa sgt tgk orang pakai boots kat sana. mmg jamu mata je la kat disneyland tu tgk org pakai boot bermacam jenis. kat tpt lain tak cantik sgt org pakai boot. yg kat disneyland ni mmg cantik2. sbb diorg pegi disneyland mmg bergaya kot. yg aku yakin nak beli jenama crocs je la kan sebab takde keraguan guna kulit babi ke apa ke. mmg dah ada design yg berkenan. tapi sampai je kat counter crocs tu. umar buat perangai. nak turun dari stroller, nak lari2. hubby being uptight as always tanak bagi. menjerit2 la umar ni. lagi la aku hangin. pastu aku nak beli kasut dah tak senang. pastu hubby pulak, aku pegang je kasut tu dia kata, betul ke nak beli ni. kat mesia mana da org pakai ni. panas la. mahal la. jgn la pegang kalau tanak beli. eiiiiiiiiiiii........... sakit hati gile. tulis balik pun terasa sakit hati sbb teringat balik. dgn umar dok sibuk pegang2 jibbitz crocs tu(n hubby dok halang2, so umar menjerit2 lagi), mmg rasa nak meletup je time tu. sudah nya tak jadi beli. tapi dlm hati panas je. tapi dpt la beli belt uniqlo satu sbb aku lupe bawak belt dtg cni. hasil nye jeans sume longgar... huhuhu nak tanak kene beli gak belt tu. yg crocs tu, hubby belikan jibbitz mickey satu kat umar. itu pun di baling2 nye ke lantai sbb kami tak bagi dia turun stroller.

lepas berakhir episode hangin kat oicity yokohama tu, kami naik train lagi menuju ke minatomirai. yg ada hard rock cafe, n ferris wheel famous yg aku penah tgk dlm citer apa tah.

this is how the place should look like. tp time kitorg gi tu baru nak malam. so takde la nampak lampu2 ni.. but it was really a pretty place.. tepi laut.. laut ke ha? ye la kot....

sampai hrc, aku tgk, mcm takde je tshirt yg kawan kakak aku pesan tu. blah la dr hrc. (sekali balik tgk gambar kat fb mmg itu pun tshirt nye. demm...) keluar pi tgk theme park mini yg ada ferris wheel tu. tak sangka pun benda tu ada ctu. tapi tutup la pulak the mini park. masa tu hari dah nak gelap so nampak la lampu ferris wheel tu dinyalakan. tapi still tak tangkap gambar. sbb satu masih bengang so takde mood. satu lagi sbb park tu tutup so mcm scary jer hehehehe... bile dah gelap tu makin sejuk so kitorg masuk la balik bangunan.
lepas tu aku pun kebengangn pun dah reda. bukannya bengang semata2 sbb anak meragam n tak dpt boot crocs tu. ni campur dgn di akihabara semalam, yg kamera pun tak dpt beli, jam pun takleh tukar tali. takdak hasil... jalan jauh2 tp tak dpt beli apa2. bile cakap camni kat hubby dia pun balas la, kan dah dpt dtg, dpt gi disneyland, bersyukur la.... ye lah sayang.....

balik tu kami singgah balik yokohama station tu, pegi satu lagi mall, pegi crocs lagi, tapi kedai stand alone pulak, yg sebelum tu sbb department store. hubby nak beli boots utk mak dia aka my mil. boot gi kebun ye bukan boot melaram yg macam aku nak tuu hahaha. mujurkat kedai ni ada play area for kids. dapat la kami browse thru the kedai without much hassle. hubby mula2 nak pujuk aku so kata, ok la beli la. tapi sebenarnye masa try boots tu kat 1st crocs nye counter tu, dah rasa lemas. hihihi. lemas pakai kasut yg mencengkam kaki. dah 5 hari kat jepun pagai sneakers je. tensen tol. katmesia kasut sume main sarung je. kat sana kene pakai socks tebal, pastu duduk pulak ikat tali kasut. boots ni lagi la. no zip, tali what soever. jadi nye kene paksa kaki masuk. ketat esp kat buku lali. aku pk, 200 lebih harga, nak pakai pun malas. cantik je lebih. jadi nye kensel la nak beli kasut tu. hanya beli boots utk mak je.

lepas tu kami singgah mcd makan fries n minum coke. kat cni byk gile minum coke. aku pun taktau pesal tekak ni nak air coke je. cakap coke depa tak paham pulak tu. kene sbut, coca cola. tihtihtih. mmg payah la depa ni cakap english hapak tak paham.. even kat disneyland aku tanya is this a firdge magnet? magnet? pun tak paham. ada sorang je paham. tensen2...

ok lepas alas perut kat mcd kami pun balik ke sagamihara sbb hubby nak ajak jr dia n wife makan dinner. hubby blanje.... dah kat kul 9 baru sampai sagamihara balik.

sampai kat sana terus jr dia bawak gi kedai sushi. aku?? tempura je la apa lagi. umar pun kongsi tempura je. nasik takde.
kesian kat umar la masa kat jepun ni sbb dia makan tak menentu. kita dah tua ni takpa la makan apa pun asal kenyang. umar tu jarang jumpa nasik. mmg susut sikit badan dia balik dr jepun ni.

ok lpas dinner tu kami pun balik sbb jr hubby pun keje awal pagi. kami pun besoknya kul 8 dah kene gerak ke sugadaira, tpt main snowboard.

day 6:
kul 7.30 baru kami keluar utk ke tpt sewa kereta bdekatan dgn rumah jr hubby. sewa kereta prius. mmg excited sbb kereta hybrid kan. tahape yg hybrid pun tapaham sebelum ni. kereta nya wpon nampak kecik tapi selesa. big leg room. tu yg penting. utk umar ada car seat. nampak mcm lagi selesa dr umar punya yg kat mesia nih hih hih.

selepas mengucapkan bye2 n time kasih byk2 kepada wife jr hubby, ila, dlm kul 8 kami pun memulakan perjalanan kami ke sugadaira. beliau bekalkan kami dgn bubur nasik ala2 jepun sikit utk perjalanan. suka sgt. dpt la menampung perut yg lapar. tapi umar tak suka. tak biasa kut.

sugadaira terletak di nagano, sebelah tokyo. dlm 300km lebih kot... view along the way mmg breathtaking lah. mmg tak sesia keluar dr bandar besar. pegi lalu highway tgk kawasan dalam jepun camana kan..

antara yg paling cantik adalah view kat suwako ni lah. atau lake suwa. town tepi tasik. mmg kagum gile tengok. mujur aku mintak hubby berenti di rest area ni. rest areanya atas bukit sikit tu yg nampak the whole big town over there. kalu dr highway je tak nampak sgt. rasa mcm nak masuk town tu tengok. hihihi tapi taktau mana nak ditala.




jauh perjalanannya nak ke sugadaira ni. dah 3 jam perjalanan baru dpt nampak snow kut. jakunn... tak caya dah nampak snow.. ada jugak nampak org main ski kat tepi hiway tu. hubby yg macam risau sbb jauh sgt, kata, gi situ je lah. aku bantah. eh awak dtg jauh2 nak gi sugadaira tu tiba2 nak give up. mesti cantik atas sana. gi je lah.

baru keluar dr hiway, nampak papan tanda ke sugadaira. mcm keluar dr hiway kat tol simpang pulai n nampak papan tanda gi cameron la ni. hehehe...

baru nampak snow dari jarak dekat.. sukaaa...

kat kul 2 baru sampai atas gunung tu. kami pulak tak book hotel sbb hubby kata ni bukan peak season. dia mula2 nak duk ryokan je, mcm hostel kut. aku bantah. tanak toilet kongsi dgn orang. anak berak apa suma leceh nak cuci. mula2 gi info center dia. cari hotel2 yg available. pusing2 tgk 2 hotel, sudahnya jumpa hotel yg depan info center tu je. plaza hotel sugadaira. best jugak hotel ni. hotel jepun la bukan western. tapi stil takleh lawan dream gate tu la pada aku. sbb dpn dia takda disney land. huhu.

dari luar nampak biase je hotel ni tapi bilik dia still besar, bersih n toilet yg up to date. me likey!

ni view dari tingkap hotel. breathtaking, aint it?

malam ni hubby nak pegi main snowboard. jadi dia nak bawak la kami pegi makan. sekali tgk tpt makan suma dah tutup. most ppl makan kat hotel je kot. tapi payahnye hotel ni serve daging. nak cari ikan atas gunung mmg susah la kan.. sudahnya malam tu makan roti je.. n maggi... like i said, kitorg tak kisah ngat. yg kesiannya kat umar tu la. pegi kedai beli macaroni instant n tuna pasta sauce. tuna lagi! macaroni tu rasa tak sedap pulak tu.. sabor je lerrr....

day 7 :

pagi ni nak bawak umar pegi main snow. cadangnye nak pegi sewa pakaian snow utk umar n myself. tapi kedai sewa tu satu hapak tak ada yg umar punya size. sume kene beli. buat apa nak main sekali je. pastu utk aku pun takde gak. mujur kitorg mmg pakai sneakers yg kalis air. tapi still tak syok jugak. time ni marah juga kat hubby sbb tak ready kan kitorg. aku malas nak basah2kan baju sbb besok dah nak balik. laundry tak de pulak kat hotel tu. kasut pun satu hal. ni yg aku marah sbb haritu nak beli boot tu tanak bagi. now nak main snow dgn sneakers. aku nye belah dalam kain. sng nak kene snow jugak. kalu ada boots tu mesti boleh main dgn sng hati. bengang gile. umar lagi la. seluar dia seluar cotton tu.. n haritu masa kat mesia nak beli snow boots, rm99 kat universal traveller. hubby tak bagi. kat kedai sewa tu jual lebih rm100. aku kata, takpa la, guna mmg sekali je. balik sok jual la online. mesti ada org nak beli nye. kesian kat kitorg tak enjoy main snow sbb takmau baju kotor.
sudahnya hubby layan kitorg main smpi tghari. ok la enjoy la jugak. tapi asyik takut kotor je lah..

umar getting ready to play at the kids area

break sekejap dalam kabin.

umar suka naik lembu kuning ni..

naik sorang tak jatuh. naik dgn ibu jatuh. hihi.

dah tghari, kitorg makan kat kedai ni. hubby pesan soba cendawan. takleh telan! so mintak nasik, makan nasik dgn cendawan.. nak nangis rasa nya. hubby mintak maaf dgn tuan kedai sbb aku nye soba tak habis. yg habis lauk cendawan je..


kat luar restoran soba

ptg tu aku n umar tido kepenatan.. hubby kluar balik pegi main snowboard. dia balik ptg tu, kami solat, pastu dia kluar balik utk main malam nye session pulak.
dinner, as always, roti n maggi je lah. makan jugak la buah strawberry, apple.. kenyang la..
lepas hubby habis main snowboard, kami keluar utk beli souvenirs.. handphone charm dia paling murah pun 300yen.. lebih rm10 tu.. nangis beli.. tapi beli gak 8 ketul kot. ok la puas hati dapat beli souvenirs.
malam ni kami buat list barang2 nak beli besok di tokyo sebelum balik ke malaysia. yg kami nak pegi adalah kedai kamera, gap, kedai kasut sukan, hard rock cafe sbb nak beli gak tshirt yg tak terbeli masa kat hrc yokohama tu, aku nak makan kebab. lepas buat homework search sana sini. kami dapati semua yg kami nak tu ada di ueno. so we decided, besok dari sugadaira, terus ke ueno. malam ni kemas2 beg, get ready to check out early tomorrow morning.

umar tido atas futon

macam duk dlm bilik nobita..

Day 8:
last day in japan. we're going back tonight.
lepas bfast, siapkan bekal tuna sandwich, kami check out dari hotel jam 8.40 pagi. ingat nak online dulu dlm keta sebelum gerak. nak cek camna nak pegi ueno. (prius yg kami sewa tu ada gps. mmg sgt2 membantu. tapi nak gak check kat google map) sekali tgk laptop out of battery. mlm tadi dah pasang charger tapi laptop ni kdg2 ngong sikit. dah cucuk wayar tapi kalu tak angkat skrin dia dulu dia tak detect. bengang tol... tgk takleh on langsung! sakit hati. sbb info kedai2 suma ada save dlm notepad. mujur henpon pun bole wifi gak. check la apa yg mampu. n then kami pun gerak turun dari sugadaira. naik haritu ikut jalan lain sbb kami dari yokohama. turun ikut jalan lain, sbb menghala ke tokyo. jalan turun ni lagi cantik pemandangannya. hubby kata sbb naik haritu jln negeri. turun ni jln persekutuan. lagi elok la. plus snow pulak turun dari mlm tadi smapai pagi ni. tgk rumah2 jepun disalut dgn snow soo beautitul...

dekat souvenir shop hotel tu ada jual mainan thomas. harga belas2 ringgit gak. aku pun beli la. ingat kan boleh keep umar occupied in the car. rupenye mainan hampeh. mainan mcm korek artefact. bentuk kotak pat segi, pasir keras warna biru. dia bagi sudu kayu n bruch kecik. konon2nya korek2 pasir biru tu sampai dapat hadiah la. ok, aku tlg korekkan cepat2 nak bagi thomas kat umar. rupenye bukan thomas pun. gambar harold dlm bebuli lutsinar. fuuu...... tertipu. tu la takleh baca arahan, main beli je. terbang 520yen.
ni yg umar mengamuk ni. ingatkan dpt thomas. rupanya tak dapat apa. menjerit2 la dia. sori sayang.... ibu pun kecewa jugak..

nampak rumah2 cantik masa turun dari sugadaira

dlm kul 12 kami berenti di rest area ni. kat mana ni ye. gunma? ntah lah. tapi ada tempat mainan kanak2. jumpa thomas. umar excited gile!

thomas tu ibu tak muat nak naik. yg ni baru muat. so naik la menatang ni 2 round. suka sgt.....
kami makan di restoran depan tempat mainan ni. umar pun apa lagi. berlari nak keluar dari restoran. mujur la pelayan restoran tu bagi mainan kat umar. distract dia sikit. makan kat cni tempura lagi. hubby makan soba lagi. tapi soba kali ni tak wek mcm yg smalam. takde rasa pelik. tapi aku dah takleh terima dah hari ni. tempura je boleh. ingat nak balik mesia makan nasik ayam je. hehe.
kami solat kat parking je kali ni. tapi takde org prasan rasanye sbb tak ramai org kat hiway..

dlm kul 2 baru lah kami sampai ke ueno. masa di sugadaira kami dah check dah parking area yg ada di sini. parking pilihan kami penuh pulak. hubby mmg dah agak sbb parking space mmg limited kat bdr2 besar ni. tapi sistem parking dia mmg sgt efficient. bila satu kereta keluar, satu dibenarkan masuk. ada pembesar suara yg menghalakan kereta2 naik ke tingkat yg ada parking kosong. kemudian ada siren setiap kali kereta naik/turun parking tu supaya kereta depan berhati2. sgt bagus. tiada kes berebut parking macam kat msia.

lepas park kereta, destinasi pertama adalah, yodobashi, kedai kamera. wpon dah decide mcm nak beli kat mesia je. kami pi gak yodobashi ni. kat outlet di akihabara, kamera di pamer ikut jenama. tapi kat ueno nye ni dia pamer ikut kategori. mcm yg kami cari tu, semua jenama ada, dalam kategori yg sama. which is? compact camera yg ada fungsi mcm slr? camtu lah lebih kurang.. aku pun tak paham sgt. ok so. kami pun belek2 la. mmg panasonic takde english menu. tapi rupenye selain panasonic n sony, kamera lain masih ada pilihan english menu. mula2 takde hati nak kat kamera lain. tapi bile tanye kat pekerja, dia kata, kalu ikut ranking, lumix lx5 tu no.2. canon g12 no.3. no.1 apa? nikon p7000. kami pun belek2 la nikon tu. mmg hati dah bulat nak beli kamera kat nihon ni. so we decided to buy the nikon. weeheyy! happy nya. wpon duit habis tapi sgt berbaloi. dah la masa kat akihabara tu aku tengok banner nikon. ambassador nikon ni sape tau? takuya kimura! aku kata kat hubby time tu, yang kite kene beli nikon la. sbb takuya kimura yg jadi model dia. dlu kan aku minat giler kat takuya ni. sekali tetengok mmg beli nikon pun. teeehihihi... i lap you kimutaku...

lepas gi yodobashi, kami pergi hrc. beli tshirt yg dipesan tu. n aku beli keychain satu. 1000yen keychain... rm37!.. later i came back sbb nak beli fridge magnet. ni lagi la 1500yen. rm50 lebih. pengsan. pastu kami pegi la pasar ameyoko cho apekemende tah.. makan kebab kat cni tapi aku rasa akiba nye kebab lagi sedap... pegi gap beli hadiah utk anak2 sedara, masuk kedai mainan beli keychain lego utk anak2 sedara.. masa aku gi gap, hubby gi cari kasut asics utk dia dan adik dia. lama dia menghilang. dtg balik dgn plastik besar isi 2 kotak kasut n kata, duit dah habis. huhu!!! sudahnya hubby, adik n mak beliau dpt kasut. aku? hampeh.... kdg2 terbayang gak boots crocs tu tapi rasa mmg takkan pakai la kat cni.. hihihi...

ueno station gi hard rock cafe..

Kul 6 gitu baru kami keluar dari ueno. beli kamera di yodobashi dapat free parking selama 2jam stengah. yahooo... pastu sbb ada pasport pun dpt diskaun gak... so parking kami byr dlm 500yen saje. pastu kelam kelibut cari stesen minyak. patutnye nak ke haneda around half an hour je naik hiway tapi sbb nak cari stesen minyak kene ikut jln bawah. pusing2 berpandukan gps, jumpa gak stesen minyak. mujur la sempat kat kul 7 dah pakcik tokey tu pun dah nak tutup kedai. gi toilet dia. pergh macam toilet hotel. toilet roll siap buat bucu tiga segi.. bidet mmg ade lah. jatuh cinta aku.
pastu pecut pulak nak pulang kereta kat2 haneda. jem pulak. gps siap bgtau ada construction kat dpn. mana gps ni tau? sbb communicate guna satelit blablabla (hubby kata tak tahan duk jepun sbb terlampau maju.. hehe.). Htr kereta, pastu ada van shuttle datang utk htr kami ke airport haneda. 10 minit je jarak nye.

Sampai2 haneda, kemas barang2 yg baru shopping tadi, buang kotak2 kasut mana patut, bukak balik beg kat airport tu nak susun barang. solat kat toilet disabled yg siap ada katil!.. mandikan umar, charge laptop n henpon sampai full bar... baru check in.
tapi berlaku satu kesilapan. hubby pegi check in sorang2. kami duk lepak kat tpt charge laptop. rupanya stroller kene check in gak. takleh bawak. ingatkan macam kat klia n lcct takyah check in. masa dah nak boarding tu baru la flight attendant dtg tanya, tak check in ke.. kelam kabut dah aku waktu tu. hubby hilang pegi isap rokok pulak tu. tergagap2 nak jawab. dah takut kene tinggal stroller kat jepun. hehehehe....

alhamdulillah takde masalah boleh check in stroller kat gate. kami pun boarding air asia utk balik ke msia. yg paling aku suka tgk runway crew dok lambai2 masa kami nak berlepas tu. macam tau2 je kami akan tinggalkan bumi jepun ni tak dtg dah anytime soon.
tak lama lepas naik, umar n ayah nye pun lelap. ibu je tak brapa nak lelap sepanjang flight. kami bernasib kerana even though tempah 2 seat saje. umar kan infant spttnya kongsi tpt duduk dgn parents tapi flight pegi balik takda sapa duk kat seat ke 3. jadinye pegi balik umar ada seat sendiri n boleh tido baring la.. Alhamdulillah.. makanan dlm flight pun sedap2. pegi makan nasi ayam, tapi takde sayur n sup. balik makan chicken teriyaki with rice. pun sedap gak. lapar tu dah tgh malam...


Next morning, adik hubby dtg amik kami berdua di lcct. hubby amik teksi terus gi opis! sbb dah isnin kan...

Maka tamatlah percutian kami di jepun. suka sangat. rasa nak pegi lagi besok jugak! hohohoho...

susun brg2 dibeli kat jepun sebelum dipassing kepada penerima2 nya...

4 comments:

Oyis said...

wow pjg giler entry ni! best2 gi japan ek...

masz14 said...

hihihihi... we really enjoyed our time there kak noris...

FazMelati said...

hi kak :) im going there this weekend, hopefully boleh enjoy macam akak enjoy,

FazMelati said...

hopefully saya preparation saya mencukupi, tak penah smp jepun lg ni,