Wednesday, January 12, 2011

Percutian keluarga 'Adil Wahid

I would like to make this post a scheduled one.
Selama ni aku tapaham kenapa orang nak kena buat scheduled entry. dah ko habis tulis tu, publish je la terus. kenapa nak tulis blog waktu malam n then nak auto publish besok harinye? ada kaitan dgn nuffnang kah?

Tapi kali ni baru aku nampak situasi di mana boleh buat scheduled entry ni. when you have something to write, u cant let the readers know now, but if you dont write it now you might forgot the details of that story.

so here i am, writing a scheduled entry.

seperti yang sstgh kamu sudah sedia maklum, kami sekeluarga akan bercuti ke jepun, bermula 16/01/11 sehingga lah 23/01/2011.

macam2 hal yang berlaku sebelum impian nak bercuti ke jepun ni jadi kenyataan. sebab tu lah sebelum semuanya konfem aku malas nak bg tau orang.

tiket penerbangan ke jepun kami beli sewaktu air asia mengadakan promosi sempena penerbangannya yang pertama ke haneda airport, tokyo.

fyi, waktu tu aku mmg tgh menyimpan duit utk beli tiket ke sana. nak beli tiket msia airlines, mahal.. hubby was not willing to spend rm 4k just for flight tickets.
bila baca pasal promo ni, mmg aku excited gile tunggu nak beli di saat dia bukak tempahan tu.

hari kamis tak silap aku, jam 11 pagi. pergh banyak benda terjadi waktu tu. dari harga tiket murah gile sampai naik berkali2 ganda. dgn stuck masa kat payment page. dgn silap masukkan tarikh. dah la aku di rumah n hubby di opis. communicate thru phone je nak bincang. malas nak ingat balik. mmg stress gilak time nak beli tu. akhirnya kami dapat beli tiket pegi balik utk 3 orang anak beranak ni dgn harga rm2200 lebih kurang. kami tahu ada org yg dapat murah gila like around rm200. yg ni takdak bukti. yg ada bukti sempai hubby dapat beli tiket harganya dlm rm600. pegi balik ye.

nak tau apa trick nye? kene beli utk sorang je. kalu beli utk 3 orang, proses jadi 3 kali ganda slow. nak isi particulars, pilih tpt duduk, makanan, luggage etc.

tapi takpe, kami dah cukup berpuas hati. duit yg mmg dah ketepikan utk beli tiket tu siap berbaki banyak lagi sbb asalnye bajet nak beli tiket mas.

selesai je proses pembelian tiket yg super stressful itu, hubby yg on the phone from the office ended the conversation by saying, "yeay gi main snowboard.. ok lah bye."

tujuan kami pergi ni berlainan sebenarnya. aku sibuk nak gi disneyland n nak gi erm shopping sikit2. hubby pulak nak pegi main snowboard. jadinye kami atur jadual. mula2 pegi disneyland dlu. kemudia pegi window shopping n sight seeing around tokyo, kemudian pegi main snowboard. everybody gets what they want. heh heh.

tujuan kami pilih tarikh 16 jan ni adalah kerana, hubby baru dpt bonus, peak season sempena christmas n new year dah berlalu n umar belum masuk 2 tahun. jadi harga tiket utk beliau murah lah.

jadi selepas tiket berjaya di beli pada september lalu, kami pun lupakan lah kejap hal percutian ni sbb ada lebih 4 bulan lagi sebelum waktunya tiba.

tapi mmg aku menunggu year end sale haritu lah utk beli winter gear utk aku n umar. hubby tak yah beliau ada je lagi baju2 sejuk dia yg dulu.

paling aku suka merayau sekitar kl cari baju sejuk.
haritu yg aku kata aku pusing sg wang sampai pavilion tu sebenarnya mencari winter gear kat umar lah. bygkan winter jacket for toddlers kat universal traveler sampai rm399. kat goin' places rm169(cap ayam). kat travel for all takdak langsung. kat mothercare rm299 (thomas n frenz nye lak tu! tapi size umar takde pun.) tu yg akhirnya dapat jumpa di pumpkin patch dgn harga lepas dikaun 30% rm130 je!! melompat2 aku kegembiraan. literally. dah la berjenama, paling murah lak tu antara sume. even satu baju sejuk cap ayam yg aku jumpe kat kedai baju2 from china kat sg wang pun harga dia rm100. kalu la aku dah beli yg ni pastu jumpa yg kat pumpkin patch tu mmg dah nangis dah. pasti aku akan beli gak yg pumpkin patch punya n jual yg cap ayam tu kat mudah.my. harhar.

umar punya attire :
  1. Snowboarding jacket, Pumpkin Patch @ Pavilion = rm130
  2. Knit sweater, wool, U.T. @ Jusco Bdry Melaka = rm79
  3. Sweater suit, cotton, jbaby @ Jusco MV = rm20 (ni yg beli masa nak gi cameron in 2009)
  4. Long john, microfibre(wth is this?), U.T. @ Jusco B.Melaka = rm169!!! (mahal gilos cekik darah univ. trvlr ni)
  5. Long john, wool, Winter Time (The Travel Shop) @ Jusco CS = rm139.
  6. Socks, UT @ Jusco B.Melaka = rm19 (kene katok lagi dekat UT)
  7. Socks 3pairs, Travel for All counter @ Jusco CS = rm5/pair
  8. Snow gloves (waterproof), Goin' Places @ BBPlaza = rm15
  9. Knit gloves, Goin' Places @ BBPlaza = rm15
  10. Cotton gloves, Sox World @ MV = rm19
  11. Snow cap, Goin' Places counter @ Metrojaya Midvalley = rm19

(sikit lagi nak beli snow boots rm99 di UT Jusco B. Melaka. tapi hubby tak bagi.)
jadi kasut umar adalah sneakers adidas jer. kalu insole kasut tu basah kene snow sile salahkan bapaknye.

ibu nye pulak :
  1. Outer Jacket, Winter Time (The Travel Store) @ Jusco CS, RM 239 (after less 40%)
  2. Wool Sweater, Travel for All counter @ Jusco CS RM50 (after less 50%)
  3. Long John set, Travel for All counter @ Jusco MV, RM119 (b4 20% less)
  4. Long John shirt only, Goin' Places counter @ Metrojaya BBPlaza, RM36
  5. Long John pants, cilok kakak aku punye.
  6. Gloves, Goin' Places counter @ Metrojaya MV, rm29
  7. Winter Scarf, cilok je lah scarf mama yg mana2 ada.. yg aku beli kat ooty india dlu pun ada gak.
  8. Shoes : adidas sneakers. tapi tak girlish lah pakai sneakers. gatal cari snow boots tapi kene marah dgn hubby. dah nak sampai tarikh nak pegi baru teringat ada leather boots snowfly yang beli masa zaman bacelor dlu tak penah pakai until today! gosh. luckily masih muat sbb masa beli tu pun amik size yg agak besar. which coincidentally the exact size im wearing now. rasa nak nangis. kasut tu harga dia rm239 tersimpan rapi dlm sarung,kotak kasut dlm almari baju for more than 4 years!!

ayah :

tak beli apa2 lgsg.

wakaka.

ok habis citer pasal preparation barang. nak cerita pasal visa application pulak.
punya lah leceh... kami hy apply visa exactly 6 days from our departure date. n it took 3 days to process it.
mmg sgt leceh sampai cakap kat hubby. tobat dah tanak dtg jepun lepas ni. but he replied, tunggu la awak sampai sana nanti, tgk best ke tidak.
hmm yolah.

ni dia syarat2 nak apply visa ke jepun for holiday & visiting friends :
  1. Original passport - takde masalah. umar nye pun dah buat dr 2009, 2011 baru dpt guna.
  2. One (1) visa application form (downloadable) - takde masalah. isi borang je.
  3. One (1) photo (4.5cm x 4.5cm) with white background which is taken within 6 month from the visa application and must be pasted on the application form - leceh gile tobat nak amik gambar pasport/visa umar. takleh dok diam.
  4. Itinerary in Japan (downloadable) - Isi borang je. no prob
  5. Employment certificate stating your position, department in the company and length of service(using the company letterhead) - No prob
  6. Personal savings, latest current account statement, fixed deposit, Tabung Haji or Amanah Saham Berhad (ASB) (original certified true copy by the bank) (need to show the applicant’s name as the account owner, account number and current balance) - paling leceh sekali. nak kene ada at least rm10k dlm acc!! geram gile.. kene tunggu bonus masuk baru boleh apply visa. masa gi europe haritu, dapat beli tiket je dah senang hati. pedulik apa ada brapa duit dlm acc. visa jepun ni.... tu kalu sorang kene ada rm10k. kalu 3 orang? tak ke 30k?? tapi dia tak tulis pun dekat website dia kene ada rm10k. but everybody seems to know about it.
  7. Copy of marriage certificate (spouse) or birth certificate (children) to show proof of relationship between the main applicant and the person(s) accompanying - panik jugak saat2 akhir sbb tetiba terpk, eh nak kene translate ke english ke sijil nikah ni? mmg tak dpt tido malam sbb time ni dah suntuk sgt. tetengok takyah pun. birth cert budak2 skang mmg dwi bahasa. takde masalah di situ.
  8. A guarantee letter (downloadable). If the guarantor is a foreigner, please include a copy of his/her passport and visa page or copy of alien registration card (both sides) - ni pon sgt2 leceh. mujur ada sempai hubby (yg berjaya beli tiket air asia rm600 tu) yg kebetulan balik bercuti. boleh sign guarantee letter, bagi dia punya alien card utk difotostat. last minit gak baru dapat ni.
kesimpulannya, no 3,6,7,8 mmg sgt2 leceh. 6,7,8 tu hy dpt disetelkan genap 7 hari sebelum tarikh nak pergi termasuk hari cuti. mmg cuak giler2 waktu ni.

ditambah pulak hubby yg tetiba nak tukar hotel yg dah ditempah. dah la kalu kensel 7 hari sebelum kene bayar 1 night stay. reason beliau nak tukar hotel :
  1. hotel yg aku tempah kat agoda.com tu jaraknye dlm 15 minit walking time ke pintu disneyland. wpon ada shuttle, tapi hubby takmau.
  2. haritu masa aku book, hubby percaya sepenuhnya kat aku. la ni bila dia tgk balik, baru dia dpt bygkan tpt tu macamana. yg dari haritu tak tgk sapa suruh.
  3. masa aku book, org tgh sibuk booking utk end of year holiday. jadi rate mahal. 7 hari sebelum tarikh kami pegi, hubby tgk balik, rate dia dah turun kerana dah tamat peak season. sampai kami rugi lebih 100usd.
  4. reason kenapa hubby tetiba nak tgk balik hotel2 tu adalah kerana, kami dijangka sampai jam 10.30 malam. tapi masa sempai hubby yg balik mesia naik airasia tu, flight delay from malaysia. sampai sana almost midnight. tambang teksi ke hotel yg sudah sedia mahal menjadi berganda sbb dah midnight. around rm300 gak. so dia ambil keputusan utk tempah hotel yg ada direct link monorail dgn haneda airport utk malam kami tiba di sana.
  5. hotel yg berhampiran disneyland jugak dia tukar. dari yg 15 minit walking time jadi yg betul2 depan gate disneyland. aku tak tgk pun lagi facilities hotel tu camana. kali ni percaya kat hubby je. wpon aku jarang2 percaya kat dia utk urusan2 pergi bercuti ni. tah mende2 di pilihnya.
wpon kami kensel tempahan melalui agoda tu tepat2 7 hari, namun hubby berjaya mendapatkan full refund.(agoda dah caj kredit kad sejurus selepas tempahan dibuat 2 bulan lalu) sbb sebelum dia contact agoda, dia contact dlu hotel tsbt. turns out hotel tu tak dpt apa2 byrn lagi dari agoda. n takde masalah utk full refund. (aku kata dlm hati, hala ko boleh cakap jepun mcm native jepun boleh la dapat full refund.. cewah..)
tapi agoda pulak awalnya mmg nak caj one night stay tapi slps argue dgn hubby thru email, hubby suh tepon hotel tu sbb hotel takda masalah nak full refund. akhirnya berjaya dikembalikan wang sepenuhnya.

kata aku dlm hati, aku tak pernah jumpa org yg selalu bernasib baik mcm suami aku.

kalu aku la dlm situasi tu, awal2 dah give up dah. takde nye dia nak pulangkan semua kat aku. huhu. mentality of a malaysian who grew up in malaysia...

lega la aku. sbb masa pegi europe dulu, kami tempah hotel melalui booking.com. pun nak kensel gak. sbb hubby tempah kat mana tah walhal aku dah pesan dah tempah yg kat bayswater. sudahnya hotel tu tak pulangkan pun duit kami wpon kami kensel awal jugak. rugi lebih rm500 disitu....

ok itu lah sedikit sebanyak dugaan yg kami lalui semata2 nak pegi jepun ni. sapa yg tak serik??? next time im going back to paris. or any other visa-free countries.

oh ye, salah satu tujuan aku menulis scheduled entry ni juga adalah untuk mendatangkan mood utk rasa excited nak pegi holiday sbb mcm dah fedap byk sgt hurdles.

ok thats all. bye2.

No comments: