Monday, March 28, 2011

kecuakan melanda

  1. hati gembira datang ke opis apabila a.umar ditinggalkan tanpa menangis tak bagi ibu pergi, b. dapat makan roti canai feveret sama teh tarik... wuuhuuu.....
  2. dah lama tak menulis sbb hati panas dgn hubby. sepatutnye beliau balik jumaat lepas, pastu tangguh besok, pastu tangguh jumaat ni. hangin jer. mula2 nak suh beliau balik semalam. tapi memikirkan tiket yg mahal gilos sbb last minit baru nak beli, pastu aku pun bizi nak prepare utk lecture minggu ni, beliau pun byk nak buat paperwork, terbatal lah rancangan. sabor je ler sampai jumaat. mula2 mmg marahhh je. tapi smalam dah reda marah. its for the best. rm700 yg tak terbang utk tiket flight boleh guna utk beli 3ds kehkehkeh. jahat kan aku? but turned out semalam me n him both busy gile. kalu dia balik alamatnya dua2 orang punya keja banyak tertangguh. how sad is that? now i understand how those working couple feels when they have to sacrifice their time together for the sake of their jobs. n that sucks.
  3. hari sabtu dapat surat keputusan temuduga sirim. tak berjaya. huhu. takde lah sedih sgt sbb dah suka kerja sini. dekat dgn rumah, gaji ok, boleh lari tgk umar tghari, workload not bad. i really can get used to this. tapi perancangan hujung tahun ni masih belum tentu. pasal sirim tu dah tau dah mcm tak berjaya, sbb masa intibiu 1. dah kata takmau pindah s.alam sbb taraf jawatan kontrak, 2. nak gaji besar dari yg diorg offer, 3. dah bgtau dpt tawaran kerja sekarang ni dgn gaji sikit je kurang dari yg depa nak offer, 4. bgtau mak ayah dah attached dgn cucu, susah nak move out. dua org calon lagi single mingle. anytime bole angkut barang pindah s.a. so mmg tak dapat lah aku nih (kalu dapat pun pasti rejek sbb tak mungkin aku nak bagi resignation letter padahal baru keja 2 minggu).
  4. besok akan aku hadapi kelas yg pertama. cuak tak hengat.... dah la first class kul 8.30 pagi. panik2. sekali tgk studentnya hanya 4 orang! adeh laa... nak cakap apa dgn 4 orang? buat round table discussion je lah kot.
  5. tapi second kelas for tomorrow, kelas java, 81 orang students. DIE!
  6. i tried to be as organized as i can at work. but i cant. meja slalu bersepah. laci terbukak, stokin duk atas meja... kunci kereta duk atas para... beg terlentang atas lantai.. heheheee.... harap2 orang tengok tak pening.
  7. gaji pertama setengah bulan dah masuk. rasa nak nangis. (T_T).

Tuesday, March 22, 2011

dimanakah orang itu?

kenape takde orang cek blog aku dari jakarta ni????
kate rindu.. tapi balik bilik terus babum tido..
tapi ada org dari might masih menyinggah ke sini..
takpe la encik, saya dah kata saya tanak kan kerja tu.. takyah la dtg cni lagi... saya tak suka orang yg saya tak kenal datang baca luahan hati saya.
blog ini khas utk kawan2 saya saja tahu???


anywayz, ni dah kul 1.45 aku masih tegak dpn pc.
buat apa??
menjahit beg haversack milik kawan kakak aku yg aku pinjam bawak ke jepun yg kusumbat dgn semaksimum kapasiti.
tapi yg mengoyakkannya bukan aku. tapi krew kapal terbang yang menarik beg tu kat handle yg paling fragile itu. ala yg diantara bahu tu.
bengos tol.
htr kat org jahit kasut. lagi hampeh kerja nya.
tetiba tadi kakak aku telepon, kata tuan punya nak kembali beg tu besok.
aiyak! mlm ni jugak aku tetas balik jahitan yg tukang kasut tu jahit, jahit sendiri.
sejam gak. tapi hasil nya? lagi kuat dari jahitan mesin beg tu sendiri.
tak percaya?

tak caya sudah... i really am that good..

Monday, March 21, 2011

sambil kerja sambil membelog

  1. work is not so bad, i can tell you that. kene tinggal anak tu yg super duper bad.
  2. smalam berdua dgn umar ranjau midvalley yg penoh utk cari kasut adidas yg telah menambat hati. pusing midv n gardens tapi tak jumpa! last2 gi al-ikhsan metro point. dapat dah.. yahooo... come to think of it, kasut ni boleh dikatakan baru jugak keluar, sbb masa beli kasut adidas yg nak gi jepun haritu, tak nampak pun kasut ni.
  3. umar menangis sikit pagi tadi masa meninggalkan beliau bersama mil. adeh la anak ibu. tlg la taf sikit.. 3 hari dah duk berkepit dgn ibu. bg la can ibu gi keje....
  4. iye 3 hari. jumaat aku cuti sbb temp umar tinggi gile! gi klenet tgk klasmate pulak yg jadi dokter kat ctu...
  5. so jumaat-sabtu-ahad, tak berenggang langsung. ingatkan hari ni steady dah la dia. tetengok same aje. probly bcoz kazen dia takde kot tadi. kalu ahmade ada, dia tak perasan pun ibu pegi.. huhuhu... tapi lepas tu tunggu gak kat pintu... adeh laa....
  6. hubby telah menjatuhkan bom atom, apabila mengkhabarkan yg beliau akan balik lagi lewat dari yg telah dirancang. huuuu berasap....... lewat 4 hari pulak tu... grrr... dah la my 1st class will be on the 28th of march. ingatkan b4 stat kelas boleh jumpe hubby, dapat ucap selamat dari dia.. tetengok hampeh....
  7. so far dia dah outstation 9 hari. ada berbaki lagi 8 hari. n bil tepon dah mencecah 200 hinggit. darn it.
  8. now can i say that im totally madly in love with my husband? wahaha!
  9. pagi ni je dah dgr 2 kali orang kene marah/tegur. adoi laa..... kenapakah???? boleh tak nak kerja dlm keadaan harmony je?? tak leh blah la benda2 negatif camni....
ok bye2.

Thursday, March 17, 2011

f.o. sungguh

  1. pada org yg asyik tanya, bila nak keje
  2. asyik push cepat la keje
  3. asyik kata umar dah besar, bole hantar taska
  4. kata kalu nak hidup sng dua2 org mesti keje
  5. yg menyemak dlm fikiran aku
dah kata dah haritu, yg menanggung nye aku. tapi kenapa aku ikut jugak cakap orang wpon tahu akan menyeksa diri sendiri??

sbb ada benda lain yg nak dikejarkan. kerja ni lah salah satu benda besar yg dpt membantu.

bukan tak suka kerja baru ni. just tak suka kerja. period.

darn it.

pujuk hati macam2 pun takleh jalan gak.

laptop beg lss tak jadi nak beli sbb laptop company berat nak mamp. kene bawak backpack gak. gonna have to stick to my old nike laptop bag jugak. bag tu pun jauh jalan gak. india,londong,pari,tokiyo.. bertuah nye ngko bag laptop.

parking jaoh giler. kene jalan10-15 minit. semput. kalu pagi tu tak bfast dlu, sampai opis rasa nak pitam. darn it lagi.

rasa nak pegi opis pakai kasut sukan. supaya boleh lari. cepat sikit.
rasa nak beli 2 kasut n 1 selipar crocs sbb leper n selesa. tapi kasut getah tak serap peluh, jalan jauh2. bau dia pergh....

dgn keadaan skarang yg suke hujan time pegi n balik keje.. kene usung payung hari2.

i didnt sign up for this?! kalu tahu kene parking jauh camni mmg jadi minus point dah haritu. darn it lagi.

tapi kuatkan hati. keja cni sbb nak experience, nak brush up on my english.

n the only reason yg buat aku terbuka hati nak terima adalah bila nampak ayah izzaldin tu. bukannye kroni ke apa. tapi rasa macam. ok, ive seen how ur kids turn out. dari situ tau, ok anak2 macam ni mesti terhasil dari ibu bapa yg baik jugak. tu yg buat hati terbukak tu. biar kan la orang lain yg keje dgn kita camana. dah la tu pulak dia kata dia kenal baik dgn my mom, my sv.. i was like... ok, my mom n sv pun orang baik2, n u are good friends with them.. mmg orang baik kawan dgn orang baik je... hihihihi.......

tapi tgk sstgh lecturer melayu ni, tak pakai tudung, kain terbelah. aiyoo.. ko nak ajar orang, diri sendiri pun tak terajar....

terasa bebanan menjadi pensyarah wpon belum lagi mula mengajar.
apa yg aku nak bebelkan dlm kelas ni nanti.

ada ura2 mcm nak dapat 2 kelas dah utk hujung bulan ni.

berpelohh.......

suami menjadi tempat melepaskan keluhan dihati.. kene tinggal umar, sampai demam...

iye demam dah umar malam ni... dah agak dah something like this could happen. mmg seumur hidup aku ni, bila berlaku je perubahan yg besar, mesti demam. kali ni bukan aku yg demam, anak aku yg demam. dulu masuk form 1 demam, sbb 6 tahun jadik raja kat skolah rendah tiba2 hilang sume kawan2 berterabur... pastu kene paksa la dgn mama n abah suh masuk kelas arab, yg mana geng2 skolah rendah sume tak masuk aliran arab.

but ended up bahagia sbb jumpe suami kat kelas aliran arab tu la.... wahahahaha.....

pastu masuk uia lari, masuk diploma upm tak demam rasanya sbb hepi dpt lari dari uia.. hahaha
masuk degree upm tak demam gak sbb geng ramai...

masuk masters tak demam gak sbb tpt familiar...

masuk keje anak pulak demam sbb ibu nye cube kuatkan semangat... ttgk kena dekat anak.
rasa kesian gak bila ptg2 dtg jemput umar muka dia toya je. penat tunggu seharian utk ibu dtg amik...

am gonna have to improve my routine lah...

  1. pagi bangun solat subuh, JANGAN TIDO BALIK.
  2. 7.45 gerak dari rumah.
  3. 8 lebih sampai serdang. either bawak umar makan roti canai or drop umar n terus gerak ke opis.
  4. 9 sampai tpm JALAN KAKI 15 minit nak sampai opis. darnnn it.
  5. tunggu lif 5 minit lagi. darn it betul lif lembab nak mamp.
  6. log in, ketuk pintu bilik member ajak minom. haha.
  7. kat kul 10 masuk opis buat keje.
  8. kul 1 lunch tapi slalu lauk dah habis time ni.
  9. 1.30tgh solat zuhur
  10. 2 balik bilik
  11. 4.30 turun solat asar
  12. 4.50 naik kemas beg.
  13. 5.00 ca alip but. tapi kene jalan 15 minit lagi, jem dah keliling tpm tu... arghh....
tapi payah nak kekal rutin ni. buat keje 5.30 jam je cukup ke?
belum start kelas lagi..

ok la dah tgh malam. besok taknak tido balik pas subuh.
tata.

Monday, March 14, 2011

tak penah2 2 post dlm sehari...

I cant believe that I have finally started working!
And Im really glad that i did not turn down this offer. masa buat pros n cons list mmg rasa takmau keja ni sbb takoot..
tapi bila dah mula keja, rasa macam, nak takut apa? i have the qualifications, i have some experiences, bila lagi nak asah bakat?
Tambah lega bila ada seorang lagi yg sama2 lapor diri tadi. jadi ada la geng. wpon laki. geng jugak lah. sementara nak kenal dgn org lain. but i dont think akan kenal dgn semua org kat cni sbb ramai! lecturers pun ramai. ada dlm 6-7 bilik lecturers. 1 bilik ada dlm 10 orang. tapi tak pernahnye penuh.
working hours, wpon dlm offer letter kata 8.30am-6pm, tapi rupanya core working hours 9.30am-5pm. cantek.. takde la nak rush sgt pagi2. n ptg tadi kul 5 lebih sikit je terus balik. ingat nak duk lagi sbb ramai je lagi. byk gak krusi yg dah kosong. tapi terkenangkan umar, balik lah.

bila balik tgk, mcm nak nangis.. macam nak tanya, "ibu pegi mana tinggalkan umar?" tu la sapa suh tido lewat mlm tadi. pagi masa htr dia tak bangun tidur lagi. sampai ptg baru dpt jumpa ibu. terkejut sikit kot. tapi takpa, insyaAllah akan bertambah baik.. ayah balik dr jakarta nanti boleh htr taska..

now umar dah pun tido. sbb siang tadi my sil kata dia tak tido langsung... kesian. i bet he really cant wait to start talking. nampak mcm byk je benda yg dia nak tanya/cakap tapi dia diam je. tunjuk kat perangai je.

besok pagi nak pi makan roti canai feveret dulu dgn umar b4 dropping him off at my pil's house. takde la dia terkejut sgt kalu kene tinggal....

best jugak keje ni. pagi2 buleh makan roti canai feveret. pastu gi keje. keje keje, tghari lunch borak2 dgn orang, pastu ptg keje keje keje sikit lagi, pastu balik jumpe umar, lepak dgn umar sampai mlm.. ulang2, hujung bulan dapat gaji... yahoooo....

eh hubby nak campak mana? hahaha... dia takda 2 minggu ni..outstesen ke jakarta. wpun sedih sbb dia takda di saat aku melangkah ke dunia pekerjaan, tapi dia tak putus2 cakap good luck n excited nak dgr camana 1st day keje aku.. wpon hanya through phone call...
n ada hikmahnya juga dia takda. i can really focus on settling in to the job sambil latih umar biasa tanpa ibu di waktu siang. pastu hubby balik terus selitkan dia dlm rutin kami nanti...

mmg sayu bila teringat kat umar tapi pk2 balik, kalu duduk rumah, keja dia mmg tgk tivi aje. takde lain dah. mmg tak sabar nak htr dia ke taska so he can learn to mingle with other kids. mmg la byk cabaran nye htr anak ke taska ni, tapi bila teringat balik betapa suka nya aku pegi tadika/sekolah dulu, mmg taknak umar miss the good fun of being around friends. umar pun dah besar... 2 tahun lebih dapat duduk dgn ibu mmg cukup bertuah...

so aku sendiri kene belajar kurang kan emo bab berpisah dgn anak ni. bukannya lama pun. 9 jam je. 15 jam lagi ibu akan dok berkepit dgn umar je. amacam??

mmg betul best feeling jadi pensyarah ni berbanding dgn keje programmer or apa2 desk job (ni aku punya pendapat laa..) wpon baru sehari.. tapi dapat rasa freedomnya... tadi kat tpt duduk pun, ngadap laptop lama gak sbb tak de apa2 nak buat lagi. kene baca2 some stuff regarding the job. itu pun sakit mata dah. tu yg nak kene bawak lens spray, eye mo segala bagai. rasa cam sakit mata sbb asyik dok ngadap pc. n mmg rasa nak cabut je tudung ni. (kalu ada bilik sendiri lama dah aku tido gaya snooker ni!!) rimas dok berteleku ngadap laptop macam tu... i guess im the kind of person yg tak boleh duduk diam. mesti gerak sana sini kalu tak nanti jadi cacing kepanasan.

tapi taktau lagi la kan. kerja takde lagi, tak perlu ngajar lagi... we'll see how things go....
purata contact hours bagi lecturer di sini adalah 15 jam! sehari purata 3 jam kene ngajar.. (gulp!!) tapi mmg rasa, keje sini mmg dapat polish my teaching skills (or i can find out if ihave what it takes to be a lecturer..)

in the mean time berharap dear hubby dapat maju dlm kerjaya beliau, gaji naik gedebum gedebam, aku boleh sambung phd, get that dr title n stay at home with my kids. a stay-at-home phD mom. doesnt that sound GRAND??

Hari pertama bekerja

Ada orang dari tpt yg aku mintak keje menyinggah ke blog ni pulak.
Takpe encik, saya dah ader keje dah.
And i sincerely think i'm gonna be happy here.
Thanks encik for your brief attention.

Benda nak kene bawak dtg opis besok :
  1. Tisu sekotak
  2. Baby wipes utk sapu muka sbb muka berminyak gile wpun baru stengah hari dok opis
  3. Botol air
  4. Lens spray
Barang tambahan nak beli :

  1. Lesportsac Laptop bag weeehu! lama dah teringin ni.... pastu boleh jual lss punya laptop sleeve kat mudah. hih hih.
Excited nak keje. tapi sedih bila teringat kat umar. be strong umar!

Saturday, March 12, 2011

Apakah Kesudahannya? (part II)

Kisah ini adalah kesinambungan dari Apakah Kesudahannya? (Part I)

Tapi cerita kali ni dah bermula dari entry sebelum ni iaitu, marahnye aku.

mengikut entri lalu, aku telah menghubungi fakulti pendidikan ukm (no more berkias2) berkenaan dengan keputusan temuduga aku pada 20 dec 2010 yg lalu.

Tujuan utama aku menghubungi mereka adalah kerana aku telah selamat menerima offer dari apiit@ucti. insyaAllah kalu tiada aral melintang akan melapor diri pada isnin ni.

so bile dah konfem ada keje ni aku konfiden la sikit nak enquire pasal intibiu yg dah kat 3 bulan takde kabor berita itu.

So kelmarin, rabu, aku pun berani kan la diri menghubungi dr. izham, selaku orang yg memanggil aku intibiu di fakulti tersebut. dah bbrp aku call, tak pernah nye berjawab telefon pejabat beliau.

dah tak dpt call beliau, aku pun call la penolong pendaftar yg ada dalam sesi intibiu aku tempoh hari.

dia ni la yg tergagap2 kejap suruh tepon balik, kejap suruh bagi email. pastu kata dah lama surat dihantar pada aku, silap alamat kot, tambah dia. cakap ikut dan dia je.

dah ada peluang nak menulis email, aku pun karang lah elok2 mintak exactly apa yg aku nak. iaitu keputusan temuduga tu. suami pernah nasihatkan, tulis surat. bila ada hitam putih, baru depa terdesak kena menjawab. aku tak punya kesabaran nak tulis surat n tunggu reply. sedangkan surat keputusan pun tak ada. ini kan pulak nak membalas surat komplen.

anyway, spt yg aku dah tulis sebelum ni, dia suh aku email dia, aku pun hantar email (dah pun double-check email add beliau di intenet), 2 jam takde balasan.

aku email sekali lagi, tapi kali ni aku cc kan juga kepada dr izham, ketua jabatan, dan dr effandi, timbalan dekan yang juga berada dalam sesi interview aku tempoh hari.

tak sampai bbrp minit terus email aku dibalas, mengatakan bahawa, beliau akan semak secepat mungkin.

dah bg kat bos2 baru sibuk nak balas. kata ku. dlm hati je la. kalu nak telefon marah2 pun tiada guna.....

fine. dah lepas kul 4. besok la tu baru nak ada jawapan kot.

mmg betul jangkaan, besok pagi nya, aku tak bangun tido lagi (ye aku mmg bgn lewat, wpon dah janji mahu berjumpa sv kesayangan jam 10pagi di fakulti utk mintak jadi referee utk kesekian kali nya.)

anyways, tak bgn tido lagi dah berbunyi telepon. email masuk di akaun gmail. dlm mamai2 tu cek, mmg dari fakulti pendidikan ukm, disertakan lampiran surat keputusan temuduga tidak berjaya. standard rejection letter. tapi dlm henpon berskrin kecik tu aku nampak 2 benda yg membuat aku naik hangin.

berikut merupakan lampiran email tersebut.


2 perkara tersebut adalah:

  1. tarikh surat ini adalah 24 disember 2010. semalam adalah, 10 mac 2011. hampir 3 bulan berlalu. apasal surat ini tak sampai ke tangan aku? kata salah alamat konon. elok je alamat aku betul ditaip pada bhgn yg aku dah gelapkan tu. pembohong betul.
  2. tarikh keputusan dibuat adalah pada 20 disember. iaitu hari temuduga tersebut. agaknya lepas habis interview terus buat keputusan samada berjaya atau tidak. ni mmg paling bangsat sebab masa 4 januari 2011 aku datang ke fakulti pendidikan, salah seorang staf mereka kata, keputusan tak dapat lagi sebab masih ada satu mesyuarat yg akan diadakan utk dapat kata putus. time tu mulut manis la, tanya, sekarang aku tgh buat apa blablabla. lagi sekali berbohong.
dah dpt email menyakitkan hati macam ni, terus bangun, duduk depan pc, aku pun karang la se-unemotional yg mungkin.

kali ni nak buat penambah perisa, aku bagi kat dekan sekali, termasuk dr izham n dr effandi tadi, n 2 pegawai yg terlibat scr langsung n xlangsung dlm proses temuduga tu.

email tsbt berbunyi begini :


puas hati aku lepas tulis email ni. tulis, baca sekali lalu. terus klik send tanpa berfikir panjang. biarkan mereka semua tau. paling best masa menaip perkataan ditipu. itu sebenarnya datang daripada ayat "i felt cheated". tukar bm jadi saya telah rasa ditipu. kihkihkih. daripada absurd jadi "sgt tidak wajar" kihkihkih. hebat gak tulisan aku kan.

puan yg pertama tu sebenarnya aku addresskan pada puan rahimah, iaitu ketua penolong pendaftar kanan ke hape tah. yg suruh aku htr email tu. kemudian yg tgh2 tu, tuan dan puan. tuan tu aku halakan ke dr. izham, n puan tu masih pn rahimah.

last skali tuan dan puan tu mostly dekan dan anak2 buah beliau lah. yg punya angkara benda ni berlaku mungkin seorang dua. tapi sbb dekan ketuanya. ketua la yg kena bertanggungjawab. bukan senang nak jadi ketua, tahu? ko dok melobi nak duduk kat tempat tu. skarang kene jawab, esok kat akhirat pun kene jawab. eh aku takde tuduh dekan fakulti ni. umumnya kepada sapa2 yg berniat nak menjadi apa2 ketua. ketua jabatan ke, ketua fakulti ke, perdana menteri yg utama sekali. pikir la sedia tak nak jawab kat akhirat nanti atas salah laku anak2 buah kamu.

tak sampai sepuluh minit. 10 minit ye. aku htr 9.33 pagi, 9.42, terus dapat panggilan dari mereka. aku tgh dlm tandas waktu tu. keluar balik tgk ada missed call, terus telefon balik.

nama puan yg tertera dalam email tu la yg telepon. kesian beliau. tapi dah beliau terjadi okt yg paling jelas, beliau la jadi mangsa kene telepon aku. bunyinya macam nak minta maaf. tapi takda pun keluar perkataan maaf tu.

aku nak kata apa? aku tak perlukan penjelasan. aku dah luahkan apa yg patut diluahkan. takkan nak suruh aku mengamuk kat telefon tu pulak. apasal kerani ni yg kena telefon aku mintak maaf? i dont really care.

tapi bila letak tu, berderai jugak la air mata. marah sangat. marah bukan sebab tak dpt. dah agak dah kalau lama camni mmg tak dapat dah. tapi marah sbb ditipu n didolak dalik bila aku cuba dapatkan pengesahan verbal. suh tunggu surat yg tak sampai2. macam tooot ajer.

kalu nak berbahasa kasar boleh. disebabkan depa tak buat kerja, aku telah terlepas kerja yg mungkin sudah jadi milik aku kalau aku dimaklumkan pada waktu sepatutnya.

bukan la aku kata aku nyesal tolak usim tu. itu kisah lain pulak. aku tolak usim sbb aku taknak hidup bawah fellowship(nama yg lagi cantik sikit dari scholarship) sampai umur aku 31 tahun. dah hidup 30 tahun didunia ni tapi masih hidup dgn wang biasiswa? buat apa aku penat2 kejar 1st klass dulu kalu nak mengharap duit ehsan kerajaan sampai tua?!! bangsat betul. eh bengang pasal lain pulak dah.

anyways, lepas tu teruskan je la hidup seperti biasa. whatever happened in that faculty after i sent that bomb mail, i dunno.

but to my surprise, i received an email from the dean itself. again, surat standard blablabla cakap kosong....

ni lampirannya

damage control. banggekah aku bila dekan sendiri yg membalas email ini? tak pun. hanya sebuah email kosong minta maaf n kononnya berjanji takkan jadi lagi lepas ni.

padahal email aku tu aku perli ja masa tulis, supaya tidak berlaku pada calon lain.
aku tahu kalu depa nak reply, itu je yg depa mampu lakukan. menjamin tidak lagi berlaku. macam mengajar budak kecil sebaya umar.

membayang kan aku menegur umar lalu dia membalas, "ok ibu lain kali umar tak buat lagi."

instead of tunggu depa kata lain kali tak buat lagi, aku yg sound dulu, jgn buat lagi. jadi mahu kata apa lagi? cuma mampu bersetuju n ulang balik apa yg aku dah katakan.

tapi masa aku terbuang 3 bulan tertanya2 ni sapa nak ganti? ko nak ganti?

kalu emo sgt aku kata, kalu camni pengurusan fakulti ni, toksah la nak bangga korang tu beza sgt dgn fakulti lain (rujuk post aku ttg komen para penemuduga masa temuduga. they said they are different.) they are definitely different. they are worse.

ada beberapa perkara lagi aku nak highlight disini.

pada tarikh 20disember2010 tu, sebenarnya fakulti tu takda dekan yg sah. dekan lama telah tamat tempoh berkhidmat sbg dekan, dekan baru iaitu dekan yg menghantar email pada aku ni belum lagi mula memegang jawatan tsbt. jadi masa tu mcm terawang-awangan. tiada siapa yg berhak membuat final desicion. aku bukan la nak merendah2 kan pensyarah2 kanan yg menemuduga aku tu. tapi kalu ikut logiknya. kalu lah depa nak pun kat aku ni. satgi 2nd interview dgn pegawai atasan universiti masih memerlukan dekan yg menyokong permohonan aku tu. dah kalu dekan pun takda waktu 1st interview tu. apa kejadahnya dia nak sokong?
JADI APA TUJUANNYA AKU DIPANGGIL TEMUDUGA TU????

ini andaian aku. tapi aku rasa sorang lagi calon temuduga tu pun tak berjaya jugak. padahal beliau adalah bekas pelajar fakulti tu sendiri. bacelor n masters. dan yg mencadangkan beliau dtg temuduga tu pun, dr effandi, salah seorang penemuduga itu. kalu dia pun tak dapat, apa lagi aku yg dtg dari tah mana2 ni?
dari mana aku tau dia tak berjaya jugak?? ni lagi satu benda bodoh yg orang fakulti ni buat. masa depa telepon lepas aku htr bomb mail tu, dia siap boleh tanya aku lagi, calon lain pun tak dapat surat ke? whaddefakk mana aku tau!! ko punya keje boleh tanya aku pulak ke? aku jawab je la. aku ada contact dgn beliau 2-3minggu lepas temuduga tu, dia sendiri pun takda terima apa2 berita. tapi taktau lah kalau lepas tu ada sbb kami dah tak berhubungan lepas tu. pastu boleh pulak dia ni tanya, siapa ye nama dia?? dengar je macam ni mmg aku rasa, diorg ni mmg tak buat keja... aku lak kene terangkan. saya taktahu nama dia. tapi dia dari fakulti tu jugak.
bodoh.. mmg bodoh....

ni mmg buat aku lagi sakit hati. ko dah duduk senang kat situ.. boleh buat keja sambil lewa... tak pikir orang lain sikit punya susah nak dapat kerja yg stabil nak bantu sara keluarga...

masa iklan jawatan pensyarah di fakulti pendidikan ni keluar, tertera bahawa bilangan kekosongan yg ada adalah 30orang. dari pelbagai bidang dalam pendidikan. salah satunya komputer. thats why i applied. tapi heran apabila yg dipanggil temuduga hanya 2 orang, dan kedua2 kami tak berjaya. sapa pulak 30 orang yg bakal mengisi kekosongan tu? betulkah ada 30 kekosongan? kroni sapa yg dapat duduk situ?

tengok, apa2 pun tetap kembali kepada politik jugak. soal kerjaya ke, soal pendidikan ke, soal scholarship ke. bangsat betul.

jadi apa perlu kita buat tuan2 dan puan2??

kita kene TUKARRRR parti politik yg memerintah sekarang ni sbb kerana mereka lah semua benda dalam negara ni memerlukan kuasa POLITIK untuk maju.

contoh, tutor jabatan multimedia fsktm upm, mengucapkan tahniah di facebook dgn menaip, congrates. CONGRATES?!!!! ko nak sebut congrats ke congress??????

hehehehe kat sini je aku nak ber-emosional... dalam email2 rasmi semua bunyi nya straightforward dan manis2 aje. takde pun aku tulis, aku la mangsa keadaan blablablabla. so what... benda dah jadi.... aku terasa aku dianiaya.. jadi aku mahu doa byk2 sbb doa org yg teraniaya tu kan termakbul.... byk lagi yg aku nak kejar dlm dunia ni. tak berjaya sekali (atau berkali2) tak semestinya tak berjaya selama2 nya.

what can i say about this.. pegawai2 sokongan fakulti pendidikan yg nak berkias2, nak menjaga hati la kononnya dgn taknak memberitahu hal sebenar pada aku, akhirnya landed them in hot soup lepas aku hantar email beracun tu kepada big boss mereka.

boleh tidur malam tak? kalu tak boleh akibat ditegur oleh bos, mmg padan. kalau tak boleh sbb dah menyusahkan pihak lain (read: aku), bagus lah. semoga lepas ni buat kerja dgn ikhlas n tidak mengharap orang to clean up after your act atau bahasa kasar nye, tak membiarkan orang lain membasuh berak anda kerana anda bukan sebaya dgn umar. tapi kalu tetap boleh tidur nyenyak jugak malam2, ur a lost cause.. and i feel very sorry for you.

ok so ini lah penutup pada kisah ini. lets move forward. i have bigger things to look forward to in my life. biarkan mereka dgn keselesaan hidup mereka.

till we meet again, thats when i have something interesting to talk about.

p/s: hubby was smiling all day long when he sees me getting all worked up like this. he said, suka tengok awak up n running again. kalu tak sebelum ni lemauuu aje tulis blog pun malas. n i was really chatty. berbanding dgn waktu2 kebelakangan ni asyik sedih mengenang nasib. n im really looking forward to my new job. wish me luck everyone..

Wednesday, March 09, 2011

marahnye aku

lama dah tak rasa nak mengamuk kat orang ni.

after almost 3 months after attending that intibiu, i decided to call the person in charge.

me : keputusan intibiu saya camana? (bahasa sopan lagi la dari ni tapi malas nak taip panjang2.)
pegawai : eh, kita mmg akan maklumkan awal2.. patut dah hantar ni.. silap alamat agaknya. sapa nama tadi?
me : blablabla
pegawai : nanti boleh tak telefon balik, eh, boleh tak email saya, nanti saya akan email balik.
me : ok
pegawai : emel saya blablablabla.

  1. kalu silap alamat apasal surat panggilan intibiu elok je sampai dulu?
  2. suruh email tapi lepas aku hantar email, tunggu 2 jam tak reply2 lagi.
  3. aku email lagi skali kali ni cc kat 2 orang besar yg intibiu aku haritu.
  4. dan2 tu jugak reply, dengan template berbunga2, warna-warni, "saya akan semak dan maklumkan puan secepat mungkin".

whaddefakk???????!!!!!!!!!!!!!!!!

Sunday, March 06, 2011

nak ke tanak

ok since dah dapat satu offer, boleh la buat pros n cons list...

Lecturer @p!!t

Sr. exec @ s!r!m

23km from bangi

50-60km from bangi, depending on the route.

Tol rm2.70 from bangi

Tol can go from rm3.80 to rm8.80 per way. The most straight forward route is elite. tapi pusing jauh. Tapi tak byk keta sbb jauh n tol rm8.80.

Minyak approx rm7-10 per day

Minyak approx rm18-20 per day.

Gaji less

Gaji a bit more. tapi tolak extra cost for the extra miles, same aje...

Taraf fresh masters grad.

Taraf kanan. Susah nak dpt ni. Gonna look good on my resume

Private company. Tak byk benefits.

Official working hour 8.30am-6pm. SIX PM! mmg sangkut jem ler ni...

Glc. Benefits lebih kurang mcm kerajaan. Tinggal lagi takde pencen.

8am-5pm. kuar rumah 6.30am. sampai rumah balik 6.30pm (kalu lalu elite). kalau lalu federal malam baru sampai kot...

Klas all year round. Coz they have multiple intakes. One batch cuti another batch comes in. (sounds like a money making machine rather than an education centre huh?) Cuti hy hujung thn.

Cuti mcm gomen.

Tak byk research. Phd pun takleh sambung soon. Selagi tak sambung camane nak dpt masuk ipta? Boleh buat part time je pulak tu. Keje+phd+family. Brapa tahun nak habis?

Tata phd? Ada peruntukan gak buat phd ni rasanya.

Timba pengalaman lecturing. Increasing my chance of getting into iptas?

Keje involving sw stds. More towards research. No teaching whatsoever

Kene htr umar gi taska haritu. Ada isu sikit di sini. Cant reveal much.

Leh htr taska s!r!m. taska berdaftar, n most importantly dekat, senang gi jenguk esp awal2 ni. Tapi kene travel jauh duk dlm carseat. Susah gak ni.

Parents will feel lega coz dekat dgn rumah + kerjaya pilihan mereka

Parents will be worried sbb jauh. N er makin jauh dari kerjaya yg diorg nak..

Hubby kata takyah.

Hubby suruh amik ni. Tapi beliau tidak memaksa.

Leh duk bangi til I die. Hehe. Not in my parents house but our own house la.. in bangi or anywhere near.. umar leh skolah al-amin bangi.

Might have to move somewhere nearer soon. Umar skolah mana? Hira’ ada skolah rendah tak?

Jumlah foreign student yg sgt ramai buat aku hilang minat. dah la kene lecture in full English. Takleh campur2. pastu pak2 arab ni tau je la.. aku malas nak communicate dgn diorg masa masters dulu sbb suke tunjuk pandai. Kalu buat group assignment bossy pulak tu. Bukan nya betul sangat pon.

Lagi2 they paid a lot kan sbb ni ipts. mesti demand lagi dasyat.

Mcm gomen la.. locals je..

Sogan dgn ayah izzaldin kalu aku tolak ni. Dia hepi je masa intibiu aku haritu.

Immediate boss mcm baik je.. yg intibiu aku haritu la. 2nd intibiu esok depa punya bos besar pulak.

Don’t wanna stand in front of a crowd babbling like an idiot while the students thought to themselves, what the heck is this lady babbling about? Tak pandai nye ngajar, I can teach better than her, lecturer evaluation etc. I don’t think im ready for this.. mungkin kalu ada title dr kat depan lagi konfiden kot...

Don’t have to stand in front of a crowd babbling like an idiot. Nuff said. Aku tak lupa macamana kejam nye komen students pada lecturer yg mereka tak suka. Kalu keje gomen yg evaluate kita boss ajer…

Wpon awal2 excited nak jd lecturer sbb tak buat satu benda je. Tapi kalu klas always on bile masa nak pegi conference, menulis, buat research etc?

Dulu penah keje ngadap pc buat programming je. Tapi keje ni tak camtu rasanye

Dah la.

Byk lagi tulis sebenarnye tapi sbb blogger bangang hilang kan sume n takleh nak ctrl-z, aku dah lupa dah apa lagi point2 nye….

Mak aku suruh buat solat istikharah.. dah buat dah bbrp kali. Mcm tanak je yg @p!!t tu..

Kesimpulannya aku mmg takut nak mula bekerja. Lagi2 bila tak dpt kerja yg betul100x aku nak (read:ukm tu la).

Dah lama tak keluar rumah berbakti kepada masyarakat.

Hanya berbakti kepada anak dan keluarga.

Hubby said, working is easy. The things u learned in university are much harder.

I said, I don’t believe you.

Sbb dah pernah terjadi dulu, I cant do the task I was assigned to do. I was getting paid for it. Lama2 aku pun berenti, sbb tak sanggup makan gaji buta.

Mmg rasa diri ni sgt2 tak pandai.

Tapi sekarang most of my team mates pun dah blah dari kompeni tu. (aku yg 1st skali quit) Mmg tak bagus le tpt tu kot…

Anyways, apa pun, honestly, im still waiting for a better offer to come along! Boleh tak??

I don’t want to settle for less.

Daripada keje yg kita tak suka, baik duk rumah dgn umar…

Kalu interviewer baca blog ni mmg habih la aku…

Kenapakah entry ini tak secantik yg aku karang awal tadi???

Darn it!

ok dah itu je bye.

Thursday, March 03, 2011

wish list

iv tot about doing a pro n con list of both job offers.
eh dua2 tak konfem lagi dpt atau tak. so bile dah dapat nanti baru buat pro n con list la.
bak kata hubby, buat apa nak pening2 selagi tak konfem. dah dpt offer nanti baru pk. buat sakit jiwa je nak pk awal2.
tapi utk menambah keterujaan mendapat keja, mari senaraikan benda2 yg aku hingin nak beli.. supaya aku lebih excited utk mendapat keja n keja dgn bersungguh2 bukan separuh hati niat nak berenti kalu tak best. hehe.
  1. nintendo 3ds. -wajib2.
  2. ipad 2 - kecoh je sumorg nak beli benda ni aku pun nak beli gak lah.
  3. rumah - belum boleh reveal rumah apa dan dimana.
  4. baby - dapat keje je terus nak pregnant, bole takk??? hehehehe..... mmg nak sgt bagi adik kat umar. kesian dia sorang2 kat rumah ngadap tv je. mainan sume dah dilupakan...
  5. kereta - pun belum boleh reveal lagi. kalu keje gaji almost 4k nak beli kereta dulu boleh tak sebelum beli rumah?
conversation between me n the hubby,
me : bila kita nak balik ganu lagi?
hubs : adil malas nak balik ganu.... *silent* selagi awak tak beli prius.. *cheeky grin*
me : haha haritu kata kalu beli prius, kene tdo dlm prius sbb dah tak mampu nak beli rumah..

ok itu je stakat ni.

angan2 itu penting, dapat membuatkan kita bersungguh2 nak cari keje...

ok bye.

Wednesday, March 02, 2011

bosan bosan

its 3.30am.
iv already slept from 10pm-12.30am.

woke up, needed to go to the toilet. n here i am, 3 hours later.
just watched 2 episodes of grey's anatomy. i stopped watching ga after last seasons finale when derek got shot. tak tahan berdebar2. last2 tak mahu tahu ending.
so bile current season dah lebih 10 episodes, i decided to download them again. maybe its better if i watch it all in one go. n to tell ya the truth. this seasons is much better than the last.

ok moving on.
today i attended an interview in apiit or ucti.
mula2 rasa beratttt sgt nak pegi. kene prepare mock lecture. ah benci. camane nak jadi lecturer kalu benci giving presentations? beats me.
hubby takde, takde sapa nak dgr keluhan hati. he's too far away. nak borak dlm tepon dah tak betah... lama dah beliau tak pegi outstation.
pastu umar pulak dibawa oleh nenek n tokki ke tangkak for a short trip. balik hari je. tapi still mcm alaaa berpisah dgn umar...
so i went straight to ucti for the interview this afternoon.

agak menakutkan. full of foreign students.
pegi je lah ke hr dia.
tunggu dipanggil interview.
saw someone familiar.
sape pakcik ni, mcm ku pernah jumpa.
ces ayah member aku rupenye.
penah jumpa dia india. he was the deputy director general etc of mohe at that time.
now he's the vc at this uc.
hala. mesti dapat keje ni..

boleh tak pikir camtu?
somehow the ministry ppl who sent us to india, those who were involved in the program, whom ive met, keeps saying how good we are.
but are we really that good?
ramai je yg ended up not being in it field?
ramai je masih terkapai2 macam aku?
kalau bagus kenapa begitu?

ni my personal opinion je la.
the experience i got in india was priceless.
but it didnt really give me much help in getting the job that i really2 want.
thats all im saying.

tapi apa pun, bersyukur coz the interview went real smooth.
hanya mock lecture yg hampeh coz i kinda just read the slides, without giving much explanation.
takpa lah. my first time giving a lecture..

balik2 rumah serdang, umar just arrived from tangkak with the grandparents.
muka sedih je. awat nih? oo baru bangun tido rupenye... mujur la bangun2 je ibu dah sampai...

pastu petang, balik bangi, along the way umar mcm moody sket la. biasa la kene berpisah dgn ibu.

bawak dia gi jalan2 kat pasar malam. asyik nak lari je keje nye. dah la ibu kene beli dinner. dah penuh tangan, anak pulak nak lari2. huiiiii mencabar betul... tapi dia happy la sikit dpt jalan2 dgn ibu.

paling kelakar, bila balik rumah, aku salin baju, tapi kain baju kurung ada kat sofa. i left umar for a while, bile dtg balik kat dia, tgk dia tgh duduk tgk tivi sambil pegang kain kurung tu keliling dia.

hadoi la umar.... sayang sgt kat ibu ni.... takde ibu dapat kain ibu pon jadik.....

malam, biasa lah, ngade sikit, tanda protes...

umar kalu ibu dpt keje ni, 2-3 minggu lagi umar kene gi taska la..

be strong umar... n ibu has to be strong too..

oh i also got a 2nd interview with sirim.

yg ni, taktahu lah. nampak mcm easier than standing in front of a class giving lectures, but who knows.

plus keududkannye yg jauh di s.alam mengurangkan lagi tarikan yg ada.

pastu risau pulak nak tinggalkan umar kat taska.

pastu pastu pastu...

tak de keje pun depressed, kene keje lagi depressed.
sedih tol lah.....

hubby, if ur reading this. tolong lah suh bos awak htr awak ke jepun so that we can go with you n i dont have to work. jaga anak2 je sudah....

berangan tak habis2 aku nih...

ok bye...