Saturday, March 12, 2011

Apakah Kesudahannya? (part II)

Kisah ini adalah kesinambungan dari Apakah Kesudahannya? (Part I)

Tapi cerita kali ni dah bermula dari entry sebelum ni iaitu, marahnye aku.

mengikut entri lalu, aku telah menghubungi fakulti pendidikan ukm (no more berkias2) berkenaan dengan keputusan temuduga aku pada 20 dec 2010 yg lalu.

Tujuan utama aku menghubungi mereka adalah kerana aku telah selamat menerima offer dari apiit@ucti. insyaAllah kalu tiada aral melintang akan melapor diri pada isnin ni.

so bile dah konfem ada keje ni aku konfiden la sikit nak enquire pasal intibiu yg dah kat 3 bulan takde kabor berita itu.

So kelmarin, rabu, aku pun berani kan la diri menghubungi dr. izham, selaku orang yg memanggil aku intibiu di fakulti tersebut. dah bbrp aku call, tak pernah nye berjawab telefon pejabat beliau.

dah tak dpt call beliau, aku pun call la penolong pendaftar yg ada dalam sesi intibiu aku tempoh hari.

dia ni la yg tergagap2 kejap suruh tepon balik, kejap suruh bagi email. pastu kata dah lama surat dihantar pada aku, silap alamat kot, tambah dia. cakap ikut dan dia je.

dah ada peluang nak menulis email, aku pun karang lah elok2 mintak exactly apa yg aku nak. iaitu keputusan temuduga tu. suami pernah nasihatkan, tulis surat. bila ada hitam putih, baru depa terdesak kena menjawab. aku tak punya kesabaran nak tulis surat n tunggu reply. sedangkan surat keputusan pun tak ada. ini kan pulak nak membalas surat komplen.

anyway, spt yg aku dah tulis sebelum ni, dia suh aku email dia, aku pun hantar email (dah pun double-check email add beliau di intenet), 2 jam takde balasan.

aku email sekali lagi, tapi kali ni aku cc kan juga kepada dr izham, ketua jabatan, dan dr effandi, timbalan dekan yang juga berada dalam sesi interview aku tempoh hari.

tak sampai bbrp minit terus email aku dibalas, mengatakan bahawa, beliau akan semak secepat mungkin.

dah bg kat bos2 baru sibuk nak balas. kata ku. dlm hati je la. kalu nak telefon marah2 pun tiada guna.....

fine. dah lepas kul 4. besok la tu baru nak ada jawapan kot.

mmg betul jangkaan, besok pagi nya, aku tak bangun tido lagi (ye aku mmg bgn lewat, wpon dah janji mahu berjumpa sv kesayangan jam 10pagi di fakulti utk mintak jadi referee utk kesekian kali nya.)

anyways, tak bgn tido lagi dah berbunyi telepon. email masuk di akaun gmail. dlm mamai2 tu cek, mmg dari fakulti pendidikan ukm, disertakan lampiran surat keputusan temuduga tidak berjaya. standard rejection letter. tapi dlm henpon berskrin kecik tu aku nampak 2 benda yg membuat aku naik hangin.

berikut merupakan lampiran email tersebut.


2 perkara tersebut adalah:

  1. tarikh surat ini adalah 24 disember 2010. semalam adalah, 10 mac 2011. hampir 3 bulan berlalu. apasal surat ini tak sampai ke tangan aku? kata salah alamat konon. elok je alamat aku betul ditaip pada bhgn yg aku dah gelapkan tu. pembohong betul.
  2. tarikh keputusan dibuat adalah pada 20 disember. iaitu hari temuduga tersebut. agaknya lepas habis interview terus buat keputusan samada berjaya atau tidak. ni mmg paling bangsat sebab masa 4 januari 2011 aku datang ke fakulti pendidikan, salah seorang staf mereka kata, keputusan tak dapat lagi sebab masih ada satu mesyuarat yg akan diadakan utk dapat kata putus. time tu mulut manis la, tanya, sekarang aku tgh buat apa blablabla. lagi sekali berbohong.
dah dpt email menyakitkan hati macam ni, terus bangun, duduk depan pc, aku pun karang la se-unemotional yg mungkin.

kali ni nak buat penambah perisa, aku bagi kat dekan sekali, termasuk dr izham n dr effandi tadi, n 2 pegawai yg terlibat scr langsung n xlangsung dlm proses temuduga tu.

email tsbt berbunyi begini :


puas hati aku lepas tulis email ni. tulis, baca sekali lalu. terus klik send tanpa berfikir panjang. biarkan mereka semua tau. paling best masa menaip perkataan ditipu. itu sebenarnya datang daripada ayat "i felt cheated". tukar bm jadi saya telah rasa ditipu. kihkihkih. daripada absurd jadi "sgt tidak wajar" kihkihkih. hebat gak tulisan aku kan.

puan yg pertama tu sebenarnya aku addresskan pada puan rahimah, iaitu ketua penolong pendaftar kanan ke hape tah. yg suruh aku htr email tu. kemudian yg tgh2 tu, tuan dan puan. tuan tu aku halakan ke dr. izham, n puan tu masih pn rahimah.

last skali tuan dan puan tu mostly dekan dan anak2 buah beliau lah. yg punya angkara benda ni berlaku mungkin seorang dua. tapi sbb dekan ketuanya. ketua la yg kena bertanggungjawab. bukan senang nak jadi ketua, tahu? ko dok melobi nak duduk kat tempat tu. skarang kene jawab, esok kat akhirat pun kene jawab. eh aku takde tuduh dekan fakulti ni. umumnya kepada sapa2 yg berniat nak menjadi apa2 ketua. ketua jabatan ke, ketua fakulti ke, perdana menteri yg utama sekali. pikir la sedia tak nak jawab kat akhirat nanti atas salah laku anak2 buah kamu.

tak sampai sepuluh minit. 10 minit ye. aku htr 9.33 pagi, 9.42, terus dapat panggilan dari mereka. aku tgh dlm tandas waktu tu. keluar balik tgk ada missed call, terus telefon balik.

nama puan yg tertera dalam email tu la yg telepon. kesian beliau. tapi dah beliau terjadi okt yg paling jelas, beliau la jadi mangsa kene telepon aku. bunyinya macam nak minta maaf. tapi takda pun keluar perkataan maaf tu.

aku nak kata apa? aku tak perlukan penjelasan. aku dah luahkan apa yg patut diluahkan. takkan nak suruh aku mengamuk kat telefon tu pulak. apasal kerani ni yg kena telefon aku mintak maaf? i dont really care.

tapi bila letak tu, berderai jugak la air mata. marah sangat. marah bukan sebab tak dpt. dah agak dah kalau lama camni mmg tak dapat dah. tapi marah sbb ditipu n didolak dalik bila aku cuba dapatkan pengesahan verbal. suh tunggu surat yg tak sampai2. macam tooot ajer.

kalu nak berbahasa kasar boleh. disebabkan depa tak buat kerja, aku telah terlepas kerja yg mungkin sudah jadi milik aku kalau aku dimaklumkan pada waktu sepatutnya.

bukan la aku kata aku nyesal tolak usim tu. itu kisah lain pulak. aku tolak usim sbb aku taknak hidup bawah fellowship(nama yg lagi cantik sikit dari scholarship) sampai umur aku 31 tahun. dah hidup 30 tahun didunia ni tapi masih hidup dgn wang biasiswa? buat apa aku penat2 kejar 1st klass dulu kalu nak mengharap duit ehsan kerajaan sampai tua?!! bangsat betul. eh bengang pasal lain pulak dah.

anyways, lepas tu teruskan je la hidup seperti biasa. whatever happened in that faculty after i sent that bomb mail, i dunno.

but to my surprise, i received an email from the dean itself. again, surat standard blablabla cakap kosong....

ni lampirannya

damage control. banggekah aku bila dekan sendiri yg membalas email ini? tak pun. hanya sebuah email kosong minta maaf n kononnya berjanji takkan jadi lagi lepas ni.

padahal email aku tu aku perli ja masa tulis, supaya tidak berlaku pada calon lain.
aku tahu kalu depa nak reply, itu je yg depa mampu lakukan. menjamin tidak lagi berlaku. macam mengajar budak kecil sebaya umar.

membayang kan aku menegur umar lalu dia membalas, "ok ibu lain kali umar tak buat lagi."

instead of tunggu depa kata lain kali tak buat lagi, aku yg sound dulu, jgn buat lagi. jadi mahu kata apa lagi? cuma mampu bersetuju n ulang balik apa yg aku dah katakan.

tapi masa aku terbuang 3 bulan tertanya2 ni sapa nak ganti? ko nak ganti?

kalu emo sgt aku kata, kalu camni pengurusan fakulti ni, toksah la nak bangga korang tu beza sgt dgn fakulti lain (rujuk post aku ttg komen para penemuduga masa temuduga. they said they are different.) they are definitely different. they are worse.

ada beberapa perkara lagi aku nak highlight disini.

pada tarikh 20disember2010 tu, sebenarnya fakulti tu takda dekan yg sah. dekan lama telah tamat tempoh berkhidmat sbg dekan, dekan baru iaitu dekan yg menghantar email pada aku ni belum lagi mula memegang jawatan tsbt. jadi masa tu mcm terawang-awangan. tiada siapa yg berhak membuat final desicion. aku bukan la nak merendah2 kan pensyarah2 kanan yg menemuduga aku tu. tapi kalu ikut logiknya. kalu lah depa nak pun kat aku ni. satgi 2nd interview dgn pegawai atasan universiti masih memerlukan dekan yg menyokong permohonan aku tu. dah kalu dekan pun takda waktu 1st interview tu. apa kejadahnya dia nak sokong?
JADI APA TUJUANNYA AKU DIPANGGIL TEMUDUGA TU????

ini andaian aku. tapi aku rasa sorang lagi calon temuduga tu pun tak berjaya jugak. padahal beliau adalah bekas pelajar fakulti tu sendiri. bacelor n masters. dan yg mencadangkan beliau dtg temuduga tu pun, dr effandi, salah seorang penemuduga itu. kalu dia pun tak dapat, apa lagi aku yg dtg dari tah mana2 ni?
dari mana aku tau dia tak berjaya jugak?? ni lagi satu benda bodoh yg orang fakulti ni buat. masa depa telepon lepas aku htr bomb mail tu, dia siap boleh tanya aku lagi, calon lain pun tak dapat surat ke? whaddefakk mana aku tau!! ko punya keje boleh tanya aku pulak ke? aku jawab je la. aku ada contact dgn beliau 2-3minggu lepas temuduga tu, dia sendiri pun takda terima apa2 berita. tapi taktau lah kalau lepas tu ada sbb kami dah tak berhubungan lepas tu. pastu boleh pulak dia ni tanya, siapa ye nama dia?? dengar je macam ni mmg aku rasa, diorg ni mmg tak buat keja... aku lak kene terangkan. saya taktahu nama dia. tapi dia dari fakulti tu jugak.
bodoh.. mmg bodoh....

ni mmg buat aku lagi sakit hati. ko dah duduk senang kat situ.. boleh buat keja sambil lewa... tak pikir orang lain sikit punya susah nak dapat kerja yg stabil nak bantu sara keluarga...

masa iklan jawatan pensyarah di fakulti pendidikan ni keluar, tertera bahawa bilangan kekosongan yg ada adalah 30orang. dari pelbagai bidang dalam pendidikan. salah satunya komputer. thats why i applied. tapi heran apabila yg dipanggil temuduga hanya 2 orang, dan kedua2 kami tak berjaya. sapa pulak 30 orang yg bakal mengisi kekosongan tu? betulkah ada 30 kekosongan? kroni sapa yg dapat duduk situ?

tengok, apa2 pun tetap kembali kepada politik jugak. soal kerjaya ke, soal pendidikan ke, soal scholarship ke. bangsat betul.

jadi apa perlu kita buat tuan2 dan puan2??

kita kene TUKARRRR parti politik yg memerintah sekarang ni sbb kerana mereka lah semua benda dalam negara ni memerlukan kuasa POLITIK untuk maju.

contoh, tutor jabatan multimedia fsktm upm, mengucapkan tahniah di facebook dgn menaip, congrates. CONGRATES?!!!! ko nak sebut congrats ke congress??????

hehehehe kat sini je aku nak ber-emosional... dalam email2 rasmi semua bunyi nya straightforward dan manis2 aje. takde pun aku tulis, aku la mangsa keadaan blablablabla. so what... benda dah jadi.... aku terasa aku dianiaya.. jadi aku mahu doa byk2 sbb doa org yg teraniaya tu kan termakbul.... byk lagi yg aku nak kejar dlm dunia ni. tak berjaya sekali (atau berkali2) tak semestinya tak berjaya selama2 nya.

what can i say about this.. pegawai2 sokongan fakulti pendidikan yg nak berkias2, nak menjaga hati la kononnya dgn taknak memberitahu hal sebenar pada aku, akhirnya landed them in hot soup lepas aku hantar email beracun tu kepada big boss mereka.

boleh tidur malam tak? kalu tak boleh akibat ditegur oleh bos, mmg padan. kalau tak boleh sbb dah menyusahkan pihak lain (read: aku), bagus lah. semoga lepas ni buat kerja dgn ikhlas n tidak mengharap orang to clean up after your act atau bahasa kasar nye, tak membiarkan orang lain membasuh berak anda kerana anda bukan sebaya dgn umar. tapi kalu tetap boleh tidur nyenyak jugak malam2, ur a lost cause.. and i feel very sorry for you.

ok so ini lah penutup pada kisah ini. lets move forward. i have bigger things to look forward to in my life. biarkan mereka dgn keselesaan hidup mereka.

till we meet again, thats when i have something interesting to talk about.

p/s: hubby was smiling all day long when he sees me getting all worked up like this. he said, suka tengok awak up n running again. kalu tak sebelum ni lemauuu aje tulis blog pun malas. n i was really chatty. berbanding dgn waktu2 kebelakangan ni asyik sedih mengenang nasib. n im really looking forward to my new job. wish me luck everyone..

6 comments:

Oyis said...

good luck mas. hangin baca entry ni. teruk betul la x bagi notification pon dpt ke x dpt, pastu org dtg in person pon dolak dalih mcm2, walhal kalo made an effort sket, maklumat tu dah ada dari januari lg. tsk..

aiyo, siapakah tutor mult tu? not me eh... i never say congrates... like, ever, tau!

masz14 said...

wahahahahaha!! not you lah kak noris... org tu takde dlm saya punya friend list pun. tapi dia ada bg komen kat kawan masters saya. dia tgh buat masters kat upm skang.. itu je hint yg saya leh bagi.. hihihihi...

Afida Anuar said...

Sabo Mas..Sabo.. ada la tuh hikmahnya ni. Cuma aku rasa, diaorang, takkan pernah belajar dari kes ni. Aku percaya, ko bukan orang pertama yang mengalami kes ditipu macam ni, cheewah pandai2 je aku buat andaian... n of kos politik... aku pun kekadang bengkek jugak dengan hal mcm ni, diaorang kadang2 saje je buat interview bagai, sekadar syarat, padahal sebenarnya diaorang dh ada 'calon' diaorang..

sebab apa? orang besar ni hulur nak suh anak depa dapat, orang besar ni hulur nak suh menantu depa dapat... wadehek

masz14 said...

hui fida marah! tak penah tgk ko meluahkan perasaan sebegini! huhu..
aku cakap2 dgn family aku pun diorg ada gak buat speku macam ni. tapi aku malas nak tulis kat blog. nnt org yg dapat masuk without kroni kata aku not fair pulak. hehe. tapi mmg kes sebegini berlaku... haritu ada iklan jawatan kosong pegawai tadbir kat upm. ada 10 kekosongan kot. iklan je ada 10. tolak penolong pegawai tadbir yg naik pangkat, tolak kroni punya calon. tinggallah 2-3 tempat utk org luar... no fair sungguh.
oh dan belum masuk cerita kakak aku yg ptd tu. anak2 ketua dlm kementerian sume dapat masuk ikut jln dlm (junior uia ko tu satu contoh..) tapi dia aku tak kisah sgt sbb dah kenal n mmg aku rasa dia layak pegi india dan jadi ptd.
tapi yg kakak aku citer mmg bikin panas laa.... org yg dpt masuk sbb bapak dia org besar kementerian tu,apa2 masalah sume tepon bapak dia. pastu bapak dia tepon pegawai2 mcm kakak aku. n kakak aku yg kelam kabut nak menyelesaikan masalah anak dia tu sbb anak dia taktau nak buat keja sendiri...
apa punya dunia yg kita duduk ni....

Afida Anuar said...

opsss.....aku yang beria suh ko sabor, tengok2 aku yang tak sabor...heh!

hehe..junior aku..yer, ayah dia orang kuat tu. n tak silap aku seluruh ahli keluarga dia jadi ptd.. entah la..aku no komen.

Cuma satu je, kat akhirat besok pandai2 la jawab depan Tuhan. sebab tu pun kira rezeki, yang jadi darah daging. So bila dapat rezeki yang sepatutnya bukan hak kita macam mana.. tu je..sekadar berkongsi Mas.

miSs dee 4 dino said...

mas, panjang gile n aku bru ade masa nak baca..uwaa..lam gile tinggalkan dunia blog nie..

aku pun jd angin. politik mmg cam hampeh.xkira siapa yg memerintah, mmg akan jd camnie punya coz nowdays kita xde ketua2 mcm zaman Nabi Muhammad s.a.w dulu. ketua2 skrg, xkira parti ape..semua sama n im really sick of it!

dulu ade gak terlintas nak mintak kat ukm.nasib baik aku xmintak..ishhh!