Monday, April 25, 2011

things are brewing

i have been itching to talk about some things but i cant do it. due to many reasons.

there are a couple of many things brewing at this very moment. i feel like shouting to the world. through my blog la.

tapi itu yg payahnye. anybody can read this blog. aku ada gak buat prasangka. kut ada org2 yg tak suka kat aku tapi dtg baca blog aku. n bila kata, ok ada interview ini, ada peluang disana sini, something good might be happening to me. takut ada orang kata dlm hati, harap2 dia tak dapat. harap2 something happen. jahat kan aku berprasangka begitu?

tapi aku pernah terdengar di radio ikim sorang penceramah ni kata, aku tak ingat topik dia apa tapi dia kata, Rasulullah saw yg berbudi pekerti mulia tu pun ada org benci. apa lagi kita manusia biasa? so dari situ aku simpulkan, dont fret too much kalu ada orang tak suka kita. mungkin tak suka atas apa yg kita pernah buat pada dia, mungkin tak suka sbb kita tak tolong dia, tak favour dia, tak setuju dgn dia, tak sanjung dia. atau apa2 lah.

anyway back to the story, bila aku mengutarakan isu ini pada suami, beliau berkata, tapi kawan2 awak akan doakan utk awak.

betul gak tu. so macamana?

tapi since aku pun dah bermajikan sekarang ni, kene la jaga sikit apa kemenda yg aku tulis kat sini. sbbnye sape2 je google nama penuh aku mesti direct sampai sini.. kalu lah ada student yg google aku mmg matiikk.. hehehe *hi guys!*

so kita nantikan dulu at least stage pertama perkara2 ni selesai, akan kukongsikan di sini.

tapi apa pun, doakan yg terbaik utk aku ya rakan2! i lebiu all muah!

weekend activities

sejak kerja ni, waktu hujung minggu mmg sgt2 ditunggu.
percaya atau tak. aku ni time wiken mmg tak tido dah pas subuh! sbb seronok i can spend the whole day with my family. pagi2 jadi sesi berborak dgn suami, menonton cerita2 download yg tak sempat tgk waktu lain sbb berebut dgn umar yg nak tgk kartun.. boleh pegi shopping mall awal takyah berebut parking etc... sgt best bangun pagi ni rupanya! hahaha..

hari sabtu yg lalu kami pergi menonton wayang cerita RIO. mmg tujuannya nak bawak umar gi tgk katun.. bagi treat bcoz he has been such a good boy kat taska.

tapi terperasan perubahan pada sikap umar yg buat aku sebak.. skarang ni, bila keluar rumah naik kereta dia dah tak excited mcm dulu. dia masih trauma lagi, sbb hari2 keluar kene tinggal kat taska. dah la kitorg buat cruel joke kat dia pagi sabtu tu. lalu depan taska, kata nak htr gi taska. terus duduk diam... diammmmm sampai la sampai midvalley. bygkan. dia takut. sbb nya, b4 dia start gi taska, kalu bawak balik rumah in laws pun dia kena tinggal gak time ibu nak gi keja. now kena tinggal kat taska pulak. so pada dia keluar tak semestinya fun. ada kemungkinan besar kene tinggal.

so bile nampak je bangunan kuning midvalley tu baru dia bersuara. ayah dia tergelak tengok. umar ni pulak mmg dah pandai cam bgnn2 atau lebih tepat lagi parking basement shopping mall spt warta n midvalley n klcc. 3 tu je pun yg slalu pegi.
1st bile nampak bgnn midvalley, berbunyi sikit. masuk parking, terus becok. adeh la umar. keluar dari kereta, masuk mall, boleh kenal gaya berjalan beliau yg excited. mcm dah familiar sgt la dgn tpt tu....

pastu terus gi tgk wayang sbb wayang kul 11am. best jugak RIO ni. its a kiddie movie tapi bile keluar dari wayang rasa macam baru balik dari rio de Janiero. mmg movie ni nak promote rio de janiero.. katun mmg la dia portray cantik je rio tu tapi rasanye lagi mundur dari kl.. hehehe..... nonetheless kalu ada rezeki bila2 kalu dpt gi rio tu best gak.

lepas tgk wayang, jalan2 kat mj jap, i bought myself a new backpack... yeahooo.... bye2 old backpack.

dicota dee bacpac

sgt happy. bukan umar je perlukan beg baru utk bagi semangat nak gi skolah. ibu pun perlukan backpack baru utk semangat nak gi opis. beg lama? hubby amik. hihi. bagus gak, at least takde la terbiar je. wpon ada bhgn2 yg dah terkoyak, but still boleh pakai. n bag tu pun dah byk berjasa kat aku. lets see backpack baru ni akan teman aku gi mana pulak lepas ni.. :D

dah puas hati dapat beg, kami pegi makan sushi zanmai. 2 hari berturut2 aku dtg mkn cni. on friday dtg lunch n jalan2 kat midv sorang2. saje nak tenangkan fikiran... dtg makan sushi, beli tiket rio, jalan2 sikit...

hari sabtu dtg makan sushi dgn hubby pulak. not bad la sushi zanmai ni. ni baru kali ke-3 aku pi. tapi takde la authentic sgt kot ke-sushi-an nye. sudah localized. ada satu joke aku buat dekat hubby saje bagi dia terkejut..

me : ok mas nak tanya, kalu dah amik sushi ni dari conveyor belt tu boleh letak balik tak?
him : hish mana boleh!
me : hehehe. i just saw the couple beside you did that.
him : hah yg mana? sebelah ni?? pala hotak dia la...
me : iye.. dia amik 2 pinggan yg sama, bandingkan, pastu letak satu balik..
him : *geleng kepala* padan la sushi sini ada cover.. kat jepun mana ada cover dlu ingat tak?
me : tgk la perangai orang yg dtg makan camana. kat cni kalu tak letak cover, bukan je dia angkat pinggan tu, siap sentuh2 lagi.. kalu rasa tanak, letak balik.
him : *speechless*

betul tak cakap aku? kalu tengok perangai org kat uc ni lagi laa.... penah nampak sorang mamat ni dok belek chicken sandwich kat kafe, siap pegang roti tu, bukak tgk dalam dia. pastu tak amik pun. yarkk!!!

ok moving on, lepas makan, kami pun balik ke serdang sbb dah kat kul 3...
lepas solat zuhur di rumah mil, kami ber3 pun terbongkang sampai kat kul 6.. dgn letih nye dari pagi beraktiviti.. pastu hujan pulak ptg tu.. uuu heaven......

lepas bangun, borak2 dgn mak, kongsi kisah umar kat taska... malam tu kami pun balik rumah... tak dapet nak tido serdang sbb full house.

ahad, dah plan dgn mama nak bakar seafood harini.. so bangun pagi, masak pancake, pastu kat kul 10 gi warta nak beli brg dapur sikit. sampai warta at almost 10 tapi pintu masuk mall dari basement parking tu tak bukak lagi.. kami pun keluar la balik dari basement tu.

yg paling tak tahan umar. kan dia dah kenal basement parking warta tu. so bile kitorg keluar dari basement tu dia marah! dia ingat tak jadi pegi kot.. ikut perangai ibu la umar ni suke gi shopping mall.

so sepanjang pagi sibuk beli barang n masak, ptg tido lagi.. n then malam pun tiba... wiken pun berakhir... i said to hubby, rasa mcm tak cukup la wiken 2 hari je. tak dpt rehat sgt pon...
dia balas balik, bcoz u did not rest.. sibuk buat benda lain.. shopping lah itu lah ini lah...

so lepas ni wiken nak dok rumah ke ke berehat? no way!!

ok ada lagi cerita tapi nanti2 lah..
bye2..

Friday, April 22, 2011

umar ke taska

Ok, entry ni nak cerita pasal perkembangan umar di taska.

After 1 week, Alhamdulillah umar has shown a lot of progress in staying at the taska.

Mukadimah :
Selama aku stat keja sampai la seminggu sebelum ni mmg my mil yg jaga. tapi taknak susahkan beliau kerana kalu kene jaga umar, my mil tak dpt nak ikut my pil pulang ke terengganu melawat ladang kelapa sawit mereka. mak pun nampak mcm dah bingung dok terperuk di rumah tak ke mana2 sbb kena jaga cucu. i know she loves her grandsons very much tapi hatinya tak sabar nak pulang hirup udara segar jerangau..
aku pun mmg cdg nak stat htr umar ke taska bila ayahnye pulang dr outstation ke jakarta tu. tapi dah kami semua demam, tangguh la seminggu lebih. tunggu umar betul2 sihat baru nak htr dia ke taska.

Ada satu taska yg aku berkenan, dekat je dgn rumah, masih kariah yg sama tapi perumahan baru. taska ni baru buka dec2010 yg lalu. masa tu aku kan tgh survey taska sbb kononnya nak accept fellowship usim tu. since tak jadi, aku pun takde la htr umar ke taska. now dah keja, aku nak htr taska tu la balik. tapi penuh dah.... sedih.. masa lalu kat taska tu baru2 ni pun mmg nampak macam ramai budak2 dah. aku pun risau nak htr ke tpt yg ramai budak camtu.

pastu hubby survey kat intenet, jumpa taska. baru bukak. tapi locationnya dia sek7, depan red wok tu. n tingkat atas kedai!! adoi.... camana... wpon budak2 baru 3 orang. tapi sbb jauh n takde laman, aku berat hati gak nak htr anak aku kesana....

sudahnya satu ptg tu lepas balik kerja, aku pun round la kat2 kawasan baru rumah aku tu, n jumpa la satu taska yg nampak ok. ni dah kariah lain tapi masih satu hala menuju ke tol bangi. amik number kat banner n call the owner. Alhamdulillah, masih ada kekosongan. balik rumah tgk hubby pun baru sampai dari opis, terus ajak beliau pegi tengok taska tu. he says ok, so 2 days after that, umar pun mula di htr ke taska tu.


jumaat 15/04, 1st day taska, ayah dia htr. time aku amik, meraung.. sbb marah kena tinggal. tapi malam tu excited semacam. mulut tak berenti bercakap. this is a good sign, kataku dlm hati. kalu tak seronok kat taska mesti bile balik moody je kan. ini tak, pok pek pok pek.. lega tengok.

pastu wiken. pujuk dia, bawak gi mid, gi jusco belikan beg baru, botol susu baru etc nak bagi semangat pegi taska. dah la aku baru dpt voucher jusco rm170. mmg semua habis nak belikan brg2 umar.

2nd day, aku pulak yg htr, meraung dia pagi tu. sambil meraung sambil tunjuk ke luar. nak ikut ibu naik kereta. tanak tinggal sini. cikgu bawak masuk bilik supaya dia tak nampak aku pegi. kesian gila tapi kuatkan hati, buat dek je. ptg dtg amik, masa baru sampai tgk dia dok tunggu kat grill. mula2 tak nangis. somehow bila aku keluar kereta dgr dia nangis. ek pelik? b4 balik salam cikgu, lambai kawan2... balik rumah pun hepi jugak. bagus2. n cikgu kata dia dah ada geng kat taska. Alhamdulillah...

3rd day, pagi menangis lagi. tapi bila hulur kat cikgu nak gak dia pegi. kelakar la umar. ptg dtg amik dia awal. sonok dia. kawan2 ramai belum balik, ramai dok lambai dia dari grill. dia pun beriya la lambai kawan2. sonok dpt balik dulu. pastu bawak gi makan sbb aku tak lunch lagi haritu. mmg terubat la hati dia sbb kene tinggal.

4th day, masa nak htr tu, kene lalu gate pengawal masuk kat perumahan tu. umar ni, lalu je bawah gate tu terus merengek, tapi merengek yg tak serius la. sama cam semalam, wpon nangis tapi still pegi jugak kat cikgu bila dihulur. nangis2, tapi bila cikgu letak je dgn kawan2, terus diam.. tak sempat ibu belah pun..
hari ni balik cam biasa, 5 lebih baru sampai, dia tunggu kat grill. aik semalam balik 4.30 pun tunggu kat grill jugak. brapa jam dia duduk kat grill tu tunggu ibu datang?? tapi yg kelaka nye. setiap kali sampai, nampak dia tunggu kat grill tu, bila nampak kereta ibu berenti, mata dia bulat, n then toleh kat cikgu mcm nak bgtau ibu dah sampai. lepas tu dgr bunyi dia nangis buat2. ibu sampai je depan pintu taska terus nak mintak angkat dia bawak masuk kereta...
hari ni baru hari ke 6. pagi2 masih menangis. tapi sejak hari ke-4 tak teruk sgt tangisan dia. boleh didistract. tak mcm 2nd n 3rd day yg cikgu sampai kena bawak masuk bilik.

bila malam2 tgk perangai umar, punya lah lasak. blajar dr kawan2 la ni. baru seminggu duduk taska, mcm2 perangai baru umar dapat. ada yg bagus, macam makin byk cakap. nak apa2 cakap piss piss, please la tu.. so comel. perangai yg tak bagus pulak, bila marah, baling barang. uuu itu mmg ibu n ayah pantang tengok tu. mmg kena la kalu dia baling apa2 kat tangan dia bila dia tak dapat apa yg dia nak. n suka nangis buat2. muka senyum tapi mulut nganga. nak attention la tu.

paling teruk setakat ni, ada sekali time dinner, bila dia dah kenyang, dia start nak masukkan tgn dlm cawan air, pastu nak masukkan nasi dlm cawan jugak. bila ayah dia angkat cawan tu bawak jauh dari dia, dia marah, pastu tolak2 nasik keluar dari pinggan n tolak nasik2 yg bersepah tu dari meja. jatuh kat lantai. ayah dia tepuk tgn, kata jgn bazir makanan. menangiss....... wuhuhuuu.... sebelum pegi taska tak penah dia buat macam tu. tepis2 makanan bila marah. mmg ada la dia belajar tu.
mmg itu la mak ayah kena terima bila dah htr anak ke taska. what can we do? kene bagi tahu benda ni tak boleh buat. membazir tu amalan syaitan. tak semua benda yg kawan dia buat dia boleh ikut. hihi.

now dah hari ke 6 kan, pagi2 dia dah start ceria utk bangun mandi n pegi sekolah. selalunya time mandi masih marah2 lagi. tapi bila sapu lotion kat badan dia dah becok dah. pakai baju pun ceria, masuk kereta pun ceria, tapi kene tinggal kat skolah je masih belum ceria. insyaAllah, makin lama makin baik lah mood dia bila dihtr ke taska.....

ok dah hampir lunch time. nanti aku nak cerita kisah lain pulak.... bye2.

Monday, April 18, 2011

mega update

Lama gile tak menulis. Rutin pun dah byk berubah sejak entri terakhir. Mai update sikit apa yg berlaku sejak hari tu.

Jumaat (01/04/11) lepas tulis entri terakhir :
  • Demam aku dan umar makin teruk.
  • Hubby tiba dari Jakarta terdiam tgk keadaan ibu dan anak.
  • Aku amik cuti separuh hari utk pegi Ujian Profil Penilaian Kerjaya utk jawatan RO kat upm - saje je pegi ni. nak tgk peluang. sekali pegi, dia panggil lebih 100 org utk ujian tu. jawatan yg ada entah berapa je. nyesal lak pegi. lepas ujian terus pecut balik serdang utk kejar hubby yg baru tiba dari klia. rindu sgt2!
  • Petang balik rumah, terbaring je sbb sgt2 tak sihat.
Sabtu :
  • Umar melepet satu hari. tido je. makan pun tak mau. badan panas on off.
  • Petang, balik serdang utk cari ubat umar yg tertinggal.
  • Malam, otw back to bangi, singgah Annur sepital sbb kat serdang pun umar tidooo aje. risau dah. makan tanak, susu tanak, tido aje. lembik badan dia.
  • 10pm tunggu sampai 11pm, doktor cek, dia suruh admit. aku mula2 tanak sbb sedih hari biasa kene pegi kerja, hari minggu kene masuk spital? no no. tapi tgk anak yg lembik, i gave in.
  • kul 12 lebih baru admit, kul 2 baru dpt tido. bilik twin, katil seblah kosong. aku n umar tido satu katil, hubby tido katil seblah wpon sebenarnye tak boleh. kecoh.
  • masa sebelum admit, umar kene cucuk kat tangan 3 kali sbb doktor n nurse2 mlm tu sume tak brapa reti nak cari vein kat tgn budak kecik. the 3rd time kene cucuk tu umar dah menjerit sampai menggeletar sbb sakit sgt. rasa mau angkat umar bawak lari balik rumah je.
  • nurse bagi ubat demam ikut bontot.
Ahad :
  • Pagi, kul 10, doktor dtg cek, tgk keadaan umar, tgk kudis kat bwh hidung. ye kudis. aku malas nak explain panjang2 macamana dapat kudis tu wpon aku tau puncanya.
  • Doktor dtg cek sekali je, pastu kata takleh discharge lagi hari ni sbb nak monitor keadaan demam umar. Umar pakai drip sbb dia tak lalu makan. lauk sepital pun makan sikit je. aku lak yg habiskan. hubby pi beli bihun sbb umar suka bihun daripada nasi n bubur.
  • petang, aku pesan dominos sbb teringin nak makan pepperoni pizza.
  • aku pun demam gak harini. umar tido, aku pun tido sama. batuk kong kong kong sama mcm umar.
Isnin :
  • Tak gi keja sbb umar belum discharge. doktor dtg cek 2 kali hari ni. dia kata belum boleh discharge gak lagi. tensen2... umar is getting much better today. dah lalu makan, tak melepek mcm hari2 sebelum tu.
  • dia dok tarik2 balutan kat tangan dia yg balut jarum drip tu, sampai jarum lari kedudukan. bile bukak balutan tgk tangan dia kembung. risau tgk tapi doktor kata takde apa nanti dia surut. doktor tu cucuk tgn umar belah kanan pulak, tapi sbb doktor ni mmg pakar kanak2, dia cucuk sekali je dah dpt. tak mcm doktor n nurse malam2 tu. umar tak sempat nangis pun doktor tu dah siap cucuk. camni baru senang hati tengok.
  • kami pindah bilik twin ke single. sbb ada orang masuk katil sebelah. kalu ada org, hubby takleh tido sepital. aku tanak tinggal berdua je dgn umar.
  • by ptg isnin, hubby pun dah demam sbb berjangkit dgn kitorg dok batuk kong kong kong. badan dia pun naik temp, aku paksa makan ubat batuk n demam wpon beliau tak percaya dgn paracetamol. i said, makan! kalu semua demam satu hapa tak jadi.
  • me n umar dah sihat dah hari ni, wpon belum 100%. hubby yg jadi demam teruk.
  • i did not go home at all sejak admitted. hubby yg balik amik barang. or suruh my brother dtg htr makanan or baju2 ke spital.
  • malam tu, umar nye drip pun dah cabut sbb dia dah makan elok apa suma, hubby bawak dia jalan2, balik rumah sbb dia boring dok terkurung dlm sepital 3 hari. diorg balik amik baju keja, brg2 keja aku sbb the next day i have to go to work. ada kelas, takleh cuti. leceh nak ganti2 kelas.
  • malam tu jugak aku stadi benda nak ngajar the next day. ni baru 2nd week aku ngajar, mmg sgt tak prepare. hasilnya bile mengajar the next day aku tergagap2. hampeh.
Selasa :
  • Sedih sbb kena tinggalkan umar kat sepital. my mil dtg utk teman umar sementara hubby htr aku ke opis n beliau pun nak gi opis kejap.
  • masa tinggalkan umar n my mil, my dad pun dtg utk jenguk umar. time tu nurse dtg bagi ubat n nebulizer. meraung gak. neb tu kan tak selesa.. tapi mmg masa duk sana every 6 hours mmg nurse dtg bagi ubat n neb.
  • hubby balik sepital kul 11 utk discharge kan umar n htr umar n nenek balik serdang.
  • aku yg masih ada saki baki demam mmg gi keje pun badan menggigil... bygkan dah hari selasa, aku tak balik rumah sejak sabtu. mmg rasa dunia nak terbalik je time tu. pastu budak2 pun byk buat perangai dlm kelas java. dah la benda susah, aku tak brapa prepare, tapi ajar benda senang je, pasal if else n for statement. itu pun blur pastu buat bising, suruh aku habiskan kelas awal. last2 aku jerit je. org dah ler sakit, dok membising. lepas je jerit baru semua diam. pastu dtg minta maaf. sejuk sket rasa..
  • bukan semua buat perangai. kelas java, 96 students, mmg la susah nak ngajar n diorg susah nak paham. tapi yg nak belajar ramai. yg tanak belajar pun ada. yg tunjuk pandai pun ada. kerenah pelajar...
  • kul 4 adik ipar dah tunggu nak jemput kat depat kolej.
  • balik serdang tgk umar ceria..... Alhamdulillah....
  • hubby balik dari opis, jemput kami n balik bangi... lega nya dpt sampai rumah setelah berhari2 tak balik.....
  • tapi tengok bill spital, kene caj rm50, item dia adalah, induction of labour. wtf la wei. tau la tamak sgt nak amik duit orang takyah la ko letak induction of labour kat bill sepital anak aku... padahal yg kene induced tu perempuan yg duduk katil sebelah masa kitorg dlm bilik twin tu. sakit hati aku. nak caj orang suka2 hati je. hubby called, depa kata, silap taip. mmg ada caj rm50 tu tapi utk benda lain. hubby malas nak layan. biar je kesilapan tidak dibetulkan.
  • tgh survey hospital lain kat bangi selain dari annur n azzahrah utk next time pregnant. nama je islamik, pasang surah2 doa kat bilik2 wad, tapi sebenarnya mementingkan duit je. sbbnye belum apa2 lagi tanya, camana nak byr? aku tatau la mmg gini ke prosedurnye kat semua sepital swasta tapi annoying gile ok. anak sakit, aku sakit, ko sibuk tanya camana nak byr camana nak byr. rasa nak terajang je. takut org lari tak bayar la tu.
Rabu :
  • hari ni hari paling bizi kerja. sbb ada kelas 5 jam with 10 minutes gap each. berlari2 aku dari satu kelas ke kelas seterusnya. 3 out of 5 hours are lab sessions. tau la lab java, kene pegi kat sorang2 tengok coding. kongsi programming tips dgn bebudak.. by the end of the day, aku hilang suara. cakap byk sgt.
  • kul 4 je terus ca alip but. lunch pun tak sempat, aku balik dgn niat, stengah jam makan, stengah jam rehat n solat. cukup la sampai kul 5. sbb dari 9.30am-4.00pm tak rehat lgsg.
Khamis :
  • Suara masih tiada. bila cakap bunyi mcm budak lelaki yg baru pecah suara. aku gelakkan diri sendiri dgr suara sendiri.
  • bangun pagi kahak hijau. hingus pun hijau. hubby pun lebih kurang je. umar je yg dah pulih 90%. bile tido aku slalu pakai face mask sbb byk batuk time tido. takut berjangkit dgn umar balik.
  • hari ni pun aku menjerit jugak dlm kelas sbb budak2 buat bising kat belakang. aku kata, kalu tanak blajar keluar. pastu baru depa settle down. dah la ramai dlm kelas tu datang dari kelas yg sama yg aku jerit 2 hari yg lalu. nasib korang lah. wpon bukan diorg tu yg buat bising. tapi semua kena. jadi pensyarah ni wpon baik hati tapi kdg2 kene cengil sbb kalu tak diorg naik lemak.
  • by this time dah dapat rasa ada students2 yg suka kat aku.. wahahaha... 1st time rasa terharu bila ada budak2 dtg bgtau, diorg nak extra class, tolong ajar java etc... kalu depa tak suka cara aku mengajar takdenye diorg nak mintak buat extra class... kata ku dgn perasan...
Jumaat
  • Tak ingat. nothing happened. takde kelas hari ni. just dtg opis setelkan hal2 tanda attendace, prepare utk next weeks lecture, etc.
Sabtu
  • Gi majlis akikah relative hubby di kl. lepas tu gi klcc beli botol susu kat umar. tabiat dia sekarang suka menggigit dan menggonggong botol susu sampai habis semua puting susu bocor. hari2 buang. try beli jenama lain selain dari avent sbb bosan asyik tertukar dgn sepupu2nya. jenama lain pun bagus jugak.
Ahad
  • Pegi wedding ex-rumet hubby di kepong. dekat dgn damansara. mmg tabiat aku, lalu je dekat dgn mutiara damansara @ ttdi, mesti pk, ada tak apa2 nak beli kat ikea @ munawwarah??? sbb hubby mmg takkan pegi semata2 nak pegi ikea. sbb jauh. bile dah ter-lalu atau pun pegi somewhere yg dekat dgn tpt tu baru consider nak singgah. jadinye masa nak gi kepong tu mmg nampak la ikea dari jauh, aku lambai2 je kat ikea.. hehehe.. tapi balik tu, ajak hubby singgah munawwarah sbb nak beli tudung.. kaya munawwarah ni aku dtg 2-3bln sekali habis beratus ringgit. sbb 1lai pun purata rm100. aku tobat dah tanak beli tudung pasamalam sbb wpon murah, penah sekali 2 pakai gi opis rasa mcm nak tercekik. material yg melekat kat tengkuk yarkhhh.... rasa nak cabut tudung. kalu lah aku ni pensyarah ipta yg ada bilik sendiri, lama dah bukak tudung, kunci pintu. kalu ada org dtg baru pakai tudung, n then bukak pintu... huhuhu... sgt tak selesa...
  • tapi slek nya munawwarah ni takde kad keahlian ke, rebate kalu beli byk ke... tenson... kira2 tudung yg aku ada, ada kat 2k jugak kot dah bayar kat depa. takkan takda loyalty program ke ape ke??? tapi selesa punya pasal, aku tetap pegi gak... aku kata pada hubby, tudung dia selesa dan besar. dah jadi pensyarah, mata byk tertumpu, lagi kena jaga aurat n penampilan.
Isnin - Khamis
  • Kelas as usual, aku dah mula selesa mengajar sbb dah 3 minggu kan. budak2 pun aku dah mula kenal n ingat. sgt suka bila diorg dtg kata, nak belajar, tak paham, please teach us. antara yg paling terharu, ada sorang student foreigner dtg kata, dia mula2 amik kelas java dgn aku, pastu dia takleh baca apa yg aku type waktu lab sbb mata tak elok. aku kata, aku nak tolong cemana, pakai la glasses ke apa yg patut. n then a week later dia ada dlm kelas aku lagi satu pulak, dia kata, dia dah tukar bidang from it to business sbb mata dia mmg tak elok n tanak buat keja yg byk ngadap pc. dia kata, dia susah nak paham dlm kelas sbb english tak brapa bagus. at the same time dia kata, dia slalu nampak aku ke hulu ke hilir dgn text book, mcm susah payah. aku kata, nak wat guane, aku pun kene stadi gak nak ngajar diorg. mcm2 lagi la cakap. terharu sbb dia sudi ceritakan kisah dia kat lecturer.. n buat aku sedar yg, bukan kita je menilau students, diorg pun menilai kita jugak as a person, as an educator... so kalu diorg respek kita tu mmg lega la, at least we know we are doing something right.....
Jumaat
  • Hari pertama hantar umar ke taska. --- nanti lah sambung, dah byk sgt.....

Friday, April 01, 2011

Still searching

for my soul?
for my place in the working world, i guess.
the first week of lecture has passed through.. not so smoothly.
i was not able to sleep at all this past week.
tiap2 malam akan terbangun.
pukul 1,pukul3,pukul5...
i was really nervous.
dah masuk hari ketiga lecture pun masih nervous.
apa lah aku nak cakap kat kelas ni nanti.
dan hasilnya lepas 3 minggu ni,
aku rasa macam tak sesuai je dgn aku.
apa yg sesuai? duk rumah dgn umar lah.
jadi programmer tak boleh, jadi pensyarah tak boleh. jadi suri rumah pun tak boleh sbb always itching to go out. but not everyday. not to work.

belum lagi kisah aku n umar yg tgh demam skarang.
aku baru demam 3 hari. umar dah demam lebih 2 minggu.
dia patut dah nak sembuh, tapi bila aku dah berjangkit demam dia yg nak sembuh tu kelmarin, smalam dua2 orang jadi teruk balik. aku yg tua ni pun tak larat. apa lagi umar yg kecik dan lagi lama dah demam dari aku.
sedih tak boleh nak cakap bila tgk dia menangis tiap2 pagi.
bangun je terus muka tak happy sbb tau kene keluar, pegi rumah nenek, kene tinggal dek ibu.
dah dapat pegi rumah nenek pun tak hepi sbb tau ibu akan tinggal. pujuk2 kata jap lagi ibu balik, pun tak jalan. ada sepupu nya tu pun tak jalan. masih menangis2.
pagi tadi siap muntah dlm kereta. nak keluarkan kahak tapi tak reti. batuk teruk2 sampai keluar susu+kahak. berenti kat petronas depan rumah utk bersihkan muntah. bila sapu tu nampak lendir kahak. takpa lah at least dapat keluarkan kahak dia dah. jadi nye pakai pampers je lah sampai rumah nenek. nenek nak amik pun menangis... ibu kata takpa, ibu mandikan umar dulu baru ibu pegi keja. menangis2 masa mandi.. tapi bila sepupunya dtg nak join mandi terus lupa nangis, nenek take over, ibu pun blah....

haih bukan awak je nangis umar, ibu pun nangis. tiap2 malam, tiap2 pagi menangis.

smalam jumpa doktor yg nice di klinik mesra dekat dgn rumah mil, temp kami dua2 orang lebih 38c. bila cerita kat doktor, baru mula keja, umar baru kene tinggal, suami outstation. doktor pun geleng kepala.

tgh minggu haritu bizi dgn class preparation, sampai terlupa wedding anniversary. suami pun lupa jugak. malam tadi baru teringat. dah lepas 2 hari.

tapi yg bagus nya ingat malam tadi, 31 march tgh malam tu yg kami declare as a couple some 13 years ago. kira ok lah tu kan.

hubby balik sat lagi ni, mmg aku nak pau dia habis2 an. belikan 3ds, belikan henbeg, belikan belikan! bawak makan best2!

plus bulan april menandakan permulaan tahun baru bagi negara jepun, jadi suami punya gaji pun telah direview oleh his immediate boss n a senior engineer from the mothership company in japan.
dah beliau keje bagai nak gila di jakarta sampai tak balik tgk anak bini 3minggu. mmg dapat good appraisal thus big big upgrade in his salary lah.

phew! walaupun happy.... tapi dalam masa yg sama marah jugak. ooo dah kerah suami aku teruk2 macam tu, baru la gaji naik tinggi. tapi tgk la anak bini menanggungnya... sampai jatuh sakit berminggu2.... is it really worth it? sedih tau...

hari ni aku amik half day off. sbb hubby sampai dr jakarta at 2pm. pastu ada 2 urusan rasmi rahsia yg kena disetelkan. takpa bila dah lepas nanti aku bgtau apakah urusan rasmi tersebut.

pasal pengalaman 1st time lecture pulak, nanti lah bila ada mood baru nak cerita....
bye2...