Monday, April 18, 2011

mega update

Lama gile tak menulis. Rutin pun dah byk berubah sejak entri terakhir. Mai update sikit apa yg berlaku sejak hari tu.

Jumaat (01/04/11) lepas tulis entri terakhir :
  • Demam aku dan umar makin teruk.
  • Hubby tiba dari Jakarta terdiam tgk keadaan ibu dan anak.
  • Aku amik cuti separuh hari utk pegi Ujian Profil Penilaian Kerjaya utk jawatan RO kat upm - saje je pegi ni. nak tgk peluang. sekali pegi, dia panggil lebih 100 org utk ujian tu. jawatan yg ada entah berapa je. nyesal lak pegi. lepas ujian terus pecut balik serdang utk kejar hubby yg baru tiba dari klia. rindu sgt2!
  • Petang balik rumah, terbaring je sbb sgt2 tak sihat.
Sabtu :
  • Umar melepet satu hari. tido je. makan pun tak mau. badan panas on off.
  • Petang, balik serdang utk cari ubat umar yg tertinggal.
  • Malam, otw back to bangi, singgah Annur sepital sbb kat serdang pun umar tidooo aje. risau dah. makan tanak, susu tanak, tido aje. lembik badan dia.
  • 10pm tunggu sampai 11pm, doktor cek, dia suruh admit. aku mula2 tanak sbb sedih hari biasa kene pegi kerja, hari minggu kene masuk spital? no no. tapi tgk anak yg lembik, i gave in.
  • kul 12 lebih baru admit, kul 2 baru dpt tido. bilik twin, katil seblah kosong. aku n umar tido satu katil, hubby tido katil seblah wpon sebenarnye tak boleh. kecoh.
  • masa sebelum admit, umar kene cucuk kat tangan 3 kali sbb doktor n nurse2 mlm tu sume tak brapa reti nak cari vein kat tgn budak kecik. the 3rd time kene cucuk tu umar dah menjerit sampai menggeletar sbb sakit sgt. rasa mau angkat umar bawak lari balik rumah je.
  • nurse bagi ubat demam ikut bontot.
Ahad :
  • Pagi, kul 10, doktor dtg cek, tgk keadaan umar, tgk kudis kat bwh hidung. ye kudis. aku malas nak explain panjang2 macamana dapat kudis tu wpon aku tau puncanya.
  • Doktor dtg cek sekali je, pastu kata takleh discharge lagi hari ni sbb nak monitor keadaan demam umar. Umar pakai drip sbb dia tak lalu makan. lauk sepital pun makan sikit je. aku lak yg habiskan. hubby pi beli bihun sbb umar suka bihun daripada nasi n bubur.
  • petang, aku pesan dominos sbb teringin nak makan pepperoni pizza.
  • aku pun demam gak harini. umar tido, aku pun tido sama. batuk kong kong kong sama mcm umar.
Isnin :
  • Tak gi keja sbb umar belum discharge. doktor dtg cek 2 kali hari ni. dia kata belum boleh discharge gak lagi. tensen2... umar is getting much better today. dah lalu makan, tak melepek mcm hari2 sebelum tu.
  • dia dok tarik2 balutan kat tangan dia yg balut jarum drip tu, sampai jarum lari kedudukan. bile bukak balutan tgk tangan dia kembung. risau tgk tapi doktor kata takde apa nanti dia surut. doktor tu cucuk tgn umar belah kanan pulak, tapi sbb doktor ni mmg pakar kanak2, dia cucuk sekali je dah dpt. tak mcm doktor n nurse malam2 tu. umar tak sempat nangis pun doktor tu dah siap cucuk. camni baru senang hati tengok.
  • kami pindah bilik twin ke single. sbb ada orang masuk katil sebelah. kalu ada org, hubby takleh tido sepital. aku tanak tinggal berdua je dgn umar.
  • by ptg isnin, hubby pun dah demam sbb berjangkit dgn kitorg dok batuk kong kong kong. badan dia pun naik temp, aku paksa makan ubat batuk n demam wpon beliau tak percaya dgn paracetamol. i said, makan! kalu semua demam satu hapa tak jadi.
  • me n umar dah sihat dah hari ni, wpon belum 100%. hubby yg jadi demam teruk.
  • i did not go home at all sejak admitted. hubby yg balik amik barang. or suruh my brother dtg htr makanan or baju2 ke spital.
  • malam tu, umar nye drip pun dah cabut sbb dia dah makan elok apa suma, hubby bawak dia jalan2, balik rumah sbb dia boring dok terkurung dlm sepital 3 hari. diorg balik amik baju keja, brg2 keja aku sbb the next day i have to go to work. ada kelas, takleh cuti. leceh nak ganti2 kelas.
  • malam tu jugak aku stadi benda nak ngajar the next day. ni baru 2nd week aku ngajar, mmg sgt tak prepare. hasilnya bile mengajar the next day aku tergagap2. hampeh.
Selasa :
  • Sedih sbb kena tinggalkan umar kat sepital. my mil dtg utk teman umar sementara hubby htr aku ke opis n beliau pun nak gi opis kejap.
  • masa tinggalkan umar n my mil, my dad pun dtg utk jenguk umar. time tu nurse dtg bagi ubat n nebulizer. meraung gak. neb tu kan tak selesa.. tapi mmg masa duk sana every 6 hours mmg nurse dtg bagi ubat n neb.
  • hubby balik sepital kul 11 utk discharge kan umar n htr umar n nenek balik serdang.
  • aku yg masih ada saki baki demam mmg gi keje pun badan menggigil... bygkan dah hari selasa, aku tak balik rumah sejak sabtu. mmg rasa dunia nak terbalik je time tu. pastu budak2 pun byk buat perangai dlm kelas java. dah la benda susah, aku tak brapa prepare, tapi ajar benda senang je, pasal if else n for statement. itu pun blur pastu buat bising, suruh aku habiskan kelas awal. last2 aku jerit je. org dah ler sakit, dok membising. lepas je jerit baru semua diam. pastu dtg minta maaf. sejuk sket rasa..
  • bukan semua buat perangai. kelas java, 96 students, mmg la susah nak ngajar n diorg susah nak paham. tapi yg nak belajar ramai. yg tanak belajar pun ada. yg tunjuk pandai pun ada. kerenah pelajar...
  • kul 4 adik ipar dah tunggu nak jemput kat depat kolej.
  • balik serdang tgk umar ceria..... Alhamdulillah....
  • hubby balik dari opis, jemput kami n balik bangi... lega nya dpt sampai rumah setelah berhari2 tak balik.....
  • tapi tengok bill spital, kene caj rm50, item dia adalah, induction of labour. wtf la wei. tau la tamak sgt nak amik duit orang takyah la ko letak induction of labour kat bill sepital anak aku... padahal yg kene induced tu perempuan yg duduk katil sebelah masa kitorg dlm bilik twin tu. sakit hati aku. nak caj orang suka2 hati je. hubby called, depa kata, silap taip. mmg ada caj rm50 tu tapi utk benda lain. hubby malas nak layan. biar je kesilapan tidak dibetulkan.
  • tgh survey hospital lain kat bangi selain dari annur n azzahrah utk next time pregnant. nama je islamik, pasang surah2 doa kat bilik2 wad, tapi sebenarnya mementingkan duit je. sbbnye belum apa2 lagi tanya, camana nak byr? aku tatau la mmg gini ke prosedurnye kat semua sepital swasta tapi annoying gile ok. anak sakit, aku sakit, ko sibuk tanya camana nak byr camana nak byr. rasa nak terajang je. takut org lari tak bayar la tu.
Rabu :
  • hari ni hari paling bizi kerja. sbb ada kelas 5 jam with 10 minutes gap each. berlari2 aku dari satu kelas ke kelas seterusnya. 3 out of 5 hours are lab sessions. tau la lab java, kene pegi kat sorang2 tengok coding. kongsi programming tips dgn bebudak.. by the end of the day, aku hilang suara. cakap byk sgt.
  • kul 4 je terus ca alip but. lunch pun tak sempat, aku balik dgn niat, stengah jam makan, stengah jam rehat n solat. cukup la sampai kul 5. sbb dari 9.30am-4.00pm tak rehat lgsg.
Khamis :
  • Suara masih tiada. bila cakap bunyi mcm budak lelaki yg baru pecah suara. aku gelakkan diri sendiri dgr suara sendiri.
  • bangun pagi kahak hijau. hingus pun hijau. hubby pun lebih kurang je. umar je yg dah pulih 90%. bile tido aku slalu pakai face mask sbb byk batuk time tido. takut berjangkit dgn umar balik.
  • hari ni pun aku menjerit jugak dlm kelas sbb budak2 buat bising kat belakang. aku kata, kalu tanak blajar keluar. pastu baru depa settle down. dah la ramai dlm kelas tu datang dari kelas yg sama yg aku jerit 2 hari yg lalu. nasib korang lah. wpon bukan diorg tu yg buat bising. tapi semua kena. jadi pensyarah ni wpon baik hati tapi kdg2 kene cengil sbb kalu tak diorg naik lemak.
  • by this time dah dapat rasa ada students2 yg suka kat aku.. wahahaha... 1st time rasa terharu bila ada budak2 dtg bgtau, diorg nak extra class, tolong ajar java etc... kalu depa tak suka cara aku mengajar takdenye diorg nak mintak buat extra class... kata ku dgn perasan...
Jumaat
  • Tak ingat. nothing happened. takde kelas hari ni. just dtg opis setelkan hal2 tanda attendace, prepare utk next weeks lecture, etc.
Sabtu
  • Gi majlis akikah relative hubby di kl. lepas tu gi klcc beli botol susu kat umar. tabiat dia sekarang suka menggigit dan menggonggong botol susu sampai habis semua puting susu bocor. hari2 buang. try beli jenama lain selain dari avent sbb bosan asyik tertukar dgn sepupu2nya. jenama lain pun bagus jugak.
Ahad
  • Pegi wedding ex-rumet hubby di kepong. dekat dgn damansara. mmg tabiat aku, lalu je dekat dgn mutiara damansara @ ttdi, mesti pk, ada tak apa2 nak beli kat ikea @ munawwarah??? sbb hubby mmg takkan pegi semata2 nak pegi ikea. sbb jauh. bile dah ter-lalu atau pun pegi somewhere yg dekat dgn tpt tu baru consider nak singgah. jadinye masa nak gi kepong tu mmg nampak la ikea dari jauh, aku lambai2 je kat ikea.. hehehe.. tapi balik tu, ajak hubby singgah munawwarah sbb nak beli tudung.. kaya munawwarah ni aku dtg 2-3bln sekali habis beratus ringgit. sbb 1lai pun purata rm100. aku tobat dah tanak beli tudung pasamalam sbb wpon murah, penah sekali 2 pakai gi opis rasa mcm nak tercekik. material yg melekat kat tengkuk yarkhhh.... rasa nak cabut tudung. kalu lah aku ni pensyarah ipta yg ada bilik sendiri, lama dah bukak tudung, kunci pintu. kalu ada org dtg baru pakai tudung, n then bukak pintu... huhuhu... sgt tak selesa...
  • tapi slek nya munawwarah ni takde kad keahlian ke, rebate kalu beli byk ke... tenson... kira2 tudung yg aku ada, ada kat 2k jugak kot dah bayar kat depa. takkan takda loyalty program ke ape ke??? tapi selesa punya pasal, aku tetap pegi gak... aku kata pada hubby, tudung dia selesa dan besar. dah jadi pensyarah, mata byk tertumpu, lagi kena jaga aurat n penampilan.
Isnin - Khamis
  • Kelas as usual, aku dah mula selesa mengajar sbb dah 3 minggu kan. budak2 pun aku dah mula kenal n ingat. sgt suka bila diorg dtg kata, nak belajar, tak paham, please teach us. antara yg paling terharu, ada sorang student foreigner dtg kata, dia mula2 amik kelas java dgn aku, pastu dia takleh baca apa yg aku type waktu lab sbb mata tak elok. aku kata, aku nak tolong cemana, pakai la glasses ke apa yg patut. n then a week later dia ada dlm kelas aku lagi satu pulak, dia kata, dia dah tukar bidang from it to business sbb mata dia mmg tak elok n tanak buat keja yg byk ngadap pc. dia kata, dia susah nak paham dlm kelas sbb english tak brapa bagus. at the same time dia kata, dia slalu nampak aku ke hulu ke hilir dgn text book, mcm susah payah. aku kata, nak wat guane, aku pun kene stadi gak nak ngajar diorg. mcm2 lagi la cakap. terharu sbb dia sudi ceritakan kisah dia kat lecturer.. n buat aku sedar yg, bukan kita je menilau students, diorg pun menilai kita jugak as a person, as an educator... so kalu diorg respek kita tu mmg lega la, at least we know we are doing something right.....
Jumaat
  • Hari pertama hantar umar ke taska. --- nanti lah sambung, dah byk sgt.....

2 comments:

Oyis said...

wow... pjg tu entry. sian dgr psl mas sekeluarga x sihat. harapnya by this time dah sembuh... mmg annur & azzahrah tu bunyi cam tamak duit kan? sket2 caj. kalo ada hosp yg best bgtau sama ye.

masz14 said...

Alhamdulillah sekarang suma dah sihat. tapi ada sikit saki baki batuk tu.
pasal kes annur ni, sebenarnya malam masa kami tunggu nak admit, ada satu kejadian berlaku yg buat saya nampak benda ni dgn nyata.
Masa kami duduk kat ruang menunggu hospital tu, ada sorang mak ni lari2 masuk hospital sambil dukung anak dia yg saya rasa passed out kut. anak dia dlm 3 thn rasanya. sambil lari masuk emergency room tu dia kata, tolong saya, tolong saya..
lepas mak tu masuk bilik tu, anak2 dia yg besar 3 orang turut kelam kabut lari masuk hospital tu. ni umur dlm 10, 8, 5 thn lebih kurang. 4 org semua skali anak dia. keluar masuk ER tu. pastu ayah depa pun masuk. baju sume baju selebet je sbb sume pakai baju tido. pastu rasanya ayah depa ni suh anak2 lain tunggu kat luar. masa saya kat tandas cuci umar berak, anak2 dia yg besar tu tengok, saya pun tanya la, kenapa dgn adik? depa kata, jatuh kat rumah, demam panas. 2 benda. 1 jatuh, 1 lagi demam panas. pastu saya nampak ayah diorg ni pun keluar masuk ER tu, sambil tepon2 orang. ayah ni nampak resah n berpeluh la. pastu nurse kat admission counter tu sibuk suruh isi borang n tanya camana nak bayar. tu yg saya geram je tu. dah la muka serius. takde pun senyum ke, buat muka simpati ke. dia sibukkan hal daftar n tanya ada GL ke, ape ke. mentang2 diorg anak ramai, n sume pakai baju lusuh je. mcm risau2. tah papee laa.... lepas tu doktor hantar anak diorg pi hosp serdang. mesti somehting serious. tapi masa umar dlm ER tu anak diorg dah sedar, cuma masih nangis.
masa umar nak kena admit tu pun sibuk tanya saya bayaran macamana.. eeee..... tu la hospital swasta camni kisahnye. hosp kerajaan wpon tak kene bayar, lain pulak kisah nye... macam2...