Friday, April 22, 2011

umar ke taska

Ok, entry ni nak cerita pasal perkembangan umar di taska.

After 1 week, Alhamdulillah umar has shown a lot of progress in staying at the taska.

Mukadimah :
Selama aku stat keja sampai la seminggu sebelum ni mmg my mil yg jaga. tapi taknak susahkan beliau kerana kalu kene jaga umar, my mil tak dpt nak ikut my pil pulang ke terengganu melawat ladang kelapa sawit mereka. mak pun nampak mcm dah bingung dok terperuk di rumah tak ke mana2 sbb kena jaga cucu. i know she loves her grandsons very much tapi hatinya tak sabar nak pulang hirup udara segar jerangau..
aku pun mmg cdg nak stat htr umar ke taska bila ayahnye pulang dr outstation ke jakarta tu. tapi dah kami semua demam, tangguh la seminggu lebih. tunggu umar betul2 sihat baru nak htr dia ke taska.

Ada satu taska yg aku berkenan, dekat je dgn rumah, masih kariah yg sama tapi perumahan baru. taska ni baru buka dec2010 yg lalu. masa tu aku kan tgh survey taska sbb kononnya nak accept fellowship usim tu. since tak jadi, aku pun takde la htr umar ke taska. now dah keja, aku nak htr taska tu la balik. tapi penuh dah.... sedih.. masa lalu kat taska tu baru2 ni pun mmg nampak macam ramai budak2 dah. aku pun risau nak htr ke tpt yg ramai budak camtu.

pastu hubby survey kat intenet, jumpa taska. baru bukak. tapi locationnya dia sek7, depan red wok tu. n tingkat atas kedai!! adoi.... camana... wpon budak2 baru 3 orang. tapi sbb jauh n takde laman, aku berat hati gak nak htr anak aku kesana....

sudahnya satu ptg tu lepas balik kerja, aku pun round la kat2 kawasan baru rumah aku tu, n jumpa la satu taska yg nampak ok. ni dah kariah lain tapi masih satu hala menuju ke tol bangi. amik number kat banner n call the owner. Alhamdulillah, masih ada kekosongan. balik rumah tgk hubby pun baru sampai dari opis, terus ajak beliau pegi tengok taska tu. he says ok, so 2 days after that, umar pun mula di htr ke taska tu.


jumaat 15/04, 1st day taska, ayah dia htr. time aku amik, meraung.. sbb marah kena tinggal. tapi malam tu excited semacam. mulut tak berenti bercakap. this is a good sign, kataku dlm hati. kalu tak seronok kat taska mesti bile balik moody je kan. ini tak, pok pek pok pek.. lega tengok.

pastu wiken. pujuk dia, bawak gi mid, gi jusco belikan beg baru, botol susu baru etc nak bagi semangat pegi taska. dah la aku baru dpt voucher jusco rm170. mmg semua habis nak belikan brg2 umar.

2nd day, aku pulak yg htr, meraung dia pagi tu. sambil meraung sambil tunjuk ke luar. nak ikut ibu naik kereta. tanak tinggal sini. cikgu bawak masuk bilik supaya dia tak nampak aku pegi. kesian gila tapi kuatkan hati, buat dek je. ptg dtg amik, masa baru sampai tgk dia dok tunggu kat grill. mula2 tak nangis. somehow bila aku keluar kereta dgr dia nangis. ek pelik? b4 balik salam cikgu, lambai kawan2... balik rumah pun hepi jugak. bagus2. n cikgu kata dia dah ada geng kat taska. Alhamdulillah...

3rd day, pagi menangis lagi. tapi bila hulur kat cikgu nak gak dia pegi. kelakar la umar. ptg dtg amik dia awal. sonok dia. kawan2 ramai belum balik, ramai dok lambai dia dari grill. dia pun beriya la lambai kawan2. sonok dpt balik dulu. pastu bawak gi makan sbb aku tak lunch lagi haritu. mmg terubat la hati dia sbb kene tinggal.

4th day, masa nak htr tu, kene lalu gate pengawal masuk kat perumahan tu. umar ni, lalu je bawah gate tu terus merengek, tapi merengek yg tak serius la. sama cam semalam, wpon nangis tapi still pegi jugak kat cikgu bila dihulur. nangis2, tapi bila cikgu letak je dgn kawan2, terus diam.. tak sempat ibu belah pun..
hari ni balik cam biasa, 5 lebih baru sampai, dia tunggu kat grill. aik semalam balik 4.30 pun tunggu kat grill jugak. brapa jam dia duduk kat grill tu tunggu ibu datang?? tapi yg kelaka nye. setiap kali sampai, nampak dia tunggu kat grill tu, bila nampak kereta ibu berenti, mata dia bulat, n then toleh kat cikgu mcm nak bgtau ibu dah sampai. lepas tu dgr bunyi dia nangis buat2. ibu sampai je depan pintu taska terus nak mintak angkat dia bawak masuk kereta...
hari ni baru hari ke 6. pagi2 masih menangis. tapi sejak hari ke-4 tak teruk sgt tangisan dia. boleh didistract. tak mcm 2nd n 3rd day yg cikgu sampai kena bawak masuk bilik.

bila malam2 tgk perangai umar, punya lah lasak. blajar dr kawan2 la ni. baru seminggu duduk taska, mcm2 perangai baru umar dapat. ada yg bagus, macam makin byk cakap. nak apa2 cakap piss piss, please la tu.. so comel. perangai yg tak bagus pulak, bila marah, baling barang. uuu itu mmg ibu n ayah pantang tengok tu. mmg kena la kalu dia baling apa2 kat tangan dia bila dia tak dapat apa yg dia nak. n suka nangis buat2. muka senyum tapi mulut nganga. nak attention la tu.

paling teruk setakat ni, ada sekali time dinner, bila dia dah kenyang, dia start nak masukkan tgn dlm cawan air, pastu nak masukkan nasi dlm cawan jugak. bila ayah dia angkat cawan tu bawak jauh dari dia, dia marah, pastu tolak2 nasik keluar dari pinggan n tolak nasik2 yg bersepah tu dari meja. jatuh kat lantai. ayah dia tepuk tgn, kata jgn bazir makanan. menangiss....... wuhuhuuu.... sebelum pegi taska tak penah dia buat macam tu. tepis2 makanan bila marah. mmg ada la dia belajar tu.
mmg itu la mak ayah kena terima bila dah htr anak ke taska. what can we do? kene bagi tahu benda ni tak boleh buat. membazir tu amalan syaitan. tak semua benda yg kawan dia buat dia boleh ikut. hihi.

now dah hari ke 6 kan, pagi2 dia dah start ceria utk bangun mandi n pegi sekolah. selalunya time mandi masih marah2 lagi. tapi bila sapu lotion kat badan dia dah becok dah. pakai baju pun ceria, masuk kereta pun ceria, tapi kene tinggal kat skolah je masih belum ceria. insyaAllah, makin lama makin baik lah mood dia bila dihtr ke taska.....

ok dah hampir lunch time. nanti aku nak cerita kisah lain pulak.... bye2.

6 comments:

Oyis said...

sebijik mcm aisyah masa mula2 masuk nursery dulu. nangis meraung tu sehari dua je, tp berbulan2 gak lps tu nangis yg buat2, tp bila cikgu hulur tgn, sambut dan masuk dlm kelas hehe. pastu kalo dtg amik, kita jengah dari luar tu, elok2 duk main2. skali nmpk kita, terus jd pelakon air mata hihiih. tp skang dah x lg. nmpk terus jerit, 'mummy!' dan heret tgn kita tunjuk dia main apa.

kalo bab meniru pon byk gak. jd lg petah berckp dan mcm lebih happy sket la. cuma bab yg negatif pon ada tiru gak, perangai meludah2 la,sembur air liur la hmmmm... x leh nak kata apa la kan. tegur je la bila nampak dia buat tu

way to go umar! besar dah anak2 kita ye mas :)

Afida Anuar said...

Alhamdulillah..at least Umar ada peningkatan dia jugak. Takde teruk macam hari pertama. huhu,bab2 pengaruh kawan tu, rupanya bukan budak2 sekolah je rupanya eh. budak2 kecik pun...alahaiii comel...

NurulB said...

Hi Mas, bab Umar tunggu kat grill tu sebijik mcm anak aku(masa dia xlupa diri ngn pembantu favourite)hehe...tp skrg dia dah ok, tiap ptg tunggu kat grill..bila nmpk je aku mcm nak melompat..

budak2 duk taska mmg mcm tu Mas, ade je benda elok n tak elok dia ikut. si kecik aku tuh, terikut ngn anak pengasuh taska.suka korek pusat org. time aku nyusukan dia, tngn dia mesti nak korek pusat aku.geram betul.hehe.

masz14 said...

kak noris : berbulan ek nak bagi dia settle down? hohoho. tapi syukur sangat2 setiap hari makin elok mood dia bila htr kat taska. senang hati ibu nye nak gi keja. dok opis boleh concentrate kat keja je. saya pun dah sebulan lebih keja ni, dah tak pk sgt pasal umar kat opis. awal2 dulu hari2 sedih. saya tak sabar nak tunggu dia excited nak gi skolah. hehehe.
mmg kaknoris kalu tgk dia skarang, time tido especially, mmg rasa, besar dah anak aku ni. dia mengada2 pun rasa mcm takleh layan sgt. sbb bukan baby lagi. mcm dah sesuai sgt2 bagi adik kat dia ni kak noris. i bet u wanna wait until phd habis baru nak bagi adik kat aisyah, tul tak tekaan saya? tak lama lagi dah tu aisyah buleh dpt adik..

masz14 said...

fida : sama je fida budak sekolah ke budak kecik ke. mmg akan terpengaruh dgn kawan2. mak ayah masih pegang peranan penting nak tunjuk ajar yg mana betul yg mana salah. some parents are too busy semua nak lambak kat cikgu. tu yg anak2 jadi tak terkawal tu. sbb tu skarang kalu suami aku bizi sikit je, aku dah naik angin dah. masa yg aku dpt duk dgn umar pun dah berkurang drastically. jadi ayah punya peranan jadi makin penting nak didik anak2. hehe.

masz14 said...

nurul : dah ada cikgu feveret pun still tunggu kat grill lagi ke? funny betul la. eh aku tak sabar anak aku sayang kat cikgu dia. so that dia tahu dlm dunia ni bukannya ada ibu,ayah,atok,opah,tokki,nenek aje. ramai lagi orang yg baik yg boleh kita sayang...
tang korek pusat tu tak tahan la... kene cakap no no... ngilu..