Monday, April 25, 2011

weekend activities

sejak kerja ni, waktu hujung minggu mmg sgt2 ditunggu.
percaya atau tak. aku ni time wiken mmg tak tido dah pas subuh! sbb seronok i can spend the whole day with my family. pagi2 jadi sesi berborak dgn suami, menonton cerita2 download yg tak sempat tgk waktu lain sbb berebut dgn umar yg nak tgk kartun.. boleh pegi shopping mall awal takyah berebut parking etc... sgt best bangun pagi ni rupanya! hahaha..

hari sabtu yg lalu kami pergi menonton wayang cerita RIO. mmg tujuannya nak bawak umar gi tgk katun.. bagi treat bcoz he has been such a good boy kat taska.

tapi terperasan perubahan pada sikap umar yg buat aku sebak.. skarang ni, bila keluar rumah naik kereta dia dah tak excited mcm dulu. dia masih trauma lagi, sbb hari2 keluar kene tinggal kat taska. dah la kitorg buat cruel joke kat dia pagi sabtu tu. lalu depan taska, kata nak htr gi taska. terus duduk diam... diammmmm sampai la sampai midvalley. bygkan. dia takut. sbb nya, b4 dia start gi taska, kalu bawak balik rumah in laws pun dia kena tinggal gak time ibu nak gi keja. now kena tinggal kat taska pulak. so pada dia keluar tak semestinya fun. ada kemungkinan besar kene tinggal.

so bile nampak je bangunan kuning midvalley tu baru dia bersuara. ayah dia tergelak tengok. umar ni pulak mmg dah pandai cam bgnn2 atau lebih tepat lagi parking basement shopping mall spt warta n midvalley n klcc. 3 tu je pun yg slalu pegi.
1st bile nampak bgnn midvalley, berbunyi sikit. masuk parking, terus becok. adeh la umar. keluar dari kereta, masuk mall, boleh kenal gaya berjalan beliau yg excited. mcm dah familiar sgt la dgn tpt tu....

pastu terus gi tgk wayang sbb wayang kul 11am. best jugak RIO ni. its a kiddie movie tapi bile keluar dari wayang rasa macam baru balik dari rio de Janiero. mmg movie ni nak promote rio de janiero.. katun mmg la dia portray cantik je rio tu tapi rasanye lagi mundur dari kl.. hehehe..... nonetheless kalu ada rezeki bila2 kalu dpt gi rio tu best gak.

lepas tgk wayang, jalan2 kat mj jap, i bought myself a new backpack... yeahooo.... bye2 old backpack.

dicota dee bacpac

sgt happy. bukan umar je perlukan beg baru utk bagi semangat nak gi skolah. ibu pun perlukan backpack baru utk semangat nak gi opis. beg lama? hubby amik. hihi. bagus gak, at least takde la terbiar je. wpon ada bhgn2 yg dah terkoyak, but still boleh pakai. n bag tu pun dah byk berjasa kat aku. lets see backpack baru ni akan teman aku gi mana pulak lepas ni.. :D

dah puas hati dapat beg, kami pegi makan sushi zanmai. 2 hari berturut2 aku dtg mkn cni. on friday dtg lunch n jalan2 kat midv sorang2. saje nak tenangkan fikiran... dtg makan sushi, beli tiket rio, jalan2 sikit...

hari sabtu dtg makan sushi dgn hubby pulak. not bad la sushi zanmai ni. ni baru kali ke-3 aku pi. tapi takde la authentic sgt kot ke-sushi-an nye. sudah localized. ada satu joke aku buat dekat hubby saje bagi dia terkejut..

me : ok mas nak tanya, kalu dah amik sushi ni dari conveyor belt tu boleh letak balik tak?
him : hish mana boleh!
me : hehehe. i just saw the couple beside you did that.
him : hah yg mana? sebelah ni?? pala hotak dia la...
me : iye.. dia amik 2 pinggan yg sama, bandingkan, pastu letak satu balik..
him : *geleng kepala* padan la sushi sini ada cover.. kat jepun mana ada cover dlu ingat tak?
me : tgk la perangai orang yg dtg makan camana. kat cni kalu tak letak cover, bukan je dia angkat pinggan tu, siap sentuh2 lagi.. kalu rasa tanak, letak balik.
him : *speechless*

betul tak cakap aku? kalu tengok perangai org kat uc ni lagi laa.... penah nampak sorang mamat ni dok belek chicken sandwich kat kafe, siap pegang roti tu, bukak tgk dalam dia. pastu tak amik pun. yarkk!!!

ok moving on, lepas makan, kami pun balik ke serdang sbb dah kat kul 3...
lepas solat zuhur di rumah mil, kami ber3 pun terbongkang sampai kat kul 6.. dgn letih nye dari pagi beraktiviti.. pastu hujan pulak ptg tu.. uuu heaven......

lepas bangun, borak2 dgn mak, kongsi kisah umar kat taska... malam tu kami pun balik rumah... tak dapet nak tido serdang sbb full house.

ahad, dah plan dgn mama nak bakar seafood harini.. so bangun pagi, masak pancake, pastu kat kul 10 gi warta nak beli brg dapur sikit. sampai warta at almost 10 tapi pintu masuk mall dari basement parking tu tak bukak lagi.. kami pun keluar la balik dari basement tu.

yg paling tak tahan umar. kan dia dah kenal basement parking warta tu. so bile kitorg keluar dari basement tu dia marah! dia ingat tak jadi pegi kot.. ikut perangai ibu la umar ni suke gi shopping mall.

so sepanjang pagi sibuk beli barang n masak, ptg tido lagi.. n then malam pun tiba... wiken pun berakhir... i said to hubby, rasa mcm tak cukup la wiken 2 hari je. tak dpt rehat sgt pon...
dia balas balik, bcoz u did not rest.. sibuk buat benda lain.. shopping lah itu lah ini lah...

so lepas ni wiken nak dok rumah ke ke berehat? no way!!

ok ada lagi cerita tapi nanti2 lah..
bye2..

No comments: