Tuesday, May 24, 2011

pening lalat

  1. semalam puasa ganti. baru hari pertama. tidak, aku tidak puasa enam. jadinya sudah tak puasa sejak hari raya 2010. hasil? dari pagi pening kepala. makin teruk sbb campur dgn selesema. di opis takleh buat keja apa. ngadap laptop mmg buat kepala makin pening. dah tidur di surau tghari pun tak berjaya mengurangkan pening. lepas je berbuka, terus telan panadol 2 biji + actifed (utk selesema). naik mandi basuh kepala, solat maghrib n tidur. ayah umar takde, dia ke jakarta. so camana nak jaga umar sambil tido? bukak timmy time. bygkan dari 8.30 mlm dia tgk timmy time sampai 11.30. aku terjaga2 jugak utk tgk dia. dia mostly just main kereta hot wheels yg baru beli kat 7-eleven (sempat capai tu sementara ibu nak pi beli air sedap n panadol utk bukak posa). n dtg hempas badan atas ibu yg tgh tido ni from time to time. tapi dia tkada pun suruh "wake up!". dia tahu ibu tgh sakit kot. 11.30 bangun, baru lah pening hilang. between 8.30 n 11.30 ada jugak bgn sekejap2 jawab telefon, pegi tandas. tapi angkat je kepala terasa pening lagi. bila letak kepala baru tak pening. mmg lega sgt bile tgh malam tu pening dah takda. sgt lah seksa sbb tak penah pening teruk macam ni. bgn tgh malam, salin pampers umar, turun buat susu umar, buat air n bawak naik kerepek utk alas perut sebelum tido. maka berpiknik lah kami berdua dalam bilik sambil tgk timmy time (pdn le bilik ada lipas). lepas tu aku solat, n then tutup lampu. umar pun tido... lewat gak budak ni tido. i think dia tido lama waktu dekat taska.

  2. hari ni htr umar ke serdang atas permintaan neneknya yg rindu dgn umar. b4 htr pegi makan roti canai feveret dekat dgn rumah mil.

    pakcik roti canai : lama tak nampak..
    me : dah tak lalu cni pakcik...

    :P sogan den. aku lama tak dtg pun pakcik ni perasan. nampak betul mcm regular customer.

  3. ade ke patut masa nak pegi gerai roti canai tu umar marah. sbb tak berenti kat rumah mil. dia ingat tak jadi pegi sana. kene pujuk dia, "kita makan jap, ibu lapar ni.." pastu bile dah htr ke rumah mil, dia panik pulak tgk ibu tak masuk rumah pun. hanya pass dia pada nenek. adoi umar. dalam kepala dia dah ada expectations. kalu tak jadi mcm yg dia harapkan, dia marah. ayoooo ur just like me lah. apa kata ikut perangai ayah hang yg super relaxed tu. just go with the flow? highly unlikely ek umar.

  4. hujung minggu lepas gi tgk pirates of carribean. ok, menghiburkan wpon a tad bit long. umar as usual tertido dlm cinema. mmg kami bawak dia sbb tak sampai ati nak tinggal dia hari wiken. makan jagung, makan popcorn, pastu tido... Review movie? sama mcm obefiend tulis. akan membuatkan anda lupa dunia n akhirat buat seketika. enuf said.

  5. nampak ada replica pirate ship kat tgh midvalley tu. tapi tak heran sbb dah naik a much better replica.. (kataku berlagak).

  6. dah beli kain utk buat baju raya tempohhari bersama kakak ku. ala beli dikamdar je pun. rancangan awal utk pegi ke jakel telah dibatalkan. sbb bila cakap2 me, my sis n mama, we found out that kain2 yg kami beli kat jakel semuanya tak bagus! mine, kain cotton warna peach yg buat baju kurung konvo (spt profile picture blog ni), baru je lagi, tapi kain nye dah lusuh n tak keras mcm masa baru pakai. i have the exact same baju, in green, tapi yg green ni beli kat kamdar. dah kat 2 tahun baju tu, masih elok. yg peach tu baru buat thn lepas, tapi dah lembik n lusuh. my mom pulak kata, depa kata kain yg dia beli tu silk, tapi panas! tak mcm silk. tertipu. mama pun taknak beli dah kat jakel. my sis pun akui jugak. kainnya low quality. cepat tertarik pada jahitan. so, walaupun gua rambang mata masa pi jakel last year, malas dah nak pegi. oh ada 1 je kain yg elok kat jakel tu iaitu dia punya english cotton. tapi tu pun mahal nak mampus. (kain2 yg tak best tu pun takde la murah sgt pun..) so takde lah keterujaan mau pegi jakel dah lepas ni.

    bile di pikir2 kan balik, jenama jakel ni masih baru, berbanding dgn kamdar n nagoya textile. jakel ni mcm brand dari segamat yg tetiba je femes kat kl. tapi aku perasan, even tulisan pada kaki kain tu pun tipu gak. unlike kamdar, tag pada kaki kain tu mmg boleh caya. bukan la kain made in china n main tulis je pada kaki kain tu atas arahan client. so rakan2 yg membaca, hati2 la kalu pi beli kain kat jakel tu okey.

  7. ok itu je setakat ni. tiada apa2 berita terbaru yg boleh dihebahkan. masih kena tunggu.
byebye.

Monday, May 16, 2011

life's like this

hari ni agak free tapi takda benda menarik nak ditulis. something happened during the weekend and it can be viewed in two completely different ways. good n bad. tapi aku pilih utk anggap ia bukanlah benda buruk semata2, no harm done, no damage what so-ever. percaya pada qada' dan qadar, yang ketentuan Allah swt menjangkaui perancangan kita yg hanya manusia ni.
by thinking this way, Alhamdulillah kehidupan dapat diteruskan seperti biasa, mood seperti biasa, kerja seperti biasa, sambil menanti keputusan2 lain yg bakal tiba tidak lama lagi.
kadang2 benda yg kita yakin dah berada dalam genggaman kita pun akan terlepas juga kalau Allah swt kata itu bukan milik kita. dah usaha sebaik mungkin, selebihnya harus bertawakal kepadaNya.

moving on to my previous entri yg berkenaan hal keperluan mengatasi keinginan. aku dah lupa dah keinginan aku tu ape menda nya, tapi keperluan yg aku maksudkan adalah aku dah beli external hdd utk projek mega aku. tak de la mega sgt tapi penting utk dibuat dlm masa terdekat ni.

oh baru aku teringat, keinginan aku tu adalah memiliki sebuah pc baru yg berharga dlm RM3k. adui gaji den pun cukup makan yo, mano nak dapek boli pc 3ribu.. melainkan mintak suami support keperluan bulan tu. hahah.

pc lama masih ada wpon tak penah on sejak bawak balik dr kedai pc bulan 1 dlu. ingat tak kisah aku htr pc ke kedai dr. pc kat pkns bangi tu yg hasilnya mengecewakan tu? ye itu dia aku revealkan kedai nya. mmg tobat dah lepas ni takkan htr pc ke mana2 dah tanpa keluarkan hdd, save dlu data2 penting sebelum htr ke kedai. ade ke patut.. dah la dia patahkan pintu cd drive. budus betul. ish ish ish.. kalu lupe kisah nye pegi la tengok balik entri dolu2. lupa dah aku entri mana satu.

since umar mmg akan conquer computer all the time, aku kena lah buat sesuatu utk memastikan aku juga dapat menonton rncgn kegemaranku atau buat kerja apa yg patut masa di rumah. thats why i decided to buy that external hdd. mula2 nak bagi pc lama tu jalan balik. pastu aku nak save semua cerita2 umar ke dlm hdd tu, pindahkan masuk pc. lepas tu laptop aku akan jadi milik aku balik. aku mmg tak koser nak bukak laptop opis kat rumah. nanti terpaksa buat keja opis sbb terpk, oh keja ni belum siap, keja tu belum siap... takmau2.

itu je lah kisah dia. actually kalau cerita haritu lain bunyi nye. dah sampai hari ni, lain pulak bunyi nye. time can change everything, betul? sebab tu lah, reminder terhadap pembaca2 blog, apa yg korang baca di mana2 blog pada hari tersebut, belum tentu berita nya kekal benar selepas entry tu dipaparkan.
macam aku cerita pasal cloth diaper la dulu2. konon time tu excited nak guna. skarang ni cloth diaper jadi apa tau? jadi seluar mandi umar je. tak kuasaaaa aku nak pijak2 cuci2 diaper yg penuh dgn kencing n berak tu. dia bukannya macam lampin biasa yg ko boleh bukak lipatan bagi nipis n boleh berus. its thick n you never know whether kuman2 @ najis dlm penyerap dia betul2 hilang ke tidak. ni aku dah pusing dlm mesin basuh berkali2, detergent bercawan2, masih tak hilang bau dia. pastu kene tunggu hari yg betul2 panas, baru dpt kering dlm masa satu siang. kalu tak, dia tak kering sampai besoknya n bau makin teruk la sbb dah kepam semalaman. seriously not worth the effort. buang tenaga, buang letrik, buang detergent. thats y i stopped using it. tapi aku tak pernah pulak cerita kat blog yg aku dah stop guna diatas sbb2 diatas tu.

so bacalah tulisan orang sekadar ada saja.. toksah nak caya sgt, org kata, makan tu sedap makan ni sedap. satgi kita pegi. pergh mengecewakan. jgn tertipu.

besok hubby balik yeay! bil telepon seminggu beliau di jepun dah berjumlah lebih rm500. yikes! thats the price you have to pay for being away from your loved ones...

akhir kata, semoga minggu ni membawa barakah kepada yours truly dan anda2 semua diluar sana.

wassalam.

Saturday, May 14, 2011

jiwang karat

tak jadi lah nak citer pasal technical stuff. iaitu intipati entri sebelum ni.
probly bcoz its the weekend. taknak pk pasal keja or anything that is related to it.

malam ni melayan perasaan menonton movie william & kate.
tgk macamana start berhubungan, break up, make up, ended with a marriage proposal.

elok sangat la menonton love story macam ni time suami tak ada.
meleleh2 air mata.

mostly bcoz teringat kat suami. teringat zaman dolu2 terpisah antara bumi malaysia-jepun.

pastu tgk kate dlm movie ni, sepanjang jadi girlfriend mmg tak menentu, tak ada apa2 jaminan. anytime boleh putus.
now dah jadi isteri, settled! takde sapa nak kacau dah.

oh rupanya kisah cinta royalties dgn org biasa takda beza pun.

mmg tahap desperado betul lah. tapi bertambah buruk bila dicanang seluruh dunia.

ok aku bagi movie ni 4 out of 5. wpon kate dlm citer ni agak rendah berbanding kate in real life. tapi berlakon ok, ada chemistry between the two.

actually aku takda la minat sgt pon kisah diorg ni. mcm terlalu jauh utk dipeduli kan.
but actually i tried to watch their wedding ceremony.

but like i said, pantang aku tukar channel, si umar akan marah2, tutup tv n tutup lampu. dah la ceremony tu waktu petang. kami baru sampai rumah. umar baru balik dr taska. mesti la nak kene layan kehendak dia. kesian dok taska seharian pastu balik rumah ibu tak bagi tgk mickey the mouse. nanti dia ingat ibu tak sayang dia pulak.
so takde la sempat nak tengok ceremony tu. mana satu pippa middleton yg kononnya hot ass la pemende la... tak tengok pon.. hahah!

so there i admit im a sucker for love stories. paling pantang kalu suami out station pastu pi layan movie2 pasal cinta tak kesampaian.. uiii berjuraian air mata... kalu la layan movie camni time suami ada tgh tido dgn umar, takde nak heran der. hihihi.

oh suami ketahuilah aku sgt merinduimu.

jgn lupe belikan barang yg telah dijanjikan. hehe.

dia baru bagitau dia pi makan sushi yg made to order depan mata. alaa yg mcm slalu tunjuk dlm discovery channel tu. dang it. apasal masa dia pegi dgn kami haritu tak bawak pun pi makan tpt macam ni? alasan dia : bukan dia yg bayar, n masa tu aku belum reti makan sushi. dang it lagi!
now mmg kemaruk sushi zanmai wpon hubby kata tak best. assudalaa...

boleh tak rabu dtg cepat supaya saya boleh jumpa suami saya and everything will be alright with the world again.

Wednesday, May 11, 2011

Keperluan mengatasi keinginan

sempat tulis tajuk jer. nanti sambung sbb dah kul 1 pagi.

Monday, May 09, 2011

cerita aku

Telahan aku bahawa bahaya cakap banyak sgt benda kat blog ni mmg betul.
Cakap-cakap-cakap satgi tak jadi, dah la sedih sbb tak jadi spt yg dirancang, pastu ramai orang baca, diorg pun anticipate for the updates jugak. hiii mmg tak boleh belah laa...

dan mmg tak dinafikan kalau cerita terlalu byk happy things sampai orang naik cemburu, dah menimbulkan perasaan tak elok dalam diri orang lain. not good, not good for the world.

ok nak sambung pasal cerita 2 weekends ago, tapi dah tak berapa ingat. kalu takda sapa berminat nak baca, its ok. aku nak cerita jugak utk catatan sendiri.

kami bermalam di serdang pd malam sabtu n ahad, sbb isnin tu cuti hari pekerja kan.

ahad siang kononnya nak berehat kat rumah. tapi tiba2 dtg idea nak menonton wayang lagi. sapa tah yg timbulkan idea ni aku pun tak ingat tapi yg pastinya kami berdua dua2 orang takmau mengaku masing2 yg bg idea nak tgk wayang tu.

we ended up watching thor at 12pm at midvalley. mula2 nak tinggalkan umar dgn sepupunya, tapi mcm kesian pulak, so bawak la jugak. kami beli couple seat jadi kononnya umar boleh la dok tgh2. last2 dlm wayang tu dia boleh tido pulak lepas 15 minit cerita nya start. i think dia takut bunyi boom boom. thor tu ada gak babak2 cemas awal2 tu. tu yg dia mcm takut, tutup mata, last2 terus lelap, sampai movie habis. syok la ibu ayah layan movie. eh tapi ibu lenguh kematu bontot la memangku umar yg tido sepanjang movie..

so bila dah puas tido, keluar dari cinema dia pun aktif bagai nak rak la. tah cari barang apa lagi time ni aku pun lupa tapi dah ptg baru balik serdang balik...

malam tu takde la aktiviti, just lepak je sbb dah letih keluar siang tu.

on monday, b4 lunch kami dah balik bangi sbb aku tak basuh baju lagi pd minggu tersebut hehe.

4 hari bekerja minggu lepas aku lalui seperti biasa. lari2 pegi kelas.. mengajar students blablablabla...

kdg2 aku pk, macamana nak ajar budak2 ni jadi orang? stakat mengajar subjek komputer ni, kurang sgt peluang nak cakap pasal benda2 lain selain dari teknikal stuff. pasal life, pasal morale n so on.

these young adults biasa la, most of them just wanna have fun. nak seronokkk aje. nak jalan mudah je. sampai kena kata, theres no easy way if you want to succeed. you have to read blablablablablabla..... lenguh mulut.

just so u know, i like this job. i actually feel happy coming to work on monday. this is most probably bcoz on manday takde kelas so boleh dok kat tempat sendiri buat keja sendiri. tapi mmg suka lah.

awal2 dulu mmg sedihhhh sgt tinggalkan umar. now, umar pun dah biasa kena tinggal. wpon dia masih juga menangis from time to time masa dihantar ke taska, but he's getting much better.

the only thing that makes me sad now is that i realized that me and him are getting more distant from each other. dulu, duduk dgn ibu 24-7, minum susu pun dgn ibu aka breastfeeding. now dah tak breastfeeding sbb rasanya dia give up sbb susu pun dah takda. kdg2 dia mintak jugak tapi distract la dia dgn benda lain. dia pun tau, minum pun takda guna sbb bukannya ada apa pun.

so itu lah dia. dia masih dtg kat ibu, peluk cium ibu n so on. tapi he's getting more independent by the day. dah pandai buat hal sendiri. thats a good thing, i know. pandai cakap macam2 dah skarang ni. come on, wait, no, tamau, where did it go?, pleasee.., let's go, .. kitorg pun terkejut dgr dia cakap macam2...

kesimpulannya umar dah besar..

ok weekend yg baru berlalu, on saturday, we went to klcc. kononnya nak pegi taman tasik perdana tapi sbb keluar pun lewat, sampai kl dah 9lebih, hari dah panas, kami tukar plan ke aquaria. 9.30 sampai aquaria, tgk rupanya dia bukak pukul 11! wtf... macamana attraction mcm tu boleh bukak kul 11? we came early to avoid the crowd, but instead we had to wait for the crowd to come. mmg suck ah. dah la mahal. tak menarik pulak tu. umar pun tak pandai lagi nak appreciate, tengok ikan sikit2 je pastu dah boring. yang paling frustrating sekali, travelator dalam tunnel underwater tu tak jalan! f.o. betul. bayar memahal. since travelator tu tak jalan, orang kat dlm tunnel tu pun tak bergerak la. sesak. bosan2. duk tak sampai stengah jam pastu blah. no more aquaria after this! <-- self reminder.

lepas tu pegi la isetan konon nak beli brg sikit, tapi tgk, isetan concourse level dah tutup sbb nak renovate. pastu brg2 dari level tu sumbat pulak kat level2 atas. balik cerita kat my sister dia kata dah jadi mcm yow chuan! pastu sbb tak jumpa brg yg dicari akibat dah berubah2 tempat, aku pun nak pegi la toys rus beli chalk utk umar punya papan tulis tu. toys r us dah relocate, aku cari2 tak jumpa pun. walhal dah pegi dah kat new location. mmg super suck sbb jalan jauh2 tgk benda nya takda. sgt marah. baik tutup je la klcc tu sbb asyik ubah2 kedai kat dlm tu ikut sukati depa. balik citer kat kakak aku jugak, dia kata, toys rus tu ada tapi dia tersorok. kene lalu hallway baru jumpa. so i missed that hallway la. bangang nak mampus sign apa2 pun takda...
mmg hangin je kitorg pegi klcc hari tu.

hari ahad pulak iaitu semalam, adalah hari ibu. but ibu n ayah left umar at home with opah n mak long n dzharif, n we went to kl for some errands. ibu buat errands ibu, ayah pi opis buat kerja. hari ni hubby akan ke jepun for 10 days. sbb tu smalam dia lepak opis sampai mlm. ahad tu! mother's day tu! n ibu had to go home naik trainss(monorail,lrt,komuter. teka aku gi mana?). tapi takpe sbb harini ayah tak pegi keja, dia jaga umar pagi ni. tghari ni ibu pi amik diorg berdua di toyota service center sbb ayah nak htr kereta servis sementara dia ke jepun ni. di rumah pun dah ada tambah sebijik kereta kerana ada adik sepupu yg duduk dgn kami for 7 weeks sbb dia praktikal di mint. jadinye hari2 abah kene park kereta di luar. so hubby pk, kalu dia takda kereta dia akan tersadai di parking dan membuatkan orang lain takleh park. so dia htr la kereta servis. plus sbb dah kat setahun kut tak servis kereta tu.. tsk tsk...

ok so that is it for now. those 3 confidential business akan direveal tak lama lagi insyaAllah selepas keputusannya diketahui. 2 of them have finished brewing cuma tunggu masa nak cakap je. takde la bernasib baik sgt aku ni. mmg pon. baru tau ke? tapi takpa. setiap peluang yg datang kita terima, kita cuba, berjaya atau tidak perkara kedua. yang penting kita dah buat sehabis baik utk setiap peluang yg datang tu. kalu tiga2 berjaya mmg rasa im in heaven... but life is not like that. whats important is that we try to make the best of the current situation, be happy with what we have, not fret over things that we can't have, n try to make thing better for the future.

ok bye2 aku nak pi buat exam question.

Wednesday, May 04, 2011

bla bla bla bla....

Banyak yang nak di omelkan.
tapi takut memakan diri di kemudian hari.

blablablabla...
blablablablaaa....

Alkisah Umar,

Bila di bawah, mmg dia conquer tv habis2an. takda peluang ibu nya ni nak menonton channel lain. bukan ibu je, ayah, acik nua, opah, atuk, semua kena beralah dgn dia.

kalu ibu nak tukar channel lain waktu dia sibuk buat hal lain, bila dia sedar je channel ditukar, terus dia pegi tutup tv and panjat sofa untuk tutup lampu. hebat umar...

tapi yg herannya, bila achu nami tukar channel lain dia tak marah pon?? sbb achik jrg ada kat rumah kot.. dia biar je achik dia tgk how i met your mother haritu. kitorg yg lain tensen ajer tengok.. huhu..

itu di bawah. dalam bilik tidur pulak, mmg dia conquer pc, nak tgk timmy time. dia dah boring dgn thomas, toy story123.. now he's hooked on timmy time n finding nemo. nemo tu probably sbb ikan, dia rasa mcm dia ada dlm laut sama2 dgn ayah nemo, n dia ingat masa kat disneyland tokyo dia ada jumpa crush dalam satu attraction yg kami masuk. tapi crush sana cakap jepun la.. tapi kami yg tak paham jepun pun dapat rasa kelucuan crush tu..

ibu dah download desperate housewives, cougar town, glee.. tak dapat2 nak tengok! kalu nak tgk kene tgk pas subuh la.. takde waktu free lain dah nak tgk.. malam2 mmg mahap la.. umar tido lagi lewat dr ibu.. dahsyat hang umar...

Alkisah long weekend yg lalu

Mmg sgt best.
Sebab berjaya beli ni :

*bukan gambar sebenar*

Eeeekkk!!!

Hari sabtu, mula2 ke pavilion membelanjakan voucher parkson. kenapa pilih parkson pavilion? sbb dlm parkson ada toysrus. nak beli menan kat umar lah. n dzharif skali sbb voucher tu atok yg bagi. jadi belikan mainan yg dua2 orang boleh main tanpa berebut...

*bukan model sebenar*

EEeeekkk lagi!!

umar skarang ni hari2 balik dari taska je terus tuju ke sini, main conteng2.
tapi tak jumpa lagi chalk@kapur yg selamat digunakan. so for now guna marker saje.

ok lepas pegi pavi, kami terus tuju ke tung shin spital sbb umar mcm ada rashes naik kat badan dia. kenapa pilih tungshin? sbb dekat dgn pavi, n hubby slalu pegi ctu. hospital panel utk company nya. hasil nya??? aku nak bersalin kat situ pulak boleh tak utk 2nd child nanti? ok i know ni topik sensitif. kalau ada doktor wanita muslim, kene pilih yang muslim. dulu ye la takde pilihan.
tapi.. kalu dah yg muslim tu takde ciri2 muslim macamana? tamak duit macamana? hipokrit camana? layan pesakit acuh tak acuh camana? camana????
masih dalam dilema. kalu ada sapa2 nak utarakan pendapat, silakan.
aku nak tanya, yg bersalin kat hospital kerajaan tu boleh pilih tak nak doktor lelaki ke perempuan?

ok moving on. lepas pegi tungshin, jumpa doktor yg super baik n sanggup dgr soklan aku yg macam2, pegi ke lowyat. asalnye nak lunch je. tapi lepas lunch, aku gatai pi naik atas survey nintendo 3ds.. tu yg bila jumpa, sekali dgn game yg aku nak pulak tu, n harga dia n harga yg aku tgk internet seller jual tak byk beza, aku pun tak tunggu lagi terus sambar.... lama dah perati.. nak beli nak beli... now dah jumpa dpn mata mmg tak tunggu lagi terus beli!

lepas tu pegi lawat member hubby yg baru dapat anak.. this couple yg kami dok menumpang rumah depa masa di yokohama tempoh hari...

pastu malam tu balik serdang.. ok nanti sambung aku ada kelas jap gi nih. bye2.