Monday, May 16, 2011

life's like this

hari ni agak free tapi takda benda menarik nak ditulis. something happened during the weekend and it can be viewed in two completely different ways. good n bad. tapi aku pilih utk anggap ia bukanlah benda buruk semata2, no harm done, no damage what so-ever. percaya pada qada' dan qadar, yang ketentuan Allah swt menjangkaui perancangan kita yg hanya manusia ni.
by thinking this way, Alhamdulillah kehidupan dapat diteruskan seperti biasa, mood seperti biasa, kerja seperti biasa, sambil menanti keputusan2 lain yg bakal tiba tidak lama lagi.
kadang2 benda yg kita yakin dah berada dalam genggaman kita pun akan terlepas juga kalau Allah swt kata itu bukan milik kita. dah usaha sebaik mungkin, selebihnya harus bertawakal kepadaNya.

moving on to my previous entri yg berkenaan hal keperluan mengatasi keinginan. aku dah lupa dah keinginan aku tu ape menda nya, tapi keperluan yg aku maksudkan adalah aku dah beli external hdd utk projek mega aku. tak de la mega sgt tapi penting utk dibuat dlm masa terdekat ni.

oh baru aku teringat, keinginan aku tu adalah memiliki sebuah pc baru yg berharga dlm RM3k. adui gaji den pun cukup makan yo, mano nak dapek boli pc 3ribu.. melainkan mintak suami support keperluan bulan tu. hahah.

pc lama masih ada wpon tak penah on sejak bawak balik dr kedai pc bulan 1 dlu. ingat tak kisah aku htr pc ke kedai dr. pc kat pkns bangi tu yg hasilnya mengecewakan tu? ye itu dia aku revealkan kedai nya. mmg tobat dah lepas ni takkan htr pc ke mana2 dah tanpa keluarkan hdd, save dlu data2 penting sebelum htr ke kedai. ade ke patut.. dah la dia patahkan pintu cd drive. budus betul. ish ish ish.. kalu lupe kisah nye pegi la tengok balik entri dolu2. lupa dah aku entri mana satu.

since umar mmg akan conquer computer all the time, aku kena lah buat sesuatu utk memastikan aku juga dapat menonton rncgn kegemaranku atau buat kerja apa yg patut masa di rumah. thats why i decided to buy that external hdd. mula2 nak bagi pc lama tu jalan balik. pastu aku nak save semua cerita2 umar ke dlm hdd tu, pindahkan masuk pc. lepas tu laptop aku akan jadi milik aku balik. aku mmg tak koser nak bukak laptop opis kat rumah. nanti terpaksa buat keja opis sbb terpk, oh keja ni belum siap, keja tu belum siap... takmau2.

itu je lah kisah dia. actually kalau cerita haritu lain bunyi nye. dah sampai hari ni, lain pulak bunyi nye. time can change everything, betul? sebab tu lah, reminder terhadap pembaca2 blog, apa yg korang baca di mana2 blog pada hari tersebut, belum tentu berita nya kekal benar selepas entry tu dipaparkan.
macam aku cerita pasal cloth diaper la dulu2. konon time tu excited nak guna. skarang ni cloth diaper jadi apa tau? jadi seluar mandi umar je. tak kuasaaaa aku nak pijak2 cuci2 diaper yg penuh dgn kencing n berak tu. dia bukannya macam lampin biasa yg ko boleh bukak lipatan bagi nipis n boleh berus. its thick n you never know whether kuman2 @ najis dlm penyerap dia betul2 hilang ke tidak. ni aku dah pusing dlm mesin basuh berkali2, detergent bercawan2, masih tak hilang bau dia. pastu kene tunggu hari yg betul2 panas, baru dpt kering dlm masa satu siang. kalu tak, dia tak kering sampai besoknya n bau makin teruk la sbb dah kepam semalaman. seriously not worth the effort. buang tenaga, buang letrik, buang detergent. thats y i stopped using it. tapi aku tak pernah pulak cerita kat blog yg aku dah stop guna diatas sbb2 diatas tu.

so bacalah tulisan orang sekadar ada saja.. toksah nak caya sgt, org kata, makan tu sedap makan ni sedap. satgi kita pegi. pergh mengecewakan. jgn tertipu.

besok hubby balik yeay! bil telepon seminggu beliau di jepun dah berjumlah lebih rm500. yikes! thats the price you have to pay for being away from your loved ones...

akhir kata, semoga minggu ni membawa barakah kepada yours truly dan anda2 semua diluar sana.

wassalam.

1 comments:

Afida Anuar said...

setuju2 mas... jangan percaya sangat apa orang tulis. buat macam masuk mata kanan keluar mata kiri. Jangan simpan dalam hati...ekekkek

akhir kata, selamat bercuti bersama keluarga..;)