Tuesday, August 23, 2011

nobody should breeze through java

Sejak kebelakangan ni, opismate slalu tegur,
  1. Hai kakmas, masam jer..
  2. Mas.. why do you look so angry?
  3. Kakmas, keja yg last week tu tak habis lagi ke?
  4. Kesian saya tengok awak keje belambak2.
Nak ikutkan, semua orang pun bizi. aku ni kelas takde lah byk pon. tapi keja atas meja wuih. mcm nak tenggelam je rasanya dlm timbunan assignment bebudak. dah bagi markah pun, terpk, patut ke, adil ke, tak kesian ke, bias ke.. takut sebab kebiasan aku, cacat java depa dapat b,c,d... 
alah dlu java aku pun b+ jer. paling aku tensen budak2 yg berangan nak breeze thru the course n expect to pass! nobody should breeze thru java. and i mean nobody!

tetiba aku emo pulak pasal java ni. ko dtg kelas dok menganga kat belakang, suh buat assignment semua meniru satu sama lain, tetiba ko nak pass pulak kan. jgn harap.

ah ni bukan nak cerita pasal java, aku nak citer pasal, apasal depa ni dok kata muka aku tensen/garang..
satu mesti lah sbb suami jauh. tapi ni kat opis ni. mcm lah suami penah ada kat opis pun. apasal lak kat opis nak bawak mood ketiadaan suami? aku saspek bukanlah kerana ketiadaan suami. aku mmg hangin satu badan dgn kelas sekarang. pemalassss kebyknnya. meniru tak habih2. dah la final sem. bosan tol tgk lab exercise coding yg sama kat separuh kelas. aku dah ugut nak failkan sesapa yg meniru assignment kawan2 lain, depa lak naik angin dgn aku. ye la kalu fail, takleh grad, kene repeat.marah ler tu kena ugut. ewah2... nak pass pastu nak tunjuk kat future employer, see i got good grades in java, i must be good in programming. sbb tu hy selected ppl sahaja boleh dpt A. yg betul2 grasp the concept of java. aku pun dlu tak layak dpt a sbb tak paham betul2. ni tengok semua nak meniru. lama2 fedap lah aku. aku fedap=bebudak tensen. buat lah exercise hoi! 
aku bajet tu yg muka mencuka je time kena mengadap diorang. dlm kelas memekak bising sampai kena halau. bila kata, sign ur name, ul get ur attendance, but get out of my class because i do not want any disruption. uuu ramai yg datang. attendance nak, belajar tanak, buat keje tanak, pass nak. macam %^$%&!!!

aku tgk boss pun takde kacau aku dah skarang. i wonder why? penah sekali dia tepon kul 12 tghari, mintak ganti kelas kul 12.45. too bad masa tu aku dah kat luar. pegi mana tah time tu. lunch time kan, wpon puasa, lunch time tetap lunch time. kalu dia mintak ganti kul 11pagi ke, 2,3 ptg ke, boleh la. ni betul2 antara12-1tghari. aku pulak dah masuk highway. sorry lah boss.. 
mmg tak manis sungguh sikapku. tapi aku mmg pantanggg betul la kene ganti2 kelas orang ni. mana orang tu? apasal kelas kul 12.45 kul 12 lebih baru tau kene ganti? menyusahkan aku kan... polisi kompeni yg tak membenarkan class cancellation.. nak buat camana.
polisi kompeni lagi satu yg agak bangang, bagi lecturer laptop sorang satu. kata nak kena tanda agreement tapi tak muncul2 pun agreement nye. tetiba last week my colleague rumah kene pecah masuk n laptop kene amik dek pencuri. dah buat polis report apa semua, kompeni suh bayar jugak. agreement yg lopsided. apa2 jadi, staff kena bayar. tak kira bila dan dimana. i was like, ko nak suruh kami hangkut laptop 4kg(including charger) ni on our backs 24-7 ke bangang? 
tapi sebenarnya aku tak penah bawak balik pun. jarang2 sekali. mmg tinggal kat opis je. berlock la tapi (hari ni baru start lock. tu yg berani bagitahu. hihii.). kalu hilang kat opis, opis punye pasallah. tapi kalu jadi ni mmg apa2 pun staff kene bayar gak. apalah punya banganggg...... ni pakai kepala hotak sapa nak buat rules macam ni ni....
lepas je my colleague hilang laptop n berlaku perselisihan paham yg tak brapa kecoh, dan2 hari ni semua staff yg belum tanda agreement sudah kene kejar utk tandatangan agreement. dah la spec laptop aku salah pulak tu. version 3 kata version 5.. nak suh aku bayar lebih la tu kalu hilang... bangsat betul. dont tell me its an honest mistake.
ni yg buat aku terasa mau pulang balik laptop kompeni n use my own laptop. tp aku ada sedikit berat hati disini. wpon my own laptop lagi ringan, lagi robust, tapi aku tak sampai hati nak mendera laptop aku on lama2, buat programming berat2.. (mcm la pasang postman pat berjam2 tiap2 malam tu tak berat...) takut membebankan laptop ku. plus malas nak bawak kehulu ke hilir sbb like i said pc pun dah tak ujud kat rumah ni. laptop ni jugak lah yg aku cucuk ke monitor besar nak bagi anak aku tgk segala mala katun faveret beliau. nak beli pc baru? oh tidak. we're not gonna be here that long.. nak beli netbook? buang duit aje. not powerful enough. sudahnya aku belum ada keputusan nak keep on using laptop opis. yg smmgnya sudah lembab, bengkok sana sini, selow melow sejak aku guna 5 months ago (it was a new laptop when i got it..).. tapi tak seteruk member yg masuk sesama, dia nye laptop nak tutup pun takleh dah. tgk lah betapa tak robust nye laptop d3|| tu. beg jatuh dr kerusi pun, bila bukak laptop tgk bengkok dah. apeda? laptop tu duk dlm beg. bukan dia jatuh sendiri..

so sbb tu lah agaknya muka aku tenson je kat opis. bagi orang takut sikit nak kacau. hehe. dapat detect kalu kita ni dicop sbg a pushover oleh orang lain or students.. habis la..asyik kena buli je nanti. eheh.. sbb tu la aku kata, aku jaga tahi aku, ko jaga tahi ko (rujuk status di fb minggu lalu). koserr aku nak bersihkan tahi orang lain. dah kene bersihkan tahi si umar tu dah cukup lah. korang yg lain tu bukannya budak kecik nak kene dibersihkan tahi masing2. so kerja masing2, masing2 jaga okey?

bye2.

my humble workstation

Saturday, August 20, 2011

Dah kat pukul 2 pagi ni tetiba dtg mood nak berblogging pulak. besok pagi mesti takleh bgn awal ni.

Hubby has been gone for 5 days now. 9 days to go. rasa mcm nak pengsan menunggu kepulangan beliau. kalu lah jakarta tu boleh sampai naik kereta, lama dah aku drive gi sana. i . just . cant . stand . it!
pastu mula la start melayan lagu2 jiwang akibat merindui beliau. mcm zaman bercinta dolu2. seriously. kalu dia ada depan mata tgh tergolek tido time2 macam ni, takde aku hingin der nak dgr lagu2 jiwang. buang maso!

lately aku sudah hooked dgn ini satu blog. by an anonymous blogger. agak poyo sebenarnya beliau sedaya upaya menyorokkan identiti sedenar beliau. tapi yg best nya, disebabkan dia anonymous, dia boleh tulis sesuka hati dia apa yg dia nak. itu yg buat tersangkut bbrp hari membaca blog beliau. tapi dari gaya penulisan, n sbb dia mentioned jugak dlm blog nye tu. dia belum berkahwin. tu yg blog entry mcm benda2 yg kita cakap dgn org yg paling rapat dgn kita. ala gosip2 bangang pasal orang sekeliling kita yg takda sapa sanggup nak dengar kecuali suami/isteri sendiri. since dia ni tak punya suami, dia pegi bantai mengutuk every single person that she met, every single person in her life, dlm blog. sbb tu dia kene jadik anonymous. kalu aku yg org google je nama aku terus terpacul blog ni kat top of the list, tak dapet la nak buat camtu kan. semua kena cover2 sopan2. kalu lah kamu tau apa yg sebenarnya dlm kepala ni.. hmm better stop here.

aku sedar aku dah lama tak mengambil apa2 gambar. gambar sendiri ke, gambar umar ke.. kamera dah berapa lama tersadai. beli memahal, last2.. duk dlm dashboard je. ntah ada bateri lagi ke tak.
gajah putih lain, my nintendo 3ds. kdg2 hubby nak main 3ds tu, kecewa sbb takde bateri. mana nak ada bateri, dah brapa bulan tak pernah sentuh. mungkin lepas kluar harvest moon the tale of two valleys?cities? yg 3d tu nanti baru aku nak main balik 3ds tu kot. gajah putih lain, external hdd yg 1tb. tak guna pun. hari tu beli sbb mmg ada tujuan nak guna. sbb tanak bawak laptop opis yg berat ke hulu ke hilir, ingat nak bawak laptop sendiri n then semua kerja2 nak save dlm hdd tu. last2 skarang, plan tu tak menjadi. masih caryr laptop opis kehulu ke hilir... another gajah putih, 3.5" hdd 2tb. kononnya beli utk letak kat cpu. tapi hampeh cpu yg hubby bawak balik tu mmg dah corrupt even dah format sekali pun. mmg hardware dah kong la tu. sudahnye we're still sticking to my laptop for now sbb mmg takda plan nak beli pc baru sampai tahun depan. so apa gunanya hdd tu? taktau. file2 byk dah berterabur sana sini tapi tak sempat nak sort out lagi. plus sejak thepriatebay kene block ni negara ni, aku pun kurang semangat nak donload apa2 dah. sbb sumenye lembab...
semua gajah putih yg aku mention kat atas ni ada kat 4k jugak harga total nye. sume dibeli dlm tahun ni. n i complained that i dont have enough money? hebak mung mah....

apa lagi aku nak cerita ya... lepas raya sok hubby akan kembali ke jakarta. this time for 3 whole weeks. rasa nak meletup je nih. tidakkah beliau paham yg aku tak bolehhhhhhhh berjauhan dgn beliau. it sucks! it really2 sucks!!! arghhh.. n i think i am not the only one who feels this. aku tgk anak aku pun bile ayahnye takde, kalu mengamuk tu, mengamuk sungguh2 (iye beliau mengamuk, just like his mother). mcm tadi, ada gathering buka puasa keluarga belah atuk deh kek somban. ada la 4 org yg lebih kurang sebaya dgn si umar ni including my sister's son si dzharif tu. umar ni dgn dzharif tak kijam sgt. tapi dgn 2 org lagi tu mmg bergaduh beriya2. memula dia tak dpt mainan yg dia nak. dia menangis menjerit2 kat 15 minit. aku, kakak aku, adik2 aku sume dah cuba nak tenangkan beliau tapi dia dokkk simpan lagi bengang dia tak dpt barang yg dia nak tu. aku pk, kalu ayah dia ada ni mesti dia dah tenang dah. sekali terperasan, hanya ayah umar saje lah yg boleh redakan n tenangkan umar dan ibu umar setiap kali kami mengamuk dgn benda sekeliling kami... oh ayah ur very precious. lepas tu dok berebut mainan lagi, kali ni umar dah tak mengalah dah. biar lah yg lain2 tu menangis meraung, dia buat dekk jer. lagi org tu nak lagi dia pegang mainan2 tu. pergh sebijik perangai bapak hang umar. takde perasaan. lagi lah buat ibu ni teringat kat ayah.

ok lah itu je. suddenly mood hilang. nak surf tiket flight nak gi jakarta. bye.

Monday, August 15, 2011

Wordless Monday

Harvest Moon (The Tale of Two Towns)





Thursday, August 11, 2011

Searching for a better future.

Dah lama sangat tak menulis. byk je benda nak diluahkan. tapi byk juga alasan kenapa tak boleh suka2 nak luahkan. 
rasa mcm jadi target pemangsa je. 


malas la nak cakap banyak2.


rasa macam nak get out of the country city. i need some fresh air. malangnya bulan2 puasa ni nak berweekend getaway ke mana pulak. buang tebiat tu kata mama orang.


mula2 kata, ok takpe, nanti raya balik taiping, so boleh la jalan2 ke utara cuci mata n jiwa yg kusuttt dgn students keja.


sekali dapat lak berita tok nak raya kat kl!! why tok whyy!! raya kat bangi tak best lah tok.. tolong la tok...
tapi apa nak buat, tok dah tak larat nak raya kat tepeng dah. dia nak rilek je raya ni, tanak sibuk2 masak rendang tunggu anak2 balik yg tak balik2. 


sudahnya takkan keluar dari this goddamn valley sampai 25 sept!! arghh!! kenapa sampai 25 sept aku kata? sbbnye hubby minggu depan nak terbang ke jakarta balik sampai 2 days b4 raya, n 2nd raya terbang lagi sampai 25 sept. this SUCKSSSSS BIG TIME arghh.. thats it i am definitely taking you away from that shit. 


perihal keje, workload longgar di waktu ni. waktu sendat dah berlalu, mungkin akan sendat kembali tak lama lagi. tapi my 1st semester mengajar dah pun habis. budak2 baru exam. tu yg kecohh nak mampus. time2 hujung sem ni la hari2 nak telepon, hari2 ada email, semua pakat nak add aku kat facebook, tanya soklan itu ini paksa2 bagi assignment lah itu lah ini lah. korang ingat aku ni takda keja lain dari nak mengadap korang je ke... ingat bile keje sok boleh suruh bos ikut cakap korang mcm yg korang buat kat pensyarah skarang ke...


aku kata bullshit karang melampau pulak. tapi mmg sgt bullshit. students diajar demand2 suka2 hati kat lecturer. mcm kita ni kuli batak, robot pun ada. 
brapa kali dah mengamuk kat students aku ni. keje baru 5 bulan, mengamuk lebih dari 20 kali dah. tak dengar kata, degil, paksa2 terima kerja dia yg hampeh. sapa tak hangin.... mostly students luar negara la. yg locals, masih ada sopan santun tatasusila depa blajaq kat skolah dulu. ni tah dtg dari mana2 ko nak demand lebih2 lak. balik tempat ko laa macam tu....


takut gak kereta kene calar ke, diorg berdendam ke. tapi teruk sgt.. tak penah seumur hidup jumpa gerombolan manusia mcm ni. baru lah terbukak sikit biji mata tgk bangsa2 lain atas muka bumi ni.


kalu teruk apasal duduk gak kat cni? sbb colleagues ngam wooo... lama dah tak bermember2 macam ni... last waktu kat infosys kot. ada member kamceng. lepas tu gone semuanya. time masters buat hal sendiri. sibuk dlm dunia sendiri. now kembali bermember2. gosip2, gelak2, kongsi2 kisah students yg merapu2. dah la semua umur lebih kurang pulak tu. mmg sgt membantu dlm merelease tension lah.


tgk la tahun depan kalu ada rezeki, aku nak pi buat benda lain pulak.. sementara tu, bertahan di sini dulu, cari pengalaman... kumpul duit <-- pembohong ni.. la ni lagi sengkek dari waktu tak kerja dulu. 
kenapa jadi macam tu? biasa la, dulu ada jugak income sikit. tapi takyah keluar rumah hari2, takyah htr umar gi taska, takyah beli susu sbb dia masih breastfeed, tak makan luar hari2, tak payah tempah baju kerja banyak2, takyah beli kasut, takyah beli mekap, takyah paksa hubby keluar every weekend gi shopping&makan sedap2 sbb nak release tension... mmg la skarang lagi sengkek......
cubaan mengetepikan sejumlah wang setiap bulan selalu gagal. lagi2 bulan lepas wallet hubs tercicir, lost quite a lot of money there, skarang pulak dah bulan posa n bulan raya. tau je lah waktu2 gini mmg pakai EXTRA duit.. sabor jer ler. oktober kang aku cube menyimpan lagi.... dgn syarat takleh gi makan sushi zanmai selalu... wuhuhuhuhu....


oh satu lagi boleh bertahan sbb bos baik. hehe. ni mmg kene sebut. understanding right from the beginning. mcm gua punya sv dulu la. lupa lak nak maklumkan pada ex-sv sudah berjaya melepasi saringan pertama biasiswa. berkat doa dan recommendation ex-sv n sorang ex-lecturer. tak terbalas rasanya. 


oh ye sebut pasal raya, hujung minggu sebelum puasa haritu aku buat kerja yg agak gila. 
weekend tu kl mmg sesak nak mampus. pagi sabtu, hubby nak gi opis setelkan keje b4 terbang ke jakarta. aku n umar ikut sekali ke kl. sampai opis hubby, beliau masuk opis, kami naik lrt dari bangsar tu ke... masjid jamek! wuhuhu... kononnya nak cari baju melayu umar tapi tak terbeli. pegi makan beriani kat restoran insaf, pastu nak lrt lagi skali, kali ni nak menuju ke pavilion utk beli tshirt raya utk umar. awat yg sampai nak konar ke pavi tu? sbb butik baju yg berkenan hy ada disana. 
lrt bangsar>lrt masjid jamek. jalan kaki sampai jalan tar, naik lrt bandaraya blakang sogo yg sesak nak mamp tu,>lrt hang tuah, monorel>bukit bintang. masuk isetan lot 10, pastu jalannn sampai pavilion. semua nya dgn mengcarry umar dlm ergo baby okey. kesimpulannya? balik, sakit tulang peha. carry 13kg sepanjang hari punya penangan. hajat nak patah balik dari pavi naik monorel,lrt ke bangsar terpaksa dibatalkan. suh hubby dtg jemput kat pavi sbb tak larat nak jalan dah. 
puas hati..... umar pun ada gak waktu2 terlebih aksi. syok sgt dpt jalan2 naik 'thomas' dgn ibu. lama dah tak spend time berdua dgn ibu mcm dulu2. tu yg terlebih excited tu. time solat pun kene wrestling dgn dia taknak bagi dia turun. takut dia keluar surau(penah dah buat ni dgn ayah dia. mujur ibu yg kat surau perempuan terdengar suara umar bercakap2 kat luar surau lelaki. kene bawak lari dgn orang kang, naya je..). tapi dia berjaya jugak melepaskan diri. sekali ada auntie yg nampak aksi2 umar ni ajak umar duduk sebelah dia depan cermin dlm surau perempuan tu. mcm2 auntie tu tanya kat umar, umar diam je. (tak khusyuk nye aku solat....) tapi yg taktahannye boleh pulak dia duduk je sebelah auntie tu sampai la aku siap solat. auntie tu tanya, 'where's your toy?' kat umar, aku yg tgh siap2 lepas solat tu jawab, 'no toy..', auntie tu balas, 'oo that's y.. next time must bring a toy..' aku sengih je.... walhal mmg saja tanak bagi bawak toy, jatuh ke hilang ke, aku yg marah nanti. duit aku tu beli toys tu semua.. harharhar...
kesimpulannya wpon hari tu mmg sgt meletihkan, tapi mmg berbaloi sgt.. just me n my son spending time together. i love it!


ok itu je coretan kali ni. doakan yg terbaik utk aku, kawan2.


wslm.