Thursday, August 11, 2011

Searching for a better future.

Dah lama sangat tak menulis. byk je benda nak diluahkan. tapi byk juga alasan kenapa tak boleh suka2 nak luahkan. 
rasa mcm jadi target pemangsa je. 


malas la nak cakap banyak2.


rasa macam nak get out of the country city. i need some fresh air. malangnya bulan2 puasa ni nak berweekend getaway ke mana pulak. buang tebiat tu kata mama orang.


mula2 kata, ok takpe, nanti raya balik taiping, so boleh la jalan2 ke utara cuci mata n jiwa yg kusuttt dgn students keja.


sekali dapat lak berita tok nak raya kat kl!! why tok whyy!! raya kat bangi tak best lah tok.. tolong la tok...
tapi apa nak buat, tok dah tak larat nak raya kat tepeng dah. dia nak rilek je raya ni, tanak sibuk2 masak rendang tunggu anak2 balik yg tak balik2. 


sudahnya takkan keluar dari this goddamn valley sampai 25 sept!! arghh!! kenapa sampai 25 sept aku kata? sbbnye hubby minggu depan nak terbang ke jakarta balik sampai 2 days b4 raya, n 2nd raya terbang lagi sampai 25 sept. this SUCKSSSSS BIG TIME arghh.. thats it i am definitely taking you away from that shit. 


perihal keje, workload longgar di waktu ni. waktu sendat dah berlalu, mungkin akan sendat kembali tak lama lagi. tapi my 1st semester mengajar dah pun habis. budak2 baru exam. tu yg kecohh nak mampus. time2 hujung sem ni la hari2 nak telepon, hari2 ada email, semua pakat nak add aku kat facebook, tanya soklan itu ini paksa2 bagi assignment lah itu lah ini lah. korang ingat aku ni takda keja lain dari nak mengadap korang je ke... ingat bile keje sok boleh suruh bos ikut cakap korang mcm yg korang buat kat pensyarah skarang ke...


aku kata bullshit karang melampau pulak. tapi mmg sgt bullshit. students diajar demand2 suka2 hati kat lecturer. mcm kita ni kuli batak, robot pun ada. 
brapa kali dah mengamuk kat students aku ni. keje baru 5 bulan, mengamuk lebih dari 20 kali dah. tak dengar kata, degil, paksa2 terima kerja dia yg hampeh. sapa tak hangin.... mostly students luar negara la. yg locals, masih ada sopan santun tatasusila depa blajaq kat skolah dulu. ni tah dtg dari mana2 ko nak demand lebih2 lak. balik tempat ko laa macam tu....


takut gak kereta kene calar ke, diorg berdendam ke. tapi teruk sgt.. tak penah seumur hidup jumpa gerombolan manusia mcm ni. baru lah terbukak sikit biji mata tgk bangsa2 lain atas muka bumi ni.


kalu teruk apasal duduk gak kat cni? sbb colleagues ngam wooo... lama dah tak bermember2 macam ni... last waktu kat infosys kot. ada member kamceng. lepas tu gone semuanya. time masters buat hal sendiri. sibuk dlm dunia sendiri. now kembali bermember2. gosip2, gelak2, kongsi2 kisah students yg merapu2. dah la semua umur lebih kurang pulak tu. mmg sgt membantu dlm merelease tension lah.


tgk la tahun depan kalu ada rezeki, aku nak pi buat benda lain pulak.. sementara tu, bertahan di sini dulu, cari pengalaman... kumpul duit <-- pembohong ni.. la ni lagi sengkek dari waktu tak kerja dulu. 
kenapa jadi macam tu? biasa la, dulu ada jugak income sikit. tapi takyah keluar rumah hari2, takyah htr umar gi taska, takyah beli susu sbb dia masih breastfeed, tak makan luar hari2, tak payah tempah baju kerja banyak2, takyah beli kasut, takyah beli mekap, takyah paksa hubby keluar every weekend gi shopping&makan sedap2 sbb nak release tension... mmg la skarang lagi sengkek......
cubaan mengetepikan sejumlah wang setiap bulan selalu gagal. lagi2 bulan lepas wallet hubs tercicir, lost quite a lot of money there, skarang pulak dah bulan posa n bulan raya. tau je lah waktu2 gini mmg pakai EXTRA duit.. sabor jer ler. oktober kang aku cube menyimpan lagi.... dgn syarat takleh gi makan sushi zanmai selalu... wuhuhuhuhu....


oh satu lagi boleh bertahan sbb bos baik. hehe. ni mmg kene sebut. understanding right from the beginning. mcm gua punya sv dulu la. lupa lak nak maklumkan pada ex-sv sudah berjaya melepasi saringan pertama biasiswa. berkat doa dan recommendation ex-sv n sorang ex-lecturer. tak terbalas rasanya. 


oh ye sebut pasal raya, hujung minggu sebelum puasa haritu aku buat kerja yg agak gila. 
weekend tu kl mmg sesak nak mampus. pagi sabtu, hubby nak gi opis setelkan keje b4 terbang ke jakarta. aku n umar ikut sekali ke kl. sampai opis hubby, beliau masuk opis, kami naik lrt dari bangsar tu ke... masjid jamek! wuhuhu... kononnya nak cari baju melayu umar tapi tak terbeli. pegi makan beriani kat restoran insaf, pastu nak lrt lagi skali, kali ni nak menuju ke pavilion utk beli tshirt raya utk umar. awat yg sampai nak konar ke pavi tu? sbb butik baju yg berkenan hy ada disana. 
lrt bangsar>lrt masjid jamek. jalan kaki sampai jalan tar, naik lrt bandaraya blakang sogo yg sesak nak mamp tu,>lrt hang tuah, monorel>bukit bintang. masuk isetan lot 10, pastu jalannn sampai pavilion. semua nya dgn mengcarry umar dlm ergo baby okey. kesimpulannya? balik, sakit tulang peha. carry 13kg sepanjang hari punya penangan. hajat nak patah balik dari pavi naik monorel,lrt ke bangsar terpaksa dibatalkan. suh hubby dtg jemput kat pavi sbb tak larat nak jalan dah. 
puas hati..... umar pun ada gak waktu2 terlebih aksi. syok sgt dpt jalan2 naik 'thomas' dgn ibu. lama dah tak spend time berdua dgn ibu mcm dulu2. tu yg terlebih excited tu. time solat pun kene wrestling dgn dia taknak bagi dia turun. takut dia keluar surau(penah dah buat ni dgn ayah dia. mujur ibu yg kat surau perempuan terdengar suara umar bercakap2 kat luar surau lelaki. kene bawak lari dgn orang kang, naya je..). tapi dia berjaya jugak melepaskan diri. sekali ada auntie yg nampak aksi2 umar ni ajak umar duduk sebelah dia depan cermin dlm surau perempuan tu. mcm2 auntie tu tanya kat umar, umar diam je. (tak khusyuk nye aku solat....) tapi yg taktahannye boleh pulak dia duduk je sebelah auntie tu sampai la aku siap solat. auntie tu tanya, 'where's your toy?' kat umar, aku yg tgh siap2 lepas solat tu jawab, 'no toy..', auntie tu balas, 'oo that's y.. next time must bring a toy..' aku sengih je.... walhal mmg saja tanak bagi bawak toy, jatuh ke hilang ke, aku yg marah nanti. duit aku tu beli toys tu semua.. harharhar...
kesimpulannya wpon hari tu mmg sgt meletihkan, tapi mmg berbaloi sgt.. just me n my son spending time together. i love it!


ok itu je coretan kali ni. doakan yg terbaik utk aku, kawan2.


wslm.

1 comment:

mama_umar_maryam said...

pehhh bace in 1 short memenatkan! byk2 saba ye..mmg ngade2 pon nk mntk ilang stress kuar jln2 ..same here,tp tu jela caranye..dari tibe2 diam,mogok,pendam sorg2 lagi xberguna ;)