Saturday, September 24, 2011

hand me the world on a silver platter

its the weekends... and im more than happy to forget everything about work and just enjoy these 2 precious days. And InsyaAllah, my husband will be back home on Monday evening.

.. ok seriously aku taktau nak cerita apa kali ni. ada mood utk menulis, tapi takda topik yg sesuai. tak habih2 bengkek dgn keje, tensen suami jauh. bosan tautak bosan dgn topik2 sebegitu? walaupun hari2 kisah students panjang berjela, takkan la hari2 nak kene hidang cerita yg sama?

so.. it is now almost 1.30am. anak aku tak tido lagi. lately aku perasan aku mmg garang betul lah dgn umar ni. bila dia lari2 masa nak bagi makan, tanak gosok gigi, tanak sikat rambut, tanak duduk elok2 time nak basuh berak, aku mmg pegang segala mala tangan badan kaki tak bagi dia bergerak. mmg nampak mcm kasar betul. bygkan nak makan sampai kena tahan mcm polis tahan penjenayah yg nak kena gari tu. lebih kurang camtu lah. tangan sume kene lock! kalu tak, nasik yg nak suap tu boleh melambung ke udara akibat pergerakan tanpa batasan si umar ni. (tertepis lah..) kalu jadi camtu apa lagi aku pun automatik menjerit la, "umar!! duduk la elok2!!!" adik aku mcm tak percaya aku boleh jerit kat anak kuat2 macam tu. guane boh. anak aku ni macam ayah dia. bila dah leka buat satu benda, benda lain, org panggil ke apa ke mmg dia tak peduli dah. tu yg sampai terjerit2 la panggil dia padahal jarak sedepa je. punya la khusyuk tgk tv. nak tercabut anak tekak pun dia masih tak respond. sebijik sebijon perangai ayah dia. geram sungguh!

kdg2 aku ni saje je test suami, tanya soklan2 cam ni:
me : how sure are you that he is my son?
him : coz i saw him coming out of you.
me : oh.. i didnt see that.
baru aku tersedar, aku tak jumpa pun umar ni hari dia lahir. esok paginya baru dia dihantar pada aku (due to the delivery yg agak dahsyat, aku rasa sbb tu doktor tak bagi umar dlu kat aku kot. tunggu aku recover from the shock n the surgery baru dia bagi.) padan la aku kadang2 pk yg bukan2 camni. ye la i bet semua org penah baca kes2 baby tertukar kat spital, dah besar baru tau etc.  lupa pulak yg suami mmg nampak si umar ni keluar dari perut aku. ok tu setel. aku tanya lagi,

me: then, how do you know that he is YOUR son?
him : i know. i just know.
aku pun tergelak besar sambil kata, mmg he is your son. time tidur pun muncung mulut sebijik sebijon. takyah tgk lain dah. ahahahahh!

kdg2 bila si umar ni la , hubby always said to me, "tgk la ni ikut perangai awak.. tak sabar, asyik nak mengamuk je.."

bengang gak bila dikata begitu. tapi lama2 ni tgk si umar ni mmg banyak ikut perangai ayah nye. ada kdg2 je termuncul perangai mengamuk nye yg konon nye menurun dari ibunye ni.
tu la lenkali jangan suka kata anak ini itu ini.. nanti jadi mcm yg bukan kita nak.. baru tau...

ha tido pun si umar ni. kat kul 2 dah. its time for me to go too.

i dedicate this song to my dearest hubby, coz no matter how expensive that lesportsac backpack was, it is still not enough to make me truly happy. cepat balik n we can be together again.

Monday, September 19, 2011

sedih la sangat

Bila baca balik post terakhir, aku terpk, macam lahh sedih sgt hidup aku ni. ntah apa yg tak cukup.. komplen aje keje nye.
Macam2 lagi kisah sedih orang lain yg tak terbanding dgn kisah aku ni. stakat hilang rm30, berjauhan dgn suami sekejap, stress keja.
Orang lain hilang anak ada, hilang tokki ada, mmg duduk berjauhan dgn suami, tak cukup duit tak cukup makan etc. 
Tapi pada aku lah, kisah aku tu pun dah cukup sedih pada aku. kalu perkara yg lebih buruk datang, macamana aku nak hadapi nya?
Ah tgk aku tido lewat lagi... masih ada kerja yg nak kene selesaikan...
tapi saja nak bagitau kisah happy hari ni..
memandang kan mulai besok, jadual kerja penuh dgn presentation student, mmg tak dpt nak kluar makan tghari. makan kat opis yg tak sedap je. mj ada bg voucher pulak utk belian pada harga2 tertentu, sampai lusa saja. so, hari ni amik kesempatan keluar sekejap time lunch utk sambar ni :
wekekekekeke... balik opis muka senyummm je... wpon takde diskaun sbb ini special edition tapi dpt rm60 voucher mj. I'm happy! (wpon sengkek..) harap2 boleh tahan 7-8 tahun mcm backpack2 kesayangan sebelum ni!

so jadinye wishlist aku utk september ni lah hasilnye :

1. harvest moon tale of two towns - tangguh dulu. baru je donlod hm : grand bazaar. best jugak! tapi takde byk masa nak explore. so yg tale of two towns ni tunggu review n torrent je lah. hehe
2. 3ds carry bag - takdo maso!!
3. lss special edition pianofuzz rucksack - done & make up case -  kensel nak beli sbb rucksack tu dah mhl ngat.
4. spanx sbb perut buncit - bajet lari. buncit pun buncit lah. 
5. glasses. - 3 bulan lagi kot. yg skarang ni masih boleh bertahan dan bersabar.
6. removal of wisdom tooth. - done, but still healing. bila lubang tpt duduk gigi tu nak katup?
7. baju umar utk ke taska - done.

ok itu je bye2.

Thursday, September 15, 2011

kisah2 sedih bulan ini

  • jam dah lebih kul 12 tapi masih tak dpt nak menarik badan ke katil. y?
  • umar muntah2 masa tido semalam, tapi terus tido sampai 11pagi. tanpa bgtau ibu yg dia muntah. bangun pagi terkejut ada muntah kering. baju,pipi umar juga ada kesan muntah. aik camana boleh sambung tido tu? sepanjang hari tak de selera makan. minum susu keluar balik. mlm cuma minum vitagen n vita ape tah. so sad tapi taktahu sapa nak mintak tolong? muntah maybe sbb minum susu yg dah lama. atau makan jelly bnyk sgt. kesian tgk. mlm ni b4 9pm dah lelap dah. slalu nya selagi belum kul 12, mmg takkan berenti.
  • bila hal2 mcm ni terjadi, mula lah rasa marah dgn suami. outstation terlalu lama. mcm2 hal tak best berlaku. dia hanya mampu mendengar dari jauh. i know its not fair utk menyalahkan dia. tapi kami yg menanggungnya di sini macamana?
  • kesukaran utk tidur juga berkaitan dgn ketiadaan suami. jadual kami tunggang langgang, akibat aku yg tak boleh nak buat anak aku tidur awal. i have too many things to do. nak tgk reruns drama2 lah, nak layan fb lah, nak main game lah, nak buat keja lah. selagi aku tak tutup lampu n tido, umar juga takkan tido. tu yg masing2 berjaga sampai lewat malam. sbb tu juga kami susah nak bangun pagi. aku bangun juga lah sbb nak kena pergi kerja. umar? hampir tiap2 pagi mengaruk bila dikejutkan utk pegi sekolah. kdg2 je baik.
  • persoalan aku disini adalah, kenapa suami perlu outstation lama2 sgt?? hari pertama puasa dah pergi seminggu, balik seminggu, pergi lagi sampai 2 hari sebelum raya. raya ke-3 terbang lagi sampai 25 sept. bukannya sampai jepun pun. jakarta je. alasan kenapa tak boleh balik sebentar walaupun pun hujung minggu : jadual dah set. eh, time set jadual tu tak tgk dulu kah waktu nya? apa pasal pandai sangat setuju utk kerja 22 hari straight tanpa holiday? bayaran mahal sekalipun sbg ganjaran bekerja di hari cuti, berbaloi kah? masa yg berlalu, boleh diganti balik kah? nak sampai kena cakap macam ni, perlu kah? bukannya pelajar2 kolej swasta yg tak paham bahasa sampai kene ulang beratus kali? perlu kah sampai tahap aku sound bos jepun nya tu? why do you have to send my husband away for too long? just because you gave our son lotsa toys, you think that can make up the fact that my son will not be able to see him father for months? suami aku bukan orang jepun, juga tidak dapat gaji setara dgn pekerja di jepun, jadi jangan suruh beliau bekerja macam jepun.
  • suami beri lagi alasan, kalau dia pulang ke kl tiada siapa boleh buat kerja di jakarta. soalan ku lagi, aku yg di sini ingat boleh kerja kah? hari ni sudah ambil EL sbb tak sampai hati nak kejut anak yg tido while drenched in his own vomit. tunggu dia bangkit sendiri. tapi tetap ke opis kerana dah janji nak buat extra class utk student. sudahnya terpaksa mengharap belas kakak ipar utk tengokkan umar selama 4 jam. itu pun umar masih muntah di sana. bila telefon suami, bawa lah umar ke klinik. aku balas, klinik mana? mesra? gatal2 di betis umar dah letak ubat yg diberi oleh doktor klinik mesra tu berbulan yg lalu, sampai harini belum baik. tak boleh harap. hospital annur? disuruhnya admit anak aku lagi mcm haritu, sanggup? nak tunggu sampai teruk macam tu kah? aku yg pening kepala sejak gigi bongsu dicabut sabtu lepas belum hilang2 lagi. dicampur dgn tidur jam3-4 pagi bbrp malam, menambah lagi sakit kepala. mmg tak ada tenaga dan keinginan nak bawa umar ke klinik, tunggu lagi, tggu doktor diagnose benda yg dah nak naik muak dengar, byr mahal, company tak cover. sebelum2 ni anak sakit sikit je lari pegi klinik, tapi tak habis2 dpt ubat yg sama. stakat salbutamol. adezio, diphenhydramine, chlorphermina$%^$% tu berbotol2 dah ada kat rumah ni. buang masa,duit,tenaga. not that i have much of those 3 things anyway.
  • soalan ku lagi, adakah beliau pk kerjaya beliau sahaja that is on the line kalu tak mampu nak deliver apa yg diharap oleh bos? aku yg disini terpaksa berkejar2 ke hulu ke hilir hantar anak amik anak, pegi keja yg suck like nobodys bussiness. kerjaya aku lagi dlm bahaya kalu nak diikutkan. apa pasal pentingkan diri? bonus besar pun apa guna nya kalu tak ada bersama??
  • some couples can live separately from each other. ldr. to me, sudah2 la ldr tu. 10 tahun kami dalam ldr sebelum kawin. the very reason i got married is to always be with him. sudah tak mahu ber-ldr lagi. so tolongg lagi usaha supaya tidak perlu lagi ber-ldr. this is driving me nuts.
  • malam susah nak tidur, pagi susah nak bangun, pegi kerja malas, kesabaran tipis, ditambah pulak dgn student2 yg sesetengah mcm mintak penumbuk, anak je lah penenang hati. bila penenang hati tak sihat, hati mana tak runsing??
  • lately mmg slalu aku marah2 macam ni sampai menimbulkan masalah dlm kerja. colleagues pun tegur, rilek mas. mana boleh nak rilek kalau asakan datang dari segenap sudut?
  • kereta kena clamp di parking milik tpm minggu lalu, aku pegi ke ofis depa mengamuk. - best gila kisah ni. aku rasa mereka silap clamp. diingatnya student. aku pun dah keluarkan carseat bantal etc dari kereta sbb hari sebelumnya penuh kereta dgn orang. jadinya kereta aku diclamp dihari bersejarah itu, wpon sebelum tu parking suka hati gak. melayu sama melayu, aku jeritkan. kata mereka, hanya jalankan tugas. dahtu aku ni apa? dtg tpm ni nak bersuka ria kah? dah dibayar rm50 bulanan, ruang parking nya terhad. bila parking merata, keretaku di clamp. untuk dibuka, bayar lagi rm50. di notis yg dilekat di windscreen tiada penjelasan lengkap. dasar kerja ala kadar. mmg sedap aku bahasakan. kutip duit cara mudah, kataku. hari2 dapat duit mudah dgn clamp kereta orang tanpa usul periksa. cdgn penyelesaian atas parking yg limited juga tak munasabah. di clamp kerana parking tepi jalan, tapi disuruh pula parking tepi jalan yg lain. atau disuruh parking di parking lot yg 1km jauhnya dari ofis, kemudian naik bas syarikat ke ofis. masalahnya parking tu free. dahtu ko makan duit aku sedap2 rm50 sebulan tu buat apa? katanya, bukan masuk poket dia. aku kata, aku tak tuduh macam tu. duit tu masuk poket management dia. pastu balik aku pk, bukan management dia jugak ke yg bayar gaji dia? dasar melayu tak belajar agama. satu lagi penyelesaian, suruh aku parking di lot milik syarikat aku yg tiada pemilik. tapi harga lot tu rm70. aku kata, itu bukan hak aku. hak aku parking di lot rm50 tak dijaga oleh pihak yg bertanggungjawab utk jaga. pihak tu jugak lah makan lagi rm30 (dari rm50 turun jadi rm30 sbb aku dah mengamuk) akibat aku parking di luar parking compound. sedap nyee makan duit haram. balik bagi makan kat anak bini kan. terbaek.
  • surat acceptance dari bakal sv terbang ditiup angin di waktu aku nak submit ke penawar biasiswa. dah sampai pejabatnya utk submission, original letter takde dlm file. pucat lesi sekejap. tiba2 masa depan nampak gelap. nak mintak bakal sv issue lagi satu, i dont think thats gonna happen. surat 2helai pun takleh nak jaga, camana nak bertanggungjawab atas research? aku trace balik jejak aku hari tu. dah mengamuk2 di opis parking tpm, kehulu ke hilir menjinjing file tu, mcm dah tipis harapan nak jumpa, sekali ternampak kertas berlipat ibarat surat di atas rumput sebelah tempat aku parking kereta. Alhamdulillah, tu dia tempat tercicir nya surat acceptance tu. kutip, simpan kemas2, hari esok nya terus submit! aku dah pegang lebih sebulan. ntah apa yg buat aku tangguh lama sgt sebelum nak submit, aku pun taktau. oh ya, terlalu sibuk dgn urusan kerja. setel urusan permohonan, sekarang hanya duduk diam tunggu keputusan akhir dari penawar biasiswa. berjaya atau tidak, insyaAllah, Disember ni akan dapat keputusannya. 
  • beg lss yg aku berkenan yg nampak di metrojaya harga mahal kemudian jumpa pulak di satu blog dgn harga 60% off, tipu semata2. ciplak rupanya! mujur tak terbeli. aku belek gambar hati2, nampak mcm kurang kemas jahitan n buatan. cari gambar official, bandingkan, sah! benang pink 2 baris di beg authentic, bertukar jadi benang putih 1 baris besar2 jahitannya di beg ciplak. cangkuk plastic die-cast di tali beg authentic, bertukar jadi cangkuk besi yg boleh beli kat kedai DIY kat tali beg ciplak. fuhhh lega tak tertipu. but still, aku tak bersedia nak berbelanja besar semata2 utk sebuah backpack. lss bile ngko nak sale? hopefully time tu masih ada la beg yg aku nak tu. kalu tak, gigit jari yo lah nampak eh!
  • panjang lagi gosip aku sebenarnya. tapi cukup disini utk waktu ni. any comments are welcomed.
tata.

Sunday, September 11, 2011

wish list for september

must have list for this month :
1. harvest moon tale of two towns - DS - rm120 - taktau lagi nak beli ikut saluran mana
2. 3ds carry bag : jahit sendiri @ beli?? complete with cards slot.
3. lss special edition pianofuzz rucksack & make up case. - dah jumpa, tapi pk2 balik, berbaloi kah? berbaloi!! kataku. wpon baru2 ni ada beli backpack, itu backpack utk letak laptop. kalu keluar berdua dgn umar, perlu backpack. n takde backpack cantik. yg ada kaler kelabu (usia dah 6-7 tahun), biru (usia lebih 5 tahun).. plus lama dah berangan nak beli backpack lss. yg special edition@ artist in residence ni besar sikit dair basic backpack lss. lagi satu basic backpack byk ciplak. malas nak beli. yg artist in residence ni susah nak jumpa, limited edition, cantik (pada aku), harga online yg aku jumpa murah kat separuh harga dari yg jual kat butik. kenapa? sbb butik ni, fall 2010 collection pun nak jual full price lagi. kat us dah masuk outlet dah. so nak beli nak beli!!!
4. spanx sbb perut buncit - enough said.
5. glasses. nak jimat ponya pasal, nak ganti lenses sahaja. dah bercalar balar. frame masih baik. usia lenses lagi tua dari frame. frame baru ganti less than a year ago sbb umar kasi patah frame lama.
6. removal of wisdom tooth - berjaya!!!! rm80 je!! kat klinik yg jaraknye 5min dari rumah je!!! masih trauma dgn cubaan mencabut gigi di pkupm. dah la doktor yg cabut gigi smalam ni lagi muda dari aku. perempuan pulak tu. aku mula2 kurang konfiden. haritu doktor laki dah berpengalaman.. umur kat 40, pun tak berjaya cabut. tgk doktor ni, pk, boleh ke? sekali dia tenyeh2 tak sampai 10 minit, cabut terus! aku pun tak sedar - sbb kene bius dah kan.. hepi gile. bayar 80 inggit dgn sng hati. wpon upm cuma kene byr 3 inggit je. tapi trauma nya tak hilang2. Alhamdulillah, things went fine. tapi lepas hilang bius tu berdenyut gak la kepala.. telan la pcm 2 bijik selang 6 jam.. boleh kontrol sakit. hari ni masih amik lagi pcm sbb ada rasa denyut2 sampai kepala wpon tka seteruk semalam.... syukur sgt gigi yg memberi masalah dah hampir 2 tahun berjaya dicabut... ok klinik ni recommended.. silakan... klinik pergigian puteri sebaris dgn impian maju bistro & speedmart 99 kat blakang petronas dekat dgn umah aku ni...
7. baju umar utk ke taska - mcm dah berkurang.. koyak di gunting dek umar ada, hilang ada, hilang seluar ada, nak beli yg 15-20 inggit sepasang.. mana ye nak cari? manjaku? anakku? yg dekat2 je lah. malas nak travel jauh2.

akhir kata, money money money...!!!

Sunday, September 04, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2011

Selamat hari raya diucapkan kepada pengunjung blog yg hidup segan mati tak mau ini.
A lot of things happened since my last post (every post pun akan cakap macam ni..).
Yg happy byk, yg sedih ada sikit, yg buat aku naik angin sampai nak pelempang/pelangkung orang pun byk gak, esp work-related stuff.

oh how life is much simpler when i just stay at home and do next  to nothing. nowadays, gaji masuk tiap2 bulan but i despise the fact that i do not like what i am doing to get that money. Yg ni aku malas nak explain byk2. dah berbuih mulut cerita dgn orang sekeliling. oh how i am thankful to have such great family and friends. they make work bearable. kalu lah aku ni hidup di tempat orang, sorang2, kawan pun takde, kene cakap kat blogg je semua, mmg boleh jadi gilak. gilakk wa cakap lu.

i really hope tulisan di blog ni yg indah2 belaka. tapi thats not how i am feeling right now. jadi macamana nak bagi tulis blog perkara2 yg happy je...

ok its all about control. i am letting my anger control my feelings.. allright lets move on to something  else more cheerful.

Jumaat sebelum cuti raya haritu, me n my colleagues keluar pegi last minit raya shopping tghari tu. terbaek wa cakap lu...  sepanjang puasa mana ada shopping pun. nak keluar waktu weekends tak larat. nak keluar kejap2 time lunch, bukannya boleh makan pun. so tak pegi mana2. jadi nye bila terima ajakan member seopis, aku pun apa lagi, setuju aje la. keje ada tak siap. tapi tau kalu dudk buat satu hari pun mmg takkan siap. at the end of the day, still stress keje tak siap2, stress nak sempat shopping b4 balik kg... so mmg aku puas hati. wpon tak tercapai hajat nak submit dokumen scholarship sbb tertinggal kat opis. takpe lah. due date lambat lagi. tapi rasa nak hantar cepat2 sbb tak sabar sgt dah.
Malam tu mmg pengsan la keletihan. takleh nak bukak mata..

Sabtu pagi, tak sempat bangun lagi, hubby dah tiba dari jakarta. 2 minggu dia pegi. mmg rasa macam mimpi je dia balik tu. in fact, the whole time he was here mmg rasa mcm mimpi. coz now he's gone again.
tghari sabtu tu, i decided to do another last minit shopping at sri munawwarah. sempat lagi tu. hubby n son pulak aku tinggalkan di opis hubby. tgk la tu. dia pun sempat je lagi nak gi opis...
sejam duk kat munawwarah. terbang a couple of hundred ringgit (tudung nye 2 lai je pon..), aku pun patah balik amik hubby n son dari opis beliau dan kembali ke rumah utk kemas2 barang coz mlm tu dah nak gerak balik taiping.

balik tu tak rehat terus kemas kemas kemas... at first ingatkan nak join my parents naik satu kereta je balik kg. tapi bila pk2 balik, byk barang kami nak bawak ni. parents n bros pun dah 4 org. beg2 besar gedabak, kuih raya,kek raya, bantal etc. mmg tak muat la keta my mom tu. jadinye kami pun gerak dgn 2 kereta.. depa gerak dlm kat kul 10 mlm. kami half an hour later. aku masuk kereta terus mcm nak lelah sbb tak rehat langsung dari celik mata pagi tadi. hubby singgah opis lagi sbb tertinggal botol susu umar di opis. by the time sampai opis dia, umar dah pun terlelap dalam carseat beliau, aku pun hampir2 terlelap. hubby naik opis, kami tido dlm kereta. tanpa ku sedar sejam lebih jugak beliau dok di opis tu. mujur aku dah lelap, kalu tka mau gak mengamuk dok tunggu lama sangat. dapat juga lah hubby menyiapkan last minit work b4 gerak ke taiping. 11.45 gitu baru lah kami gerak from bangsar tu. aku mmg tido all the way. terjaga jugak sikit2 sbb rasa mcm hubby memecut. tapi tak larat nak cakap apa, n i dozed back to sleep. tau2 dah sampai rnr bukit gantang, which is 5 minutes from tol cgkt jering. hubby mmg tak stop langsung from bangsar. beli nasik goreng n teh ais, kami gerak terus. dlm 15minit, sampai lah ke rumah tok. adik2 aku yg masih jaga sbb baru sampai gak, melahap la nasik goreng,teh ais, n biskut cornflakes zety tgh2 malam buta tu.
kul 3 lebih, kami masih makan, tok aku dah jaga. aku tanya, "awat tok bangun awal sangat?", she said nak gi toilet but i heard her going into hte kitchen cek lauk cukup ke tak. pastu terus suruh kejut my aunt yg tinggal dgn tok utk bangun sbb nak masak utk kami... adeh tok...... where can you find a tok like this? or all toks are like this? hehe.
kami pun tunggu je la sampai sahur, then tunggu lagi sampai subuh. ahh the feeling of being at rumah tok.. terasa sampai hari ni!

hari ahad tu, plan aku tak lain tak bukan, pegi pekan tepeng!! nak shopping skit (lagi?). kali ni utk hubby pulak. beli seluar slack n tshirt. the store kegemaran aku dah tutup pulak. sedih tak terkata. bertahun2 aku dtg cni. awat la ni dah tutup. tapi seingat aku, 3 kali gak supermarket tu bertukar tuan. dari berkat ke fajar ke the store. last2 tutup. sebenarnya kat bandar taiping ni the store ada 3 cawangan. tiga ok. semua dlm lingkungan 500m away from one another. so i guess ni cawangan yg tak membawa keuntungan. so last2 tutup la. utk mengelak kehampaan, kami gi la the store yg lagi satu. woah mmg penuh orang. pilihan pun lagi banyak. ceh no wonder la yg lama tu tutup. kurang laku. dah habis shopping, kami pun balik rumah tok sbb nak kena tolong masak pulak.
tapi aku takde lah tolong beriya2 pun. mak n makcik2 ada. aku sikit2 je. n tido je byk. hehe.
malam tu lepas bukak posa makan sedap gila, soalt maghrib, kat2 isyak, kami keluar lagi, kali ni nak makan pasembor pulak.  sanggup tu keluar mlm2 nak pakai pasemboq. tapi sbb kami cdg nak balik 1st raya, mmg gerai2 tu tak bukak lagi la. so nak tak nak kene pi gak b4 raya. ok la bole la. a bit dissappointed sbb takdak sotong. pasemboq biasa ja.

ok lah besok sambung. ngantuk dah ni. bye.