Thursday, September 15, 2011

kisah2 sedih bulan ini

  • jam dah lebih kul 12 tapi masih tak dpt nak menarik badan ke katil. y?
  • umar muntah2 masa tido semalam, tapi terus tido sampai 11pagi. tanpa bgtau ibu yg dia muntah. bangun pagi terkejut ada muntah kering. baju,pipi umar juga ada kesan muntah. aik camana boleh sambung tido tu? sepanjang hari tak de selera makan. minum susu keluar balik. mlm cuma minum vitagen n vita ape tah. so sad tapi taktahu sapa nak mintak tolong? muntah maybe sbb minum susu yg dah lama. atau makan jelly bnyk sgt. kesian tgk. mlm ni b4 9pm dah lelap dah. slalu nya selagi belum kul 12, mmg takkan berenti.
  • bila hal2 mcm ni terjadi, mula lah rasa marah dgn suami. outstation terlalu lama. mcm2 hal tak best berlaku. dia hanya mampu mendengar dari jauh. i know its not fair utk menyalahkan dia. tapi kami yg menanggungnya di sini macamana?
  • kesukaran utk tidur juga berkaitan dgn ketiadaan suami. jadual kami tunggang langgang, akibat aku yg tak boleh nak buat anak aku tidur awal. i have too many things to do. nak tgk reruns drama2 lah, nak layan fb lah, nak main game lah, nak buat keja lah. selagi aku tak tutup lampu n tido, umar juga takkan tido. tu yg masing2 berjaga sampai lewat malam. sbb tu juga kami susah nak bangun pagi. aku bangun juga lah sbb nak kena pergi kerja. umar? hampir tiap2 pagi mengaruk bila dikejutkan utk pegi sekolah. kdg2 je baik.
  • persoalan aku disini adalah, kenapa suami perlu outstation lama2 sgt?? hari pertama puasa dah pergi seminggu, balik seminggu, pergi lagi sampai 2 hari sebelum raya. raya ke-3 terbang lagi sampai 25 sept. bukannya sampai jepun pun. jakarta je. alasan kenapa tak boleh balik sebentar walaupun pun hujung minggu : jadual dah set. eh, time set jadual tu tak tgk dulu kah waktu nya? apa pasal pandai sangat setuju utk kerja 22 hari straight tanpa holiday? bayaran mahal sekalipun sbg ganjaran bekerja di hari cuti, berbaloi kah? masa yg berlalu, boleh diganti balik kah? nak sampai kena cakap macam ni, perlu kah? bukannya pelajar2 kolej swasta yg tak paham bahasa sampai kene ulang beratus kali? perlu kah sampai tahap aku sound bos jepun nya tu? why do you have to send my husband away for too long? just because you gave our son lotsa toys, you think that can make up the fact that my son will not be able to see him father for months? suami aku bukan orang jepun, juga tidak dapat gaji setara dgn pekerja di jepun, jadi jangan suruh beliau bekerja macam jepun.
  • suami beri lagi alasan, kalau dia pulang ke kl tiada siapa boleh buat kerja di jakarta. soalan ku lagi, aku yg di sini ingat boleh kerja kah? hari ni sudah ambil EL sbb tak sampai hati nak kejut anak yg tido while drenched in his own vomit. tunggu dia bangkit sendiri. tapi tetap ke opis kerana dah janji nak buat extra class utk student. sudahnya terpaksa mengharap belas kakak ipar utk tengokkan umar selama 4 jam. itu pun umar masih muntah di sana. bila telefon suami, bawa lah umar ke klinik. aku balas, klinik mana? mesra? gatal2 di betis umar dah letak ubat yg diberi oleh doktor klinik mesra tu berbulan yg lalu, sampai harini belum baik. tak boleh harap. hospital annur? disuruhnya admit anak aku lagi mcm haritu, sanggup? nak tunggu sampai teruk macam tu kah? aku yg pening kepala sejak gigi bongsu dicabut sabtu lepas belum hilang2 lagi. dicampur dgn tidur jam3-4 pagi bbrp malam, menambah lagi sakit kepala. mmg tak ada tenaga dan keinginan nak bawa umar ke klinik, tunggu lagi, tggu doktor diagnose benda yg dah nak naik muak dengar, byr mahal, company tak cover. sebelum2 ni anak sakit sikit je lari pegi klinik, tapi tak habis2 dpt ubat yg sama. stakat salbutamol. adezio, diphenhydramine, chlorphermina$%^$% tu berbotol2 dah ada kat rumah ni. buang masa,duit,tenaga. not that i have much of those 3 things anyway.
  • soalan ku lagi, adakah beliau pk kerjaya beliau sahaja that is on the line kalu tak mampu nak deliver apa yg diharap oleh bos? aku yg disini terpaksa berkejar2 ke hulu ke hilir hantar anak amik anak, pegi keja yg suck like nobodys bussiness. kerjaya aku lagi dlm bahaya kalu nak diikutkan. apa pasal pentingkan diri? bonus besar pun apa guna nya kalu tak ada bersama??
  • some couples can live separately from each other. ldr. to me, sudah2 la ldr tu. 10 tahun kami dalam ldr sebelum kawin. the very reason i got married is to always be with him. sudah tak mahu ber-ldr lagi. so tolongg lagi usaha supaya tidak perlu lagi ber-ldr. this is driving me nuts.
  • malam susah nak tidur, pagi susah nak bangun, pegi kerja malas, kesabaran tipis, ditambah pulak dgn student2 yg sesetengah mcm mintak penumbuk, anak je lah penenang hati. bila penenang hati tak sihat, hati mana tak runsing??
  • lately mmg slalu aku marah2 macam ni sampai menimbulkan masalah dlm kerja. colleagues pun tegur, rilek mas. mana boleh nak rilek kalau asakan datang dari segenap sudut?
  • kereta kena clamp di parking milik tpm minggu lalu, aku pegi ke ofis depa mengamuk. - best gila kisah ni. aku rasa mereka silap clamp. diingatnya student. aku pun dah keluarkan carseat bantal etc dari kereta sbb hari sebelumnya penuh kereta dgn orang. jadinya kereta aku diclamp dihari bersejarah itu, wpon sebelum tu parking suka hati gak. melayu sama melayu, aku jeritkan. kata mereka, hanya jalankan tugas. dahtu aku ni apa? dtg tpm ni nak bersuka ria kah? dah dibayar rm50 bulanan, ruang parking nya terhad. bila parking merata, keretaku di clamp. untuk dibuka, bayar lagi rm50. di notis yg dilekat di windscreen tiada penjelasan lengkap. dasar kerja ala kadar. mmg sedap aku bahasakan. kutip duit cara mudah, kataku. hari2 dapat duit mudah dgn clamp kereta orang tanpa usul periksa. cdgn penyelesaian atas parking yg limited juga tak munasabah. di clamp kerana parking tepi jalan, tapi disuruh pula parking tepi jalan yg lain. atau disuruh parking di parking lot yg 1km jauhnya dari ofis, kemudian naik bas syarikat ke ofis. masalahnya parking tu free. dahtu ko makan duit aku sedap2 rm50 sebulan tu buat apa? katanya, bukan masuk poket dia. aku kata, aku tak tuduh macam tu. duit tu masuk poket management dia. pastu balik aku pk, bukan management dia jugak ke yg bayar gaji dia? dasar melayu tak belajar agama. satu lagi penyelesaian, suruh aku parking di lot milik syarikat aku yg tiada pemilik. tapi harga lot tu rm70. aku kata, itu bukan hak aku. hak aku parking di lot rm50 tak dijaga oleh pihak yg bertanggungjawab utk jaga. pihak tu jugak lah makan lagi rm30 (dari rm50 turun jadi rm30 sbb aku dah mengamuk) akibat aku parking di luar parking compound. sedap nyee makan duit haram. balik bagi makan kat anak bini kan. terbaek.
  • surat acceptance dari bakal sv terbang ditiup angin di waktu aku nak submit ke penawar biasiswa. dah sampai pejabatnya utk submission, original letter takde dlm file. pucat lesi sekejap. tiba2 masa depan nampak gelap. nak mintak bakal sv issue lagi satu, i dont think thats gonna happen. surat 2helai pun takleh nak jaga, camana nak bertanggungjawab atas research? aku trace balik jejak aku hari tu. dah mengamuk2 di opis parking tpm, kehulu ke hilir menjinjing file tu, mcm dah tipis harapan nak jumpa, sekali ternampak kertas berlipat ibarat surat di atas rumput sebelah tempat aku parking kereta. Alhamdulillah, tu dia tempat tercicir nya surat acceptance tu. kutip, simpan kemas2, hari esok nya terus submit! aku dah pegang lebih sebulan. ntah apa yg buat aku tangguh lama sgt sebelum nak submit, aku pun taktau. oh ya, terlalu sibuk dgn urusan kerja. setel urusan permohonan, sekarang hanya duduk diam tunggu keputusan akhir dari penawar biasiswa. berjaya atau tidak, insyaAllah, Disember ni akan dapat keputusannya. 
  • beg lss yg aku berkenan yg nampak di metrojaya harga mahal kemudian jumpa pulak di satu blog dgn harga 60% off, tipu semata2. ciplak rupanya! mujur tak terbeli. aku belek gambar hati2, nampak mcm kurang kemas jahitan n buatan. cari gambar official, bandingkan, sah! benang pink 2 baris di beg authentic, bertukar jadi benang putih 1 baris besar2 jahitannya di beg ciplak. cangkuk plastic die-cast di tali beg authentic, bertukar jadi cangkuk besi yg boleh beli kat kedai DIY kat tali beg ciplak. fuhhh lega tak tertipu. but still, aku tak bersedia nak berbelanja besar semata2 utk sebuah backpack. lss bile ngko nak sale? hopefully time tu masih ada la beg yg aku nak tu. kalu tak, gigit jari yo lah nampak eh!
  • panjang lagi gosip aku sebenarnya. tapi cukup disini utk waktu ni. any comments are welcomed.
tata.

3 comments:

Afida Anuar said...

Hmmmm..pada pandangan aku la mas, elok ko slow talk dengan hubby ko... selagi dia kerja kat situ, mungkin outstation je la kerjanya. Jadi elok ko cadangkan dia tukar kerja ke atau mungkin ada lagi cadangan yang lagi baik selain tukar kerja..yang membolehkan dia ada masa dengan ko dan Umar.

Satu lagi....err maaf yer Mas, kalau aku tegur.... pasal tidur lambat tu, at least ko boleh korbankan facebook,movie, game dll tu..dan tidur awal yang membolehkan Umar juga tidur awal sekaligus bangun awal. Awal-awal mungkin payah kot, tapi bila ko dah buat selalu, mungkin tak jadi masalah, insyaAllah..

Apa pun masalah, jangan lupa mengadu kat Allah, minta kat Allah tunjuk jalan untuk selesaikan. Moga Allah mengurniakan kemudahan dan kesejahteraan buat ko sekeluarga. Aminn

Afida Anuar said...

Lupa nak tanya ko pagi tadi, pergi rumah Lan sabtu ni? Aku insyaAllah pi kot..dalam 11.30 gitu...

Lama dah tak jumpa ko dan umar, last jumpa ramadhan tahun lepas eh? kat red wok?

masz14 said...

kalu murah rezeki aku, thn depan berubah la kot nasib kami. tapi tak tahan sekarang ni. keja aku ni honestly sgt stressful. mmg perlukan teman nak bercakap.

aku ni bukan la penting sgt fb movie game dsb tu. sbbnya takde rasa nak mengusung badan ke katil wlupun dah penat. so cari la benda2 takde pekdah nak buat. rasa macam, keja siang stress, malam layan umar sikit, kene tido, besok bangun pagi nak kena ngadap keja yg stressful tu. tu yg aku rasa mcm nak panjangkan waktu malam n waktu spend dgn umar. kurang sikit stress. tapi badan tak sihat pulak akibat tido lewat,bgn awal..

aku taktau lagi leh pegi ke tak rumah lan tu. aku gi pd jumaat n sabtu. sabtu after lunch baru balik bangi. kalu gi pun kul 2-3ptg...