Sunday, November 20, 2011

my latest project II

ohhh lama nye tak berkesempatan update blog!! bukan je nak update blog, movie+drama+sitcom berlambak2 download pun tak sempat tgk lagi. buku2 beli kat big bad wolf haritu pun tak sempat baca lagi. project terbaru yg kat bawah ni pun tak sempat nak sambung. harvest moon kat nintendo 3ds pun lama dah tak main. dah wiken ni baru la ada masa nak tengok serba sikit..
hidup di hari biasa mmg sibuk dgn kelas & kerja opis. but dont get me wrong i loove teaching (esp bila student excited to learn.. java tu wei.), tapi wiken dtg pun suka jugak. semua nya suka jadi semua dapat serba sikit perhatian lah.

ni nak cerita pasal projek terbaru. iaitu... boleh teka tak? kain2 kat bawah tu kubeli utk jahit tudung... weehooo....
alkisahnye begini. aku ni, kalu ada yg belum tahu, mmg pelanggan setia munawwarah. 3 bulan sekali akan pegi beli 3 helai. sejak guna munawwarah 3++ tahun yg lalu, bygkan sudah ada brapa helai? 3helai*4kali setahun*3tahun? tak ke dah 36 helai. purata sehelai pulak paling murah rm80, paling mahal RM110. so kita amik sehelai RM100 la purata. 100*36 tak ke RM3600 aku bagi kat depa??? sebulan gaji tu oi... tambahan pulak tudung mmg pakai hari2, tiap2 minggu basuh, yg dah setahun atau lebih tu mmg dah berbuluu la. dgn awning dah penyet segala bagai.. mula la dtg hajat nak menambah koleksi. lepas tu pulak tahun depan erm mungkin perlukan stok yg banyak utk bekalan setahun@2tahun@4tahun?? mampukah mengeluarkan belanja yg sebegitu banyak utk membeli? ada kah warna & saiz yg bersesuaian? mcm2 dilema lagi yg melanda.

pada hari jadiku yg baru berlalu bulan lepas, suami mencadangkan agar kami berjalan2 ke kuala lumpur dgn menaiki kenderaan awam. mula2 plannye adalah utk ke midv utk menonton wayang, kemudian bergerak ke wisma yakin utk mencari baju melayu utk beliau yg tak pernah berganti baju melayu sejak kahwin. (time kawin tempah 3 pasang. jadinye lepas 3 tahun layak lah beli baru...) kepergian kami ke wisma yakin tidak membuahkan hasil kerana suami tidak berjumpa yg baju yg berkenan. sendat/senteng di sana sini. so we decided to tempah saja lah di zero one kajang. eh? tapi waktu tu aku pk, cis dari midv ke jln masjid india tu tambang teksi brapa hengget.. nak balik dgn tangan kosong saja kah? lalu aku pun decide mahu ke jakel utk try my luck cari kain cotton utk tudung (kerana di kamdar midv takde..). Sampai2 je mereka terus suruh aku tuju ke tingkat 2.. okey.. sampai tingkat 2, aku pun disapa oleh pelayan tingkat berkenaan, aku tanya "ada tak jual kain cotton macam ni?"(pointing at my own tudung), she replied, "Cotton tu takda tapi kami ada jenis cotton lain.." ok takpe jom pi tengok dulu. sampai je ke tempat yg dimaksudkan, terus nampak, WOWW..... rolls and rolls of cotton lycra yg sebijik sebijonnn tudung munawwarah aku yg lagi satu. terus hati melompat2 nak beli. tgk harga semeter, RM25.. sambil2 pilih warna berkenan, aku tanya kakak tu lagi, "semeter boleh dpt brapa lai tudung?", she replied, "dua helai, kalau saiz M, kalu nak saiz L, dapat satu L, satu lagi S lah," perghh.. 2 lai tu bohh..... RM25 dapat 2 lai!! aku pun pilih 5 warna, dari RM25/m turun jadi RM20/m... terbayekkkk..... masa nak bayar tu baru suami dtg join dgn umar, looking at the RM100 bill, he , said, mak ai mahal nye... aku terus balas kata, "100 ni buleh dapat seploh lai.. kalu kat munawwarah ni dapat selai je.." diam terus.. tambah dgn senyum lagi..

so balik rumah, terus decide nak hantar mesin jahit pi servis, sbb benang asyik putus n jahitan tak kemas macam masa awal2 beli dulu... masa pi kedai alat2 jahit karysma kat bangi ni utk beli kain keras utk awning tudung, had a funny conversation dgn brader kat kaunter kedai ni..
me : (sambil letak benang&awning yg nak dibeli utk jahit tudung), saya nak tanya, tau tak kat mana kat bangi ni ada tempat utk servis mesin jahit?
brader : erm.. tau..
me : kat mana ye?
brader : erm.. kat karysma..
me : (diam kejap) eh.. sini ke?
brader : aa haah... (akak sorang lagi kat blakang kaunter tu sengih je tgk mamat ni buat lawak.)
me : (dlm hati, brader ni wat lawak pulak dgn aku..) oo ye ke.. blablablaa.. (terus deal nak bg kat diorg)

mujur time tu mesin jahit mmg dah ada dlm kereta. so terus tinggalkan kat kedai tu. dia kata, tiap2 minggu ada orang akan datang amik (tukang servis), n akan htr balik the following week. so kire macam kena tunggu dlm 2 minggu la. i said ok.. sekali baru habis seminggu depa dah contact kata mesin dah siap servis.. mmg berbunga2 betul hati hari tu gak gi balik karysma store tu nak amik mesin tu... pastu beli kertas manila utk tekap tudung munawwarah(tak sampai hati nak tetas wpon byk je yg dah lusuh.....).. n pastu start la projek aku.... n hasilnya... ok la for the first one. dari luar nampak elok, tapi jahitan dalam.. adeh,, sakit sikit tengok. tapi sapa pulak nak belek tudung aku sampai ke dalam kan... insyaAllah the next one will be better..

ok lah. wikenku cuma ada 48 jam. habis dah kuota utk berblog. tolak tido siang, masak, basuh kain, layan anak etc, its time to watch some movies pulak. till next time, bye2.

Tuesday, November 15, 2011

my latest project


hehehe.... nanti aku cerita kan kisahnya, bila berkesempatan.